Ni kisah 100% betul okay.
Sejak dari first day puasa, hinggalah hari ni, aku tak pernah balik dan berbuka puasa bersama famili. So, ayah aku call dan suruh aku balik. Dia suruh aku naik bas. Aku pun... aduh. Dah lama gila aku tak pergi Melaka / Kuantan naik bas. So, rasa kekok gila.
Selepas kelas Material dan Latex hari tu, aku pun pergi lah beli tiket untuk balik pada hari Jumaat 27 Ogos 2010. Sambil tu, aku beli hadiah birthday gedik girl.
Bla bla bla. Hari ni, 27 Ogos, tanpa solat Jumaat, aku rushing dari rumah aku ke Alor Gajah dan ke Melaka Sentral. Sampai kat Melaka Sentral tepat-tapat pukul 3 which is waktu bas aku betolak. Then masa nak naik bas tu, pak cik driver bas tu mintak tiket. Then bila aku kasi, dia tanya aku beli mana tiket ni sebab tiket tu macam tipu punya. Aku pun dah macam "Oh shit". Memang agak panas lah. Naik bas jauh-jauh nak ke MS tengok-tengok dia kata tiket tipu. Bla bla bla. Dia kata okay. So, aku pun naik lah. Seat aku, seat 32. Seat 33, kosong. So, memang aku bantai tidur lah dari pukul 3.15 hingga pukul 5.15.
Tepat pukul 5.15. Aku sampai kat Segamat. Aku keluar lah pergi tandas repair-repair rambut sambil basuh muka dan mulut yang ada air liur basi apa semua. Dan aku perasan, nak masuk tandas situ harga dia 30sen. Oh, dah mahal.
Then, selepas beli Pepsi botol dan sebungkus roti, aku pun masuk balik ke bas. Masuk je, tengok-tengok ada sorang awek duduk kat seat aku yang kat tepi tingkap. Perh. Ni tak cantik bai. Aku baru ingat nak sambung tido, ada awek plak kacau. Ah, pergi mampus lah. Aku nak tido juga. Aku harap dia tak salahkan aku kalau kepala aku menyandar kat bahu dia dan air liur basi aku meleleh kat baju dia.
Then, masa aku duduk sebelah dia. Aku rasa kekok gila. Memang agak kekok lah sebab aku memang jarang duduk serapat ni dengan perempuan. Rapat dia memang kurang dari setengah jengkal. Dah lah seat ni aku sendiri yang pilih nombor dia masa nak beli hari tu.
Pastu, perempuan ni gedik doe. Masa bas nak bertolak, dia dok bye-bye siap buat flying kiss kat kawan dia yang kat luar. Geli aku. Pastu cakap-cakap macam orang bisu. Bajet kawan dia boleh dengar. Eww.
10 minit berlalu. Aku dan dia tak buat apa-apa. Masing-masing diam membisu. Tiba-tiba, dia call boyfriend dia. Tapi yang aku pasti, orang yang dia call tu tak nak layan dia. HAHA. Padan muka. Kau fikir kau hot? Aku lagi hot lah.*Tiba-tiba.*
10 minit lagi selepas tu, aku tengok dia main mesej. Dengan siapa aku tak tahu. Setiap 1 minit, dengar ada sms masuk dari henpon dia. Dan lah bunyi theme Windows. Ah rimas betul. Aku pun terus ambil henpon aku. Then main sms juga. Sekali msg, 4 orang. Bunyi panjang pulak tu. Heh, ingat kau sorang boleh main sms? Aku pun boleh lah, gedik.
Selepas dia dah tak ada apa nak buat, aku perasan dengan ekor mata aku yang dia pasang earphone sebab nak tidur. So aku pandang lah muka dia. Sekali aku pandang, PERH, COMEL DOE. Jantung aku terus bedegup kencang. Tak tahu lah kenapa. Reflection agaknya. Tapi serious comel. Dia pakai baju kurung warna meroon dan tudung (shawl) warna putih.
Tapi kan, aku ni seorang yang pamalu. So, kalau korang expect untuk aku tegur dia, memang mustahil lah. Well, believe or not dari pukul 5.30 hingga pukul 7, aku tak bercakap sepatah pun dengan dia. Aku usha je. Tapi tu lah, dok sebelah-sebelah. Rapat pulak kurang dari setengah jengkal. Ingat senang ke nak usha macam tu? Lagi pun, usha mengusha awek di tempat awam bukan cara aku. Ehem ehem.
Tup-tup, masa tu dah dalam pukul 7.15. Dah nak berbuka. Aku pula rasa mengantuk gila. Ye lah siapa tak mengantuk duduk sebelah awek comel tapi tak boleh nak usha dan segan nak borak? Awek tu pulak tak nak plak tegur aku. Sombong betul. Heh. Aku tak pasti lah kenapa dia tak nak nak tegur aku. Mungkin kah kerana awek tu luar je nampak comel. Tapi dalam, perh, tak comel? Tak pun, aku rasa mungkin sebab suara dia macam lelaki kot. Tak pun suara dia teruk dan tak sedap macam kuda. Kalau dengar mesti nak muntah. So, baik aku tidur.
Tiba-tiba;
"Awak, dah masuk waktu berbuka ke?"
Perhhhhh. Suara dia. Mak aiii. Lemak manis betul. Memang cair ah. Aku punya melting point punya lah tinggi pun boleh cair. Memang kuat betul heat dia. Tak hairan lah suara tu tergolong dari aurat. Then, bila dengar suara, aku pun terus buka mata. Bila aku buka mata, terus:
Ooohoi!!!!
Kalau mata dah bertentang mata~
Hati didalam bagai nak gila.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
(Ulang korus)
Gila lah super duper cute muka dia bila pandang aku. Kiranya, dari mata terus jatuh ke hati bai. Dari hati terus jatuh ke errr. Nvm. Tapi soalan dia tu telah merubah segalanya. Hati ini yang dulu umpama gurun sahara kini sudah mula lembab. Yang dulunya tak ada tumbuhan kini sudah ada benih-benih bunga cinta. Bunga tu pulak, terus menguntum mekar. Tak ada dah masa nak main tumbuh-tumbuh daun apa jadah itu semua.
"Ye" Aku jawab. Padahal aku tak tengok pun jam dan aku tak tahu pun berbuka pukul berapa. Bila aku dah jawab 'Ya', dia terus buka beg dia nak minum air. Aku terus tanya balik "Dah masuk waktu berbuka ke?". Dia pun pelik. Ye lah, tadi dia tanya 'dah masuk waktu ke belum'. Aku boleh kata 'ya'. Sekarang, aku pulak tanya soalan yang aku dah jawab tadi.
"Dah berbuka kot" Dia jawab sambil stay dengan muka tengah pelik dia.
Walau pun mengarut, itu lah perbualan pertama antara aku dan dia. Oh. So romantic. Pulak tu, menu berbuka kiteorang berdua sama tau. Dia ada satu roti, aku pun ada satu roti. Dia ada satu botol air. Aku pun ada satu botol air. Perh. Memang banyak persamaan. Sayangnya aku tak beli chocolates atau apa-apa makanan lain. Kalau ada, mesti lagi romantic boleh share.
Selepas borak-borak, aku dapat tahu yang dia belajar di Segamat dan rumah dia adalah di Johor Baharu tapi family dia pindah Kuantan untuk sementara. Dari gaya, dia ni tak adalah high maintenance. Dia ada tanya aku kot-kot aku ni student UITM segamat. So, maksudnya, dia bukan budak UITM. Kat segamat ada berapa banyak tempat belajar yea? Kalau tak banyak, boleh lah aku cari dia kat facebook. Dia memang comel. Tapi comel lagi budak utara yang 'tu'. Hehe.
Tapi yang aku perasan dari mula adalah dia dah pakai cincin kat jari doe. Well, bila seorang perempuan tu pakai cincin, tahu apa maksud nya? Maksudnya, si lelaki perlu work harder sebab bukan senang untuk merampas isteri atau tunang orang.
Then, masa nak sampai kat terminal bas Kuantan tu, aku perasan yang ayah dia asyik call. Aku tanya dia, dia cakap ayah dia dah tunggu. So, aku andaikan yang ayah dia tengah risau kan dia. Bila di fikir-fikirkan balik, aku rasa ayah dia TAHU yang anak dia yang sorang ni amat comel dan mungkin akan di kacau oleh lelaki-lelaki gatal di dalam bas. Tapi, apa yang ayah dia TAK TAHU, ialah, ada seorang lelaki yang baik yang sedang duduk di sebelah anak dara dia. Kalau ayah dia tahu tu, mesti ayah dia tak akan risau.
Kan?
But then, I did not managed to ask for her phone number. Not even her name. What a shame.
:((