Rabu, 28 Mac 2012

Soalan- Soalan Formspring (Lagi)

Assalamualaikum


Hellow gadis dan jejaka yang penuh dengan persoalan sekalian. What's up?


Macam yang korang nampak, aku semakin busy. Semakin lama semakin busy aku untuk sem ni. Tapi alhamdulillah, semuanya semakin okay. Dan aku tau... Aku tau yang korang mesti dah macam "Apahal Khairul ni dah lama gila tak update blog? Dah kahwin dua ke apa?" Well, biasalah. Hidup ni banyak halangan. Nak kata kahwin dua tu tak lah. But oh well kahwin dua sounds fun. Hihi. 


But then, even aku da tak update blog, aku still dapat beberapa soalan dari pembaca. Aku tak tahu samaada masih ada atau tak orang yang main formspring. Tapi yes, banyak gila soalan yang memenuhi inbox Formspring aku. Dan kebanyakkan soalan, tentu lah about relationship. But oh well, semakin lama, semakin banyak soalan yang bagus aku dapat.


Is it haram kalau to talk about sex, (not lucah) with your boyfriend?
Sebenarnya, aku tak tahu lah apa hukumnya tapi adakah ianya necessary? Tu lah, siapa suruh asyik bergayut sampai dah tak ada point untuk berborak sampaikan masuk topik dalam kelambu. Well, kalau korang bosan sangat, korang boleh bercakap tentang bila nak kahwin, nak pakai baju apa masa nak kahwin, nak kahwin berapa kali, apa nama anak tiri dan macam-macam lagi topik yang boleh korang bualkan. Tak pun, kalau korang tak ada topik sangat untuk dibualkan sampai cakap bab sex, apa kata kalau korang dok pakat cakap pasal cara nak pikat mak mertua ke, cara nak ambil hati adik dan abang ipar ke. Banyak lagi point yang korang boleh guna untuk berbual selain bab seks. 

And... Seriously, how the hell sex is not lucah? Dan let me guess, mesti your boyfriend yang mulakan topik ni kan? ;)

Mr K. Nak tanya ni, kalau ada pakwe yg jenis suka marah-marah and tengking, should us (girls) stay with him? Kalau kawin nt macam mana? Agak-agak dia sampai pukul tak? :\
Dalam situasi ni ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Mungkin sebelum kahwin, si lelaki tu gila ah panas baran and suka tenking serta maki-maki korang tanpa menyakitkan korang dari segi fizikal. But then, siapa tahu dia mungkin akan berubah jadi suami yang romantik kan? 


Tapi, andai kata sebelum kahwin, dia dah tangan-tangan kan korang, dia dah kaki-kaki kan korang, then honestly, aku rasa better ah korang jangan dekat dengan dia. Stay away dari dia weh. And kalau korang sayang sangat kat dia tapi tak sanggup di pukul setiap hari selepas kahwin, then korang patut suruh dia ubah perangai dan kawan baran dia. Say something like "Awak ubah perangai banas baran awak dan baru lah saya akan terima awak." Seriously, kalau dia sayangkan awak, dia akan cuba ubah perangai dia. 

Tapi kalau dia tak ubah perangai, then better lah you stay away dari dia. For your greater good juga. Tak mustahil kalau dia akan jadi makin ganas selepas kahwin kan?

Stress sebab susah gila. Aku jadi tertekan giler lepas first day buat MBBS. Otak aku memang tak boleh terima ke bidang ni? Bila cuti pun aku balik rumah, aku tak rasa diri aku ada kat rumah. Aku asyik fikir pasal pelajaran. Nak study tak ada mood. Tak study rasa bersalah. Why?
MBBS tu apa? Bachelor in Medicine and Surgery kan? Ni dah tahun ke berapa ni? Kalau awal lagi, better kau berhenti cepat-cepat. Aku cakap based on pengalaman aku. Kadang-kadang, aku ada la juga rasa menyesal sebab tak berhenti awal-awal dulu. Tapi di sebab kan aku dah carry on jauh, aku rasa macam bodoh gila la juga kalau aku drop out sekarang. So, alang-alang dah jauh, baik aku habiskan dulu.

