Memaparkan catatan dengan label Hoax. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hoax. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mei 2011

(Busted) Osama Bin Laden Tak Mati Lagi.

Assalamualaikum


Hello babies.

Tadi masa aku drive dari Terengganu ke Kuantan, aku bukak la radio Hitz. Then Sinar. Then bila sampai kat mana tah, ada satu siaran je which is Klasik.FM (Kot). Duh. Nak tak nak, dengar je lah Klasik.FM tu.

Then dalam pukul 6 agaknya, ada berita semasa kat radio tu. Dengar-dengar, aku perasan dia cakap Osama bin Laden dah mati. Aku pun rasa macam terkejut la juga. So, "Betul ke Osama bin Laden dah mati?". Well, kita semua tahu kan yang benda-benda di internet ni tak boleh dipercayai.

Then, bila sampai rumah, aku search lah. Tengok-tengok, tu semua adalah hoax and fake.


Gambar kematian Osama? Photoshopped.

Sumber :
LiveLeak
PB

[Update] So, tadi aku tengok TV3, memang dieorang kata dah mati. Aku keep searching, ada yang keluarkan bukti kata Osama dah mati, dan ada yang keluarkan bukti yang kata tak mati lagi. So, semakin banyak aku search, semakin banyak doubt yang keluar.

Tapi, masa PM ada bercakap kat TV3 tadi, aku mula terfikir. Osama ni korang anggap pengganas atau pejuang fisabilillah?


Selasa, 15 Mac 2011

Tsunami di Jepun dan di Al-Quran. (Mythbusting)

Assalamualaikum

[Miracle]

Hello guys.

Actually, hari ni aku nak post satu entri yang simple. Tadi, masa aku curi-curi buka facebook di office, aku perasan satu article yang berlegar-legar di internet. Aku tak tahu siapa yang cipta benda-benda macam ni. Dan nasib baik pencipta article ni tak kaitkan dengan Freemason.

Sebenarnya, aku tau yang antara korang dah ramai yang baca article ni. Tapi, aku punya special sikit. Aku tak main copy paste je. Aku buat sedikit research even tengah penat.

Apa pun, sila baca dan sila terpegun.

******************


1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. (Checked - Menggunakan tahun Hijrah berbanding Masihi.)

2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4.


1. Rujuk di Quran.

[Quran]

Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr (Checked - true), dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".(Checked - True - Sahih International)


2. Kedudukan Jepun 



[Japan]


Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) (Checked. Its true)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. ( I don't know what the hell is this)

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53 (Checked. Betul. Its Sendai btw)

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. ( Aku dari tadi tak tahu apa kaitan semua benda ni dengan nombor 3)

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi. (Checked - Gegaran naik slow-slow start dari sekitar pukul 6 UTC)


4. Hari melapetaka.


[The Down]


Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. (Yup yup. Tapi macam mana pula dengan angka 4? Kenapa ada nombor yang tak represent apa-apa? Mungkin kerana ianya masih rahsia. Who knows?)

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

*******************

Aku nak pertikaikan article ni. Maklum lah, orang zaman sekarang suka sangat reka benda-benda kontroversi macam article freemason dan illuminati tu. Dan kalau macam article freemason /  illuminati, free-free je aku boleh pangkah dan hentam.

Dari article di atas, ada benda yang boleh dipertikaikan. Tapi... I got no solid reason to doubt it, tak macam entri-entri Freemason dan Illuminati yang merapu. And, article di atas adalah AWESOME. Aku tak tahu siapa buat article di atas, dan aku tak boleh nak pertikaikan langsung. Holyshhhh. Ini lah article pertama yang aku tak boleh nak pertikaikan. And it is damn true.

May Allah bless us.

[Update] This is not the good reason why you should believe on Quran. You should believe on Quran for something more than just a 'solid' statement. Agreed with Milf yang "Anybody with good analytical skill could find this after the events had already happened. It would be even more impressive if they had predict it before it happen.".


Khamis, 25 November 2010

Anti - Teori Konspirasi, Freemason, Justin Bieber dan Evil Message.

Assalamualaikum

[By - Unknown]

Hi. Beberapa hari lepas, aku dapat beberapa spammer yang mungkin obses dan taksub dengan Freemason & Illuminati. Well, you know... Freemason....Illuminati. The things that Malaysian or mostly Malays love it so much for making the issues. So, aku amat berharap yang spammer tu masih ada di sini. Sebab aku nak troll se-troll-trollnya.

Well, aku tak faham lah. Ada orang kata Lady Gaga buat lagu yang Freemason /  Illuminati. Kalau terbalikkan lagu tu, boleh dengar mesej yang terserat. Alah. Mengada-ngada betullah lah Freemason / Illuminati nak main terbalik-terbalik lagu and mesej tersirat ni. Bagi tahu direct to the point tak boleh ke? And then, now, keluar pula isu Justin Bieber punya song bila di reverse kan, akan keluarkan lirik-lirik yang memuja syaitan dan Immuninati. Tapi kan, aku pelik sebab WHAT THE HELL IS GOING ON? Berjuta orang view video kononnya Justin Bieber / Lady Gaga / Michel Jackson ni adalah geng One-World-Order-apa-tah, tapi tak ada sorang pun nak check kan kesahihan video tu.

Dan, aku juga dapat satu video kat facebook yang gila lah gempak. Superb punya gampak sekali korang tengok, mesti gugur jantung. Tak percaya, sila tengok video di bawah.


Video di atas adalah pasal lagu Justin Bieber yang di reverse kan. Dan, bila dah di reversed, korang boleh dengar evil message yang dia nak sampaikan. So, selepas anda melihat clip video yang ada mesej yang di tayangkan di atas, apa yang perlu anda buat? Apa? Kaji? JANGAN. Jangan kaji kesahihan video tu. Kita kan orang Islam. Kita kan orang Melayu. Orang melayu mana main kaji-kaji ni. Sebab, sebagai orang melayu, kita perlu cepat melatah dan paranoid serta bersikap overreacted dan tanpa membuang masa serta tanpa berfikir, kita perlu forwardkan video tu ke serata dunia. Why? SEBAB FREEMASON IS EVERYWHERE AAARRRHHH. WE ALL GOING TO DIE!.

Then then then, kalau korang ada jumpa artilce cakap air Pepsi tu haram atau Colgate tu haram, atau air mineral ada Holy Water yang haram, korang jangan kaji artilce tu. Korang wajib percaya. Why? Sebab artikel tu at least mengajar korang untuk berhati-hati terhadap benda haram. Tak apa kalau article tu fitnah Colgate ke, fitnah KFC ke, fitnah McD ke, yang penting, objective article tu tercapai. Matlamat kan membenarkan cara. Fitnah sikit pun apa salahnya.

Duh,


This cute-cute entry, aku tujukan khas kepada sesiapa yang amat fanatik dan obses terhadap Freemason / Illuminati sampaikan semua benda nak di mark / cop sebagai Freemason / Illuminati. Atau, mereka lebih di kenali dengan penganut teori konspirasi yang tak der kerja nak buat selain reka cerita.

Well, betul ke video Justin Bieber dan evil message dia tu? Mari kita tengok kesahihan video tu.

Mula-mula, kita download video tu then kita convertkan video yang amat sahih tersebut ke audio. Of course lah kita converkan ke format yang paling mudah which is MP3. For me, aku guna Hamster Free Converter.


Then, selepas dah format, kita akan dapat audio pasal lagu Justin Bieber yang paling sahih yang ada secret message tu. Then, well, aku tak pandai lah pasal CSI atau kaji audio ni. Tapi, aku tau yang kita boleh tengok graph atau audio spectrum atau apa-apa je lah nama dia, melalui Audacity.


 3 parts in a video


Aku ambil part pertama je.


Yang belah kiri adalah original song dan yang belah kanan adalah reversed song (kononnya).


Aku select yang reversed part of the song.


Aku reverse kan nya sekali lagi. Why aku reverse kannya? Sebab katanya, part yang belah kanan dah diterbalikkan untuk dapatkan secret message yang boleh di revealkan. So, kalau dari segi teori, menterbalikkannya lagu yang dah terbalik, akan memberikan lagu original kan?


Belah kiri adalah yang original, dan yang kanan adalah double reversed part of the song.
And  mari kita compare.


Sila besarkan gambar untuk comparekan sendiri.

Okay fine korang tak percaya dengan apa yang korang lihat. Biasalah, manusia. Bila dah ada mindset yang tersendiri, memang susah nak terima pendapat orang lain. So, memandangkan mata anda pandai menipu anda yang menyebabkan anda tak percaya akan bukti yang aku keluarkan, aku dengan rajinnya mengupload lagu tersebut. Lagu Justin Bieber yang ori + lagu yang di reversed kan. Korang boleh dengar sendiri yang lagu tu dah di edit yang menyebabkan ianya menghasilkan 'evil message' bila di reverse kan. Tak tau lah kalau telinga anda pun pandai menipu.

*****************
Lagu ori pada beberapa minit pertama, then lagu yang double reversed di beberapa minit kemudiannya. Korang boleh dengar dengan jelas yang lagu tu dah di edit supaya ada lirik konon puja syaitan satanic orb.

*************

Tak guna punya Illuminati. Tak pasal-pasal, aku dah pecah rekod sebab ada lagu Justin Bieber dalam laptop aku. Sebab kalau nak diikutkan, lagu Justin Bieber memang tak pernah ada kat laptop aku sebelum ni. Tapi, bila isu Illuminati ni keluar, nak tak nak, aku kena download juga. Well, I don't like Justin Bieber. Why? Because I don't like her style and her song. Yeah, she just listed as #7 of 50 Most Popular Women Based on Google Ranking, but still, she is not my type.

Dan yang terakhir, logik ke mamat Justin Bieber yang girlish boy tu jadi Young Leader of Illuminati New World Order? Yea, Hell no. So, that video is fake and hoax video. I just proved that. Kalau korang tak percaya, korang boleh prove kan sendiri. Try ah. Wajib try bagi orang-orang yang fanatik dengan freemason-is-everywhere dan geng theori konspirasi.

[By - Unknown]

Geng freemason / Illuminati rancang kelahiran Dajjal? Alaaa balik-balik isu ni. Allah kan dah cakap dah Dajjal tu akan tubik (keluar) juga nanti. Sebab apa? Sebab Allah yang lepaskan Dajjal. Bukannya geng Freemason. Then, selepas benda pelik tu di lepaskan bla bla bla, Nabi Isa akan turun dan bunuh Dajjal tu. Tu benda dah tulis dalam Al-Quran. Nak di kaitkan dengan Freemason dan illuminati apasal pulak?

And then, pasal Horsemen. Ada pula geng Freemason kaitkan Knight Templar dengan Horsemen. Padahal Horsemen tu kan fahaman dari bible. Sejak bila pula penganut theori konspirasi ni percaya kat bible? Tahu tak bible tu dah berapa banyak kali di tulis semula sedangkan Al Quran dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah? See? Tak pasal-pasal korang (Peng-taksub Freemason) dah percaya kat Bible.

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

  1. Bacaan yang mengajak kita berfikir (Buku H.M Tuah, Hlovate, Irfan Khairi, Andrew Matthews)
  2. Bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya. (Black Bible, Theory Conspiracy, Mastika, Infiniti dan Blog Anti -Freemason)

Jenis bacaan yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri. Dan jenis bacaan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi brainless zombie.

So, Justin Bibir ni ada kaitan dengan freemason? Iklan Tv3 ada kaitan dengan freemason? AJL2010 ada kaitan dengan Freemason? KLCC Twin Tower ada kaitan dengan Freemason? Logo Mara ada kaitan dengan Freemason? Sejarah pembetukan Malaysia ada kaitan dengan Freemason?  TNB Malaysia ada kaitan dengan Freemason? Then Knight Template Templar? Haha.

What a joke.


This is the reason why, you shouldnt simply believe any video, article and shits from the internet.

P/s : Aku bet nanti korang akan nampak anonymous pencinta dan obsess theori konspirasi spam kat chatbox aku.




Sabtu, 28 Ogos 2010

Kisah Benar Pengakuan Paderi? Padahal Article Tu Rekaan Je.

Assalamualaikum

Blah blah blah. Ni berita palsu yang aku ambil kat facebook yang ramai gila dah dok forward.








KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.


Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .



Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.



Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.



Aku tak nak cakap banyak lah kan. Aku cuma nak tanya korang yang asyik dok forward or share article pasal "bahaya Holy Water", "Orang Kristian jahat plan nak masukkan Holy Water dalam sumber air Malaysia" atau "Air tin/kotak ni telah dicampur dengan holy water bla-blah"

So aku cuma nak tanya korang. What the hell is Holy Water?


Ye lah, korang dok kata Holy Water bahaya lah, sekali dah terminum dah tak boleh mengucap lah. Sekali dah minum terus murtad lah. Apa lah itu lah ini lah. Tapi korang tau tak apa benda holy water tu? Dok post cakap pasal Holy Water tapi tak tahu apa benda tu Holy Water, apa kes? Holy Water adalah air biasa. You know. Air biasa. Tapi dia di campurkan dengan minyak zaitun dan di letakkan di pintu masuk gereja sebagai simbolik bla bla bla dan di bacakan bacaan. Even orang kristian pun tak ada nak minum air tu sebagai santapan harian. Ianya bukannya macam air bacaan Yassin yang setiap malam jumaat.

Orang asyik kata air tu boleh buat orang tak boleh mengucap. Tapi, seumur hidup korang, pernah ke korang dengar sendiri (dengar depan-depan dan bukan dengar dari kawan punya kawan punya kawan punya kawan punya kawan) ada orang tak boleh mengucap? Even orang kristian pun relax je mengucap. Paderi pun boleh mengucap. So, mana datangnya isu Holy Water buat korang tak boleh mengucap?

Pasal holy water satu hal. Pasal article mamat yang bermana Salleh bin Omar atau nama Kristian dia Joseph ya Allah tak sedap betul nama dia. Alang-alang nak tukar nama tu, tukar la yang best macam Sylar ke. Peter Petrelli ke. Bruce Willise ke.


Pasal article tu, kat perenggan ke-3. Dia ada sebut pasal Ibu Tien Sueharto (Nama sebenar Siti Hartinah -Soharto) . Aku tengok nama ni aku rasa pelik. Apa hal isteri President Indonesia ke-2 tiba-tiba boleh jadi Asian Christian Women's Association? Okay lah fine lah. Dia ada agenda tersendiri macam Illuminati. Kiranya Tien Sueharto ni ada kuasa besar lah sebab boleh join Asian Christian Women's Assosiation. So, dia adalah pemimpin ACWA. Tapi suami dia bukan ke adalah pengasas Indonesian Association of Muslim Intellectuals (ICMI)?

Eh kejap. Isteri pengasas persatuan Kristian, suami pulak pengasas persatuan Islam? HAHA. Wtf WTF. This is 100% tipu ah.

Part tak boleh blah, siap masukkan lagi ayat konon nak tunjuk betul siap cakap "Sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan." Eh, tiba-tiba je patah tangan keluar. Pastu kononnya nak cakap kat Pahang dah di takluk oleh Kristian ah?

Baru 3 perenggan pertama 'cerpen' fitnah ni aku baca, dah macam-macam cerita palsu ada. So, terpulang lah kepada anda sendiri yang bajet nak mempertahan kan agama sangat. Padahal Kristian tak buat apa pun. Yang kita Muslim ni kecoh overreacted tak bertempat.

Benda-benda lain yang membuktikan yang article di atas adalah tak betul :
  1. Gereja di Jalan Gasing Pernah di lawat oleh pakar-pakar agama Islam seperti Nik Aziz.
  2. There is no such Persatuan Melayu Kristian Singapura.
  3. What the hell is Port Carzy? Wujud ke nama tempat tu?
  4. Holy Water yang hitam dan boleh buat lidah jadi bla bla. Pastu boleh pulak kata air tu hanya untuk orang Islam je. Boleh pula air tu kenal orang.
  5. Victoria Institute tak pernah ada pengetua / Headmaster orang Melayu. Kebanyakkanya adalah orang dari luar.
  6. Abd Rahman Yaakob - Bukan ke dia ni Yang Di Pertua Negeri Sarawak? Siap dua kali kahwin lagi. Padahal dalam article tu tulis sebagai paderi tak boleh kahwin.


Dan yang terakhir, orang yang tulis article ni konon nak tunjuk Islam lah sangat letak Surah Al-Ahzab:71. Sambil tu ada letak hadis Nabi cakap "Sebarlah ayatku walau satu pun.". Seriously, hampir setiap article yang ada ayat "Sebarkan ayatKu walau satu pun" adalah fake dan hoax. Yes. Hoax. Tapi apa yang orang Islam suka buat? Suka forward. Sebab apa? Sebab konon nak pertahankan sangat lah agama. Padahal, tak ada apa-apa isu pun.

Ni bukan mempertahan kan agama. Ni memalukan agama sendiri. Dah lah memalukan agama sendiri, fitnah orang yang dah meninggal pula tu. So, aku nak cakap yang tak ada satu benda pun kat dalam article tu yang aku percaya. 

Daripada post article rekaan ni, baik korang post pasal Dosa Berzina ke. Fadilat Puasa 6 ke.

Tak pun, sebarkan lah kelebihan isteri yang kasi suami kahwin dua... Okay juga.

Wekk.