Jumaat, 7 September 2012

Cerita Karut : Ustaz Favourite, Riwayat Facebook.


Assalamualaikum



Suasana malam bersama bayu. Angin bertiup kencang terasa sayu. Di situ, memandang ke langit dua orang Melayu. Hiraukan semua gadis-gadis ayu.

"Tanda hujan mahu turun mungkin."

*Diam*

Dia menarik nafas sedalam-dalam. Dan mehembusnya perlahan. Tenang.

"Petrichor" Kata Fayad.

"Apa?"

"Patrichor. Bau hujan"

"Ohh". Bagong menganguk. "Kisah pulak". Sambungnya lagi. Mungkin benar Fayad ni Wikipedia bergerak. Semua benda dia tahu. Teringat lagi zaman dimana seluruh rakyat Malaysia membenci tarian Gangnam Style. Masa tu, hanya dia seorang je yang berani mengatakan bahawa tarian itu tak ada kena mengena dengan budaya seks dan perkara lucah serta yahudi. Dan tentulah bila dia kata macam tu, dia kena maki.

"Tapi Fayad, Ustaz favourite aku kata Gangnam Style tu haram. Ianya merupakan tarian budaya Korean. Korea tu bercampur lelaki dan perempuan. Tak tutup aurat. Haram!" Kata Salam Hadi.

"Abis tu, Break Dance tu? Suffle tu? Itu dari barat. Barat lagi lah buat seks bebas. Kenapa tak haram kan sekali?  Tai Chi pulak dari cina. Cina makan babi. Lagi la haram!"

Mengkekek Bagong gelak mendengarkan hujah balas dari Payad. Lagi mengkekek bila melihat muka geram Salam Hadi.

"Kau ni dah jauh terpesong Fayad. Akidah kau dah jauh sangat dah ni." Kata Salam Hadi. Tangan nya tak berhenti membelai tangan teman wanitanya, Sasha. Sasha, seorang gadis kota yang hanya memakai tube. Rambutnya sentiasa berubah warna mengikut peredaran zaman. "Pulang la ke pangkal jalan Fayad. Pulang lah. Kecewa mak kau kalau tahu kau macam ni" Kata Salam Hadi lagi. Dia menghidupkan Forte Koup-nya dan meluncur pergi bersama teman wanitanya yang telah lama menunggu.

"Harap kereta je mahal" Kata Fayad sambil men-unlock pintu Kancil VTEC MBA nya.



Bulan masih indah. Bayu masih menerpa. Hujan masih belum turun dan malam masih muda.

"Hmm" Fayad mengeluh sambil menghisap cerut Trinidad Reyes yang baru dibeli di 7Eleven sebentar tadi. Dia memandang lighternya. Dah lama lighternya itu berbakti untuk memberi ketenangan kepadanya melalui cucuhan rokok.

Lighter Zippo itu bertukar tangan. Kini giliran Bagong menikmati cerut miliknya. Partagas. Katanya, kalau bukan jenama Partagas, dia tidak akan hisap. Bau pun dia tak mahu.

"Hang ni Payad, aku tengok stress sangat pasaipa?" Tanya Bagong yang ingin memecahkan suasana sunyi. Dua orang lelaki di dalam satu kereta dibawah cahaya bulan yang romantik seriously membuatkan kesunyian menjadi awkward.

Fayad tetap diam membisu. Dia terus menikmati suasana malam yang dikelilingi oleh petrichor.

"Woi, jawab lah. Aku bercakap dengan hang ni. Celaka."

Berkelip-kelip mata Fayad sambil memandang Bagong. Terkejut mungkin. Selepas seketika, dia mula berbicara.

"Tak ada apa lah Gong. Aku cool je. Ni nak lepak mana ni?"

"Entah. Tapi member aku ajak aku lepak kat Bukit Bintang. Member-member. Jom ah."

"Member kau mana satu ni? Ridzwan?

