Sabtu, 31 Disember 2011

Betul Ke Dosa Orang Yang Berkecil Hati Lagi Besar?

Assalamualaikum


Hello gadis yang berkecil hati dengan jejaka dumpers sekalian. What's up.

Sejak beberapa hari lepas, aku perasan yang dunia maya TwitterJaya, Facebook serta Blogosphere dipenuhi dengan new status yang mampu menarik minat aku. Minat aku bukan tertarik untuk bash awek comel serta gedik. Tapi... ya, curiousity. Benda apa yang membuatkan aku curious ni? Well, ini:

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

Bila aku baca ayat di atas, aku pun macam "Oh, ilmu baru dari Twitter. Sekali sekala dapat hadis or Islamic quote macam ni kan bagus." Tapi selepas beberapa hari, quote di atas membuatkan aku tertanya-tanya. Ianya bugs me like hell. Dan aku juga terfikir. Adakah ianya satu hadis? Adakah ianya satu quote dari para ulama or hanya rekaan?

Disebabkan curious sangat, aku pun Google lah. Bila aku Google, baru lah aku tahu yang ramai gila dah yang update blog tentang betapa berdosanya kita kalau kita berkecil hati setelah ada orang maki, kutuk dan hina kita. Tapi tak ada satu pun dalil yang berkata pasal ni.

So persoalannya, betul ke kalau orang kutuk, maki dan hina kita, dosa penghina tu lagi sikit dari dosa kita yang terasa? 

Apa pun, mari kita baca dulu cerita yang amat famous ini.

**********

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. 
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"
I'm so confused.

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *Blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *Termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah..
**************


Anda dah baca cerpen di atas dengan sepenuhnya? Cerita di atas adalah cerita yang aku jumpa tanpa credit dan sumber penulis. Mungkin hanya rekaan, mungkin for moral value. Tak sure.

Tapi, kalau korang baca betul-betul, mesti korang pun akan tertanya-tanya. "Habis tu kalau kita buat ibu bapa kita berkecil hati kat kita, adakah ibu kita yang dapat lagi banyak dosa?" This is why aku agak tertanya-tanya. Ada tak dalil tentang ayat di atas?

But nevermind. Mari kita proceed. Dalam cerpen di atas ada mengatakan.


 Hukum mengumpat

"Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita.. 'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.." Si Ayah ( Dari dalam Cerpen di atas)

Actually, situasi yang di atas, ada betulnya. Tapi ada sedikit masalah. Masalahnya, kita tak tahu niat si pemberi tahu. Memberi tahu keburukan orang lain memang nampak seperti membuka aib dan mengumpat dan sebagainya. Tapi tahukah anda yang benda ini ada pengecualian? Tahukah anda yang bila kita memberi tahu sesuatu perkara kat orang lain dengan niat untuk mengelakkan dia mendapat nasib seperti kita; ianya dibenarkan dalam Islam? Contohnya macam "Jaga-jaga dengan lelaki tu. Dia tu penggila seks. Dah banyak kali dia curi seluar dalam anak aku." Anda boleh baca lebih lanjut di sini. Dan sila fahami beza antara mengumpat (Gosip, cakap belakang, buka aib) dan memberitahu info untuk melindungi orang sekeliling kita.


Dosa berkecil hati.


"Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah." - Ayah (Dari dalam cerpen di atas)

Actually, ayat yang di katakan oleh si ayah ni adalah mostly betul. Ianya betul tapi sikit je kurang tepat. Sebenarnya, ujian yang Allah kasi bukannya tentang perasaan kecil hati tu. Tapi apa yang kita buat selepas dah terkecil hati dan terasa.

For example, korang adalah girl yang amat-amat baik dan alim. Tutup aurat, pergi mana-mana pakai baju abaya yang labuh dan longgar. Tapi nasib korang malang sebab time tu, ada lelaki yang entah datang dari mana dan merogol korang. Selepas di rogol, dia lari meninggalkan korang. Itu adalah ujian. So, kalau korang menjadi trauma di sebabkan di rogol tu, adakah bermaksud korang menyalahkan Tuhan di sebabkan perogol tu merogol korang? No. Trauma adalah based on physiology yang tak boleh di kawal. Ianya adalah fitrah disebabkan shock. (Sama lah juga seperti berkecil hati). Memang mustahil la korang selepas kena rogol boleh relax tak rasa sedih or apa-apa. Unless kalau korang dah biasa kena rogol.

So, yang penting disini adalah apa yang anda buat selepas peristiwa tu. Sebab ujian yang sebenar adalah apa yang anda akan buat selepas dirogol. Adakah anda akan blame Allah sambil bercakap "Aku dan solat, mengaji, tutup aura semua. Tapi kenapa Allah buat aku kena rogol?" Kalau macam ni, baik aku keluar dari Islam. If that adalah apa yang berlaku, then dosa gadis yang dirogol adalah lagi tinggi dari perogol. DAN. Ini tak bermaksud korang boleh rogol orang ya. 


So, back to the case, andai kata lah ada perempuan yang entah dari mana, dia nampak korang ni comel dan ramai jejaka alim nak masuk meminang. So, dia mesti la jadi dengki. Bila dah dengki, apa lah lagi, dia terus ajak kawan-kawan dia pi jumpa korang sambil hembur "Weh, kau ingat kau tu comel sangat ke? Dah la muka huduh, mulut pula macam celaka. Tak malu. Entah-entah, muka mak kau pun lagi teruk dari kau. Daughter of a bitch!". Then korang menangis sebab berkecil hati (terasa). Adakah secara langsung korang yang lagi berdosa berbanding perempuan yang dengki itu?

Di sini, ada dua jawapan untuk soalan aku. (Ya, aku tanya aku jawab)

Jawapan pertama: Anda Tak Berdosa

Dia maki tetiba. Dia siap maki ibu kesayangan korang lagi. Dia siap kata korang ni bajet alim and anak haram di sebabkan korang pakai baju ketat dan cakap lucah main lepas. Of course korang akan terasa. Boleh terasa sampai 2 hari tau. But, ketika korang terasa, korang nangis sambil bertekad nak berubah. Selepas tu, korang dah start pakai baju yang tak ketat dah. And then korang terus nak cuba ubah attitude korang. So, how can this makes you sinner than the person yang supposed to?

Sama la juga dengan orang yang mencuri. Kau curi pensil kawan kau. Mesti kau berdosa kan? Tapi kalau kawan kau dapat tahu. Then dia berdendam sampai mati. Secara tak langsungnya dosa dia adalah jauh lagi tinggi dari kau kan? Tapi adakah itu menjadikan "Mencuri adalah berdosa. Tapi dosa orang yang barangnya di curi tu lagi tinggi dari pencuri."? (Please understand this carefully)

Jawapan ke dua: Yang berkecil hati lagi berdosa dari yang mengecilkan hati.

Selepas korang kena maki, korang balas balik "Amboi amboi sedapnya mulut longkang kau. Tak ada insurance ke?" Pastu korang pakat dengan kawan-kawan korang untuk pergi bakar rumah dia. So yes, korang definetely lagi berdosa dari yang yang buat korang kecik hati. Sebabnya, ini lah maksudnya dengan tak redha dengan ujian Allah.

Dengan kata lain, quote "Orang berkecil hati lagi berdosa" tu adalah betul tapi based on implikasi or apa yang anda buat selepas sesuatu peristiwa. Perasaan terasa itu adalah normal. Yang penting, apa yang anda buat selepas terasa dan kecil hati. So, kalau ada orang maki korang sebab perangai korang buruk and then korang terasa gila-gila sampaikan korang berubah; then insyaAllah korang tak berdosa.

Conclusion: Secara ammnya, rasa berkecil hati tidaklah berdosa seperti dalam quote tu. Maksudnya, quote tu tak adalah 100% betul.

So please, jangan buat joke "Kau tu babi anak haram! Eh? Apasal diam? Sentap? Terasa? Kau tau tak kalau kau terasa, dosa kau lagi banyak dari aku? HAHA". Ya, please jangan buat joke ni kat Facebook. Not funny.

PS: Sedih itu adalah fitrah. Tak ada siapa tak pernah sedih. Mustahil sekali berdosa bagi kita untuk bersedih melainkan kesedihan tu terlampau belarutan sampai efek kehidupan dan kewajipan kita.

Kalau ada salah di entri ni, sila betulkan.


76 ulasan:

  1. jadi, jangan cepat kecil hati bila orang memperkecilkan kita

    BalasPadam
  2. Selalunya kalau terasa hati dengan sesiapa akan menangis. Ya menangis lepastu berdoa kat Allah mintak ditabahkan hati ditenangkan hati bagi kuat dan tak cepat nangis dan kental dan moga orang yang buat kita terasa tu dah bagi pahala sikit kat kita. Mana ada orang mampu jaga hati kita sebaik mana kita jaga hati sendiri. Heee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This info help me a lot. Baru kna maki hamun kaw kaw dgn doa lagi cpat mampos. Mmg terasa but at least bila baca ini ujian rasa cam.Tuhan sygkan aku n ingatkan aku sape. Mmg pas solat mintak sabar n tenang.

      Padam
    2. @Milimilo :p. Ayat last tu buat saya tersenyum. Ulang***repeat(Mana ada orang yang mampu jaga hati kita dengan baik selain diri kita sendiri)

      Padam
  3. terkecil hati..or terbesar hati..
    kalau bukan hati tisu..pasti susah nak terasa nih..
    jangan ambil hati sgt dgn kata2 or lain. peace yo..

    *pssttt..new entry..

    http://cintailmu89.blogspot.com/2011/12/aku-sehelai-sejadah.html

    BalasPadam
  4. to my dear Mr.K,
    noleh tak nak pinjam quote ni
    'Sedih itu adalah fitrah. Tak ada siapa tak pernah sedih. Mustahil sekali berdosa bagi kita untuk bersedih melainkan kesedihan tu terlampau belarutan sampai efek kehidupan dan kewajipan kita'

    thanks~ really touched my soul and nak buat pujuk kawan yang tengan putus cinta dengan plan jahat nak balas dendam..

    BalasPadam
  5. salam.

    lega sikit bila baca ni. sebab aku mati2 percaya pasal orang terasa hati ni dapat dosa lebih.

    sebab aku ni kuat touching. nak2 pulak banyak dugaan aku tempuh dengan insan2 lain di muka bumi ni...

    BalasPadam
  6. betul ni.. sampai skrang pun aku masih tertanya2, betul ke ayat

    "Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah." - Ayah (Dari dalam cerpen di atas) ?

    dan aku pun memang rase agak konpius bace ayat tu.. haha

    BalasPadam
  7. Tergantung la kot .Kalau yg dia tegur tu baikbaik tapi kita terasa hati ,mungkin betul kita berdosa sebab terasa hati .sekaligus buat kita nak menyumpah orang yang tegur kita tu .

    BalasPadam
  8. Thanks.. Sangat berguna. Selama ni tak tahu langsung padahal dah brtahun2 hidup di dunia.

    BalasPadam
  9. hmmm....aku baca cerita sebijik mcm diatas, cuma dialog tu bukan antara ayah ngn anak, tapi ustaz ngn Fakri...ahahah sebijik ooo dialog diaa.... cuma seperti cerita diatas, tak ada dalil2, hanya logik2 yang kembali kepada 'kita tak akur dengan ujian Allah' sebab kita berkecil hati. kena cari balik dalil2 baru boleh komfem kan :)sama2lah kita blajar

    BalasPadam
  10. ok nak cakap benda sama macam kak mili :) *sep kak mili* ,mr k.syabas. dena suka entri ini :) may Allah bless you !

    BalasPadam
  11. kau ckp sedih tu fitrah, aku teringat something. saje lah nk share kawan aku pnah cakap..

    "Dah Allah takdirkan begini, aku terima jelah. Apa nak merungut, adalah hikmah."

    org tny: itu redha atau pasrah dan mengalah?

    dia jawab: "Tiga-tiga. Redha dengan ketentuan. Pasrah dengan keadaan (sekejap ja, sebab pasrah itu fitrah). Mengalah dengan keimanan yang tidak berbelah bagi bahawa ada Maha Penentu untuk segalanya."

    BalasPadam
  12. Kalau orang yang berkecil hati tu sabar dan redha macam mana?

    BalasPadam
  13. entry ni brtrus trang ^^

    btw.. tengs.. bru taw.. sharing is caringg

    BalasPadam
  14. Rasa telus penulisan ni kat hati. thanks Mr K . Baru aku sedar , selama ni aku asyik sedih je, berbulan bulan tak bercakap, begaul ngan family n kengkawan. asek terfikir pasal kronologi kisah dulu yang tak seberapa baik bagi aku.

    So, kira aku ni berdosa ke sebab sedih yang berlarutan ? Takut lah nak tanggung dosa yang aku tak tau dah banyak mana disebabkan kesedihan melampau. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. usah sedih lama2.. move on.. dunia ni terlalu singkat untuk selalu bersedih.. bnyk perkara lagi boleh buat kita happy or wahteve..heheh

      Padam
    2. usah sedih lama2, kerna dunia ni terlalu singkat utk kita selalu bersedih. be happy okey. good :)

      Padam
  15. Mr K, nak tanya. macam mana pulak kes yang kalau kita teraniaya dan selepas tu kita mesti rasa macam geram dan tak dalam keadaan reda. jadi kes teraniaya ni sama jugak dengan kes ni ker? kalau orang yang teraniaya tu tak reda, maknanya dia pun berdosa. gitu?

    BalasPadam
  16. first time aku taw pasal benda ni.thanks Mr.K. Actually penah terjadi jugak kes mcm ni.kena maki dpn2.perghh pedih2.

    BalasPadam
  17. berkecil hati adalah tidak berdosa. ianya fitrah. semulajadi. ALLAH tu adil. Dia tidak kejam. buat apa mencipta sesuatu fitrah dalam diri manusia then claim fitrah tu berdosa bila kita rasa? kalau kita buat macam tuh, indirectly, it is like kite claim ALLAH itu tidak bijak dlm penciptaan dan menjatuhkan hukuman.

    i agree with you. it is about our effort how to deal with the perasaan kecik hati and whatsoever. kalau perasaan berkecil hati itu berdosa dan berkecil hati mcm tanda kite tak redha dgn ujian ALLAH indirectly, then Rasulullah tak patut bersedih hati bila siti khadijah dan pakcik baginda meninggal. bolehkah kite nak claim Rasulullah berdosa tym tuh?

    nice entry.

    BalasPadam
  18. lepasni kena kebal. haha

    BalasPadam
  19. Di sini, ada dua jawapan untuk soalan aku. (Ya, aku tanya aku jawab)

    macam gaya cikgu :)

    BalasPadam
  20. ni pandangan peribadi saya lah..
    betul apa mr.K kata tu, statement yang berkecil hati tu agak kurang tepat, dan kalau nak keluar statement tersebut kena dengan tempatnya..
    sepatutnya kita tak perlu berkecil hati atas teguran/nasihat yang membina diri kita, contohnya nasihat seperti;
    ''aku rasa, lepas ni kuranglanlah ikhtilat tak syar'ie dengan yang bukan mahram..''
    ''pakai ketat2 tak elok, nanti kalau ajnabi tengok kan dah dapat dosa..'' etc..

    then, orang yang ditegur tak puas hati, dia pegi cerita kat membe2 dia..
    ''wei, poyo gile tegur aku bagai, tp tak perfect pon..aku tengok dia sama je''
    ''gelabah la dia nk tegur2 aku, lantak aku la nak pakai macam mana pun, mak bapak aku tak kesah, die lak lebih2..''

    kat situ dah jadi 1 umpatan, sedangkan kawan menegur ke arah kebaikan, tapi dia touching lebih tak boleh terima..
    jadinya, ada sesetengah orang yang tak boleh terima teguran yang macam ni, then dia terasa..
    seharusnya, kita muhasabah diri kita, dan ingat, kawan yang menegur ke arah kebaikan tu, sebab Allah gerakkan hati dia untuk menegur kawan dia ke arah kebaikan, di samping dia memperbaiki diri sendiri..

    kalau teguran macam;
    ''woi babi, mak kau memang pelacur blahblahblahblah..''
    ''ko ni anak haram la blahblahblahblah..''

    tak payah terasa, tak payah dilayan orang yang macamtu, cakap berpandukan nafsu dan bisikan syaitan.
    kalau layan, terasa, kita ikut sama bodoh. sebab terpedaya dengan bisikan syaitan dan nafsu.

    macam untuk mak pulak, kalau anak buat mak terasa, takkan mak kita lebih berdosa dari kita kan? memang tu totally salah si anak tu lah, tak dinafikan lagi. sebab kita sebagai anak perlu jaga adab dengan ibu bapa, nak nasihat ibu bapa yang tersimpang dari Islam macam mana, bukan boleh main nak cakap je..adakan pendekatan yang baik lah. saya setuju dengan mr.K..

    jadi kesimpulannya saya sokonglah, frasa ni kurang tepat. kalau nk tepat, mungkin perlu kena dengan situasi.

    BalasPadam
  21. owhoooooo..
    new info la!
    thanks!
    pasni kena kuatkan atie la, jangan mudah kecik atie ngan org..

    BalasPadam
  22. curi pensel kawan dendam sampai mati... hahaha... btw, betul jgk tu... sedih itu adalah fitrah... :)

    BalasPadam
  23. bagi aku..bek kita jujur..kalo tak suka cakap je depan2 tak suka..
    biar dia kecil hati dan kita pun tak sakit hati..

    BalasPadam
  24. nak kecil hati tak salah.semua org ade perasaan.tgk jugak dia kecik hati sebab apa.yg penting bersederhana.kthanxbye!

    BalasPadam
  25. macam mustahil pulak kalau langsung tak berkecil hati bila orang dah kutuk or cakap macam-macam pasal kita kan. tapi tula, betul jugak. yang penting, macam mana kita nak take it benda tu. either in positive or negative way. lepas ni memang kena kebal la kot. haha

    BalasPadam
  26. Ouh..ilmu baru ni. serious tak tau. tp erm..tp rsenye nk kaji lebih la psl isu ni. *bukak fb ustaz* LOL..thnx btw. :)

    BalasPadam
  27. tersindir la yg babak2 curi2.. baru2 ni rumah family kena rompak.. family ada kat rumah.. aku je yg xda dlm kejadian. nasib dorg x apa2.. aku rasa marah dan down, lepas tu, aku muntah2kan dendam2 dalam blog.. bukannya perompak tu baca pun kan? tapi aku berimaginasi buruk dalam blog tu... bila baca ni pulakkk...eh, bro, ko ada baca x blog aku ke? apasal aku rasa macam panas je ek.. termakan cili rasanye.. hahahhahaa

    BalasPadam
  28. bila terase hati ngan kawan2...ouh siyesli sentap sungguh perasaan waktu tuh....balik bilik je nangis...wuu,sedeyhh taw..then bila pikir balik,hey,she's my fren lahh...then,doa kat Allah...xmo lahh cepat terase ati ni, tabah2kan lahh hati ni.. =)

    aku bace sgguh2 taw entry ni sebab skrg aku selalu trase ati ngan membe2 rapat aku....

    BalasPadam
  29. awesome explanation, khairul!

    BalasPadam
  30. aku baru tahu... thanks for the info... =)

    BalasPadam
  31. so...in conclusion...one's REACTION towards any penghinaan la yg akan tentukan whether dia lebih berdosa or x dri si pengeluar statement menghina tue....wallahualam...

    BalasPadam
  32. kesimpulan : jangan berkecil hati. ambil peringatan dan memaafkan.

    ya, memaafkan adalah ubat pelega hati yang paling berkesan.

    BalasPadam
  33. Out of topi kejap . Tahun lepas aku ada belajar pasal mengumpat ni. Berdasarkan apa yang aku belajar lah kan, kita boleh nak beritahu info or nasihat with situation kan tapi , kita jangan langsung cakap orang tu siapa .Sama lah kalau kita nak bagitahu masalah kan , nama orang tak boleh dicakap . Sebab kalau betul , kita dikira mengumpat ,kalau salah dikira fitnah . Dua-dua dikira berdosa . Just umum jelah . Sorry out of topic sat .

    Nice post btw :)

    BalasPadam
  34. Salam Mr.K, cuba baca balik dialog tu betul2. Kalau memang nak bercakap berdasarkan dialog tu, pada saya maksud dialog tu:

    Berkecil hati dengan PENGHINAAN sebenarnya yang buat kita bersalah. Penghinaan tu lebih kepada 'teguran cara kasar'. Bukan berkecil hati dengan org yg buat kita kecil hati by any way such as curi barang org tu. Memang tak kena dengan comparison org yg trauma selepas dirogol.

    Pada pendapat saya, maksud dialog tu adalah kalau kita dapat lihat secara positif HINAAN(teguran kasar) dari orang tu adalah sebenarnya satu bentuk teguran/peringatan dari Allah, kita akan terima teguran tu dengan redha. Instead of being emotional, pastu marah balik sebab kalau kita marah orang tu, maknanya kita marah kepada Allah yang menegur kita. Dialog tu sebenarnya moral value dia adalah supaya kita redha dan lebih banyak bersabar.

    Manusia biasa memang Allah kurniakan dengan perasaan gembira, sedih, marah, dll. Jadi memang takkan boleh lari dari perasaan2 tu. Cuma mungkin kita boleh menahan diri dari sifat kecil hati/marah/sedih tu apabila kita lebih redha & of course bukan redha saja tapi turut berubah menjadi lebih baik lepas tu.

    contoh dialog encik K:" "Weh, kau ingat kau tu comel sangat ke? Dah la muka huduh, mulut pula macam celaka. Tak malu. Entah-entah, muka mak kau pun lagi teruk dari kau. Daughter of a bitch!".

    Kalau dilihat yang sebenarnya dia tak puas hati dan cuba tegur tu adalah "MULUT MACAM CELAKA". Yang lebih2 tu of course lah hasutan syaitan yg menyibuk suruh tambah2.

    Sometimes, dialog atau cerita rekaan ni sengaja direka secara 'berlebihan' untuk kasi kesan mendalam. Kadang2 certain orang ni bila baca cerita macam ni baru terbuka hati. if you know what i mean.

    BalasPadam
  35. Atagfirullahalazim. sbelum ni sering saja berkecil hati. Thanks Khairul sbb share!

    BalasPadam
  36. assalam...
    sy trase dgn kwn bek sy, then ktorg da x rpt mcm sblom nye tp msih b'kwn. adakh spe2 yg b'slah?

    BalasPadam
  37. mcm tipu je... unless ada dalil sah dr al quran. citation tu ada bru nak percaya...

    BalasPadam
  38. assalamualaikum,nak minta pndapat mr.k bole?thank u.bayangkan awak ni cucu & anak yang baik.awak ada nenek y masa awak kecil x pnah nak layan mak dan ayah awak baik2.awak tak tau sbnrny sbb mak ayah y cerita.sampai sekarang pun sebenarnya nek awak x kisah sangat pasal awak skeluarga.dan awak pun sedar y nek awak start nak rapat dgn awak lpas awak da masuk kolej.dan setiap kali nenek awak datang rumah mesti ada yang dia nak,pastu x pnah bgi awak apa2 pun tp cucu lain ada pulak.tetiba rasa macam cucu jahat pulak.ok la,awak nak layan nenek awak baik2 macam sebelum ni.Dalam masa y sama mak awak luahkan perasaan y dia kekadang teringat semula layanan kurang baik nenek awak pada mak dan ayah awak time dulu2 sampai skg.cuma sekarang da x ketara sgt mcm dulu.huuuuuu...x tau nak explain dgn lbih baik.kesimpulannya hari ni awak dah sakitkan hati nenek awak sbab awak x layan dia macam slalu,kalau selama ni awak agak manjakan nenek awak tp hari ni awak lbih banyk buat kja sendiri + tgok tv y awak x rasa best sbnrny smata-mata x nak ada masa berborak dgn nenek macam y awak slalu buat.kononnya awak nak nenek awak rasa macam y dia da buat pada mak ayah awak dulu sedangkan awak tahu apa y awak buat tu memang x patut.akibatnya skg ni nenek awak da berkecil hati pada awak.apa y sepatutnya awak buat.?

    BalasPadam
  39. Banyak nye ak berkecik hati dengan org, maknanya makin banyak la nh ak berdosa. Astaghfirullah...

    BalasPadam
  40. ok faham...mula baca statement, mau x betul ak nak kawal perasaan kasi x kecik hati...

    BalasPadam
  41. bnyk jugak kecik hati sbb org dok mengutuk sye dlm fb tp xpelah, yg penting sye x mcm diorg....

    BalasPadam
  42. thanks khairul. ske sgt entri ni. aku dah lama gile x blogging. dan entri ko antara entri pertama aku baca. bangga x? haha

    anyway, first time kot dengar pasal hukum terasa2 ni.
    dahle aku cpt terasa. pasni insaf la. ==" tp aku stuju ngn mili. aku akn solve dgn menangis. dan bila aku menangis, aku rasa diri aku lebih dekat lg dgn Allah :)

    BalasPadam
  43. slm
    ulama dlu2 kmaen tkot kuakn pndapat o ftwa
    evn if dorg bbual, mmg based kpd nas n hadis je,
    even kbetulan pe logik fkir kita sama dgn hkum sbnr, ttp dosa,
    kita leh tmbh iman dgn kaitkn agama dgn logik
    tp, jgn ikut logik je tntg pe2 mslh agama
    bjet ustaz kn wa, huh

    BalasPadam
  44. I agree with you 110% Mr K. Mula2 baca pasal entry yg org dok post tu pun da rasa something wrong. Nape pulak dosa org yg kcik ati lg besar dr dosa org yg kcikkn ati kita? N you answered all of it precisely.hehe..

    BalasPadam
  45. Entry ni sangatt niceee !! thankss babe.. saya memang terasa hati dan kecik hati sangat2 harini...... lepas baca entry ni.. ok la, i will try to change.. eyy. visit me too kaays ! :)

    BalasPadam
  46. Org gile jer bile kne maki hamun die x sedey x kecik ati.. Org normal mesti sedey punyer wpun wat2 macho.. Bile kne maki hamun carut fitnah kutuk ngumpat kne hine kne herdik.. Ditertawakn.. Di ambik
    Ditindas.. Itu dh kategori kne naya.. Doa org yg kne anaiya tu makbul.. Gilelah klu difitnah.. Seseorg tu berdosa lg teruk dr org memfitnah..hnyer krn die mgadu sedey kecik ati.. Stndrdlh.. Mnusie perlu mengdu apa yg terbuku dihati.. Pndam kng. . Lme2 stress.. Murung.. X psl2 kg bunuh diri pulk.. Ingtlh ayat dlm surah yasin allah akn bls manusia dr kesan perkattan dn perbuatan.. Disebabkn mulut org yg jht memfitnh maki hmun carut smpi buat org bunuh diri - worst caselh kn... Ada ke patot dosanyer x beso sgt.. Tp mmg betol kite x patot ambik port atau menyedeykn diri dgn statemnt dr mulut longkng.. Pasanglh pnapis kt telinga. . Mne yg negatif dr org sekeliling jgn dgr.. Pekakkn telinga dan butakn mata.. Pasti hidup bahagia.. Jnji kite jgn lnggr hukum hakam tuhan sudeyyy

    BalasPadam
  47. nice entry..asatizah ana ada pesan-->jangan terasi atiy ngan apa yg org duk kata kita..kkadang,nawaitu mereka bek,,..cuma,medium pnyampaiannya sedikit kasar=mengata or mengutuk..spatutnya,kita kena bsyukur,at least ad org yg still lg concern dgn kita...bila trase atiy,itu sama sahaja kita besedih n kufur ngan apa yg Allah da bg kat kita apa adanya..btw,jemput sinngah..still new..http://imtisal-akucintaallah.blogspot.com/

    BalasPadam
  48. Have you essential some funds, pożyczki bez bik sosnowiec nevertheless only don’t go until eventually payday? Them will happen kredyt bez bik warszawa so that you can millions of Individuals across the country regularly. A thing arises therefore you need to have kredyt chwilówka praca some money, but your check isn’t laid down nevertheless. Only when kredyt chwilówka gorzów there were how to pozyczki-pozabankowe.info.pl secure payday loans on the web, appropriate?

    BalasPadam
  49. Refer Surah Al Hujurat ayat 11...huraian secara detail dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir...

    BalasPadam
  50. setuju dgn Biaachh. ade ke manusia dlm dunia ni bleh tersengeh2 sambil bertepuk tampar dgn orang yg baru je kutuk dia depan2. orang gila je kot

    BalasPadam
  51. betol ckap mr.k, kita akan lebih berdosa kalau terasa hati and cerita kat kengkawan lain, sbb tu dah dikira mengumpat. itu pon kalau orang tu menegur kearah kebaikan.. TAPI, macam mane pulak kalau cara dia tu memalukan kita..? hina kita depan orang ramai? adakah kita lebih berdosa? terasa hati x semestinya tidak memaafkan.. renung2 kan... ini cuma pendapat saya saje..

    BalasPadam
  52. oh macam tuu..tapi aku terasa hati aku diamkan, dalam otak set 'tak mau kwn ngan org ni dah' last-last org tu mntk tlg aku tlg kan jugak...bangang pulak terasa diri...macam mane tu?

    BalasPadam
  53. Bab terasa hati ni...aku antara manusia yg bkn mudah sentap...tp bile melibat kan kawan2 dan org yg rapat..mmg mudah sentap.. ade masa rasa x dihargai dan rase dibuang...
    tp bak kate mr.k ianya adalah berkaitan dengan...bagaimana perlakuan kite selepas menerima hinaan tersebut.
    so tanamkan dalam hati...ape yg berlaku adalah teguran secara langsung dari ALLAH melalui hambanye juga...baiki diri... lepaskan semua yg membuat kite marah... ambil masa untuk bersedih dan berfikir...kemudian..pulihkan diri...
    teruskan hidup dengan ape yg kite ade...
    TQVM mr.k

    BalasPadam
  54. Siape tahu orang yg ngolok bapak kita pastu kita xmempertahankannya siape yg dapat dosa tolong jawab...ok

    BalasPadam
  55. tetiba lepas bce ni kuar air mate. thanks ade rse lega ckit apa yg tkumpul. berkecil hati n diikuti ngan pbuatan kte slpas tu.. open my mind. tq :)

    BalasPadam
  56. Terase.. Tp kite x bt ap pon.. Kite x terase.. X dendam , x benci... Tu pon dose ke??

    BalasPadam
  57. Aku terasa hati gila2.. now aku baca blog ni, utk positifkn diri: (

    BalasPadam
  58. Aku terasa hati, now aku baca blog nih utk positifkn diri..

    BalasPadam
  59. Dia selalu buat saya terasa dengan kata-katanya. saya kerap pujuk hati dan lupakan apa yang dia dah buat. bila saya mula nak berbaik dengan dia, dia sakitkan hati saya balik. salah ke kalau saya jauhkan diri dari dia untuk elakkan hati saya sakit lagi? berdosa ke saya jika buat macam tu?

    BalasPadam
  60. Kalau bab dosa pahala ni xpayah reka2. Dosa jelas salah. Apa pula berkecil hati dosa. Mcm sesetengah org kata mengeliat tu dosa. Pandai2 je.

    BalasPadam
  61. HANYA DI QQ96ACE .ONLINE
    WhatsApp : +62 823 6229 3153
    * Bonus newmember 200%
    * Cashback PARLAY 100%
    * Bonus Harian 20%
    * Minimal Deposit Rp25.000
    * Semua Game Bisa Dimainkan di PC/Android/IOS
    * 24 Jam Customer Service

    BalasPadam
  62. Abistu..lau someone tu ad kekurangan diri..contohnya macam org kurang upaya tu..pastu dia kena hina..and then dia terasa..so berdosa la dia dilahirkan cmtu..it's normal kita manusia ad perasaan.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.