Memaparkan catatan dengan label Apa yang Pembaca Aku Cari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa yang Pembaca Aku Cari. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

Hukum : Jenis Mengumpat yang Dibenarkan Islam Yang Tak Haram.

Assalamualaikum


Beberapa hari lepas, dunia Blogspot dan maya kecoh dengan isu awek tak ada dara yang bernama Adinda Evans tu. Ada yang letak entry, ada yang buat parody, ada yang troll habis-habisan. Ianya memang fun. Tapi, kebanyakkan benda fun adalah terlarang. Define 'Fun' anyway.

Dan itu bukan isunya. Isunya di sini adalah bila aku cakap tentang Adinda Evans, ada segelintir kata aku membuat umpatan di Facebook dan blog bila cakap pasal Adinda Evans. The issue is... aku tak boleh cakap tentang sesuatu isu yang sedang berlaku di sekitar aku? I mean, kalau kita cakap tentangnya, ianya akan di kira sebagai dosa mengumpat?

Begitu juga dengan link blog Adinda Evans Milano tu. Bila aku letak link itu di fan page facebook aku, ada seorang dua yang kata aku membuka aib orang dengan link blog tersebut. The question is... aku tak boleh forwardkan apa-apa bukti tentang isu yang sedang berlaku? Kalau aku tunjukkan bukti, ianya bermaksud membuka aib?


So, instead of buang masa berdebat tentang maksud aib, aku lupakan je lah isu aib tu. Kalau aku berdosa sebab sebarkan aib orang, then, biar kan je lah. Biar aku tanggung dosa sebarkan aib asalkan ramai orang lain tahu yang gejala social seperti budak baru masuk umur belasan, dah reti buat seks di Malaysia itu memang nyata. Bila ramai dah tahu pasal isu tu, insyaAllah ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang akan jadi aware dengan adik masing-masing. So selepas ni, tak ada lah lagi parents and abang or kakak yang berkata

"Anak sy tu baru baru umur 14 tahun. Tak ada apa punya lah. Try tengok kakak dia tu. Umur 18 tahun dah. Kot-kot terlibat dalam gejala sosial etc".

Padahal, hakikatnya, untuk zaman sekarang, umur 10 tahun kita dah kena aware dengan anak / adik kita. Tu lah point aku, untuk menyatakan realiti zaman sekarang dan bukannya untuk mengaibkan orang.

Then tadi, masa aku google pasal ikhtilat, aku di bawa ke blog ILuvIslam.com. Then selepas aku baca baca baca dan baca comment, aku jumpa pasal satu comment yang tentang jenis membuka aib yang di benarkan di dalam Islam. Aku pun macam.. Wow.

Dah tu, bila dah tau ada jenis aib yang di benarkan, aku pun terus cari info. Selepas membaca beberapa blog dan beberapa article. Baru la aku tahu yang sesetengah aib tu boleh untuk di beritahu dengan beberapa syarat. Aku malas nak tulis dan senarai kan secara skema. So, aku sum up dan pick apa yang penting dengan cara yang paling mudah supaya korang betul-betul faham. Ya, betul-betul faham supaya nanti kalau korang salah faham, kang setiap hari korang pi mengumpat dengan makcik rumah sebelah. Then tak pasal-pasal, aku yang dapat dosa.

So, senarai syaratnya-syaratnya adalah :

Korang adalah mangsa dan korang perlukan pembelaan. 


Andai kata korang adalah budak sekolah menengah. Then hari-hari korang dan kawan korang kena kutuk / maki / ejek dengan seorang mamat ni (Mamat ni handsome of course). Dengan kata lain, dia memang suka ah ejek korang ah. Pagi, petang, siang dan malam asal nampak muka korang, sure kena ejek. Kadang-kadang, tak nampak pun kena ejek juga. So, kalau korang bagi tahu cikgu disiplin yang dia suka ejek dan maki korang, adakah ianya di kira sebagai mengumpat dan membuka aib dia? Adakah itu dikira memalukan dia? NOPE. Hell no, noob.

So, dalam kes ini, ianya di benarkan. So go ahead. Pergi lapor kat guru disiplin. Sure korang tak akan dapat dosa membuka aib.

Korang memberitahu kemungkaran / aib sendiri yang bertujuan sebagai teladan dan bukannya untuk berbangga dengannya.


