Assalamualaikum
"OMAIGOD. OMAIGOD! Minggu depan dah start practical, macam mana nak pergi practikal pagi-pagi kalau selama ni aku tidur selepas subuh? FFFFUUUUU." Well, itulah ayat yang aku sebut genap 3 minggu lepas bila aku realize yang aku ni dah ada bau-bau macam Edward Cullent yang tak reti-reti nak tidur bila masuk waktu malam menjelma.
And now, 2011. Ramai yang antara anda yang gedik-gedik sekalian yang bakal menjejakkan kaki ke campus life or college life. So, aku bet yang ramai antara korang ada masalah untuk bangun tidur di awal pagi bila diri dah biasa bagun tengah hari. Bangun tengah hari tu pun sebab terhidu bau masakan tengah hari yang mak masak. Tak pun bangun sebab perut lapar. Biasalah, girlsss *Tiba-tiba*.
So, di sini, aku dengan rajinnya, baik serta murah hatinya sudi menulis "Cara-cara untuk tak mengantuk di waktu siang", atau "Cara untuk re-schedule waktu tidur" atau "Bagai mana nak arrange waktu tidur?" atau "Bagaimana nak bagun pagi kalau dah biasa ikut waktu tidur oversea". Aku tulis ni based on pengalaman aku.
Oh, oh. Sebelum tu nak tahu tak bagaimana waktu tidur kebiasaan aku? Ya, of course korang nak tahu kan. Ehem. Well, biasanya, aku advance 12 jam. Which is, waktu siang aku adalah waktu malam, dan waktu malam aku adalah waktu siang aku. Aku biasa tidur selepas subuh, then tidur dalam pukul 8 malam. Bagun pun 12 tengah malam, solat bla bla bla. Tak pun, aku hanya tidur waktu siang, dan tak tidur langsung waktu siang. So, macam mana aku nak tarik balik 12 jam yang aku advance tu kepada waktu tidur asal? Yeah, maybe kalau aku ada wife(s), dia mungkin boleh 'tolong' aku untuk masuk tidur di awal waktu but since I belum kahwin lagi.... well, you know...
So, andaikata 3 hari lagi korang dah nak start kerja atau praktikal atau kelas. Dan korang tak mampu bangun pagi, apa yang perlu korang buat?
Ramai orang kata "Kalau dah tau nak kerja / practikal / kelas tu, tidur lah awal. Apa susah". Well, ramai kan yang cakap macam tu. Tapi, the issue is HOW THE HELL AKU NAK TIDUR KALAU TAK MENGANTUK? Kan?
Pernah tak korang tengok TV iklan ubat gigi. Iklan dia macam
- Satu situasi di awal pagi ada budak tengah tidur.
- Then pada pukul 6 pagi, jam loceng budak tu berbunyi.
- Then bila loceng tu bunyik je, budak tu terus bagun then senyum WTF HOW CAN DIA BANGUN-BANGUN TERUS SENYUM? THEN TENGOK-TENGOK BUDAK TU BANGUN PAGI SEMATA-MATA NAK BERUS GIGI WTF LELAKI GILA MANA SANGGUP BANGUN PAGI SAMPIL SENYUM-SENYUM SEMATA-MATA NAK BERUS GIGI? It is super weird. Seriously. But, can this be done? NO. HELL NO. Iklan kat TV tu semua bullshit. Iklan, they all just like the boys. Cannot be trusted.
Entry ni tak akan ajar anda bagaimana untuk bagun pagi sambil tersenyum sambil berlari ke bilik air untuk berus gigi. Tapi cukup okay untuk ajar korang untuk bangun di waktu pagi dengan bergayanya.
Tipu otak anda : Jangan kira jam waktu tidur.
First, kita start dengan waktu korang bangun tidur. Andaikata korang bagun tidur pada pukul 2 petang (Tu pun selepas puas boyfriend(s) korang kejutkan.) Pukul dua petang maksudnya 8 jam lebih lewat dari waktu yang korang bagun pagi which is pukul 6 pagi. So, bagaimana nak tarik balik 8 jam tu?
Hari ini hari sabtu, sekarang dah pukul 2 pagi. Masih belum mengantuk. So, apa perlu di buat? Paksa tidur? Ya, kalau itu boleh di lakukan, then buat lah. Tapi, kalau andai jenis yang tak boleh tidur kalau tak mengantuk macam aku, korang kena keep terjaga. Teruskan berjaga. Tak ada hal sebab lambat laun korang akan mengantuk. Dan kemudian, bila masuk pukul 4 pagi, korang dah rasa mengantuk. Dah tu, tidur lah. TAPI, jangan sekali-kali kira berapa lama anda akan tidur. Aku ada habits yang aku percaya korang pun ada which is mengira berapa jam waktu korang dah tidur dan berapa jam korang akan tidur sebelum bangun untuk mandi ais di waktu pagi.
Mengira duration waktu tidur kita akan membuatkan otak jadi resah sebab awal-awal lagi otak korang tau yang korang akan mengantuk sebab kekurangan waktu tidur.
Cara untuk berjaga di waktu pagi.
Ada banyak cara untuk berjaga di waktu pagi. Antara yang paling bekesan adalah
- Set ring tone yang paling korang benci. Kalau aku, aku setkan lagu Shahir yang kebahagiaan dalam perpisahaan tu. Eww gila lagu tu. Tak pun lagu Justin Bieber. Sure terjaga bila bangun.
- Cara lain adalah dengan minum air banyak-banyak. Sure korang akan terjaga untuk pergi ke tandas. Cara ni berkesan untuk aku sampaikan aku tak perlu set alarm phone.
- Suruh awek / boyfriend yang kejutkan. Kalau ada isteri, lagi lah senang. Bermanja-manja sikit sure dah tak mengantuk dah.
- Get excited. Jadikan hari anda hari yang best. Try lah usha-usha abang hansem di tempat kerja ke, amoi hot di department lain ke. Sure korang semangat nak bangun pagi.
Tipu otak anda : Tidur tak penting.
Korang tahu tak korang mengantuk di sebabkan apa? Yes, di sebabkan penat. Tapi bukan tu je. Kadang-kadang korang still rasa mengantuk even buat lemak je seharian. Korang mengantuk sebab korang just follow the situation. Cuba korang try set kan mind korang dan kata yang "Alah tidur, bukannya penting sangat. Tidur 4 jam is enough tau (for starting lah).". Bila dah setkan mind korang, keesokkanya korang bangun pagi dan minumlah air Redbull atau Milo atau Nescafe atau kopi. Tak semestinya kopi dan redbull akan membuatkan anda tak mengantuk. Aku minum kopi, setengah jam selepas tu tertidur juga. Sebab kadang-kadang, kopi atau redbull atau apa-apa adalah tak berfungsi pun untuk aku. TAPI, korang boleh gunakannya untuk tipu otak korang contohnya macam korang bangun je pagi-pagi, korang cakap kat diri sendiri yang "Aku dah minum redbull, mesti dah tak mengantuk.".
Cara ni adalah berkesan kalau korang yakin. Sebab segala benda adalah based on otak. Kalau ada orang kata korang makan makanan yang ada racun yang akan menyebabkan korang muntah, then korang percaya, sure korang akan muntah serta sakit-sakit. Aku pernah tengok di dalam sebuah cerita medikal. Tak pun kalau korang suka tengok Dr House, mesti tau pasal ni.
Tengah Hari, sure mengantuk. Macam mana?
Ya, tengah hari selepas makan tengah hari sure korang mengantuk. Even Nabi sendiri pun tidur waktu tengah hari sebelum zohor kan? Tapi tu lain cerita. Zaman sekarang, ramai mengantuk sebab over breakfast. Tak pun sebab makan nasi lemak. Lasi lemak adalah antara makanan di Malaysia yang paling banyak kolesterol. Dan, ianya akan membuatkan adan mengantuk like hell.
Contohnya, di kilang aku praktikal ni, waktu rehat aku pukul 10 pagi, 1 tengah hari dan 3.30 petang. Aku biasanya tak makan pagi. So, on the way pergi ke tempat practikal, aku akan beli makanan tengah hari dan aku makan tengah hari pada pukul 10 pagi. Dah tu, masa tengah hari, apa aku buat? Yes, aku tidur di dalam gudang. Gudang aku siap ada port tempat tidur. Nak masuk ke port tu, kena tau jalan rahsia. Ini pun sub supervisor aku yang bagi tau. Sayang dia. Sayangnya dia lelaki. Tidur then bagun pukul dua. Masa mula-mula memang mengantuk rasa nak tidur sampai petang, tapi lama kelamaan, dah tak mengantuk dah.
Tak nak bagi mengantuk ketika waktu kerja atau praktikal.
Di tempat aku practikal ni, ada tiga kilang. Atau dengan kata lain, kilang aku 3 in 1. Satu buat adhesives, satu banyak buat filling dan satu buat bab engine oil, carburetor oil, lubricants etc. Dan aku pulak adalah under QC untuk ketiga-tiga kilang ni. Tapi, kerja aku still relax. Bila relax aku jadi mengantuk gila. Jadi, memandangkan aku ni rajin dan tak nak mengantuk, aku cari kerja untuk buat. Aku pergi lah mana-mana. Most of mesin kat sini adalah semi auto. Memang kena ada operator yang jaga. So, bila ada operator tu blah pergi tandas, aku laju-laju duduk kat tempat dia dan buat muka tak bersalah. Mat bangla tu pulak, tak reti bahasa english or melayu. So, memang dia tak tahu lah macam mana nak halau aku. Dengan itu, aku akan terus duduk tempat dia dan buat kerja dia. Filling dalam tube, print tins, atau apa-apa je lah asalkan aku tak bosan dan mengantuk.
Tapi aku ni jenis cepat bosan sikit. Buat benda sama 10 minit, aku dah bosan. Bila dah bosan mesti mengantuk balik. So, aku pergi la kat tempat lain pulak. Nampak kosong, laju-laju aku masuk then duduk buat kerja. Itu lah rutin aku seharian dari hari Isnin hingga Sabtu (kadang-kadang sampai Ahad). Sebab tu lah kalau ada benda yang kena inspect macam check viscosity ke, total solid content ke, buat sample formula di lab ke, memang aku happy sebab benda-benda tu bukan benda yang sama which kalau aku buat dari pagi sampai petang pun, aku tak akan bosan. Tak bosan = Tak mengantuk. So, cari lah something yang buat korang excited based on minat korang. Sure korang tak akan mengantuk.
Take a nap - 8 pm.
For a first day selepas balik kerja atau kelas yang pack, korang mesti mengantuk gila. So, tidur lah sekejap. Kalau nak tidur sampai pagi esok pun tak ada hal. Sebab tu mungkin akan reset balik masa tidur anda.
Tapi still tak mengantuk pada waktu malam.
But, andai kata korang penatkan diri di waktu siang, then mengantuk. Then take a nap pukul 8 malam. Then terjaga pukul 12 malam (macam aku). Then tak boleh tidur dah. Then then then ah sudah. Online hingga pukul 2 pun still tak mengantuk. So, macam mana? Yes, again, tipu otak anda. Caranya adalah dengan mandi waktu malam. Bila mandi waktu malam, ianya akan bagi situasi seoalah-olah anda tidur sebab korang akan rasa mengantuk bila suhu banda berubah dengan tiba-tiba. Serta, bila mandi, suhu badan akan auto turun dengan mendadak dan itu juga adalah meniru situasi bila tidur. Aku terbaca pasal ni dalam sebuah health care.
Susu dan teh.
Tak pun, lahirkan rasa mengantuk tu dengan susu dan teh (Cara ni tak berkesan langsung untuk aku btw). Mengikut kajian, susu memang boleh buat korang tidur. Begitu juga teh. Teh penting untuk kasi ketenangan dan relax yang boleh leads kepada tidur. Sebab kalau tak, masa baring tu korang mesti banyak berfikir. Bila banyak berfikir, sure susah nak tidur.
Ada certain orang, kalau dia minum kopi, dia tak akan boleh tidur untuk dua hari. Itu bagus. Tapi, kena ingat tak boleh tidur tak bermaksud tak mengantuk. Kafein buat korang terjaga, tapi juga mungkin dalam keadaan dizzy, mamai dan mengantuk. So, kalau korang amat sensitif terhadap kopi, make sure hati-hati masa minum.
Jikalau korang tak boleh tidur dan amat susah nak tidur, pergi jumpa doktor. Its not about korang dah jadi vampire jiwang eww eww macam Edward Cullent tapi bila tak tidur, ianya mungkin ada sebab-sebab lain yang membawa kepada penyakit yang membawa kepada kematian.
Dulu, pernah beberapa kali aku terjaga dengan tenang pada waktu pagi. Aku terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi. Aku buka mata. Rasa tenang je. Tak rasa mengantuk pun. Aku tengok orang rumah aku semua dah tidur. Memang feel gila waktu macam tu. Tapi, semakin kita dewasa, semakin kurang waktu yang ada untuk tidur. Masa untuk online pun dah tak ada.
My life is getting harder and harder.