Memaparkan catatan dengan label Tips You Should Know. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips You Should Know. Papar semua catatan

Ahad, 31 Julai 2011

Reasons Kenapa Ramai Orang Benci Bloggers.

Assalamualaikum


Korang pelik tak bila korang jumpa kawan korang yang main blog, dia akan di panggil blogger tapi bagi yang main Facebook dan Twitter, dieorang tak di panggil sebagai Facebooker dan Tweepler pun. Why ah?

Dan, untuk pengetahuan korang, ramai orang sebenarnya tak berapa suka dengan blogger. Dieorang tak suka dan takut. Takut kalau-kalau nama dia akan keluar di blog. Kalau keluar nama saja-saja tak apa lah juga. Tapi kalau dah dikutuk, perh. Pedih weh. Well, nama korang pernah tak di kutuk di blog orang lain?

Actually, banyak lagi reasons kenapa ada yang tak suka dengan certain jenis blogger ni.

Blogger yang Traffic Whore
Pernah tak korang nampak kat certain blog yang amat kejar trafik semata-mata? Dekat tajuk tulis " Cara untuk Cepat Kaya". But then bila bukak tengok-tengok entry tu pendek gila. Pulak tu, bila tengok lagi, rupa-rupanya  dia tulis "Aku tak tahu la macam mana cara untuk cepat kaya. Korang ada idea?". Tak pun, tajuk gila gempak eyes catching "Tips Superb Untuk Blogging". Tapi bila buka, rupanya dia pulak yang pi tanya pembaca. Contohnya " Siapa tahu tips blogging paling baik? Kalau ada, sila kemukakan di ruangan komen" Padahal semua pembaca yang datang punya lah berharap untuk tahu sedikit sebanyak pasal tips blogging ni.

Kalau sekali sekala buat macam ni sebab nak berinteraksi dengan pembaca tak apa lah juga. Tapi dah kalau semua entry tahap attention traffic whore, baik tak payah. Kalau jadi traffic whore memang lah traffic banyak. Tapi kualiti tak ada. Orang datang blog korang, then blah sebab rasa di tipu. Ianya umpama korang Chelsea yang menang 1-0 vs Malaysia tempoh hari. Menang, tapi tak ada apa yang nak di banggakan.

Siapa yang suka baca blog yang hanya bagi harapan semata-mata? Konon nak ajar tips lah, apa lah. Padahal kosong. Even aku sekali pun, aku benci betul baca jenis blog yang macam ni. Jenis yang macam cari trafik semata-mata. Dan yang paling aku benci adalah bila dieorang cari trafik guna keyword lucah. Seriously?


Lurus Bendul / Paranoid / Kaki Forward Article dari Email.
Korang perasan tak yang ada certain blogger suka sangat percaya kepada benda bukan-bukan? Contohnya, kalau dia terima satu email pasal Freemason or pasal makanan haram or pasal menyambut hari ibu adalah haram, terus dia percaya sambil tulis pasal isu tu di blog. Yeah, tanpa sebarang usul periksa. Then bila ada orang pertikaikan article yang dia siarkan, dia kasi ayat mudah which is "Aku tak tahu, aku ambil dari email".


Aku wonder lah, kenapa orang-orang Malaysia macam ni eh? Kenapa suka percaya kepada apa-apa yang dia baca secara bulat-bulat? Come on, cer korang try pertikaikan sikit sesuatu perkara. Contohnya, korang dapat email kata ada Paderi Yang Dah Takluk Malaysia lah, then ada kes Malaysia dah Jadi Milik Freemason lah, bila Terbalikkan lagu ada kuar mesej Dajjal lah. Then macam-macam lagi lah isu merapu. Tapi orang kita, bila tengok je terus percaya bulat-bulat. Siapa tak menyampah dengan blogger yang lurus bendul yang suka menyebarkan berita palsu?


Pembaca Terlampau 'Alim' / Lampi (Lambat Pick up)
Korang ingat tak yang aku ada banyak tulis entry Trolling? Aku ada troll pasal kahwin,  aku troll pasal perempuan nangis, aku troll pasal MLM. Dan yang paling tak boleh blah, entry aku menyindir perempuan seksi meksi. Ya, amat-amat tak boleh blah bila ada orang emo sambil cakap "Perempuan ni confirm masuk ke neraka". Padahal aku rasa dah jelas yang perempuan dalam entry tu tak wujud.