Macam tu la gak dengan isu kau ni. Kalau kau rasa kau patut drop out sekarang, then better kau drop out sebelum terlambat. Sebab semakin lama, semakin tinggi umur kau dan semakin bazir masa kau dah guna. Tapi kalau kau dah di tahun ke 4 dan ada lagi satu tahun, then better kau habiskan je dulu. Setahun dua tu sekejap je sebenarnya. Pejam celik dah satu sem. Pejam celik dah setahun. Tak ada hal lah kalau nak stay.

Tak pun, kalau kau rasa tak boleh carry on sebab bosan dengan belajar, then aku rekemen kan kau cari awek kat sana. Cari awek yang comel-comel. Pastu sure dia akan motivatekan kau untuk stay. Bukan je motivate kan kau untuk stay, tapi dia akan motivatekan juga kau untuk belajar supaya kau dapat pekerjaan yang best then kahwin cepat-cepat. 


Just curious. Lelaki suka perempuan yang kurus ke gemuk?
Aku tak tahu sebenarnya lelaki sukakan fizikal perempuan yang macam mana. Sebab, macam yang aku selalu kata "Lelaki ni macam perempuan". Sama-sama makhluk yang amat komplikated. Tapi, kalau bercakap secara general. Aku boleh kata la yang hampir semua lelaki sukakan perempuan yang badan mantap. Tapi kan, kalau korang perhatikan dunia reality, korang akan perasan yang perempuan sukakan lelaki yang perut buncit. Tak caya try tengok ayah korang. Kurus ke tidak. Tak pun, cer try tengok suami yang ada isteri muda. Isteri dia cantik dan bergetah je. Tapi si suami tu mesti dah boroi gila dia punya perut. So yes, aku rasa perempuan sukakan lelaki yang perut boroi lah.



Salam Mr K. Just nak minta pandangan Abang K la kan pasal Jururawat (Nurse). Ramai orang kat sana pandang remeh pada profession jururawat ni. Seriously, geram sangat-sangat. - Im a nurse student of KKM College.
Nurse memang sucks. Okay joke. Nurse is good. Dia punya baju seragam, perh. PERH. PERH. Bukan ke aku dah pernah cakap yang bila aku dah kahwin aku nak belikan baju nurse untuk isteri aku? Dan sebenarnya, profession nurse ni boleh pergi jauh. Even ada orang kata nurse ni tak mesra pelanggan la, nurse hospital swasta suka cakap belakang la, nurse hospital kerajaan kurang ajar dan suka goyang kaki lah. Tapi, nurse memang boleh pergi jauh. Contohnya, kau kerja nurse, kau apply la untuk kerja di luar negara. 


Kalau orang tanya aku "Eh, boleh ke nak kerja luar negara macam tu?" Well, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, berlambak gila kawan aku yang nurse yang pergi kerja kat dubai lah apa lah. Kerja 5 tahun je. Tapi balik sini, dah boleh beli rumah banglo 2 tingkat cash. Then terus kahwin. I don't know how tapi setiap profession adalah kelebihan dan setiap profession dalam dunia ni memang boleh buat korang kaya. 


Ermmm.... Mr. Kaeyyy.... Mr. Kaeyyy.. Titteww nak tanyerr bley tak? Macam maner nak elakkan dari kene marah denkat cikgu yang mengajar memandu? Pleaseeeee. Titeww dah tak tahan kene marah ari-ari. Padahal tak buat salah pom. Titew cuma langgar lampu merah dan langgar pasu besar je...
Tips nak dapatkan lesen memandu dengan mudah? 1. Tanya kawan mana tempat yang best. 2. Pilih sendiri cikgu korang. 3. Belajar memandu dengan parents or adik beradik dulu sebelum pergi belajar memandu. Ini penting. 4. Sediakan duit lebih sebab first test ujian jalan rasa korang 98% akan fail. Si penguji akan cari apa je alasan untuk memfailkan korang. Sebab bila dah fail, korang kena bayar banyak gila. So, aku rasa ni adalah konspirasi supaya sesebuah syarikat or tempat belajar memandu dapat lebih banyak duit. Serious.

