Sabtu, 18 Februari 2012

Cara Berkawan Dengan Lelaki dan Stay in Friend-Zone

Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis yang selalu kena backstab dengan BFFs sekalian. What's up?

Ada tak girls kat sini yang suka berkawan dengan lelaki instead of berkawan dengan kaum sejenis korang? Well yeah, macam yang aku selalu katakan, selain suka bermake up tebal-tebal, perempuan juga suka tikam belakang kawan sendiri kan? Setakat talam dua muka, rampas bakal tunang kawan dan bocorkan rahsia tu perkara biasa la ye tak?

Honestly, aku tahu ramai je perempuan yang tak suka berkawan dengan perempuan. But then, kalau dieorang tak berkawan dengan perempuan, dieorang nak berkawan dengan siapa lagi kalau bukan lelaki? Tapi.... masalahnya di sini adalah, lelaki ni spesis yang mudah perasan doe. Asal ada perempuan yang macam rapat sikit je, terus kembang hidung cakap "Aku rasa awek ni suka aku lah". Pastu mula la ajak kuar, usha-usha and then last-last

Ianya normal. Normal sampaikan aku pun dulu-dulu rasa macam tu. Tapi then, bila aku baru sedar diri yang aku ni tak handsome, baru la aku tahu yang girls tu just nak berkawan. Wuwu. Forever alone doe. Dan bukan aku yang tak handsome ni je yang mudah perasan. Lelaki yang perasan handsome pun mudah syok sendiri dan perasan konon perempuan tu suka dia.    



And, perkara-perkara macam ini lah yang leads kepada satu persoalan yang aku dapat di Formspring aku. Persoalannya berbunyi.

Abang Kay Abang Kay. Hyeee :D. Abang Kay tawu tak macam manew nak berkawan dengan lelaki tanpa buat dye salah faham kat titew? Titew nak kawan jew dengan diyew. Nak borak-borak. Nak lepak-lepak sebagai kawan jeww. Tak nak lelebih. Tak nak fefeeling. Macam mana yekk :(

Aku tak sure siapa yang tanya soalan ni. Tapi memandangkan yang aku ni baik lagi baik, maka aku akan bagi tahu korang macam mana nak kurangkan kemungkinan yang si lelaki tu akan tersalah anggap kat korang punya kindness.

Love the Octopus.
Who doesnt love the octopus?! Well, im talking about the sotong. Okay fine. Agak rude disitu. Perkataan yang agak lembut disini adalah lelaki lembut. In fact, aku dulu masa sekolah menengah, salah seorang kawan baik aku adalah lelaki yang agak lembut. Aku ulang, kawan lelaki aku tu lembut je tau. Bukan gay. Jangan salah faham antara lembut dan gay okay. Orang tough dan nampak lurus macam Aaron Aziz pun tak mustahil gay. Tapi tak di nafikan, lelaki lembut yang bermake up make up mostly adalah gay. No offense.

Dan pernah tak korang perasan yang lelaki lembut ni, mesti ada ramai gila kawan perempuan? Kalau hang out pun, lelaki lembut tu mesti bawak kawan-kawan perempuan untuk keluar sekali kan? But why? Sebab girls akan rasa secure gila dengan lelaki lembut. Bukan je dieorang rasa secure dengan lelaki lembut, dieorang pun rasa sacure dengan gay. Sebab dieorang tahu yang lelaki tu memang nak kawan dengan korang dan bukan nak feeling-feeling. Diaorang tahu yang lelaki tu just want a friendship. No love, no sexual harassment and such things.

Gay and lelaki lembut ni mungkin akan mudah touching, tapi less backstabbing and less drama. Andddd. Korang kena hati-hati juga. Lelaki sekarang pandai doe. Kang ada je yang menyamar jadi lelaki lembut sebab nak usha-usha dengan korang, aku tak tahu.

Do it as a friend.
Minggu depan  birthday kawan lelaki kau. Dia mintak hadiah. And then, kau nak kasi apa? Kau nak kasi barang-barang yang overspecial yang korang 100% usahakan sendiri seperti sepasang baju Melayu? Please. Memang sah ah dia akan salah faham and salah anggap nanti. Nak pulak, baju tu sama kain and sama pattern dengan baju kurung korang. Perh, memang bad move ah girls.


Girls, don't over do it. If you guys wanna make a dinner party dan masak-masak, ajak kawan-kawan dan buat bersama. Kalau korang nak lepak-lepak tengok wayang, jangan berdua. Kalau si lelaki tu ajak keluar berdua and then belanja makan minum, malam-malam dok SMS, then, careful girls. He is stepping out his friend zone. 1 lelaki + 1 perempuan = Hardly become friends.

Earn the trust.
Korang pernah nampak tak lelaki macho yang berjalan-jalan dengan 4 orang perempuan? Jalan pergi shopping. Jalan pergi tengok wayang. Jalan pergi makan-makan. But dalam empat orang perempuan tu, seorang pun tak ada perasaan kat lelaki tu. And so does the boy. Lelaki tu pun tak ada apa-apa perasaan kat ke-empat-empat perempuan tu. But how? Macam mana perempuan tu boleh betul-betul kawan dengan lelaki tu tanpa both side ada perasaan cinta?