Some people hate blogger sebab dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Dia tak tahu apa genre sesebuah blog tersebut. And kadang-kadang, pembaca gila lah ambill serious dengan apa yang blogger tu tulis padahal dia buat lawak sarcastic. Sebab tu la korang akan lagi gelak bila tengok ruangan komen,. Bila tengok ruangan komen korang akan nampak 40 komen gelak, then ada 1 komen marah-marah. Aku tengok pun tergelak.

End of the story, dieorang akan benci kat blogger tu.

Memberbesarkan Isu.
Korang perasan tak, sebenarnya, banyak gila isu-isu yang berlaku adalah disebabkan ianya di perbesarkan. Contohnya, Lisa Surihani ada menyebut "Gila Babi" dalam TV then terus ada blogger yang update pasal Lisa Surihani sebut "Gila Babi." tu. "Try google". Well, gila babi. Apa masalahnya dengan sebut gila babi? Babi binatang yang haram di makan. Tapi ianya tak haram di sentuh dan tak haram di sebut. So, kenapa ada blogger yang saja wujudkan isu bila Lisa aku sebut "Gila Babi"? Saja nak menjatuhkan my Lisa Surihani?


So, kalau blog korang di baca oleh ramai student di kolej anda, please, please jangan wujudkan sebarang isu yang merapu. Nanti tak pasal-pasal ianya boleh jadi kes.

Dan korang perasan tak trick terbaik untuk wujudkan fitnah? Yeah, hasilkan persoalan. Contohnya  tulis entry yang membawa persoalan berbentuk "Ketua JPM kolej kita dah pernah buat seks dengan bapuk?". Ianya adalah satu persoalan. Tetapi ianya boleh jadi fitnah bila ada pembaca yang tak tahu apa-apa then dia tanya pada kawan dia "Eh, betul ke Ketua JPM kita pernah main dengan bapuk?". Dari persoalan, ianya akan berubah kepada statement bila dah tersebar. Dan sebagai orang melayu, kita wajib percaya dengan apa yang kita dengar tanpa sebarang usul periksa.


Bila Tak Puas Hati Dengan Kawan; Sindir dan Update Kat Blog
Hari ni update blog "Hey bitch, kau ingat aku tak tahu ke kau suka kutuk aku? Ya, aku cakap pasal kau ,Nur******h. Macam lah aku tak tahu pasal kau, slut!". Then bila si Nur*******h baca, dia pun naik angin. So, dia pun buat blog khas untuk kutuk balik si perempuan tu. Then bergaduh lah dua ekor ni. Bila gaduh tu, tu satu dunia tengok. Tu belum kira dengan ayat maki-maki lagi. Bila dah di maki, maka imej blogger pun tercalar. Bila seorang tercalar, secara tak langsung semua orang yang berdiri di bawah nama blogger pun turut rasa imej yang tercalar.

It is really good kalau tak semua isu di jadikan public. Kawan jatuh tangga, tulis kat blog. Kawan maki kawan kat facebook; Printscreen and upload kat facebook. Tak pun, bila kawan ada masalah masalah dia dengan pakwe dia, korang boleh pulak citer kat blog. Mana orang tak marah kan?

So yeah, kalau boleh, jangan amalkan sikap "Sikit-sikit masukkan dalam blog"

Dan out of all, ada satu lagi reason kenapa orang ramai benci blogger. Yeah, kerana perbezaan pendapat.  Dan yang paling teruk adalah kalau ada perbezaan pendapat  terhadap politic. Bila nak luahkan pedapat, dia luahkan di blog. Then kena saman. Korang tahu tak berapa ramai blogger yang dah kena saman?

Then, kalau dah berbeza pendapat then cakap elok-elok tak apa lah juga. Tapi kalau dah emo semacam, memang cari pasal ah.



Khamis, 24 Februari 2011

Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki Ego?

Assalamualaikum


Yo. Macam biasa, setiap hari bila aku balik dari tempat praktikal yang dipenuhi dengan masalah-masalah yang tak di duga, aku akan on laptop, start online dan bukak formspring aku. Normally, satu hari akan ada sekitar 60 higga 70 soalan yang real dan beberapa spam yang menyerabutkan.

Antara soalan yang paling ramai orang tanya untuk tahun ni adalah soalan mengenai perigi mencari timba. Yes, perempuan sekarang dah gatal. Maklum lah, bilangan lelaki kan semakin... err.... priceless. Maksudnya, yeah, nilai seorang lelaki sekarang dah meningkat.

