Sabtu, 9 Februari 2013

A Day With Randoms!

Assalamualaikum w.b.t 


Hai kawan-kawan. Selamat menyambut tahun baru 2013. Eh. Eh. Ya, bagi anda yang masih belum perasan, ini adalah entry aku yang pertama di tahun 2013. Macam-macam yang terjadi kat aku pada tahun 2012 dan awal 2013. Walaupun bumi berputar dengan perlahan, tapi dunia aku berputar dengan pantas.

Ketika aku menulis entry ni, waktu sekarang adalah pada pukul 4 pagi. Aku baru tiba dari KL dan Shah Alam untuk jumpa beberapa orang. Actually, kalau ikut perancangan, aku sepatutnya jumpa beberapa orang. Tapi, oh well, perancangan kadang-kadang mudah fail. Walaupun begitu, ianya diakhiri dengan baik even aku ke KL / Shah Alam hanya dengan balik-hari.

Aku memang selalu pergi KL / Shah Alam balik hari. And then, ramai sebenarnya yang terkejut bila aku kata bergitu. Tapi aku memang suka balik hari. Penat? Ya penat of course tapi aku lebih suka berehat di rumah sendiri, di bilik sendiri yang bersepah-sepah dari rumah orang lain yang bersih.

Ikea Meatball
Aku sebenarnya agak kekampungan. Aku tak suka suasana bandar yang siang. Tapi suasana bandar ketika malam, aku amat suka lebih-lebih lagi kalau orang tak ramai. Sebabnya? Sebab aku tak suka berada dalam crowd. Aku tak suka suasana crowded. Walaupun begitu, untuk pertama kalinya, aku keluar sebentar dari zon selesa itu semata-mata untuk ikea meatball. (Actually bukan untuk Ikea meatball. Ianya adalah untuk lain. But... Nevermind Im not gonna tell you anyway. So carry on.)


Sebenarnya, expectation aku untuk Ikea meatball adalah amat tinggi memandangkan semua dok instagram benda tu. Tapi bila aku makan, aku rasa yang paling sedap pun adalah dia punya kuah (kampung tak bunyi nyabila sebut kuah?) dan kentang je. Tapi still aku terpaksa admit yang meatball dia memang jauh lagi sedap dari mana-mana meatball lain yang wujud di Malaysia. Tapi kenapa aku tidak berjaya habiskan meatball tu? Maybe sebab meatball bukan taste aku?

Ataupun, maybe disebabkan aku makan meatball dengan dua gadis comel, so otak aku memfokuskan kepada deria penglihatan berbanding deria rasa? :O

Kerja Gila
Aku jarang buat benda gila. Biasanya kalau aku nak buat something, aku akan plan betul-betul. Tapi tadi semasa aku nak balik naik bas, aku buat kerja gila. Actually, masa tu sekitar pukul 10.30 malam. Aku tak tahu nak tidur rumah member atau balik rumah (Kuantan). Persoalannya, sekarang adalah musim perayaan (Chinese New Year) tiket kemungkinan besar dah habis. Dan aku masih belum beli tiket pada masa tu. Gila tak? Gila kan? Tapi aku still gamble. Selepas lepak-lepak sekejap, aku decide untuk tidak tidur di rumah kawan. So aku yang ketika tu berada dalam train ke Shah Alam, berpatah balik untuk ke Puduraya.

Aku sampai Stesen bas Pudu dalam pukul 11 malam dan time tu as expected tiket bas ke Kuantan memang all sold out. Iya la. Musim perayaan kan. Tiket yang ada pun hanya pukul 8 pagi. 8 pagi dan hari isnin. Hari ISNIN. HAHAHA. Okay Im dead.


Aku tanya setiap kaunter kot-kot ada cara lain untuk aku balik malam tu juga. Tapi semua kata tak ada. Dan pada masa yang sama, ada suara-suara yang mengatakan "Kau tak akan balik ke Kuantan malam ni! Kau tak akan balik Kuantan malam ni!". So memandangkan aku ni lelaki dan tidak segelabah kaum perempuan, aku pun beli lah satu air tin dan duduk bagi mengelak rasa panik. Ni adalah satu masalah dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Setelah berfikir, aku buat satu konklusi. Kaunter tiket hanya menjual tiket bas. Tapi bas yang balik ke Kuantan tu, di-drive oleh orang lain. So, dari situ, aku dapat satu idea. Aku pergi ke tingkat bawah dan tengok screen jadual perlepasan bas ke Kuantan dan aku pergi cari setiap bas yang menuju ke Kuantan untuk tanya sendiri driver bas tu kot-kot dia boleh dapatkan extra seat for me.

