Rabu, 21 Mac 2012

Boleh Ke Kita Buat Majlis Tahlil / Doa Untuk Si Mati? Apa Hukum nya?

Assalamualaikum


Hellow bakal penghuni kubur sekalian. Yaw yaw what's up? 

Hari ni, korang apa citer? Sihat? Macam mana dengan pemakanan korang? Makan benda-benda yang berkhasiat je? Aku pernah dengar cerita, seorang lelaki dari muda dia hanya makan makanan yang baik untuk kesihatan. Tapi bila dia dah tua, dia mati di langgar bas. Ouch.

Pastu, bila seseorang tu dah mati dan menuju ke alam gelap, mesti anda semua pun akan rasa terketar-ketar. Akan rasa takut. Akan rasa meremang je bulu roma bila tengok si mati di depan mata. Nak-nak kalau si mati tu kawan baik korang. BFF pulak tu. And then, korang pun bersedekah la fatihah lah agar kawan korang itu mendapat keberkatan. Dan pada masa yang sama, berharap bila korang mati, akan ada orang sedekahkan fatihah untuk korang.

But, here is the question:

"Sampai ke doa-doa serta al-Fatihah yang korang bacakan untuk kawan korang yang dah mati tu?"

Seperti yang korang, korang, korang dan korang pernah dengar sebelum ini:

"Bila seseorang itu mati, semua amalannya akan terputus kecuali tiga perkara which is Sedekah Jariah (Wakaf etc), Ilmu (Yang berguna) dan Doa Anak Yang Soleh."

So adakah anda adalah anak kepada kawan baik anda? Tak kan? dah tu kalau anda berdoa untuk kawan anda yang dah mati, adakah doa itu sampai kepada dia? 

Begitu juga dengan majlis tahlil kepada si mati. Apa hukum kita membuat majlis tahlil dan sebagainya? Dan ingatkah korang ada satu kes di mana Ja'far bin Abi Talib terbunuh dan mati syahid and then Rasulullah menyuruh jiran-jiran tetanga untuk menyediakan makan-makan untuk ahli keluarga si mati sebagai tanda mengurangkan beban. Well, itu adalah sunat. Tapi macam mana pula kalau kita (ahli keluarga si mati) yang membuat tahlil? 

Begitu juga dengan 'kewajipan' membuat majlis tahlil malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100. Kalau korang pergi ke kampung-kampung, pada setiap malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100, kalau tak buat majlis tahlil untuk si mati, sure akan di pandang slack. Tapi betul ke tradisi ni dalam Islam? 

So, again, aku ingin bertanya kepada anda semua yang mungkin ada ilmu dan pernah dengar kes serta isu macam ni.

  • Adakah doa dan al-Fatihah dari orang sekeliling akan sampai kepada si mati?
  • Apakah hukum membuat majlis tahlil beramai-ramai di rumah si mati selepas isyak?
  • Apa kah kewajipan dalam membuat majlis tahlil dalam malam-malam tertentu yang mengikut tradisi Malaysian?

Anyone?



111 ulasan:

  1. setakat yang saya tau..yang mak saya pernah cakap..kalo tahlil semua..kirenye si pembaca tahlil dapat pahala untuk diri sendiri la..macam kite berdoa mengaji..macam tu la..sebab tu kalo kat perli..dorang xde majlis tahlil ni..

    BalasPadam
  2. Yg Fisha tahu. ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui.
    HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut kitab Mustika Hadis, simati mendapat pahala dari bacaan tahlil asal niat ikhlas. Kenang daku dlm doa mu bkn shj antara manusia yg masih hidup, bahkan simati amat mengharap doa dari org yg masih hidup. Wallahu alam.

      Padam
    2. harap ulasan bersertakn hadis dan dalil yg soheh utk lebih menyakinkn ape yg diulas bukan sekadar dengar dr org atau ikut logik

      Padam
  3. Assalamualaikum.

    Pada Akak kita sebenarnya ikut apa yang Rasulullah buat. Tetamu yang sediakan makan untuk keluarga si mati dan bukannya keluarga si mati yang sediakan makan but tau je lah. Kita ni dah dikaburi dengan biar mati anak, jangan mati adat. Eh betul ke perumpaan tu? Hahaha.

    BalasPadam
  4. salam.
    majlis tahlil ni adalah harus.ianya tak wajib dan tiada pulak dalil mengatakan ianya dilarang. sebab itu harus.

    jangan cakap pasal asal mati je kene buat tahlil.
    tahlil ni panggil orang ke rumah atau buat di surau/masjid.untuk dihadiahkan kepada si mati.
    sekiranya niat untuk mendoakan si mati,dengan ikhlas.ada pahala dan pahala akan sampai kepada si mati.

    BalasPadam
  5. kebetulannya.. jiran aku bru ja meninggal ptg tadi, al-Fatihah buat arwah.then aku bukak blog ko, ko came across this post.

    aku jumpa ini.
    Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    dan ada jugak, aku dengar, kalau ada yg kematian bapa dan si anak perempuan yang belum berkahwin masih lagi tidak menutup aurat, dosa tersebut masih ditanggung oleh bapa tersebut..

    well, aku rasa ia berkaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbnarnya mmg nk sedekah dkt org ni. Tp tiba tiba terbaca benda ni. Lepastu dapat komen sis. Berserta riwayat. Alhamdulilah dapat jgk jawapanya

      Padam
  6. bgus entry... apa yg di katakn btl... pernah dulu sy dngr yg tak perlu buat tahlil utk si mati... pandai-pandai lah si mati tu cari pahala sndiri semasa di dunia ni....

    BalasPadam
  7. Bapak ak ckp..berbakti la sepuas2 nya wktu ibu bapa msih hidup..jgn wktu hidup di0rg x merasa pn duet ank2,tp dh mati bru la nk gne duet 2 tuk bg mkn org laen..huhu

    BalasPadam
  8. hmm bila dibaca balik ulasan bro, sounds like apa kita buat slama ni mcm tradisi.. mungkin disebabkan salah paham suatu masa dulu menyebabkan tahlil ni jadi satu tradisi turun temurun? need to do some research untuk kukuhkn teori ni :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum, ni pndapat dari sahabat saya dia kata, banyak adat menjadi budaya,,sbnarnya xsalah mendoakan kpd si mati dan seharusnya tiada ketetapan waktu utk mendoakan.spt kita tahu mlm jumaat bkn hnya bca yassin shj dan bca tahlil utk si mati,sbnrnya bila2 pn boleh,,dan mendoakan org bkn shja utk yg mati shja,tp yg msih hdup pn boleh.bkn semestinya juga anak yg soleh,tp kita sbg mnusia ada tggungjwb terhdp org lain,,kalo rasa kita ni tak layak nk doakan org sbb kita ni "bkn ank si mati" ato "anak soleh",cuba tanya semula dri kita sape yg menilai ibadah2 kita.tp yg pasti mendoakan utk kesejahteraan org lain kan lg baik sama ad msih hdup o tlah meninggal dan kita kan boleh kumpul pahala..sekadar kongsi pendaapat. kalau ada salah silap, minta maaf..

    BalasPadam
  10. yg aku fhm, yg psl sunnah Nabi suruh kita sedekahkan mknn kpd keluarga si mati tu betul sbb kita lg nk kurangkan bebanan keluarga si mati, bukannya nak susahkan keluarganya yg kne buat tahlil..
    tradisi malaysian ni dah terbalik, keluarga si mati pulak yg sediakan mknn, bukan ke lg tambahkan bebanan mereka???
    lg satu,yg tahlil buat pd malam2 trtentu ni rasanya bid'ah, sbb Nabi x pernah pun buat tahlil utk sesiapa..

    kalau salah tolong betulkan~

    BalasPadam
  11. berattt ni... buat dahku terty pulak...

