Korang nak main blog ni sampai bila? Korang nak berblogging sampai bila? Sampai bila-bila? Oh seriously sampai bila-bila? SERIOUSLY? Yeah, seriously. Tapi pernah tak korang terfikir untuk tengok balik timeline post-post entri korang?
Gaya penulisan ketika berumur 15 tahun.
"Siapa tak pernah tengok cerita blue? Siapa? Siapa? Ah, tak payah nak tipu lah. Aku tau korang suka tengok. Apa? Perempuan tak tengok? Ah tipu je tu. Aku tak percaya kalau korang kata perempuan tak pernah tengok cerita blue. Ya, dengan itu, aku berbesar hati untuk menulis entri bertajuk "Tips untuk tahu jika awek-awek anda suka menonton porno.".
Gaya penulisan semasa 18 tahun.
"Tadi masa aku sedang mencari buku-buku ilmiah untuk Math, aku terperasan sorang amoi. Weh, amoi weh. Bapak ah putih. Dah la putih, gebu pulak tu. Nak cari awek-awek stock gebu ni susah tau. Aku nak yang dok cari buku math tu terketar-ketar lutut tengok kegebuannya. Aku rasa ni cinta pandang pertama. Siyes ni cinta pandang pertama aku. Tapi... Tapi aku cool je. Biasalah, kalau suka kat someone tu, kena la play it cool. Tapi belum sempat aku nak kenyit mata, dia dah blah. Panas beb tengok dia blah macam tu je. Baru nak sound dia, aku di langgar oleh seorang awek bertudung bawal. Ingat kan nak kaki je awek yang langgar aku tu. Tapi bila tengok muka dua, perh, gadis melayu terakhir bab. Bila mata bertentang mata, terus cair meleleh-leleh. Ni pun rasa kira cinta pandang pertama kot. Siyes cinta pandang pertama."
Gaya penulisan awal 20 an.
"Semalam aku pergi tengok wayang dengan member-member aku. Balik pukul 4 pagi. Sebelum tu, lepak-lepak jap kat Wong Ah Jang main kejar-kejar dengan bapuk. Gedik sial aku tengok bapuk-bapuk tu berlarian. Sotong habis. Dah tu, dia punya lemah gemalai jangan cakap ah. Tapi kan, apasal eh perempuan zaman sekarang susah sangat nak lemah lembut macam tu. Kalau ada pun, mesti minah bertudung Version 2.0. Well, dah tak ada lagi ke wanita melayu terakhir? Oh ya, lupa. Dieorang semua kan dah pupus."
Gaya penulisan akhir 20an
"Aku tak tahu apa akan terjadi kat aku pada 10 tahun akan datang. Adakah aku akan menjadi pengutip sampah? Adakah aku akan jadi peminta sedekah? Seriously, aku tak tahu apa yang aku akan jadi. Apa kerja aku? Aku ada kerja atau tak? Kenapa aku seolah-olah tak nampak langsung masa depan aku? Aku akan kahwin tak? Atau... aku masih single? SINGLE? Forever alone? Tak ada a lovely girl ke yang sangup spend the whole life with me? Susah, senang, sedih, gembira. Di mana kah boleh aku nak cari gadis yang sudi jadi srikandi cintaku itu?
Gaya penulisan awal 30an.
"Hari ni selepas aku hantar anak ke sekolah, aku pergi ke kerja dengan menaiki BMW M9. Audi R10 aku ada calar lah. So, aku hantar kedai cat baru. Alhamdulillah, hidup aku semakin stabil. Terimakasih kat isteri aku yang tersayang. Well, masa isteri tolong pakaikan stoken sebelum kekerja tadi, dia awal-awal dah bisik-bisik suruh balik kerja awal. Nak bermanja katanya. Bukan apa, lusa dia dah nak pergi ke London buat pergambaran Adamaya season 9. Dan, sebagai suami mithali, aku patut sediakan bekalan yang secukupnya untuk dia. Ye tak?
Gaya penulisan awal 40an
"Aku masih berharap anak-anak aku tak pernah tahu akan kewujudan blog aku. Tapi, kalau korang dapat tahu jugak, aku nak korang tahu yang... yang... yang... Papa muda-muda dulu baik orangnya."
Gaya penulisan awal 50an
"Teringat zaman pakcik muda-muda dulu. Eh, pak cik dulu dulu hot tau. Kalau korang satu zaman dengan pakcik, korang mesti kenal punyalah dengan Fazura dan Fasha Sandha. Dieorang berdua ni cair habis tau dengan pakcik. Tapi entah macam mana, pak cik boleh pula terberkenalan dengan Lisa Surihani engkau. Pak cik dulu tak minat pun dengan Lisa ni. Tapi... tapi Lisa tu tak habis-tabis nak tackle Pakcik, Pakcik kasi lah chance sikit kat Lisa tu. Pak cik ingat lagi masa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 / 2011 (ABPBH 2011) tu, Lisa pakcik tu dapat banyak gila anugerah. Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular dua-dua dia kebas. Setiap kali dapat anguerah, dia mesti sebut "Terima kasih kerana undi saya. Terima kasih kepada semua peminat. Dan terima kasih kat my baby, Mister Kay. Wuwuwuwu I mishhh you wuwuwuwu.". Entah lah. Mungkin pakcik ni menarik sangat kot.
Gaya penulisan awal 60an
Tadi, masa balik dari masjid, dengar cerita, ada janda bergetah kat kampung sebelah. Boleh masuk line ni. Keh keh keh *Ketawa*. Erk erk *Urut dada sambil telan ubat*
10 tahun akan datang, aku nak baca balik semua entri aku dan gelak kat diri sendiri sambil berkata "WHAT THE HELL WAS I THINKING? HAHAHA.". Must be good old days.
