Khamis, 20 Oktober 2011

For Most of The Girls ; Your Ex Boyfriend.

Assalamualaikum




Selasa, 18 Oktober 2011

Tips Untuk Cheating on Your Girlfriend Dengan Menggunakan Nama Manja.

Assalamualaikum


Hello cheaters and players sekalian. Skandals korang sihat? Good.

Actually lah kan, aku rasa ramai gila yang tanya kat kawan masing-masing tentang tips untuk pikat hati kekasih. Kalau tak mintak tips pikat kekasih, sure dia akan mintak tips untuk kekalkan hubungan dengan kekasih. And kalau korang perasan lagi, tak ada pun kan yang mintak tips untuk curang tanpa get caught kan? Why eh?

And and and. Aku perasan lah kan, ramai gila perempuan yang suruh si boyfriend panggil dia "Baby", or "Ayang", or "Chayunk" or what so eww eww name lagi lah.

But boys, tahukah anda yang ini adalah good opportunity untuk anda? Ya, opportunity untuk pasang dua tiga kayu yang lain tanpa mudah kantoi! Caranya simple je which is, biasakan diri anda untuk menggunakan nama manja kat kekasih-kekasih gelap anda.
 
Contohnya, Abu ni dia pasang tiga awek. Awek pertama dia bernama Syazaliza. Yang ke dua bernama Peah dan yang ke tiga bermana Minah. Mesti korang pelikkan kenapa nama awek pertama dia nama cool gila tapi awek-awek dia yang lain nama kampong habis. Tapi sebenarnya, ni tektik Abu je sebenarnya. Sebab nanti kalau ada orang tanya “Awek kau nama apa? Then dia akan kata “Syazaliza” Then perh, mesti semua orang bayangkan yang Syazaliza tu adalah seorang yang cute face with a fine body di sebabkan nama dia yang modern. Yeah, I know.

And and and. Bayangkan kalau Abu ni nak texting dengan ketiga-tiga awek ni sekali gus. Ingat senang ke? Susah beb. Silap-silap, Abu ni mungkin terpanggil Syazaliza dengan nama Peah dan Abu juga mungkin terpanggil Peah dengan nama Minah. Contohnya macam:

*Texting* Hyee Peah chayunk. Dah mamam? Rinduwww nyeww.

*Send to Syazaliza*

*Tet tet tet bunyik mesej masuk*

Syazaliza : Who the fuuuu is Peah?

You are dead meat.

See? Skali dah kantoi, sure susah kan? Sebab itu lah cara terbaik untuk tak kantoi adalah dengan menggunakan nama manja.

And! Dengan nama manja, korang boleh jadikan ianya way much easier. Contohnya:

*Texting* Hyeee my bebi darling chayunk bucukbucuk. Dah mamam keww? Love you.

*Send to Syazaliza, Peah, Minah and 3 other girls.*

Heaven yeahhh!

Bagi girls yang ada boyfriend yang dah biasa panggil korang guna nama manja instead of your real name, mesti sekarang ni korang sedang berfikir dua kali tentang kesetiaan your boyfriend kan? Kan? KAN? Tu je point aku buat entry ni sebenarnya. HEHE.


Doubt your boyfriend. Doubt your boyfriend. Doubt your boyfriend.



Khamis, 13 Oktober 2011

Apa Itu Saka dan Kenapa Orang Bela Saka.

Assalamualaikum


Hello girls yang takut hantu sekalian. Stay up late tonight? Good.

Kalau korang dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti korang suka berborak kan? Kalau tak berborak dan bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti korang suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.

Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tahu pun yang dia tu ada saka. But seriously, korang tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?

Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.

Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.

Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia kaan sakitkan hati orang di sekeliling korang. For example, korang adalah perempuan. Korang ada saka. Setiap malam jumaat, korang kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka korang. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga korang.


And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang korang kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then korang just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, korang mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, korang kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka korang. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.

Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau korang nak tahu yang korang ada saka ataupun tak. Korang tengok je diri korang. First tengok diri korang masa tengah tidur.

  • Korang susah tidur malam tak?
  • Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
  • Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
  • Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
  • Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
  • Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
  • Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
  • Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.

Dan jangan risau, if korang pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud korang surely ada saka. Kadang-kadang, mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud korang akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa korang tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:

  • Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
  • Susah nak buat ibadat.
  • Mudah penat.
  • Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
  • Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
  • Ada penyakit tertentu.
  • Mudah give up.
  • Amat mudah untuk marah-marah.
  • Sensitive and emo.
  • Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.

Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6

So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih korang instead dari adik beradik korang, and then korang terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka korang baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab korang tak nak layan dan beri makanan kat dia.

Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?

Yaaa. Korang pun tahu yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup korang. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?

Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.

Superpower
Andaikata korang tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex korang. Di sebabkan dia ex korang, dia tahu nak rosakkan hidup korang je. Setiap hari dia stalk Facebook korang then buat cerita buruk tentang korang kat Twitter dia. And then, korang rasa panas gila. Apa yang korang boleh buat? Yeah, korang boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.

Kecantikan
And then, kalau korang rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, korang boleh pertingkatkan kecantikan muka korang dengan menggunaka saka korang tu. Kalau korang malas nak cantikkan diri, korang boleh je gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. Korang tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan korang, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.

Okay Mr-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tahu apa-apa pun pasal saka. Kan?


As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.

So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang korang dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa korang ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau korang nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar citer, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii jee muka dieorang. Baru balik dari mesir agaknya.

Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa.


Selasa, 11 Oktober 2011

Human Trafficking : Kes Budak Hilang.

Assalamualaikum


Hello selfish human. What's up?

Berapa ramai di antara kita yang kisah bila ada kes budak hilang? Nahh, tak ada orang kisah pun. Semua dok kisah pasal Facebook tak boleh log in, ex dah ada peganti, dan siapa pak we baru Lisa Surihani, kan? Ya, selagi orang or kanak-kanak yang hilang tu bukan someone yang kita kenal, selagi tu lah kita tak akan ambil kisah. Itu fakta.

Cerita Black Market yang awesome.
Korang pernah tak dengar cerita pasal penculikan kanak-kanak dan remaja? Kanak-kanak or remaja diculik either dari family dieorang, or di ambil dari tepi jalan and guess what, tak ada seorang pun yang perasan. After then, dieorang di beri makan dan tempat tinggal yang secukupnya. Why the hell dieorang di beri makan dan tempat tinggal selepas diculik? Yeah, sebab dia punya organ akan di ambil dan di jual dengan harga yang amat-amat mahal. Kidney, hati, jantung, mata and etc, semuanya akan di jual. Selepas di jual, apa lagi? Mati lah. Itu kalau mati. And what if korang di culik tetapi organ korang tak di ambil? Well, itu maksudnya, korang akan lagi suffer because korang baru saja entring dunia pelacuran dan mangsa sex slaves. Yes, mangsa hamba seks.


Kalau korang layan movie-movie omputih, aku bet yang korang surely pernah tonton babak terorist yang mintak wang tebusan selepas menculik budak kan? Tapi seriously, berapa banyak kes mintak wang tebusan yang ada di Malaysia, yet, di seluruh dunia? Pernah tak korang terfikir kenapa bila ada budak hilang di culik, si penculik tu tak minta pun wang tebusan. Why eh?

Well, the answer is simple, si penculik adalah orang tengah untuk perdagangan manusia. And dia boleh dapat duit yang berkali-kali ganda lagi banyak dari mintak wang tebusan. Cuba korang bayangkan. Andaikata korang ni penculik, korang culik seorang awek comel yang berumur 15 tahun. Then korang nak mintak wang tebusan berapa ribu? 10 ribu? 1 juta? Agak-agak keluarga dia nak bagi tak? Kalau mampu, mungkin bagi. Tapi kalau bagi pun, korang mungkin tak boleh lari jauh, sure kana tengkap dengan polis kan? But with human trafficking, korang hanya perlu culik awek comel, then jualkan kepada pembeli di black market. Untung dia? Perh, seorang kanak-kanak perempuan, korang boleh dapat sekitar 20,000 USD beb. Cuba bayangkan kalau korang boleh culik 10 awek. Dan jangan lupa, nak culik awek comel senang je. Hanya dengan menggunakan Facebook bersama beberapa ayat manis.

Alaa, perlu ke kita ambil kisah? Lagi pun bukan ramai pun yang kena culik kan?
Well, korang tahu tak berapa ramai kanak-kanak dan remaja yang kena culik dalam setahun?What? 100? 1000? 10000? 100000? NO. Fuuuu no. It’s 12 million. Terlampau banyak kes budak hilang sampaikan akhbar dan berita dah tak nak dah bacakan berita-berita macam ni. Mana tak nya, berita yang sama surely akan manjadikan berita tu 'membosankan', kan?. Sama la macam kes pengguguran dan pembuangan bayi di dalam tong sampah. Masa first time kes ni terjadi, semua kecoh. Tapi lama-lama TV dah stop dari siarkan berita pasal pembuangan anak sebab ianya dah jadi 'berita lazim'. Dan orang zaman sekarang bila dengar kes buang anak, surely akan berkata "Oh, kes buang anak, normal lah tu zaman sekarang.". So yeah, kes budak hilang ni dah banyak sangat berlaku sampaikan ianya dah jadi benda normal dan semua orang dah start untuk tak kisah.


Actually, most of the kids (especially girls) yang di culik dan dilaporkan hilang rasanya dah tak ada di dunia ni kot. And kalau masih hidup pun, surely lah dia merana gila. Merana? Merana how? Well, merana macam your family pun berharap yang you are already dead. Why? Because death would be much better than living the life.

Kena culik je kottt. Lagi pun, apa yang dieorang akan buat selepas menculik?
For your information, lebih 30,000 mangsa human trafficking mati setiap tahun. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, tua ke, muda ke, semua di culik. Oh oh. Yeah, mangsa yang di culik tu kebanyakkan muda. Ada yang semuda 6 tahun. And even bayi pun jadi mangsa pengculikan. Sad kan?

Well, tu belum kira awek yang comel yang umur belasan yang virgin. Yup, the price of anak dara muda is always higher the tebuk-ed tupai one. So yeah, for a fine virgin girl, ianya boleh dijual dengan harga 20,000usd at least. See? Harga dia sama dengan harga wang hantaran yang mak korang mintak. So yeah, kalau mak korang mintak wanghantaran tinggi2 dari pihak lelaki, nampak sangat mak korang jual korang. Heh.

And then, apa yang akan terjadi? 
Well, ada yang mati either dipukul or dibelasah selepas di rogol. And for some of them, ada yang mati kebuluran. Mana taknye, si gadis di paksa jadi pelacur and then, tak di beri makanan. Seolah-olah girl tu hanyalah sebuah toy. Other than that, ada yang mati di bunuh sebab cuba nak melarikan diri or else, di bunuh sebab tak nak buat apa yang di paksa. Or worse, di bunuh sebab dia dah tak berguna. Tak pun, di bunuh sebab tak laku bila ramai pelanggan tak nak beli. Sad.

Apasal dieorang nak culik budak-budak dan perempuan? Nak jaga awek sendiri pun susah. Ini kan pula nak jaga perempuan yang tak kenal. Pulak tu, nak jaga budak-budak lagi la susah.
Semakin muda kanak-kanak tu, semakin mahal lah harganya. Especially girls. Kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun mungkin dijual oleh ibunya kepada orang tengah dengan harga 100USD. While orang tengah menjualnya ke pembeli dengan harga 15,000 hingga lebih dari 20,000USD. Tak pun, kalau dia tak nak jual awek tu, dia boleh tukarkan awek tu kepada pelacur. Well, how much that person earn per year kalau dia jadikan perempuan tu pelacur? Ya, lebih dari 250,000 USD per awek. Nice kan? Now tell me why the hell korang rasa dieorang tak nak culik awek-awek melayu (dan amoi) yang semuanya comel-comel ni?

Di Malaysia, banyak kanak-kanak hilang sebab tersesat ketika keluar bersama family. See, tanpa penculik pun boleh kanak-kanak boleh hilang. Apa tah lagi kalau ada si penculik yang plan untuk culik dan jual adik-adik dan awek-awek korang di pasaran gelap, kan? So, take a really good care of your awek(s), your wife(s), your sisters and your kids. Bila-bila masa je dieorang boleh hilang.

Awek Malaysia adalah irresistible. No?


Isnin, 3 Oktober 2011

The HolyShhht : Di Perlancaran Kitab Terfaktab #1

Assalamualaikum

Tengok kasut Mili. 5 inci tuu.

Hellow gadis comel sekalian.

Seperti yang korang-korang tahu, semalam geng-geng Terfaktab ada buat perlancaran buku. Aku pun, selepas di pukul oleh boss Terfaktab, terpaksa la aku ikut ke majlis perlancaran tersebut. Well, dah ada orang nak ambil dan tumpangkan, tak akan tak nak pergi ye tak?

So, dalam pukul 11 pagi gitu, Dunia Sebelah Zarah dan Aqram datang untuk pick aku. And then, kitaorang bertolak ke KL.

Sampai kat sana dalam pukul 3 petang lebih kot. Masa sampai tu, macam tak ada orang lagi sebab awal sangat. Lepak-lepak dan tunggu ketibaan orang ramai.



Antara buku-buku yang di jual.

Zine pun ada


Bilik beraicon. Yang duduk atas kerusi tu adalah Nami. Awek dia lawa.

And then, slow-slow, dah makin ramai orang memenuhi Uya Distro. Ada yang datang dari awal waktu, ada yang datang masa tengah melangsungkan majlis dan ada yang datang mada dah nak balik.

Boss Terfaktab bersama kawan se-U aku, Mery and Mahi.

Live.


Dieorang ada mata di belakang kepala. Asal nampak lens kamera sure nak pandang.

Adik Farid Kamil menjadi pujaan gadis.

Aku pelik sebenarnya bila tengok ada ramai perempuan yang dok pandang kat seorang jejaka ni. And then bila aku usha-usha sekali, rupa-rupanya those perempuan dok layan muka adik Farid Kamil. And dia ni la yang menulis skrip untuk movie Kongsi dan Bini-Biniku Gangster.

Dan yang tak boleh blahnya, dia tau nama aku beb. Aku rasa dia suka kat aku lah. Okay fine mesti sebab dia tau kot yang aku asyik kutuk filem Kongsi dia. Actually, bukan salah dia tau. Aku tanya dia "Kenapa filem melayu action sekarang mesti ada komedi?"and then dia kata yang dia actually tulis a really non-comedy script. Tapi dia terpaksa re-work script dia sebab producer or orang atasan tak nak terima. Well guys, think about it. Tak ke korang rasa nak tengok filem yang 100% action? Tak bosan ke balik-balik dengan filem komedi yang tak kelakar? Bila last time filem Malaysia ada filem action? Zaman Gerak Khas dulu? The only yang ada hanyalah KL gangster. Satu-satunya filem yang aku rasa 80% action.

But oh well, aku still berharap Malaysia mampu keluarkan movie yang macam SAW, Hurt Locker dan sebagainya.




Razman (Namzar), Ulii Azman, Mery, Mahi, Lep Lep



With Obe yang cute.

Dunia Selebah Zarah and seorang geng Sarkasis
Zarah and Brader Lep-lep


Awek yang nyanyi tu comel weh.

Malu ar boss. Sama tinggi.

Spoil betul sign aku paling kecik. Biasalah. Tengah segan-segan awek comel mintak sign.

First time sebenarnya rasa macam retis nak-nak bila ada awek datang dan berkata "Eh, ni Mr K kan? Saya ada beli buku Terfaktab ni. Nak sign boleh?". Peh peh. Tangan terketar-ketar beb. Tapi muka tetap cool. Tu belum kira bila awek-awek comel mintak nak tangkap gambar bersama. Peh, segan wei.

Well, kepada yang datang, thanks aku ucapkan. Juga thanks kepada geng-geng Sarkasis. Dan kalau tak silap Kontrol Histeria pun ada. Tak lupa, Obefied. Seriously, Obe even nampak jahat di dalam blog, tapi seriously dia gila ah comel masa jumpa. Tak banyak cakap, really.

Oh-oh. Sorry kalau aku agak kurang friendly dan nampak sombong. Aku memang tak berapa reti nak bergaul. Sebab tu lah aku asyik diam je all the time. Pemalu la katakan. Ehem ehem.

Selain own cam, gambar-gambar di atas di ambil dari :
Blog Cikai
Dunia Sebelah Zara

Siapa nak beli dan nak tahu tentang Kitab Terfaktab, boleh klik sini.



Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger