Ahad, 12 Ogos 2012

Keluarkan Roh Dari Badan Seperti Movie Insidious

Assalamualaikum


Hellow bakal mayat dan bakal bangkai sekalian. What's up yaw?

Aku nak tanya korang something. Kenapa kanak-kanak mudah nampak makhluk halus tak seperti orang dewasa? Kenapa bila kita bermimpi kita jatuh gaung or jatuh tangga, or jatuh dari tempat tinggi, kita akan terus terjaga dari tidur? Dan soalan terakhir, kenapa most of us, ada yang kena tindih?

Pernah tak anda terfikir, kenapa kita tak boleh bergerak semasa kena tindih? Bukan je bergerak, bercakap pun tak boleh. Kalau ada orang baring atas anda, tak kan la suara tetiba hilang kan? So, apa rasionalnya bila kita "Paralyzed semasa tidur", kita kata kita kena tindih?

Pernah tak anda terfikir yang anda bukan kena tindih tapi sebenarnya, sebahagian dari roh anda dalam proses untuk masuk / keluar ke dalam badan anda? Dan itulah sebabnya anda tak boleh menggunakan jasad  anda. Dan pernah tak anda terfikir yang mahluk yang berdiri /  duduk di atas badan anda masa kena 'tindih' tu sebenarnya makhluk yang nak masuk ke dalam jasad  anda disebabkan jasad  anda  kosong? (Roh anda keluar, jasad anda umpama empty vessel). Dan tahukah anda yang roh setiap dari anda, anda, anda dan anda keluar dari badan semasa anda tidur? Dan setiap dari itu, anda ada chance untuk di rasuk hantu?



Adakah saya dah berjaya membuatkan anda rasa nak baca lagi entri ni sebab tertanya-tanya? Atau, anda akan berhenti membaca sebab takut?

Contohnya, korang balik dari kelas or kerja yang amat memenatkan. So korang pun masuk la ke bilik korang yang beraircond tu. Peh, penat-penat, berpeluh-peluh, baring pulak kat dalam bilik yang bersuhu dingin. Memang layan. Selepas tu, korang terus baring sambil pandang siling dan berangan. And then tetiba, bam, korang rasa tak sure yang korang dah lock ke belum pintu pagar luar rumah korang. So korang bangun la untuk pergi periksa. Korang intai dari tingkap tengok-tengok masih belum berkunci. So korang pergi la semula ke bilik korang untuk ambil mangga pintu. Tapi bila je korang masuk balik dalam bilik, korang nampak diri korang tengah baring. Wuuuuuuuu.

Sebenarnya, peristiwa di atas dikenali sebagai Keluar dari badan dalam bentuk 'roh'. ianya terbahagi kepada dua iaitu Astral Projection dan Out of Body Experience.

Astral Projection (AP)- Keluar dari badan dalam keadaan sedar or/and on purpose. Mostly fully roh akan keluar. Kita akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.
Out of Body Experience (OBE) - Keluar dari badan dengan keadaan tak sedar dan tidak sengaja. Mostly, sebagian dari roh yang keluar. Roh yang keluar akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.

Konsep Astral Projection adalah simple je which is untuk certain people, mereka boleh keluarkan roh mereka dengan sengaja dan berjalan-jalan dalam bentuk roh. Berjalan ke mana? Kemana-mana yang mereka suka. Tapi for most of us, kita mampu keluar kepada bentuk roh hanya bila kita dah tidur (Out of Body Experience. And most of the time, we will not even remember about it. Kalau ingat pun, kita akan sangka yang ianya satu mimpi.


Secara dasarnya, Astral Projection dan Out of Body Experience adalah perkara yang sama. Tapi yang membuatkan Astral Projection ni jadi terkenal adalah disebabkan oleh filem horror or filem hantu yang bertajuk Insidious. Hantu dalam cerita ni tak menakutkan. Tapi jalan cerita dia yang amat interesting yang membuatkan cerita ni jadi spooky gila. Dan tak lupa juga, unsur suspen pun tak sebanyak cerita Ju On. Yet, ianya amat menakutkan.Tales dari movie Insidious adalah simple. Konsep yang sama diterapkan iaitu tentang manusia yang keluar dari badan dengan bentuk roh. Cuma, yang bezanya adalah bila sesorang tu dah keluar dari jasad dia, ada makhluk halus or hantu yang akan masuk. Iye lah. Badan dah tak ada roh. Mesti la jasad kita kosong kan? So, hantu, iblis, jin dan syaitan akan ambil kesempatan untuk masuk.


Out Of Body Experience (OBE) vs Kena Tindih.
Pernah tak korang kena tindih? Actually aku tak pernah. Aku tak tahu la samaada aku tak pernah kena tindih atau aku tak ingat yang aku pernah kena tindih. Tapi seriously, secara sedarnya, aku tak pernah kena tindih. Yang aku ingat, abang aku selalu golek dan baring atas belakang aku masa aku tengah tidur. Tu cara dia kejutkan aku secara manja.

And aku pernah tanya pendapat kawan-kawan aku yang ber pengalaman kena tindih ni. Once dia kena tindih, dia akan nampak dan dengar macam-macam. Ada nampak muka ni, ada nampak muka tu. Ada dengar suara ni, ada nampak suara tu. Dan tak tekercuali, ada yang nampak diri sendiri yang tengah tidur.

Tapi korang tak pelik ke? Korang kata kau kena tindih, korang tak boleh gerakkan badan. Tapi macam mana korang boleh tengok seluruh bilik or tempat tidur korang?


Dari segi pengkajian yang unproven scientific, kena tindih juga adalah sebagian dari Out of Body Experience. Dengan kata lain, sebahagian diri anda keluar ke bentuk roh dan sebahagian lagi masih dalam badan. And thats why la korang tak boleh gerakkan langsung angota badan korang sebab sebahagian roh anda dah keluar. Dah sebab itu lah juga ada certain orang bila kena tindih, dia seolah-olah nampak makhluk lain sebab dia masuk ke alam yang... erm... yang lagi satu. Atau dikenali sebagai Alam Roh. Di alam roh, anda nampak lah makhluk halus ke, roh si mati ke apa ke. Semua boleh nampak. Anda mungkin mengalami double visual - Mata dari jasad dan mata dari roh. Tapi, anda tak boleh mengerakkan kedua-dua jasad dan roh anda pada masa yang sama kalau tengah OBE or AP.

Tanda-tanda anda dalam Astral Form.
Antara tanda-tanda yang anda dalam keadaan Astral Form adalah anda nampak diri anda yang sedang tidur. Yet, anda dapat rasanya yang itu bukan mimpi. Itu amat-amat real somehow. Tapi, dikatakan, tahap paling susah untuk capai Astral Form adalah ketika hendak keluar dari jasad kita. Dan ini akan membawak kepada rasa kena 'tindih'. So, kalau anda dah berjaya nampak diri anda tengah tidur, itu maksudnya anda dah completely in Astral Form.

Dejavu vs Astral Projection dan Out of Body Experience vs Time Traveler.
Ada yang mengatakan yang Dejavu juga berpunca dari Astral Projection. Untuk certain expert, ada yang boleh pergi ke masa depan dan ke masa lampau. Roh kita pergi ke masa depan dan lihat apa yang kita buat. Then, bila kita in real life pergi ke tempat dan masa tu, kita akan terkejut sebab kita seolah-olah pernah alami situasi tu. Then sure kita akan berkata "OMG, Dejavu!". Tapi ada dua je jenis orang yang mampu buat macam ni on purpose which is orang yang dikehendaki oleh Allah (Ahli sufi, ahli sunnah, wali, tinggi agama and etc) dan orang yang bersahabat dengan syaitan ( Bomoh, penilik nasib etc)

Kelebihan Astral Projection dan Out of Body Experience
Banyak gila kelebihannya buat menda ni. Antaranya adalah korang boleh berjalan-jalan ke mana yang korang suka. Korang boleh pergi London tonton Olimpik. Korang boleh pergi Australia tengok kangroo. Korang boleh pergi New Zealand stalk Kiwi. Anda juga boleh jumpa dengan roh-roh si mati. Selain itu, anda juga boleh nampak makhluk halus. Ianya sure fun kalau anda boleh pakat dengan kawan untuk melakukan AP dan tengok hantu ramai-ramai kan? Tak pun, terbang ramai-ramai dan sebagainya.

Dari apa yang aku baca, ramai yang tak berjaya buat Astral Projection dan Out of Body Experience ni adalah disebabkan makhluk halus. For example, aku perasan ramai orang melayu yang buat benda ni, masuk balik ke dalam badan disebabkan oleh hantu. Once roh dah nak keluar, sure akan ada hantu / roh si mati yang tertarik. Pastu hantu tu mengintai kan? And sure la kita akan takut kan? Bila kita terlampau takut, kita akan terjaga dari tidur. Sebab tu la kalau kita mimpi kita jatuh dari tempat tinggi, kita akan terserentak.

Side Info

  1. Ada certain penceritaan yang mengatakan bahawa semasa AP dan OOB, yang keluar bukannya roh tetapi Qalbun kita. Thus, teori movie Insidious adalah karut.
  2. Ada certain pendapat yang mengatakan Rasulullah, naik ke lagit dalam bentuk roh - Which is Astral Projection. But, tak ada sesiapa boleh sahihkan peristiwa ini since ianya tergolong dalam perkara ghaib.
  3. Ramai melayu dan rakyat Malaysia claimed yang mereka berjaya melakukan Astral Projection dan berjumpa dengan orang lain di alam lain yang juga boleh melakukan Astral Projection.
  4. @Adamvai (Twitter - Ghost hunter Entity666), claimed dia melakukan Astral projection hampir setiap hari untuk menjalankan kerjanya - memburu hantu. 
  5. Ramai orang-orang tua yang selalu melakukan Astral Projection ketika berzikir masa hendak tidur. Tetapi dia tak tahu yang ianya adalah Astral Projection dan real. Ramai sangka yang ianya adalah mimpi walaupun mereka rasa real. Dan bagi yang tahu, mereka memanggilnya Meraga Sukma.
  6. Buku / Hikayat penceritaan Bercakap Dengan Jin karya Tok Awang Ngah juga menceritakan tentang Meraga Sukma.
  7. Ada perubatan Islam menggunakan Meraga Sukma untuk merawat pesakit secara Perubatan Jarak Jauh.


P/S : Let me know kalau ada fakta salah. Aku sebenarnya masih baru dalam bab ni.

Aku pernah cuba buat 3 kali untuk masuk ke astral form. End up tertidur... So, kalau korang yang dah ada pengalaman, feel free to share. 



68 ulasan:

  1. Woooww! maksudnye, kalau mimpi jatuh bangunan.. ade bende tengah intai jasad kite? Ohmy. Spooking gler.

    BalasPadam
  2. selalu jadi tp xpenah rasa tindih cuma x leh gerak. sebenarnye bole gerakkan bdan tp cume otak x trima msj

    BalasPadam
  3. masalahnya camna nak buat mcm tu? jatuh dri tmpat tggi, terjaga tiba2 tu biasa sgt kena. Perasaan kena tindih pun selalu je.

    Bila aku 'kena tindih' aku cuma x boleh gerakkan badan n bersuara. tapi tak pulak nampak benda bukan2.

    tapi aku kalau mimpi selalunya sgt real.

    BalasPadam
  4. U really did a research on this? Wow!

    Fact it is, dlm dunia ni banyak benda misteri yg kdg2 x terjangkau dek akal fikiran. Kuasa Allah.

    BalasPadam
  5. phew. baca entry anda macam baca buku psikologi.hee

    btw, thanks for the info.
    sy paling selalu alami mcm tgh2 tido. tiba2 rasa badan jatuh dari tmpat tinggi. rasa badan terapung2.

    adkh itu salah satu cara roh nk keluar? or masuk?

    sbb dri sumnber mana ntah la, x berapa igt. dia ckp. kalo rasa mcam tu.sebaiknya ubah posisi tidur sbb ada benda cuba masuk ke dalam badan

    wallahuallam.
    btw, saya pun sgt tertarik bab2 dejavu and alam2 tidur2 ni.hehe

    biasalah tidur kan hobi. hehe

    BalasPadam
  6. asenye penah tp x sgj..n 4 me bnde ni mmg btul..pnh once mimpi trperangkap dlm 1 umah n dilambung2 air..takut sgt n mase 2 mmg sedar pn yg itu juz mimpi..tp x blh bgun dri tidur eventho pkse pejam mate..esoknye,xnk tdo sbb tkut trperangkap lg..huhu

    BalasPadam
  7. wow,menakutkan dan menarik pada masa yang sama.

    BalasPadam
  8. salam..
    aq x taw la betol atau x tp aq ade pengalaman mcm kena tindih..mase tu kat asrama waktu maghrib...aq tertido...pastu aq tersedar n nak bangun tp x boleh bangun..padahal aq dah tersedar..aq mcm xboleh gerakkan badan..tp yg xboleh blah mmber2 aq yg dtg nk kejutkan aq boleh lak bahan gelak...dier xtaw aq bukan maen risau lagi..haha..shial jew..pastu dah lame skit bru aq boleh gerakkan badan n then bangun..tu je la kowt pengalaman aq..

    so Mr.K adakah nie satu kes bagi AP or OOB..?
    thanx..

    BalasPadam
  9. erm, assalamualaikum Mr K..

    kalau kena tindih ni boleh jadi ditindih hantu atau makhluk lain...

    ataupun ada jin nak merogol manusia..
    pernah terbaca dalam laman web perubatan Islam...
    selalu terjadi kat anak gadis..

    banyak kes, terutama tntg jin belaan.. ataupun jin tu suka kat manusia... dia boleh jelmakan dirinya jd manusia lain.. camtulah..

    btw, banyak juga cerita dan fakta tentang tindihan nih...
    barangkali orang.. haha..

    ok Mr K.. great entry..
    keep it up..

    BalasPadam
  10. Pernah rasa satu badan paralysed time baring. Selalu jugak la. Time form4 & 5. Tapi skrg dah takde da..

    BalasPadam
  11. what do you mean kau masih baru? ini interesting ni. hmm..

    by the way.. dapat tengok alam ghaib - setakat 'sekarang' ni - bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sangat.

    i know.

    BalasPadam
  12. From Nafee.

    Maafkan saya Mr.K. Sebagai salah seorang yg ada pengalaman, sya rsa byk yg bro tulis tu salah, atau mungkin tak selari dgn apa yang saya tahu.

    Sesetengah orang mempuyai tahap kesedaran minda bawah sedar yang tinggi.... dan setiap rang mempunyai tahap yang berbeza-beza.

    Orang yang mempuyai minda bawah yang sedar yang tinggi (boleh kawal mimpi, igt mimpi dan etc)mampu melakukan astral projection tanpa bantuan jin/setan, and bkn dari golongan wali or tarekat. So, tak semestinya wali dan bomoh je boleh buat menda ni.

    Kene tindih = sleep paralysis, bkn OBE, yg kte nampak tak semestinya jin/hantu tapi selalunya hanyalah hallucination je, bayangan semata-mata.

    Lagi satu, jgn la main claim tu alam roh klau tak pasti, ada byk lagi alam yg kite tak tau.

    Klau kte kluar, benda lain masuk dlm badan kite?. Saya tak nampak kelojikian di situ. Maksud saya tak semestinya. Baca lah surah al-fatihah ke 4 kul sebelum kuar.

    Astral tu maksudnye sesat, aku dulu minat benda-benda ni, ak start dari kawal mimpi, trus ke sleep paralysis and then astral projection. Astral projection pernah jadi sekali je, selalunya tersekat kat sleep paralysis, bila nak kluar rasa macam dada kena pijak suruh masuk balek. Masa astral projection tu sempatlah round sekiling asrama, tembus dinding dengan terbang sekejap. Tapi tu jelah... malas nak explore lebih-lebih... Sekarang dah tak dapat buat dah, mungkin sebab aku dah tak sebersih dulu... makanan, fikiran, pandangan semua kena jaga... baru la tahap minda bawah sedar jadi tinggi. Tapi lpas kluar asrama keje melantak mekdonel, pegi masjid pun jarang-jarang.... aku perasan, minda bawah sedar aku aktif bila aku kat asrama dengan plkn, dimana solat berjemaah selalu, makan balanced diet etc... skrang dah msuk u memang tak lah...


    Ak tak minat astral projection... takut sesat aqeedah, ilmu tanpa guru sangat bahaya.. so aku main kwal mimpi jelah kalau boring-boring time cuti sabtu ahad. Klau dah banyak sangat kwal mimpi... akan tetap tertarik ke sleep paralysis... tapi kalau dah biasa... kena tindih tu macam takde pape, memang la kadang-kadang nampak benda pelik, tapi kool je, sebab lama-lama dapat gerak jugak or nak sambung kawal mimpi balek pun boleh.

    Dan sekrang, ak dah tak buat benda-benda ni, pada aku eloklah hidup di "dunia nyata" daripada mencari sesuatu yang tak pasti. Yang pasti menda-menda ni tak menyelesaikan masalah di dunia realiti.


    Lagi satu, jangan tetipu, percayala pada kepercayaan Islam, teguhkan iman, make sure aqeedah mantap. Banyak mahluk nak sesatkan keturunan bani adam ni... nampak roh orang mati? Kmungkinan besar tu hanyalah jin yang meyamar. Berbaliklah pada al-quran dan hadis, wallahualam.

    So... kalau saya ada salah, maafkan saya, ni hayalah pendapat dari pengalaman.... baru 18 tahun jer pun.
    .
    .
    .
    P.S. Kawal mimpi macam main gta sand andreas dengan segala cheat boleh guna.

    BalasPadam
  13. From Nafee.

    Maafkan saya Mr.K. Sebagai salah seorang yg ada pengalaman, sya rsa byk yg bro tulis tu salah, atau mungkin tak selari dgn apa yang saya tahu.

    Sesetengah orang mempuyai tahap kesedaran minda bawah sedar yang tinggi.... dan setiap rang mempunyai tahap yang berbeza-beza.

    Orang yang mempuyai minda bawah yang sedar yang tinggi (boleh kawal mimpi, igt mimpi dan etc)mampu melakukan astral projection tanpa bantuan jin/setan, and bkn dari golongan wali or tarekat. So, tak semestinya wali dan bomoh je boleh buat menda ni.

    Kene tindih = sleep paralysis, bkn OBE, yg kte nampak tak semestinya jin/hantu tapi selalunya hanyalah hallucination je, bayangan semata-mata.

    Lagi satu, jgn la main claim tu alam roh klau tak pasti, ada byk lagi alam yg kite tak tau.

    Klau kte kluar, benda lain masuk dlm badan kite?. Saya tak nampak kelojikian di situ. Maksud saya tak semestinya. Baca lah surah al-fatihah ke 4 kul sebelum kuar.

    Astral tu maksudnye sesat, aku dulu minat benda-benda ni, ak start dari kawal mimpi, trus ke sleep paralysis and then astral projection. Astral projection pernah jadi sekali je, selalunya tersekat kat sleep paralysis, bila nak kluar rasa macam dada kena pijak suruh masuk balek. Masa astral projection tu sempatlah round sekiling asrama, tembus dinding dengan terbang sekejap. Tapi tu jelah... malas nak explore lebih-lebih... Sekarang dah tak dapat buat dah, mungkin sebab aku dah tak sebersih dulu... makanan, fikiran, pandangan semua kena jaga... baru la tahap minda bawah sedar jadi tinggi. Tapi lpas kluar asrama keje melantak mekdonel, pegi masjid pun jarang-jarang.... aku perasan, minda bawah sedar aku aktif bila aku kat asrama dengan plkn, dimana solat berjemaah selalu, makan balanced diet etc... skrang dah msuk u memang tak lah...


    Ak tak minat astral projection... takut sesat aqeedah, ilmu tanpa guru sangat bahaya.. so aku main kwal mimpi jelah kalau boring-boring time cuti sabtu ahad. Klau dah banyak sangat kwal mimpi... akan tetap tertarik ke sleep paralysis... tapi kalau dah biasa... kena tindih tu macam takde pape, memang la kadang-kadang nampak benda pelik, tapi kool je, sebab lama-lama dapat gerak jugak or nak sambung kawal mimpi balek pun boleh.

    Dan sekrang, ak dah tak buat benda-benda ni, pada aku eloklah hidup di "dunia nyata" daripada mencari sesuatu yang tak pasti. Yang pasti menda-menda ni tak menyelesaikan masalah di dunia realiti.


    Lagi satu, jangan tetipu, percayala pada kepercayaan Islam, teguhkan iman, make sure aqeedah mantap. Banyak mahluk nak sesatkan keturunan bani adam ni... nampak roh orang mati? Kmungkinan besar tu hanyalah jin yang meyamar. Berbaliklah pada al-quran dan hadis, wallahualam.

    So... kalau saya ada salah, maafkan saya, ni hayalah pendapat dari pengalaman.... baru 18 tahun jer pun.
    .
    .
    .
    P.S. Kawal mimpi macam main gta sand andreas dengan segala cheat boleh guna.

    BalasPadam
  14. Pernah mimpi jumpe hantu yg menakutkan.dia mcm duduk atas siling mcm cite insidiuos tu.then bile takut sgt,trus tejage.pastu pegi bilik mak nanges2.pastu ayah pujuk suh tido balik, tapi still nanges2 lagi terigt kan hantu2 tu.

    But then, tu sume mase saye kecik. :)

    BalasPadam
  15. at first ta nak baca sebb cam menakutkan, tp pernah gak kena tindih2 ni, start form 1 tp skang dah jarang kena, well-bila da baca ni, cam tau gaklah pe benda nya yg tertindih, ditindih, OBE, AP segala.

    nice entry. Oh, dan saya listkan blog ni dalam blog roll aug-sept. Thanks

    BalasPadam
  16. fuyyo! superb giler penerangan.. walaupun ada kajian yang tak dirasmikan, still macam logik bunyi dia..

    BalasPadam
  17. Menarik. Tapi mcm takut je baca pasal ni..

    BalasPadam
  18. aku pernah terbaca dalam 9gag pasal lucid dreaming.
    adakah LD sama dengan astral projection.

    aku tak pernah kena tindih.

    by the way.
    thanks sebab share.

    BalasPadam
  19. Aku pernah je kena tindih. Selalu jugak dulu. Aku selalu rasa berat, sesak dan tak boleh bercakap. Mata aku tertutup tapi aku boleh nampak keadaan dalam bilik aku.

    BalasPadam
  20. pernah dan salu kena tindih sampai saat ni. dan pengalaman pertama aku.. dengar sora ape tah kat telinga aku. nasib baik la aku tak nampak muke die. fuh.. =_=

    BalasPadam
  21. insidious tu aku tengok sebelum kua kat wayang lagi. biaselah, download secare harom. Bile kawan aku nak tengok kat wayang, berkobar-kobar aku kate cite tu ade hantu/jin betul. =.=

    BalasPadam
  22. Kalau mimpi pergi toilet and terkencing?? real kot masuk toilet siap kunci pintu semua.

    BalasPadam
  23. Sonok baca komen Nafee. Btw, sy dulu pun masa time sekolah selalu dapat kawal mimpi.Seronok je bila kita mampu kawal N berfikir semasa bermimpi. Plg best selalu dpt berlari atas udara. Tp terfikir gak nape bila dh besar camni dh xdpt nk kawal mimpi ag, mungkin mcm yg Nafee ckap..faktor pemakanan, hati yg dh xbape bersih, etc.

    BalasPadam
  24. Me : fizah

    Kawal mimpi? Can someone explain to me? Cane nak kawal mimpi? First time dgr bole kawal mimpi.

    So, mcm mane plak org yg kene rasuk? Let's say ade jin dalam badan tu, jd mane roh asal bdn tu pergi?

    Byk jugak persoalan pasal ni.Mr.K jwb bole atau sape2 je laa. Thanks :)

    BalasPadam
  25. penah try lucid dreaming sekali.

    pertama dan kali terakhir.

    tak berani buat dah, damn -__-

    BalasPadam
  26. Mr K cuba search for lucid dreaming. Lagi detail

    BalasPadam
  27. astral form nie sama dengan minda bawah sedar ke?

    BalasPadam
  28. Hakim

    Ape yg nafee cakap tu btol kot. Aku mase zaman2 skolah menengah, mmg bole kontrol mimpi, siap bole balik ke zaman kanank2 lagi. aku ingt lagi, aku balik ke zaman kanak2, settlekan masalah dgn 'bnde' yg aku x sengaje kacau dia mase aku main kat kawasan semak. sbb mase kat skolah menengah dulu, aku skolah asrama lelaki, so mmg wajib berjemaah 5 waktu. puasa sunat,mathurat, tilawah sume.

    and then pengalaman yg paling menakutkan, mase tu aku tdo kat surau sekolah. then aku perasan ade bnde tarik 'roh' aku kot. aku di bawak lari jauh. siap nmpak lagi macam aku ditarik dengan laju. vision mase tu, aku nmpak jalan tar, lpas tu brubah ke jalan berpasir lak. tp aku lawan. then, mase tu nmpak dimension brtukar, aku nmpak background checker board. tu x leh bla. ade org kate bile nmpak sekeliling cam checker board, tu perantaraan ke dunia lain. x tau la btol ke x. pastu, aku da nmpak bnde yg nk tarik aku tu. aku siap ugut dia lagi ckap aku bace ayat kursi kalau dia x blah. then aku bace, nmpak real dia meraung sakit. then aku nmpak dia berdiri kat depab aku, pastu dia hilang. tu last la pengalaman, sbb lpas da masuk u, da jadi hmpeh, spiritual da x kuat. so da x experienced bnde2 ni.

    BalasPadam
  29. Aku tak pernah kene tindih masa tidur. Teringin gak nak kene tindih oleh someone. Aww2~ eh? apa kaitan komen ni dengan entri?

    Btw, caner ko buat astral projection tuh? ada step by step prosedur x? wakakakakakak. xD

    BalasPadam
  30. Rafiq

    To nafee n hakim, aku baca artikel omputih pasal keupayaan dorg tentang astral projection/kawal mimpi, n they dont have to be that spiritual to make it happen. Izzit to be spiritual is one of the criteria to have a lucid dream/astral projection? For non-muslim? Correct me if im wrong. Thx.

    BalasPadam
  31. tp kn mr k, mcm mna plak dgn istilah 'mimpi neh kn hanya mainan setan?'
    konpius sikit.

    BalasPadam
  32. From Nafee

    Bila baca komen hakim teringat pulak experience aku dulu, bila time tegah sleep paralysis(kene tindih), ada lembaga lutsinar samar-samar, aku nampak tangan dye je cbe tarik tangan aku keluar. Aku cuba jerit suara aku tersekat, aku cuba lawan tangan tu... tapi tangan lutsinar tu kuat sangat, aku tak mampu. Nasib baik ada sorang kawan masuk bilik, then tangan lutsinar tu belah and aku boleh gerak balek. Pengalaman beb.


    To Rafiq, setahu aku astral projection memerlukan subconscious mind. Tapi subconscious mind sangat berkait dengan spiritual walaupun tak semestinya. Aku perasan bila spritual aku tinggi, level subconscious mind aku pun tinggi.

    Astral projection lagi banyak diajar dalam agama hindu... dan buddha untuk jumpe tuhan2 dorang. Setahu aku dalam agama buddha pun dorang kena jaga jugak jaga pemakanan n spritual semua...

    Dalam islam lebih kepada amalan tarekat yang aku tak berapa jelas. Imam hassan al banna memerangi tarekat batin 'setahu aku'. Dalam banyak-banyak tarekat banyak jugak tarekat yang sesat. Namun kita tak boleh nak cakap semua tarekat sesat sebab pengasasnya merupakan ahli-ahli sufi. Mungkin pengikutnya yang tesesat dan meyesatkan ajaran gurunya. Sebabtula kena carik guru yang mutabar kalau betol2 nak belajar tarekat.

    Orang belajar silat pergi hutan untuk betapa tu nak capai astral projection la untuk belajar silat batin. Bukan silat je, dalam kungfu, karate, muay thai pun ada batin dia jugak tau. Dorang pun betapa jugak kalau nak ilmu batin ni.

    Sesetengah bomoh pun pakai astral projection untuk ilmu hitam dia. Aku tak banyak tahu pasal ni.

    Astral = sesat.
    Bagi aku ada banyak lagi tak baik dari baik kat sana. (walhal aku sendiri tak tau mane)

    Kalau korang jenis penakut baik jagan buat. Aku bukan mencabar tapi bagi nasihat. Serius ni.

    Aku nak cakap terang-terang kalau ada yang salah, aku mintak maaf awal2, segala yang aku cakap ni berdasarkan pengatahuan aku sahaja. Jangan takrifkan semuanya betul, buatla kajian sendiri kalau betol-betol berminat. Make sure jangan sesat... aqeedah beb... aqeedah.


    Hidup la di dunia realiti dari mencari sesuatu yang tak pasti, dari carik benda2 ni, barik carik akhirat tambah-tambah bulan ramadhan. Daripada aku komen panjang2 ni baik aku pergi study...


    Sekian.

    BalasPadam
  33. bagi aku, ditindih hantu itu adalah sleep paralyses, dan hantu yg datang tu adalah halucination.

    dulu aku dah tengok cerita pasal ni semua dalam Discovery and Natgeo..


    aku pun ada baca pasal ni kat readers digest. dan bagi aku semua ini adalah permainan mental, chemical dalam otak, halucination dan segala macam saintifik.


    kerana dunia ghaib dan roh itu adalah rahsia Tuhan yang tuhan janji manusia tidak akan paham walau sedikit pun.

    BalasPadam
  34. salam, aku baru je disuruh kawan aku melawat blog ni, awesome gak eh..bagus2 .. apa2 pon aku setuju ngn salah sorang hamba allah ni yg mengatakan kita xtahu bpe byk alam ada di dunia ini.Dan jgn senang sgt bwt spekulasi berdasarkan kajian manusia yg xsempurna . Dan aku pon berpengalaman kena tindih . yg aku ingt masa darjah 5 atau 6, aku kena tindih berkali2 gak (xingt) sbb yg dpt aku kesan.. aku xbasuh pad. sorry bg sesiapa yg segan dgn istilah tu ok. Dsbbkan aku baligh awal,aku xtahu sgt apa yg aku perlu bwt dgn "benda" tu, sbb tu aku xbasuh.aku biarkan selama 2 bln lg then bakar. Lps masuk skolah menengah,ilmu pon dh meningkat sikit,baru kenal google, aku pon bwt research sket, dan alhamdulillah dah tahu sgl benda yg aku ptt buat utk hindari gejala tindih ni.Masa aku darjah 5 tu,aku mmg slalu sgt kena tindih dan xphm pon aku kena tindih. ya, mcm pengalaman semua org, rsa badan berat,xleh bergerak, nk jerit xbleh, yg hanya aku mmpu bwt menangis, yelah kan baru darjah 5 cmtu, mentaliti pon sempit lg.byk kali taw, bkn malam je, lwt2 ptg pon sme.So dah dewasa ni, aku tahu serba sedikit nk hindar, salah satu cara mcm hamba allah ckp tadi baca 4 qul, dan aku slalu amalkan ayt penghalau syaitan dan jin..*google cr* dan. aku xpernah miss bc ayat kursi dan sapukan di seluruh badan dan kalau aku still risau aku akn hembuskan d 4 penjuru sekeliling dan tidur, xtahu la kaedah 4 penjuru dr mana, aku dpt dr kawan yg pernah kena tindih gak,katanya,dpt memelihara jasad ketika tidur. so apa yg aku tahu psl tindih ni , kemungkinan la dsbbkan makhluk lain d atas badan.Kata seorg pakar pgmal perubatan ghaib ni ustaz *xingt nama* , knp badan ditindih? kerana pd siang harinya sewaktu kita mngalkan tmpt tidur kita, makhluk lain akan menumpang sekejap di katil trsebut (istilah rnr diguna ustaz^^) . Then, pd mlm hari kita akan pegi semula tidur dan apbl slps tidur (dikala roh dh keluar jasad) , kita akan ditindih dgn makhluk td yg menumpang katil kita . Ustaz ckp,kdg2 bkn ditindih scr sengaja sbb makhluk tersebut dtg balik ke tmpt tidurnya tadi utk ber-rnr lg . Di situ Ustaz ada bg tips, sblm tidur eloklah menterbalikkan bntal kita ke satu lg side. Spy apbl makhluk td dtg, dia akn sedar ada perubahan d tmpt tidur,dan xberminat utk tidur bersama kita ..wallahualam. *Ustaz bg tips, ikut je la, insyaalllah mmbantu. Lagi satu jgn tidur meniarap .Sbb makhluk trsebut suka bertenggek dan berpaut di blkg bdn *sudah sifat mereka suka berpaut d badan manusia . wallahualam. apa2 pon.bykkan bc al-quran ,mntk doa kpd Allah spy dijauhkan dari alam ghaib yg melemahkan smgt manusia ni. Correct me if im wrong, sy hanya share berdasarkan pengalaman.Ok slmt Berpuasa ;)

    BalasPadam
  35. Selalu jadi dekat aku. Benda nih first jadi waktu aku form 5. mula-mula memang selalu tersentak sebab takut. Tapi sekarang dah biasa. Kadang-kadang boleh plan nak gi mana. Hahah sumpah tak tipu.

    Susah nak cakap dekat orang yang tak pernah alami benda nih. dah berubat dengan ustaz tapi tidur tetap macam nih jugak. Tak lena. Baru pejam kan mata, tiba-tiba dah nampak diri kita tengah tidur nyenyak. lepas tuh kita jalan2 satu rumah. and aku siap boleh bersembang-sembang dengan roh yg lain which is dengan roh mak aku. padahal aku sendiri nampak mak aku tengah tidur. susah la nak explain. aku pun tak tau nak cakap macam mana. bila aku cerita dekat orang tak ramai yang percaya. so simpan sorang-sorang je la. haha.

    BalasPadam
  36. tq sbb pos ni...
    aku slalu wondering sbb aku slalu sgt kene tindih....
    almost every nite..but mine is not like normal mmg xmasuk akal.. tp ade sekali aku ade kene tindih n rase mcm org mandikan aku..which aku igt aku dah mati..
    aku kdg2 rase cm nak jumpe ustaz or berubat sbb jd tkt nak tdo...tp parents aku xcaye sgt bende2 ni..dye ckp illusion or pnt sgt...

    tp org urut kakak aku bersalin ade tanye aku slalu kene tindih eh mlm2...dye ckp mandi air limau tgh2 mlm sblm tdo n bace surah ape tah xigt...

    but hari 2 aku ade bace kat diari muslimah( u know diari yg ade tulis pasal islamic thing 2)...dia ade ckp jin boleh jatuh cinta ngan manusia..n that jin boleh bwt bende x sepatutnye time kte kene tindih...even worse that girl mungkin dah xde perasan lgsung kat manusia yg laki..n care nak elak is seingat aku of coz bykkan ibadat, slalu dgr ayat al-quran...n mandi dgn sgt2 kerap..aku even tdo pasang ayat quran n amalkan manzil(tp kene yakin ngan ALLAH 100%)..

    n siesly it works...=)
    tp kdg2 aku leke aku kene lg...huhu...

    BalasPadam
  37. aku selalu je kena 'sleep paralysis'... first time kena, aku dengar bunyi macam plastik kena renyuk kuat sangat dekat telinga. lepas tu macam ada cahaya putih yang terang sangat even aku tak bukak mata. badan memang tak boleh gerak langsung. creepy gila.

    BalasPadam
  38. Pernah ada kawan yang gifted. Aku taktau dia buat macam mana tapi dia selalu cerita dia suka pegi jalan2 tengok aku dan kawan-kawan aku tengah buat apa waktu tersebut. Dan mula2 ingat dia kelentong je. Tapi pernah sekali tengah text dengan dia, aku buat muka menyampah dengan dia, dia komplen jangan buat muka macam tu sbb buruk ==' Sumpah terkejut.

    Dan dia tak pernah datang rumah, tapi dia boleh cerita dengan detail sususan dalam bilik aku macam mana. Tapi aku tak pasti la ada kaitan tak dengan AP, OBE semua ni sebab kawan aku ni memang betul2 gifted. Dulu aku fikir mungkin sebab Allah nak bukak hijab mata dia, tu yang dia boleh tengok benda pelik2 (melawat tempat2 yang dia nak, baca apa yang orang fikir, dan nampak apa yang tak sepatutnya) .

    Wallahualam. Sekadar berkongsi pengalaman.

    -NS-

    BalasPadam
  39. Mr.K belajar meraga ke?? hihi.... hati hati meraga.. kadang2 yg meraga bukan kita... tp mata nye saja yg di bawa oleh *** :)

    BalasPadam
  40. Salam Mr.K,

    Seriously this is interesting reading. Been awhile. Kudos.

    Regarding about my experience wise, aku tertarik dengan Nafee punya teori. Aku tak pasti about others, tapi macam nafee cakap once a while, bila aku tidur dan sometimes aku boleh kawal mimpi aku tu, ie; boleh kawal plot dan background serta tutur kata character dalam mimpi aku seperti yang aku nak.

    is this the same dengan lucid dreaming? atau AP dan OBE? interestingly, sebelum aku boleh kawal mimpi aku tu, usually aku akan ada mimpi ngeri, macam dikejar oleh hantu, atau aku tengah berlari dari something yang menakutkan. kadang-kadang time aku tengah berlari tu, ada orang lain yang ikut berlari dengan aku. kemudian aku terjaga, (tapi separa sedar) - macam yang mr.K tulis, aku boleh nampak surrounding dan tahu aku tengah mimpi tapi aku tak boleh buat apa-apa, and then aku sambung tidor atau mimpi balik, dan time tu aku boleh kontrol mimpi aku ikut kehendak aku, dan macam a few other yang dah komen kat sini; aku boleh pergi masa silam.

    tapi seriously benda ni interesting, sebab aku selalu kawal mimpi aku, tapi tak tahu plak ada berkait dengan semua benda spiritual ni.

    BalasPadam
  41. oh btw, aku tak pernah kena tindih. dan seingat memori aku lah, sometimes bila aku tengah kawal mimpi aku, aku boleh dengar/atau lihat keadaan sekeliling dalam separa sedar.

    tapi satu je down side pasal kawal mimpi yang aku perasan. sebab aku dah terbiasa buat dan kawal mimpi aku (kebanyakkan mimpi yang aku kawal, involve pasal adventure dekat tempat yang aku tak pernah pergi; ie; macam dalam game resident evil. aku bertarung dengan zombie) aku jadi malas nak bangun dan semacam nak terus mimpi.

    BalasPadam
  42. dulu, kat rumah sewa lama,

    waktu malam-dinihari aku pernah baring-baring sambil pejam mata dekat bawah alang tiang tengah rumah,

    beberapa minit lepas tu . . . . tiba-tiba aku nampak ada objek sfera-bulat warna hitam menembusi masuk pintu rumah dari luar, . . aku terus meraung-raung menjerit, . . . .

    tiba tiba kawan aku datang kejut aku, rupa-rupanya time tu aku dah tidur, tapi aku tak perasan aku tengah tidur, . . . .

    dia kata baru je beberapa minit lepas aku tido aku mengigau, . . . aku tak tau aku tengah tido semasa aku lihat bende bulat hitam menembusi pintu tu, . . . . . . . . sebab aku lihat keadaan sekeliling aku dalam mimpi aku tu adalah memang keadaan rumah yang sama macam sebelum aku tidur, . . . .

    aku cerita kat kawan aku, diorang cakap aku berhalusinansi, . . . mainan fikiran aku, tapi sebenarnye, . . . diorang sendiri pun tak pasti apakah yg berlaku kat aku, . . . sebab aku sendiri pun tak tahu apa yg berlaku kat sebenarnya mimpi ke, . . . apa ke, . . . . yang pasti, . . . aku memang takut dan terseksa sebab mimpi yg macam bukan mimpi tu bukan sekali, . . . . yang pasti aku memang terseksa dengan keadaan tu, . . . . . sampaikan kehidupan aku jadi seorang yang pendiam dan sentiasa tidak stabil pemikiran terganggu, . . .

    dan boleh tak ko terangkan tentang mimpi di dalam mimpi ? atau mimpi berlapis-lapis ?

    terima kasih berkongsi ilmu, . . . respek ko . . . .

    blog budak misteri melawat lorong tepian sawah

    BalasPadam
  43. YA ALLAH... bagus betul artikel nihh da lama saya cari.... sbb sya manusia kerap kene tindih... biler bace...entry pasal tajuk ni... banyak persamaan dgn pengalaman diri.... tapi rasa kene tindih.. mmg agak melemaskan.... kene ada sumone yg kejutkan dari tidor... kalu x bertarungla kau sowrg2 nak fight situation.... tuhh....

    BalasPadam
  44. Ha sama la kite. Nak buat AP, tidur jadinya. bangun pagi rasa frust. HAHA

    BalasPadam
  45. aku sampai sekarang masih kena sleep paralysis(kena tindih) kalau tidur.. trutamanya bila stress.. mmg tak bleh bla la perasaan dia.. macam2 nampak.. tapi yg bestnya kdg2 masuk astral projection.. time tu la paling best sbb dah bleh kawal mimpi.. tapi AP ni jarang gila berlaku kat aku.. kena tindih lagi banyak kot dpd masuk AP..

    BalasPadam
  46. camne korang buat astral form ? aku kena tindih tak pernah tapi tindih orang selalu...kih kih kih...

    BalasPadam
  47. korang, aku nak minta pendapat tentang mimpi aku ni, . . . . . mimpi di dalam mimpi, . . . bangun tidur tetapi masih di dalam another mimpi, . . . .

    meh tengok, . .
    mimpi ngeri yang nyata Kisah Benar Seorang Pemuda

    BalasPadam
  48. aku tau sleep paralyse
    astral tu bukan kita kawal mimpi ke? macam still waras walaupun mimpi.

    BalasPadam
  49. since umo 8 aku dah terbiasa kena hempap dejavu bla bla..mcm2 dah jumpa nk berubat yelah masa tu budak kecik kan org tua yg jaga plak standard kampung so bomoh hanya menyesatkan..

    bila dah dewasa benda yg sama berlaku so kesimpulannya sume org ada bahagian masing2..utk aku..juz let it be..if korang obses pasal benda ghaib ni boleh jadi giler..

    let it be
    let it go
    let it happen naturally..

    juz be strong

    BalasPadam
  50. Yes, aku pn pnah try bnde ni...
    N bg aku pulak bnde ni ade 2 keadaan:

    - Astral Projection which means anda keluarkan sukma anda dalam keadaan sedar.
    - OBE which means anda keluarkan sukma anda dalam keadaan tidak sedar.

    Berkenaan dgn mengawal mimpi atau lebih dikenali sbgai Lucid Dreaming ialah dimana anda mampu mengawal apa yang anda inginkan dalam mimpi anda, termasuklah lokasi dimana anda ingin berada ketika dalam mimpi, dgn siapa n ape yg korang nk buat dlm mimpi Utk lebih jelas korang leh tgk cter Vanilla Sky lakonan Tom Cruise.

    N bg aku sblom melakukan Astral Projection, korang lebih baik bermula dgn Lucid Dreaming, after that OBE and lastly bru Astral Projection. Ini utk korang membiasekan keadaan klau2 trjumpe bnde2 pelik or mngalami ssuatu yg korang tk prnah rse smase korang dlm keadaan sedar.

    Semasa korang melalui proses Lucid Dreaming, ape yg korang lalui msih berada dlm "dunia mimpi". Which is dunia khayalan. But in OBE n Astral Projection, ape yg korang alami adalah dalam dunia nyata (REAL LIFE). N korang tk leh control pe yg korang nk mcm korang dalam Lucid Dream.

    Akhir kata, klau nk try bnde2 ni ade risikonya, bg yg bru nk try elok klau korang mntk nsihat org yg lbih arif dlu dalam bidang ni. Sbb bnde2 mcm ni boleh memesongkan akidah. N lagi satu aku nk kongsi, kita ni dduk di nusantara, dimana org2 nusantara ni dh biase dgn bnde2 mistik ni n tk kurang juga yg "berilmu" dlm bidang ni. Jgn sampai sukma korang "diikat" oleh mereka2 yg "berilmu" ni. Terseksa jasad korang nnt.

    Orite, sudah cukup sudah, cukup smpai disini saja. Klau ade yg nk berkongsi pendapat, nk mmbntangkan hsil kjian msing2 or brkongsi pngalaman leh sms aku 013 339 5929. Lg best klau leh lpak mnum skali.

    BalasPadam
  51. aq pnah jgk kwal mpi ni...mpi g australia..haha gla apa dlm mpi 2 siap npk bga y nkl layu..p bli keychain tgk bruang y kcik 2 sgla bgai..n its real.hahaha..

    BalasPadam
  52. Saya sering mengalami perkara seperti ini jatuh dari bangunan tinggi terus terjaga rasa macam kena betul2 laa. Saya juga baru jee mimpi kena tembak. Lepas tuu sy terjaga rsa mcm ada angin msuk dalam badan haha. Dejavu pon sama. Selalu sangat. Sampai adee satu saat sy dah pegi tempat niee. Sy pernah nampak org nie lelaki niee. Tapi terima kasih pasal research awak. Saya dh tauu kenapa. Menarik sangat!

    BalasPadam
  53. nak astral project semasa sleep paralysis senang jer. Semasa "kena tindih" tu be cool and relax..tutup mata niat dalam hati untuk astral projection. welcome

    BalasPadam
  54. A'kum...menarik sungguh penerangan, benar sye pernah alami dejavu, tidur kene tindih dan melihat sendri rupa diri semasa tidur (kene slalu amalkan zikir sampai terlelap)

    BalasPadam
  55. Saya dan keluarga saya pulangkan semua kepunyaan kamu selama lamanya

    BalasPadam
  56. Rasanya x lah susah sangat nk kawal mimpi nih. Lagipun mimpi ni dunia khayalan kita. Nak buat apa2 pun boleh. Tapi nk dpat dunia tu bukan senang. Nak kawal die cuma kite kene bagi arahan. Jngn takut atau emosi. Khayalan tu dicipta hanya dri apa yg kita pernah lihat atau rasa. Nmpak mnde baru tu bukan nama mimpi dah.

    BalasPadam
  57. saya dan keluarga mengambil yang haq sahaja yang bathil kami pulangkan kembali pada pembaca pembaca dan tuan blog dulu kini dan selamanya

    BalasPadam
  58. baru baru ni pernah tidur sebab penat study lepastu bangun nak sambung study tapi terperasan yang tangan saya tak bergerak tapi saya tengah gerakkan tangan nak amik buku. lepastu ternampak diri sendiri tengah tidur lagi then saya takut sebab ingatkan dah mati pastu try baring balik then bangun semula fuh

    BalasPadam
  59. Sleep paralysed and nampak lembaga hitam cuba rasuk kita?

    Actually jawapan anda salah...sleep paralyed terjadi didalam mimpi..so mimpi korang seakan ii di dalam bilik sendiri...dan ternampak hantu...sebenarnya hantu tu adalah halusinasi ataupun hynogogic yang terhasil oleh otak bawah sedar korang dan tak pernah lagi kes lembaga hitam cuba rasuk korang ketika sleep paralysed...

    Apa perlu buat bila terkena sleep paralysed dan munculnya lembaga hitam?
    -Anda perlu tutup mata dan bertenang..jangan risau lembaga tu takkan bunuh korang sebab tak pernah lagi sejarah lembaga hitam bunuh orang ketika sleep paralysed sebab masa tu kitakan dalam mimpi...haha

    Takkan sleep paralysed hanya boleh astral project je?

    No!...ketika korang telah mengalami sleep paralysed korang sebenarnya telah berada di dunia mimpi jadi korang boleh tukar mimpi tu kepada LUCID DREAM!..caranya...when korang kena sleep paralysed korang just perlu tenang dan tutup mata..dan bayangkan tempat diinginkan,dan rasakan diri korang ada dekat sana dari membayangkan tangan,kaki,belakang badan dan jangan lupa 5 deria kita

    BalasPadam
  60. Klo pengalaman oobe,lucid dream tu xda ..tp kalo pengalaman kena himpit tu ada ...bole dikatakan seminggu 2x,lepastu senyap kejap lepastu DTG balik ...paling xtahan 1 mlm Smpai 3,4 kali kena himpit ..bersambung2 Smpai ke subuh ..start kena himpit Time skola menengah ,aku form 2 dok asrama .first Time kena masa tu telinga aku berdesing pstu mata tiba2 mengantuk ,nak bergerak xbole,tp mata bole buka sikit ..nmpk lh dorm aku tu terang lg ,dgn bunyi bising nya.aku punya lh takut Smpai nk ngis,nk pgil kawan sebelah xbole sebab nk jerit xkluar sore .mulut pon dah mcm kena gam.baca ayat kursi n surah lazim Smpai tersasul2 .last2 aku paksa kn dari aku sebut allahhuakhbar walaupun ...yg dapat sebut Barr ujung je .punya lh payah aku nk keluarkan perkataan tu.mmg takut giler Time tu .bila dah terjaga rupanya sunyi sepi .dorm yg terang td dh gelap..start dari situ lh aku salu kena himpit Smpai lh skg ..dah MCM2 aku nmpk n rasa.rasa nak tercabut nyawa ni pon ada .kadang2 ko tido ramai2 sekatil dgn kwn tp bile kena himpit ko mesti akan rasa ko sorg2.bukan xbaca doa Time nak tido siap ambik wuduk lg tp kena himpit jgk ...tp nak buat macam mana ..klo ini adalah ujian Allah KPD hambanya aku redha .

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.