Korang dulu masa umur 14 tahun, masa korang jalan-jalan tengah malam, korang tercicir dara kat boyfriend korang yang gila seks. Then selepas kene tinggal oleh boyfriend, baru lah korang sedar SIKIT yang ex korang tu hanya nak body korang je. Then masa umur 16, korang jumpa lagi boyfriend lain. Selepas dua hari, korang buat seks lah dengan dia. Keesokkanya, boyfriend korang tu tinggalkan korang. Then baru lah korang COMPLETELY sedar yang ramai lelaki hanya nak badan korang je. Iye lah. Mana taknya, tak lawa tapi badan cantik. Then bila dah insaf, korang pun ceramah la kat adik-adik korang yang berumur 14 tahun yang berbunyi

"Adik, akak dulu jahil. Masa umur 14 akan buat seks dah. Best la juga. Tapi akak ingatkan dia tu bakal suami akak. Maklum lah, akak ni naif dan lurus bendul. Asal couple je, take for granted. Then selepas akak putus dengan ex ke dua akak, baru la akak sedar yang akak ni bodoh. So, adik-adik jangan jadi slut macam kakak ya?" 

Kalau dalam dunia orang Melayu, sure akan berbunyi

"WTF perempuan ni membuka aib sendiri?"
Tapi the real is, itu adalah satu pengorbanan yang terbaik. Dari mengutuk orang, belum tentu dia hina dari kita.


Korang sayangkan keluarga, kawan, generasi, saudara se-Islam dan manusia di sekitar korang. So, korang memberitahu tentang sesuatu berita supaya orang-orang yang aku nyatakan tadi tu selamat / terpelihara.


Andai kata lah kan, korang ni student kolej. Then korang ada kenal seorang awek yang gatal gila. Kira gatal tahap asal jumpa lelaki handsome je, terus minta di garukan tempat-tempat terlarang di dalam hotel murah. Then bila balik kampung, korang terserempak dengan awek gatal tu. So, korang tak nak lah abang-abang korang yang baik lagi setia tu menggaru awek gatal tu kan? Dengan itu, korang pun bagi tau la

"Abang, awek tu sama kolej dengan adik. Dia gatal gila ah. Gatal macam slut. Abang jangan tackle dia tau. Nanti dia sure lure ajak masuk bilik". 

So, adakah ini dikira sebagai membuka aib? Adakah ini di kira sebagai mengumpat? Godly, no. Dan bukan takat nak bagi tau abang, nak bagi tau sesiapa sahaja pun boleh tapi perhatikan niat korang okay. Jangan korang buat benda ni sebab dengki (biasalah, Melayu kan mudah dengki) Why? Sebab untuk menjaga seseorang daripada bahaya. So ini adalah sebagai prevention. Hey, perempuan ni bahaya tau kalau tak ada prevention procedure. Semakin gedik, semakin gatal, semakin bahaya.


Korang bukan mangsa tapi korang nampak mangsa yang perlukan pembelaan.


Macam cerita di atas juga. Tapi ni versi upgrade sikit. Andai kata korang pelajar Universiti. Hmm. Ambil kos medic ah biar nampak gempak sikit kan bunyinya. Then suatu hari, korang nampak ada awek comel ni kena raba. Awek ni pula bermana Nora Elena. Then korang nak marah lelaki tu tapi tak berani. Iyelah, muka baik macam pelakon Korea. Nak kata romantik tu, romantik Mr K lagi. Tapi perangai macam Seth Tan setan. Tak guna punya lelaki. And, dalam hal ni, korang nak tegakkan keadilan. So, andai kata korang pergi jumpa polis atau pun Dean, dan berkata

"Semalam, saya nampak lelaki muka macam Seth Tan setan tu raba awek comel tu". 

Well, adakah itu dikira membuka aib? Heaven YES! Okay no. No it is not. Dalam hal ni, ianya dibenarkan untuk 'membuka aib'. Dan korang tak akan dapat dosa, malah siap dapat pahala lagi. Dan kalau ada bonus, siap boleh la tackle awek comel tu lagi. See? Buat benda baik banyak kelebihannya. Korang je tak nak buat.

So, conclusionya... kalau korang lepak di blog-blog atau apa-apa website, then korang nampak apa-apa isu yang korang rasa orang lain patut ambil tahu, then bagi tahu lah. Dan pastikan niat korang betul. Aku tahu niat tak membenarkan cara. Tapi tak semua niat tak membenarkan cara. Niat tak membenarkan cara tu hanyalah kes-kes terpencil. Most of the time, niat adalah amat penting dalam urusan seharian. Well, Islam ini mudah. Dan dalam isu ni, there is a damn fine line between membuka aib, memalukan orang dan menyelamatkan dunia.

Point-point di atas bukan aku reka sendiri tapi dah digariskan oleh syarak. Ada 6, aku hanya listkan 4. Boleh rujuk di bawah.


[UPDATE] Since ramai rangat 'orang alim' yang komen tanpa baca apa yang aku tulis bersama rujukan, then im gonna highlight SYARAT ke 5 dibenarkan untuk membuka aib orang which is:

Dibenarkan untuk membukan aib orang dengan cara mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.


Isnin, 24 Mei 2010

Kenapa Semua Orang Suka Bercakap Pasal Love-love? Part 6

Assalamualaikum

Girls now learned too much.

