Wednesday, January 4, 2012

Kahwin Masa Belajar : Tips Percintaan Jarak Jauh

Assalamualaikum


Hello gadis yang berjauhan dengan suami comel masing-masing. What's up?

Seperti yang korang semua dah tahu, beberapa minggu lepas aku ada tulis pasal long distance relationship. And guess what? Sejak dari tu, aku dapat banyak je cerita pasal LDR. Tak kisah la cerita tu aku dapat via email ke, via komen ke, via Facebook ke tapi memang banyak. For most of it adalah case tentang kahwin muda or yang bakal kahwin muda tetapi memang awal-awal dah tahu yang dia akan berjauhan dengan si isteri tercinta dan si suami tercomel.

Actually lah akan, kalau korang tanya aku, aku akan bagi tahu yang nothing is wrong with the perkahwinan semasa balajar. Aku pun sebenarnya boleh je kahwin masa belajar. Tu pun kalau ada duit lah kan. Biasalah, no money, no girl. Ada duit, cinta boleh beli. Oh oh, I mean, cinta kan boleh pupuk guna duit. Hihi.


This tips bukan hanya untuk orang yang belum kahwin tapi juga untuk yang dah kahwin. Tips ni bukan hanya tuk pelajar yang terpisah kerana ingin mengejar cita-cita tetapi juga untuk pasangan yang terpisah kerana kerja berjauhan. Tips ini bukan hanya untuk pasangan suami isteri yang antara negeri tetapi juga yang terpisah dengan lautan pasific.


*************

Assalamualaikum buat yang beragama Islam dan selamat sejahtera untuk yang bukan beragama Islam

LDR aka Long Distance Relationship or Percintaan Jarak Jauh adalah satu percintaan yang paling susah sekali. Ramai yang ngeri mendengar terma ini. Yalah LDR ini selalu bertemu kegagalan di tengah jalan. Tapi bukan semua kalau kau tahu "Do's and don'ts" dalam LDR.

Aku sendiri sudah masuk tahun ke tiga dalam fasa LDR. Alhamdulillah mungkin rezeki Allah buat aku, dikurniakan seorang buah hati yang cukup setia dan sabar menunggu aku yang jauh membelah lautan ini. Buah hati di Malaysia. Aku di luar negara. Memang bukan mudah menjaga emosi ketika LDR. Tapi aku pilih untuk bertahan. InsyaAllah hari bahagia kami akan tiba bila-bila dari sekarang. Doakan.

Apa Do's and Dont's yang perlu kau tahu dalam LDR? Kalau kau tanya encik google, beribu link diberi untuk memberi panduan pada kau, Dan mungkin kalau kau cari lagi, link Terfaktab turut tersenarai. Apa yang akan aku tulis ini adalah pengalaman aku sendiri selama tiga tahun memperjuangkan LDR.

DO'S

1. Kuat 

Kuat di sini bermaksud kuat dari segi emosi. Ketika ini kau akan rasa hati kau berperang dengan akal. Hati - hati terutama bila kau seorang pelajar. Jangan hilang fokus. Jangan bawa masalah cinta dengan belajar. Jangan biarkan rasa rindu pada si suami yang jauh menggangu tumpuan kau ketika belajar. Cakap mudah, bagaimana aku implimentasi kan kata-kata aku ini? Sibukkan diri kau dengan kerja. Basuh pinggan, basuh rumah, basuh bilik, makan, baca buku, tidur. Jangan 24 jam kau menghadap Facebook untuk stalk isi hati kau. Belum tentu kau stalk dia, kau tahu dia curang ataupun tidak. Lagi-lagi lelaki kan?

2. Bersahabat dengan sahabat si dia. AKA pasang spy.

Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk tahu perkembangan terkini. Lagi - lagi lelaki kau tu. Kalau ada apa-apa suka sangat berahsia. Kita yang perempuan kadang-kadang bukan apa, risau dengan orang jauh. Sakit ke, tak makan ke, ponteng ke, mula bergaul bebas ke? Risau faham? Aku dah nampak ada yang berkata "Alah,sama jugak macam mengongkong!". Baiklah. Terserah apa kata kau tentang termanya. Bagi aku adat bercinta. Pasti ada sedikit perasaan nak mengongkong, Tak banyak. Sedikit pasti ada. Tipu kalau ada yang kata "Aku biarkan kekasih aku buat apa yang dia nak buat, asal dia bahagia, walau aku sakit hati". Kalau ada yang begitu, jumpa aku. Aku balik Malaysia, kita pergi makan-makan. Kau belanja guna duit kau.