    BalasPadam
  12. aku pnh dgr ustaz bg ceramah dlm radio,x ingt radio pe..dia kte tahlil tu blh je.xde mslh kan doa utk yg dah pergi...tp bidaah ble tetapkn hari2 tu,dia kte buat je ble2 ikot kmampuan waris,xkesah,hari ke 4 ke 32,x buat pon bkn dosa.

    BalasPadam
  13. Setau aku boleh sedekah al fatihah, yassin. Perkara ni termasuk dalam bidaah hasanah, except yg tahlil ikut hari ke-n. Yg tu mmg x boleh, sebab dah termasuk syirik plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syirik? Ape maksud syirik? Mcm x kena je

      Padam
    2. Syirik? Ape maksud syirik? Mcm x kena je

      Padam
    3. Haha, kan ? Apa kena mengena dengan syirik pulak -_-

      Padam
  14. Kalau tanya orang-orang biasa yang ilmu agamanya cukup2 untuk amalan harian spt akak, akak akan komen : bhwsanya tahlil tu tak wajib pun... bukan ke hukumnya bid'ah tapi bid'ah hasanah (perkara yg dicipta tanpa asas tp tidak sampai menyebabkan haram). orang kita kan suka terikut2 amalan turun temurun.tp kalau buat pun tidaklah jadi haram/berdosa. Cuma manfaat org yg dah mati tu tak byk. sedekah makan yang dibuat oleh anak simati tetap akan jadi pahala yg mengalir padanya.

    sama ada doa org2 sekeliling tu sampai atau tidak pada si mati, itu hanya Allah yg tahu. Tapi ada ustaz cerita, kalau si mati tu tak ada anak yang mendoakan kesejahteraannya, maka doa muslimin muslimatlah yang mensejahterakan dia, Insyaallah. Kalau tak, takdelah doa yang hujungnya berbunyi "wali jami'il muslimina walmuslimat, walmukminina walmukminat, birohmatika ya arhamarrohimin..." wallahua'lam.

    Cer tanya ustaz muda dalam blog Langit Ilahi tu. Sure dia boleh jawab dengan nas sekali =D

    BalasPadam
  15. nk jwp.

    1. doa tu sampai je sbb ikut niat kita nak sedekah/doakan si mati tu.xkesah if kite ahli keluarga ke anak si mati ke ape ke.

    2.hukum buat tahlil tu sunat je sbb klau tahlil ni budaya Melayu je. i mean, klau pena umrah korang akan prasan y ahli keluarga si mati tkde pon nk bt tahlil2 ni. talkin apetah lagi. tahlil tu sbgi one way utk smpikan doa/sedekah sbb klau x bt tahlil tu kita mungkin x berigt utk doakan/sedekah fatihah utk si mati.

    3. takde kewajipan dlm bt tahlil dlm mlm2 tertentu. tu semua budaya je dari masyarakat. sbb doa utk si mati kenalh hari2 kan? xkn nk kne ade hri2 cmtu bru nk doa/sedekah fatihah/doa.

    BalasPadam
  16. yg dekat mesia ni, aku tgk biasanya keluarga si mati yg dok sediakn makann.xpernah lg la tgk org2 kg atau jejiran sediakn

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum..em.. ari tu penah baca..Nabi kate, kalo baca yasin time org nak mati or org dah mati..nty nyawa dye senang nk cabut..dan mendoakan si mati...xtau la sumber tu sahih ke tak..

    ImanSuhaiza

    BalasPadam
  18. Bukan kerja kitaa utk soalkan sampai ke tidak.
    yang penting orang yg buat tahlil tu, dapat pahala.

    sampai ke tidak, wallahualam

    BalasPadam
  19. Insyaallah doa, al-fatihah dan tahlil tu akan sampai kepada arwah.. ape yg terputus adalah amalannya dan hanya akan berterusan jika arwah ada membuat sedekah jariah, ilmu yang berguna dan juga doa dari anak2 yg soleh.. itu sume berkait rapat dgn si mati..
    Tetapi jika kita sebagai org yg tiada hubungan kekeluargaan (anak si mati) maka apa yg kita sedekahkan utk arwah seperti tahlil, doa dan al-fatihah akan sampai kepada arwah. Walaupun kawan kita yang meninggal kita boleh bacakan doa, yasin, tahlil dan sebagainya utk arwah. Ini dapat membantu arwah dan secara tidak langsung kurang seksaan arwah semasa di dalam kubur.
    Kalau saudara pernah mengalami mimpi di datangi oleh orang2 terdekat yang sudah meninggal dan mereka meminta kita membantu mereka dengan sedekah yasin dan tahlil, maka ini apakah maksudnya..? Maksudnya, kita yang bukan anaknya atau zuriat nya juga boleh membantu meringankan seksaan mereka di kubur dan sedekah kita itu sampai kepada mereka.

    BalasPadam
  20. http://almalakawi.wordpress.com/2009/07/21/kenduri-arwah-hukumnya-harus/

    BalasPadam
  21. Salam,

    Ini pendapat saya ye:
    1) Akan sampai doa itu tapi pernah dengar kan doa anak-anak adalah doa yang paling cepat sampai kepada si mati(samada bapa atau mak).Yang kurang dekat itu akan sampai tapi bertapis(Allah Mengetahui).

    2)Tentang hukum ni saya kurang pasti. Tapi bagi saya ini sebagai tanda terima kasih tuan rumah atau keluarga si mati atas kedatangan tetamu yang datang dan berjemaah serta sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah, Yassin kepada si mati. Jika kita hanya menghidangkan air teh dan roti kosong sahaja pun, bagi saya itu juga memadai sebab yang datang pun pastinya faham tentang keadaan keluarga si mati yang masih berduka.

    3)Ini pun saya tak berani kata itu adalah kewajipan. Tapi, mak saya pernah kata bahawa nya roh si mati masih terawang-awang hingga 40 hari kematiannya. Hanya setelah 40 hari ini roh akan naik ke langit. Wallahualam. Tapi mungkin sebagai memperingati si mati untuk hari-hari yang berbeza. (Nak buat majlis tiap ahri sampai hari ke 100 tak patut jugak kot)

    Sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan dengar dari yang lebih tahu.

    BalasPadam
  22. aku bru tnye pendapat beberapa org.. menurut syeikul azhar,katenye hukum ade lah harus dan inshaAllah pahala akan smpai kepada si mati..this is based what people discus..aku pon xberapa cerdik bab hukum hakam..

    BalasPadam
  23. tahlil utk si mati hukumnya harus..sbb..?zaman nabi xde tahlil2 ni...tp tgk pulop ade dalil larangn x..? xde dalil larang,so akn jd harus la....ulama'2 fekah kate harus..antare nye mufti mesir syeikh Nasir Farid Mujdi klw xsilap......

    BalasPadam
  24. hamka kereta mayat...

    BalasPadam
  25. topik yg bagus ni mr kay..dpt tmbh ilmu

    BalasPadam
  26. kepada pemberi komen, maaf. Jangan sekadar menulis tanpa ilmu. Ilmu bukan yang dikatakan oleh ibu, atau ayah. lebih-lebih lagi berkaitan dengan hukum Allah. Cari ilmu, belajar, kaji.

    BalasPadam
  27. bid'ah. kullu bid'ah dolalah ( semua bid'ah sesat.

    BalasPadam
  28. Salam Mr.K

    1) berdasarkan apa yang saya baca dan dengar dari ceramah ustaz Azhar Idrus, bacaan doa dan al-Fatihah yang kita baca, dan diniatkan untuk disedekahkan kepada si mati, insya-Allah pahalanya akan sampai kepada si mati. hal ini sama sahaja keadaannya kalu kita nak bersedekah, kemudian pahala sedekah itu kita niatkan untuk arwah,sbg contoh kalu kita nak niatkan pahala sedekah itu kepada arwah ibu bapa, maka insya-Allah pahala itu akan sampai kepada si mati.

    2)Hukum membuat majlis tahlil beramai-ramai dirumah si mati selepas Isya' adalah harus. Sekiranya pihak keluarga arwah tiada masalah kewangan, tidak terbeban, dan memang mempunyai masa lapang untuk dibuat selepas Isya' maka tidak ada sebarang masalah disitu. Namun, hukum menjadi HARAM jika kita buat majlis tahlil itu dengan iktikad "majlis tahlil untuk arwah kena buat dan hanya boleh buat lepas isya' saje" Ini tidak tepat. tiada sebarang hadis atau pandangan ulama yang menetapkan bila waktu yang sesuai nak wat majlis tahlil. terpulang. kalau rasa nak buat lepas subuh ke, zuhur ke atau bila2 pun, tak de masalah. berbalik pada hukum asal, mengadakan majlis tahlil ialah harus.

    3)Tidak ada sebarang kewajipan untuk mengadakan majlis tahlil pada hari2 yg tertentu. kalau nak buat majlis tahlil pada hari ke 3, 7, 40 atau ke 100 skali pun, tiada sebarang masalah. Dengan syarat tidak ada iktikad atau kepercayaan dalam hati kita bahawa 'berdosa kalu tak wat majlis tahlil lepas hari ke 3,7 atau ke berapa sekali pun lepas arwah meninggal dunia.' Kepercayaan begini boleh menjejaskan akidah. kita boleh ikut tradisi masyarakat tapi iktikad dalam hati biar betul. contoh nak wat tahlil pada hari ke 100, dah memang waktu tu je keluarga arwah ada kelapangan untuk buat majlis tahlil dengan niat untuk mendoakan si mati, maka takde masalah ape2 pn. kebetulan hari wat tahlil tu genap 100 hari arwah meninggal dunia. Kalu hari tu hari ke 77 selpas arwah meninggal pun apa salahnya. Niat kita adalah untuk mendoakan si mati. Bukan kerana hari ttu adalah genap berapa hari arwah meninggal dunia.

    p/s : berpegang kepada tradisi tiada masalah asalkan akidah kita terpelihara dan tidak terpesong.

    Wallahualam. hanya berkongsi sedikit ilmu. :)

    BalasPadam
  29. Maaf blh x bagi saper2 yg nak jawab persoalan ni tlg bagi fakta dari segi ayat al-quran, hadis, dan ulama mana yg cakap macam tu, jangan bagi guna pendapat sendiri blh? perkukuhkan ulasan sahabat2 kalian dengan fakta yer.. agama x blh jawab pakai pendapat :(

    BalasPadam
  30. http://www.youtube.com/watch?v=qn-iP4RuvmU

    BalasPadam
  31. soalan n jawapan dari ustaz azhar idrus

    Ade ustaz lain kata tahlil tak sampai pd si mati,btl ke?

    -jgn b'balah dlm menda khilaf,ada pendapat yg muktabar yg kata sampai pahala yg disedekahkan oleh org hidup..
    "bila mati seorg anak Adam maka t'putuslah amalannya" pahala yg disedekahkah tetap sampai kpd org yg telah mninggal dunia.

    BalasPadam
  32. xde halangan pon sebenarnya nak buat sume tu, xkisah la mlm ke bape, bile, dkat mne as long xbrtntangan dgn syarak..ramai yg xpham dgn maksud "menyedekahkan al-fatihah".. ape yg dimaksudkan adalah menyedahkan pahala amalan kite mmbace al-fatihah kepada si mati dgn niat dapat meringankan beban si mati dari azab kubur.. dlm erti kata laen, kite mmbacakan alfatihah bagi pihak si mati..

    (p/s : xtrikat dgn al fatihah sahaja, apa saja amalan kebaikan walaupon sebesar zarah jika di niatkan utk si mati, insya allah ade manfaatnye tuk arwah.. cara yg paling biasa dilakukan oleh org malaysia, tahlil( pahala jamu org mkn, pahala berselawat atas nabi, berzikir, brtahmid, menyenangkan hati kelurga simati) sumenye dapat di hulurkan kepada arwah).. wallahualam

    BalasPadam
  33. assalamualaikum wbt. :)
    sy ni tdk la pandai dan pakar. tp berkongsi dr pembacaan yg sgt la cetek.
    di dalam surah al-Hasyr ayat 10, “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”.

    ini yg di tercatat di dalm surat cinta Ilahi. membawa mksd, memohon keampunan untuk si mati insyaAllah memberi manfaat untuk nya.

    mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama. Yang lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara menghiburkan mereka. Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah saw ketika sampai kepada Baginda berita kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda :
    “Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”. (IBN MAJAH)

    BalasPadam
  34. salam.. ikut sejarah.. majlis tahlil ini seperti majlis SLAMATEN yang dibuat di indon.. majlis ini meniru adat agama hindu yang akan membuat upacara untuk si mati pada hari-hari yang mr.k sebut di atas.... kalau kita buat berlebihan pula majlis tahlil ni seperti membazir lagilah ... aishhh..... apa pun banyak sangat adat di m'sia ni ikut ajaran hindu-buddha lama .. dan makin lama menjadi pegangan orang islam sampai tak leh beza mana adat.. mana yang ada dalam Islam...

    BalasPadam
  35. sejauh mana kebenarannya kita tak tahu....
    yg menentukan adalah Allah...

    yg penting kita wat dengan ikhlas...insyaAllah....bleh smpai kepada si mati.....:p

    BalasPadam
  36. aku suke gile bace blog kaw..
    siyez,,
    great bro..
    thanks..=]

    BalasPadam
  37. ok please mr k smbung entry ni

    BalasPadam
  38. salam.. kehadapan saudara kahirul yang dikasihi.. semoga sihat saudara di sana..

    disini, saya lampirkan bahan bacaan tambahan untuk jawab persoalan tahlil dan kenduri arwah.. sekian

    http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic23_2000.htm

    BalasPadam
  39. dan lagi satu, tidak perlu kita kaitkan amalan tahlil ini dengan pembaziran dan bla3, sebab orang zaman sekarang ni, rata2 salah faham pasal kenduri ni. diorg anggap keluarga simati kene buat kenduri, padahal sepatutnya org ramai yg mmbntu si mati. tapi, jangan sebab salah faham ni, kita terus kata "oh, tahlil dan kenduri arwah tak boleh buat la" tak bole gitu~

    ada satu majlis kematian yg saya pergi, depan rumah si mati, ada org letakkan balang, dan yg hadir semua letak duit dalam balang itu. menandakan, masih ada masyarakat yang mengamalkan tahlil dan kenduri arwah serta majlis kematian mengikut syariat yang sebenarnya.

    majlis kematian, tahlil dan kenduri arwah juga tidak bersangkut paut dengan mana2 agama, sebab budaya kita ni bersendikan adat, dan adat kita bersendikan syara'. cuma, disebabkan anasir2 dari luarmasuk menyerang, tu jadik masyarakat kita caca merba, sampai ke hal tahlil dan kenduri arwah yang kecil ini pun...

    BalasPadam
  40. buat je...dapat pahala..aminn...