Antara jenis soalan yang ada di formspring aku adalah:

“Saya ada suka kat seorang lelaki ni. Apa yang perlu saya buat? Macam mana nak tackle hati dia?”

Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahkan perasaan dan memikat lelaki.

1. You are his type + cute + high confident.
You are cute. You are awesome. You are not cheap. You play hard to get. Not so social. Yeah, perfect package. So, mesti ada lelaki yang suka kat kau. Lelaki tu pulak asyik stalk kau. So, kalau kau pun suka dia, and then, what the hell you waiting for? Lelaki kalau dia serious suka kat kau, memang dia akan rasa malu-malu bila face to face dengan kau. Biasalah, lelaki kan pemalu. So, bila kau at this point, tak ada masalah untuk kau luah kan perasaan. Dengan kata lain, kalau kau yakin yang dia pun suka kat kau, cepat-cepat luahkan perasaan. Or else you gonna lose game.

Lelaki dan perempuan berbeza. Kalau lelaki tu tak handsome, gemuk dan bla bla sekalipun, tapi dia pandai mengayat awek, sure akan cair awek tu. Tapi kalau perempuan, once lelaki tu tak suka sebab fizikal perempuan, super susahlah perempuan tu nak tackle lelaki tu.

2. You are not desperate.
I dont know about the girls. Tapi kalau lelaki tu tak suka certain perempuan ni,  10 kali perempuan tu mengurat lelaki, 100000 kali lelaki tu akan rasa rimas. And once lelaki tu rasa rimas, there are no way lelaki tu akan suka kat perempuan tu. Okay fine mungkin ada chance. Chance tu sentiasa ada. Tapi super low. Dan itu, akan membuatkan perempuan tu nampak pathetic. And desperate.


Tapi, kalau lelaki. 10000 kali perempuan rasa rimas, 10000000000 kali lah lelaki akan terus mengurat. Lelaki akan cuba, cuba, cuba dan terus cuba sehingga dia dapat buat perempuan tu cair. Biasalah. lelaki; the most amazing creature in the world. Never give up. Ehem ehem.

**********

So, kalau anda (girls) tak ada dua benda di atas, tapi anda nak juga luahkan perasaan, then you guys are taking a big risk. 

Well, dalam seumur hidup aku, aku pernah jumpa sekali je a couple yang perempuan buat first move. Caranya, perempuan tu luahkan perasaan kat lelaki tu. Well, perempuan tu memang hot stuff ah. Dah lah hot stuff, alim pulak tu. Bak kata orang Hot and Cold. Two in one. Tu belum masuk lah perangai dia yang malu-malu dan pendiam. Cara perempuan tu tackle lelaki yang dia suka tu senang je. Dia pergi kat lelaki tu, then dengan selamba dia cakap "Saya suka awak". Di tambah dengan keberanian bak srikandi melayu dan kecomelan semasa malu-malu, perh. Cair beb.

So, dengan mudah je lelaki tu coupel dengan perempuan tu. Tapi, ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Which is giving the attribute to "Perigi tak patut mencari timba".


Aku tak pasti lah macam mana. Tapi, dari apa yang aku perasan, lelaki lebih suka perempuan yang aggressive. Serious shit, lelaki tak suka perempuan yang terlampau lemah gemalai. Terlampau lembik. Lelaki suka a girl yang boleh stand up for herself. Dan yang penting, berani melawan. Sebabnya, lelaki suka mengusik. Alah, macam cerita Korea lah. Si lelaki dan si perempuan mesti hari-hari gaduh. Tapi korang yang tonton mesti rasa romantik kan? Macam tu lah. Lagi pun, kalau susah nak mengusik, bosan ah. Dah la lelaki cepat bosan dengan seorang perempuan. Then bila lelaki mintak putus, terus kata lelaki tu player. Padahal, lelaki tu bosan je.

"Abis tu, macam mana nak tahu yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"

Actually, korang tak akan tahu. Tapi, andai kata masa bergayut pun korang berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau korang duduk berdua tanpa cakap apa pun, korang akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.

Cuba korang bayangkan. Duduk di atas bukit yang tinggi, di waktu malam sambil melihat bintang. Tak ada kata-kata yang keluar. Yang ada hanya bunyi angin dan suasana samar-samar sinar malam. Duduk di situ untuk menikmati suasana hening. Feeling beb. Korang tak pernah ke rasa macam ni? Ah korang. Tak romantik langsung.

