Sabtu, 18 Ogos 2012

(Repost) Situasi Tipikal Blogger Di Musim Perayaan Aidilfitri

Salam Aidilfitri

Cehhhhhhhh.

Aku baru sahaja balik dari shopping raya. Dan sekarang dah nak berbuka. Aku lapar.

Well, aku buka Google Reader dan aku tengok banyak betul keadaan tipikal yang berlaku saban tahun apabila raya menjelma. Semua cakap pasal raya. Ianya berlangsung setiap tahun apabila raya menjelma. Anggap la blog aku ni dah tua beberapa tahun walaupun sebenanrnya tak sampai setahun pun lagi.

Situasi Tipikal ;

Seminggu Sebelum Raya

Masa ni tak ada lagi mood raya. Semua bloggers pakat tulis entry yang tak ada kena mengena dengan raya. And bagi yang excited tu, mesti tulis pasal plan nak balik raya. Macam biasalah. Meraung-raung sebab tiket dah tak ada. Tak pun baju raya tak beli lagi. Bab menangis sebab tak beli baju raya lagi mesti kaum perempuan. Ye la. Baju at least kena 4 pasang. Belum kira kasut. Tudung. Heh. Yang laki lak. Pening mikir bab nak beraya dengan gewe. Dari segi baju lak, lelaki biasa je. Ada baju melayu sepasang, aksesori secukup rasa, dan baju serta beberapa helai seluar, dah memadai. Kira tak mengada sangat lah. Lelaki memang baik.


1 Hari sebelum raya.

Mari memeriahkan masjid walaupun korang
tak pernah jejak ke masjid sebelum ni.

Alahai.. Masa ni bloggers sibuk tulis pasal baju raya yang dah di beli. Gadis-gadis yang memangis dengan hingus meleleh, kini dah kering sebab dah dapat baju raya. Tak kurang juga entri yang cerita pasal kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak kurang juga yang jadikan kad raya umpama award blog. Haiz.

Ada satu tu seorang blogger sibuk tulis entri mengkritik blog lain. Tak habis-habis kritik orang. Dah nak raya ni bawak-bawak la mintak maaf wahai Mr K. Takbir raya dah la tak pergi.

Hari Raya Pertama

Happy Eid Day.

Aku tulis entri ni pada pukul 2 pagi setelah penat mengecat rumah yang tak habis. Esok mesti mak aku bising pagi-pagi sebab tengok ada kerja yang tak siap. Abang aku pasti dah lari dulu.

Well, hanya blogger yang tak ada life je yang akan post entry yang bejela-jela pada hari raya. Tak pun diorang naif sangat tak mampu nak beraya. Sebab tu sakan tulis and post entry baru. Biasalah. Walaupun miskin. Internet mesti ada.

Hari Raya ke-2

Ketupat. Bukan benda yang gadis-gadis reti buat.

Masa ni dunia blog dipenuhi dengan gambar-gambar hari raya pertama para blogger. Tak kisah la gambar awek ke, skandal ke, ex ke apa ke. Semua pasti pasal gambar. Yang tak pernah tangkap gambar tu pun tiba2 jadi cam 'whore'. Tapi normal lah kan. Hari raya katakan. Tapi jangan ada gambar pakai baju melayu atau baju kurung berkumpul ramai-ramai dalam tandas then tangkap gambar reflect cermin tandas tu sambil buat pose gedik-gedik terover sudah.

Hari Raya ke-3

Salam Lebaran

Raya ke tiga aku balik kampung. Isk. Well, aku nak cerita pasal diri aku lah. Bosan tul aku asyik cakap pasal orang lain je. Pedulikan lah pasal entry Situasi Tipikal ni. Belog aku, suka ati aku lah nak lari tajuk pun.

Aku rasa dah dua tahun aku tak balik kampung. Bukan apa. Aku tak gemarkan sesetengah orang di kampung aku. Sebab pemikiran mereka tak berapa err 'okay'.

Kampung aku di Terengganu. So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, dua hari terakhir je aku start main mercun. Aku cuba cari mercun kat Melaka tapi tak ada. Melaka serba kekurangan. Kuantan gak best.

Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja.

Okay lah mungkin memang sengaja. Aku bukan kritik sebenarnya. Just fun-fun kat dunia blogging ni.

And...