Kalau korang nak tahu, lelaki dan perempuan boleh berkawan baik hanya bila both side memang set their mind into friendship. And, biasanya, perhubungan macam ni bukan bermula dengan "Hai, nak berkenalan boleh?". So, don't aim untuk cari kawan lelaki. Biarlah lelaki tu datang tak di duga dan menjadi kawan baik korang tanpa korang perasan.

If salah seorang dari both of you ada perasaan at the first place, then chance untuk korang berkawan tanpa apa-apa perasaan adalah agak susah. Ianya tak mustahil tetapi susah dan memakan masa yang lama.


Dalam this case, sama la juga macam kes gay kita tadi. Perempuan suka berkawan dengan lelaki gay or lembut sebab dieorang percaya yang lelaki tu tak akan buat apa-apa kan dieorang. Dengan kata lain, the girls tu percayakan yang si lelaki tu tak akan jatuh cinta kat the girls tu. And then, bila dah percaya, dia sure tak akan rasa insecure or takut-takut.

Berkawan dengan a married / in relationship guy won't help.
Korang mungkin akan kata:

"Aku nak berkawan dengan lelaki. Tapi tak nak cari lelaki yang single takut lelaki tu ingat aku suka kat dia. So better aku cari kawan lelaki yang dah in relationship"

Actually, this won't help much. Kau berkawan dengan sesiapa pun, kalau kau cross the friendship line, si lelaki sure akan mendapat false alarm.

And, most of the time, perempuan suka kenalkan boyfriend dia kat kawan-kawan perempuan dia yang sama circle. Contohnya, korang ada seorang kawan baik yang bernama Siti. One day, dia bawak bakal tunang dia pi jumpa you girls. Then korang pun berkenal-kenalan lah. Bila dah kenal-kenal, arkan je borak-borak. And kawan korang tu tak kisah pun kalau bakal tunang dia borak-borak dengan kawan baik dia sebab bagi dia "Dia kawan baik aku. Tak akan lah kawan baik aku nak rampas bakal tunang aku kan?" Tuptup, hati lelaki tu berubah arah. And then terus keluar isu "Kawan makan kawan sampai sanggup rampas bakal tunang BFF".

Well, even yang dah berkahwin pun boleh bercerai sebab jatuh cinta dengan kawan baik isteri. Tapi tu lah. Jatuh cinta dengan kawan baik isteri. Kenapa tak ambil je jadi bini nombor dua. Isteri pun mesti happy kan bila BFF sendiri jadi madu. Hihi.


Tell him indirectly.
Girls, kalau korang serious tak nak ada apa-apa perasaan kat that boy, please jangan sekali-kali kasi harapan palsu. So, kalau korang nak dia tahu yang korang nak a friendship, please let him know. Jangan expect lelaki akan tahu apa perasaan dan apa yang ada dalam fikiran perempuan. Lelaki mostly adalah makhluk yang paling tak pandai predict perasaan perempuan.

So girls, kalau korang tak mampu bagi tahu apa yang korang nak secara direct, then bagi tahu secara indirect. Cakap pasal another hot guy infront of him. Cakap pasal future and jangan masukkan dia dalam plan masa depan korang. Kalau nak masukkan pun, cakap sesuatu yang macam "Nanti suami aku boleh la lepak-lepak dengan kau. Aku harap korang berdua sekepala." Ya, something like that. Try untuk tak membuka ruang love-love dalam friendship korang.

Kau tahu dia suka kau? Then get out of his life.
One day, mungkin akan ada lelaki datang kat korang dan luahkan isi hati dia. Selepas kau dah reject dia, dia mungkin akan kata"

"Hmm. Kalau macam tu, kita jadi kawan je lah"

Well aku tahu yang korang nak cari kawan lelaki sebab kawan-kawan perempuan korang semua dah betrayed korang. But no. NO. No. And no. Once kau terima untuk menjadi kawan dia, kau dah masuk diri korang ke dalam perangkap "Giving the False Hope and False Alarm." Or dengan kata lain, kau umpama kasi kat dia peluang untuk terus pikat hati kau. Atau dengan bahasa HIMYM, kau dah hook dia. Dan hari demi hari, dia akan buat apa saja yang kau mintak konon atas nama kawan padahal, dia nak ambil hati korang. And this type of friendship; not gonna work.


And kalau korang guna cara yang betul, korang akan buat dia rasa "Oh damn. Dia Friend-zoned aku!"

Anyhow, betapa rapatnya korang dengan seseorang lelaki, jangan percayakan mereka 100%. Tak kisah la lelaki tu abang angkat korang ke, adik angkat korang ke; just, don't take it for granted. They are cannot be trusted creature ever (Well, unlike me of course. Im a good boy). Dan andai kata korang tak ada masalah dengan perempuan, then teruskan lah berkawan dengan perempuan. Perempuan comel dan wangi by the way.




105 Comments:

e-Zo94 berkata...

WAHH!!!.. da baca :D

cicAk + pLatiNum = mR.F~ berkata...

kawan baik saya lelaki~
and i kinda help him in his love life..
guy = simple
girl = complicated

Rozuan Ismail berkata...

i love this post. mmg advice yg bagus untuk tidak terperangkap dalam cinta

sergeant keroro berkata...

i love being friendzoned. seriously.

nur chahaya abadiey berkata...

salam

nice..

teringt kt my class rep dlu,
slalu jgk laeh msj dy tye pasl kelas,
stu hri leh dy tye, suke kt dy ke sbb slalu msj dy..hahah..
sjk dr tue tross stop msj dy...

cik ketam berkata...

you did nothing.

but your friend fell for you in return.

amacam tu?

nedd berkata...

Annoying tahu dok baca entry ni. Ko nak tulis bahasa inggeris ke bahasa melayu?

IMAN berkata...

Lelaki ni cepat sgt jatuh cinta... aku byk hilang kwn sbb ni lah...after a year or two, mula nak nak jd lebih dr kwn...apa salahnya kalau kwn je smpai mati...puas tepis dah hint2 tu, nak jugak org bgtau direct, bila orang direct mula la ckp tanak kwn dah...nyampah la aku.

Fatin Oriell berkata...

perempuan comel dan wangi? yay!
lelaki hensem and ad rmbut pacak2, hihi

Hush berkata...

kawan dengan perempuan banyak nak kena jaga hati. susah nak cari kawan perempuan yang satu kepala.

kawan dengan lelaki jauh lebih best sebab tak banyak kerenah. sempoi je.

so, prefer boys to be friends with.

T square berkata...

betul dan salah. as a girl,let me confess something,perempuan pun cepat perasan. kadang2 kalau lelaki yg girl tu suke borak2 o bla3(u know what i mean) mule la perasaan rasa suke telah disambut. walaupun obviously dat guy tu dah ada awek. (sape salah skrg? the girl yg cepat perasan tu ke @ the guy yg dok melayan girl tu walaupun he got himself a girlfriend?) so,apa kata wat entry pasal guy lak? how to know whether a guy is totally like you or just want to be friend with you? it just a idea :)

ain rahman berkata...

"Ada tak girls kat sini yang suka berkawan dengan lelaki instead of berkawan dengan kaum sejenis korang?" well, Ada and it's me

"bocorkan rahsia tu perkara biasa la ye tak?" sangat selalu..rimas doe org macam ni. most of the girls pulak tu..masalah skit je padahal tapi bagitaw kat semua org..mmg xbleh buat luah perasaan langsung.

nak kawan dengan lelaki kang takut kene kutuk belakang (girls problem lagi tuh) LAST SEKALI JADILAH AKU SI FOREVER ALONE.......

my name is atikah ! berkata...

i luv dis entry..lagi2 kat part intro.terpaksa ngaku la gurls mmg camtu..

nomnom berkata...

dh lame ak tggu topic diatas muncul dr blog nie. pndpt ni can be relied on or not?

if yes aku nk rse puas skrng.
ha ha ha

Aku berkata...

perenggan akhir itu comel.

btw. thanx. sy mmg wangi dan comel. heww

Fatin Aliyya berkata...

agaklah sush sket once a guy tu slh phm ingt kita anggap dia more than a fren.sush nk explain kt dia melalui kata kata tkt dia terasa so ak layan n anggap dia mcm kwn je, try ajak dia lepak dgn kwn2 yg len.

tu pun jenuh ak tipu dia aku dh ada bf.huhu.lantaklah janji ak happy.hehe :)

nadea roslan berkata...

Tapi then, bila aku baru sedar diri yang aku ni tak handsome, baru la aku tahu yang girls tu just nak berkawan.


hahaha. bagusla Mr. K. aku suka kawan dgn org yg tak perasan. LOL

Sam berkata...

Yeah, you can't have the feeling to someone who called friend.

Mizz ErMa berkata...

wah, like3..sy pulak jenis yg tak de @ xramai kawan lelaki..

! Millomocca Danique ! berkata...

u helped me when i in need...thanx Mr. K.

Anasyg berkata...

tang let us be friend tu mmg sangat setuju -

MsCoffeeCat berkata...

Dang..ad experienced dgn benda2 gini. Yup2..kwn lelaki yg sopan ( yg mr k refer octopus itu ) mmg terbaik! They respect and treat girl sgt baik. Hormat diorang in that terms. Cheers!

KiD berkata...

kalau bg pihak lelaki pula?

CekbOlat-bOlat berkata...

comel dan wngi? klau lelaki msam dan tak hnsem? heheh..

tengs ats nsihat! kwn dgn lelaki act best sbb diorg directly and tak byk songeh.. tpi bolat pun kkdg byk songeh (-_-)

apepon,klau prangai mcm setan,tapi nk kwn sbaik malaikat takguna jugak.. so klau kita baik,org akan baik.. (^^,)

Tanpa Nama berkata...

Ohhh...

dzarina berkata...

fall in love ngan belog ni.. haishh!!

ADEEYA berkata...

Good advice :)

lollipop & flip flop~ berkata...

Kau taknak ke mintak kerja dekat Majalah Remaja tu yg bahagian relationship2 tu . Kalau kau jadi writer untuk part tu mmg setiap bulan aku beli doh .

blup-blup berkata...

bak kat mr.k.nak kawan dengan lelaki secara secure. cari gay. tapi mana nak cari? cari kat kelab gay sekitar kl. untung2 dapat kawan gay yg kacak belia. XD

Eyka berkata...

"Kau tahu dia suka kau? Then get out of his life."

maslhnyer dy kwn dah lme dgn eyka..cmne ni? takkan putus kwn cmtu je..-.-

eh nti bgi tips cmne nak handle sugar daddy ek? tgh berjinak2 ni..hahaha:P

Tanpa Nama berkata...

dua-dua kuat perasan sbnrnya. perempuan mmg kuat tikam kawan dari belakang.

aZua berkata...

aku ade sorang guy ni , dy da ckp yg dy minat aku , tapi , aku ckp kat dy yg aku dah suke kat org lain , tapi aku tak sampai hati nak terus loss contact dgn mamat yg suke aku tuh , so , how ??

MinahSpekMerah berkata...

"Biarlah lelaki tu datang tak di duga dan menjadi kawan baik korang tanpa korang perasan."

oyeah~..kes ak ceni r..

tp laki ad 2 spesis (y ak jmpa), y bole dipercayai, xmengata belakang, pndai simpan rahsia ngn y mengata belakang dn xbole dipercayai. membe ak spesis y pertama. ak tau bley caya beliau. :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

Ak pnah st0p c0ntact bff lelaki ak sbb ak nk set mind blek yg die 2 kwn ak je..n berjaya!!then smbg kwn blek..hehe..tp skg xtau la kre kwn ag ke x..hrmmm~

MinahSpekMerah berkata...

lupa nk cakap. aah. ak memang suka lagi kwan ngn membe laki sebab aku suka cakap dan perli lepas. klo pompuan kuat tacing, laki ne senang. gurau2 kasar pon bole. xde nk tacing. gado2 pon best.

Dila Donghae berkata...

setuju dgn T square.. me also in that situation actlly.. but, what it make me piss off is he told he doesn't had any gf but actlly he did and the secret leaked out..that kind of lie does not make sense.. so, btter pasni Mr.K bt entry psl mcm mane nk knl lelaki yg btol2 suke kt kita sbnr nye.. in fact, mmg ssh pn sbnr nya nk crik lelaki mcm tu kn..aha. :D

Tanpa Nama berkata...

alamak!!!! aku bru je kawan blik dgn ex aku....die yg gile kat aku dah 2 kali reject n clash after 1 month couple..... xske die utk jd bf tp suka die utk jd kawan .... tp klau call msti tnye 'ko dah ade bf ke???' tp harap2 die kwan je .... klau nak jugak x tau malu la maksud nye..... tp aku nie pon satu gedik asyik layan je..... bf sendiri busy , hehehehe..... buruk kan perangai aku MR K??? heheheh.....

ErnieFaizal Siti berkata...

huhu..actually, susah sebenarnya lelaki dan perempuan jadi kawan saje2..even kita dah set hanya kawan..selalunya akan lebih kepada teman tapi mesra..sama ada the relationship akan maju setapak atau ended dengan salah seorang akan kecewa..

Tanpa Nama berkata...

o..damn.betul ckp T-SQUARE.gurls pun prasaan gak(me as well).and i think entry yg T-SQUARE:: how to know whether a guy is totally like you or just want to be friend with you? is so gud idea.please ya mr.K...

Efa Manaf berkata...

Aku suka post nie, mmg kena kat batang hidung sendiri. Aku ada BFF perempuan, tp BFF aku paling rapat sekali adlh lelaki. Lelaki yg tulin, tak patah, tak gay, dan sentiasa suka mngorat prmpuan. Hahaha, mmg rapat gila, susah senang sedih happy semua dgn dia. B'coz to me, BFF llki a lot more better dr prmpuan. Aku rasa dorg lg memahami, share minat yg sama. Itu yg buat ngam tu. Dan mgkin jgk ak nie tak prngai feminin sgt sgt.

Pd aku laa, takdak mslh kalau prmpuan nk jd besfren dgn llki. Tp isu yg aku nmpk skrg nie bila prmpuan dn llki rapat as a BFF, either GF/BF yg akn jeles. Kita yg dh lama berkwn nie trpaksa trima la when our BFF ad awek bru, then awek tuh tarik muka sbb dia nie ad BFF prmpuan. Parah jgk tuh. *sory la kalau ayt meng-konfiuskan. =='

Hanih Borhan berkata...

Oiii! Style!!! Serious. Nicely explained. Worth checking untuk perempuan2 kat luaq sana ni...

aina halim berkata...

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok. HAHA xleh blah.

membantu entry ni. SANGAT! and to be frank, timing pun baik ! Good job boy ! Lalalala. really :)

muiz aL berkata...

Perempuan yang selalu ngorat aku.. Adakah aku perasan je lebih?

a n o n berkata...

encik K,
Saya adalah seorang perempuan dan kawan2 baik saya adalah lelaki.

Tips yang paling simple untuk kawan dengan lelaki tanpa ada feeling adalah;

act and think like a boy. and they will forget that you're a girl.(same principle apply to the lelaki lembut, coz they act/think like a girl)

but in this case, jgn jadi tomboy sudahla. sbb sy tak rasa encik K selesa kawan dengan tomboy kan?

=)

dear yayah berkata...

best je ada kwn from both gender.. ahaha

cahaya kemuliaanku berkata...

dang!! sgt setuju ngn komen sape ntah kat atas ni yg tulis, nk entry:, mcm mn nk tau he just wanna be friend or more than friend. XD

Mr K berkata...

@Cicak - True story.

@Nur - Kannnnn? Lelaki memang mudah perasan kan?

@Ketam - Itu la yang biasa berlaku. Cinta sebelah pihak je.

@Nedd - Dua-dua. Kau punya komen pun campur english dan malay. Apa cer?

@T square - Nice idea.

@Nomnom - Good for you.

@Lolipop - Nak gak mintak kerja kat situ. Tapi.... Aku tak ada langsung basic sebagai penulis.

@Eyka - Ewww.

@Anony - Maybe dua-dua kuat perasan pun.

@Anony - Ya, perangai kau buruk.

@Siti - Yup, memang susah.

@Muiz - Ye, kau perasan lebih.

@A n o n - Ya, nice point. Aku patut masukkan nanti.

dayanadarmawi berkata...

tapi kan mr k , kdang kite dah bagi tahu dah kat dia yang kite tak nak dye ltak harapn and kita tak mahu bagi harapan , but dye still cm tu je cm ne ? ade tak cara2 yang membolehkan diorang putuskan harapn tu ?

adeyla berkata...

"Perempuan comel dan wangi by the way." agak pelik di situ.btw,nice post ;)

fathiah jasni berkata...

Mista K, ape kate ko buat entry from a guy perspective pulak..

Cheese Cake berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nuyue_AL berkata...

Luv Your entry , for sure nxt time dtg lg , thanks =D

EKIN berkata...

walau apa pun tips dia tetap susah la mr.k.. last2 sangkut jugak.

siti berkata...

but,what if klu kta kwn ng laki. sometimes laki tu dlm nada bergurau ckap u're my gf. bla kta tnya tuk confirmkan, dia ckap, main2 jea. kta juz anggap dia not more than a fren, tkut2 jugk klu tnpa disengajakan kta dh bg dia false alarm. so what to do?

Tanpa Nama berkata...

ehh you guys, cer usha satu video dkt utube ni, tajuk dy 'men and women can't be friend' . xsilap aku la. seriously, 100% laki mengaku yg diorg xleh stay dlm 'friendzone' . perempuan lek je haha .

EmaCai berkata...

alla nak komen gak..tapi komen ema ni bukan main jaoh kebawah lagi..hurm..takpe la..

Tanpa Nama berkata...

Good entry, kebetulan kawan saya mempunyai masalah ni, so i just tell her to read this entry and hope she realize that the guy is stepping out his friend zone..

Eena Arrina berkata...

yeahh.pendek kata percayakan bf+tunang kita jelah k :) meh baca pasal belen.,ape korang ingat kawan korangg bla3xxxx. (gosip lak)

http://lifeofusea.blogspot.com/2012/02/perempuan-belen-perempuan-lelaki-dan.html

Silent berkata...

hope this working :) btw, thnx :)

najwa mohd berkata...

hahaa..kena sejibik atas dahi.. tp setuju dgn point yg 'both side memang set their mind into friendship'..itu memg trbukti la..

Tanpa Nama berkata...

nila yg aku nak,,thank khairul!

movie maniac berkata...

hahaha.. aku kne freindzone dgn due prempuan lagi.. damn tul laa..

Miziey berkata...

Wat if the gurl is in a complicated relationship n shes lookin 4 sum1 (which is guy bcos guy is simple) then she met 1. 8 da same tyme dat guy din noe da gurl oredi have bf but then da gurl oso fallin luv wit da guy n da guy oso lovin da gurl. Urrgghhhh!! complicated kan? cer beri pndpt ckit Mr. Kay.

**Btw, im not the guy.

Tanpa Nama berkata...

nice entry mr.k.. 'Perempuan comel dan wangi by the way.'.. suke ayat tu! heh!

CiK FizA berkata...

Hee. Nice entry! 1st time singgah cnie. Kawan yg suggest baca blog nie! Bessttt~ ^^

**Suka perenggan last, ayat last tu! Hikhik. Yup~ perempuan mmg comel n wangi! Dan Cik Fiza pon mmg comel n wangi. Ngee~ :DD

syafiqah nabilah berkata...

hmm, teringin kot nak buat satu reply entri pasal tajuk ni, tapi bila difikir-fikirkan balik tajuk dia akan jadi camni tau,
"Cara berkawan dengan perempuan & stay in Friend-Zone"

Pelik betul bunyi die. Nak karang isi pun susah kot sbb jarang la lelaki yang nakkan hubungan tu stay friend-zone forever. Sangat jarang ok. Entah la..

Tanpa Nama berkata...

i disagree with ur statement "they dont PMS and yell at you for whole day" - so why my colleageous 'boy' always like he PMS... yell at me almost everyday if he not in good condition (period)... - mag

Tanpa Nama berkata...

ak ada berkawan dengan sorang guy ni. okay to be honest ak pernah la tengok2 dia dekat fac, masa tu ak ada bf. but ktorang tak berkawan lagi. skrg ak dah xde bf. dah 2tahun break. and dia add ak kat fb after 2thun ak break. ktorang exchange number, and yes ak tau dia ade gf. and dia pun bgtau dia ade gf. tapi mse tu ak xde feeling pun kat dia. same goes to him. but 4months later, tk tahu apa jadi dia confess dia suka ak and syg ak. and yes ak ske dia but tk sayang. nak jadikan cerita, 1 fine day, dia testing ak, and eth mcm mn terkantoi ak syg dia. up till today ktorang selalu bersyg2. ak tk nk jdi perampas. and ak tk nak dia curang. tapi ak syg dia. damn! ak tk ptut rasa macam ni!

Mardhiyyah Ridzuan berkata...

Haha! Serious lawak n brilliant! Well, Kalau Ma mmg mostly bnk kwn laki sbb Mar jenis yg suke outdoor activities. Sadly, lingkungan kwn pompuan xde yg suke outdoor. huhu... Well, thats not a reason actually. Tgh cube untuk out of guy-girls friend...

Kakak Wani berkata...

Two guy bestfriends. Lelaki paling cool dan baik pernah aku kawan. Lagi excited daripada taching2 dan drama2 dengan girls. But I love my girlfriends too:)

нαηιмQαtяυηηα∂α berkata...

good entry..... tapi susah gak kot nak stay in friend zone.. biasanya mesti salah sorang akan terbabas... =)

When Atim Thinks berkata...

Between men and women there is no friendship possible. There is passion, enmity, worship, love, but no friendship.”...hahah so adalah lebih baik kalau kawan2 yg x rapat sgt..treat mcm classmate tuh..byk kan kwan2 sama gnder la :)

Tanpa Nama berkata...

senang citer. tayah kawan ngan bdak laki. dok diam2. blajo rajin2. kerja bagus2. kawin terus.

Tanpa Nama berkata...

mr.k ,i have a problem.if possible,please help me.
aku ada bff.of course boy.
in an unexpected situation,we suddenly become close.
tapi masalahnya,aku dah jatuh..suka dekat dia.
what should i do?
aku saynagkan persahabatan kitorang but dalam masa yang sama aku tak boleh buang perasaan aku dekat dia.
sampaikan satu tahap tu..i feel like marrying him.
aku rasa dia macam protector aku.
help me please..aku sayang persahabatan aku!

-NaCl :)-

Dba Dealova berkata...

perempuan comel dan wangi.saya suka ayat tu :)

cik aletheea: berkata...

my bestfriend was my ex. we have kind of weird friendship, both of us not attach with other relationship and also not planning to marry each other.. hahaha. weird kan ;p

qielaa berkata...

i agree on 'a girl+ a guy = it wont be just friends'

faced the same thing. worse part, he's someone else boyfie.

asalnya konon nk ade kawan lelaki, jadi disaster :| lagi rela kawan dgn girls walaupun penuh drama

Miz MiM berkata...

aku rse perempuan lg cpt perasan weyh...

Tanpa Nama berkata...

salam mr.k...
email yg mane active??
nak antar crite
n then kalu bleh nak mr.k bgi pendapat....

Musz Zamil berkata...

walaupun saya lelaki yg pernah di'friendzoned'kan, tp saya setuju dgn post nie

AdikBongsuSM berkata...

Lelaki mostly adalah makhluk yang paling tak pandai predict perasaan perempuan.

Tapi kau pandai kan??

nomnom berkata...

encik K. ak de request: leh x wat entri psal <3 of skizo/mental person/n sewaktu dgn nye.. opkos based on fact, bkn crite rekaan.

Typing Error berkata...

Salam..

Klu nak kawan ngan laki, jgn cepat sentap sbb lwk laki kasar..

Klu nak kwn ngan laki, jgn treat dia mcm treat kwn pompuan sbb jantinanya lain..

Klu nak kwn ngan laki, jgn cerewet sbb laki nih x byk songeh...

http://typingerrorsukahatiaku.blogspot.com/

Captain N A berkata...

haha . style2 .tpi ade mnde yg aku tak setuju . tpi overall byk betol nye :)

Wani berkata...

Saya ada sorang member ni. Bestfriend laki, since Form1 until dah hbis sekolah dah pun. Still, kitorang chill je. Entahlah. Kita bkn nk brkira dgn kwn. Tp kwn prempuan ni susah nk dpt yg btul2 'bestie'. Ingt lg ada sorang member prempuan ni, dianggap bestfriend la sbb slalu hangout dgn dia and kongsi smua. Then bila nmpak sy kat luar, pandang n senyum pun tidak. Pergh. Memang x boleh blah!

bvlgarigirl @ Arianna berkata...

Saya suka kawan dengan lelaki

XieRza berkata...

lelaki spesis yang kuat perasan...
nak tergelak aku baca ayat tu..for me, p0mpan pun ada juga yang kuat perasan...s0, sama je kan. but bukan suma kuat perasan..sesetengah..
tak dak apa p0n nk k0men..just want to say, like this entry.(^_^)

AiSyA LiEzA berkata...

huh... betul la.. ramai kawan prmpuan y khianati kita.. ^^'' saya sndri pun ada bff lelaki sorang.. ermm.. just kawn n hope so.. kawan.. :D

Tanpa Nama berkata...

gurl mmg comel n wangi..tp x semua lelaki maam n x hensem,..lelaki ms study or zamn u mmg busuk n x wangi..tp bila dah keje diaorg leh jadi wangi dan hensem..

$H berkata...

thAnk you cakap kite comel n wangi..
tapi yg pasal kawab ngan laki org tu memg btul..kite penah kena..tp time tu dia tak kawen lagi la..wife die jeles kot..trus laki tu da takmo kawan ngan kite..padahal jumpe pon kat tmpt practical je..bukan penah kuar sesama pon..

budaksalahcakap berkata...

nak gak tulis...sbb entry ni memang kena ngan saye....syukur saye ada bestie pompuan n laki..ok laki lembut n gentle laki...pada saye semua ada keistimewaan masing2 n enjoi je ngan d owng semua..kalo kuar frend zone tu kita serah pada-NYE..kalo ada jodoh ok je...yang penting saye memang sayang d owng semua...kalo nak sembng topik ni saye memang suke...sbb saye suke frendship...

hitomi berkata...

em....sya jaga salah seorg...
berkwn ngn laki lbh selesa dari pmpn....
sb apa?? tak tau la,....mmg sejak kecil telah dilatih sebegitu....

namun...bg sya pmpn yg baik takkn mainkn hati dan perasaan lelaki...:P

adakalanya diri ini rasa lbh mmhami laki dari pmpn....:)

whateverLaLa berkata...

ok.. bestfren aku 3 org laki.. n drg x pndng aku as a girl pon.. they even ask me.. "lala..ko ne pompuan ke..?" watever it is.. love them so much..

didi mopa berkata...

yeah,plg penting make it clear korg cuma kawan.

and another suggestion:
usik2 dia dgn org lain,or crita2 kat dia pasal crush korg walaupun olok2 je crush tu.

and,yg biasanya lemah adalah si perempuan sbnrny.girls sndiri kena hati2. ;) kalau dah 'ter'suka tu,girls xkan sedar dia overdo and buat sweet2 kat kwn tu.

Tanpa Nama berkata...

mmg betul pon kena get out of his life.
utk kesenangan hati sendiri dan dia .

mila kassim berkata...

Hmm.. so far, aku dari dulu ok je ade bestfriend lelaki dan pmpoan. Aku ade bbpa org best friends pmpoan N bbpa org best buddies lelaki yg aku selalu share cite or prob, and also hang out. Dowang bkn setakat kwn, tp dowang sahabat. Smpai best buddies aku dh kawin pn ktorg still bleh keep in touch N wife dia pn dh jadi kwn aku jgk. Salah sorg kwn baik aku yg lelaki, aku penah sukakan dia pada mulanya. Tp last2 ok je bleh b'kawan sekepala N share mcm2 cite or pape prob. Dia pn dh nk kawen dh. Kawan2 pmpoan plak sume ok je, so far xde kes back stabber..saling support each other ade la.

Amirah Zulhijjah berkata...

nice entry..izin share some point dlm entry..link u back..:)

chumut berkata...

awesome post. mohon share ^_^v

Tanpa Nama berkata...

aku kawan dengan perempuan nak parntart jewww!peace yaw!

nabila berkata...

serius,panjang entry ni. Tapi best. ;D

Tanpa Nama berkata...

aku tak percaya lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik..mungkin ada.tapi mungkin sangat kurang.aku ada kisah kenapa aku cakap macam tu.
dulu teman lelaki saya ada sorang kawan perempuan.ya..dia anggap perempuan tu sebagai kawan.tapi saya tak pasti betul ke perempuan tu mengangap teman lelaki saya tu sebagai bestfriend dia.

sebab yang pertama, dia call teman lelaki saya lewat2 malam di mana saya sendir pun tak buat dengan alasan dia sedang rindukan parents dia.

kedua---dia selalu kutuk saya dekat fb.dia cakap saya kuat jeles dan teman lelaki saya di konkong.padahal dia jauh dan teman lelaki saya tak pernah cerita pada dia apa2 tentang kami.sebab dia cakap begitu hanya kerana teman lelaki saya bagi no telefon dia pada saya.saya cuma nak kenal dia siapa..tapi dia terus up date status dekat fb ada orang jeles nak berkawan dengan dia dan komen2 antara dia dan kawan2 dia bercakap tentang saya dan teman lelaki saya.

saya bertanya kepada teman lelaki saya, betul ke tu kawan?kenapa dia macam tak puas hati dengan saya?

bila teman lelaki saya menjauhkan diri daripada perempuan tu.lagi teruk dia meroyan dekat fb.

siap dia tulis dekat blog lagi..
dulu dia pernah komen dekat fb status teman lelaki saya yang teman lelaki saya tu pakwe dia.ok la fine..dia mungkin bergurau.saya tak nak marah2 dia.

tapi yang saya pelik, saya yang menjadi mangsa kemarahannya, dia cakap saya putuskan silaturahim dia dan bestfriendnya itu, dia lebih memahami teman lelaki saya tu dan macam macam lagi.

saya balas mesej dia, saya cakap saya tak kan teragak agak untuk minta teman lelaki saya untuk menjauhkan diri daripada dia kerana dia sangat melampau.dia tak pernah back up teman lelaki saya bahkan buatkan seperti teman lalaki saya curang dan buat kami bergaduh.

itu ke kawan baik?

Belphagor Fiorano berkata...

Aku baca tanpa ada perasaan sbb aku ni tak laku...ok la aku faham, towkay foolow la blog aku...http://fearanco.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

What a good post mr.K . Post kau memang selalu nya good good pun .
Memang ada kajian menunjukkan lelaki tak boleh kawan baik dengan perempuan sebab mostly lelaki akan suka perempuan ni . Lagi2 kalau yang perempuan ni cun melecun .
Aku tak cakap aku cun tapi aku anggap budak lelaki sorang ni kawan baik aku sbb dia type yang joker. Tapi last-2 aku dapat tahu yang dia dah bagi tahu orang dia suka dekat aku . Aku pun warn dia, " kalau kau bagitahu aku yang kau suka aku, nahas kau " , tapi he insisted bagitahu kawan2 aku. Sampai satu tahap, aku face to face dengan dia bincang pasal ni . Aku cakap " kau tak suka aku, aku tak suka kau. Bagus", dia cakap " siapa kata aku tak suka kau?", aku tak tahu ni satu pemberitahuan yg dia suka aku atau apa . Tp dia dengan selamba panggi aku 'sayang' dan bahasakan diri dia 'abang' dekat depan kawan2 aku . Aku stress jugaklah awal2 tp last2 aku buat bodoh je . Takkanlah aku nak tukar kos kat u sebab benda kecik ni je. Tp paling aku benci bila dia mula cakap "blue" dengan aku . Dan dia bagitahu kawan2 aku yang aku belum bersedia nak di'sentuh' oleh dia . Dia kata dia suami aku tp aku taknak 'bersama' . Aku rasa nak bunuh2 je dia .

Tanpa Nama berkata...

hmm..good post...saya ni lelaki baru je dpt kwn perempuan...die yg first mesej saya...die dh ada bf...die ckp saya dh tngkp cintan dgn die ke?.. but i say no coz die dh ada bf..now keep mesej je.. we share everything...saya jgak slalu bg lagu kt die..dh mcm kapel...saya pon tk berharap sgt..tkot2 nnt hilang friendzone...saya mengaku mmg saya suke die...tp die syg bf die...mmg tkleh move on dh dgn bf die..saya kesian kt die asyik kne mrh dgn bf die...so now saya bg die semangat tuk tros dgn bf die..saya yg pimpin die utk baik dgn bf die and die pon bg smangat kt saya tuk study hard..huhu...saya xde gf sbb masih mencari....bila bce post kat atas baru saya tau..mcm mne nk control in friendzone..bf die tk tau pon yg kiteorg ada friendship..huhu..cover baik punye..

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat lagi . Dulu aku ade sorang kawan baik lelaki . Sayang dia gila woo ! Sebab dia care gila babas kat aku . Tapi Allah lebih sayangkan dia :) . Lepas tiga tahun , aku meet someone . Huhu ! Perangai , cara , nama , umur and semuanya hampir sama . Maybe dalam 70% . Serius ! Kenal dia ni pun secara tak sengaja . Then , kita orang kawan punya kawan . Dah lama tu , jadi kawan baik . Macam gam weh ! Tak boleh pisah . Last sekali , aku jatuh hati kat dia . K cun ! Memang time tu aku gila gelabah je . Macam malu pun ade . Satu hari tu tiba pulak dia luahkan perasaan kat aku . Haiya ! Segan aku . Kami da tau hati masing-masing , so kami teruskan je le hubungan tu . Ngee ~ Tapi bukan as a couple . Sebab dia cakap , dia nk aku tumpu pada study . Lagipun aku ade cakap aku nk 'Cinta Berlandaskan Keimanan' . Eceh ! So , kalau ade jodoh dan ditakdirkan Allah S.W.T kami bersama , kami akan bina masjid and hopefully kekal ke Jannah . Hee ~ Tapi dia selalu tanye aku , " weh beb ! Kau sure ke kau ni perempuan ? Kau ni macam takde perasaan je . " Grrr ~ Lantak ! Penting aku sayang hamba Allah tu sorang :) . Eh ? Story aku ni ade kaitan dengan entry kau ke ? Ahaks ~ Aku bukan tak percaya membe perempuan tapi da banyak kali kena betray . Gila lah ! Tapi now aku dapat geng yang sekepala . Sayang Riri , Zyra , Michelle and my gulahati ♥ .

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger