Isnin, 26 Julai 2010

Bila Lelaki Pengotor dan Perempuan Banyak Complain.

Assalamualaikum


Minggu lepas, aku gotong royong kemas rumah sewa aku. So, perh, cantik gila bilik aku. Memang licin berkilat gila dah. Memang kalah rumah para perempuan. Kat luar rumah memang nampak macam buruk gila. Tapi kalau masuk kat dalam, perh. Meleleh. Kalau ada orang masuk mesti tergaman sampai sangkakan itu adalah rumah perempuan rajin yang hari-hari sapu dan lap lantai. Well, ingat rumah sewa bujang lelaki teruk sangat ke?

Then, bila dah siap kemas apa semua, aku pinjam broadband housemate untuk online. Online facebook dan YM sebab nak berlagak la sikit kat para perempuan. Iye lah, rumah dah cantik mengalahkan rumah perempuan kan. Rumah perempuan mana ada gotong royong ni semua.

Tapi belum apa-apa, dah ada perempuan sound "Alah, nama pun rumah lelaki. Bersepah macam tempat pelupusan sampah. Tempat pelupusan sampah, bila nak bersihkan, kena la gotong royong ye tak?. Macam rumah you lah kan?" Perh. Pedih. Memang direct. Terus tak ada dah mood nak online dah. Pastu terus buat-buat internet terputus padahal log out YM.

10 minit selepas tu, aku online balik. Then aku bagi tahu lah yang 'internet terputus'. Selepas tu dia reply "Eh tak apa, orang yang terasa memang selalu terputus internetnya."

Sedih doe.


But then, aku borak-borak lah dengan member aku. Dapat tahu yang memang perempuan tahu dan menyampah serta selalu komplain dengan lelaki yang amat-amat tak pentingkan kebersihan diri.

Termasuk lah adik perempuan aku. Dia selalu bebel yang lelaki tak suka basuh baju. Baju tu, ada sampai berminggu-minggu baru basuh. Tu baru baju, belum jeans. Ada tu, jeans dah sampai berbulan tak basuh-basuh lagi. Boxer pula jangan cakap lah. Ya, tak di nafikan, memang ramai lelaki yang amat jarang basuh pakaian mereka.

Dan, aku tak faham kenapa perempuan banyak komplen bila lelaki tak suka basuh baju. Bukannya busuk pun. Lelaki ni wangi-wangi tau. Tak macam perempuan. Sebab tu la perempuan pagi-pagi sebelum pergi ke kelas wajib mandi. Lelaki? Relax je tak mandi pergi kelas. Sebab wangi dah. Perempuan apa tau? Tau complain je.

Perempuan ni  banyak komplain sebenarnya. Contonya di alam perkahwinan. Banyak betul perempuan complain pasal kerja rumah terutama pada perempuan yang bekerja. Orang suruh duduk rumah, sibuk nak pi kerja.

Okay masuk balik bab basuh baju tadi. You all tak ke rasa kalau lelaki basuh baju setiap hari, akan menyusahkan korang? Dah lah membazir air. Air tu anugerah Tuhan, tak elok di bazir-bazirkan. Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan. Tak baik tau...

Pastu, bila si suami dalam diam tengok si isteri dok sapu lantai, pergi kerja, memasak, basuh baju, basuh pinggan dan sebagainya, terdetik juga lah si suami dengan pengorbadan dan kesusahpayahan si isteri ketika di rumah. Dan, masa ini lah lelaki membuat keputusan untuk memcari seseorang untuk menolong isteri yang tersayang dan tercinta tu dengan mencari pembantu.

Pembantu.

Atau lebih di kenali senagai isteri ke dua.

Atau madu kepada isteri pertama.

Aku tak faham lah kenapa bila si lelaki nak kahwin dua, si perempuan terus naik angin. Padahal si lelaki punya lah niat baik nak tolong si isteri devide tugas di rumah. Ye lah, bila dah ada dua isteri (atau lebih), baju-baju suami pun di bahagi-bahagi kan untuk di basuh. Ye tak? Makan-makan, tak payah susah nak masak banyak-banyak. Isteri pertama masak sedikit, isteri kedua masak sedikit, isteri ketiga masak sedikit, isteri ke empat masak sekit, kekasih gelap satu masak sikit, kekasih gelap dua masak sikit. Pastu kumpul ramai-ramai, then dah boleh buat potluck dah. Selain dapat merapatkan silaturahim, boleh juga dapat pahala makan berjemaah.

Ingat jadi lelaki ni mudah ke. Siang 8 jam kena kerja. Balik rumah kena bebel. Nak berehat tengok tv, isteri marah kata pemalas lah apa lah. Pastu bila malam-malam tertentu, bila isteri tersayang buang tebiat nak naik sampan pergi ke pulau impian, lelaki nak tak nak, kena lah mendayung.

Pastu, lelaki selalu kena mark sebagai gatal bila melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tu belum kira kena mark sebagai super duper gatal bila pandang part-part kat badan perempuan tersebut. Padahal lelaki just nak panjang kan sikit umur dia agar boleh lah dia jaga isteri(s) nya so tak adalah isteri (s) nya menjadi balu. See? Betapa sayangnya si lelaki terhadap isteri(s)nya yang tercinta.

Perempuan apa tahu? Tahu complain je.

46 ulasan:

  1. aku baca ni penuh emosi..
    betul gak pe yg ko cakap...

    sume terpulang pada hati..
    jenuh if dapat gurl yg suke complaint ni

    BalasPadam
  2. hehehe...nice entry...tp kan..ectely..perempuan ni bukan saje suka2 komplain...tapi..perempuan ni lebih detail dan mahukan kesempurnaan dalam setiap apa je yang dia lihat..tu la perempuan..lelaki lain. :)

    BalasPadam
  3. ahaha.... mmg patutlah perempuan banyak komplen... standard la tuh.. :)

    BalasPadam
  4. 1st commenter ke nie? ahakz..
    kalo dh kawen dua, mane blh ddk serumah ooooiii... ishk3x..

    kebersihan tue sebahagian drpd iman.
    peace. =P

    BalasPadam
  5. Haha~
    Entry ni memang menangkan lelaki je.

    BalasPadam
  6. hahahaha..like this entry..klaka..
    tp sbar je la..bb i pon pompuan..xsume pompuan suke complain k..de yg suke bg nsht xbenti2 aka bebel..but thats even better than complain kn?hehehe

    BalasPadam
  7. hahahaha panjangnye membebel..
    marah benor kat perempuan y suke membebel ek
    tapi kat jepun ni, lelaki jepun xsuke mandi pagi.lagi2 kalau musim sejuk. tapi bau dia Ya Rabbi menusuk ke hidung smpai xleyh nak bernafas. srius tak tipu!

    n one more thing, jaga kebersihan tu kan bagus. =)

    BalasPadam
  8. suka entri ni..
    kesian kat lelaki yang asik kena complain kan...
    tapi

    memang patut pun
    :)

    terbaru dari saya : buat benda tak elok

    BalasPadam
  9. man n woman is different creature,..so kalau same nanti bosan la pulak kan..huhu

    BalasPadam
  10. pompuan nie perfectionist..... terima jer la.... jeles pulok!!!!

    BalasPadam
  11. warghahahahahaa!
    ko mmg sengal....kih3
    ok...ko sdiri kate perempuan makhluk rumit tp bila ko menambah bilangan perempuan so hidup ko akn brtmbah rumit...x gitu...kui3

    pe2 hal citer ni mmg best..tp aku bkn lah seorg yg suke complaint..aku terasa? so mmg x...haha3

    BalasPadam
  12. mandi itu sunnah nabi. ^ ^

    dan saya seorang perempuan. :)

    BalasPadam
  13. lelaki, kalau tak cukup duit, complain.. cakap bini boros berbelanja. padahal yang paling banyak bini beli adalah untuk keperluan keluarga.

    lelaki, kalau gaji sikit, complain. isteri tak tau apa2. tau duduk rumah je. zaman sekarang semua harga barang naik. isteri kerja bukan untuk suka2. untuk membantu suami jugak. balik kerja sama2, penat sama2, takkan tolong wat kerja rumah pun taknak sama2

    lelaki, pandai wat alasan nak kawin lain. padahal belum tentu mampu berlaku adil. konsep berkahwin lebih, bukannya untuk nafsu semata2, tapi untuk membantu kaum wanita. zaman sekarang dah terbalik dah konsep.

    perempuan takkan complain tanpa sebab. lagipun, kebersihan kan penting dalam Islam

    oleh itu, sebagai kaum lelaki, hargailah pengorbanan ibu. hargailah kesetiaan dan pengorbanan isteri

    BalasPadam
  14. @Gula - Jangan beremosi. ;)

    @Ckyn - Actually, aku suka perempuan yang suka bebel. Nampak comel.

    @Sofia - Tak jealous.

    BalasPadam
  15. Pastu bila malam-malam tertentu, bila isteri tersayang buang tebiat nak naik sampan pergi ke pulau impian, lelaki nak tak nak, kena lah mendayung

    apa maksud tu bro??guwa tak faham ;p

    BalasPadam
  16. @Tanpa Nama - Seriousnya kau.

    @Jard - Boleh. Silakan. :)

    @Anony- Entah lah. Aku rasa maksud dia, isteri dia nak naik sampan pergi jalan-jalan tu.

    BalasPadam
  17. blog ni memang suka kutuk orang perempuan eik..huhu..tapi bg opinion aku la,lumrah kehidupan perempuan memang suka membebel.lelaki kene la faham nape perempuan tu bebel.Mesti ada sebab.Lelaki pun ada juga yg suka membebel.Benda ni normal la dalam kehidupan. Ko je yg pandang serius sangat. Bukan ke lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain.

    BalasPadam
  18. HAHAHA COMEL GILA entry you. keep it up.

    BalasPadam
  19. pompuan ape tau?dunia laki ngn p memang berbeze..hehe

    BalasPadam
  20. menjaga kebersihan itu suatu perkara yang dituntut. jadi tidak dapat tidak kita kena jaga perkara tu. pakaian yang laen-laen tu Aku tak heran lagi, stenderd ar, tapi kalao boxer pon lama tak basuh.. haih *geleng kepala*

    dan perempuan pun, lelaki tak kemas kamu berleter, then kalao lelaki dah rajin mengemas pun kamu meleter jugak. tak encouraging langsung. cuba la bawak puji-puji sikit kat kami ne. lelaki pon suka dipuji jugak. cuma kadang-kadang ego lelaki ne lebih, walau buat muka cebik tapi, dalam hati ada taman what. ahax :)

    BalasPadam
  21. hahahahaha.....nice one dude....

    BalasPadam
  22. heh.. rumah lelaki bersepah xpe lagi tp jgn xmandi dah la..

    kalau sorang perempuan banyak komplen, bayangkan kalau 4 perempuan? pengsan nak handle.

    kalau tengok kat sini, macam kau plak yang komplen pasal perempuan komplen.
    sama-sama komplen. aha~ ;DD

    BalasPadam
  23. haha...the best from mr k :)
    part mengaku terasa time ym plg x tahan. siap buat2 disconnected.."tempat pelupusan sampah" -terbaik!!

    BalasPadam
  24. Wah..panjangkan umur eik pandang part2 yg x sepatutnya eik.Ni pernah amik pendidikan islam ke tak pernah? Nabi S.A.W panjangkan umur mcm tue ke???????kalau nak panjangkan umur nape g tgok yg bukan hak milik sendiri.Pandangla yg bini punya kat umh.Tak kan x tahu pandang part2 yg x septutnya tue sebagai zina mata.Itukah cara utk memanjangkan umur???

    Sebelum kita terima research orang barat tue,refer dulu kepada landasan hukum syara.Don't simply give ur opinion without knowing the sequences of your fact!

    Tahu tak kenapa perempuan skrg suka membebel? Sebab lelaki zaman sekarang tidak mempraktikan sifat yg ada dalam Nabi S.A.W.
    Kamu lelaki dijadikan utk memimpin kaum perempuan.Sebagai seorang pemimpin sepatutnya anda patut tahu kebersihan itu separuh dari iman.barulah anda boleh menjadi seorang SUAMI DAN PEMIMPIN YANG BAIK dalam membentuk keluarga yang baik dari isteri yang terbaik!

    Anda tahu x

    BalasPadam
  25. @Anony- Sorry, tapi kau tak ada sense of humor.

    BalasPadam
  26. bukan semua laki pengotor.. tapi semua perempuan complain =P

    BalasPadam
  27. sarcasm 1!!!!

    gyahahahahah~
    kewl~

    BalasPadam
  28. relek r mr K.
    kdg2 org ramai mmg x reti pasal sensen of humor ni.

    BalasPadam
  29. bagi lassie .
    benda tuh sume pelengkap idup .
    sebab. kekadang ade gak laki yang pembersih , binik lak 'pengotor' .
    yes ! akui benda tuh .
    bukan mksd lassie ni pemls.
    *x cye da !
    sebab ade terpndg sang laki ni lagi lagi lagiiii cerewet dari pmpn .
    tang sampah kat uma , tang makan , tang sume , tang naik sampan tak campo lak kan . HAHA .
    sume itu pelengkap lerh .
    itu sume perlu .

    BalasPadam
  30. kalau nak buat sense of humor pun berpada pada lah yee Mr K..biar kena pada tempatnya. and anddd kadang kadang bila baca pendapat kau macam aku baca pendapat orang yang berotak ( sorry ). tahu nak cakap itu ini je. fikirlah sikit. and cakap biar sesuai dengan tuntutan agama. jangan main redah jer tulis belog ikut nafsu..


    orang yang kau kata suka membebel tu lah yang kau buat bini nanti...yang akan melahirkan waris kau nanti.

    aku sebagai seorang lelaki pun tak suka bila kau seolah olah meletakkan kesalahan kat bahu seorang wanita..

    lelaki pun kena fikir sebab apa perempuan membebel????

    BalasPadam
  31. kau pun suka ke kalau ada "pembantu"?senang sikit tugas kau,tak perlu cari nafkah banyak2 cari sikit2 je.kau kasi sikit pembantu kau kasi sikit tentu hepi je bini kau :)

    BalasPadam
  32. ape lelaki rase klo pompuan/isteri/gf lgsg x membebel n complaint..

    aman atau sunyi..?

    BalasPadam
  33. eh eh mandai je mr.K nie wat teori sendiri kan.
    kantoii sudahh di situ u xmndi pagi haha.
    nape ur mom xprnah membebel ke?
    kalo pompuan xkuat komplain mase tyme kawen, abesla. anak2 pn jadi kotor, u mau ke?
    but kelakar la about kekasih gelap tu haha:P
    n u nie, ce girl ley kawen 4 n boy ley kawen 1.
    u nk ke wyfe u ade 3hubby yg laen.
    kompemm u jeles kan?
    eh eh jgn tipu.
    cmtula girl....

    p/s: u punn asyekk complain je psl girl, wekk! haha.

    BalasPadam
  34. komplen ?! untuk kebaikan semua tu kan . panjang umur konon , padahal tambah dosa . nak senangkan isteri la kawen byk kn tapi susah lagi ade . berapa laki yang berjaya lam bermadu ? hampehhh ! kawen satu pon ramai cerai . sudah lah ..

    BalasPadam
  35. ko nie mmg nak kne cekik ngn aku kerul!!! hahaha

    BalasPadam
  36. Ye Perempuan mmg suka komplain. Tapi perempuan komplain utk kebaikkan. Lelaki apa tahu? Perempuan komplain bkn nya nk dengar. Hanyut di dunia korang jee. Dan esk perempuan terpaksa komplain benda yg sama sbb lelaki tidak mendengar. -_-"

    Dan pasal bermadu tu andai niat suami untuk membantu isteri Alhamdulillah. Tapi kalu TAK MAMPU jgn mimpilah..

    BalasPadam
  37. hahahaha... terbaik post ko... tak sia2 aku mula follow blog ko dan mula baca entry ko dr awal...

    BalasPadam
  38. well..penah tgk x camn pompuan mrh laki..."ape ni cyg apsal wat camni??"...penah tgk laki mrh camne..."woi!pompuan ape nie???"..renungkanlah..

    BalasPadam
  39. keje nyerr nk kutuk pompuan jek.. tp bile da kawen,,mlm2 cari pompuan gak.. standard r tuh.. stiap yg Allah cipta tu kn x sme.. klw laki=pompuan=pengotor,, nk jd ape umah korg t..?? tong sampah..?? so,,trime pasangan anda seadanye.. klw die bebel utk kebaikan,,trime jek la.. tp klw die bebel sbb laki x bwk shoping ke,,x bli kn bju mahal ke,,tu bru la korg ley pning pale., ape daaaaa..

    BalasPadam
  40. ape prasaan korang klu org yg kite syg n cinta suka kat org len selain dr kite?? msti hati SAKITTTTT sgtkannn...kannn??, so camtu la rse bile kita d'duakannn

    BalasPadam
  41. arhhh pompuan ape tau?tau KOMPLEN JE..

    BalasPadam
  42. bayangkan jika sume pompuan kat dunia ni x membebel n byk ckp mcm yg korang nak... apa agaknya reaksi korang...? 0.o (sila balas)

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.