Korang ni apahal? Orang lain duk pergi beraya, yang korang gedik-gedik baca blog ni tak ada rumah ke nak beraya and kolek duit raya serta pergi mencapap sambil pakai baju baru yang bewarna warni siap ada manik-manik yang mungkin agak over bila ada selendang kat ada lengan sambil kerek ke sana ke mari bersama keyakinan diri yang tinggi sebab baju baru kira handsome dan lawa lah?

Oh, mintak maaf sekali lagi.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. Love you all =)

P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.

Khamis, 16 Ogos 2012

Cara Jadi Sweet Girl Sebelum Janda Kebas Kekasih / Suami Anda.

Assalamualaikum


Hellow semua gadis yang tak reti jaga kekasih dan suami, amacam, dah kena kebas?

First of all, saya nak minta maaf kalau anda punya suami telah dikebas oleh janda getah dan anak dara 18 tahun. Apparently, they know how to handle you lovely, charming and handsome husband more than you.

Untuk pengetahuan anda. Everytime seorang suami or kekasih meninggalkan anda, hanya ada tiga reasons je kenapa ianya berlaku. Reasons tersebut adalah
  1. Bukan jodoh anda (Jodoh yang tak kekal)
  2. Lelaki tak berguna (Curang)
  3. Anda suck.
Saya tak mahu menyentuh langsung point A dan point B. Apa yang saya nak sentuh adalah point C which is "Anda suck". Sebelum memulakan entri saya pada pagi yang hening ini, adalah sukacitanya saya memberitahu bahawa dientri ini, anda akan merasa bahang kepanasan, bahang kehangatan, dan tak lupa juga, bahang kemarahan anda kat saya kerana "Anda" dalam situasi ini adalah kaum hawa, kaum girlfriend ataupun kaum isteri. Ya, ada certain point bila si suami setia itu tinggalkan anda, anda adalah penyebabnya. So yes, now I am going to tell you about the sweet trick di dalam alam perkahwinan supaya dapat prevent anda dari ditinggalkan kekasih dah suami.

Wait. What? Are you gonna tell me bout the marriage tips? And you are not even... married? Ha. Ha. Funny.
Sorry, but are you talking to me? Guess what? I cant hear you. So, lets proceed.


Tak boleh ke kami (kaum hawa) dapatkan lelaki setaraf dengan jejaka korea?
Seperti yang kita faham, gadis-gadis comel di luar sana amatlah mendahagakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami. Tapi sayangnya, dia tak mampu cari suami, so dia pun cari lah lelaki untuk dijadikan boyfriend. And then, boom. Terputus di tengah jalan.

Well girls, dunia umpama daun di padang pasir, rumput di tengah pantai dan oasis di tengah-tengah padang. Kadang-kadang ianya nampak amat indah. Kadang-kadang semuanya nampak amat mudah. '
Tapi semuanya tak semudah yang kita andaikan.

Dari tahun ke tahun, kita disajikan dengan rintihan sang isteri dan gadis yang mengadu kepada lelaki single seperti saya tentang perangai boyriend, kekasih, tunang dan suami mereka.

Actually, ini membuatkan aku tertanya-tanya. Apa yang dilakukan oleh si lelaki sampaikan di satu tahap, segenap kaum hawa berkata "lelaki Malaysia tak romantik macam lelaki dalam Drama Korea?"

Okay, mari kita improvise situasi yang tegang ini.

***

Di malam yang romantis, si isteri tengah melipat kain. Si suami pula sedang menonton Berita Utaman sambil membaca Harakah. Si isteri berasa bosan. Lalu dia pun start lah mengada dia.

Wife : Abang.
Hubby : Ye sayang.
Wife : Abang.
Hubby : Ye sayang
Wife : Abang.
Hubby: Ye sayang.
Wife : Abangggggg.
Hubby : Iyeee saya. Awak nak apa sebenarnya ni?
Wife : Hump! *Geram*

Then, si isteri terus berasa marah lalu dengan pantasnya, dia berlari serta tukar channel untuk layan drama korea. Si Suami berasa kaget dan pelik dengan situasi tersebut. Lalu dia pun bertanya:

"Eh, yang awak tetiba tengok cerita korea ni kenapa?"
"Saja."
"Saja? Ada apa-apa ke ni?"
"Tak ada apa-apa lah. Saja tengok citer korea. Lagi pun, layan drama boleh la juga feeling-feeling sweet. Nak harapkan awak bersweet-sweet dengan saya jangan harap lah."
"Laaa. Awak nak bersweet-sweet dengan saya ke tadi?"

