Khamis, 9 Ogos 2012

Apa Sebenarnya Punca Kita Dapat "Dejavu" tu?

Assalamualaikum


Hellow manusia khayalan sekalian. What's up?

Hari ni anda puasa tak? Well, ini adalah soalan yang agak rude untuk di tanya di bulan puasa. And most of us? Mesti suka tidur kan masa bulan puasa? Asal ada je sikit kelapangan, terus terlentang atas katil bawah aircond. Cukup pukul 5, terus bangun dan pergi ke bazaar Ramadhan.

Dan pernah tak masa korang bangun dari tidur yang seharian tu, korang mengalami dejavu? Well, korang tahu what the hell is dejavu? Dejavu ni macam korang re-experince semua apa yang korang pernah alami. Ianya umpama seolah-olah korang pernah berada dalam situasi yang exactly sama tapi korang tak boleh recall macam mana korang boleh pernah mengalami situasi tu.

At the first place, aku ingatkan Dejavu ni satu istilah dan kepercayaan Hindu atau budha. Iye lah. Macam "Karma" yang korang dok percayakan tu. Tapi bila aku baca lagi, baru aku perasan yang Dejavu ni sebenarnya dari perkataan Perancis yang bermaksud "Already Seen" atau dalam bahasa melayunya; Dah Pernah Lihat.


Actually lah kan, lebih dari 70% manusia kat muka bumi ni pernah mengalami dejavu. And lagi 30% tu, samaada tak ingat yang dia pernah mengalami dejavu or buat-buat lupa sebab tak nak mengaku akan kewujudan dejavu. 

Apa yang orang kata tentang Deja Vu

Roh?

Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. For example. Korang dapat masuk ke UPM. Korang excited gila. Pastu sebelum tidur tu korang berangan la pasal UPM, pasal awek cun UPM, pasal jejaka handsome UPM, pasal kelas cantik UMP dan sebagainya. And then, bila korang sampai ke UPM korang rasa macam 'Ehhh. Macam pernah nampak la tempat ni. Ehh lagi! Macam kenal la awek tu. Serious!" Even korang tak pernah lagi pergi kat tempat tu, korang dah rasa macam korang dah pernah sampai ke tempat tu.

Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan oleh imbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them.


Mainan otak.?

Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur - lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu, ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya, kemungkinan besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Ianya memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

"Saya rasa kita macam pernah jumpa sebelum ini. Adakah ini semua takdir dan dejavu?"

Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

Well, walau apa pun punca sebenar Dejavu ni, agak mustahil untuk manusia huraikan.

P/s : Sekitar 10 hari je lagi sebelum raya. Tapi masih belum pernah pergi bazaar Ramadhan.




54 ulasan:

  1. Terima kasih!
    Baru tahuuu.. haha..
    tahu perkataan dejayu bila cerita dejayu di kinabalu ada...
    tapi tak tahu apa mksd dejayu tu....

    thanks anyway.. ^^,

    BalasPadam
  2. hai saya nia from nialidia.com ni komen melalui tab je so maleh na on blog. Pada nia lah en, de javu ni mungkin someting yg perna kita mimpi tp kita ta ingat. Ada org kata, mimpi yg kita ingat waktu bgn tidur and boleh cerita2 lg adalah mimpi yg takkan jadi kenyataan tp mimpi yg kita x ingt adalah mimpi yg akn jadi kenyataan atau boleh kita panggil dejavu. Mungkin, selama ni nia anggap mcmtu je so thanks utk new infoooooo.

    BalasPadam
  3. mcm pernah baca post ni . ahhh dejavu ? haha

    BalasPadam
  4. dekat2 ending tu penah jadi


    tapi best jugak Dejavu ni..neuron otak ligat sikit

    BalasPadam
  5. Sama. Xpergi lagi ke bazar ramadhan. Teringin jugak, tapi macam.. Naahhh. Keke

    BalasPadam
  6. haha. En K.. selalu kot alami 'dejayu' ni :D.
    well. thank for the info.
    p/s: Mimpi pasal UPM 3tahun lepas. Sekarang dah 3rd belajar kat UPM.. heeh

    BalasPadam
  7. sy pnah tny ustaz sy psal dejavu and dy kata "Allah tunjuk sekali imbas psal kehidupan kita". mcm yg mr. k ckp. betul lah tu.

    BalasPadam
  8. aku rasa 30 tahun lagi kita dah ada mesin time travel. so, future us dah bosan jadi tua, so, diorang guna mesin ni untuk back to the past, and jadi diri dia yg lepas. but 99% memory dia dimasa depan hilang. thats why bila some events yang tak pernah lalui rasa macam familiar sebab the future us dah explore.


    huh, itu teori aku

    BalasPadam
  9. ke kau ada nak komen benda lain ni.. tengok Dejavu di Kinabalu ek? lol!

    ok2. dejavu ni normal. dari sudut agama kita leh amik sebagai satu peringatan.

    just in case kita terasa the "eh!" moment, anggap la tu satu kurnia untuk kita buat persediaan bersempena masa depan selepas tu - yg kita tak dapat 'eh' nye tu.

    it could be good, bleh jadi bad. so dejavu boleh dianggap pra-jangka tindakan seterusnya. bagi aku, untung laa~ ^^

    speaking of roh, aku tak nafikan. sebab sbgai muslim tentu2 kita percaya pada alam ghaib.

    dan aku tak tolak pandangan tentang kewujudan ESPer atau Extra Sensory Perception(ist). bab ruh, kuasa dan limitasi, aku tak mampu nak share byk2. ada yg lebih mengetahui.

    anyway

    bagi aku, hati dan otak ada kuasa yang paling ulung di alam sarwajagat --> imagination.

    keinginan kita terhadap sesuatu boleh buatkan ia jadi stigma, lepas tu tersimpan dlm memori-bawah-sedar kat otak kita. sampai satu masa, bila ada puing2 yg berkaitan dgn keinginan yg tersimpan tu, maka timbullah the "eh!" dan "OMG" moment.

    lepas tu kita blank, bajet2 back to the future gitu. ahaks. anyhow, itu mungkin penjelasan sains. byk lagi rahsiaNya yg memang mungkin dirahsiakan. =)

    anyway, cuma menyatakan pendapat. sori komen panjang berjela! ^^"

    BalasPadam
  10. Cikgu ada cerita, dia bagitaw, masa dulu2, ustaz dia kata, kita mengalami dejavu disebabkan masa dalam rahim ibu kita diperlihatkan dengan tayangan kita dr kecik smpai besar. Tayangan tu gambar tanpa suara cikgu kata.

    BalasPadam
  11. betoi, slaloo sangat berlaku...
    sampai kekadang tepikir macam adakah ini semua takdir, atau hanya mimpi???

    BalasPadam
  12. betul la bro..dejavu ni sgt misteri..susah nk explain bila alami..

    tp huraian kt atas ni make sense jugak lah..ke mmg ada kajian saintifik ttg ini..hmmhhh...

    aku byk kali sgt alami dejavu kdg seminggu hari2 pernah alami..penat lah..

    BalasPadam
  13. Subhanallah..Allah Maha Mengetahui kan?
    Syabas kerana masih belum ke bazar ramadhan..tak perlulah bazirkan wang ke sana Mr K

    BalasPadam
  14. slalu jgak la rsa dejavu ni, kdg2 bila berlaku sumting, rs mcm pnah blaku, n fikir, pnah tjadi ke aku pnah mimpi bnda ni terjadi.. Cmtula.. :p

    BalasPadam
  15. Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

    mohon cerita dgn lebih lanjut ttg "itu benda lain"

    BalasPadam
  16. Thanks sebab banyak kali jugak rasa de-javu ni... Sebelum ni tak pernah tahu pun term ni... hehe~~

    BalasPadam
  17. tiba2 teringat kat cerita Dejavu di Kinabalu..huhu.. btw, same lah tak pernah gi bazar lagi sbb ayh xbg bli mknan yg djual

    BalasPadam
  18. oh saya pun belum menjengah lagi ke bazar huu

    BalasPadam
  19. oh dejavu rupanya maksud tu semua.. ingatkan apa nama dia. hehehe

    BalasPadam
  20. Menarik! suka entry ni sgt2...btw yg klu kita tgh bertukang n rasa mcm ada sumthing akn jadi,,then bnda tu btol2 jadi..kamu ckp itu bukan dejavu, itu benda lain. benda apakah yg dimaksudkan itu? instinct?

    BalasPadam
  21. yg berjalan ketika tidur itu sukma, bukan roh, kalau roh, itu lah perjalanan kerohanian.

    BalasPadam
  22. aku pernah alami yg part ko ckp last skali tu..cam time tu, aku rasa aku da pernah lalui keadaan yg sma.. time tu tibe2 classmate aku dtg rmai2 lepak umah aku n msa tu aku da duk pikir da rse cam pernah berlaku keadaan ni.. n aku rse nnti ada org pecahkn gelas dkt dapur.. lpaih tuh, btul2 ada gelas pecah! >.< tu namanya dejavu gak k?

    BalasPadam
  23. its always and always happened to me.

    BalasPadam
  24. "Sekitar 10 hari je lagi sebelum raya. Tapi masih belum pernah pergi bazaar Ramadhan."

    congratulation! makan kt umah ke makan free kt msjid? or suroh adik yg g bazar?? hehe

    BalasPadam
  25. part yg bwh sekali tu : xpernah g bazaar? wow!

    BalasPadam
  26. pernah mimpi sesuatu dan benda tu betul2 happen exactly mcm dalam mimpi.. misteri allah..;)

    BalasPadam
  27. How To Think Like Mahathir oleh Dalina Ismail.. dlam buku ni ade menjelaskan tentang cara pemikiran dan potensi otak manusia.. juga ade menyentuh tentang dejavu..

    BalasPadam
  28. entah kenapa masa zaman kanak kanak dan masa sekolah dulu selalu alami deja vu.

    tapi bila dah tua bangka ni dah lama rasanya tak berlaku.
    entah kenapa.

    BalasPadam
  29. Selalu jugak alami dejavu ni.. =)

    BalasPadam
  30. Inilah yang saya cari-cari apakah yang sebenarnya yang pernah saya alami. Dejavu..terima kasih atas penerangan. Apapun saya sungguh tertarik dengan pernyataan "Pengalaman semasa di alam rahim". Ada sesiapa leh ulaskan lebih lanjut?

    BalasPadam
  31. Rugi sape x pnh ad dejavu.indah n menggamit nostalgia kot.rase mcm di awang awangan.keh3

    BalasPadam
  32. camme kalau siap tahu nama? Sy alami menda ni sejak umur belasan thn, skrg dah 3 series. Dlm fikiran sy wujud seseorang bnama Izhan, xtau camne sy tahu die 4 beradik & semua lelaki. Bygkan sejak umur belasan thn menda ni dok dlm kepala sy. Sy cube xnak ingat, tp sekali sekala "Izhan" ni akan dtg dlm mimpi. Muka of course blur. Tp kurus n tinggi mmg pasti. Sy join company skrg thn 2013. Ade 1 guy dok perhati sy selalu. Setiap kali sy tpandang die, ada rasa sakit dlm hati. Kadang jantung jd laju. Oleh sbb dah kawen sy malas layan. Sometimes kami naik 1 lif, tp this guy x penah tegur plak. Dr jauh die akan tenung tajam, bile dkt sy dpt rasa die jd serba salah @ kaku. Pelik. Smlm, sy dpt stalker FB die, jantung sy mcm nak meletup tgk nama die & die ade 3 adik lelaki. xde nama pompuan dlm list adik-beradiknye. Tp die pun dah kawen. Ade sesiapa blh tlg hilangkan tanda tanya kat hati saye? Ya Allah..camne die blh ade dlm kepala sy sejak sy umur belasan thn? Tolonglaaaaa....mlm td xleh tido.Wujudke kelahiran lps? 1 more thing, Izhan yg sy kenal tu, dlm kepala sy, die lbh tua beberapa thn. Tp tgk FB smlm die lbh mude setahun..apa yg blaku sebenarnye? Dah la mkn sy elak btembung die, mkn kerap terserempak..sy xsuke nmpk die sbb dada sy akan rasa sakit semacam...blh someone explain ape berlaku ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. might be he is your twin flame. google psal twin flame. then you get the ans

      Padam
    2. cuba rujuk darul syifa'

      Padam
  33. Kasihan nya kamu. Dpt sy rasa penderitaan kamu. Sbb nasib sy lebih kurg kamu jg.

    BalasPadam
  34. Yang dapat gambarkan peristiwa yang akan berlaku dan tu bukanlah deja vu tu apa? Kalau ada info pasal ni boleh jelaskan??

    BalasPadam
  35. Thanksgiving the good statement about devaju..l proud of this page..

    BalasPadam
  36. Adakah kita alamai dejavu ni....merupakan perkara masa depan yg akan berlaku

    BalasPadam
  37. Selalu sangar rasa dejavu kebelakangan ni. Rasa pelik dan tak macam selalu

    BalasPadam
  38. Selalu sangar rasa dejavu kebelakangan ni. Rasa pelik dan tak macam selalu

    BalasPadam
  39. Saya sebenar nya dah bnyk kli dah kna de javu ni tpi x tau ap mksodnye......thanks sbb bgitau ap mksod nya......skrg mksodnya tlah sya tahu....

    BalasPadam
  40. Kalo korg semua nk tahu...kejadian deja vu ni selalunya berlaku pada wanita...lelaki pon ad juga tapi xselalu seperti wanita...sbb tu majoriti yg komen dlm ni banyak wanita

    BalasPadam
  41. Kalo korg semua nk tahu...kejadian deja vu ni selalunya berlaku pada wanita...lelaki pon ad juga tapi xselalu seperti wanita...sbb tu majoriti yg komen dlm ni banyak wanita

    BalasPadam
  42. kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.... Ape benda lain yg kau mksd kan tu?

    BalasPadam
  43. Aku selalu mglami mcm nie.cuma aq keliru,samaada itu mimpi atau deejavu....

    BalasPadam
  44. Baru petang kelmarin kena. Bila situasi tu berlaku, terkejut jugalah. Rasa macam pernah mengalami, aku bagitahu diri aku, ikut je apa yang berlaku (dalam keadaan tu) apa yang berlaku seterusnya memang sebiji mcm apa yang pernah aku alami. Lama juga dejavu aku ni 😂😂 ke ada org lain mcm aku juga?

    BalasPadam
  45. Ade jugak orang yg penah kena ek

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.