Assalamualaikum
Kalau korang ingat lagi pasal
Cara Untuk Elak Dibenci Part 1, korang mesti ingat yang aku ada cakap pasal Alien kan. Actually, Alien tu adalah girl berbaju hitam yang dalam
entri ni. Tapi kan, aku tak kenal pun dia. Dan dia masa tu tak ada blog. So aku tak tahu macam mana dia boleh ada dalam facbook aku. Alien tu dulu benci gila kat aku sebab aku cakap muka dia macam lelaki. Dia memang bengang gila-gila ah. Tapi bak kata orang tua-tua, nak benci jangan lebih-lebih. Nanti kebencian tu bertukar jadi...
And that Alien dah masuk ke kolej di Kuantan bulan 7 ni. Ehem, ehem. So, hari tu bila aku tengah borak-borak dengan dia, aku ada tercakap pasal aku nak tulis entri pasal 'apa yang para junior tak patut buat'. And you know what, bila dia dengar je aku cakap macam tu, dia terus bertukar kepada Alien then terus bebel-bebel suruh aku siapkan cepat entri tu. Aku tak tahu pun dia bebelkan apa (tak faham bahasa Alien). Tapi aku perasan yang perempuan kalau dia bebel, agak comel sebenarnya.
So, beberapa hari lepas, dia masuk la kolej dia kat Kuantan indah permai aman bahagia ni. Masa first day tu, dia ada call cakap yang dia masa tengah pack out, ada lecturer datang dan terpandang entri aku yang Cara Elak Di Benci tu sambil cakap "Interesting". So aku pun pelik macam mana lecturer tu boleh baca entri aku sedangkan Alien tu tak bawak laptop dia. And then, bila dia cakap yang dia print entri tu baru aku faham. Wait, dia print entry aku? Haha!. Gila lah terharu aku. Nak nangis dah terharu punya pasal.
So bla, bla, blah.
Dan, selepas menulis entri tu, ada beberapa lagi suggestion yang di buat oleh kawan-kawan supaya anda tidak di benci. Well, kalau korang takut di benci, takut melawan, takut fight for the truth, takut fight for your realself, korang patut teruskan membaca.
1. Jangan speaking (English.)
Yang ni, adalah normal bagi sesetengah melayu. Melayu tipikal. How? Sebenarnya, aku perasan yang melayu akan mark seseorang tu sebagai berlagak bila dia menggunakan English. Oh, WTF is that? Korang pergi lah mana-mana, speak english secara perfect dengan melayu lain dan secara automatik, orang akan kata anda berlagak. Ya, ya. Entah apa-apa. Pastu keluar la isu kenapa english tak penting lah, menyusahkan lah. Duh. Aku rekemen kan korang untuk terus bercakap guna English sebab english tu penting.
But still, kalau korang tak suka dan tak boleh tahan di pandang serong serta di mark macam-macam, don't English.
2. Jangan jadi penjilat lecturer.
Tak ada siapa kat dunia ni yang suka kat pengampu. Dan bila aku cakap tak ada siapa pun yang sukakan pengampu, aku maksudkan dengan lecturer sekali. Kau mungkin boleh lepak kat lecturer dan megampu dia habis-habisan. Tapi jangan ingat lecturer tu tak tahu apa-apa. Lecturer tu dah lama tahu yang kau nak mengampu dia. Dia mungkin akan bagi kau full mark dalam beberapa test. Then akan failkan kau masa final exam. Dan semua orang boleh tahu bila seseorang tu adalah pengampu bila dia asyik berkepit dengan lecturer.
And then, bila korang dari kolej dah ada sifat mengampu, tak mustahil korang akan bawak sifat tu ke bidang pekerjaan. Dalam bidang pekerjaan, tanpa colleague yang respect kat korang, you are nothing. Korang boleh mengampu boss, tapi korang tak akan ke mana. Kualiti kerja korang tetap tak akan ada.
3. Jangan ketawa kuat-kuat di cafe.
Yang ni, terima kasih kepada pecinta Kak Ton yang bernama Zarif. Dia selalu lepak cafe (mungkin sebab untuk usha Kak Ton dari jauh), so aku rasa dia mesti menyampah tengok junior-junior gelak kuat-kuat nak-nak kalau masa gelak tu dalam mulut ada nasi then bila gelak-gelak tersembur nasik tu semua.
Secara rasionalnya, agak-agak korang kenapa ada sebilangan junior (perempuan) yang gelak macam langsuir kat tengah cafe? I dunno, mungkin dia suka dengar suara dia yang nyaring lagi mengakitkan? Atau... dia nak bagi tau semua orang yang ada seorang lelaki funny yang tengah flirting / mengurat dengan dia. YES. Yang ni, ada sorang awek tu bagi tahu. Kadang-kadang, perempuang memang malu bila tak ada orang nak flirt-flirt dengan dia. (Aku tak tau betul ke tak. Ingat aku ni perempuan?) But hey, who cares kalau ada lelaki flirt kau atau pun tak. Sebab, kalau ada yang betul-betul suka kat korang, mesti dia menyampah tengok perangai korang yang suka flirt-flirt. Actually, nak tahu tak? Lelaki memang suka cari perempuan yang tak ada pengalaman dalam percintaan. But oh well, ada ke lagi sesiapa kat sini (perempuan) yang tak pernah couple?
4. Jangan jadi pakar agama tak bertauliah.
Seriously, semasa semester satu ada seorang budak tu kena rasuk dengan apa tah. Ya, Unikl Micet banyak hantu sebab dia di buat di tengah hutan. Dan jangan pelik kenapa sebahagian bukit tidak di buang. Dan hantu banyak kat asrama perempuan. Biasa ah, gadis-gadis micet memang cun. Don't think clear water no boyar.
Then, ada satu ketika tu, ada lah budak junior ni. Dia baru selepas ambil wuduk kan. Pastu dia masuk lah bilik dia nak pi solat. Then dia ada nampak budak senior tengah study. Pastu dengan bangganya, dia ajak semua senior kat situ untuk solat berjemaah. Pastu cakap lah pasal pahala apa jadah. Niat dia betul. Tapi cara dia salah. Dia nak tunjuk yang dia terer agama padahal dia tak. Dia ingat, dengan bilik yang sekecil tu, boleh muat ke nak solat berjemaah? Harapkan bayar RM800 sorang (4 orang x 800 = RM3200. Satu bilik beharga RM3200 untuk satu semester. Mahal tak?), tapi bilik kecik. Unikl memang cekik darah.
Satu lagi, bila buat amal lain. Contoh terbaik. Membaca Al-quran. Memang tak boleh blah kalau budak junior (atau senior pun) nak baca Al-quran kuat-kuat + lagu. Bajet nak bagi tau semua orang yang dia pandai baca. Again, cara dia betul. Tapi dia baca masa orang tengah tidur. Kuat-kuat pulak tu. Rasanya, adab membaca Al-quran ada dalam subjek Pendidikan Agama Islam semasa di Tingkatan 5. Baca balik buku form 5.
5. Jangan meminjam dengan orang lain terlampau banyak.
Nak pinjam printer, laptop etc adalah satu masalah melainkan kalau dah rapat. Sebab nak buat assignment biasanya bukan makan masa yang sekejap. So pada awal penkenalan, pinjam barang orang yang mahal seprti laptop adalah bukan satu cara yang baik. Well, tips ni, hanya untuk perempuan. Kalau lelaki, tak ada masalah sebab lelaki memang suka share. Even seluar dalam pun boleh share-share, apatah lagi laptop. Mesti korang tertanya-tanya macam mana (sebahagian) lelaki share seluar dalam eh. Meh aku cerita sikit. Korang tahu kan seluar dalam atau biasanya boxer? Contohnya, satu boxer, first yang pakai adalah tuan dia. Then bila tuan dia tanggalkan, roomate dia pula akan pakai. Tapi dia tak main pakai je. Dia akan terbalikkan seluar (depan pusingkan ke belakang - butang boxer yang sepatutnya di depan, akan jadi kat belakang). Then bila ada orang ke tiga nak pakai, dia akan terbalikkan seluar (inside out). Then bila ada orang ke empat nak pakai, yang inside out tu, akan di pusingkan belakang ke depan. Sistematik dan caring dan loving kan?
6. Pendiam, tapi berbakti.
Aku ingat lagi masa aku semester 1. Yeah, korang tau kan aku ni pendiam. Pastu kat dalam bilik aku, ada 4 orang. Dua senior, dua junior. Tapi, sorang lagi junior tu ulang alik dari rumah, so tak duduk bilik tu sangat. So, ada tiga orang lah yang duduk bilik tu which is aku, dan dua lagi senior. Budak-budak senior tu baik. Tapi aku ni segan nak buat first move. Err, berkenalan maksud aku. Tapi aku terfikir gak la kan kot-kot aku di cop sebagai berlagak dan sombong sebab aku dalam bilik pendiam gila babi. But then i realised, kalau aku tak buat anything stupid, then it is okay, kan?
So, seperti soalan yang di tanya oleh
Intan yang berbunyi "Kalau tak gedik tapi still di benci senior macam mana?" Well, aku rasa mungkin kerana perempuan tu adalah pendiam kan. Aku rasa cara yang paling baik untuk jadi pendiam tetapi tidak di cop sebagai berlagak adalah dengan berbakti sekali sekala. Contoh nya, dalam satu minggu tu, korang tak bercakap langsung dengan roomates korang yang semua senior. Mesti sebahagiannya akan cop anda sebagai bergalak kan? Well, cara nak atasi nya mudah je. Just belikan mereka Big Apple dunut bila korang ke luar bandar. Why? Sebab selepas korang belikan mereka donut tu, mereka akan kata "Dia bukan berlagak, tapi pendiam je". Seriously, aku pernah alaminya. That's why kenapa aku okay dengan roomates aku yang senior walau pun aku jarang bercakap. Then bila jumpa je, mesti dia tegur aku. Ni bukan trick untuk menipu, tapi untuk memberi tahu mereka yang korang pendiam, dan bukan berlagak.
***********************************
And hey, you guys should read this.
Oh please la. Kat university pun some people call me bitch. Okay, my good friends pun being bitchy. ;) Well, we studies, we love to laugh & people will looking at us, we still got anugerah dekan eventhough we are bitch. We don't sell our body at campus ya!. We smile to who we likes only, we love to talk and talk, we don't care what seniors said about us bcouse we are good with the seniors. Erm, seniors (female) kurang ckit, xtak tau pasal apa senior pmpuan benci kiteorg maybe kiteorg bitch kot? So? I'm a bitch. Being bitchy ni selalu jadi problem among girls you know.
1st: Being bitchy doesn't mean you are selling your body at melaka town la people. Please grow up.
2nd: Bitch can be a good description sometimes. Well, why men love bitches? HAHA. Jangan terasa.
tata! btw, mr K blog you mmg good in blogging. You born with it :)
See?
She is good. Dia mampu survive the hell in college. Just like this
Aminah. Who cares bila orang panggil kau biatch? Okay mungkin memang patut terasa pun sebab panggilan tu agak teruk, but, again, who cares? Kubur masing-masing bak kata Abang Syasya.
Dan yes, entri ni hanya untuk yang tak mampu untuk facing semua benda yang bitchy dan yang nak hidup dengan smooth di kolej dan low profile.
Actually, bila korang ada haters, korang patut bangga sebab ianya bermaksud samaada mereka jealous dengan korang, atau korang stood up against something. Well, both is good. So fight for it.