3. Jaga komunikasi

Bagi aku, LDR bukan alasan untuk kau buang masa Skype hari-hari. Ingat, kau ada tanggungjawab lain. Kalau yang sama negera, berbeza tempat, bukan alasan untuk kau menghabiskan duit kau untuk topup dan bergayut sepanjang masa. Ada masa kita boleh berbual. Ada masa kita perlu beri ruang untuk kekasih kita lakukan benda lain. Ingat. Kekasih bukan hak milik kau. Kau tak ada hak mutlak untuk arahkan kekasih kau buat apa kau nak melainkan kekasih kau memang setuju untuk ikut arahan kau. 

Macam aku sendiri, dugaan sangat besar. Kekasih aku tak ada laptop. Kami hanya skype bila dia pulang ke rumah sebab meminjam laptop ibunya. Dia pulang ke rumah pun dua bulan tiga bulan sekali. Facebook apatah lagi. Nama sahaja wujud akaun tapi bagai tak bertuan. Kadang-kadang aku yang kemaskinikan *kantoi harap beliau tidak membaca entry ini*. Bagaimana kami berhubung? Mesej perkara penting sahaja. Itu untuk bahagian aku. Sebab mesej dari tempat aku - Malaysia sedikit mahal. Tapi, dia akan hantar mesej selamat malam pada aku tiap-tiap malam sebab dia hantar ke nombor Malaysia aku, murah. 1 Sen sahaja. Bagaimana dia tahu keadaan aku? Melalui facebook aku. Itu pun jarang dia online facebook. Jadi, bagaimana dia cuba stalk aku? Dia bijak. Dia guna taktik Do's nombor 2, cuma kali ini, kawan dia yang bersahabat dengan aku, dan dia stalk aku dari Facebook sahabat dia. Sekarang aku sudah diactivate facebook. Aku tak topup. Bagaimana kami manage? Jom tengok Do's nombor 4

4. Percaya dan sabar
Kepercayaan dan kesabaranadalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tak kira lah perhubungan jarak dekat ataupun jarak jauh. Tak kisah la korang dah kahwin ataupun tidak. Cuma perhubungan jarak jauh ini memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang sangat tinggi. Aku ulang. SANGAT TINGGI. Kalau kau rasa kau tak mampu, jangan teruskan. Kau akan makan diri. Tapi kalau kau betul percaya, sabar,teruskan. Dia mungkin teman kau di syurga kelak. InsyaAllah. Bagaimana nak pastikan kita boleh percaya dia atau tidak. Mudah. Allah katakan, apabila perlu buat pilihan, buat apa? Pandai anak-anak sekalian. Istikharah adalah jalan terbaik. Aku tak perlu nyanyikan lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bukan?

5. Jujur dan persefahaman
Do's yang kelima ini mempengaruhi do's yang keempat. Jangan takut untuk jujur. Walaupun pahit. Jangan simpan perasaan. Apa guna Allah sediakan pasangan kalau bukan salah satu fungsinya adalah untuk menjadi bahu ketiga kita. Eh, yang belum berkahwin, jangan kau gatal-gatal letak tangan atau apa sahaja lapisan kulit kau pada bahu kekasih kau. Berdosa. Tapi tak salah kan bercerita. Sedikit sebanyak kurang lah bebanan itu. 
Tapi, sebaik-baik tempat mengadu itu Allah. Percaya aku, kau cerita A-Z pada Dia, kau akan puas.

6. Ingat tarikh-tarikh penting
Nama lagi tarikh penting. Haruslah orang yang special tu merajuk kalau kau tak ingat hari lahirnya. Dan jangan lupa juga peristiwa manis yang kau berdua lalui sama-sama. Pasti kau senyum sendiri bila bayangkan gaya dia bercerita tentang kenangan indah kau berdua. Macam aku, kami selalu tujukan lagu, raikan ulangtahun bulanan walau sekadar ucapan pendek, itu sudah cukup.

7. Doa dan tawakkal
Ini adalah apa yang orang kata "wrapper" kepada segala usaha yang telah kau lakukan seperti di atas. Doa, solat hajat minta Allah jaga si dia untuk kita. InsyaAllah kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar. Yang penting, kita kena berusaha. Selepas berusaha, kita tawakkal, mudah-mudahan, segala usaha kita Allah nampak.

Setiap perkara mesti ada do's and don'ts. Termasuk lah dalam LDR ni, banyak benda yang kita perlu buat dan banyak juga benda yang kita tak patut buat. 

Don'ts

1. Cemburu buta
Ini bahaya. Paling bahaya. Silap hari bulan perang dunia yang ke berapa entah akan meletus. Ok. Cemburu tak apa. Jangan cembura mengkhinzir buta. Nampak si perempuan berbalas komen dengan kawan lelaki, terus merajuk tak nak kawan dua hari. Most of the time, perasaan cemburu adalah punca daripada kekurangan perasaan percaya kepada pasangan masing-masing. Dengan kata lain, perasaan insecure.
Seperti yang kita tahu, cemburu kan tanda sayang. Tapi jangan lah lebih had. Perempuan rimas lelaki kuat cemburu tau. Aku tak tipu.

2. Terlalu berharap.
Ini juga bahaya bagi yang belum kahwin. Sepetutnya, anda yang belum kahwin perlu lah play it cool. Biasa-biasa sahaja. Jangan terlampau take for granted. Sentiasa bersedia untuk kehilangan. Tapi jangan lupa untuk bina tembok kesabaran dan kesetiaan antara both of you guys. And then tawakkal lah agar Allah beri yang terbaik buat kau berdua. Dan moga-moga, korang cepat kahwin. Dengan kata lain, kau tak kan tertekan sangat kalau takdir berkata yang dia adalah bukan untuk kau. *Don'ts ini boleh diaplikasi juga untuk SDR*

3. Berahsia dan berbohong.
Rujuk semula Do's nombor 5. Apa yang kau akan dapat kalau kau tetap ingkar arahan Don'ts ini? Sakit. Percaya cakap aku. Sakit dia lebih sakit dari pisau terhiris dekat tangan. Jangan berahsia, jangan berbohong. Kalau anda dah berubah hati, bagi tahu dia. Jangan buat dia tergantung tak bertali. Setiap benda boleh diubah. Perasaan boleh dipupuk. Setiap masalah ada jalan pelenyelesaiannya.

4. Percaya khabar angin
Ramai je orang yang benci dengan diri kau. Well, the fact is setiap orang memang akan ada haters yang tersendiri. Tak ada punya lah orang yang tak ada haters. Dan haters tu pulak, memang mustahillah nak duduk diam. So, apa yang dieorang buat? Dieorang akan buat apa je untuk merosakkan hubungan korang berdua termasukkalah menyebarkan fitnah. So, bila dapat sesuatu berita kurang enak tentang kekasih kau tu, siasat. Jangan terus serang. Kadang-kadang ada orang mahu jadi batu api. Manusia zaman sekarang, sukar ditafsir.

5. Curang
Mentang-mentang kekasih kau jauh di mata, kau pasang lain. Kalau kau rasa kau tak boleh setia, lepaskan dia. Jangan gantung dan buat don'ts nombor 3. Berterus terang lebih kurang sakitnya daripada kau berbohong.

6. Fikir negatif
Bila kita rasa insecure, kita akan start berfikiran secara negatif. Kita sering disogok yang LDR takkan pernah menjadi. Mereka tipu. Ada yang LDR dan berkahwin dan sekarang anak dah empat. Kau kena positif dalam apa sahaja yang kau laukan. LDR  atau apa sahaja akan berhasil kalau kau tahu cara mengendalikannya

7. Lupa berdoa.
Allah tahu apa yang terbaik. Jadi doa minta Allah satukan kau berdua walau susah macam mana pun dugaan yang kau orang terpaksa hadapi. Allah duga kau sebab Dia sayang, sebab Dia tahu tahap mana kemampuan kau bertahan.

Aku rasa cukup sudah 7 Do's and Don'ts untuk LDR ini.

Tak semestinya apa yang aku katakan ini betul. Ini adalah bicara melalui pengalaman. Kalau suka, kau boleh ambil, kalau tak lupakan. Allah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Aku bukan berbangga dengan kisah aku, cuma aku ingin membantu mereka yang juga dalam situasi sama dengan aku. Aku juga pernah merasa jatuh dalam LDR tapi jangan takut untuk bangun kalau kau percaya dia yang akan dapat bimbing kau jadi ketua bidadari syurga nanti. Setiap cerita kehidupan ada pahit dan manis bukan?

Itu sahaja kot. Terima kasih kerana sudi membaca :)
*************************

Aku rasa, ini lah antara email yang paling baik yang aku pernah terima. Sampaikan, aku pun baca untuk mennambah ilmu aku yang tak seberapa ni. And apa pun, ingin aku tegaskan yang tak salah kalau kita kahwin muda dan kahwin semasa belajar kalau kita pandai manage diri kita. Kan?

Semoga kita semua cepat sampai jodoh. And tak buat LDR lama-lama.


55 Comments:

RinsyaRyc said...

nanti kalau dah kawen baru apply~ hehe...

Hati mmng susah nak kawal. Even dah ada kapel, kdng-2 terjatuh cinta dngan org lain. Lagi-2 lelaki kan?

yuyu Zulaikha said...

okay... kena praktik. T__T

Nj said...

setuju dengan isi emel tu.
:)

Erillia itu akU said...

i'm in LDR too...so benda2 yg ko post ni mmg btul... setuju sgt2.. :)

Anonymous said...

nk LDR apenyer...calon pn xdak lagi...huhu...xpa xpa suatu hari nnr *saja sedapkn ati sndri* =P

timonkyuri said...

bile nak kawin ni... :(

*dilemma anak mude yg ingin menjage amalanya tetapi tidak difahami ibu bapenye.. hmmmm

Picoz Shupalula. said...

Sedang melalui LDR. timekasih di atas tips2 di atas. amat membantuuuuu :') !!

Suraya Aris said...

cinta jarak jauh bagi yang belum berkahwin bagus untuk elakkan maksiat, bagi yang dah kahwin, hubungan jarak jauh dapat menguatkan lagi hubungan tu n dapat merasa manisnya perkahwinan tu dengan lebih menghargai pasangan masing-masing :)

Gadis Pantai Timur said...

aku pilih comment..nyawa aku milik Allah..ambiklah kalau berani..haha

okay!!kalau xde duit pun boleh kawen lah der.Allah janjikan nikmat akan berganda bila kita kawen.kawen kan ibadah.yang penting kta kena Yakin dengan janji Allah..

CekbOlat-bOlat said...

wahh.. trimas brader =) sharing is caring..

bolat pun cm ni gk skrg.. haih.. nseb

DeE YaNa said...

me failure in LDR..and the reasons is terlalu berharap n lpe berdoa..seriusly i do all the do things.but it's seems to fail because forgot to doa n terlalu berharap..n mgkn allah pun nk kasi kte sedar n i realize for my becoming relationship spy x terlalu berharap n jgn lpe padaNYA~ ..nice22

alice said...

:)

nieya rahman said...

wa LDR beb --' pernah la beberapa tahun pertama agak serabut hidup. tapi pglmn tu penting , buat ktorg stay smpai tahun ke3 ni. alhamdulilahh :)

twinkle twinkle said...

ye sokong jgn terlalu beharp

erma nazillah said...

membantu entry ni.thanks :)

cik hijau purple VS nur faie said...

faktor utama dlm LDR ni ialah kepercayaan . sebb kalau dah percaya , akan timbul rasa syg , cinta n dll . :)

emy|farid said...

agak susah jika bjauhan apatah lagi dh kawen, tpaksa la ikut suami, x mo tggal. hehe

Miss Amateur Cook said...

saya sokong LDR sebab saya sedang mengalaminya. :D

khairul farhan said...

bro lu belajar mana bro? Ingat nak berguru ah.

putupiring~ said...

sy juga mengalaminya...ini adalah benar dan berhasil..alhamdulillah hubungan ini bertahan :)

cik sya said...

in LDR now..TRUST is the most important thing. :D

asip محمد said...

ooo.. macam ghupenya corak permainan gadis2 sekarang eh? takpe.. takpe.. kah3

ECHA said...

kitorang dekat, tapi mcm LDR. masing² sebok. Do's paling last sy dan dia buat. :) thanks.

Lifesaver Hamzah said...

itu dari segi bercouple.kalau suami isteri encik K???sanggup ke berjauhan....

LydSunshine said...

Mananya email terbaik itu? Nok bace gok.

SiBudakKurus said...

ok.banyak tips. boleh cuba :-) btw, ni blog Mr.K ke? legendtail.blogspot.com/2012/01/kahwin-masa-belajar-tips-percintaan.html tengok entri tu sejiban dan takde dikreditkan kepada sesiapa pun.

Anonymous said...

semoga berkekalan hingga ke alam perkahwinan..=) awak seorg yg sangat berfikiran positif n tabah..

~emi~ said...

now bercinta jarak dekat. seminggu ada lam 4 or 5 kali jumpa even just for 5min pon.bercinta jrk dekat pon da bergayut tetiap mlm.mybe coz da jd kebiasaan.bercinta jrk jauh tatau la..fuuuu

tiqa ramlan said...

Nice sharing. Alhamdulillah. saya bahagia dengan LDR yang saya lalui. Harap berkekalan sampai ke alam rumah tangga. ^^

Ainul Hayat said...

Keje membelah lautan gak eh? Si dia pon sama...:)

LelakiSemalam said...

ianya bukan mudah sebenarnnya terlalu banyak cabaran dari apa yang telah dituliskan diatas...jika ada jodoh pasti ianya akan berlaku jika tidak maka tidak.

EZAN IDMA said...

sedang berdepan dengn LDR!

Cik Saba said...

in LDR also..thanx for the tips..its help a lot dear..^_^

synadee said...

setuju. tapi belum berada dalam situasi macam ni ^^

MERAN QAMAR said...

membantu gak entry ni....mintak shared......sesuai utk yg blum kawin and dah kawin

nifi2408 said...

Kita sama laa . Dah 3 tahun ++ LDR . Wuwuwu . Sep sikit !

Rasya Humaira said...

Salam mr k..terima kasih krn mmbri tips tntang LDR..sy dah share kat my future hubby..alahamdulillah..4 bulan melalui LDR..dan kami terpaksa hadapi 3 tahun lbih lg...mmg bnyk cabaran namun setakat ni kami msih dpt hadapi dgn baik...insyaallah kami akan bertunang setahun sebelum habis blajar...

MsCoffeeCat said...

Had never really think bout this. I mean seriously think bout it. Skrg post ni bt aq pikir psl kahwin plak..adeh..=_=

renzo cross said...

LDR boting~ releks je la jan gi gatal cr lain, yg penting kena la slalu bersabar tu jer~

Hush said...

way to go, mr. k.
pergi kahwin cepat cepat!

Anonymous said...

Aku rase nak give up dgn LDR skrg..

sbb aku tak blh buat Do's No 1.

aku ade beberape bln je lagi nk grade,tp LDR BUAT AKU TAK BOLEH FOKUS.

should i give up? hurmmm...

i need help.please help me.

nur asyranee said...

wahhh sy tlepas untuk bc entry sbelum ini..sy pun bcnta jrk jauh jgk..memang agak payah n byk dgaan..tp setakat ni alhamdulillah sgla mslh dhdapi dgn baek..kami msh bsma..hati mang kena kuat bila sanggup trm cnta jrk jauh ni

Jerry Oei said...

agree with you :)

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum, thank you =)

hunny said...

mrK kita sama ..! i dh 2years in LDR,egypt-malaysia, jauhkan. hurm,stakat ni dah 2 tahun xjumpa dye, :) alhamdulillah. cinta itu masih kuat. yang paling penting saling percaya. doakan kami.

Lady Emilya said...

huhu, belum masa lg, nnti nk prektik lah :D lalala x)

dydy said...

best nie..tq =)

una said...

tips membantu. hahahaha :D

Anonymous said...

love d entry! cz i'm in LDR n almost 8 years we being 2gether..alhamdullilah..die jauhhh nun sane n me kat sini je..hehe n its true, tips2 sume yg di emelkn..n MEMAHAMI sgtttt la penting...=)

Anonymous said...

nak kawen tapi better study kene habeskan dulu

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

thankyou so much. entry ni buat aku positive balik.

memang dugaan besar LDR ni. TT___TT

IR Chabal said...

bru 3 tahun..member aku 6 tahun but beak jugak..how?

Anonymous said...

alhamdulillah , masuk tahun kedua ldr . malaysia-egypt . nak kawen ,parents tak bg lagi . :) and bg sy berkat parents amat penting . bgtau mereka dulu pasal hbgn kita and jangan lupa berdoa if dia jodoh kita semoga allah dkatkan and sebaliknya . i'allah , baru tak patah hati bila terputus . :)

Anonymous said...

halu mr k.
weyy asal formspringg mesti ade acc baru bleh tules kat ctu? ciss betullahh

macam mane nak yakinkan parents untuk kawin awal? biasenye parents tak bagi anak bongsu kawin awal lebih2 lagi kalau adik bradik lain (akak2 dan abang2) belum kawin

Anonymous said...

thanks untuk do's and dont's nie. sangat membantu.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

 
Powered by Blogger