Memaparkan catatan dengan label Real Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Real Life. Papar semua catatan

Khamis, 13 Oktober 2011

Apa Itu Saka dan Kenapa Orang Bela Saka.

Assalamualaikum


Hello girls yang takut hantu sekalian. Stay up late tonight? Good.

Kalau korang dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti korang suka berborak kan? Kalau tak berborak dan bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti korang suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.

Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tahu pun yang dia tu ada saka. But seriously, korang tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?

Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.

Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.

Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia kaan sakitkan hati orang di sekeliling korang. For example, korang adalah perempuan. Korang ada saka. Setiap malam jumaat, korang kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka korang. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga korang.


And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang korang kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then korang just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, korang mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, korang kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka korang. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.

Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau korang nak tahu yang korang ada saka ataupun tak. Korang tengok je diri korang. First tengok diri korang masa tengah tidur.

  • Korang susah tidur malam tak?
  • Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
  • Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
  • Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
  • Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
  • Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
  • Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
  • Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.

Dan jangan risau, if korang pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud korang surely ada saka. Kadang-kadang, mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud korang akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa korang tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:

  • Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
  • Susah nak buat ibadat.
  • Mudah penat.
  • Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
  • Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
  • Ada penyakit tertentu.
  • Mudah give up.
  • Amat mudah untuk marah-marah.
  • Sensitive and emo.
  • Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.

Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6

So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih korang instead dari adik beradik korang, and then korang terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka korang baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab korang tak nak layan dan beri makanan kat dia.

Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?

Yaaa. Korang pun tahu yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup korang. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?

Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.

Superpower
Andaikata korang tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex korang. Di sebabkan dia ex korang, dia tahu nak rosakkan hidup korang je. Setiap hari dia stalk Facebook korang then buat cerita buruk tentang korang kat Twitter dia. And then, korang rasa panas gila. Apa yang korang boleh buat? Yeah, korang boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.

Kecantikan
And then, kalau korang rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, korang boleh pertingkatkan kecantikan muka korang dengan menggunaka saka korang tu. Kalau korang malas nak cantikkan diri, korang boleh je gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. Korang tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan korang, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.

Okay Mr-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tahu apa-apa pun pasal saka. Kan?


As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.

So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang korang dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa korang ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau korang nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar citer, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii jee muka dieorang. Baru balik dari mesir agaknya.

Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa.


Selasa, 11 Oktober 2011

Human Trafficking : Kes Budak Hilang.

Assalamualaikum


Hello selfish human. What's up?

Berapa ramai di antara kita yang kisah bila ada kes budak hilang? Nahh, tak ada orang kisah pun. Semua dok kisah pasal Facebook tak boleh log in, ex dah ada peganti, dan siapa pak we baru Lisa Surihani, kan? Ya, selagi orang or kanak-kanak yang hilang tu bukan someone yang kita kenal, selagi tu lah kita tak akan ambil kisah. Itu fakta.

Cerita Black Market yang awesome.
Korang pernah tak dengar cerita pasal penculikan kanak-kanak dan remaja? Kanak-kanak or remaja diculik either dari family dieorang, or di ambil dari tepi jalan and guess what, tak ada seorang pun yang perasan. After then, dieorang di beri makan dan tempat tinggal yang secukupnya. Why the hell dieorang di beri makan dan tempat tinggal selepas diculik? Yeah, sebab dia punya organ akan di ambil dan di jual dengan harga yang amat-amat mahal. Kidney, hati, jantung, mata and etc, semuanya akan di jual. Selepas di jual, apa lagi? Mati lah. Itu kalau mati. And what if korang di culik tetapi organ korang tak di ambil? Well, itu maksudnya, korang akan lagi suffer because korang baru saja entring dunia pelacuran dan mangsa sex slaves. Yes, mangsa hamba seks.


Kalau korang layan movie-movie omputih, aku bet yang korang surely pernah tonton babak terorist yang mintak wang tebusan selepas menculik budak kan? Tapi seriously, berapa banyak kes mintak wang tebusan yang ada di Malaysia, yet, di seluruh dunia? Pernah tak korang terfikir kenapa bila ada budak hilang di culik, si penculik tu tak minta pun wang tebusan. Why eh?

Well, the answer is simple, si penculik adalah orang tengah untuk perdagangan manusia. And dia boleh dapat duit yang berkali-kali ganda lagi banyak dari mintak wang tebusan. Cuba korang bayangkan. Andaikata korang ni penculik, korang culik seorang awek comel yang berumur 15 tahun. Then korang nak mintak wang tebusan berapa ribu? 10 ribu? 1 juta? Agak-agak keluarga dia nak bagi tak? Kalau mampu, mungkin bagi. Tapi kalau bagi pun, korang mungkin tak boleh lari jauh, sure kana tengkap dengan polis kan? But with human trafficking, korang hanya perlu culik awek comel, then jualkan kepada pembeli di black market. Untung dia? Perh, seorang kanak-kanak perempuan, korang boleh dapat sekitar 20,000 USD beb. Cuba bayangkan kalau korang boleh culik 10 awek. Dan jangan lupa, nak culik awek comel senang je. Hanya dengan menggunakan Facebook bersama beberapa ayat manis.

Alaa, perlu ke kita ambil kisah? Lagi pun bukan ramai pun yang kena culik kan?
Well, korang tahu tak berapa ramai kanak-kanak dan remaja yang kena culik dalam setahun?What? 100? 1000? 10000? 100000? NO. Fuuuu no. It’s 12 million. Terlampau banyak kes budak hilang sampaikan akhbar dan berita dah tak nak dah bacakan berita-berita macam ni. Mana tak nya, berita yang sama surely akan manjadikan berita tu 'membosankan', kan?. Sama la macam kes pengguguran dan pembuangan bayi di dalam tong sampah. Masa first time kes ni terjadi, semua kecoh. Tapi lama-lama TV dah stop dari siarkan berita pasal pembuangan anak sebab ianya dah jadi 'berita lazim'. Dan orang zaman sekarang bila dengar kes buang anak, surely akan berkata "Oh, kes buang anak, normal lah tu zaman sekarang.". So yeah, kes budak hilang ni dah banyak sangat berlaku sampaikan ianya dah jadi benda normal dan semua orang dah start untuk tak kisah.


Actually, most of the kids (especially girls) yang di culik dan dilaporkan hilang rasanya dah tak ada di dunia ni kot. And kalau masih hidup pun, surely lah dia merana gila. Merana? Merana how? Well, merana macam your family pun berharap yang you are already dead. Why? Because death would be much better than living the life.

Kena culik je kottt. Lagi pun, apa yang dieorang akan buat selepas menculik?
For your information, lebih 30,000 mangsa human trafficking mati setiap tahun. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, tua ke, muda ke, semua di culik. Oh oh. Yeah, mangsa yang di culik tu kebanyakkan muda. Ada yang semuda 6 tahun. And even bayi pun jadi mangsa pengculikan. Sad kan?

Well, tu belum kira awek yang comel yang umur belasan yang virgin. Yup, the price of anak dara muda is always higher the tebuk-ed tupai one. So yeah, for a fine virgin girl, ianya boleh dijual dengan harga 20,000usd at least. See? Harga dia sama dengan harga wang hantaran yang mak korang mintak. So yeah, kalau mak korang mintak wanghantaran tinggi2 dari pihak lelaki, nampak sangat mak korang jual korang. Heh.

And then, apa yang akan terjadi? 
Well, ada yang mati either dipukul or dibelasah selepas di rogol. And for some of them, ada yang mati kebuluran. Mana taknye, si gadis di paksa jadi pelacur and then, tak di beri makanan. Seolah-olah girl tu hanyalah sebuah toy. Other than that, ada yang mati di bunuh sebab cuba nak melarikan diri or else, di bunuh sebab tak nak buat apa yang di paksa. Or worse, di bunuh sebab dia dah tak berguna. Tak pun, di bunuh sebab tak laku bila ramai pelanggan tak nak beli. Sad.

Apasal dieorang nak culik budak-budak dan perempuan? Nak jaga awek sendiri pun susah. Ini kan pula nak jaga perempuan yang tak kenal. Pulak tu, nak jaga budak-budak lagi la susah.
Semakin muda kanak-kanak tu, semakin mahal lah harganya. Especially girls. Kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun mungkin dijual oleh ibunya kepada orang tengah dengan harga 100USD. While orang tengah menjualnya ke pembeli dengan harga 15,000 hingga lebih dari 20,000USD. Tak pun, kalau dia tak nak jual awek tu, dia boleh tukarkan awek tu kepada pelacur. Well, how much that person earn per year kalau dia jadikan perempuan tu pelacur? Ya, lebih dari 250,000 USD per awek. Nice kan? Now tell me why the hell korang rasa dieorang tak nak culik awek-awek melayu (dan amoi) yang semuanya comel-comel ni?

Di Malaysia, banyak kanak-kanak hilang sebab tersesat ketika keluar bersama family. See, tanpa penculik pun boleh kanak-kanak boleh hilang. Apa tah lagi kalau ada si penculik yang plan untuk culik dan jual adik-adik dan awek-awek korang di pasaran gelap, kan? So, take a really good care of your awek(s), your wife(s), your sisters and your kids. Bila-bila masa je dieorang boleh hilang.

Awek Malaysia adalah irresistible. No?


Isnin, 3 Oktober 2011

The HolyShhht : Di Perlancaran Kitab Terfaktab #1

Assalamualaikum

Tengok kasut Mili. 5 inci tuu.

Hellow gadis comel sekalian.

Seperti yang korang-korang tahu, semalam geng-geng Terfaktab ada buat perlancaran buku. Aku pun, selepas di pukul oleh boss Terfaktab, terpaksa la aku ikut ke majlis perlancaran tersebut. Well, dah ada orang nak ambil dan tumpangkan, tak akan tak nak pergi ye tak?

So, dalam pukul 11 pagi gitu, Dunia Sebelah Zarah dan Aqram datang untuk pick aku. And then, kitaorang bertolak ke KL.

Sampai kat sana dalam pukul 3 petang lebih kot. Masa sampai tu, macam tak ada orang lagi sebab awal sangat. Lepak-lepak dan tunggu ketibaan orang ramai.



Antara buku-buku yang di jual.

Zine pun ada


Bilik beraicon. Yang duduk atas kerusi tu adalah Nami. Awek dia lawa.

And then, slow-slow, dah makin ramai orang memenuhi Uya Distro. Ada yang datang dari awal waktu, ada yang datang masa tengah melangsungkan majlis dan ada yang datang mada dah nak balik.

Boss Terfaktab bersama kawan se-U aku, Mery and Mahi.

Live.


Dieorang ada mata di belakang kepala. Asal nampak lens kamera sure nak pandang.

Adik Farid Kamil menjadi pujaan gadis.

Aku pelik sebenarnya bila tengok ada ramai perempuan yang dok pandang kat seorang jejaka ni. And then bila aku usha-usha sekali, rupa-rupanya those perempuan dok layan muka adik Farid Kamil. And dia ni la yang menulis skrip untuk movie Kongsi dan Bini-Biniku Gangster.

Dan yang tak boleh blahnya, dia tau nama aku beb. Aku rasa dia suka kat aku lah. Okay fine mesti sebab dia tau kot yang aku asyik kutuk filem Kongsi dia. Actually, bukan salah dia tau. Aku tanya dia "Kenapa filem melayu action sekarang mesti ada komedi?"and then dia kata yang dia actually tulis a really non-comedy script. Tapi dia terpaksa re-work script dia sebab producer or orang atasan tak nak terima. Well guys, think about it. Tak ke korang rasa nak tengok filem yang 100% action? Tak bosan ke balik-balik dengan filem komedi yang tak kelakar? Bila last time filem Malaysia ada filem action? Zaman Gerak Khas dulu? The only yang ada hanyalah KL gangster. Satu-satunya filem yang aku rasa 80% action.

But oh well, aku still berharap Malaysia mampu keluarkan movie yang macam SAW, Hurt Locker dan sebagainya.




Razman (Namzar), Ulii Azman, Mery, Mahi, Lep Lep



With Obe yang cute.

Dunia Selebah Zarah and seorang geng Sarkasis
Zarah and Brader Lep-lep


Awek yang nyanyi tu comel weh.

Malu ar boss. Sama tinggi.

Spoil betul sign aku paling kecik. Biasalah. Tengah segan-segan awek comel mintak sign.

First time sebenarnya rasa macam retis nak-nak bila ada awek datang dan berkata "Eh, ni Mr K kan? Saya ada beli buku Terfaktab ni. Nak sign boleh?". Peh peh. Tangan terketar-ketar beb. Tapi muka tetap cool. Tu belum kira bila awek-awek comel mintak nak tangkap gambar bersama. Peh, segan wei.

Well, kepada yang datang, thanks aku ucapkan. Juga thanks kepada geng-geng Sarkasis. Dan kalau tak silap Kontrol Histeria pun ada. Tak lupa, Obefied. Seriously, Obe even nampak jahat di dalam blog, tapi seriously dia gila ah comel masa jumpa. Tak banyak cakap, really.

Oh-oh. Sorry kalau aku agak kurang friendly dan nampak sombong. Aku memang tak berapa reti nak bergaul. Sebab tu lah aku asyik diam je all the time. Pemalu la katakan. Ehem ehem.

Selain own cam, gambar-gambar di atas di ambil dari :
Blog Cikai
Dunia Sebelah Zara

Siapa nak beli dan nak tahu tentang Kitab Terfaktab, boleh klik sini.



Isnin, 11 April 2011

Kisah Awek Wangi, Budak Bawah Umur dan Bowling.

Assalamualaikum




There is the part where I 'hate' awek wangi ketika menonton wayang dan bermain bowling.


So, here is the story. Aku dah habis praktikal. "Yay". But still, aku sentiasa busy dengan report dan presentationnya memandangkan my Latihan Industri punya report yang siap tak sampai pun 15%. Duh.

But then, memandangkan boss di tempat praktikal aku terlampau comel dan baik, dia bawak aku pergi training dengan dia punya department. So, semalam aku pergi ah training tu dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 5.30 petang di sebuah hotel di Kuantan.

And then aku dapat isyarat dari demensi lain yang berkata :

"Alang-alang dah ada kat bandar, apa kata kita pergi main bowling dan tengok wayang sekali?"

And then I am like, "HOLLLYSSSSHHT, why not?" Well, the wayang was awesome. Aku tengok cerita Souce Code. Cerita yang umpama dan sehebat The Inception. Tapi tak seberat The Inception. Dengan mudah je boleh faham cerita tu. Memang layan. Tapi, tak ada apa aku nak cerita. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah pasal aku, kawan aku dan bowling.

The Bowling.

Aku sebenarnya benci gila ah dengan bowling. Tapi bila member aku ajak, aku on kan je. Lama-kelamaan, aku jadi suka kat bowling and to me, it is awesome sport ever.


But but but, there is something awesomer about the bowling which is the bowler. Yeah, it is when a g-string girl showing off her g-string masa tengah baling bola. Serious and obviously, you girls yang main bowling sambil pakai tight jean and tight shirt, tak ke korang tak perasan yang korang akan tonjolkan seluar dalam korang bila membaling bola? Yeahh, lots of pervert guys lepak-lepak kat belakang of your lane just to have a 'sneak peak' on your underwear. Korang pakai underwear jenis g-string ke, biasa ke atau tak pakai apa-apa ke, semua lelaki boleh tengok. 'Awesome' kan? HAHA. Okay fine nampak perv. Tapi aku tak tangok. Aku tak tengok.

'The Spoiler'

Tapi.. tapi ke-awesome-man itu berakhir bila di lane sebelah aku, ada dua orang budak kecik yang darjah satu or darjah dua yang datang main bowling tanpa pengawasan ibu bapa dan orang dewasa. Aku tak kisah ah budak tu main bowling ke apa ke. Tapi tak boleh blah ah bila setiap kali bola masuk longkang, awek-awek comel yang lalu lalang kat belakang situ gelak-gelak sambil berkata "Eeeee. Comelnyaaa budak-budak tu main bowling". And then I am like "What? Comel? Budak kecik baling bola guna dua tangan then masuk longkang and you girls kata comel? Seriously?" Aku yang ada dua hingga kali strike ni tak der pun awek-awek tu kata aku comel apahal? Adakah ini satu deskriminasi? Puh-lis.

And then then then, tiba-tiba member aku pun berbunyi lah meluahkan apa yang tersirat kat hati dia

"Weh, tak syok la macam ni doe. Budak-budak ni main hentam baling bola pun kadang-kadang boleh strike tau. Kita main serious nak mampus nak dapat spare pun susah." 

Aku terdiam, Ah, aku dah tak sedap hati. Kalau nak di ikutkan hati, nak je aku buat-buat salah baling bola sambil tala ke kepala budak tu. Kena sorang pun jadi ah. Panas ni bai. Sedap-sedap je dia curi perhatian para gadis comel. Dah la duduk betul-betul sebelah lane aku. Awek yang datang pula semua pakat duduk kat belakang lane dia. Kat belakang lane aku sorang pun tak ada padahal lane blowling tu sebelah-sebelah kot. Tergugat gila.


Well, korang tau tak budak tu main bowling macam mana? Dieorang pegang bola macam dukung awek then letak atas lantai, then tolak. Bola tu slow-slow gerak. Bila bola tu slow-slow gerak, suasana jadi hening. Dunia macam "Dup-dap-dup-dap-dup-dap" AND AND AND THEN STRIKE. WHAT THE HELL sambil tu awek-awek kat belakang riuh kasi sorakan. Please lah awek. Korang sedar tak yang korang sedang menyorak the wrong guy at the wrong time? You know what... it's... it's sedih aww tak ada awek nak kasi sorankan untuk aku ngan member aku...
"Relax dude, relax. kita kan ada lagi satu game. Sure kita boleh main kaw-kaw nanti" 

Kata aku samata-mana untuk menyedapkan keadaan. Budak-budak tu main kat 4 game tau. Aku dan member aku main 3 game je. Entah mana duit yang dia cekau pun aku tak tahu. So, untuk game last tu, aku akan tunjukkan kat awek-awek comel kat belakang tu yang lelaki dewasa lagi comel bila buat bola strike!

Ya, kiteorang bukan golongan yang mudah berputus asa. Masa game ke tiga, awek-awek tu masih ada di belakang melihat budak-budak pelik tu main bowling tanpa pengawasan ibu bapa. So, member aku ready to get soooo serious on the game. Dengan penuh tenaga dan dengan menggunakan pengalaman yang lebih 2 tahun bermain bowling, dia start the game dengan strike and dia macam "HELL YEAH!". And bila turn aku, aku pun pick bola yang ringan sikit. Bola 10 sebab lubang kat bola tu muat-muat je dengan jari aku.

"This gonna be awesome" Kata aku dalam hati. Tapi, semuanya tak seperti apa yang aku sangka. Balingan pertama, bola masuk longkang kanan. Balingan ke dua, bola masuk ke longkang kiri. Aku pun pandang ke sebelah. Setiap kali budak tu tak buat strike dan bola masuk longkang, setiap kali tu juga lah awek-awek di belakang akan jerit-jerit kata budak-budak tu comel. Tapi aku? Aku? Aku buat strike tak ada orang sorak. Aku buat bola masuk longkang pun tak ada orang kata aku comel. Awek-awek tu pandang slack adalah lah. Sedih gila. Isk. 


Well, itu adalah pengalaman bermain bowling paling teruk bagi aku. Dimalukan sedekimian rupa. Di malukan oleh dua orang budak umur sekitar 7 tahun di hadapan awek-awek comel yang comel lagi gebu. Ianya lebih memalukan dari baling bola then masuk lane orang.

Aku tak akan main bowling lagi. Never. Never ever.