Duh. Tak ada soalan lain ke yang ingin di tanya selain soalan pasal love love love love. Kang korang tanya, aku main jawab, pastu korang apply apa yang aku cakap. Tup tup, terus putus. So, kalau putus dengan pasangan, jangan cari aku naa. =)

So, berikut adalah soalan-soalan yang pembaca aku tanya di Formspring.me aku.

1. Kalau ade gurl suke tepon kau malam-malam, paling lame korang borak 2 jam. Tapi mesti die cite pasal ex die ngan crush die. Kau da bosan da nie. Ape yang kau akan buat?

Kau sound je “ Hey girl, yang you nak cerita pasal crush and ex you kat I ni kenapa? You ingat I akan jealous ke? I tak akan jealous la sebab I tau yang you suka kat I sangat-sangat and you saja nak buat I jealous. Dah suka kat I tu cakap je la suka. Tak payah nak buat I jealous. Kan mudah. Settle. Kita couple terus."

2. I was wondering; Guys bila usha pompuan, bile pompuan tu layan, diaorang anggap perempuan tu mudah melayan. Tapi bile pompuan tu tak layan, anggap pompuan tu jual mahal.. Abes tu korang nak pompuan tu respond camne?

Well... Actually lah kan... Lelaki ni... Dieorang... erm... err... err.. Hey, kau tak ada soalan lain ke nak tanya?

3. How come certain guys can’t accept the truth about themselves especially if a girl says it? I’m just curious to know your opinion Mr. K, tiada diskriminasi ok..

Sebab perempuan suka bercakap based on emosi mungkin? Ye lah. Bila bergaduh, macam-macam benda buruk yang di ungkit. Tapi bila tengah happy, semua heaven. Lelaki lah baby, daddy, bucuk and what so ewww ewww. Bila tengah happy juga lelaki lah segala benda. Bila bergaduh, lelaki lah paling tak berguna, lelaki lah makhluk gatal. Lelaki la makhluk paling mata keranjang padahal tengah bergaduh pasal isu lain. Kesian lelaki. Agak-agak, macam mana la perempuan nak hidup tanpa lelaki kalau lelaki tak ada. Nak hidupkan suis main power masa rumah blackout pun takut.

4. Apa you nak buat kalau orang tanak lepaskan you walaupun you dah berpunya? Bertahun tahun lamanya? Apa yang boleh dibuat?

Try cakap elok-elok. Lagi pun you tahu kan, kalau berpunya setakat couple, bila-bila boleh putus. So tak salah kalau dia tunggu. Biar lah kalau dia tunggu. Lelaki ni mengada sikit, nanti bila jumpa orang lagi cun, mesti dia akan lupakan you punyalah. So, tak payah risau.

5. Kalau ada lelaki ni kan, dia pernah cakap kat ex dia, " hati aku bukan untuk kau dah". then, dia still layan ex dia macam kawan biasa je. so, MR K rasa lelaki tadi tu still sayang kat ex girlfriend die ke tak? 

“Layan macam kawan”. Ayat tu shows all.

6. Mr K, ada seorang mamat ni, dia suka dekat aku dan suka kutuk aku depan-depan at the same time, bila aku reject, nak marah pulak. Aku pun suka dia.tapi sebab mulut dia tu yang kekadang laser kekadang caring buat aku konfius perasaan dia terhadap aku. ko rasa...

Kenapa kau tanya soalan yang tak habis? Aku rasa dia suka kat kau. Tapi dia ego. Lelaki, kalau dia tak buat cool-cool macam tu then kena reject mesti malu. So dia buat macam tu biar kurang sikit malu dia. Dan bila dia lazer, maksudnya dia nak kau ingat kat dia at the same time, dia tak suka kat apa yang kau buat. Dia suka kau, kau suka dia. So what the hack you two waiting for?

Dia mengutuk depan-depan. Maksudnya dia mengutuk manja tu.

7. Theotherkhairul ngan justkhai org yg sama ke?

No, obviously.

8. Bf aku romantik sangat sebelum couple. Tapi lepas couple, dia tak romantik langsung. Nape eh?

Sebab dia bosan. Lelaki cepat bosan. Dan macam yang aku selalu kata, keseronokan hanya ada ketika proses mengurat, pujuk-memujuk dan ketika proses menarik tali. So, kau perlukan kepelbagaian. Jangan tanya kepelbagaian macam mana. Aku mana tahu.

9. Mcmane nak slesaikan masalah org yg suka dtg blog kita & letak link web lucah & cakap lucah dgn kita? Benci betul!!!!rase mcm nak mencarut pun ade, tp kalau mencarut same je tahap dgn dia!!!

Melucah lah balik. Haha. Eh sorry. Sebenarnya, ada cara nak atasi masalah tu. Kau boleh guna site blocker. Tak pun, just ban dia dari chat box anda. Ianya boleh di lakukan. Btw, tak nak test klik ke link-link web-web tu? Ye aku percaya kau tak tekan. Aku percaya.


10. Ape pandangan kau bila seorang lelaki ke rumah gf dia? kawan aku cakap lelaki tu gentleman sebab berani. iye ke?

Aku kurang faham kat sini. Rumah gf dia tu rumah family atau rumah sewa bujang (yang dia duduk dengan kawan-kawan perempuan). Kalau si BF pergi rumah family si GF memang berani dan gentleman serta menunjukkan ciri-ciri serious dan matang. Memang pihak family akan suka. Tapi kalau dah si BF pergi rumah sewa bujang si GF pun, berani juga. Berani cari pasal.

Tapi ni based la juga. Perempuan sekarang ni bukan fikir sangat. Rasa bosan je, ikut bf check in hotel. Bila dah mengandung salah kan lelaki. Kesian lelaki. HAHA.

11. Aku suka bila kau rational kan pemikiran lelaki. Apa yang membuatkan kau yakin dengan persepsi kau terhadap perempuan? *curios*

Aku tak yakin. Aku main cakap je. Dah tu, orang sokong. Aku layan je la. HAHA.

PS: Aku kalau boleh, dah tak nak jawab benda yang love love ni melainkan kalau ianya adalah unik dan special case serta pelik. Okay cuties?



Sabtu, 22 Mei 2010

Kenapa Aku Suka Novel-Novel Hlovate.

Assalamualaikum


At last, aku dapat online juga menggunakan Maxis Broadband abang aku. Agak siput tapi boleh la. Aku tak ada masa nak jawab soalan formspring lain-lain yang banyak-banyak. Setakat ni, hanya ada satu entri yang betul-betul siap yang aku tulis ketika aku ketiadaan internet. Tak percaya aku yang aku boleh hidup tiga hari tanpa internet. Duh.

Ya, soalan dari Formspring.me.

Q: Damn! I like novel too. I pun suka lelaki yang suka baca novel sebab diaorang romantic sangat. Haha. Cerita le sket mcm mana you boleh terjebak dengan kancah novel ni? Kenapa suka sangat dengan Hlovate.

Duh. Aku tak rasa lelaki baca novel tu adalah satu big deal. Even Black (Ashraaf Ikhwan) pun baca novel. Muka ganas-ganas gila-gila tapi hari-hari baca novel okay je. Tak ada hal pun.

Isu baca novel ni aku terjangkit dengan abang aku. Orang kata dia tu player, tak tahu la betul ke tak. Yang aku tahu, dulu dia selalu pinjam novel dari kawan-kawan perempuan dia. Tapi satu pun aku tak sentuh novel tu. Sebab bila aku tengok je novel- novel tu, aku akan terkata “ewww ewww”.

Dan masa tu aku masih lagi pengawas perpustakaan. Form two or three macam tu la. Zaman nerd-nerd malu-malu lagi.

Then, pada suatu hari, perpustakaan aku tu nak buat perubahan baru. Dieorang beli novel-novel baru yang ada di pasaran. Berkotak-kotak ada. So, aku pun pi la susun. Masa susun tu, ada satu buku kaler putih-putih kuning bertajuk Bidadari Cintaku. Aku rasa tertarik sangat kat buku tu. So aku ambil la beberapa jam tuk baca. “Perh agak best” Bisik hatiku. Ya ada gaya-gaya tulisan novel di situ.

So memandangkan aku minat kat novel tu, aku pun pinjam la. Pinjam secara tak rasmi maksud aku. Tak rasmi sebab sampai sekarang aku tak pulang-pulangkan lagi novel tu.

Jadi, dari situ la aku mula terjebak dengan kancah membaca novel ni.

Tapi, dari dulu sampai sekarang, aku tengok semua novel adalah amat-amat tipikal. Balik-balik kelakar masa permulaan, sedih masa tengah-tengah dan biasa masa ending. Tak best langsung. Dan dari dulu sampai sekarang, kebanyakkan novel mesti ada watak ketiga yang jahat. Watak ketiga yang buat fitnah, yang buat hal dan macam-macam. So aku berhenti baca novel buat beberapa tahun sebab frust dengan industry seni yang tak kreatif macam tu. Ya semua sama, Sofea, Aisya ke apa ke semua happy masa permulaan, sedih masa klimax bla-bla dan mesti ada watak yang jahat yang buat onar. Nak-nak, buku keluaran Alaf 21. Dulu semua cakap buku Alaf 21 tu best. Tapi sekarang, aku marked buku keluaran Alaf 21 tu hanya untuk orang yang suka baca cerita-cerita sedih dah pathetic. Dan yeah, bosan. Harap-harap Alaf 21 bangkit semula nanti dengan buku yang menarik. Good luck.

 Cerita-cerita indonesia / drama melayu yang tipikal

Hinggalah sekarang, aku tau pasal sebuah buku novel yang ditulis oleh Hlovate. Juga dari abang aku. Dia punya semangat beli dua novel Hlovate then ceritakan kat aku. Muka ganas, tapi beli novel banyaknya mengalahkan perempuan. Tu belum kira novel Harry Potter dan Twilight.

So, memandangkan sekarang ni cuti semester dan kerja macam tak ada je (dan malas nak cari kerja), aku pun berbalik la kepada hobi lama aku iaitu baca novel.

So, siapa Hlovate tu? Abang aku cakap, dia tu adalah student yang fly kat somehere-in-UK untuk buat dia punya medic. So, masa-masa terluang, dia akan tulis novel kat blog dia. . Sebab tu la kalau korang ada baca novel dia, korang akan perasan yang novel dia kebanyakkannya ada kaitan dengan UK dan Medic. Dan dalam novel dia juga, mesti ada pasal lagu-lagu. Tak kisah la lagu English, malay atau nasyid, mesti ada. Banyak pula tu. Hingga suatu hari, ada producer atau editor atau apa entah yang berminat dengan karya dan terus offer untuk diterbitkan. Kalau ikut abang aku, macam tu lah ceritanya.

Bayangkan seorang yang tiada basic dalam penulisan boleh buat lawak sarcastic menerusi novel dan ianya adalah amat great. Maksud aku, Hlovate ni sememangnya berbakat.

Aku suka novel-novel Hlovate sebab cerita dia lebih kepada real. Ada satu novel bertajuk Rooftop Rant. Bukan cerita jiwang. Tapi cerita pasal kehidupan. Cerita pasal stigma orang-orang Malaysia dan stereotypenya. Bagi yang suka cerita jiwang, buku ni tak sesuai dengan anda. Tapi kalau aA+bB atau 5 tahun 5 bulan mungkin sesuai.

Cerita Hlovate biasanya :
  1. Tak ada watak ketiga yang jahat yang berusaha nak putuskan hubungan sesiapa.
  2. Tak ada babak-babak umpama cerita indon yang mesti ada orang hilang ingatan then blah blah blah.
  3. Tak ada babak fitnah-fitnah dan perempuan psychopath yang muka bertalam-talam.
  4. Cerita agak sarcastic.
  5. Penulisnya adalah not so called "old school". Dia tahu pasal life remaja-remaja sekarang.
  6. Pemikiran dia serious lagi luas dari penulis lain. Mungkin kerana dia dah merantau banyak tempat.
  7. Info-info yang pelik-pelik pun semua dia masukkan. Tak terkecuali babak-babak stereotype yang dia pertikaikan.
  8. Tak meleret-leret. Kalau novel lain, selepas satu hal, hal lain kuar.
  9. Lawak adalah 70% dan 30% adalah tacing-tacing (ewww.) Kalau novel lain, starting je kelakar. Masuk tengah buku, macam apa entah. 
 Aku lebih suka baca novel biasa-biasa dari novel jiwang-jiwang. Dan itu mengingatkan aku kepada masa zaman-zaman aku baca novel Bidadari Cinta, Bukan Cinta Biasa, Ombak Rindu, Cincin Permata Biru (miaw) dan macam-macam lagi. Why the hell i am wasting my time for other books? Alaf 21 sucks

Top karya Hlovate yang paling aku suka.
  1. aA + bB (Sambungan dari Novel Tunas even aA+bB ditulis dahulu. Cerita pasal Medik, after married etc. Paling best. Super Romance)
  2. 5 Tahun 5 Bulan (Baca je lah. Sure tak bosan. Super romance)
  3. Tunas (Pasal zaman SPM. Family + life 'romance')
  4. Versus (Pasal Romance. Agak berat novel ni. More to ilmiah.)
  5. Rooftop Rant (Juga agak berat. Tapi lebih kepada life. Ada sedikit kait-kait dengan 5 tahun 5 bulan)
Aku selalu keliru antara novel aA + bB dengan 5 Tahun 5 Bulan. Tak tahu lah kenapa.



Selasa, 18 Mei 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 26 : Kahwin Paksa.

Assalamualaikum
Pulse.

Aku rasa... Aku rasa aku dah baca banyak sangat novel pasal kahwin paksa. Novel umpama Aa+Bb contohnya. Erm, kahwin paksa yang mula-mula benci antara satu sama lain tapi lama-lama jadi sayang. Agak sweet di situ sampaikan aku rasa macam nak paksa parent aku paksa aku kahwin dengan pilihan dieorang. Baru lah ada thrill dalam rumah tangga. -_-

Then aku baru teringat. Cerita dalam novel tu semua penipuan dan tak lebih dari cerita dongeng. So bagi sesiapa yang tanya, ya, aku tak percaya cerita yang ada dalam novel tu akan/dah ada kat dunia sebenar. Dan aku tak percaya kalau gaduh-gaduh benci-benci lama-lama akan jadi sayang.

Itu hanya dalam novel. Jangan nak campur adukkan. Dan, jangan berangan lebih-lebih ketika baca novel. It won't happen. Won't happen.



Ahad, 2 Mei 2010

Soalan Pedas Dari Pembaca Blog. Part 3

Assalamualaikum
A cup of luck.

1. I don't know, are your blog is totally based on gender?
No. It's based on fun. Like Dr House having fun with Dr Thirteen.

2. Kalau orang mintak suggest blog best, ko suggest blog ko tak?
Tak. Aku bukan suka mecapap macam budak kereta waja 'tu'.

3. Encik Khairul, adakah kamu seorang yang periang?
Periang, tak. Pendiam, yea. Kat blog je aku banyak cakap. Kat real life aku banyak diam.

4. (1)Suka ea gurau kasar sampai pompuan tu marah? (2)Klo aku, aku pangkah ko balik..baru equal..kan?
1. Suka.
2. Ya.

5. Kenapa kau lagi suka kehidupan maya?
Siapa kata aku lagi suka kehidupan maya? Pernah nampak aku mengurat perempuan secara sungguh-sungguh menggunakan identiti maya? Tentulah tak.

6. Sekarang ni kan femes dengan K-pop kan. Nak Mr.K kasi pendapat tentang K-pop ni. Harap Mr.K dapat jawab :)
Tak berapa suka K-pop. Aku paling tak suka lagu "I want nobody - nobody but you". Juga tak suka Super Junior. Super Junior mengingatkan aku kepada Jonas Sisters Brothers.

7. (1)Rase-rasa, lelaki ni patut d'percayai tak? (2)Reason?
1. Tak patut di percayai kalau dia cakap "I akan jaga and kahwin dengan you kalau you ikut I check in hotel (murah)"
2. Setiap lelaki tak sama lah. Ada yang baik. Ada yang jahat. Contoh lelaki jahat banyak kat luar sana. Contoh lelaki baik, yang sedang menulis ni.

Aku tak boleh wakili semua lelaki untuk jawab soalan tu. Tapi mostly, lelaki tak boleh di percayai. Sebab tu la aku suka perempuan. HAHA.

8. Ko rasa aku cantik tak???
Cantik.

9. Kenapa ada boys tu tak pernah couple but one day, he asked a girl number. What his feelings to her? honestly he had a list of number of girls. What his feelings to that girl?
Biasanya, kalau tak ada apa-apa sebab dan lelaki tu mintak nombor, maksudnya dia suka kau tu. Tapi setahu aku, perempuan yang mudah di ngurati ni membosan kan lelaki. Dan kebanyakkan lelaki bukan playboy. Mereka hanya bosan. Mereka cepat bosan. Keseronokan hanya ada bila dalam usaha nak mengurat, bila dalam main tarik tali. Tapi bila dah dapat, rasa macam... bosan. Fitrah lelaki cepat bosan kot. Personal experience yaw.

10. Kenapa lelaki suka bercakap manis kat org perempuan. Memang maksudkan ke atau memang dah jadi mainan di bibir?
Banyak sebab; Nak mengurat perempuan, for fun atau/dan test skill.

11. Hye. (1)cam doktoor love je neyh. (2)kcik-kecik dulu becite-cite nak jadi ape.
(1)Tu la. Aku tak faham kenapa semua bertanya pasal love-love.
(2) Engineer kapal terbang. Tapi biasalah la. Benda yang nak tu tak akan dapat.

12. (1)Kalau ada lelaki keluar dengan awek ko, ko marah tak? (2)Kalau ko keluar ngan awek orang lain, ko rasa bersalah tak?
(1) Agak marah walaupun tak ada hak nak marah. Tapi kalau dah keluar berdua dengan lelaki lain, nampak sangat perempuan tu perempuan murahan. Tak pun desperate nak kasi nampak hot. "Kau ingat kau hot? Aku lagi hot lah!" Ada group tu kat Facebook. Perempuan murahan tu patut join kasi nampak psychopath sikit. Baru lah lagi hot.
(2)Aku tak rasa aku akan kuar dengan awek orang lain. Awek pun tak ada.

13. Paling menyampah perempuan kecoh tapi main cakap lepas jek.. Tapi pada masa yang sama kadang2 baik hati tolong kawan..but stil ungkit sikit2..hurm..apa pandangan?
Dia rapat dengan lelaki kot. Sebab tu la terikut-ikut dengan perangai lelaki yang main cakap lepas. Apa salahnya ungkit-ungkit. Unkit penting supaya tak buat sejarah silap yang menyakitkan. Kau mesti tak suka subjek sejarah kan sebab subjek tu ada banyak bab ungkit-ungkit. Oh wait, ada ke orang yang suka subjek sejarah?

14. Apa pendapat kau tentang lelaki lembut.
'Hot' dan ada ramai kawan perempuan.


15. Aku keluar dengan sorang perempuan. Dah 2-3 kali keluar berdua bersama... Tapi bila aku ajak couple, dia tak nak... Benda ni dah berlangsung hinga bertahun-tahun.. Ko rasa dia nak ambil kesempatan? Or just have fun? Or kikis duit aku?
Aku lelaki. Aku tak pasti apa jawapan kepada soalan kau. Tapi kat blog ni ramai perempuan yang mungkin boleh jawab. Anyone?



Rabu, 21 Oktober 2009

Apa yang Pembaca Aku 2

Apa yang dieorang search untuk sampai ke blog aku.

Aku tak faham. Apa yang penduduk di Malaysia search kat intertnet dan jumpa blog aku sebenarnya? Balik-balik dieorang search nama awek aku, Zatul Iradah. Yang tak tahan ada yang search "Miss Zatul Iradah punya Friendster". Ingat Zatul aku tu nak tulis nama betul ke? Ish. Dunggus Chikaku betul. And ingat dia tu nak ke main Friendster. Tak remaja langsung ah main friendster. Lain lah kalau main Facebook. Baru remaja. Well, harap-harap, Miss Zatul kasi aku lulus math dengan cemerlang untuk sem ni. Aku tak nak lah disebabkan sayang, dia kasi fail math aku semata-mata nak jumpa aku lagi sem depan dalam kelas repeat.

Apa yang dieorang search untuk sampai ke blog aku.

Berikut adalah benda-benda pelik yang Malaysian search guna Google/Yahoo untuk sampai ke blog aku;


1. Kenapa perempuan nak kahwin, tapi tak nak nikah?
Aku tak pasti siapa yang search ni. Tapi yang aku pasti, orang yang search ni amat bagus sebab boleh bezakan antara kahwin dan nikah. Kadang-kadang, couple-> kahwin ->nikah. Atau kadang-kadang couple -> kahwin then tak nikah. Bak kata orang touch and go.

2. Normalkah lelaki yang sudah bercouple mesej kawan perempuan?
Ya. Normal. Kalau tak, macam mana nak cari spare part?

3. Awek lebih tua 4 tahun.
Siapa yang search ni? Ada masalah ke dengan awek yang tua dari bf? Tak puas hati cakap, kita settle.

4. Kenapa lelaki kena reject.
Kau patut baca majalah Maskulin or Remaja doe. Selami diri gadis. Selami apa yang mereka suka. Tapi ingat, macam lelaki la juga, lelaki sebelum jumpa awek, bajet lah nak list nak couple ngan perempuan cam ni or cam tu. Mesti dara apa semua. Last-last bila dah suka, dara atau tak tak tak jadi hal lah. Dah suka nak bt camna.

5. Kenapa lelaki tua memilih perempuan muda.
Men's life start on 30. Or, korang boleh tengok sini kenapa lelaki tua kahwin perempuan muda.

6.Apakah maksud 'rebound relationship'
Well, anda ditempat yang betul. Rebound relationship ada banyak 'pesen'. Pesen pertama, adalah korang bercouple semata-mata untuk lupakan kekasih korang yang telah tinggalkan korang dalam sehari dua yang lepas. Dengan kata lain, couple untuk lepas geram dan sorok malu lah. Maksud lain adalah bila korang dah nak putus, tapi tak nak putus. Korang berdua sedar yang korang berdua dah tak sehaluan, so korang buat 'rebound' dengan cara terus kahwin untuk memastikan korang still stick together. Kadang-kadang cara ni berkesan.

Apa yang dieorang search untuk sampai ke blog aku.

7. Cara untuk menumbuhkan misai.
Sebenarnya, aku dah pernah cari tips untuk tumbuhkan misai. Tapi tu lah, sampai sekarang misai aku tak ada lagi. Janggut lagi lah tak ada. Benci.

8. Halau syaitan.
Aku tau cara nak halau syaitan. Ada sorang awek ni, dia gila ah comel. Aku bagi tau dia yang lagu nasyid buat aku mengantuk. Then dia cakap kat aku, aku jadi mengantuk sebab syaitan banyak kat aku. So kira lagu nasyid boleh la kalau nak buat halau syaitan. And aku pernah baca, buat seks dengan isteri dikira bunuh syaitan. So, rajin-rajin la yea bunuh syaitan. Tak payah tunggu malam jumaat. Macam tak biasa pula.

9. Indonesia nak serang Malaysia?
Ya. Indon nak serang Malaysia. Diaorang buat geng dikenali sebagai Bendera. Tapi sampai sekarang Bendera tu tak sampai-sampai kat Malaysia. Hanyut kat tengah laut kot. Lembik macam sayur.



Anak Dato K yang ensem.

10. Anak Dato K.
Aku tak tahu apa-apa apsal anak Dato K. Well, mungkin selepas aku dinobatkan sebagai Dato K (Khairul) boleh la kalau kau nak tahu pasal anak aku tu pun kalau kau nak tunggu. Tapi jangan risau, aku memang berniat nak kahwin muda. Kahwin muda boleh buat anak banyak-banyak. Cuma rasa cam tak ada jodoh je lagi. Yang aku tahu, anak aku, aku tak akan letak nama Fahim. Nanti rosak anak aku tu. Kalau perempuan pula, letak nama-nama manis dari lagu UNIC okay juga.

Sebagai penutup, aku tak puas hati kenapa perkataan gay banyak benar kat dalam referrer untuk sampai ke blog aku. And kalau yea pun nak search perkataan gay, eja lah elok-elok. Ejaan dia GAY dan bukannya 'gey' or 'ghey'. Mati-mati lah tak akan jumpa kalau search macam tu. Well, entah mengapa part ni aku rasa Awang yang search. Okay dah bye.

Aku ada test. Doakan aku berjaya. Harap-harap Mr H kasi soalan senang-senang. Jangan soalan susah then tak boleh jawab then kena sepak..

Comment Here.

Isnin, 27 Julai 2009

Apa Yang Pembaca Aku Cari 1

Aku pencinta wanita. Bukan buaya.


Aku explore apa yang telah membuatkan orang-orang di Malaysia search untuk sampai ke blog aku.

Zatul Iradah.

Selain nama awek Lecturer Math aku iaitu Miss Zatul Iradah, penduduk di Malaysia turut search benda-benda pelik untuk sampai ke blog aku. Kebanyakkan dari mereka search menggunakan Google.com dan link blog aku keluar sebagai hasil carian.

Anda boleh try search ayat-ayat yang tertera di dalam gambar di bawah.

Click to enlarge.

1. Aku bukanlah gadis cantik seperti mereka

Aku tak pasti siapa yang search perkataan tersebut. Aku fikir, mungkin gadis. Dan mungkin juga 'separa gadis' yang amat kecewa kerana dia di lahirkan bukan sebagai gadis.

Click to enlarge.

2. Adakah aku gay.

Aku pasti yang search ni adalah seorang lelaki yang berada dalam delema kerana tak tahu samaada dia adalah gay atau pun tidak. Aku ada jalan penyelesaiannya. Get a room of a boy and 10 girls. Then let your 'nature' calls. Kau pergi ke lelaki, memang aku sepak kau. Dasar gay tak reti bersyukur.

Click to enlarge.

3. 18 female micet friendster

Aku tak faham. Kenapa tak tulis je 'junior female micet friendster'. Umur lebih 20 kalau baru masuk kira 18 gak apa. Freshie.

Click to enlarge.

4. Gambar lelaki maskulin gey.

Kau akan jumpa gambar-gambar lelaki 'gey idaman kau' kalau kau blajar eja perkataan dalam English dengan betul.

Click to enlarge.


5. Apakah adakah pilihan untuk aku belajar bidang lain.

Pilihan sentiasa ada. Dan kau juga boleh pilih untuk menanyakan soalan tu kat Academic Advisor kau dan bukannya kat Pak cik Google.

Click to enlarge.


6. Keburukan Micet.

Soalan ni aku tak sanggup nak jawab. Jawapannya terlampau banyak. Apa kata kalau kau masuk Micet dan tengok sendiri. Apapun, micet dalam improvement.

Click to enlarge.

7. Aku suka lelaki gay.

Awang dan Zarif, ada orang suka kat kau. Korang berdua tak nak try ke kot-kot 'perempuan' ni amat-amat lah 'cun'?

Click to enlarge.


8. I love Kuantan Khairul.

Aku asal Kuantan. So, I love Kuantan and I love you too. Fair and square kan Zarif and Awang? Aku pun ada peminat gak.

Click to enlarge.

9. Hidup seorang gay.

Aku tak tahu lah bagaimana kisah hidup seorang gay. Mungkin akan di cemuh di dalam blog macam yang ada kat blog aku. Tapi, kebiasaanya lelaki gay memang handsome. Muka jambu, rambut stylo dan badan mantap. Zarif dengan Awang terkecuali.

Click to enlarge.

10. Fahim Rustam

Sumpah nama mamat ni menyibuk amat.

***
Banyak lagi perkataan yang orang-orang di Malaysia search dan sampai ke blog aku. Korang tengok lah sendiri.

Entri just for fun. Untuk cool down. Kerana entri panas mungkin akan menjelma lagi. Hehehe!