Perempuan punya "Im fine. Im okay. Serious, I'm okay lah. I KATA I OKAY MAKSUDNYA I OKAY LAH!"
Untuk pengetahuan anda. Lelaki mempunyai instinct yang amat bagus untuk mengetahui yang pasangannya tengah moody atau pun tidak. *Bunyi cengkerik* Okay. Aku tipu. Lelaki mempunyai radar yang amat teruk untuk mengesan samaada pasangannya tengah marah atau pun tidak. Pastu, perempuan ni, dia tahu lelaki punya sensor tu teruk. So apa yang dia buat? Dia akan tingkatkan ketegangan. Contohnya macam cerita di atas la. Si suami tak nak bersweet, terus si isteri bukak drama korean dan memberi headshot "Tengok citer korea boleh la juga feeling-feeling sweet. Nak harapkan awak bersweet-sweet dengan saya jangan harap lah."

Selepas tu, baru la dia nak bukak cerita sebenar kenapa dia moody. Ni apa ni? Apa ke maksud semua ini? Tak faham betul saya. Kalau nak bermanja, terus pergi la kat suami. Kenapa perlu tunggu suami buat first move?

Dalam situasi di atas, kenapa si isteri tak bangun, pergi ke suami, turn off TV, tarik dan buang surat khabar lalu duduk bersimpul di atas riba suami sambil memberi jelingan manja dan lenggokan yang menggoda? Tu baru la betul bermanja dengan suami. Kalau setakat nak Abang-ye-sayang-abang-ye-sayang, budak umur 13 tahun bercinta pun boleh buat macam tu.

Come on lah our Khairul yang disayangi. Kami ni perempuan. Gegirl, okay? Jiwang-jiwang, sweet-sweet tu semua kerja lelaki. Awak ingat buat first move ni kerja gegirl ke? Durhh~
Hmm. Yeah. Maybe anda tak patut mulakan first move. Maybe semua love-love ni biar lelaki yang lakukan. Maybe you are right after all--- Oh hell no. Of course lah you wrong and Im right. If you think you gonna sit there and wait for your husband datang bermanja, maybe dia akan datang. Tapi itu untuk for the first years je. And as for yang boyfriend-girlfriend, lelaki akan kejar anda dari masa mula-mula dia nampak anda. And then for the first 3-6 months, dia might be akan stop to start the conversation. So, kalau dia stop untuk memulakan conversation, si gadis pun diam membisu? Kalau bab makwe-pakwe or cinta monyet ni tak apa lagi. Tapi kalau dah bab tunang dan dah berkahwin? Suami, balik rumah, makan, tidur then pergi kerja. Ulang-ulang cycle yang sama. Isteri pulak dok congok tunggu suami start perbualan. WHERE IS THE FUN? *Campak laptop*

Dah la siang-siang suami kena kerja. Nak-nak pulak kerja sampai tengah malam. Mesti la dia expect bila dia balik rumah, dia dapat layanan dari isteri. Paling kurang pun, seronok la juga kalau balik je dari kerja tu, isteri tunggu depan pintu sambil gigit bibir dengan manja. Tak pun, isteri terus tegur "Penat kerja bang, mari baring atas riba baby". Haa. Kan best. Ni tak. Suami balik kerja, "Penat kerja bang? Okay. Pergi mandi. Pastu makan.". Tak romantik lansung. Tak ada excitement langsung. Apa kata korang createkan satu excitement supaya your kekasih or suami berasa teruja dan tak sabar nak balik rumah or nak jumpa korang? Kan best. Tak Gitu?

Pastu, asal suami balik je, nampak muka korang yang tak ceria. Jangan sampai si suami kata "Balik-balik tengok muka awak. Balik-balik tengok muka awak. Bosan saya. Dah la tak comel. Pemalas pulak tu. Janda kat rumah sebelah lagi rajin". Haaaa. Haaa! Dia dah start puji janda dah tu. Tak lama dah tu. Nampak tak permainan dia disitu?


