Sabtu, 18 Ogos 2012

(Repost) Situasi Tipikal Blogger Di Musim Perayaan Aidilfitri

Salam Aidilfitri

Cehhhhhhhh.

Aku baru sahaja balik dari shopping raya. Dan sekarang dah nak berbuka. Aku lapar.

Well, aku buka Google Reader dan aku tengok banyak betul keadaan tipikal yang berlaku saban tahun apabila raya menjelma. Semua cakap pasal raya. Ianya berlangsung setiap tahun apabila raya menjelma. Anggap la blog aku ni dah tua beberapa tahun walaupun sebenanrnya tak sampai setahun pun lagi.

Situasi Tipikal ;

Seminggu Sebelum Raya

Masa ni tak ada lagi mood raya. Semua bloggers pakat tulis entry yang tak ada kena mengena dengan raya. And bagi yang excited tu, mesti tulis pasal plan nak balik raya. Macam biasalah. Meraung-raung sebab tiket dah tak ada. Tak pun baju raya tak beli lagi. Bab menangis sebab tak beli baju raya lagi mesti kaum perempuan. Ye la. Baju at least kena 4 pasang. Belum kira kasut. Tudung. Heh. Yang laki lak. Pening mikir bab nak beraya dengan gewe. Dari segi baju lak, lelaki biasa je. Ada baju melayu sepasang, aksesori secukup rasa, dan baju serta beberapa helai seluar, dah memadai. Kira tak mengada sangat lah. Lelaki memang baik.


1 Hari sebelum raya.

Mari memeriahkan masjid walaupun korang
tak pernah jejak ke masjid sebelum ni.

Alahai.. Masa ni bloggers sibuk tulis pasal baju raya yang dah di beli. Gadis-gadis yang memangis dengan hingus meleleh, kini dah kering sebab dah dapat baju raya. Tak kurang juga entri yang cerita pasal kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak kurang juga yang jadikan kad raya umpama award blog. Haiz.

Ada satu tu seorang blogger sibuk tulis entri mengkritik blog lain. Tak habis-habis kritik orang. Dah nak raya ni bawak-bawak la mintak maaf wahai Mr K. Takbir raya dah la tak pergi.

Hari Raya Pertama

Happy Eid Day.

Aku tulis entri ni pada pukul 2 pagi setelah penat mengecat rumah yang tak habis. Esok mesti mak aku bising pagi-pagi sebab tengok ada kerja yang tak siap. Abang aku pasti dah lari dulu.

Well, hanya blogger yang tak ada life je yang akan post entry yang bejela-jela pada hari raya. Tak pun diorang naif sangat tak mampu nak beraya. Sebab tu sakan tulis and post entry baru. Biasalah. Walaupun miskin. Internet mesti ada.

Hari Raya ke-2

Ketupat. Bukan benda yang gadis-gadis reti buat.

Masa ni dunia blog dipenuhi dengan gambar-gambar hari raya pertama para blogger. Tak kisah la gambar awek ke, skandal ke, ex ke apa ke. Semua pasti pasal gambar. Yang tak pernah tangkap gambar tu pun tiba2 jadi cam 'whore'. Tapi normal lah kan. Hari raya katakan. Tapi jangan ada gambar pakai baju melayu atau baju kurung berkumpul ramai-ramai dalam tandas then tangkap gambar reflect cermin tandas tu sambil buat pose gedik-gedik terover sudah.

Hari Raya ke-3

Salam Lebaran

Raya ke tiga aku balik kampung. Isk. Well, aku nak cerita pasal diri aku lah. Bosan tul aku asyik cakap pasal orang lain je. Pedulikan lah pasal entry Situasi Tipikal ni. Belog aku, suka ati aku lah nak lari tajuk pun.

Aku rasa dah dua tahun aku tak balik kampung. Bukan apa. Aku tak gemarkan sesetengah orang di kampung aku. Sebab pemikiran mereka tak berapa err 'okay'.

Kampung aku di Terengganu. So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, dua hari terakhir je aku start main mercun. Aku cuba cari mercun kat Melaka tapi tak ada. Melaka serba kekurangan. Kuantan gak best.

Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja.

Okay lah mungkin memang sengaja. Aku bukan kritik sebenarnya. Just fun-fun kat dunia blogging ni.

And...

Korang ni apahal? Orang lain duk pergi beraya, yang korang gedik-gedik baca blog ni tak ada rumah ke nak beraya and kolek duit raya serta pergi mencapap sambil pakai baju baru yang bewarna warni siap ada manik-manik yang mungkin agak over bila ada selendang kat ada lengan sambil kerek ke sana ke mari bersama keyakinan diri yang tinggi sebab baju baru kira handsome dan lawa lah?

Oh, mintak maaf sekali lagi.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. Love you all =)

P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.

40 ulasan:

  1. sgt2 tipikal..
    hahaha..
    sbuk s0wh org len mndi wajib,
    yg tulis en3 da ke blm..
    ahakz!

    camat ari raye!!

