Jumaat, 23 September 2011

Reasons Why Korang Patut Beli Kitab Terfaktab #1.

Assalamualaikum


Hello gadis baik dan jejaka pemurah sekalian. Anda sihat? Saya tahu anda mesti sihat punya lah. Lebih-lebih lagi gadis-gadis yang mendominasi blog ini kan? Alahai, sejuk perut saya tengok anda-anda semua sihat sejahtera segala.

Well, mungkin anda berasa sedikit pelik kenapa di entry ini, saya manjadi agak baik serta sopan santun. Bukan sahaja baik dan sopan santun, malah setia serta berbudi bahasa kan? Ya, pelik kan? Apa hal tetiba Mr K jadi baik pulak? But, jangan risau. Saya tetiba jadi baik ni tak bermaksud ada udang di sebalik batu. Tak tipu.

Di entry yang mulia ini, saya dengan rendah diri nya ingin memberi tahu anda yang kini, buku yang bertajuk Kitab Terfaktab telah tersedia untuk menerima tempahan daripada anda. Dan anda mesti beli. Mesti. Ehem.

Wait-wait. What the fuuu is Kitab Terfaktab?
Untuk pengetahuan gadis-gadis baik serta pemurah sekalian, Kitab Terfaktab adalah sebuah buku yang ditulis oleh ahli-ahli Terfaktab yang setia lagi virgin dan aku adalah salah seorang dari ahli yang menulis di kitab tersebut. And aku ada letak muka aku dalam tu. Ya, serious! Okay joke. Kalau aku letak muka aku dalam tu confirm tak ada orang nak beli.

Apa yang ada kat dalam Kitab Terfaktab tu?
Kitab terfaktab adalah sebuah buku yang mengandungi tentang flow of your relationship(s). Bagaimana ia bermula, apa kemuncaknya dan apa yang akan terjadi sebelum ianya berakhir. Berakhir? Ya, macam mana ianya berakhir? Happy ending or sad ending? Well, setiap perhubungan tak berakhir dengan happy ending kan? Why? Because there is always an option.

Tak bosan ke buku tu?
Hell no. Buku ni di tulis oleh ahli-ahli Terfaktab. So, korang boleh tengok sendiri personality dan jenis penulisan yang berbeza-beza yang seriously akan prevent korang dari rasa bosan. Plus, dalam buku tu bukan je ada ayat-ayat yang menggoda jiwa, malah, siap ada dengan komik-komik samtai lagi.

Kat mana nak beli?
Kitab Terfaktab ni akan di lancarkan di Uya Distro padal  1 October 2011 ni. Dan dalam masa-masa tertentu, ianya akan di pasarkan di MPH, Kinokuniya, Popular dan sebagainya dalam bulan November or December . So, agak lambat lah kan. Dengan itu, kami dengan baiknya menawarkan sistem order secara online yang direct sampai tepat ke hadapan rumah anda.

Order online and mintak hantar sampai rumah? Macam mana tu?
Well, all you need to do hanyalah dengan mengisi borang INI. Harga senaskah buku tu hanyalah Rm20. Tak mahal kan? Actually, kita orang nak that aim for the price. As for me, aku menulis di buku ni just for fun. Untuk cari pengalaman sebelum aku betul-betul buat buku sendiri. So sebagai permulaan, buku ni akan jadi base guide line untuk aku.

So yeah, Rm20 for the Definisi Cinta Infinity. The price that comes with the quality. Must have.



29 ulasan:

  1. 'Cinta Infinity'. dua perkataan yang serious masuk dlm otak aq . -_- hmmm

    BalasPadam
  2. mr.K yg kacak, nape ade " #1 " kt cover buku tuhh?

    BalasPadam
  3. "dan anda mesti beli. ehem. "
    ---> terus taknak beli. hehehe.

    BalasPadam
  4. teringin nak memiliki buku nih..:)

    harga murah dari novel..:))

    BalasPadam
  5. ehem.. dgr kata ko nk datang time buku tu dilancarkan.. betul ke?


    bila ko yg promote, aku rasa nak beli.. :D

    BalasPadam
  6. Mr. K, aku duduk obersea sekarang. Acane nak tempah tu? :O

    BalasPadam
  7. omg !!!! are you serious? btw, congrats!

    BalasPadam
  8. bitau aku dulu..ape itu terfaktab??

    BalasPadam
  9. @Lela - Sebab akan ada edisi ke 2.

    @Zaty - Tak beli tak comel.

    @Bella - Tak sure lagi. InsyaAllah.

    @Yong - Tempah je. Hantar kat rumah.

    @Tieha - Thanks.

    BalasPadam
  10. zaman sekarang orang suka buat buku tak berkualiti. harga murah pun, tapi isi macam semua orang pun boleh tulis. takde yang membezakan dgn seorang penulis dgn org yang bukan penulis. aku hope buku ni tak jd macamtu. kalau penulisannya bagus, aku ucapkan tahniah dekat team terfaktab ok! good luck :)

    BalasPadam
  11. tunggu org review buku ni dulu la..if betul2 best baru beli..wink2..=)

    BalasPadam
  12. K, korang sume ahli terfaktab hadir tk ke mjlis pelancaran tu? so, camner dgn identiti kau, pakai topeng? hehe

    BalasPadam
  13. Salam.

    Dah isi form. Kejap lagi pegi bank in duit. Lepas saya habis baca, saya akan bagi review pasal Kitab Terfaktab.

    BalasPadam
  14. wah, mcm menarik je..

    follow sni.. jemput bce n komen entri terbaru ika.. http://cartiecacloset.blogspot.com/2011/09/blogging-activity-vs-glamority.html

    BalasPadam
  15. And aku ada letak muka aku dalam tu. Ya, serious! Okay joke. Kalau aku letak muka aku dalam tu confirm tak ada orang nak beli.
    ..ahahha..
    gile setuju dgn stetment nih..wohahhhhaaa... serius xbenti gelak..:P


    hahahaa...anyway:

    beb..my new blog..

    habibah89.blogspot.com.

    BalasPadam
  16. apa isi dia? entri terfaktab kah?

    BalasPadam
  17. wah...ak cm nmpk mamat obefiend je..adakah die pn salah sorg penulis buku tu?

    BalasPadam
  18. MrK RM20 tue termasuk kos pos ke....?
    wah muralah lah alau macam tue..

    BalasPadam
  19. @Eim - Errrr. Ye kot. HAHA.

    @A lil less - Tak. Dia tak masuk.

    @Hust - Tak, semua adalah ayat fresh.

    BalasPadam
  20. err klu beli, mintak Mr K bagi by hand bole tak? klu x bley, x mo la ;p

    -tasnim baik-

    BalasPadam
  21. aku tatau nak beli ker tak buku tuh tapi dengan tak sengaja nyer ttiba td aku dah tersubmit form beli buku tuh secara online....LOL !

    BalasPadam
  22. kan best kalau jadikan kitab terfaktab sebagai Ebook.

    BalasPadam
  23. dah submit form.. kena tunggu feedback atau bole terus buat payment dan emelkan payment proof tu ke?

    BalasPadam
  24. Isi dalam tu lebih kurang dekat blog terfaktab ke?

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.