Lelaki suka bergurau kasar. Bila dah bergurau kasar, si isteri jangan la beremo-emo. Setakat nak merajuk-merajuk manja selepasi kena bahan-bahan manja dengan suami tu tak apa lah sebab aksi pujuk memujuk selepas kahwin memang diperlukan. Lelaki suka main pujuk-pujuk manja ni sebenarnya. Lelaki memang suka memujuk. Tapi kalau dah berhari perempuan jual mahal asyik nak merajuk je kerja. Memang dapat ke janda rumah sebelah lah suami korang tu. So, korang kena pandai-pandai la balancekan keadaan. Ingat senang ke jadi isteri? Aku bercakap macam aku pernah jadi isteri pula.

Dan tak dilupakan juga. Most of the girls ni fikir pasal nak dibelai je. Kadang-kadang, masa tidur suami nak gak rasa dipeluk. Bak kata orang tu, spoon. Cuba la kalau tidur tu korang (wives) peluk suami dia. Korang fikir korang seorang je ke nak rasa disayangi, di manjai dan dibelai? Korang apa tau. Tau nak dimanjakan je. Memasak tak nak. Huh. Korang kalau tak pandai jaga dan belai suami, tak apa. Ramai janda yang pandai. Tu belum kira janda punya masakan. Korang ni, nak goreng ikan pun terlompat-lompat sebab takut terkena minyak panas, ada hati nak compete dengan janda.

Tapi Khairul, I dah buat semua benda ni atas. Now apa aku dapat? I seolah-oleh gadis yang cheap. Cheap girl yang desperate. Last-last, dia tinggalkan I juga! Tips you semua tak boleh pakai punn. :(

Korang ingat lagi tak yang aku pernah kata curang is an option? Atau dalam bahasa melayunya, curang itu adalah satu pilihan?

Aku bagi contoh. Andaikata dalam dunia ni tinggal 3 je lelaki, mana korang akan pilih:
a) Lelaki handsome, baik dan banyak duit. Tapi nak anak kurang dari 5 orang.
b) Lelaki handsome, baik dan banyak duit. Tapi suka gila kacau korang.
c) Lelaki handsome, baik dan banyak duit. Tapi nak anak lebih dari 5 orang.

Siapa yang korang akan pick? Well, doesnt matter right? Sebab korang akan pick any of them yang nak kat korang. Kan?

Sama la dalam kes curang. Dalam kes curang, ianya datang dengan dua syarat ianya lelaki dan perempuan.  Syarat basicnya adalah berlainan jantina dan wants you too. Curang akan berlaku kalau other people (orang ke tiga - lelaki or perempuan) yang boleh offer way much better than your life partner. Tak kisah la kalau janda (in this case) tu lawa atau sebagainya. Kalau dia tak tertarik kat suami anda dan suami anda pulak setia macam Mr. K, sure lah kecurangan tak akan berlaku kan?


But if you treat your husband shits, you gonna get shit. Sebab at the end of the day, korang akan dengar ayat yang korang paling takut nak dengar. Ya "Saya boleh kahwin empat kalau saya mahu". Kata suami. Its gonna be unfair. I admit zaman sekarang ramai lelaki kahwin empat bukan sebab sunnah. Tapi sebab nafsu. But, what can you do, cry out lout dengan harapan suami tak akan madukan anda? Or anda nak diceraikan?

Ini bukan sahaja untuk para perempuan. Nak curang tu, tak kira dah jantinanya. Once sebelah pihak lost the grasp, lost something to give, kecurangan akan berlaku. Ini diapplykan untuk both lelaki dan perempuan.

Curang is an option. And it takes two to tango. Don't expect your pasangan untuk buat segala benda demi relationship korang. Do your part. Give and take.



Ahad, 12 Ogos 2012

Keluarkan Roh Dari Badan Seperti Movie Insidious

Assalamualaikum


Hellow bakal mayat dan bakal bangkai sekalian. What's up yaw?

Aku nak tanya korang something. Kenapa kanak-kanak mudah nampak makhluk halus tak seperti orang dewasa? Kenapa bila kita bermimpi kita jatuh gaung or jatuh tangga, or jatuh dari tempat tinggi, kita akan terus terjaga dari tidur? Dan soalan terakhir, kenapa most of us, ada yang kena tindih?

Pernah tak anda terfikir, kenapa kita tak boleh bergerak semasa kena tindih? Bukan je bergerak, bercakap pun tak boleh. Kalau ada orang baring atas anda, tak kan la suara tetiba hilang kan? So, apa rasionalnya bila kita "Paralyzed semasa tidur", kita kata kita kena tindih?

Pernah tak anda terfikir yang anda bukan kena tindih tapi sebenarnya, sebahagian dari roh anda dalam proses untuk masuk / keluar ke dalam badan anda? Dan itulah sebabnya anda tak boleh menggunakan jasad  anda. Dan pernah tak anda terfikir yang mahluk yang berdiri /  duduk di atas badan anda masa kena 'tindih' tu sebenarnya makhluk yang nak masuk ke dalam jasad  anda disebabkan jasad  anda  kosong? (Roh anda keluar, jasad anda umpama empty vessel). Dan tahukah anda yang roh setiap dari anda, anda, anda dan anda keluar dari badan semasa anda tidur? Dan setiap dari itu, anda ada chance untuk di rasuk hantu?



Adakah saya dah berjaya membuatkan anda rasa nak baca lagi entri ni sebab tertanya-tanya? Atau, anda akan berhenti membaca sebab takut?

Contohnya, korang balik dari kelas or kerja yang amat memenatkan. So korang pun masuk la ke bilik korang yang beraircond tu. Peh, penat-penat, berpeluh-peluh, baring pulak kat dalam bilik yang bersuhu dingin. Memang layan. Selepas tu, korang terus baring sambil pandang siling dan berangan. And then tetiba, bam, korang rasa tak sure yang korang dah lock ke belum pintu pagar luar rumah korang. So korang bangun la untuk pergi periksa. Korang intai dari tingkap tengok-tengok masih belum berkunci. So korang pergi la semula ke bilik korang untuk ambil mangga pintu. Tapi bila je korang masuk balik dalam bilik, korang nampak diri korang tengah baring. Wuuuuuuuu.

Sebenarnya, peristiwa di atas dikenali sebagai Keluar dari badan dalam bentuk 'roh'. ianya terbahagi kepada dua iaitu Astral Projection dan Out of Body Experience.

Astral Projection (AP)- Keluar dari badan dalam keadaan sedar or/and on purpose. Mostly fully roh akan keluar. Kita akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.
Out of Body Experience (OBE) - Keluar dari badan dengan keadaan tak sedar dan tidak sengaja. Mostly, sebagian dari roh yang keluar. Roh yang keluar akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.

Konsep Astral Projection adalah simple je which is untuk certain people, mereka boleh keluarkan roh mereka dengan sengaja dan berjalan-jalan dalam bentuk roh. Berjalan ke mana? Kemana-mana yang mereka suka. Tapi for most of us, kita mampu keluar kepada bentuk roh hanya bila kita dah tidur (Out of Body Experience. And most of the time, we will not even remember about it. Kalau ingat pun, kita akan sangka yang ianya satu mimpi.


Secara dasarnya, Astral Projection dan Out of Body Experience adalah perkara yang sama. Tapi yang membuatkan Astral Projection ni jadi terkenal adalah disebabkan oleh filem horror or filem hantu yang bertajuk Insidious. Hantu dalam cerita ni tak menakutkan. Tapi jalan cerita dia yang amat interesting yang membuatkan cerita ni jadi spooky gila. Dan tak lupa juga, unsur suspen pun tak sebanyak cerita Ju On. Yet, ianya amat menakutkan.Tales dari movie Insidious adalah simple. Konsep yang sama diterapkan iaitu tentang manusia yang keluar dari badan dengan bentuk roh. Cuma, yang bezanya adalah bila sesorang tu dah keluar dari jasad dia, ada makhluk halus or hantu yang akan masuk. Iye lah. Badan dah tak ada roh. Mesti la jasad kita kosong kan? So, hantu, iblis, jin dan syaitan akan ambil kesempatan untuk masuk.


Out Of Body Experience (OBE) vs Kena Tindih.
Pernah tak korang kena tindih? Actually aku tak pernah. Aku tak tahu la samaada aku tak pernah kena tindih atau aku tak ingat yang aku pernah kena tindih. Tapi seriously, secara sedarnya, aku tak pernah kena tindih. Yang aku ingat, abang aku selalu golek dan baring atas belakang aku masa aku tengah tidur. Tu cara dia kejutkan aku secara manja.

And aku pernah tanya pendapat kawan-kawan aku yang ber pengalaman kena tindih ni. Once dia kena tindih, dia akan nampak dan dengar macam-macam. Ada nampak muka ni, ada nampak muka tu. Ada dengar suara ni, ada nampak suara tu. Dan tak tekercuali, ada yang nampak diri sendiri yang tengah tidur.

Tapi korang tak pelik ke? Korang kata kau kena tindih, korang tak boleh gerakkan badan. Tapi macam mana korang boleh tengok seluruh bilik or tempat tidur korang?


Dari segi pengkajian yang unproven scientific, kena tindih juga adalah sebagian dari Out of Body Experience. Dengan kata lain, sebahagian diri anda keluar ke bentuk roh dan sebahagian lagi masih dalam badan. And thats why la korang tak boleh gerakkan langsung angota badan korang sebab sebahagian roh anda dah keluar. Dah sebab itu lah juga ada certain orang bila kena tindih, dia seolah-olah nampak makhluk lain sebab dia masuk ke alam yang... erm... yang lagi satu. Atau dikenali sebagai Alam Roh. Di alam roh, anda nampak lah makhluk halus ke, roh si mati ke apa ke. Semua boleh nampak. Anda mungkin mengalami double visual - Mata dari jasad dan mata dari roh. Tapi, anda tak boleh mengerakkan kedua-dua jasad dan roh anda pada masa yang sama kalau tengah OBE or AP.

Tanda-tanda anda dalam Astral Form.
Antara tanda-tanda yang anda dalam keadaan Astral Form adalah anda nampak diri anda yang sedang tidur. Yet, anda dapat rasanya yang itu bukan mimpi. Itu amat-amat real somehow. Tapi, dikatakan, tahap paling susah untuk capai Astral Form adalah ketika hendak keluar dari jasad kita. Dan ini akan membawak kepada rasa kena 'tindih'. So, kalau anda dah berjaya nampak diri anda tengah tidur, itu maksudnya anda dah completely in Astral Form.

Dejavu vs Astral Projection dan Out of Body Experience vs Time Traveler.
Ada yang mengatakan yang Dejavu juga berpunca dari Astral Projection. Untuk certain expert, ada yang boleh pergi ke masa depan dan ke masa lampau. Roh kita pergi ke masa depan dan lihat apa yang kita buat. Then, bila kita in real life pergi ke tempat dan masa tu, kita akan terkejut sebab kita seolah-olah pernah alami situasi tu. Then sure kita akan berkata "OMG, Dejavu!". Tapi ada dua je jenis orang yang mampu buat macam ni on purpose which is orang yang dikehendaki oleh Allah (Ahli sufi, ahli sunnah, wali, tinggi agama and etc) dan orang yang bersahabat dengan syaitan ( Bomoh, penilik nasib etc)

Kelebihan Astral Projection dan Out of Body Experience
Banyak gila kelebihannya buat menda ni. Antaranya adalah korang boleh berjalan-jalan ke mana yang korang suka. Korang boleh pergi London tonton Olimpik. Korang boleh pergi Australia tengok kangroo. Korang boleh pergi New Zealand stalk Kiwi. Anda juga boleh jumpa dengan roh-roh si mati. Selain itu, anda juga boleh nampak makhluk halus. Ianya sure fun kalau anda boleh pakat dengan kawan untuk melakukan AP dan tengok hantu ramai-ramai kan? Tak pun, terbang ramai-ramai dan sebagainya.

Dari apa yang aku baca, ramai yang tak berjaya buat Astral Projection dan Out of Body Experience ni adalah disebabkan makhluk halus. For example, aku perasan ramai orang melayu yang buat benda ni, masuk balik ke dalam badan disebabkan oleh hantu. Once roh dah nak keluar, sure akan ada hantu / roh si mati yang tertarik. Pastu hantu tu mengintai kan? And sure la kita akan takut kan? Bila kita terlampau takut, kita akan terjaga dari tidur. Sebab tu la kalau kita mimpi kita jatuh dari tempat tinggi, kita akan terserentak.

Side Info

  1. Ada certain penceritaan yang mengatakan bahawa semasa AP dan OOB, yang keluar bukannya roh tetapi Qalbun kita. Thus, teori movie Insidious adalah karut.
  2. Ada certain pendapat yang mengatakan Rasulullah, naik ke lagit dalam bentuk roh - Which is Astral Projection. But, tak ada sesiapa boleh sahihkan peristiwa ini since ianya tergolong dalam perkara ghaib.
  3. Ramai melayu dan rakyat Malaysia claimed yang mereka berjaya melakukan Astral Projection dan berjumpa dengan orang lain di alam lain yang juga boleh melakukan Astral Projection.
  4. @Adamvai (Twitter - Ghost hunter Entity666), claimed dia melakukan Astral projection hampir setiap hari untuk menjalankan kerjanya - memburu hantu. 
  5. Ramai orang-orang tua yang selalu melakukan Astral Projection ketika berzikir masa hendak tidur. Tetapi dia tak tahu yang ianya adalah Astral Projection dan real. Ramai sangka yang ianya adalah mimpi walaupun mereka rasa real. Dan bagi yang tahu, mereka memanggilnya Meraga Sukma.
  6. Buku / Hikayat penceritaan Bercakap Dengan Jin karya Tok Awang Ngah juga menceritakan tentang Meraga Sukma.
  7. Ada perubatan Islam menggunakan Meraga Sukma untuk merawat pesakit secara Perubatan Jarak Jauh.


P/S : Let me know kalau ada fakta salah. Aku sebenarnya masih baru dalam bab ni.

Aku pernah cuba buat 3 kali untuk masuk ke astral form. End up tertidur... So, kalau korang yang dah ada pengalaman, feel free to share. 



Khamis, 9 Ogos 2012

Apa Sebenarnya Punca Kita Dapat "Dejavu" tu?

Assalamualaikum


Hellow manusia khayalan sekalian. What's up?

Hari ni anda puasa tak? Well, ini adalah soalan yang agak rude untuk di tanya di bulan puasa. And most of us? Mesti suka tidur kan masa bulan puasa? Asal ada je sikit kelapangan, terus terlentang atas katil bawah aircond. Cukup pukul 5, terus bangun dan pergi ke bazaar Ramadhan.

Dan pernah tak masa korang bangun dari tidur yang seharian tu, korang mengalami dejavu? Well, korang tahu what the hell is dejavu? Dejavu ni macam korang re-experince semua apa yang korang pernah alami. Ianya umpama seolah-olah korang pernah berada dalam situasi yang exactly sama tapi korang tak boleh recall macam mana korang boleh pernah mengalami situasi tu.

At the first place, aku ingatkan Dejavu ni satu istilah dan kepercayaan Hindu atau budha. Iye lah. Macam "Karma" yang korang dok percayakan tu. Tapi bila aku baca lagi, baru aku perasan yang Dejavu ni sebenarnya dari perkataan Perancis yang bermaksud "Already Seen" atau dalam bahasa melayunya; Dah Pernah Lihat.


Actually lah kan, lebih dari 70% manusia kat muka bumi ni pernah mengalami dejavu. And lagi 30% tu, samaada tak ingat yang dia pernah mengalami dejavu or buat-buat lupa sebab tak nak mengaku akan kewujudan dejavu. 

Apa yang orang kata tentang Deja Vu

Roh?

Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. For example. Korang dapat masuk ke UPM. Korang excited gila. Pastu sebelum tidur tu korang berangan la pasal UPM, pasal awek cun UPM, pasal jejaka handsome UPM, pasal kelas cantik UMP dan sebagainya. And then, bila korang sampai ke UPM korang rasa macam 'Ehhh. Macam pernah nampak la tempat ni. Ehh lagi! Macam kenal la awek tu. Serious!" Even korang tak pernah lagi pergi kat tempat tu, korang dah rasa macam korang dah pernah sampai ke tempat tu.

Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan oleh imbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them.


Mainan otak.?

Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur - lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu, ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya, kemungkinan besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Ianya memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

"Saya rasa kita macam pernah jumpa sebelum ini. Adakah ini semua takdir dan dejavu?"

Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

Well, walau apa pun punca sebenar Dejavu ni, agak mustahil untuk manusia huraikan.

P/s : Sekitar 10 hari je lagi sebelum raya. Tapi masih belum pernah pergi bazaar Ramadhan.




Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger