Khamis, 29 Disember 2011

Rasa Macam Nak Kahwin.

Assalamualaikum



Aku buka mata. Dah pukul 12 tengah hari. Semalam kerja dengan tekun hingga penat sampaikan terpaksa tidur sepas subuh. Ah, tabiat lama aku yang susah hendak di tinggalkan.

Aku check iPhone 8 aku. Ada satu iMesengger dari anak sulung.

"Daddy, tadi Along ada jumpa awek comel kat airport. Dah la comel, mantap pulak tu. Sampai segan gila nak tegur. Tapi agak-agak Daddy, boleh berjaya tak kalau Along tackle dia?"

Aku menarik nafas panjang. Kemudian hembus perlahan-lahan sambil menggelengkan kapala. Kecewa dengan anak sulung ku sendiri. Dari kecil aku didik, tapi begini hasilnya. How can dia boleh segan-segan nak tegur awek comel? Sebagai lelaki sejati, istilah segan tak akan pernah wujud bila berada di hadapan perempuan. Segan-segan tu semua bullshit.

"Apasal pulak boleh segan ni? Kan Daddy dah kata depan perempuan kena high confident?"

Apa guna jadi lelaki kalau tak confident serta malu-malu? Ada ke perempuan yang nak? Okay fine memang ada sebab lelaki malu-malu sure comel gila.

"Along tahu Daddy, tapi awek ni kalau tak silap Along, ni anak perempuan Lisa Surihani"

"Lisa tak Lisa. Kalau berkenan, tackle dia dan bawak jumpa Ibu dan Daddy. Dari dulu dok tackle perempuan, kahwin tak jugak. Daddy dulu umur 24 tahun dah kahwin dengan Ibu kamu tahu?"

Aku letak handphone aku di birai katil dan sambung baring. Bila di fikir-fikirkan balik, semakin tinggi dan maju teknologi, semakin lambat lah remaja ni nak kahwin. Tak tahu ke dulu orang umur belasan tahun dah start ada anak? Adakah anak remaja zaman sekarang terlampau manja sampai tak matang hinggakan tak boleh pikul tanggungjawab berkeluarga? Kecewa betul.

Aku bangun balik dari katil. Turun ke ruang tamu hanya dengan berboxer. Sunyi. Aku pergi pulak ke ruang dapur. Bau masakan hasil air tangan isteri dah masuk ke mulut. Dari mulut terus masuk ke hati. Mana suami tak sayang kalau isteri pandai masak ye tak?


Aku tengok wife aku tengah basuh pinggan di dapur. Di atas meja, dah tersedia segala makan minum untuk aku. Ah rajin betul bini aku ni. Tapi kalau di fikir-fikir balik, kesian juga semua benda dia nak kena buat. Sebenarnya dulu aku dah carikan seorang pembantu rumah untuk dia. Baru beberapa minit pembantu rumah dan isteri aku bertentang mata, terus isteri aku reject dia. Katanya, orang gaji yang aku carikan tu tak sesuai. Aku pun tak faham kenapa dia kata tak sesuai. Padahal aku tengok okay je orang gaji tu. Rambut blond, badan petite, muka ala-ala amoi kacukan Hong Kong. Umur baru 21 tahun. Apa yang tak sesuainya? Tapi bila aku suarakan ke tak puasan hati aku, terus dia cubit peha aku sepuas-puasnya. Dia punya cubit tu, dia cubit sipi-sipi je tau. Tapi bila sampai kedalaman tertentu, dia twist. Perh. Sampai sekarang berbirat. Sejak dari tu, aku dah tak berani carikan pembantu rumah.

Aku slow-slow jalan menuju ke arah isteri aku yang masih mencuci pinggan mangkuk. Aku berdiri betul-betul di sebelah kiri dia. Tangan kanan aku, aku letakkan di pinggul kanan dia. Romantic tau hug dari belakang.

"Sayang dah makan?" Aku buat suara lembut.

Dia diam. Masih marah pasal hal semalam mungkin. Isteri mana tak terasa bila suami tak layan dan terlupa nak ambil dia di shopping mall? Bukan salah suami yang dok sibuk main dota sebenarnya. Well, wife aku ni kuat merajuk tahu? Tapi aku suka. Boleh memeriahkan rumah tangga.

"Marah kat abang ekkk?" Aku cuba pujuk. Aku memang tak pandai pujuk.

Dia still diam.