And guess what. Hampir setiap bas ada atleast 1-2 kekosongan yang memang tidak diberikan kepada pelanggan di kaunter. Seat tu biasanya either seat depan sekali or seat belakang sekali yang disediakan untuk 2nd driver. Tapi 2nd driver biasanya tak ada or 2nd driver akan duduk di customized kerusi yang bersebelahan dengan pintu. Tapi tak semua pelanggan tahu pasal ni.

Jadi next time kalau korang tertinggal bas ke, lupa beli tiket ke. Emergency nak balik ke. Korang jumpa sendiri driver dan tanya ada extra seat tak. Kalau dia kata tak ada, korang tanya "Seat untuk tumpang bas ada tak". Driver bas tu akan faham. Dan seat yang korang akan dapat ada exactly sama dengan pelanggan lain. Cuma ianya tidak dijual di kaunter secara direct.

Kenapa dah lama tak update blog.
Aku sangkakan soalan ini banyak ditanya hanya Facebook dan Twitter. Rupanya aku silap. Bila aku jumpa kawan-kawan aku di real life, dieorang pun bertanya soalan yang sama. Setiap orang, tanya soalan yang sama. Dan bila ditanya, aku tak tahu nak jawab apa. Tapi aku likely akan menjawab "Tak ada idea" or "Tak ada masa" or "Tak ada isu menarik". Tapi sebenarnya, aku tak rasa tu semua betul. Idea bersepah-sepah. Masa banyak. Tapi hanya malas.


Aku rindu sebenarnya untuk menulis tanpa merujuk kepada sesuatu. Aku rindu keadaan bila aku letak je jari di atas keyboard, idea datang mencurah-curah dan jari aku mula menaip dengan sendiri nya. Aku dah lupa bila last time aku alami keseronokan tu. Sebab bila kita membesar, cabaran makin banyak yang datang. Dan keseronokan menulis hilang apabila kita mula fikirkan masa depan yang tak nampak cahayanya.

Actually, I am lost. I dont really know what to do. Once I start thinking about my unseen future, aku jadi risau dan semua kerja lain jadi terbengkalai. Maybe thats why la blog aku dah tak se-fun dulu. Dulu, aku menulis sebab aku tak risaukan masa depan. But now, bila hati dok fikirkan masa depan, nak mengata gadis-gadis comel di blog pun tak mampu. Apatah lagi untuk meluangkan masa untuk menulis.

Anda semua akan faham situasi ni bila anda mula ada tanggungjawab tetapi keadaan kewangan anda amat tidak stabil.

Menunggu vs Tertunggu
Aku sebenarnya tak suka berjanji Melayu. Kalau aku janji pukul 5, aku nak sampai pukul 4.50. Jam kat rumah aku cepatnya hampir 25 minute. Jam kat handphone aku cepatnya hampir 15 min. Sebab aku memang tak suka terlewat. Tapi yang paling penting, aku benci menunggu orang. Walaupun aku benci menunggu orang, aku lagi benci buat orang tertunggu-tunggu aku. Kalau aku buat orang tertunggu-tunggu, aku akan rasa bersalah gila. Aku tak tahu kenapa.

Jadi, jika tadi saya ada membuat awak-awak-awak dan awak tertunggu-tunggu, saya minta maaf.

P/S : Dah lama tidak menulis. Harap tiada typo.



26 Comments:

Paly berkata...

takpe, curah jer idea2 tu, bes untk d bace ni...

www.paly.my

atiqah93 berkata...

woho. betul. saya pun tak suka menunggu orang tapi lebih baik tunggu dari di tunggu.

dah lama tunggu entry baru mr k. thanks for keep updating ur blog. :)

Sayang Faleha berkata...

welcome back..harap2 pas ne akan ada lg entry yg myusul..^^

fahmie firas berkata...

Best of Luck Mr. K.. May Ideas showering you soon :)

iMah berkata...

i miss u .. Hi Hi..
apsal macam sayu je pulak aku bace entry kali ni...

Atien Dyana berkata...

