Memaparkan catatan dengan label review wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review wayang. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Review Movie : KL Gangster + Rating

Assalamualaikum


Okay here is the story, masa aku lepak-lepak kat Gambang Water Park hari tu, kawan aku, Hanifah call tanya pasal tiket wayang. Well, alang-alang dah ada member kerja kat Megamall, rasanya tak der hal kalau mintak dia tolong belikan. So, aku bagi tau kat dia yang aku nak tengok first screening untuk KL Gangster. Well yeah, dia beli tiket dua hari awal. Dan itu maksudnya, kitaorang (8 orang semuanya) dapat seat yang amat cantik yang selari dengan screen panggung. So nice.

Well, the movie was great. I mean, selepas fikir-fikir, not bad lah kalau ikut standard Filem Malaysia. Kalau ikut standard filem oversea tu memang ketinggalan lah. Apa pun, satu benda je yang aku nak cakap kat sini which is, aku rasa ini lah satu-satunya movie yang ada improvement lebih-lebih lagi dari segi aksi. Why? Sebab tak ada CGI at all. And most of the action nampak agak cool bila ada babak Adi Putra. Adi Putra nampak bagus bila beraksi gaduh-gaduh dan Aaron Aziz agak bagus bila jadi watak baik. As for Syamsul Yusuf, maybe you should stick with directing. You gonna be a good director someday. Tapi kalau nak jadi actor... well, entah lah. Aku sebagai penonton rasa macam ada something tak kena je bila aku tengok dia asyik nak marah pagi petang siang malam.

Apa pun, kalau korang nak baca the whole review, boleh pergi ke my other blog, ReviewFilem.com: KL Gangster. And then, korang akan tahu kenapa aku rate filem ni dengan 6.0/10 stars. 


Sabtu, 20 November 2010

Kenapa Orang Tak Nak Tengok Filem 2 Alam dR Rozmey (Or Review)

Assalamualaikum

OOOOMAIGOOD. Filem 2 Alam dR Rozmey dah cecah 40Juta dalam 1 tayangan sahaja! (?).

[Facebook - Syahirul]

Harry Potter vs 2 Alam = Cute. HAHA. Okay fine actually, it is not about compare filem Melayu dengan filem luar negara. Tapi, ianya pasal berapa orang yang sanggup lepak kat wayang untuk sesebuah filem. Agak sedih sebenarnya bila tengok filem yang kononnya boleh cecah 40 juta. But oh well, tak sure lah kesahihan gambar di atas.

So, mari kita tengok sebab-sebab kenapa most of people around us tak nak tonton cerita 2 Alam ni even KALAU berjuta orang yang nak menonton.

Terlampau kerek.
Actually, I really got no idea why dR Rozmey tidak di tulis sebagai Dr Rozmey tetapi kekerekkan beliau amat superb.

[Ihsan - Google]

Aku perasan, kalau siapa-siapa sebut je dR Rozmey, mesti dia akan di kaitkan dengan berlagak yang melampau. Ya, confident itu penting. But over confident is hell out of the line. So, dia over confident? Well, dia lancarkan wayang dia pada Hari Raya umat Islam yang rata-ratanya melayu dan dia expect most of muslims nak tinggalkan saudara mara just for a so-and-so movie? So yeah, he might be over confident.

Target 40juta? Ya, ianya adalah amat bagus bila kita target tinggi. Impian dia pun tinggi dan berbawawasan. Tapi, bila dia dah start menjadi kerek dan berlagak, ramai orang hilang respect kat dia.

Well, ye ke dia tu berlagak dan kejar fame?  Well, kalau di kira balik, berapa ramai producer letak muka dia kat poster filem berbanding pelakon?


[Ihsan - Google]

Atau buat video pengisytiharan dan perutusan movie dia? Aku ingatkan dia dah nak buat perutusan bulan puasa dah.


Iklan melampau.

[Ihsan - Google]

Iklan filem 2 Alam ni. Kalau korang baca Kosmo!, mesti korang akan perasan yang akan ada dua page yang fully dengan iklan dia. Tapi tak boleh blah hari tu aku ada baca akhbar Kosmo kat kedai makan, kat bawah iklan 2 Alam, belah kiri, boleh pula wartawan kosmo kutuk filem ni. Mula-mula aku pelik sebab dia punya iklan dah macam wartawan yang tulis. But then, bila aku tengok betul-betul, all of them hanyalah iklan.

[Gambar asal - Nor]

Aku ambil contoh filem Harry Potter. Aku tak suka pun cerita Harry Potter ni. Just adik aku je suka. But, kalau kita tengok, adik aku pun tak tahu siapa producer Harry Potter tu. So, why dR Rozmey ni nak sangat orang tahu nama dan kenal muka dia? Cara dia macam ni membuatkan dia nampak amat angkuh dan berlagak. Adakah anda nak tonton sebuah filem yang di buat oleh seorang yang angkuh?

[Facebook - Syahirul]

Ini adalah antara sebab kenapa ramai yang tak nak tonton filem dia. Well, apa pun, rasanya dia dah berbelanja besar gila untuk promosi dan iklan filem. Harap-harap dia lepas ah 40Juta. Kalau tak, dia memang akan rugi besar.

Aku ada perasan dulu, kawan aku cakap yang ada satu Group Facebook yang "We Hate dR Rozmey" tetapi bila dah beribu yang join, group tu di tukar nama kepada "We Like dR Rozmey" (Or something like that). Selepas group tu di tukar nama, terus ramai yang keluar. And now bila aku cari balik group tu, dah tak jumpa. Katanya, facebook orang yang create page tu dah kena hack. So, kalau selepas ni blog aku ada post "I Love dR Rozmey" dan puji dR Rozmey, tu maksudnya blog aku kena hack ah tu.

Aku tak berapa faham kenapa kita menggunakan ayat "Supportlah industri perfileman Malaysia." Adakah bermaksud kalau movie tu teruk, kita still perlu support? Kita perlu support sampaikan pengarah dan penerbit movie berkata "Kita buat lah filem merapu macam mana pun, mesti akan ada yang tengok (atas sebab support)". Bagi aku, better kalau kita tak tengok filem merapu. Sebab dari situ, pengarah dan penerbit akan terfikir "Mungkin aku ni pengarah yang syok sendiri. Better aku improvekan kualiti filem aku". So, tak adalah semua nak jadi pengarah then syok sendiri. Pulak tu, bila tak ada orang tengok, kecoh nak salahkan penduduk Malaysia.

Then, bila ada orang utarakan pasal isu ni, pulak sibuk kata "Melayu tak habis-habis nak kutuk melayu". Well, tak akan lah nak puji bila bangsa sendiri syok sendiri dan berlagak habis? Memang sampai bila-bila ah filem Malaysia jadi filem syok sendiri.



Sabtu, 2 Oktober 2010

Review Malay Movie : Magika (Magica)

Assalamualaikum



Hai. Sekarang pukul 4.30 pagi, tepat. Aku baru balik berdating dengan classmates aku. Lelaki semuanya. Ah. Tak best betul tak ada awek ikut. Bak kata The Unknown, masa tak ada awek lah rasa best nak ada awek. Tapi bila dah ada, duh, mesti dah tak boleh feeling-feeling usha awek.

And guess what, aku tengok filem melayu di panggung wayang hari ni. Biasalah, budak UniKL MICET, awal bulan, mesti perabih duit je kerja.

Also, why the hell aku habiskan masa untuk movie Magika ni? Actually, aku tak berminat pun. Tapi dah cerita tu je lah yang okay sebab masa beli tu, aku tak perasan ada satu cerita best Mandarin yang pelakon IPman berlakon tu. But nevermind. Alang-alang dah tengok, meh aku review sikit.

Cerita magika ni, anda MESTI tengok kalau;
  1. Anda sukakan cerita Melayu/tempatan tanpa mengira kualiti.
  2. Duit anda banyak sangat sampai tak kisah bayar RM10 untuk sebuah cerita yang so and so.
  3. Anda nak tengok Maya Karin yang cun yang menari dengan banyaknya. Maya semakin terkenal sekarang. Terbaru, dia berlakon untuk filem Ombak Rindu.
  4. Anda nak tengok awek ke lima aku (Diana Danielle) basah-basah di dalam sungai.
  5. Anda tak suka pelawak jadi hero.
  6. Anda nak tengok kemajuan teknik CGI animation KRU.
  7. Anda nak tengok story line yang ada konsep yang amat bagus.
  8. Anda suka kan filem muzikal (YES THIS IS MUSICAL MOVIE and aku tak perasan it at the first place )
  9. Anda suka tengok cerita yang membosankan.

Anda TAK patut tengok filem Magical ni kalau;
  1. Anda nak filem romantis secara fully. (Aku rekemen kan Eat Pray Love atau Charlie St. Could.)
  2. Anda tak sukakan filem musikal (Over all, hampir separuh dari cerita adalah nyanyian)
  3. Anda perempuan dan tak nak pak we anda usha awek-awek cun dalam movie tu lama-lama.
  4. Anda nak fully happy ending love story.
  5. Anda benci filem melayu.

Okay, mari sini meh Abang K terangkan secara detail.

Genre dan story line


Bagi aku, cerita ni adalah antara filem Malaysia yang ada konsep yang bagus. Dalam cerita ni, ada babak Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Mewah, Mahsuri dan sebagainya ada dalam movie ni. All in one. Part yang korang rasa agak berbeza bila masuk bab Puteri Gunung Ledang (PGL) (Ning Baizura) yang jadi andartu. Ye lah, korang pun tahu kan yang PGL mintak hantaran perkahwinan darah nyamuk lah apa lah. Dan itu menyebabkan dia jadi andartu. Seolah-olah, ini adalah sambungan cerita rakyat Malaysia yang tertangguh. Tapi bab Ning ni tak ada kena mengena langsung dengan main story line. Seolah-oleh ni babak yang di tambah untuk panjang kan cerita. Genre dia, lebih kepada cerita santai-santai dan untuk budak-budak bawak umur macam korang.

So, kalau korang nak tengok sambil santai-santai, memang tak ada hal. Boleh je. Tapi aku lebih recommended Legend of The Fist, Eat Pray Love dan Detective Dee.

Mawi, I hate you but not.


Yes. Mawi jadi Hero dalam filem muzikal Magika ni.  Dan yes, dari dulu, dari mula-mula Mawi masuk AF, aku memang tak suka langsung dia. Lagu dia tak pernah wujud dalam laptop aku. Kalau ada dalam PC adik aku lagu dia, mesti aku delete. Sebab aku dah tahap "Mawi? Ewwww". But. BUT, this time, Mawi, you are awesome. This time, Mawi macam okey bila berlakon berbanding menyanyi. Aku tak tahu lah kenapa. Tapi cara dia berlakon yang bluurrrrrr gila tu buat dia nampak stylo di tambah pula dengan rambut pelik dia.

Dalam movie Magika ni, dia memegang watak sebagai Badang. Tapi tak boleh blah bila orang tanya nama, dia cakap nama dia Bad. Whattahel? Tapi, watak dia hidup walau pun nyanyian dia tak sedap. Tak juga seperti iklan dia yang pelik-pelik dan langsung tak best. Mawi patut berlakon. Bukan menyanyi.

Improvement dalam CGI animation pihak KRU.
Serious shit. Kualiti CGI (Computer Graphic Image- kalau tak silap aku) memang banyak improvement. Contohnya, teknik yang dia buat terhadap Maya Karin dan monyet dan anjing. Serta panorama dan suasana dalam dunia Magika memang coooooooool. Go go KRU.



Sebab tu lah aku rasa filem Hikayat Merong Mahawangsa akan jadi antara movie yang famous di mata dunia. Future filem Malaysia memang terletak di tangan crew KRU.

It's a MUSICAL. Oh damn.
Seriously, hampir setiap kali babak menyanyi nak starts, aku perasan yang ramai akan main dengan henphone dia termasuk aku. So, sebab apa? Sebab ramai yang tak suka dengan nyanyian. Dan, ramai yang tak perasan yang filem ni adalah filem muzikal termasuk aku sendiri (masa beli ticket). Dan memandangkan lebih dari suku dari cerita adalah nyanyian, better korang sediakan skandal untuk bersms atau awek di tepi untuk buat apa yang patut supaya korang tak bosan.

 
Aku tak faham, kenapa filem ni di masukkan babak musikal sebab kalau bagi aku, ianya adalah 10 kali lebih enjoy-able tanpa nyanyian. Why? Sebab lagu-lagu nya adalah tak best. Liriknya umpama dialog. Dialong yang macam "Saya nak tidur tapi tak boleh sebab tak mengantuk" dan ditukar direct jadi lagu. WTH serious tak best.

Tak suka pelawak jadi Hero.
Ya, aku tak suka pelawak jadi hero. Aku tak suka bila hero memalukankan diri dengan bercakap dengan membuat mimik muka. Sampai bila industri perfileman Malaysia nak maju kalau dok berlakon buat mimik muka atau bercakap sambil julingkan mata dan gerakkan telinga? Dan yang paling penting sebab kenapa aku tak suka pelawak jadi hero adalah sebab bila pelawak berlakon, dia akan macam paksa cuba untuk membuat lawak yang kadang-kadang aku rasa lawak dia tak perlu dan macam "What.....?" yang macam aku tengok cerita Hagemaru. Eh, ramai tau awek yang suka tengok cerita Hagemaru. So, kalau korang tengok, at least korang boleh guna point tu untuk start berbualan macam "Awak ni comel lah. Macam Hagemaru" dan si awek mesti tertarik sambil reply "Awak pun tengok Hagemaru?". YA!

Dan dalam cerita magika, hanya beberapa kerat pelawak yang ada yang tak best. Yang lain, semua okay. Dan pelawak-pelawak ni dah bagus tanpa perlu buat mimik muka dan menjulingkan mata ketika bercakap.

Orang Minyak (Nabil) dan babak lucah.
Bagi perempuan, kalau tak perasan dan blurr, Dianna Danielle ada bertanya pasal adik dia kat Orang Minyak. Dan Orang Minyak ni pula reply sambil bercakap pasal 'adik' dia yang lain. Sebab, untuk sesiapa yang tak tahu, 'adik' adalah merujuk kepada belalai lelaki. Sebab tu lah Orang Minyak tu ada cakap "Adik? Dulu memang kecik. Tapi sekarang dah besar." sambil pancing Dianna ke dalam semak =,=. Duh.

Kualiti audio dan video.


Dan lain-lain, audio (suara) pelakon dan segalanya adalah amat synchronize dengan video yang mungkin di rakam terus dan bukan seperti filem Mami Jarum dan Jangan Pandang Bekalang dan etc yang tak selari dia punya suara yang mungkin di rakam setelah rakaman filem. Dan juga, kenapa kebanyakkan filem malaysia gambar (vide)nya adalah gelap? Mami Jarum contohnya, kenapa seolah-olah filem tu di rakam menggunakan camera lamoa yang gelap dan tak clear dari 'odd'? Kenapa ianya tak terang seperti filem Pisau Cukur?

Im not really enjoy with this movie. Bosan dengan lagunya.

**************

Over all, personal rating, aku kasi 5/10 tanpa mengira musikal. Kalau masuk musikal dan nyanyian, memang aku dah taruk 3/10 sebab bosan gila. So, kalau korang nak download atau torrent cerita ni berbanding tengok di wayang, ya, anda memang bijak sebab bila dah download, korang boleh skip lagu-lagunya. Apa pun, konsep penceritaan ni adalah terbaik. Umpama pasca-cerita rakyat.

P/s : Setakat ni, filem kelakar terbaik adalah Pisau Cukur. Filem lain adalah Syurga Cinta (even banyak babak ciplak) dan Kami The Movie.

Aku tak berapa faham kenapa kita menggunakan ayat "Supportlah industri perfileman Malaysia." Adakah bermaksud kalau movie tu teruk, kita still perlu support? Kita perlu support sampaikan pengarah dan penerbit movie berkata "Kita buat lah filem merapu macam mana pun, mesti akan ada yang tengok (atas sebab support)". Bagi aku, better kalau kita tak tengok filem merapu. Sebab dari situ, pengarah dan penerbit akan terfikir "Mungkin aku ni pengarah yang syok sendiri. Better aku improvekan kualiti filem aku". So, tak adalah semua nak jadi pengarah then syok sendiri. Pulak tu, bila tak ada orang tengok, kecoh nak salahkan penduduk Malaysia.



Ahad, 18 Julai 2010

Review Movie : Mantra (Filem Malaysia)

Assalamualaikum

Mantra

Duh, semalam aku ingat nak layan The Inception di East Coast Mall. Tapi aku ada dua masalah. Pertama, tempat duduk hampir full. Yang kosong hanya di bahagian depan. Dan masalah kedua adalah masa tanyangan yang paling awal pada masa tu adalah pada pukuk 11.50 malam dan masa tu aku datang dengan abang dan adik perempuan aku. So, agak tak elok kalau perempuan keluar lewat-lewat malam.

Dipendekkan cerita, aku menonton Mantra. Filem seram. Filem melayu pertama yang aku tonton di panggung wayang. Aku tengok ni pun sebab terpaksa memandangkan dah tak ada movie lain dah.

But then, as expected. Filem melayu, apa yang korang rasa? Bad? YES. Bayang kan filem seram, tapi orang lain boleh gelak-gelak sakan. Kalau filem Jangan Pandang Belakang Congkak tu boleh lah nak gelak-gelak sebab tu file seram komedi. Tapi ni, filem seram yang betul-betul seram, tetapi penonton boleh gelak. Agak-agak, kenapa penonton gelak? Well, aku rasa tu maksudnya yang movie tu tak berjaya tarik audiences masuk kedalam movie tu sendiri. Sebagai contoh, Saw. Try tengok Saw then agak-agak ada tak babak nak gelak? No way.

Dan dari dulu sampai sekarang, kualiti CGI filem Malaysia tak pernah naik. Contohnya, try tengok video promo kat bawah;

Filem baru Malaysia yang.... ouch.

Aku tak tahu la samaada filem Libas ni tiru movie Shaolin Soccer atau apa. Tapi, aku harap tak sebab banyak sangat movie buatan Malaysia yang meng- copy filem luar. I'm Not Single contohnya. Aku perasan ada banyak babak-babak touching dalam I'm Not Single yang di copy bulat-bulat dari filem Philipina tak silap aku.

Dan, walaupun panggung wayang tu penuh dengan orang yang nak tonton citer Mantra, tetapi tak ada satu pun yang menjerit bila keluar hantu. So, kat situ faham-faham je lah.

Movie ni, kalau nak tengok dengan famili dan anak-anak, amatlah tak sesuai kerana ada babak-babak 18sx yang sampai ada lelaki kat belakang aku cakap benda-benda yang.... errr... bila watak dalam cerita tu tengah nak mandi.

 Saw 7 on this October 2010

Personally;
Bagi movie Mantra ni, aku kasi 5.5/10 bagi standard industri Malaysia sebab jalan cerita dia okay. Tapi bagi international horror + seram, aku rasa ianya agak susah nak cecah 3/10 sekali pun. Kalau korang looking for horror atau seram atau ganas, ini bukan filem yang aku rekemenkan.

Korang boleh cakap kita perlu support industri perfileman Malaysia. Tapi aku tertanya-tanya, kalau pengarah filem buat filem yang tak best dan syok sendiri, adakah kita patut support juga? Korang tonton wayang sebab nak kasi duit free kat producer atau nak enjoy movie? Berbelanja lebih sikit untuk Twilight : Eclipse dan The Inception adalah berbaloi dari bayar murah, tetapi tak enjoy langsung movie.

Mungkin, semuanya di sebabkan dengan pepatah "We got what we paid." Barang murah, biasanya tak berkualiti. Ya tak?


Sabtu, 3 April 2010

Review Wayang : Clash of The Titans

Assalamualaikum

 Kat Malaysia, kuar semalam.

Semalam, hari Khamis. Loan Mara dah masuk. So, budak-budak rumah aku cepat-cepat je plan nak lepak bandar Malaka and having a midnight movie kat Dataran Pahlawan. Memang semua jadi pemboros dan tak pandai jimat. Dasar perlukan isteri-isteri-isteri-isteri yang pandai simpan duit.

Well, as expected, kitaorang tak akan tonton movie melayu punya lah. Dah memandangkan semalam (Khamis) adalah first day wayang baru keluar, so kita orang tengok la cerita The Clash of The Titans. Tayangan tengah malam pukul 12.50 pagi.

 Poseidon

Over all aku boleh cakap, cerita ni boleh la kalau nak hilangkan bosan. Tapi untuk yang nak betul-betul aksi, memang tak cukup memandai.

Cerita ni berkisar pasal sorang anak Tuhan  yang kena selamatkan pupulasi manusia daripada ancaman para dewa. Cerita ni hampir sebijik sama dengan cerita Percy Jackson and The Lightning Thief. Boleh di katakan hampir sebijik yang sememangnya gila sebijik apabila watak, fungsi dan plot untuk Clash of The Titans dan Lightning Thief tu berkisarkan pasal benda yang sama;

  1. Dewa turun ke bumi.
  2. Buat seks dengan manusia (yang dah semestinya lawa)
  3. Dapat anak yang semi-God (separuh dewa, separuh manusia) yang bernama Percy (Perseus)
  4. Hades (Dewa Neraka) buat hal. Cari gaduh.
  5. Percy (Perseus) kena selamatkan pupolariti manusia daripada serangan Hades.

 Medusa

And you guys know what, cara dia lawan Hades pun hampir sama. Caranya, bunuh Medusa, ambil kepala dia dan gunakan mata Medusa untuk di tukarkan Kraken menjadi batu. Oh ya, Kraken tu adalah anak Hades.

Dan lagi-lagi tak leh blah apabila kedua-dua cerita Lightning Thief dan Clash of The Titans dah sebijik gila bila masuk ke bab Perseus nak on the way nak pergi ke Underworld. Masuk je Underworld tu, kena naik sampan. Dan nak naik sampan, kena guna duit syiling spesel. Ya, ke dua-dua cerita ni sebjik sama termasuk la dia punya latar, konsep sampan dan sebagainya. So, boleh kata yang ianya kinda boringg.

 Kraken

Yang menjadi isunya sekarang ni,
Anak Zeus/Poseidon berupa manusia yang semi-God adalah kerana dia buat seks dengan manusia.

Anak Hades bernama Kraken yang berbentuk kala jengking yang besar yang hidup di dalam air yang ada ekor yang banyak. Agak-agak korang, Hades si Dewa Neraka ni tidur dengan 'apa' dan 'siapa' sampai boleh dapat anak pelik macam tu. Serious aku tergelak dalam panggung wayang tu.

Ni memang dah masuk bab nafsu binatang doe.

Yang membezakan cerita Percy Jackson and The Lightning Thief dan Clash of The Titans tak banyak. Bezanya, cerita Clash of The Titans ni lebih dewasa berbanding cerita Lightning Thief. Dah la citer Lightning Thief tu pasal romantik budak-budak. Apa barang cerita romantik budak-budak. Cerita Clash of The Titans ni lagi adventure dan ganas. Ada kala jengking dan benda benda yang tak patut budak-budak macam penyanyi Justin Bibir tengok. Aku tak suka Justin Bibir tu. Suara dia macam perempuam dalam lagu milliminimo apa tah.

Story line - 7/10
Graphic - 9/10
Casts - 6/10
Keunikan - 2/10 (Remake dari file lama)

Don't waste your Rm10 for this movie.





Khamis, 25 Februari 2010

Review Wayang : The Book Of Eli [18PL] ( 25 Feb 2010)

Assalamualaikum

The Book Of Eli

Dah lama gila aku tak bercakap pasal wayang. Well, kalau tak silap aku, hari ini, 25 hb February, movie bertajuk The Book Eli bakal keluar di panggung wayang. Oh hell yeah, this movie is really great even it is 18PL dan agak menyentuh isu agama.

Actually, aku dah tengok movie The Book Of Eli ni dalam dua hingga tiga minggu lepas. Bukan wayang tetapi DVDrip punya. Download of course.

So, memandangkan aku dah tengok, mari aku review sikit.

Eli

Overall Personal Rating : 8.5/10

Sysnopsis (Translate dari Google dan sedikit edit)

Eli (Denzel Washington) telah berjalan selama 30 tahun. Dia berjalan ke Barat dari seluruh Amerika selepas perang dahsyat yang mengubah bumi menjadi sebuah gurun. Dunia telah menjadi sebuah tamadun manusia di mana orang harus membunuh atau dibunuh. Seluruh kawasan pula adalah milik kumpulan-kumpulan yang merompak, membunuh untuk air, sepasang kasut, sedikit roti dan perempuan. Korang boleh nampak yang pada masa tu, semua yang tinggal adalah dah lain macam. Even kanibal pun ada.

Dan keadaan pada masa tu sememangnya tak ada peraturan. Jumpa orang, tak puas hati, bunuh. Jumpa awek, rogol. Jumpa orang ada senjata, rampas. Dan, orang yang berpengaruh adalah yang paling best. Dengan kata lain, semua peraturan adalah imune terhadap orang yang berpengaruh di sesebuah bandar. Oh ya, zaman tu, negara tak wujud dah. Yang wujuh hanyalah bandar-bandar kecil yang di ketuai oleh perompak. 

LOL

Dan siapa Eli? Eli adalah seorang yang pakar membunuh demi melindungi sebuah buku yang satu-satunya tinggal di dunia.

Selepas perang dan "Big Flash"(perang nuclear mungkin), Eli dipandu oleh kekuatan luar biasa (Jesus?) untuk buku yang tersembunyi dan diberi tugas melindungi buku itu dan membawanya ke destinasi akhir iaitu di barat. Eli menjaga buku dengan nyawanya, sebab dia tahu buku adalah satu-satunya harapan bagi umat manusia untuk masa depan (kononnya). Dan pada masa yang sama, ada seorang lagi yang perpengaruh yang sanggup buat apa saja demi buku tu. Kenapa buku tu penting? Sebab dengan buku tu, dia boleh jadi 'Tuhan'. Again, why? Kerana buku tu adalah Bible. Satu-satunya Bible yang ada di dunia pada masa itu. So sesiapa yang ada buku tu, amat mudah untuk dia pengaruhi pemikiran orang ramai. Its great kalau dalam cerita Bible tu adalah Al-Quran kan?

Story line cerita ni amat best. Masa mula-mula, korang akan blur habis. Then pelahan-lahan korang akan faham tentang pathway dia.

Cerita ini tidak cakap banyak. Tak seperti Sasha G yang kuat bebel. Mulut tak reti nak diam. Tak "less talk, more action" langsung. Tak seperti cerita ni yang banyak actions.

Bagai mana pula dengan isu agama?

Actually, isu agama tak ada sangat dalam cerita ini. Cuma buku tu adalah Bible. Tak ada ayat-ayat dalam bible pun yang keluar kalau tak silap aku kecuali pada penghakhiran cerita. Serta, ianya nothing.

Secara keseluruhan, aku memang recommend korang untuk tonton movie ni panggung wayang terdekat.  

 
Solomon Kane

Minggu depan akan keluar movie Solomon Kane. Juga movie yang berkaitan dengan agama? Entah lah tetapi aku rasa tidak. Yanga aku tau, ianya mungkin menarik. Mesti tengok.