"Zarif la. Engineer yang kaya gile tu. Satu bulan dengar cerita dia dapat lebih USD40k. Malam ni dia buat makan-makan katanya. Majlis kesyukuran kot"

"Makan-makan? Majlis kesyukuran ? Kat Bukit Bintang? Sekarang? Pukul 2 pagi? Gila ke apa?"

"Mana la aku tahu. Tapi dia ada bagi alamat ni. Kita pergi je la. Jangan banyak tanya. Kang tak sempat pula."

Cigar yang belum sempat cecah separuh dibuang begitu sahaja. Dari bandar Melaka, Kancil VTEC MBA memecut laju menuju ke Bukit Bintang.



25 minit kemudiannya, mereka berdua sampai di sekitar Bukit Bintang. Ada sebuah bangunan yang tertulis Rootz dihadapannya.

"Kita dah sampai ke ni? Ni Bukit Bintang ke? Ni bukan Lot 10 ke?" Bagong berasa kekok melihat suasana yang meriah di sekeliling walaupun ketika itu hampir pukul 2.35 pagi. Ada patung-patung bergarak. Ada anak gadis menari-nari. Ada couple yang berpelukan. Dan ada bermacam-macam lagi yang boleh merosakkan jiwa. Tak boleh dibezakan langsung samaada gadis-gadis disekitar tersebut berpakaian atau pun tidak.

"Dari alamat dalam peta yang kawan kau bagi tu, ni lah tempatnya."

Suasana bingit dari dalam jelas kedengaran. Musik tekno mungkin. Sakit hati betul dengan musik tekno dan autotune ni. Tak ada seni langsung. Tak ada ketenangan. Macam mana nak dapatkan ketenangan kalau asyik pergi ke tempat macam ni?

Fayad terserentak. Dia dapat rasakan seolah-olah dia pernah pernah ke tempat ni. Ya, dia pernah jejak ke tempat ini dalu. Syurga para clubbing katanya.

Dia ingat lagi yang dahulunya dia pernah sampai ke tempat ni bersama Nazreen Wong dan Sinclair Wong. Pasangan terlarang yang entah kenapa tukarkan nama yang elok-elok diberi oleh ibubapa kepada nama yang entah apa-apa. Nama yang tak ada value.

Dan, dia juga masih ingat lagi yang disini lah dia berjumpa dengan John Hafiz. Lagenda blogger Malaysia. "Kalau you tak kenal I, maksudnya you bukan real blogger. Entah-entah, membaca pun you tak reti!". Kata John Hafiz sambil berpelukan dengan Samantha dan dua lagi gadis lain.

Lamunan terhenti apabila Bagong menarik lengan Fayad. Mereka berdua menuju kesebuah meja bulat berkilat. Ada seorang jejaka sedang duduk merenung sambil menikmati Black Russian. Black Russian, cocktail campuran vodka Stoli. Bukan sebarang Melayu boleh handle Black Russian.

"Zarippp. Yooo. Apasal tak enjoy? Party kau kan?"

Zarif terus membisu. Persoalan yang diajukan oleh Bagong dibiarkan tenggelam dalam musik rancak yang bebosankan. Gelas dicapai. Black Russian dihirup sehingga habis.

Zarif mengangkat tangan kearah gadis pelayan yang seksi. Gadis itu memandangnya. "One more!". Jeritnya. Sebagai pengunjung tetap, regular order dari Zarif bukan satu perkara baru. Semua orang tahu, cita rasanya terhadap Black Russian tak pernah berubah.

"Ni lagi sorang. Pantang betul aku bila aku tanya, dia buat derk je. Apa hal ni brader. Happy la sikit. Aku datang dari jauh ni."

"Hmm". Zarif mengeluh.

"Apa yang 'Hmm'? Cerita lah. Macam lah aku tahu apa yang ada dalam otak kau tu!"

Zarif memandang Bagong dengan pandangan kosong. Dan memulakan bicara.

"Gua sayang gila dengan life gua sekarang. Gua tak nak tinggalkan dunia gua ni. Gua tak nak tinggalkan clubbing sampai ke pagi, hisap cigger paling mahal, melayan gadis-gadis GRO dan menikmati Black Russian gua. Tapi pada masa yang sama, gua nak juga masuk syurga!"

"Apa maksud kau ni brader? Kau ni mabuk ke gila?!"

"Kau tak faham perasaan aku sekarang ni, Bagong. Kau pernah dengar tak dengan hadis :

 ”Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya (Tidak meluahkan perasaanya)
dan dia mati, maka matinya itu adalah mati syahid."

"Gua dah tangkap leleh dengan seorang awek ni. Memang leleh gila. Tapi gua tak nak luahkan cinta gua ni kat dia. Sebab nanti --" Zarif berhenti berceramah untuk menghirup Black Russian. "--Sebab nanti, mana tau kot-kot gua accident masa drive time mabuk, pastu mati, gua mati syahid! Boleh gua masuk syurga!"

Terdengar bunyi gelas pecah hasil balingan Fayad. Giginya diketap berulang kali tanda menahan geram setelah mengengar kenyataan kawan Bagong tersebut. Tapi dia sabar je. Kalau diikutkan hati, nak je dia kasi ceramah balas. Paling kurang pun, dia kasi kaki atas muka.

"Gua tahu pasal hadis ni time gua bukak Facebook hari tu. Ramai orang share. Benda-benda kat Facebook ni kalau kau nak tahu, 100% sahih!" Sambungnya lagi sambil menghabis kan Black Russian.

Malam tu berakhir begitu sahaja. Tiada parti liar, tiada parti buih. Hanya beberapa orang 'mabuk' yang mempercayai hadith riwayat Facebook dan ustaz-ustaz favorite.




Sumber gambar : Derek, Carlos

50 ulasan:

  1. percaya pada hadis yang mereka mahu sahaja. hadis lain??

    BalasPadam
  2. aku ade satu idea untuk kita, . . .

    cuba aku, kau, dan korang semua bayangkan seolah-olah ayat bawah ni ditujukan untuk diri sendiri, tak perlu orang lain yg kata pada diri kita, cuba kita sendiri yg menujukan pada diri sendiri, . . . . antara kita dengan diri kita sendiri, . . . . . . .
    ayat tersebut ialah :

    "Kau ni dah jauh terpesong _____. Akidah kau dah jauh sangat dah ni."

    isikan nama sendiri dalam tempat kosong dan katakan pada diri sendiri, . . . .

    kemudian renungkan sendiri dan cari jawapan tu dalam diri, . . . jangan suruh orang lain jawabkan, dan tak perlu orang lain tahu apa jawapannya, . . . .

    sebab memang manusia lain tak tahu pun jawapannya, mungkin diri sendiri tahu jawapan sebenar, mungkin diri sendiri tak tahu, . . .

    . . . tapi yang pastinye sentiasa ada yang tahu jawapannya, malah lebih tahu dari diri manusia itu sendiri, . . . iaitu Allah Yang Maha Mengetahui, . . . . . Dia lebih tahu dan faham tentang diri manusia itu lebih daripada manusia itu mengenal dan memahami dirinye(manusia itu) sendiri.

    komen ikhlas dari hati, . . .
    sama-sama kita renungkan untuk diri kita sendiri, . . . . (^_^)

    BalasPadam
  3. apa ke bangangnya cerita ini? tapi gua suka. muaha ha ha ha -__-'

    BalasPadam
  4. kahkah kah. sedebuk kat muka sharer2 kat facebook

    BalasPadam
  5. hahahahahaha. mendalam sungguh cerita nie. tp tetap style! :D

    BalasPadam
  6. @Mar - Iya, totally rekaan semata.

    BalasPadam
  7. dalam aku tergelak membaca, ada betulnya jugak entry kau ni. :)

    BalasPadam
  8. ini lah jadinya bila si jahil berbicara tentang Islam..
    sudah la sesat lagi menyesatkan..

    terbaik bro.K. very nice story :)

    BalasPadam
  9. 1. hadis tu, setahu den, hadis dhaif. hadis dhaif ni boleh amal, tp tak boleh buat hujah. dan tak, den tak dapat cerita ni dari fesbuk, den dapat dari member yg belajar kat azhar.

    2.rasanya ustaz feveret haramkan atau tak galakkan sebab lagha, bukan sebab ada kena mengena dgn yahudi ke apa. dah tu pulak gangnam tu dia promote macamana, tgk videonya, dgn pempuan seksi bagai.
    andai kata shafel ke berek dens ke ada jugak unsur2 macam tu, so dikira lagha la jugak.

    den bukan bajet alim dtg2 sini tiba2 nak ceramah ke kan. cumanya nak jelaskan sikit2 la ape yg tau. kot2 la ada yg baca ni pastu salah paham ke kan.

    BalasPadam
  10. Suka baca blog ni! Mmg rasa geram dgn mcm mcm hadis facebook yg keluar skrg kesahihannya blm pasti dah percaya.sewajarnya Al-quran itu yg dikaji. Mmg skrg ni semua ustaz feveret yg jd ikutan muda mudi bkn nak kata mereka salah tapi kdg kdg ssemua benda jd haram. itu haram ini haram ibrtnya ceritera gangnam style kat ats ni.

    BalasPadam
  11. bahaya lah dunie ni kalau ramai yang mcam ni..

    mnx jauh mnx jauh..

    BalasPadam
  12. hahha kenyataan zarif buat org guling2... =____="

    BalasPadam
  13. antara entry ter- genius. juga setuju dengan komen fikrahuddin. saya harap pembaca faham akan perkara yg nak disampaikan dalam entry ini.

    BalasPadam
  14. ada pendapat kata hadis tu hadis maudhu'

    Siapa masuk syurga, tu atas kehendak-Nya.

    Tapi tak bermaksud kita tak perlu berusaha.

    Paling tak boleh blah."Nak senang masuk syurga,mati syahid jom"
    kita boleh main2 dengan-Nya.Tiada jalan pintas.

    *saja nak bagi ceramah bagi yg membaca.

    BalasPadam
  15. siapa makan cili, dia rasa pedas..
    unsur metafora...makan dalam.
    terbaik.

    BalasPadam
  16. Ni hadis daif kan ?

    BalasPadam
  17. dah semua jadi xbetul ek? kau jela yang boleh post anything kat blog kau nih..

    jgn kerana mulut badan binasa..
    "mana elok boleh dikongsi, mana tak elok jgn dikongsi"

    tu jer prinsip nye..

    macam lain macam je cerita karut ko ni..

    jgn kerana ayat ko semua2 ni.. org anggap lain pulak..

    nasib ko la !.

    BalasPadam
  18. interesting. padat dgn isu real life sekarang dan unsur sinis yang mendalam. like!

    BalasPadam
  19. waalaikumussalam..

    kih3..senak perut aq..y bg tazkirh wt dosa sme je..y sorg ngek percyakn FB semata2..y sorg lagi..haishh..ap pun xbleh..lepak kt tmpt mcm tu lak tu..klo wt amar makruf nhi mgkr x pe r gak.Benda y rasa x baik tingglkn je terus..x yah nk bahas sgt lar.

    BalasPadam
  20. Hmmm...entry yg menarik pehatian..boleh d tujukan kepada hadis2 sharer di muka buku tu..biar depa tau yg mana hadis asli & hadis palsu (^-^)

    BalasPadam
  21. Hadis ni.......
    http://1manhajsalaf.blogspot.com/2011/05/sesiapa-yang-jatuh-cinta-kemudian-dia.html

    BalasPadam
  22. nohorom sungguh hadi dalam cerita diatas..campur laki pompuan tau haram, dedah aurat tau haram..
    tapi dok pegang2 awek yang pakai baju tak cukup kain..haramjadah sungguh hadi didalam cerita diatas

    BalasPadam
  23. Pympaian y sgt mndlm..mbuat kte terfkir sktika...astagfirullahalazim, moga kte xtergolg ddlm gologn y sia2..

    BalasPadam
  24. Finally, mr.K kuarkan entry baru. Dh lama menunggu :) Btw,thumbs up for this story! Dalam sungguh maksud yg ingin disampaikan..very sarcastic.Nice!

    BalasPadam
  25. hurmm..long time no see this blog...kelakar baca entri ni,de pengajarannya...buat siri ke-2 please..

    BalasPadam
  26. mr k.. bahaya entry nihh..
    ramai y terasa nti..
    silap2 mr k kne serang. huhu..

    moga2 berubah la warga2 fbook lpas ni..

    BalasPadam
  27. terbaik!
    haha
    teringat dulu pernah hulur hadis facebook tentang puas sunat enam kat somebody. habiss kene tembak dengan beliau sebab hujah status fesbuk tu memang merepek sama sekali.

    tapi kejadian tu berlaku dekat mamak la, ittew tak main lepak Rootz ni, bedose!

    BalasPadam
  28. ni namanya ikut hadis je...abis al-quran tu apa cerita..letak dlm almari je ke? hrp anak muda zmn skrg tak bnyk mcm ni..enjoy, enjoy jugak tapi berpada-pada la...

    BalasPadam
  29. betul..sokong fayad tentang gangnam style tu, sibuk semua org kate haram..yahudi la pebenda..tp kalo cite omputih yg tak habis2 pasal seks semua tu diorg bleh terima pulak..layan je kn..hmmm kalau nak kate haram semua cerita pon haram..cerita melayu pon..berlakon jadi suami isteri ada scene kt katil semua tu, haram gak..pelakon tu bukan muhrim pon, lain la kalau diorg mmg suami isteri

    BalasPadam
  30. good entry for those who can understand and know how to implemented the true meaning of this entry to the real life but it is a will-be-hated-by-anyone entry though for those who cannot understand the things you want to share.

    BalasPadam
  31. yg part John Hafiz tu... mmg selalu pergi clubbing kan? ehh.. ke situ plak. hehe.

    btw, cerita ini walaupun rekaan tapi itulah hakikatnya mentaliti orang Islam di Malaysia. sedih.

    BalasPadam
  32. gangnam style? benda tu jadi haram sbb ader awek seksi.kalo ader je yg tk tutup aurat,haram untuk mata. kalo hadis pulak,kena siasat kesahihannya. tapi kalo benda baik,apa salahnya ikot.

    BalasPadam
  33. Nice2.. Tpi bile nk post entry bru.. Xsabar nk baca nie...

    BalasPadam
  34. gua pon kaki share jugak..tapi share troll...jarang share hadis2 ni...haha

    BalasPadam
  35. tak berapa tahu sangat tentang GangNam Style tu, dapt tahu melalui review2 bloggers lain je . . . tak perlu tengok rasanya, . . . . . sebab takut tak tahan je, nanti nak tengok lagi dan lagi dan lagi, . . . . bahaya wehh, . . . dosa

    BalasPadam
  36. salam hadi dan ustaz feveretnya...
    fayad dan kancil vtec nye...
    bagong dengan makian...
    zarif dengan kejayaan dan kekayaanya...
    hahhahaa...
    entry lu mmg best dgn watak2 nya....

    BalasPadam
  37. haha. watak2 ko ni cam sume budak2 ko je. tapi asal watak boh cam playboy je. hahaha. ak rindu deruman kancil fayad.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.