When a girl comes and approached a boy;

“Adakah lelaki akan pandang rendah kepada perempuan yang confess kat lelaki?"

No. Why? Rujuk balik dua point di atas. And if you are wondering :

"Betul ke lelaki hanya suka perempuan cantik / lawa / comel dan kurus je?"

Well, honestly, yeah. Secara kasarnya, boleh kata 60% lelaki di dunia PREFER perempuan kurus dan ramping. Maksudnya, dieorang suka perempuan kurus. Tapi kalau dah jatuh cinta dengan perempuan chubby-chubby sikit tak ada hal. 25% lelaki di dunia memang tak akan tertarik dengan perempuan berisi. 5% lelaki suka perempuan berbadan besar / gemuk. 10% gay yang suka lelaki ada six pack. Sama seperti perempuan yang suka padang perut lelaki.

"But, the beauty is always in the eye of beholder."

Maksudnya, kau huduh macam mana pun. Kau pendek macam mana pun, mesti akan ada orang suka. Jadi, jangan la fikirkan sangat pasal cinta. What is cinta anyway?

Tengok lelaki ah. Perut buncit. Tapi awek, mak ai. Keliling perut. Yang perempuan, make up sana sini, sedut lemak sana sini, pak we tak der gak.

So, find someone you can live with. Not dying for.



Jumaat, 9 Julai 2010

Tip Untuk Elak Di Benci Masyarakat Part 2.

Assalamualaikum


Kalau korang ingat lagi pasal Cara Untuk Elak Dibenci Part 1, korang mesti ingat yang aku ada cakap pasal Alien kan. Actually, Alien tu adalah girl berbaju hitam yang dalam entri ni. Tapi kan, aku tak kenal pun dia. Dan dia masa tu tak ada blog. So aku tak tahu macam mana dia boleh ada dalam facbook aku. Alien tu dulu benci gila kat aku sebab aku cakap muka dia macam lelaki. Dia memang bengang gila-gila ah. Tapi bak kata orang tua-tua, nak benci jangan lebih-lebih. Nanti kebencian tu bertukar jadi...

And that Alien dah masuk ke kolej di Kuantan bulan 7 ni. Ehem, ehem. So, hari tu bila aku tengah borak-borak dengan dia, aku ada tercakap pasal aku nak tulis entri pasal 'apa yang para junior tak patut buat'. And you know what, bila dia dengar je aku cakap macam tu, dia terus bertukar kepada Alien then terus bebel-bebel suruh aku siapkan cepat entri tu. Aku tak tahu pun dia bebelkan apa (tak faham bahasa Alien). Tapi aku perasan yang perempuan kalau dia bebel, agak comel sebenarnya.

So, beberapa hari lepas, dia masuk la kolej dia kat Kuantan indah permai aman bahagia ni. Masa first day tu, dia ada call cakap yang dia masa tengah pack out, ada lecturer datang dan terpandang entri aku yang Cara Elak Di Benci tu sambil cakap "Interesting". So aku pun pelik macam mana lecturer tu boleh baca entri aku sedangkan Alien tu tak bawak laptop dia. And then, bila dia cakap yang dia print entri tu baru aku faham. Wait, dia print entry aku? Haha!. Gila lah terharu aku. Nak nangis dah terharu punya pasal.

So bla, bla, blah.

Dan, selepas menulis entri tu, ada beberapa lagi suggestion yang di buat oleh kawan-kawan supaya anda tidak di benci. Well, kalau korang takut di benci, takut melawan, takut fight for the truth, takut fight for your realself, korang patut teruskan membaca.
 
1. Jangan speaking (English.)



Yang ni, adalah normal bagi sesetengah melayu. Melayu tipikal. How? Sebenarnya, aku perasan yang melayu akan mark seseorang tu sebagai berlagak bila dia menggunakan English. Oh, WTF is that? Korang pergi lah mana-mana, speak english secara perfect dengan melayu lain dan secara automatik, orang akan kata anda berlagak. Ya, ya. Entah apa-apa. Pastu keluar la isu kenapa english tak penting lah, menyusahkan lah. Duh. Aku rekemen kan korang untuk terus bercakap guna English sebab english tu penting.

But still, kalau korang tak suka dan tak boleh tahan di pandang serong serta di mark macam-macam, don't English.

2. Jangan jadi penjilat lecturer.
Tak ada siapa kat dunia ni yang suka kat pengampu. Dan bila aku cakap tak ada siapa pun yang sukakan pengampu, aku maksudkan dengan lecturer sekali. Kau mungkin boleh lepak kat lecturer dan megampu dia habis-habisan. Tapi jangan ingat lecturer tu tak tahu apa-apa. Lecturer tu dah lama tahu yang kau nak mengampu dia. Dia mungkin akan bagi kau full mark dalam beberapa test. Then akan failkan kau masa final exam. Dan semua orang boleh tahu bila seseorang tu adalah pengampu bila dia asyik berkepit dengan lecturer.

And then, bila korang dari kolej dah ada sifat mengampu, tak mustahil korang akan bawak sifat tu ke bidang pekerjaan. Dalam bidang pekerjaan, tanpa colleague yang respect kat korang, you are nothing. Korang boleh mengampu boss, tapi korang tak akan ke mana. Kualiti kerja korang tetap tak akan ada. 


3. Jangan ketawa kuat-kuat di cafe.


Yang ni, terima kasih kepada pecinta Kak Ton yang bernama Zarif. Dia selalu lepak cafe (mungkin sebab untuk usha Kak Ton dari jauh), so aku rasa dia mesti menyampah tengok junior-junior gelak kuat-kuat nak-nak kalau masa gelak tu dalam mulut ada nasi then bila gelak-gelak tersembur nasik tu semua.

Secara rasionalnya, agak-agak korang kenapa ada sebilangan junior (perempuan) yang gelak macam langsuir kat tengah cafe? I dunno, mungkin dia suka dengar suara dia yang nyaring lagi mengakitkan? Atau... dia nak bagi tau semua orang yang ada seorang lelaki funny yang tengah flirting / mengurat dengan dia. YES. Yang ni, ada sorang awek tu bagi tahu. Kadang-kadang, perempuang memang malu bila tak ada orang nak flirt-flirt dengan dia. (Aku tak tau betul ke tak. Ingat aku ni perempuan?) But hey, who cares kalau ada lelaki flirt kau atau pun tak. Sebab, kalau ada yang betul-betul suka kat korang, mesti dia menyampah tengok perangai korang yang suka flirt-flirt. Actually, nak tahu tak? Lelaki memang suka cari perempuan yang tak ada pengalaman dalam percintaan. But oh well, ada ke lagi sesiapa kat sini (perempuan) yang tak pernah couple? 


4. Jangan jadi pakar agama tak bertauliah.

Seriously, semasa semester satu ada seorang budak tu kena rasuk dengan apa tah. Ya, Unikl Micet banyak hantu sebab dia di buat di tengah hutan. Dan jangan pelik kenapa sebahagian bukit tidak di buang. Dan hantu banyak kat asrama perempuan. Biasa ah, gadis-gadis micet memang cun. Don't think clear water no boyar.

Then, ada satu ketika tu, ada lah budak junior ni. Dia baru selepas ambil wuduk kan. Pastu dia masuk lah bilik dia nak pi solat. Then dia ada nampak budak senior tengah study. Pastu dengan bangganya, dia ajak semua senior kat situ untuk solat berjemaah. Pastu cakap lah pasal pahala apa jadah. Niat dia betul. Tapi cara dia salah. Dia nak tunjuk yang dia terer agama padahal dia tak. Dia ingat, dengan bilik yang sekecil tu, boleh muat ke nak solat berjemaah? Harapkan bayar RM800 sorang (4 orang x 800 = RM3200. Satu bilik beharga RM3200 untuk satu semester. Mahal tak?), tapi bilik kecik. Unikl memang cekik darah.

Satu lagi, bila buat amal lain. Contoh terbaik. Membaca Al-quran. Memang tak boleh blah kalau budak junior (atau senior pun) nak baca Al-quran kuat-kuat + lagu. Bajet nak bagi tau semua orang yang dia pandai baca. Again, cara dia betul. Tapi dia baca masa orang tengah tidur. Kuat-kuat pulak tu. Rasanya, adab membaca Al-quran ada dalam subjek Pendidikan Agama Islam semasa di Tingkatan 5. Baca balik buku form 5.

5. Jangan meminjam dengan orang lain terlampau banyak.
Nak pinjam printer, laptop etc adalah satu masalah melainkan kalau dah rapat. Sebab nak buat assignment biasanya bukan makan masa yang sekejap. So pada awal penkenalan, pinjam barang orang yang mahal seprti laptop adalah bukan satu cara yang baik. Well, tips ni, hanya untuk perempuan. Kalau lelaki, tak ada masalah sebab lelaki memang suka share. Even seluar dalam pun boleh share-share, apatah lagi laptop. Mesti korang tertanya-tanya macam mana (sebahagian) lelaki share seluar dalam eh. Meh aku cerita sikit. Korang tahu kan seluar dalam atau biasanya boxer? Contohnya, satu boxer, first yang pakai adalah tuan dia. Then bila tuan dia tanggalkan, roomate dia pula akan pakai. Tapi dia tak main pakai je. Dia akan terbalikkan seluar (depan pusingkan ke belakang - butang boxer yang sepatutnya di depan, akan jadi kat belakang). Then bila ada orang ke tiga nak pakai, dia akan terbalikkan seluar (inside out). Then bila ada orang ke empat nak pakai, yang inside out tu, akan di pusingkan belakang ke depan. Sistematik dan caring dan loving kan?

6. Pendiam, tapi berbakti.


 Aku ingat lagi masa aku semester 1. Yeah, korang tau kan aku ni pendiam. Pastu kat dalam bilik aku, ada 4 orang. Dua senior, dua junior. Tapi, sorang lagi junior tu ulang alik dari rumah, so tak duduk bilik tu sangat. So, ada tiga orang lah yang duduk bilik tu which is aku, dan dua lagi senior. Budak-budak senior tu baik. Tapi aku ni segan nak buat first move. Err, berkenalan maksud aku. Tapi aku terfikir gak la kan kot-kot aku di cop sebagai berlagak dan sombong sebab aku dalam bilik pendiam gila babi. But then i realised, kalau aku tak buat anything stupid, then it is okay, kan?

So, seperti soalan yang di tanya oleh Intan yang berbunyi "Kalau tak gedik tapi still di benci senior macam mana?" Well, aku rasa mungkin kerana perempuan tu adalah pendiam kan. Aku rasa cara yang paling baik untuk jadi pendiam tetapi tidak di cop sebagai berlagak adalah dengan berbakti sekali sekala. Contoh nya, dalam satu minggu tu, korang tak bercakap langsung dengan roomates korang yang semua senior. Mesti sebahagiannya akan cop anda sebagai bergalak kan? Well, cara nak atasi nya mudah je. Just belikan mereka Big Apple dunut bila korang ke luar bandar. Why? Sebab selepas korang belikan mereka donut tu, mereka akan kata "Dia bukan berlagak, tapi pendiam je". Seriously, aku pernah alaminya. That's why kenapa aku okay dengan roomates aku yang senior walau pun aku jarang bercakap. Then bila jumpa je, mesti dia tegur aku. Ni bukan trick untuk menipu, tapi untuk memberi tahu mereka yang korang pendiam, dan bukan berlagak.

***********************************

And hey, you guys should read this.

Oh please la. Kat university pun some people call me bitch. Okay, my good friends pun being bitchy. ;) Well, we studies, we love to laugh & people will looking at us, we still got anugerah dekan eventhough we are bitch. We don't sell our body at campus ya!. We smile to who we likes only, we love to talk and talk, we don't care what seniors said about us bcouse we are good with the seniors. Erm, seniors (female) kurang ckit, xtak tau pasal apa senior pmpuan benci kiteorg maybe kiteorg bitch kot? So? I'm a bitch. Being bitchy ni selalu jadi problem among girls you know.

1st: Being bitchy doesn't mean you are selling your body at melaka town la people. Please grow up.
2nd: Bitch can be a good description sometimes. Well, why men love bitches? HAHA. Jangan terasa.

tata! btw, mr K blog you mmg good in blogging. You born with it :)

See? She is good. Dia mampu survive the hell in college. Just like this Aminah. Who cares bila orang panggil kau biatch? Okay mungkin memang patut terasa pun sebab panggilan tu agak teruk, but, again, who cares? Kubur masing-masing bak kata Abang Syasya.

Dan yes, entri ni hanya untuk yang tak mampu untuk facing semua benda yang bitchy dan yang nak hidup dengan smooth di kolej dan low profile.

Actually, bila korang ada haters, korang patut bangga sebab ianya bermaksud samaada mereka jealous dengan korang, atau korang stood up against something. Well, both is good. So fight for it.