Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

Ahad, 30 Januari 2011

OST Cerekarama : Menantu Tip Top

Assalamualaikum


Well, aku jarang tengok tv nak-nak cerekarama di TV3 sebab kebanyakannya adalah drama yang bertipikal melayu. Dan yes, ianya membuatkan aku rasa bosan. Tapi, ingat tak korang pasal Dalil Cinta juga Cerekarama di TV3. Juga antara cerekarama yang best yang agak lain dari yang lain even still ada sikit bau-bau cerita melayu tipikal.

Tapikan, masa tengah layan cerekarama Menantu Tip Top ni, aku terperasan dengan soundtrack / lagu dia. Agak tertarik jugalah aku dengan lirik-lirik dan melodi soundtrack / lagu dia tu. Aku suruh adik aku search. Tapi dia bising-bising tak nak search. So, aku sebagai abang mithali pun search la lagu tu.

Aku bukak google, then masa lagu tu tengah play kat tv, aku tulis lirik dia then letak perkataan "lirik" di akhir search. Then, tadaaa. Keluarlah sound track dia. Nama lagu tu adalah Penantian. Yes Penantian. Dinyanyikan oleh band Kertas. Ya, artis indonesia. Nice song. Korang boleh tengok lirik dia di bawah. Juga ada mp3 player. Juga boleh download di 4shared.com dia punya lagu tema.







Lirik / Sini Kata lagu Penantian - Kertas.


Bulan dengarkan lantunku
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku

Aku ingin engkau tahu
ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku

Dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku

Hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
hoo oo ooo....

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....

Dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati it.

Apa pun,

"Tak romantik ah perempuan tu"

Tu lah yang aku fikir bila aku tengok Angelina (Sari Yanti) tu. Patutnya, masa dia tengok suami dia tidur atas lantai, dia pergi lah ikut turun and tidur atas lantai sekali. Baru lah romantik. Ni tak. Boleh pulak di pi berangan pasal dia dan mak dia yang over make up dan super botox tu. Hais. Panas betul aku.

Apa pun, yang aku perasan, cerita Menantu Tip Top ni memang gedik. Dan yang tak ketinggalan, banyak babak lucah. Well, biasalah, sex sells.



Khamis, 10 Jun 2010

Rafidah Hj Ibrahim (Cinta Tikar Sejadah dan Epilog Syurga Cinta)

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger.


Kalau korang minat citer Syurga Cinta atau Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3, korang patut tengok drama Cinta Tikar Sejadah yang di tayangkan di Astro Oasis pukul 11 malam Isnin hingga Khamis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)

Aku sebenarnya tak sengaja nak layan drama ni. Masa terbuka channel Oasis tu, aku terus capai remote nak alih ke channel lain. Tapi belum sempat aku alih, aku terperasan pelakon dia ya Allah punya la comel. Siap dengan lesung pipit lagi. Pakej bertudung plak tu. Nama dia dalam cerita tu adalah Siti. Heroin. Hero dia Farid Kamil. Nama watak Farid Kamil apa tah aku dah lupa. Apa jadah aku nak ingat nama dia.

Then aku layan la sebab cerita ni memang boleh di buat layan. Walaupun unsur-unsur 'melayu yang dengki bla-bla' yang masih ada, aku tetap rasa yang drama ni agak cool dan lebih sikit dari Nur Kasih. Sebab Nur Kasih tu cerita dia asyik menangis je. Tapi cerita Cinta Tikar Sejadah ni agak relax, santai dan funny. Cerita jiwang of course. Sweet gitu. Tapi lebih kepada percintaan Islam. Yea jenis Muslim punya. Producer dia adalah David Teo.

Then aku punya la semangat tunggu sampai habis nak tengok siapakah nama sebenar gadis yang bernama Siti itu sebab biasanya masa habis sesebuah drama, akan keluar senarai pelakon kan. Then bila abis, tak ada. Perh, menyirap betul. Frust rasa macam nak campak je remote controller Astro tu.

But then, aku online dan terus search. Last-last jumpa juga la jantung hati ku ini. Nama dia Rafidah Hj Ibrahim. Tapi ramai yang salah ingat yang nama dia Faridah Hj Ibrahim. Padahal bukan. Dia pernah sertai pertandingan Pantene (Juara Bintang Pantene) tu. Lebih di kenali sebagai Fida atau Feda atau Feeda atau sepupu Siti Nurhaliza. Ya dia sepupu Siti Nurhaliza. Tapi aku rasa dia lagi comel dari Siti Nurhaliza. So Datuk K, your taste is not as good as mine. So remember my name; Mr K.

Dan yang bestnya, pelakon si heroin (Rafidah Hj Ibrahim) tak plastic macam Tiz Zakiah yang dalam Nur Kasih. Juga tak plastic macam Rozita Che Wan dalam cerita Aku Terima Nikahnya.

 Eh eh cair kan cair kan cair kan?

You nampak 10 kali TAK COMEL bila bermakeup. 
Eh tak, 100 kali.

  Tak jealous. TAK JEALOUS.


Oh oh. My Lisa Surihani pun ada. Maaf Lisa. Kita putus.

I pun suka kucin juga. Kita banyak persamaan.

You tau tak, dulu, masa muda-muda dulu, kawan-kawan I 
selalu kata I ni macam kucin tau.

You look just like a penguin. HAHA!

Farid Kamil ni dari tadi dah tak puas hati dengan aku.


Alaaaa. Jangan la senyum kat I macam tu. Cair la I nanti.


Siapa kata gadis comel tak reti masak?

Well, lepak dengan singa tak apa. Tapi dengan 'buaya' jangan.


Ni gambar fav I. Sejuk perut I tengok you.

Okay okay dah berhenti berangan dan merapu dah. Cuma, aku nak cakap; Wahai kawan-kawan yang comel lottey sekelian. Malam ini, kalau tak keberatan, rajin-rajin la turn on channel Oasis pada pukul 11 malam yea Isnin hingga Khamis. Saya ulang, pukul 11, Isnin hingga Khamis. Astro Oasis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)Mesti tengok. Walaupun ia hanyalah ulangan.

Tak tengok, siap. Tak paksa. Tak paksa.

Update : Awek ni juga berlakon dalam drama bersiri Epilog Syurga Cinta. Tapi aku tak ada cukup masa untuk tengok. Duh.



Khamis, 13 Mei 2010

Cinta Tikar Sejadah Download.

Assalamualaikum



Ini adalah sebuah drama pasal seorang remaja lelaki, Hazry bin Hussien yang berusia 23 tahun yang menetap di Perancis sejak kecil. Dia ni tak pernah solah dan tak tau apa-apa langsung pasal agama Islam. Tu belum kira perangai dia yang suka clubbing dan bawak balik perempuan ke rumah.

Tapi semuanya berubah bila emaknya menghantarnya untuk balik ke Malaysia. Kat malaysia, dia berkenalan dengan seorang gadis yang amat baik/sopan/dan menitikberatkan isu agama yang bernama Siti (Rafidah Ibrahim). Siti ni gila la comel. Korang patut klik link tu. Ni cerita cam Syurga Cinta la. Memang layan.

Pelakon



Farid Kamil
Rafidah Ibrahim
Bob Lokman

ALL DOWNLOAD LINK HAS BEEN DELETED.