Ramai tahu yang sesuatu perkara tu berdosa kalau buat. Tapi kenapa still ada orang tak tinggalkan? 

Actually, kalau korang fikir-fikir balik, mesti korang terasa dengan soalan ni kan? Even aku pun, kalau aku baca dua hingga tiga kali mesti aku macam "Damn". Kalau korang korang tak percaya, cer korang try ingat balik. For example. Korang tahu yang kalau hari-hari makan McD dan KFC, ianya akan datangkan bahaya kat diri korang. Korang tahu yang kalau korang asyik tidur, korang punya kesihatan akan jadi sucks gila. Korang tahu kalau korang pegang tangan boyfriend korang, korang akan dapat dosa. Tapi kenapa korang still buat? Pelik kan?

Well, ni semua aku rasa ada kaitan dengan nafsu dan imanlah. Ianya adalah secara terbalik. Kalau iman tinggi, nafsu mesti jadi rendah. Kalau nafsu renda, segala dosa pahala tu memang confirm ah tak kisah dah. Tapi, ada juga orang yang kata yang benda-benda macam ni adalah sebab kita tak fully believe dengan apa yang kita tahu. Well, kita tahu yang tak tutup aurat tu berdosa tapi kita akan cari apa je alasan untuk twistkan fakta supaya it is okay for us untuk tak tutup aurat.


**************

Aku dah makin jarang jawab soalan di formspring. Tapi sekali sekala, aku ada juga buka inbox formspring aku tu. Cuma... Susah nak cari soalan yang betul-betul rasa sesuai untuk dijawab. 



25 Comments:

Umi Rasyidah Rahmat berkata...

soalan paling last tu selalu tertanya-tanya.. wuu.. u.u

AiSyA LiEzA berkata...

hahahaha.. macam2 persoalan y menghntui mereka.. baguslah kalau mr.k rjin jawab soaln mereka.. dpt phala.. 9ti sy inbox soalan saya pulak.. ^_^ hahaa

Adziim berkata...

Kalau tak ada tajaan dari hospital,sangat susah nak cari kerja nurse. Banyak sangat graduate yang belum kerja, so fresh graduate memang tak boleh demand. Dapat kerja di klinik pun kena bersyukur,cari pengalaman dan sentiasa cari peluang untuk improve.

Nurse apply pergi Dubai biasanya minimum kena ada 2 tahun pengalaman depend company/agen mana yang nurse nak apply. Permohonan nak pergi Dubai ada banyak persaingan,kena ada kepakaran bidang tertentu supaya peluang cerah.

True fact, "sesetengah" nurse private mahupun mana-mana staff perubatan bidang lain di swasta memang suka cakap belakang tetapi selalunya atas sebab "kerenah" pesakit especially yang high education.

[wani_mn] berkata...

seram pulak bila baca pasal lesen tu. dahla saya ni baru nak amek lesen n basic driving tu mmg zero. grrrr kecoot

[wani_mn] berkata...

seram plk bila baca pasal lesen tu. sy tgh amek ni. takot bila yg part marah2 tu. dahla sy ni takde basic driving. grr

Tanpa Nama berkata...

mr k..
aku mintak ko jawab soalan aku ni pls
hubungan ak ngan ayah ak sgt2 renggang
dari dulu time ak stat all-girls school asrama

since then aku awkward sgt nak ckp ape2 ngn die
ak prefer share ngn mak ak
padahal time kecik ak rapat lg ngn ayh ak

lagi satu yg distancekan kitorang is ak tak suke perangai ayah ak yang mintak maaf ak ckp.. bossy.. mesti kene ikot ckp die..sbb die ni bos, so ak paham la die nak prangai camni..nak perfect je..tpi kat rumah?? ape kes??