Aku rapatkan muka aku ke pipi dia, then kiss.

Dia lap guna belakang lengan dia.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Then dia tolak aku sambil berkata "Jangan la kacau. Orang nak basuh pinggan niii". Akhirnya dia bersuara. Muka maintain garang. Garang-garang pun comel.

"Tak boleh kiss ke?"

Dia diam.

"Awakkk" Aku buat suara mendayu.

"Apa awak-awak? Pi main jauh-jauh" Dia avoid keadaan.

Tetiba pintu rumah terbuka dan anak kedua aku nampak dari kejauhan.

"Assalamualaikum Ibu, Daddy."

Salam di jawab.

"Daddy tak habis-habis kacau Ibu lagi ke?"

Aku hanya tersengih-segih. Begitu juga dengan anak keduaku.


*************

Rasa macam nak kahwin kan?


Sebenarnya, rumah tangga yang kaya dengan pujuk memujuk ni kebiasaannya berkekalan. Tak boleh lah nak serious memanjang. Kalau dah isteri serious dan garang, si suami kena pandai-pandai lah jadi agent pe-neutral-an kan? Kalau si suami garang macam Hitler, si perempuan mesti ayu dan lemah lembut. Selembut-lembut si isteri, sure boleh control suami yang panas baran. Tu la pasangan yang paling ideal.

Aku tengok ramai je perempuan dan lelaki bercakap-cakap pasal nak kahwin. Aku lagi lah dok cakap bab nak kahwin kan. Tapi, cuba korang fikirkan betul-betul. Korang dah ready ke nak kahwin? Korang dah bersedia ke nak melahirkan anak? Korang bukak YouTube dan search macam mana video baby tengah di lahirkan. Sakit weh.

Dan korang fikir lagi. Korang yang girls ni sanggup ke bersama suami andai kata suami di uji dengan kekurangan harta dan tak ada pekerjaan? Lelaki pula, sanggup ke di uji dengan ujian si isteri yang berubah bentuk selepas melahirkan anak? Aku takut jugak sebenarnya kalau future aku tak seperti yang aku harapkan. Boleh ke aku sara anak bini aku. Boleh ke rumah tangga aku bahagia tanpa orang ke tiga?

As for me, hidup dan perkahwinan memang susah dan adventure gila. Kadang-kadang kita akan rasa scary je. Tapi mengharungi kepayahan hidup dengan gadis or jejaka yang kita sayang, memang berbaloi.

Kepada pasangan di luar sana, cepat-cepat lah kahwin. Memang rugi lah kalau korang dah cukup duit tapi tak nak kahwin lagi. Lagi pun, tahukah anda berapa ramai pasangan di luar sana yang bertungkus lumus nak cari duit semata-mata nak kahwin?

Tak perlu lebih-lebih bila nak kahwin. Masa nak kahwin tu, tak payah nak buat majlis gempak-gempak. Ingat, invest in marriage. Not weding.

Dan bagi yang masih single dan yang belum boleh kahwin, aku kasi korang doa supaya cepat sampai jodoh. Bila cepat sampai jodoh maksudnya cepatlah korang ada duit untuk kahwin.



Aku tak pasti dengan 120 kebaikan. Apapun, doa ni untuk aku juga.



93 ulasan:

  1. nak kahwin gak.
    tapi pasangan tak jumpa lagik. grr.

    aku nampak doa ni semalam, nak baca tapi tak tau nak letak nama sapa lam bracket.

    alahai, cerita atas tadi aku baca di pagi yang sejuk sumpah terbayang! romantik lak aihh.


    ok dah ada paper kol 9 kang, gatal lak nak kawen. grr.

    good luck bro, semoga lekas kawen! =)

    BalasPadam
  2. tak sabar nak kawen...tapi masih belajar...tanggung diri pon pakai duit PTPTN...hahaha

    BalasPadam
  3. akan ku baca doa ini tiap2 hari!!!

    BalasPadam
  4. rase macam nak kawen jugOOkk

    BalasPadam
  5. adoiiila....... nak kawin ler....!!!

    tersentuh la baca entry yang ni...hmmm~

    BalasPadam
  6. Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable. (surah An-nur ayat 26)
    --------------------------
    byakkn doa insyaAllah, DIA sdg merncg jodoh yg terbaek utk hambaNYA. :)

    BalasPadam
  7. hahah...know what? post ni bunyi mcm.."smlm ni la mimpi aq. taken bulat2.." :P btw,scene mr k dgn 'bakal anak lelaki' btkan aq tringat kat shin chan dan ayahnye..lol

    BalasPadam
  8. Hahah kelakar la entry nie . Sempoi giler penulisan u . Best2 . Btw , 21 thn muda lg kot. Enjoy dlu puas2 :)

    BalasPadam
  9. wah,dh sampai seru agaknya..*ecewah..cuti ada lg..haha

    P/s:aku takboleh bca lg doa nie..heee

    BalasPadam
  10. mak ngan ayah aku selalu kata : MARRIAGE IS A GAMBLE; EITHER U WIN OR U LOSE........

    *agaknya sebab tu aku takut nak kawen kot.... berjudi itu haram. =)*

    BalasPadam
  11. owhhh man ! serius rase nak kawen :D BHAAHA ayah cakap, kalo tak de duit, jangan gatal nak kawen ! haha

    btw, kenapa laki nak kena takut kalo his wife change figure after pregnant ? sebab tu kalo mencari pasangan , jangan bergantung pada paras rupa, sebab it wont last longer :D kawen lah kerana iman dan kasih yang ade :)

    BalasPadam
  12. comel sangat blog awak ni.
    nak baca lagi la..

    BalasPadam
  13. aku suke time pujuk2 tu.. sgt sweet..

    BalasPadam
  14. kau bayangkan diana amir 2 bini kau ke? jgn weh 2 sir habib, lecturer aku pnye.

    BalasPadam
  15. Dem. aku pun duk jiwang2 dua tiga hari ni. Huhuhuhu. Sambady help !!

    BalasPadam
  16. tersenyum-senyum aku baca entry nihh . hahaha :D

    #tk fokus dh nk buat kerja.haihhhh ..hehehe

    BalasPadam
  17. "Ingat, invest in marriage. Not weding"

    yg ni aku stuju

    BalasPadam
  18. 1st? hahaha. Anyway aku setuju bab sedia ke tak tu. Future tu sangat menakutkan. And and, beranak tu adalah lebih menakutkan. Huuuu

    BalasPadam
  19. entri paling best dang paling aku setuju...
    nak kawen weyh...
    spe tak nak..
    lalalalalalal~~
    :P

    BalasPadam
  20. haha lawak2.. creative laa mr K ni , semoga dapat isteri yg baik2 je eh..

    BalasPadam
  21. Mcm best je kawen bila baca cerita kat atas tu. Tapi kalau nak kawen biar kita sedia betul2 dlu kn.. sebab kawen ni bukan situasi utk seronok2 & bukan juga untuk sehari dua tapi perkongsian hidup yang mungkin sampai ke akhir hayat.

    BalasPadam
  22. bila bca post nie, gaya mr.k mcm dah kahwin jer...

    apa-apapun, semoga mr.k bertemu jodoh yg baik..^^

    BalasPadam
  23. amboi tingginya imaginasi tu =="
    btw smoge cepat bertemu jodoh..hihi

    p/s: 1st time singgah sini =D

    BalasPadam
  24. err.. aku tak ready nak kahwin.. besides takut pom ada.. argh.. tak berani nak ambik risiko..

    p/s-semoga cepat jumpa jodoh..=)

    BalasPadam
  25. serius baca ni terus nak kahwin cepat. HAHA =D
    indahnya dunia perkahwinan:)

    BalasPadam
  26. sukeeee :DDDD
    tp mr.K x penah nk rep. kmen sy :(
    huh malas la cmni! kbye !

    BalasPadam
  27. wahh mesti lah nak kawen kan!

    aku selalu doa supaya cinta and jodoh aku datang waktu aku dah bersedia pada masa yang tepat.

    doa untuk kamu juga Mr.K!

    BalasPadam
  28. Daddy, apa ni pecah rahsia anak daddy ni! Macam mana nak ngorat2 awek lain pulak, hishhhh

    BalasPadam
  29. pehh sweet bak ang

    BalasPadam
  30. bercinta lepas kawen lagi best dan sangat suwitt gitu..

    BalasPadam
  31. aku rasa ko sesuai wat novel cintan-cintun aaa
    pasal dream ko time kawin or future wife ko
    walahh.. mesti gempak lorrr...!!!

    BalasPadam
  32. Gua rasa lu dah boleh kahwin ni bro . ade dah ciri ciri suami mithali . Kehkeh

    -Ingat, invest in marriage. Not wedding- 101% gua setuju bro .

    Tak rasa rugi ke kalau wedding kau beria-ria last last kau berceraiberai ? *bazir amalan setan #tetibe. Heheh

    BalasPadam
  33. mari lah kita sama2 berdoa agar kita semua cepat kawin :))

    BalasPadam
  34. orang kata " die bkahwin dan live happily aver after akhirnya"..
    but for me, marriage is the beginning of real life of a person..:)

    nak crik clon ..tp xreti..ahahahaha..
    *gedik*

    BalasPadam
  35. nak kahwin, duit tak cukup mcmana? haishhh. masalah betul lah.

    nnti aku tngu weddng kad kau dgn mili or aku pass dulu kat kau.

    who knows?

    BalasPadam
  36. But then again..ni just gambaran yg best..yg xbest? :p

    BalasPadam
  37. hehehehe.. entry ni sgt menarik..

    "Kita berpisah kerana Allah. Semoga satu hari nanti bertemu kembali setelah pandangan & perbuatan kita menjadi halal"

    BalasPadam
  38. kawenlah nakk..

    sebelum kamu dikahwini.


    -_-'

    BalasPadam
  39. angan-angan di siang hari. bangun K, dah subuh ni! HAHA

    nway, semoga cepat kawen ;)

    BalasPadam
  40. wah! serius entri best.

    mr. K, tak kisah muda sgt atau tidak, yg penting kesedaran dan tanggungjawab itu dah ada kan?

    btw, semoga dapat jodoh yang baik nohh :D

    BalasPadam
  41. memang rs nak kawenn.. tp jpa x bagi kawen duluu.. =,,=

    BalasPadam
  42. thanks for the doa mr.k!
    oh ye,kau suka main dota jugak ke?
    laki yang aku minat(which is aku berharap dia jodoh aku,)suka dota jugak.
    hehe.
    :) nice post btw.

    BalasPadam
  43. dari tahun lepas ada je entri kau pasal kahwin.
    aku syak kau ni dari tahun lepas dah 'rasa macam nak kahwin', kan? kan?

    jangan nak cover. nampak benor menipunya. HAHA.

    cepatla kahwin weh. sebab bila kau kahwin boleh aku tengok kau post gambar kau dengan dia di hari bahagia seperti yang kau janjikan dalam entri kau dulu. aku ingat ni weh. (HAHA lagi. oke tak kelakar)

    BalasPadam
  44. HAHA.. KUAT BERANGAN BTOL..btw.. aq bru wat blog 10-15 minit yg lalu..

    tunjuk ajar diperlukan..
    lawat la blog aq law ade mase..
    *X MALU BTOL AQ NIE.. MARKET BLOG SNDIRI*

    BalasPadam
  45. FACT:: melahirkan anak merupakan kesakitan yang paling perit di dunia ini::

    I HAVE BEEN PROPOSE OLEH SEORANG INSAN & MEMPELAWA UTK MENJADI ISTERI DIE PADA PUKUL 8 PM TADI ..


    TQ THIS ENTRY MAKE ME REALIZE ABOUT SOMETHING

    BalasPadam
  46. ya Allah, comel gila cerita kat atas tu. ^^

    tak sbr nk nikah jgk, tp bila fkir psl semua bnda yg kna digalas nt, rsa mcm msih kurang :)

    kena improve diri dulu kot mna pon, hehe.

    BalasPadam
  47. baca cerita kat atas tu sambil tahan gelak..nak gelak kuat2 kan takut rumet kata aku giler..haha..:p

    BalasPadam
  48. bace entri ni memang rase nak kawen!! haha.. in fact, me n my bf ngah usaha kumpul duit nak langsungkan.

    beruntunglah sape yg da berkemampuan tapi x terfikir nak meminang anak dara orang. dan berdosalah siapa yang bercinta tapi takde niat untuk kahwin.

    buat apa kapel atau kenal lame2. lepas kawen boleh kenal lebih mendalam kan.

    thanks for the entry. you made me smile. :)

    BalasPadam
  49. thanks for the doa. I really need it now. LOL

    BalasPadam
  50. Nak kawen jgk. Tiba - tiba rasa terbang ke awan.

    BalasPadam
  51. ingatkan mr.K yang nak kawen for real.hehe.

    suma orang nak kawen. nice entry 4 today bro. :)

    BalasPadam
  52. kekadang terasa jugak nak kahwin. Biasalah, gatal. tapi bila pikir-pikir balik, belum ready kot. banyak benda nak kena pikir.

    BalasPadam
  53. nak tanye ni..
    pasal doa pendekat jodoh tu,
    mcmmane nak amalkan?
    sbb tulisan kat bawah die tu..
    saya x faham sgt..

    BalasPadam
  54. mcm betul je jln cerita nie...hehehheheh apapun memang nice lah entry nie

    BalasPadam
  55. ntah kenapa aku rasa entry ni untuk aku je
    haha

    BalasPadam
  56. jgn sesekali lupa jemput isteri AHAHA yg comel2 mcm kucing meme pun boleh jadi ganas mcm singa tau AHAHAHA *sama2 ambil iktibar walaupun fiksyen semata2* ;P

    p/s- iPhone 8, nice touch!

    BalasPadam
  57. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  58. Sebagai #foreveralone, i sangat appreciate doa yg mr K share tu :D thanks a lot

    BalasPadam
  59. Semoga Mr K jumpa lah orang yg dicari tu. :)

    BalasPadam
  60. cerita yang direka kat atas tu best.. haha :) kelakar :)

    BalasPadam
  61. Ceh. Terbaik sgtt entry ni. :)

    BalasPadam
  62. comel.
    kan.
    macam.
    aku.

    BalasPadam
  63. Kawenlah cepat encik khairul. Best wo dah kahwen ni. Ada anak lagi. mmg bahagia. (alhamdulillah masuk tahun ke7).

    BalasPadam
  64. Alhamdulillah sy dah ada yg terbaik. lebih kurg mcm yg u ckp. setiap hari rasa mcm org baru bercinta walaupun da dekat 3 tahun :) so sweet!
    *good luck to u*

    BalasPadam
  65. mmg ada terasa nk khawin tp nk blajau dlu...hurmm lg pun xdew calon almaklum la xdew sape yg nk kt sy nie kn

    BalasPadam
  66. Nenek love this entry so much :)
    hati rase nak kahwen :)
    tapi bile pikir balik, calon pon tak ade :)
    Mama Nenek cakap umo muda2 gini mmg asyik pikir nak kahwen je :D
    tapi lame kelamaan bile kite dh koje, rase nak kahwen tu tak terase sgt :)
    Assalamualaikum :)

    BalasPadam
  67. everything seems sweet giler bila dah kahwin . tapi bila pikir cabaran perkahwinan . mampu ke kite nak pikul ? haha.
    *jawapan dari budak sapara matang . haha =D* .

    BalasPadam
  68. haha. lambat lagi kot kahwinnn

    BalasPadam
  69. menarik crite..
    nak ambil lh doa ni yap..
    nk kawin jgok cpt2 ni..
    hehehehe

    BalasPadam
  70. haha..bab cubit sipi-sipi then twist sy rse plg klakar..sbb sy slalu cubit murid nakal..hehe

    BalasPadam
  71. tetiba rasa nak kawen gak...hhahaha, en.laki-to-be, sila cari saya cepat!!!

    BalasPadam
  72. rasa nak kawen gakla... en.laki-to-be,,sila cari saya cepat!!!

    BalasPadam
  73. Well, ada sorg akak tu gtau dia bersalin x sesakit senggugut. senggugut lg dasyat kata dia. so I think I'm more than ready to get married..;)

    BalasPadam
  74. Hehe.sempoi je..moga mndpt jodh y trrbaek..ameen..:-)

    BalasPadam
  75. ya Allah aku cinta dia...

    BalasPadam
  76. Cara pembayaran bank in/bnk transfer



    Mb acc=151071107847 (Nor Hasimah Binti bd Rahman)

    atau

    Cimb acc=02170014091526 (Mohd zool fazlee basir)



    Penghantaran barang = Poslaju (1-2 hari bekerja) ~ tracking number akan diberi selepas penghantaran

    Untuk penghantaran, mohon sertakan no.telefon alamat penuh beserta poskod

    BalasPadam
  77. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    BalasPadam
  78. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    BalasPadam
  79. encik k,kahwin jom?

    BalasPadam
  80. bagus la blog nie..
    siap ade doa lagi :) ..
    (bace doa kejap)
    harap2 lepas baca doa nie ade lah jodoh aku :P
    teringin jugak nak kahwin nie :)
    cume belum sampai seru aje..

    Cari KadKahwin?

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.