    BalasPadam
  41. salam...

    sy tak pasti sama ada kalau bukan ahli keluarga si mati membacakan alfatihah dengan niat sedekah tu , tak sure la pahalanya akan dapat kepada si mati ataupun tak..

    tapi ada seorang ustaz Mesir ni cakap, kalau kita nak lebih yakin, sebelum baca alfatihah tu, kita niat macam ni ' ya Allah, sedekahkan lah pahala bacaan alfatihah ku kepada si mati' . and then, kita pon baca alfatihah. InsyaAllah, harapnya pahala tu akan sampai la.

    dan satu lagi, tahli semua tu adat melayu je. sebab kalau orang Arab sendiri, bila berlaku kematian, jiran-jiran yang akan bg makanan, duit untuk ringakan beban. bukannya keluarga si mati yang sediakan makanan dan sbgainya.

    seriusly, di Malaysia, kita ni seolah-olah berada di dalam kawasan kelabu(tidak jelas / waswas). tengah tengah di antara yg putih (halal) dan hitam (haram). maka seharusnya kalau kita tahu, perjelaskan kepada masyarakat tentang perkara-perkara macam ni.:)

    BalasPadam
  42. salam, ada seorang ustaz Mesir ni cakap, kalau kita nak lebih yakin, sebelum baca alfatihah tu, kita niat macam ni ' ya Allah, sedekahkan lah pahala bacaan alfatihah ku kepada si mati' . and then, kita pon baca alfatihah. InsyaAllah, harapnya pahala tu akan sampai la.

    dan satu lagi, tahlil semua tu adat melayu je. sebab kalau orang Arab sendiri, bila berlaku kematian, jiran-jiran yang akan bg makanan, duit untuk ringankan beban. bukannya keluarga si mati yang sediakan makanan dan sbgainya.

    seriusly, di Malaysia, kita ni seolah-olah berada di dalam kawasan kelabu(tidak jelas / waswas). tengah tengah di antara yg putih (halal) dan hitam (haram). maka seharusnya kalau kita tahu, perjelaskan kepada masyarakat tentang perkara-perkara macam ni.:)

    BalasPadam
  43. check out discussion at Halaqah site (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3502.0). i smelled so many ustaz blog here..

    BalasPadam
  44. ramainya yang jadi ustaz dan ustazah... semua pakai andaian, pakai pala hotak, pakai logik... huhuhu...

    si owner blog, bagus gak artikel ko ni walaupun kadang2 artikel lain bajet ko bagus, org lain semua xbagus...

    BalasPadam
  45. Salam..

    tertarik utk ltk komen...soalan ni penah ustaz2 kt Mekah jelaskan sbb kalau x silap ade sesetengah org arab pn berpendapat amalan yg kita sedekahkan utk si mati xkan sampai kecuali 3 yg disebutkan..

    kata ustaz tu:

    1. kalau amalan yang kita buat untuk si mati x sampai kenapa kita buat solat mayat? sedangkan dalam solat mayat ada doa-doa utk si mati. solat mayat x temasuk dlm salah 1 dari 3 amalan yg diterima mayat which are; Sedekah Jariah (Wakaf etc), Ilmu (Yang berguna) dan Doa Anak Yang Soleh.

    2. Rasulullah pernah refused utk solatkan mayat seorang lelaki sbb lelaki tu berhutang. Rasulullah suruh langsaikan dulu hutang tu. So bila hutang lelaki tu dah dilangsaikan barulah Rasulullah solatkan mayat lelaki tu.Secara logiknya (walaupn secara logiknya tp logik ni ustaz yg belaja kt Mekah yg ckp) kalau 3 amalan tu saja yang diterima si mati, hutang dia pun if orang lain yang bayarkan x akan terlangsai sbb byr hutang x termasuk dlm 3 amalan diterima si mati.

    3. Kalau ada orang yang x percaya amalan2 yang kita sedekahkan utk si mati sampai, cube doakan benda2 x baik utk family org tu yg dah meninggal. org tu mrh x?
    =P(ni mmg ustaz tu yg ckp..pastu ustaz tu ckp eventhough cth ni agk kasar tp betulkan? hahaha)

    BalasPadam
  46. cer tnye ustaz azhar idrus..dia ada fb..hihi..

    BalasPadam
  47. salam.. Sekadar berkongsi. Amalan tahlil dan sedekah al fatihah sememangnya tidak pernah fibuat oleh Rasulullah s.a.w. Ianya lebih kepada amaln terbalik.. Dan bukan juga bid'an hasanah (kerana bid'ah selamanya sesat, tiada bid'ah yang baik) hanya doa anak yang ssleh dimakbulkan..

    Adakah kita yakin kita boleh sedekah pahala..bilamana kita sendiri pun banyak dosa...

    Berdasarkan hadith shahih...
    (bukan pendapat ustaz azhar idrus)

    BalasPadam
  48. http://themeera9ty.blogspot.com/2011/04/surat-jiwang-untuk-bi.html




    baca sampai bawah..

    BalasPadam
  49. salam.. Sekadar berkongsi. Amalan tahlil dan sedekah al fatihah sememangnya tidak pernah fibuat oleh Rasulullah s.a.w. Ianya lebih kepada amaln terbalik.. Dan bukan juga bid'an hasanah (kerana bid'ah selamanya sesat, tiada bid'ah yang baik) hanya doa anak yang ssleh dimakbulkan..

    Adakah kita yakin kita boleh sedekah pahala..bilamana kita sendiri pun banyak dosa...

    Berdasarkan hadith shahih...
    (bukan pendapat ustaz azhar idrus)

    --------

    Jawapan :

    Yang beri pahala dan dosa adalah Allah. Dan tiap perbuatan baik walau kecil akan mendapat pahala dengan izin Allah.

    Jangan menutup pintu berbuat kebaikan.

    BalasPadam
  50. hehe..betullah, tak leh bagi pendapat rambang cam u jer bab agama ni. kene rujuk yg pakar. Tak leh rasa2..Tang majlis kenduri, either bincangkan soal hukum, sebenarnya, orang kita dah terbalik. Sepatutnya, kita sediakan makanan untuk keluarga si mati, meringankan kesedihan keluarganya.Bukan menambahkan beban cuma since keluarga si mati buat tahlil, dah jadi adat orang melayu yang sopan santun, sediakan jamuan. Jadinya,tok sah duk disibuk "dia jamu apa?""lauk apa?".hormati keluarganya..

    Tang tahlil ni, peringatan untuk kita sendiri sebenarnya yang kita juga akan pergi anytime, anywhere..jez hope untuk pergi dalam husnul khotimah..sekian, wassalam..

    BalasPadam
  51. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua rakan2 persejuanganku. Saya Azhar dari Singapura yg lebih dikenali sebagai jakpeng. Untuk maklumat lebih tepat dan padat. Belilah buku "40masalah agama." Di karang oleh K.H SIRAJUDDIN ABBAS. Penerbit PUSTAKA TARBIYAH BARU JAKARTA. Di dalam buku beliau terdapat dahlil2 dari kitab suci Al-quran dan dahlil2 dari hadith2 yang muktabar. insya allah dengan izin Allah, beliau semua akan dapat nilai kan yang mana satu yg manu satu yg bidaah dan mana satu yang tidak. kita, pengikut aliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah, megikut landasan Al-quran, Hadith yg muktabar, ijma (sepakatan kata2 ulama) dan juga qiyas.

    sekian,
    Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.

    BalasPadam
  52. Faatir (35), Ayat 22
    Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya)

    BalasPadam
  53. sy percaya, bahasan ini boleh dirujuk :) http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=516:hukum-benarkah-tidak-sampai-pahala-bacaan-al-quran-kepada-orang-islam-yang-meninggal-dunia-&catid=27:ibadah&Itemid=44

    BalasPadam
  54. Semua perkara yg disebut di atas harus diamalkan umat Islam tanpa perlu dipertikaikannya kerana ia dibaut oleh para 'Ulama-ulama khususnya Imam-IMam Mazhab.

    Seperti kenduri tahlil, talqin, qunut, semuanya di amalkan umat Islam di seluruh dunia sejak 1000 tahun dahulu.

    Tak perlu persoal lagi pahala sampai ke tak sampai kepada si mati. Kalau kita dah tau bapak rakan kita mati, apa kita nak sebut? takkan nak cakap "kesiannnnn...".

    Kenduri tahlil malam 7, 50 ,100 dan pelbagai bilangan tu adalah bagi membezakan dengan org Yahudi zaman Nabi dahulu.

    BalasPadam
  55. Semua persoalan2 di atas sebenarnya dtg dari ustaz2 Wahabi (ajaran sesat) yang rancak memporak-perandakan pemikiran umat Islam Malaysia sekarang ini. Gerakan Wahabi ini berfungsi mengajak golongan akademik mempersoalkan amalan2 sunah yg dibawa oleh Ulama.

    BalasPadam
  56. Jawapan saya:

    Walaupun org kata yg kenduri arwah malaysian-style ini salah satu cara nak bg sedekah tetapi apabila ianya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW, maka tidak seharusnya kita menentang Nabi SAW dengan mengangkat org tua2, ustaz2, imam2 mazhab, dll.. Sama juga untuk tahlil..

    Dari Aishah (ra); “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam), apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (HR Muslim)

    Hadis ini ada rekod dalam Hadis 40 (Imam Nawawi)

    "Perkara baru" bermaksud bid'ah

    Hentikan spekulasi ini, jangan tuduh org lain sesat dsb.

    SEkian

    BalasPadam
  57. http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=516:hukum-benarkah-tidak-sampai-pahala-bacaan-al-quran-kepada-orang-islam-yang-meninggal-dunia-&catid=27:ibadah&Itemid=44 , satu ulasan panjang lebar daripada laman web Masjid negara tentang isu ini

    BalasPadam
  58. http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=516:hukum-benarkah-tidak-sampai-pahala-bacaan-al-quran-kepada-orang-islam-yang-meninggal-dunia-&catid=27:ibadah&Itemid=44 , satu ulasan panjang lebar daripada laman web Masjid negara tentang isu ini

    BalasPadam
  59. mungkin ini boleh dijadikan sbgai rujukan tambahan:-

    Aliran Tuban diketuai oleh Sunan Kalijaga dan disokong oleh Sunan Bonang , Sunan Muria , Sunan Kudus dan Sunun Gunung Jati turut menyebarkan dakwah dengan kaedah Aliran Tuban. Aliran Tuban ini merupakan kaedah menyebarkan dakwah dengan bijaksana selagi tidak Haram di sisi agama Islam seperti yang dilakukan Sunan Kalijaga ketika kenduri tahlil , beliau menggunakan setanggi dan asap kemenyan. Apabila ditanya oleh para wali yang lain dari aliran Putih mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Rasulullah tidak pernah melakukannya , dengan selamba Sunan Kalijaga menjawab “ Bukankah Rasulullah menganjurkan wangi-wangian dan asap dari setanggi itu mengeluarkan bau yang harum “. Sebenarnya ini hanyalah helah dan teknik dari Sunan Kalijaga untuk menarik masyarakat Jawa mendekati Islam. Begitu juga dengan muzik gamelan yang mampu menarik orang Jawa dikala itu mendekati setiap upacara ceramah yang disampaikan oleh Sunan Kalijaga. Malah , pakaian beliau sendiri adalah pakaian Jawa , tidak seperti wali yang lain yang memakai jubah dan serban. Sebab itulah , beliau lebih mudah didekati dan dakwah beliau lebih berkesan berbanding wali yang lain.

    Amalan yg baik utk sentiasa mengingati Allah bg saya tidaklah bidaah... xkn dl Rasulullah menunggang kuda, kemudian sekarang kita memandu kereta dianggap bidaah...

    BalasPadam
  60. Kalau tak sampai pahala...kenapa boleh buat upah haji???

    BalasPadam
  61. askm...insyAllah doa akan sampai pada si mati...yg jelasnya pahala bacaan alquran tidak akan sampai kepada simati..dalilnya surah an najm ayat 53. (harap saudara n saudari dapat menyemaknya dlm al quran)

    kenduri arwah..tahlil n yassin...mengapa ada yg mengatakan harus..sedangkan jelas Imam Syafie dalam kitab2nya menyatakan ianya adalh bid'ah dan dibenci.


    rasullullah dn sahabat juga tidak melakukannya. dan tiada dalil yg menyatakan ianya HARUS.

    Hadis muslim ...sabda rasullulah.semua benda baru adlh bidah dan semua bidah adalah sesat...dan sesat akan masuk ke neraka.


    Saudara tanpa nama....upah haji..sekiranya org tua kita berhajat seblm mati untuk ke haji...telah mati..kita boleh buatkan upah haji..


    Wallahualam...innAllaha ghofurrurrahim.

    BalasPadam
  62. askm...insyAllah doa akan sampai pada si mati...yg jelasnya pahala bacaan alquran tidak akan sampai kepada simati..dalilnya surah an najm ayat 53. (harap saudara n saudari dapat menyemaknya dlm al quran)

    kenduri arwah..tahlil n yassin...mengapa ada yg mengatakan harus..sedangkan jelas Imam Syafie dalam kitab2nya menyatakan ianya adalh bid'ah dan dibenci.


    rasullullah dn sahabat juga tidak melakukannya. dan tiada dalil yg menyatakan ianya HARUS.

    Hadis muslim ...sabda rasullulah.semua benda baru adlh bidah dan semua bidah adalah sesat...dan sesat akan masuk ke neraka.


    Saudara tanpa nama....upah haji..sekiranya org tua kita berhajat seblm mati untuk ke haji...telah mati..kita boleh buatkan upah haji..


    Wallahualam...innAllaha ghofurrurrahim.

    BalasPadam
  63. SALAM….NAK TANYA, KALAU KITA BESEDEKAH BOLEHKAH KITA MINTA BALASAN DARI APA YANG KITA SEDEKAHKAN KEPADA ORANG YANG KITA BERI…..? NAK TANYA KENAPA KITA BEMBUAT KENDURI TALIL SIMATI DENGAN NIAT BERSEDEKAH KEPADA YANG HADIR DENGAN MEMBERI JAMUAN MAKAN, TETAPI KITA SEPERTI MEMINTA BALASAN DARI MEREKA BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN BACAAN TALIL DAN BACAAN TETENTU. ADAKAH SEDEKAH KITA ATAU SI MATI DI TERIMA OLEH ALLAH SBT DENGAN MEMINTA BALASAN SEBEGITU.

    mutasabbib iaitu hadis yang mashur ” apabila mati anak adam terputuslah sekelian amalannya melainkan tiga perkara:
    1: ilmu yang bermanfaat.
    2: Sedakah jariyah.
    3: anak yang salih yang mendoakan bagi ibu bapanya:

    KENAPA LAGI NAK SURUH ORANG LAIN BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN NIAT BESEDEKAH, TETAPI MINTA BALASAN BERSEDEKAH DENGAN BERSEDEKAH JUGA DENGAN MEMBERI MAKAN. PELIK LA….

    adakah talil arwah adalah rekaan semata2….. ?? bersedekahlah kamu tanpa meminta balasan dari apa kamu sedekahkan.

    yang paling utama seseorang bersedekah dengan tetap memuliakan orang yang diberi serta tidak membuat mereka susah. Jika perlu sedekah yang dikeluarkannya diantar ke rumah orang yang diberi. . .

    Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al – Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al – Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al – Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.

    تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
    كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
    Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
    nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
    عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
    رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
    Dari salmah katanya :
    Rasulullah s.a.w. bersabda :
    “Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
    maka menepati tempat duduknya di neraka.”
    Hadis sahih riwayat Muslim

    BalasPadam
  64. setenggah family ada kepercayaannya kalau orang mati akan balik ke rumah. kita kena sediakan nasi lauk bertujuan si mati akan makan .`

    BalasPadam
  65. setenggah family ada mengatakan si mati akan balik ke rumah dan kita kena sediakan nasi dan lauk didalaam periuk bertujuan akan makan.apakah hukumnya keprcayaan itu dan adakah si mati itu membela saka?apa pandangan ustaz tenteng soalan saya

    dan 1 lagi soalan betulkah jika kita menjumpai duit.kita mengambil duit dan meludah ditempat yang ditemui itu?

    BalasPadam
  66. Kalau mengikut sunnah kita harus banyak berselawat ke atas Baginda Rasululullah dan Ahli keluarganya.Selalunya kalau habis Selawat kita akhirnya kita baca wasahbihi ajmain..untuk para sahabat.Rasululullah dan sahabat sudah lama meninggalkan kita jadi disini berdoa untuk yg telah pergi tak
    salah.Sedangkan Allah berfirman Wanunazzilu minal Qurani Ma huwa
    shifa uu warahmatulil mukminin .Wallahualam wahuwa A'limulghaibu washadah dan Alimun
    Hakim.

    BalasPadam
  67. Bro... rasanya "anak soleh" tu tak bermaksud hanya anak si mati... anak bapa ko pun kalau ada yg soleh kira boleh ler mendoakan arwah jiran ko ker.. arwah bapak GF ko ker.. atau sapa-sap jer arwah orang islam

    BalasPadam
  68. okey.... klu rase sume bidaah... baik korang buat wasiat sblum mati jng buat tahlil jng talkin, doa klu dah mati, jng ziarah kubur, Ni lah puak wahabbi hidum mnyusahkan orang nak beramal...

    BalasPadam
  69. kepada yang mengatakan tahlil arwah itu haram boleh pasang pesta meraikan kematian makan-makan atau karaoke kah. habis buat kenduri arwah dikatakan haram. Dan yang mengatakan haram itu bolehlah ke kedai buku agama suruh bakar buku panduan doa arwah kerana dikatakan haram

    BalasPadam
  70. If the family of the deceased have a special reading, and invite people to a meal three days and forty days after the death, this is bid’ah (reprehensible innovation).

    And every bid’ah is a going astray. The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever invents something in this matter of ours (i.e., Islam) that is not a part of it will have it rejected.” The action mentioned is a matter that has been invented in the religion, so it is to be rejected, and the one who does it is a sinner and will not be rewarded.

    What people say about the soul of the deceased visiting the house after forty days to get the reward is a lie which has no basis. The person who told you that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and his Companions did not do any of these things was right. You did well to ask about the things of which you were unsure, and your eagerness to know the Sunnah of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and act accordingly is highly commendable. This is how the Muslim should be; his concern should be to know the truth so that he can follow it, and know what is false so that he can avoid it.

    We ask Allaah to make us and you steadfast in following the Straight Path. May Allaah bless our Prophet Muhammad and his family and companions, and grant them peace.
    Islam q & a

    BalasPadam
  71. Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh wahai kaum muslimin yang disayangi semua.

    PENJELASAN BERKENAAN AMALAN "POST" PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI (ALLAHYARHAM/ALLAHYARHAMAH).

    *PERINGATAN : JIKA INGIN MEMBANTAH, MOHON BANTAHLAH DENGAN ILMIAH, IAITU DARI DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH YANG TELAH DIJELASKAN OLEH PARA ULAMA' MUKTABAR. BUKANNYA BANTAHAN DARI HAWA NAFSU ATAUPUN TAFSIRAN SENDIRI*
    ------------------------

    BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau dengan erti kata lain kepada roh si mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit sebanyak daripada ayat-ayat al-Quran yang tertentu, kalimah "La Ilaha Illa Allah" atau "Subhanaallah" atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam.

    Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar mengikut mazhab Imam Syafie atau golongan yang hanya bertaqlid buta (mengikut-ikut sahaja), adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan ulama' yang bermazhab Imam Syafie. Ini termasuklah Imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa selamat. Terdapat juga ulama-ulama yang
    berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah dho'if jiddan (terlalu lemah) dan amat bertentangan dengan ajaran al-Quran (rujuk pada surah an-Najm ayat ke 39 dan sunnah Nabi serta para sahabatnya).

    Di bawah ini dibawakan sebahagian daripada pendapat ulama' Shafieyah berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadis. Insya' Allah.

    BalasPadam
  72. 1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah.

    Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,

    "Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka
    pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan
    sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya
    mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu
    tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."
    Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud,
    "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal
    usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang
    dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk
    simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

    Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab
    ada mengatakan,

    "Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk
    seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati
    atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
    Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali
    oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"
    (as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

    Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang
    telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.

    BalasPadam
  73. 2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata
    sebagai,

    "Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun
    berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu
    baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai
    kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya.
    Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh
    amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
    berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak
    memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri." (Al-Haitami,
    al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

    BalasPadam
  74. 3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,

    "Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang
    telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya
    sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk
    dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada
    orang lain."
    (Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

    BalasPadam
  75. 4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,

    "Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an
    (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada
    mayat yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ; 236)

    BalasPadam
  76. 5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut,

    "Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha
    orang lain." (Tafsir Jalalain : juz 2, hal ; 197)

    BalasPadam
  77. 6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil Azim telah menafsirkan
    surah an-Najm ayat 39 sebagai,

    "Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain,
    begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang
    pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah
    an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah
    mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada
    mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan
    daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu
    `alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan
    (pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan
    bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.
    Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut
    tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan,
    tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan
    korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga
    terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan
    sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan
    qias-qias atau pendapat-pendapat ulama."

    BalasPadam
  78. 7. Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
    "Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga
    mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk
    bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang
    membanterasnya akan diberi pahala." (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in :
    juz 2, hal 145)

    BalasPadam
  79. 8. Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian
    sepertimana yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm,
    "Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat)
    meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan
    kesedihan."
    (As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

    BalasPadam
  80. 9. Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi,
    "Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan iaitu keluarga mayat
    menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu
    perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti
    berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith
    sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap
    bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk
    jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) iaitu
    haram."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

    BalasPadam
  81. 10. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga ada mengambil keterangan sahih di
    dalam kitab Bazzaziyah iaitu,
    "Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama
    (kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke
    tanah kubur secara bermusim-musim." (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

    BalasPadam
  82. 11. Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan,
    "Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai
    berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak
    disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang
    sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa
    berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan
    makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah
    (meratapi mayat) iaitu haram."
    (Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

    BalasPadam
  83. 12. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,
    "Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antara bid'ah yang mungkarat (yang
    tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang
    telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, iaitu apa-apa yang
    telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan
    yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul
    di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di
    tanah kubur."
    (Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)

    BalasPadam
  84. 13. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi iaitu kitab al-Majmu' syarah
    Muhazab, ada menyebutkan,
    "Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan
    berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama
    sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
    (an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

    BalasPadam
  85. Demikianlah serba sedikit penjelasan yang dikongsikan untuk kita semua.. kepada admin, Mr.K, ana mohon maaf jika berlaku khilaf, terlalu panjang dan mengganggu blog akhi..
    Jazakallahu khairan katsiro, Wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

    BalasPadam

  86. Tahlil arwah tidak pernah dilakukan semasa zaman Nabi dan Para Sahabat.Yang pentingnya pastikan semasa menghadiri majlis ini kita tidak memakan ( makanan yang dihidangkan ) dari harta anak - anak yatim.Yang ini selalunya yang dilupakan oleh keluarga simati ataupun hadirin yang hadir.Memakan harta anak yatim adalah dosa besar.

    BalasPadam
  87. http://rasuldahri.tripod.com/articles/kenduri_arwah_menurut_ulama_syafie.htm

    BalasPadam
  88. Doa anak2 yg soleh, maknanya kalau kenduri tahlil anak2 kenalah join sekali baca yassin, bertahlil dan berdoa. Ada segelintir anak2 sibuk melayan tetamu dan memasak didapur atau menyediakan hidangan. Adakah sampai doa tu dkat simati? Yg dapat hanya pembaziran.

    BalasPadam
  89. Perbetulkan niat...Focus kpd Doa anak2 yg soleh. Kenduri dibuat panggil imam, panggil org masjid, panggil jiran2, panggil saudara mara dan panggil org kg. Sediakan jamuan dan layan tetamu sehingga anak sendiri tidak join bacaan yassin, tahlil dan berdoa untuk simati.Nampak suda satu pembaziran dan perbuatan sia2 kpd golongan org mcm ni. Nasihat: walaupun kita tidak tahu baca Quran dan yassin sekurang2nya kita turut serta mengaminkan bacaaan doa..amin

    BalasPadam
  90. Doa anak2 yg soleh, maknanya kalau kenduri tahlil anak2 kenalah join sekali baca yassin, bertahlil dan berdoa. Ada segelintir anak2 sibuk melayan tetamu dan memasak didapur atau menyediakan hidangan. Adakah sampai doa tu dkat simati? Yg dapat hanya pembaziran.

    BalasPadam
  91. Apa yg saya faham.. majlis tahlil adalah majlis yg dimana ada bacaan al quran, zikir, istighfar dan doa.. zikir zikir nye adalah seperti talil, tahmid, tasbih dan takbir.. byk dalil dalil al quran dan hadith menganjurkan kita berbuat sedemikian seperri saya sebutkan di atas. Ini adalah satu cara utk mendekatkan diri kepada Allah.. sekaligus sebagai tawassul utk memohon Allah kabulkan doa kita. Jadi sekiranya didalam majlis tahlil memohon ampun utk simati oleh anak anak dan orang ramai setelah membaca al quran dan zikir, insya Allah doa itu akan terkabul.. tentang memberi makan,maka sebaik baiknye sedara sedara simati la yg lebih patut sediakan.. sekiranya ahli keluarga nak sediakan kalau tiada bebanan keatas mereka, harus lah niatkan itu sebagai sedekah kepada orng orng yg hadir di majlis itu.. waallhu 'alaam..

    BalasPadam
  92. kalau niat sedekah nk kasi mkn org tkpe kot..bukn untuk menunjuk2...pnh dgr ceramah ustaz azhar idris pasal tahlil ni,,,x salah pun,,,jgn meratapi simati dah la...yg penting niat kita,,,kalau saya saya x buat pun...cukupla kite solat n sembahyang jenazah n tanamkn simati...sekian

    BalasPadam
  93. pakcik ni org baik2..29 Mac 2017 4:08 PTG

    myiz myiz.jgnla labelkan terus sbgai pmbaziran.klu cam2 nnt kawin xyah la buat kenduri.time kenduri tahlil tu la bleh bkumpul.smp atau xsmp doa tu utk siarwah bkn hak kita nk tentukan.sianak boleh ja doakan slepas tetamu blik kan??xkan nk tgu kenduri ja kot bru nk doakan.tu dah bkn anak yg soleh dah tu.tiap kali lepas solat boleh ja.kenduri tahlil tu harus.lgpun bknya keluar duit poket sgt pun.anak aku meninggal semua aku buat dari duit org yg sedekahkan time org melawat jenazah.niat org yg sedekah tu pun sbb nk bantu kluarga nak uruskan semua hal2 bkaitan dgn jenazah.klu xbuat kenduri tahlil duit tu korg buat apa??beli kain kapan??mna tggjawab korg sbgai anak klu kapan mak ayah pun xleh nk belikan guna duit korg.lgipun brapa sen sgt la kain kapan tu.xluak pun duit yg org sedekahkan tu.lbih2 tu buat la kenduri sikit kat arwah.ke ambik duit tu buat isi petrol blik kl??lgpun org buat tahlil bkn dikhaskan dekat siarwah sorg ja.tpi utk semua arwah2 org yg bertahlil time tu.semua org tu anak kpada seseorg kan??ni kompem xpnh join tahlil ni.cuma nak merapatkan ukhwah sesama Islam.so kluarga simati tu xla sedih sgt.bayangkan mak ayah korg meninggal masa korg masa masih kecil.duduk sorg2.sedara mara xdtg.bleh ka handle?dah ramai2 blik tu xkan la xmakan.dah buat makan2 tu xkan xajak jiran2.dah ada ramai2 tu xkan la xsolat.dah lps solat tu buat la tahlil.kan elok dah adat kita.cuma x diwajibkan ja utk hari2 tertentu shj.xkan la bkumpul nk sembang pasal wasiat ja kot..haha.nak ambik ja korg reti.dari hidup smp kemati org tua tu.bginya x.brapa duit sgt la makan2 tu.time hari raya tahu plak buat mcm2.xpkir lngsng bab membazir.fikir2kan lah..

    BalasPadam
  94. Seandai fahaman salafi wahabi yg anti-tahlil, anti-maulud berleluasa,
    Islam tidak indah lagi, maulud dibubarkan, majlis2 jemaah di larang,
    tahlil bidaah, keluarga yg ada kematian menangis sendiri,
    ziarah kubur syirik, makam2 di robohkan,
    doa selamat, kenduri, cukur rambut diharamkan, nisfu saaban bidaah, maal hijrah bidaah,
    tak perlu bersalaman, peninggalan sejarah dihancurkan, kitab2 lama di musnahkan,
    masjid sepi, hilang selawat, hilang persatuan dan jemaah, Islam di pandang hina,... dan sepi

    BalasPadam
  95. Setelah seseorang meninggal, jasadnya akan di tanam di kuburan,
    harus ingat jasad tidak bernyawa, bukan bererti siarwah seperti terbengkalai kayu balak,
    ia tetap hidup, kerana di alam kubur maseh ada, nikmat atau siksa kubur, yang harus kita yakini.
    Rasullulah saw saran beri salam bila menghampiri kubur, berdoa dan memberi sedekah atas nama arwah, Penghuni kubur bertanya kabar diantara mereka, hal2 ahli keluarga yg maseh hidup.
    Walaupun amalan mereka udah terputus, namun doa2 dari yg hidup, ahli keluarga dan orang ramai
    tidak terputus, dan tidak ada dalil melarang amalan seperti tahlil untuk mereka.

    BalasPadam
  96. Awas Cara Wahabi Berdakwah
    Kelompk salafi wahabi suka menghujat dan mencela, amalan atau ibadah yg mereka tak suka, dgn soalan
    Mana dalilnya?
    Mana Rasul ada buat?
    Apa kamu lebih baik dari Rasullulah?
    Ni tak de dlm quran dan hadis?
    Ni cara Hindu Kristen?
    Mana boleh ikut nenek moyang?
    wahabi tidak putus2 melaung slogan mereka, ikut quran dan hadis, menolak ijma ulamak, dengan mudah menghukum bidaah dan shirik !!!

    BalasPadam
  97. PEYIMPANGAN DAKWAH KAUM SALAFI WAHABI
    BAB 1. Mensifati Allah dengan Tempat
    BAB 2. Menghina Pengikut Mazhab Asy’ariyah
    BAB 3. Mengingkari Taklid Kepada Mazhab Fikih yang Empat
    BAB 4. Berani Berfatwa Tanpa Keahlian dan Aturan
    BAB 5. Memperluas Pemahaman Bid’ah dan Mengklaim Mayoritas Kaum Muslimin Sebagai Ahlul Bid’ah
    BAB 6. Mengharamkan Tawasul Kepada Nabi dan Menganggapnya Syirik Kepada Allah
    BAB 7. Mengharamkan Shalat di Masjid yang Terdapat Makam dan Menyatakan Wajib Membongkarnya
    BAB 8. Menganggap Tabaruk (Mencari Keberkahan) dengan Atsar Rasulullah dan Orang Saleh Sebagai Perbuatan Syirik
    BAB 9. Mengharamkan Peringatan Maulid Nabi dan Menganggapnya Bid’ah yang Sesat
    BAB 10. Mengharamkan Safat untuk Ziarah ke Makam Rasulullah, para Nabi, dan Orang Saleh
    BAB 11. Menuduh Orang yang Ber-tarajji (Mengharapkan Sesuatu) dengan Berkata ‘Demi Nabi’ Termasuk Tindakan Syirik Kecil
    BAB 12. Mengklaim Kedua Orang Tua Rasulullah SAW Sebagai Ahli Neraka di Hari Kiamat
    BAB 13. Menganggap Orang yang Sudah Meninggal Tidak Lagi Memiliki Perasaan Apapun Terhadap Orang yang Menziarahi Makamnya
    BAB 14. Mengingkari Banyak Bacaan Zikir, Wirid, dan Hizib
    BAB 15. Menganggap Biji Tasbih Sebagai Bid’ah
    BAB 16. Menjadikan Penampilan Lahir (Pakaian dan Cadar) Sebagai Bagian dari Ibadah
    BAB 17. Berdakwah Tanpa Persiapan dan Mencampur-adukan Antara Nasihat Agama dan Ilmu
    Wahabi MENGHARAMKAN KENDURI ARWAH, YASINAN DAN TAHLILAN mendakwa amalan kenduri arwah, membaca Yaasin dan Tahlil adalah ikutan Hindu, bid’ah sesat dan masuk neraka.

    BalasPadam
  98. AWAS JANGAN TERPIKAT DENGAN NAMA-NAMA INDAH DAKWAH SALAFI WAHABI.
    Para ustaz wahabi sering gunakan label2 disebalik penyimpangan doktrin mereka, seperti:
    Manhaj Salaf
    Salafus Soleh
    Ahlul Sunnah
    Penegak Tauhid
    Pemberantas Bidaah Syirik dan lain2.
    Muktamar Islam se-dunia telah menolak ajaran salafi wahabi dari sebahagian Ahlul Sunnah Waljamaah.

    BalasPadam
  99. INILAH DALIL TAHLILAN 3,7,40,100 HARI
    Yang Perlu Anda Tahu
    Amalan umat Islam sering di persoalkan kesahihannya, justru gangguan dari pihak tertentu menimbulkan keraguan, dan perpecahan di kalangan umat.
    Salah satu amalan yang sering di fitnah adalah Tahlilan. Yang dituduh tidak berdasarkan Dalil bahkan dianggap ikutan dari agama Hindu. Untuk itu, saya tunjukkan Dalil-Dalil Tahlilan 3, 40, 100 hari dari Kitab Ulama Ahlussunnah wal Jamaah, bukan kitab dari agama hindu sebagaimana tuduhan fitnah kaum WAHABI
    Rasulullah saw bersabda: “Doa dan shodaqoh itu hadiah kepada mayyit atau arwah”
    Berkata Umar: “shodaqoh setelah kematian maka pahalanya sampai tiga hari dan shodaqoh dalam tiga hari akan tetap kekal pahalanya sampai tujuh hari, dan shodaqoh tujuh hari akan kekal pahalanya sampai 25 hari dan dari pahala 25 sampai 40 harinya akan kekal hingga 100 hari dan dari 100 hari akan sampai kepada satu tahun dan dari satu tahun sampailah kekalnya pahala itu hingga 1000 hari.”
    Jumlah-jumlah harinya (3, 7, 25, 40, 100, setahun & 1000 hari) jelas ada dalilnya.
    Berkumpul ngirim doa adalah bentuk shodaqoh buat mayyit atau arwah.
    Ketika Umar sebelum wafatnya, ia memerintahkan pada Shuhaib untuk memimpin shalat, dan memberi makan para tamu selama 3 hari hingga mereka memilih seseorang, maka ketika hidangan–hidangan ditaruhkan, orang – orang tak mau makan karena sedihnya, maka berkatalah Abbas bin Abdulmuttalib:
    ‘Wahai hadirin.. sungguh telah wafat Rasulullah saw dan kita makan dan minum setelahnya, lalu wafat Abubakar dan kita makan dan minum sesudahnya, dan ajal itu adalah hal yang pasti, maka makanlah makanan ini..!”, lalu beliau mengulurkan tangannya dan makan, maka orang–orang pun mengulurkan tangannya masing–masing dan makan.
    Imam Thawus berkata: “Sungguh orang-orang yang telah meninggal dunia difitnah dalam kuburan mereka selama tujuh hari, maka mereka (sahabat) gemar menghidangkan makanan sebagai ganti dari mereka yang telah meninggal dunia pada hari-hari tersebut.”
    Dari Ubaid bin Umair ia berkata: “Dua orang yakni seorang mukmin dan seorang munafiq memperoleh fitnah kubur. Adapun seorang mukmin maka ia difitnah selama tujuh hari, sedangkan seorang munafiq disiksa selama empat puluh hari.”
    Pandangan Hanabilah, Taqiyuddin Muhammad ibnu Ahmad ibnu Abdul Halim (yang lebih populer dengan julukan Ibnu Taimiyah dari madzhab Hambali) menjelaskan:
    “Adapun sedekah untuk mayit, maka ia bisa mengambil manfaat berdasarkan kesepakatan umat Islam, semua itu terkandung dalam beberapa hadits shahih dari Nabi Saw. seperti perkataan sahabat Sa’ad

    BalasPadam
  100. A prominent western academic/writer quotes ...
    "especially astounding is the very dubious and virulent form of Islam, that Wahhabism and Salafism represent, which is currently wrecking havoc on Islamic traditions, the endless existential hatred against the Shias, which have cost billions of dollars and millions of innocent lifes, and dividing the Muslim community in petty squabbles over trivial details, of heresy and polytheism.
    Thus curtailing progressive thinking and leaving the economic and social decline to proceed effectively unchecked."

    BalasPadam
  101. Seorang academic/penulis barat berkata…
    “sangat mengherankan satu aliran yang meragukan, penuh dengan kebencian yang mendalam, ia itu fahaman Wahhabism and Salafism, yang menyebabkan huru hara, kacau bilau terhadap tradisi amalan Islam, pemusuhan yang abadi terhadap kaum Syiah, yang telah menelan belanja berbillion dollar dan berjuta korban yang tidak berdosa, justeru itu memecah belahkan persatuan ummah dengan perkara remeh, khilaf, hanya menentang bida’ah dan syirik.
    Ini menyebabkan kemunduran pemikiran yang progressive dan membiarkan kemunduran ekonomi dan social berterusan tanpa di bendung”
    AWAS FAHAMAN SALAFI WAHABI FITNAH AKHIR ZAMAN.
    WASPADA WASPADA WASPADA

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.