    BalasPadam
  2. tak baca ponnnnn
    lalala~

    rini xsampai suku yg online
    hehe
    tipikal jugak la tu

    BalasPadam
  3. hey bRother..
    agak sinis comment kau..
    aku bukan tunjuk pandai.. aku mgaku takde manusia yg smprna.. tapi jgn skali2 tunjuk ketidaksmpurnaan tu.. pape pun.. dah raye nie aku amek ksmpatan ucap slamat hari raye pada kau..
    maap Z & B ..

    BalasPadam
  4. blog ak xbape tipikal..tang hr rayer 1st jer...haha...2 hari sblm raye ak jwb tag org..=)tade citer pasal rayer..=p

    BalasPadam
  5. selamat ari raya..maap zahir batin ;)

    BalasPadam
  6. Pelik. Kenapa aku tak mcm blogger-blogger laen pun? Even sekeping photo mase pergi beraya pun takde. Adekah aku alien?

    BalasPadam
  7. hahaha
    ampun mu dimaafkan
    huahua
    weh ak mintak maaf kalo de buuat ko terasa jugak

    oit ak bace malam ah
    nak tido daaah
    xde makne raye umah org mlm2 bute nihh
    lol
    hahaha

    BalasPadam
  8. 1st thing yang aku teruja la bangat... weii..syess nice pic... even aku tak tau sgt..tp kawan ngan dak photo wat aku hebat..opss..silap... muhahaha

    BalasPadam
  9. aku update blog 24hb...
    kira aku x tgolong dlm golongan yg ko ckp tu...
    hahaha...

    BalasPadam
  10. selamat-selamat..gua baru je selesai melaburkan hasil rayaan gua..tiap2 tahun mesti kena...

    BalasPadam
  11. ekeke, nampaknya aku juga terjebak di dalam situasi ini =)

    happy blogging

    BalasPadam
  12. Aku tulis pasal kad raya, ekad meletup kejap blog aku..
    Sekarang dah maintain macam biasa..

    BalasPadam
  13. banyak je mercun kat melaka ..
    syok je main .

    BalasPadam
  14. update blog time raye???
    xraye la camtuh.. heheh
    piece no war

    BalasPadam
  15. gambar gadis kerh tu? menakutkan muka pon2 lah..

    mandi wajib di pagi raya? haha!

    ok to mr k selamat hari raya 2011 dr aku..maaf zahir batin

    p/s;aku pun tak kenal kau.. ;P

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Selamat hari raya mr. K..o_O

    BalasPadam
  18. Selamat Hari Raya mr.k :) Ehh raya kt trg bestt apee haha. i duk trg, soo kalu tk ade jodoh kite tk jmpe lah, kalu ade jodoh kite jmpe lah yer? mane tauu tngh jln jln pegi kutip duit raye tibe tibe jmpe dgn mr.k kan? hehe eventhough i dont know you, tapi tkpe lah kan? sekali sekale berangan nk jmpe dgn mr.k :p

    BalasPadam
  19. Mr.K, selamat hari rayaaa and have fun raya kat trg haha :)

    BalasPadam
  20. selamat hari raya Mr.K ! , btw raye tahun ni so-so jeeeeee ~ heh ! :/

    BalasPadam
  21. apesal byk sangat typing error mr. K kat entri kali ini? penat beraya ehh. haha,,

    BalasPadam
  22. selamat hari raya mr. k! :)

    BalasPadam
  23. amboihh entri.. bagos2..sgt berguna,. slmat hri raya tok khairul ;))

    BalasPadam
  24. haha..sngt menarik input yng dikongsi..selmt hari raya!

    BalasPadam
  25. kampong kat ganu kat mane mr k ? jemput le ke umah aku ,kt batu burok. meh2

    BalasPadam
  26. kenapa dgn Trg? i rasa okayy je. i xdela duduk kt trg, tp kg i pun kt sana n i like prefer spending my holidays kt trg.

    BalasPadam
  27. tak perlu lah nk kutuk melaka.kau hidup kt melaka brape lame bro? beragak ah nk kutuk pon

    BalasPadam
  28. Ketupat?..
    Mr K nk buat acara lwn anyam ktupat tak?
    XD Slamat Hari Raya!!

    BalasPadam
  29. HAHAHHA. ntahnye mr k tu. ak pun dok pendam je ni =..=""

    BalasPadam
  30. hari tu aku pegi Mydin Mall tu ade je mercun pop pop

    BalasPadam
  31. Terengganu ar best, . . . . . aku lalu sekali je kat kawasan Kuala Terengganu, Kerteh, Marang, terus aku rasa macam nak duduk dekat kawasan kampung nelayan tepi pantai Terengganu, . . . . .


    orang semua mandi sunat hari raya, budak2 tak matang je mandi wajib hari raya, . . . . . . . assalamualaikum, . . . selamat hari raya :D

    BalasPadam
  32. Salam Mr.K... nak beli buku kitab terfaktab tu. macam mane nak inform if dah buat payment ek?

    BalasPadam
  33. haha..semua2 xboleh blah punya ayt, but aku suka, selamber je.haha..tp yg pling aku x boleh blah tang 'ketupat. bukan bnda yg gdis2 reti buat', hello~ aku still gdis n reti buat ok..

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.