"bila anda mula ada tanggungjawab tetapi keadaan kewangan anda amat tidak stabil."
ayat encik khairul sangat baik.. huawahhh.. bezanya utk sy, "walaupon kewangan stabil, bila anda mula ada tanggunjawab tetapi anda tetap tidak merasa selamat memikirkan ubat yang anda beri membahayakan atau menyelamatkn nyawa pesakit"
take your time encik khairul.. i never knew you in real but i know you are responsible person.. you will be okay.. :)

Tanpa Nama berkata...

cara kau menulis dah menunjukkan betapa bimbangnya kau dengan masa depan kau...aku turut kasihan kat kau....

p/s : agak skema cara penulisan kau kali nie..

Denana berkata...

Huhu..fez time komen..
Btw,i love ur blog..sentiase trtunggu2 entri2 yang baru..thumbs up! Mr.K....

max*bubble berkata...

No typo (Y)

Tanpa Nama berkata...

:-)

emilyuhanis berkata...

dont worry be happy ;)
INSYALLAH ..

kim fa tin berkata...

same la kita mr.k.. saya pon x suke tunggu orang. rase macam nak tinggal je org tu. and akan rasa bersalah gila kalau buat org tetunggu-tunggu. paling lame sye pernah buat orang tertunggu-tunggu setengah jam. rase bersalah gila. and paling lame sye pernah tunggu orang 2 jam setengah! omg, xtau kat mane sye dpat kesabaran tu.

ladyinwhite suria berkata...

Hebat!! Aku pun selalu beli tiket last minute tapi tak pernah la sampai dah habis tiket. So, lepas ni tau lah...Thanks

putri berkata...

penulisan kau kali ni serious. means that kau dah matang. semoga dugaan + ujian yg dtg membantu future kau. eh,lagi satu, bila rasa lost carilah Allah. Dia sumber terbaik kita dan bacalah ayat2 cinta dari Dia.. All the best for your future..!

Izz Hazwani berkata...

Ok, suka idea Mr K ni. Tapi masalahnya nak buat kerja agak gila-gila ke tahap Mr K - masih belum mampu.

ciksengeh :D berkata...

welcome back ! hehe :D betul . benci org yg tak tepati masa .

Izzat Eshak berkata...

Selamat menulis blog kembali!

Tanpa Nama berkata...

yes! memang tertunggu2 ^^ sehari tak usha blog ni terasa ada yg kurang >///< :hee: anyway, just tyt ^_^ aku pun dlm posisi sdg memikirkn my unseen future =..= kinda... hmm :) and keep it up! ~.^ :hee:

Mustaqim Johar berkata...

Finally..!!!! Lame btol tgg Mr.K nak update....

MuhammadKhairulArifRadzi berkata...

bila dah makin dewasa ayat pun dah berubah sebab memikirkan apa yang akan berlaku dimasa akan datang,

love your writing Mr K :)

inna_risna berkata...

mr.k dah kembali. =)
kali nie entry mr.k nmpknya lebih matang dan punya kebimbingan thdp masa depan. kan?

Tanpa Nama berkata...

Saya pilih untuk comment. Am going to tulis elok-elok then. You dont have to publish this cause it might be long (will you listen to me? nah..)

Just a silent reader..
Somehow, this entry make me want to write back
Ive been there. Worried, undecided, in other word helpless..
You should be worry, its a good thing. At least you know how to worry instead of just abaikan saja masa depan you (macam kebanyakan budak-budak sekarang yang tak pernah berfikir dengan serius)
BUT
Dont let that worry controlled your life. One thing i learnt the hard way in life...
instead of just doing what other people do...
instead of just going with the flow..
instead of just doing what you've being told to..
follow your heart.
do what you love to.
unsure either it was the right things to do?
you never know until it was done
even if you failed...
you will failed dengan bergaya~
and if you don't
tahniah! you have found what you've been looking for. good for you ^^"

anyhow, welcome to life. its never been so long but look at how much you've grow.

awesomeME berkata...

Mr. K, kau igt tak kau pnh ckp dulu masa kecoh psl kiamat 2012, kau ckp klau tak kiamat time tu, kau akn tulis kat blog? kan? ke tak betul? haha, damn it aku tunggu entry kau! LOL. btw, nice entry. rasa mcm bkn Mr. K. got problem eh?

Tanpa Nama berkata...

you're a wallflower.

Tanpa Nama berkata...

ini semua poyo !!!

Miss S berkata...

Mr.K ko ada masalah ke ? from ur writting i can "smell" yang ko dah tak semangat . Move on my febereett blogger !

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger