Memaparkan catatan dengan label Maxis Hotlink Hot Tiket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maxis Hotlink Hot Tiket. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

There Is No More Stock for Maxis Hot Ticket?

Assalamualaikum


First of all, aku nak cakap tentang Maxis Hot Ticket. Beberapa hari lepas, aku pusing hampir satu kuantan untuk cari Hot Ticket tapi satu pun tak ada. Bila aku tanya je, diaorang kata "Maxis Hot Ticket dah tak di jual. Tak ada stock." Stock baru hanya ada yang RM15 ke atas kot tu pun mungkin akan ada bulan 6.

Dan bila aku dengar je, aku rasa down gila. Then bila aku check keywork di blog aku, ada yang search pasal Hotlink Maxis Hot Ticket yang dah habis stock tu. Aku rasa, masa aku tulis kelebihan hot ticket di Entry ini, ramai yang kata Hot Ticket tu mahal. Tapi the fact is, Hotlink Maxis Hot Ticket ni murah gila kalau korang tahu korang nak guna untuk apa. Sebabnya, ramai tak tahu yang Hot Ticket pelbagai jenis.

Antara jenis-jenis Maxis Hot Ticket adalah
  1. Hot Ticket Talk and Text (Kelebihan bagi call dan text semua jenis nombor)
  2. Hot Ticket for Young at Heart ( Texting - SMS) 
  3. Hot Ticket for IDD (Call nombor Bangladesh / Philippine) 
  4. Hot ticket untuk Internet. (24 Hours internet access - Phone and laptop )
  5. Other Hot Ticket (Celebration - Special : Chinese New Year etc)

Dan my favorite Hot Ticket adalah Hot Ticket untuk Internet. Sebabnya, bila aku nak balik kampung, aku still boleh online guna handphone. Aku bawak handphone, bawak laptop then online. Yup, aku boleh gunakan HTC Desire S ni sebagai wireless modem. Cool gila. Tapi sayangnya semua Hot Ticket ni dah tak ada stock termasuklah yang Internet punya.

Then bila aku tanya tanya tanya tanya lagi abang-abang di kedai topup, diaorang kata Hot Ticket ni hanya menguntungkan kepada pengguna dan sedikit merugikan kepada Maxis. Sebab tu lah Maxis hentikan pengeluaran Hot Ticket. Aku tak tahu betul atau tak, tapi yeah, siapa yang dah guna Hot Ticket memang rasa menguntungkan.


Dan yang ke dua, pagi tadi, aku bukak HTC Desire S yang dipinjamkan oleh Maxis. Then aku perasan ada satu email. Bila aku baca-baca, baru lah aku perasan yang this HTC Desire S sekarang ni adalah milik penuh aku. Yes, hari tu Maxis kasi aku pinjam this HTC Desire S untuk buat review sebabtu lah wujudnya 6 post untuk Review HTC Desire S. Well, rasanya berbaloi luangkan banyak masa untuk review this phone.

Kalau korang teringin nak pakai handphone / tablet macam Ipad mahal dengan percuma, apa yang korang perlu buat adalah register di Maxis10 Reviewer Programme. Dan kalau korang bernasib baik, korang akan terpilih. Biasanya, hanya 10 orang je yang terpilih. Antara handphone dan tablet yang dah di bagi oleh Maxis adalah Nexus S, Ipad, Nokia, Samsung Galaxy S dan macam-macam lagi. Dan yang terbaru adalah HTC Flyer.

Well, aku agak down bila dapat tahu dah tak ada Maxis Hot Ticket for Internet, tapi agak happy sebab dapat smartphone free. Rezeki tak di duga beb.



Rabu, 15 September 2010

Review Product : Hotlink Maxis Hot Ticket. (Paling Jimat.)

Assalamualaikum


Anda suka bergayut? Suka bergayut siang dan malam di luar rumah, mahupun di ceruk penjuru rumah mahupun di dalam tandas rumah anda? Atau anda suka berSMS tanpa henti antara skandal-skandal anda di setiap masa, setiap saat dan setiap ketika tanpa mengira waktu?

Anda suka lakukan semuanya tetapi tidak berkemampuan? Well, kini tidak lagi! (Perh, sebijik macam iklan)

Tahukah anda yang sekarang, anda mampu membuat call selama 120minit dan 300 SMS ke semua nombor telco (Maxis, Celcom, Digi & Umobile) hanya dengan RM15 yang selama 10 hari? Apa yang anda perlukan adalah;

  1. Handphone(s) - Bilangan handphone bergantung kepada bilangan kekasih dan skandal anda.
  2. Masa - 120 minit dalam 10 hari untuk calling.
  3. Pakwe(s) Makwe(s) atau dan skandal(s).
  4. Dan yang paling penting - RM15 untuk membeli Maxis Hot Ticket.

Well, what the fuuuu is Maxis Hot Ticket? Apa itu Hotlink Hot Ticket? Product terbaru Hotlink and Maxis? Actually, YES it is. And with the super duper saving rates.


Bagaimana Hotlink Hot Ticket berfungsi? Okay, sebenarnya aku tak tahu langsung apa ke jadahnya Hotlink Hot Ticket ni. But then, masa aku drive balik ke kampung aku, abang aku suruh aku berhenti kat kedai telco. Katanya untuk membeli Maxis Hot Ticket. Selepas tu, dia bagi tahu lah aku apa kebenda nya Maxis Hot Ticket ni termasuk rate plan and charges dia.

 Hot Ticket is for all Hotlink plans.

Maxis Hot Ticket ni, ada tiga jenis. Ada yang RM8, RM10 dan ada yang RM15. Tapi lah kan, frankly, aku rasa yang RM15 jauh lagi berbaloi dari harga lain dan even berbaloi dari topup maxis RM20 yang biasa. Andaikata korang topup biasa RM20, korang akan dapat RM20 airtime etc. Tapi dengan Hotlink Maxis Hot Ticket, korang beli yang berharga RM15, korang akan dapat nilai guna sebanyak RM60 which is calling for 120 minit dan 300 sms ke semua rangkaian. Nice rate and charges kan? Well, ini amat berbaloi kalau korang ada terlalu ramai skandal atau awek atau pakwe; nak-nak kalau setiap mereka mengunakan rangkaian kemunikasi yang berlainan.

 Iklan Maxis hot tiket. Check it out the ad.

Dan, kalau nak compare kan dengan Maxis Youth Club pun, aku rasa Hotlink Hot Ticket ni lagi berbaloi. Sebab kalau Youth Club, sekali call Maxis ke Maxis adalah 12sen per minit. 12x120 = Rm14.40. Tu belum tambah yang SMS lagi. Dan ia bukan seperti Youth Club yang hanyalah untuk Maxis ke Maxis. Sebab ianya adalah ke semua nombor dan rangkaian. Now, adakah anda rasa yang ianya adalah jimat? NO IT IS NOT. IT IS SUPER DUPER JIMAT RATE DOE.

So, mari kita comparekan Maxis, Celcom dan Digi. Mana yang lagi best antara ketiga-tiga ni?

Celcom

Another Celcom

Maxis

Digi

Bayar RM100 then baru boleh layan 8 cent per minute? Not cool.
Limited to 8Pack and Favorite 20 nombor baru boleh layan 12 cent per minit? Not cool.
Kena call and text to same operator to get the great bonus and rates? Not cool.
But, call anyone you like, anytime you want, with this Hotlink Hot Ticket, you gonna get RM0.125 call per minute with free 300 SMS? Yes, and it is super cool. (+ Redeem for KFC)

Secara conclusionnya for RM15 pakage
  • 120 minute talktime.
  • 300 free SMS
  • Any time - No need for wait to the midnight for super savers.
  • 10 days active time (including Youth Club
  • 100% great choice for those yang suka bergayut.
  • All network

Ya, cool kan? Kalau kita tengok balik, rangkaian telco lain racist gila. Semuanya nak same operator baru dapat cheap rate. RACIST. Tapi for this Hot Ticket, it is for all number. ALL NUMBER.

So, yeah, this is way much better than Super Savers and what so ever.