and satu lg ayah ak memang garang..
die keje ngn banduan..so sebab tu la kot

masalahnye skg, die plak kate aku distancekan diri dari die.
die ckp aku yg tak nak share pape ngn die
padahal ak takot, kalau salah ckp sket.. die marah aku..bukan ak je..mak ak pun kdg2 ckp kat ak, die fed up ngn ayah ak.
tp sbnanye ayah ak baik,die sngt caring..sangat over protective..ape2 ktrg nk die bagi..

tapi tu lah..baran ayah ak yg ak tak tahan tu

skg ak try nak elokkan balik hub ktrg
tpi ayah ak ni sensitvf la plak
ape2 pn ak jgak yg slah
ak yg sensitif
padahal die yg sensitif takleh salah sket

ak tension dok rumah
klo cuti aku just nk dok umah,jumpe mak ak..reilek kat umah
ak lg suke kalo ayah ak outstation

aku tak suke camni
tapi aku tak tau nak buat mcm mane dah

ntah la..
sori la bro semak sket

klo ko leh tolong advice ak sket
appreciate it

JueHassan berkata...

kdg2 , bnda yg dilarang 2 la mkin mnusia nk buat . lumrah hidup mnusia . xkn sedar slagi xrase pdahnya

Tanpa Nama berkata...

Susah nak cari soalan yang betul-betul rasa sesuai untuk dijawab. And YES! soklan yg kau plh untuk jawab ni semuanya xbes. Especially part yg nurse tu.. Eh!

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

haha aku rasa pilihan tepat is chubby~ hehe

cik nurul berkata...

aku tak tau sejak bila follow Mr K ni.. dr mana pon x tau asal usul dia ni.. tp nk tinggal kesan tapak kaki kat cni ckit..
1. talk about sex
sgt2 x sesuai utk dibicarakan dengan org yg bukan muhrim. Tambah2 lg BF/GF. Kalau dah jadi tunangan sekali pun tetap x boleh, sb nti boleh menterjerumuskan korang ke arah zina pulak..
2.Lelaki suka marah-marah
Kena jugak tgk reason.. klu xde angin xde ribut..mana blh nk marah anak dara orang suka suki ati je. Petua aku, orang marah, aku senyap. Aku marah, aku senyap. Sb nti x pasal2 tengking orang x tentu hala.
3.Stress stdy
yang ni nk comment byk2 pon x blh. sb aku smbg degree separuh jalan je. Apa pun, bergantung kpd kehendak dan keupayaan. Kalau rasa xmo stdy MBBS, tp berupaya.. blh go on je.. ~ tp siyes weh, aku tgk doc kat tpt keje aku pon stress, apatah lg mereka yg stdy nk jd doc~~
4. Lelaki suka girl kurus @ gemuk
yg ni subjektif. Ada org suka gemuk, ada suka kurus. ada suka sedang2 je. Macam perempuan jugak, ada suka lelaki macam tu, macam ni.. Apa pun biar sedap mata memandang, biar tenang hati berdamping ^-^
5.keje nurse?
dah kira ok la tu.. kurang2 bila orang tanya keje apa? "nurse". orang dah boleh tau.. oh dia nurse. tapi macam keje aku ni, kat spital jugak, tapi dalam 10 sorang pon blm tentu tau apa keje aku. keje apa? "juruteknologi makmal" blh pulak g bantai oh, bahagian farmasi? amik darah? tu je yg orang tau. then, bersyukurlah. Ramai lagi yg graduate kat luar nun x blh keje.
6. pasal belajar memandu..
Aku sokong 100% cadangan Mr K
7. Tau tapi buat
~lumrah manusia~

IEQAH berkata...

perghhh da bolehh jadi pakar motivasi ni..jawapan pn bernass jee

Sis AI berkata...

Hehe! Yg nurse tu dh fhm2 dah dgn uniform dia.. Apapun, byk good point la kat sini. Lgi2 lesen motor tu. Pergh! Mmber brbulu je, kna claim yg dia langgar tiang. Walhal dia kta tak langgar pun. Konspirasi, haha!

sYafIk-wAy berkata...

aku suka perenggan terakhir tuh =)

Tanpa Nama berkata...

baju nurse utk wifey? yg macam nurse PUSRAWI tu ek? ^^

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

bapak ak xbg pegang stering lnsg selagi x belajar dgn cikgu yg bertauliah..
so~
ak blaja kete 16jam jer..n lulus..
kne ikut ckp cikgu n jgn nervous kot..

Umie Maisara berkata...

"Padahal tak buat salah pom. Titew cuma langgar lampu merah dan langgar pasu besar je..."
~hebatlah dia ni...~haha

Areleiou berkata...

u guess wrong K.

Tanpa Nama berkata...

lama sangat dah Mr K xupdated. then when u post,it's a long post.. well,i love it.Sebab berbaloi :)

fiena berkata...

Nak tolong jawabkan jugak soalan yang terakhir tu.

"Ramai tahu yang sesuatu perkara tu berdosa kalau buat. Tapi kenapa still ada orang tak tinggalkan? "

perasan tak perkara yang berdosa tulah perkara yang sedap dan seronok.. contohnya..
makan daging babi.. daging babi (mnurut kwn non-muslim) die kate daging babi ni bkali ganda lagi sedap dari daging ayam..
nak pulak..
merompak.. sedapnya dapat duit banyak2 tanpa perlu bekerja besusah payah sgt..pastu leh pegi joli..
tengok video lucah @ usha aurat orang.. pun seronok jugakk..

haa.. kan.. sbb sedap dan seronokla mmg orang susah nak tinggalkan nikmat tu yang bersifat hanya sementara..

kalaulah manusia sedar bahawa nikmat di syurga tu lagi syiokkk wa cakaplu.. mesti xheran la dgn nikmat kt dunia ni.. and plus..klaulah manusia tu sedar peritnya azab neraka, mmg mati hidup semula xnak buat dosa2 tu..

Ana Farhana berkata...

tak ske laki buncit..huhu

*lme x bkk formspring

Tanpa Nama berkata...

okay . bab borai tu serius kelakar , n aku geli nak baca . #pompuan biasalah#

pasal MBBS tu : ouh . giler hebat serius itu memang jadi cita2 aku before spm . aku memang nak sangat jadi doktor sbb itu adalah salah satu cara untuk aku jadi aktivis kemanusiaan . aku nak pegi palestin nak bantu para mujahid n mujahidah . but then result spm yg kureng nie i gave on doctor but aku nak amik farmasi . so that aku bole handle2 ubat2 hantar kat pelastin . tu cite2 terbaru aku lah ~. sape2 yang memang dah half way MBBS tu . go on lah . mungkin hasilnye korg tak nampak kat dunia , penat , no life . kat akhirat ?? n plus jadi doktor nie dapat membahagiakan org tahu =)

about driving class : hahaha . nasihat aku apa2 pun korg jgn gelabah masa memandu . n jangan amik test jpj selagi korg tak yakin 10o percent korg akan pas JPJ test . kalau tak RM 150 korg melayang ~

✿ CIK N ✿ berkata...

yup... berdosa pgg tangan walaupun bertudung.. buat ape bertudung camtu.... kenape die tak masuk minang cecepat.. hu~ :'(

EKIN berkata...

tiap kali mr.k ni buad entry mesti rasa interest nak baca. haha. biasa lah.. lantaklah dya baca ke tak komen aku aku ni..
tapi aku tak agree bila mr.k cakap pompuan suka laki perot boroi.. -,-
peliknya...

qutil berkata...

jangan jadi bodoh nak bercinta laki dengan pompuan kalau takot buat dosa, kalau dah sayang tu kawen je terus.
dengar suara pompuan pon bolah jadi dosa free kalau boleh mendatangkan berahi, inikan pulak buat benda maksiat yang sememangnya sedap tu... hayooo...

qutil.posterous.com

Joe Radzif berkata...

selebriti internet rupanya...
he he he

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger