Selasa, 31 Julai 2012

For Single Ladies.

Assalamualaikum


Girls are like
apples on trees. The best
ones are at the top of the tree.
The boys don't want to reach for
the good ones because they are afraid
of falling and getting hurt. Instead, they
just get the rotten apples from the ground
that aren't as good, but easy. So the apples
at the top think something is wrong with
them, when in reality, they're amazing.
They just have to wait for the right
boy to come along, the one
who's brave enough
to climb
all the way
to the top
of the tree.

Well.... really? I mean... REALLY?







True story.



Sabtu, 21 Julai 2012

[Recycle]Fakta-Fakta Tipikal Bulan Ramadhan dan Syawal di Malaysia

Assalamualaikum



Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.

Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.

As for today, aku nak cakap sikit benda-benda yang aku dah cakap tahun lepas. Ya, setiap tahun, kita akan hadapi masalah sama di bulan ramadhan dan syawal. Kan?

Ramadhan versi Malaysia = Bulan membuang duit.
Duit lagi cepat habis di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan kebiasaan. Korang tahu tak aku benci gila pergi bazaar? Ya, sebab harga makanan di bazar gila ah mahal. Ayam seketul yang kecik tu pun dah nak cecah 3 ringgit. Nasi yang tak sampai separuh pun dah kena Rm 1.00. Tapi aku tak faham la kenapa still ada orang yang beli? Di sebabkan ada orang beli lah penjual sanggup naikkan harga. Cer korang bayangkan bila customer tak beli ayam yang beharga nak Rm. 3.00, agak-agak penjual akan turun kan harga tak? Mesti lahhh.



And korang tahu tak, kalau korang duduk di Tampin. Korang surely akan tau pasal bazar kat Tampin tu kan? Kat situ, ada beberapa orang abang yang jual nasi ayam tau. And percaya atau tak, kesemua mereka pakai spect Oakley beb. Satu spect tu harga dalam Rm 800. Even buruk gila design dia, harga dia tetap mahal. Padahal kualiti dia standard je dengan spect Rm 500 ke bawah. Ni mesti mahal sebab jenama. Well biasalah, orang sekarang kan tengok jenama je. Even design buruk tapi ada brand, sure orang beli kan? Dan ini buktinya yang menjual di bazaar ramadhan really boleh buat korang kaya.

Mari memalaskan diri.
Semua benda tak boleh buat dengan alasan puasa. Nak buat tu, tak boleh. Nak buat ni, tak boleh. Semuanya dengan alasan berpuasa. Padahal, bukan penat sangat pun puasa-puasa ni. *Ceh ceh*. So end up, masing-masing pi bantai buat peta atas bantal. Then bangun bila dah nak bukak puasa. Ni belum kira bab berat badan. Iye lah. Asal berbuka je, lauk ayam. Then selepas berbuka, terus tidur. Mana tak naik berat badan? *Terasa sambil usap-usap perut. Perut dah tahap suami orang dah. Biasalah, perut yang mendapat kasih sayang isteri*

Warung-warung tersorok yang buka pada waktu tengah hari akan mendapat lebih banyak sambutan daripada biasa.
Percaya tak kalau aku kata warung-warung dan kedai makanan yang kecil yang buka di siang hari boleh mendapat sambutan yang hangat lebih dari biasa? Aku tau lah sebab aku pernah ter-ikut kawan aku yang menjadi runner untuk juadah berbuka puasa di siang hari. Dududududuu (bunyi motor). Aku tumpang kawan aku pergi ke bandar. Then masa balik tu, dia ada singgah di tepi sebuah bangunan tau. Then kat belakang tu, ada sebuah warung kecik je. Tapi orang dia perh, ramai beb. Kawan aku kata lauk-lauk kat situ licin even ayam dia kecik. Pandai betul orang sekarang berniaga.

Bilik yang kosong kini telah berpenghuni.
Bilik belajar (discussion) di hostel aku yang kebiasaanya kosong pada waktu siang kini sentiasa penuh dengan orang. Pintu juga asyik berkunci je. Bila ketuk pintu bilik discussion tu, automatik bilik tu akan jadi sunyi macam tak der orang. Magik betul. Then kalau hidu betul-betul, sure akan terbau makanan. Intai punya intai, tengok-tengok member aku ada buat majlis berbuka puasa kat situ daaa. Dieorang confused dengan azan zuhur dengan azan magrib kot.

Cerita sedih tak akan meningsafkan penonton.
Bila ramadhan, tv3 mula siarkan cerita-cerita yang sedih yang entah apa-apa konon untuk menginsafkan penonton. Tetapi, hakikatnya, cerita-cerita di kaca tv hanya lah menjadi stock makian dan sumpah seranah sebab tahap sedihnya adalah terlampau tak logik. Alah, cerita melayu biasa lah. Kalau tak isu hero yang miskin, mesti pasal hero yang terencat. Then mesti ada isu kena rogol. Then blah-blah-blah. Same modus operandi all the time. Dan yang tak boleh blah ada je lagi orang dok layan cerita-cerita yang macam tu padahal plot dan ending dia boleh sangat nak agak.


Dan plot yang paling femes adalah pasal anak derhaka terhadap ibubapa. And then either si anak or si ibubapa yang akan mati. Pulak tu, bila nak mati, mesti mati pada pagi 1 Syawal. Kan? Balik-balik mati pada 1 Syawal. Balik-balik mati pada 1 Syawal. Yaaa. Tipikal kan? Kucing aku pun boleh agak plot macam tu bro. Dan soalan yang aku paling kerap tanya. "Kenapa pengarah dan producer suka menginsafkan penonton dengan filem sedih kalau keinsafan boleh di capai dengan filem happy?" Contohnya, cerita pasal keluarga family yang suka ria pulang ke kampung. Mesti bila orang yang tak pulang ke kampung akan rasa sayu je bila tengok kan?

Droolling to the TV
TV mula menyiarkan cerita berunsurkan masakan untuk juadah berbuka dan kuih raya. Masa zaman dulu-dulu, pada pukul 5 dan enam petang kami semua akan duduk depan tv dan layan apa-apa program masakan sambil terliur. Aku tak faham kenapa bila raya dan berbuka puasa kita di sajikan dengan program-program macam tu. Lagi pun kenapa perlu berbuka dengan gempak-gempak? Kenapa tak boleh berbuka dengan lauk seperti hari-hari biasa? Dan... ada ke orang yang betul-betul follow guide kat TV tu? Anak-anak dara zaman sekarang mana reti masak benda-benda pelik-pelik macam tu. Kalau ada pun, mesti makcik-makcik tua. Anak dara apa tau. Tau bergossip je.

The weird wayang satu syawal.
Produser dan pelakon mula mempromosikan filem-filem mereka dengan ayat "Jangan lepaskan movie terbaik pada 1 syawal ini. Hanya di panggung wayang!" Seriously? What shhhht makes you think we all should sambut Raya 1 Shawal dalam panggung wayang? We all got thousands of rumah awek-awek comel untuk di rayai. We all got thousands of new awek-awek comel untuk di kenali. And you suggest me to sambut raya kat dalam panggung wayang? Oh-oh maybe kat dalam panggung wayang ada awek-awek comel kot.

****************

Actually lah kan. Aku ada satu impian yang aku nak buat sebelum mati. Ya, setiap tahun, aku berharap yang one day aku boleh rasa beraya di negara orang. Then tangkap gambar then hantarkan ke Utusan / Berita Harian dengan harapan keluar kat segmen "Salam Perantauan". Tapi serious. Aku nak merasa beraya di negara orang doe. Dah lebih 20 tahun beraya di negara sendiri. Feel tu dah makin nak hilang. Mungkin selepas kahwin feel tu datang balik kot. Bila la aku nak kahwin ni.


Ps : Belum beli baju raya. Isk. Isk.



Ahad, 15 Julai 2012

"Masa Berlalu Dengan Pantas" Islamic Vs Scientific

Assalamualaikum



Pernah tak korang rasa masa berjalan dengan terlampau pantas? Contohnya macam korang tengah bergayut dengan skandal or kekasih gelap or awek korang. Korang bergayut sekejap je. Cakap bab-bab merapu. Cakap bab-bab makan apa, bila nak kahwin, anak nama apa, nak anak berapa dan sebagai nya. Tapi bila sedar-sedar, dah 5 jam korang bergayut. Macam mana pula masa boleh berjalan tanpa kita sedar?

Macam tu la juga bila korang dok main Facebook. Liking-liking. Tagging-tagging. Poking-poking. Sedar-sedar dah tengah malam. Padahal esok dah nak kerja. Dan, pernah tak korang terfikir kenapa kita tak sedar dengan masa yang berlalu?

Dan tahu kah korang ada satu teori yang mengatakan bahawa:


  1. Kepanjangan masa yang di lalui oleh setiap manusia adalah berlainan.
  2. Masa adalah satu medium. Lain tempat, lain kelajuan masa yang berjalan. 
  3. Kalau kita dapat bergerak lagi laju dari kelajuan cahaya, kita boleh pintas waktu. (Future)
  4. Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat kita.

Kebanyakkan teori adalah bedasarkan idea Albert Einstein, Islamization  dan peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap angkasawan. Things yang berlaku kat angkasawan adalah masa bergerak dengan amat perlahan which means dieorang seolah-olah lambat tua dari manusia biasa. Ini adalah disebabkan zero gravity di angkasa yang menyebabkan masa bergerak dengan perlahan. Dan kalau di bumi, kita akan berhadapan dengan graviti bumi. Dan ini adalah selari dengan teori Albert Einstein yang "Kalau korang naik satu tapak tangga, masa korang akan bergerak dengan lebih pantas". Dengan kata lain, semakin tinggi korang berada dari graviti, semakin cepat masa berlalu. Teori ni dah dibuktikan secara paktikal.


Time Travel
Kalau aku cakap pasal time travel, mesti ramai yang kata aku banyak sangat layan movie. But the truth is, dari segi teori time traveling boleh berlaku. Ramai scientist yang terkenal termasuk Stephen Hawking kata Time Traveling adalah tak mustahil dan tak bertentangan dengan hukum fizik. Tapi ianya hanya boleh berlaku kalau medium (point) travel tu telah dicipta. Contohnya, time medium di cipta pada tahun 2030. So, hanya pada tahun-tahun seterusnya je boleh kembali pada tahun 2030.


Dari segi Islamik 
Korang tak rasa pelik ke bila setiap kali korang buat benda-benda ibadah seperti berzikir ke, mengaji ke, study ke, korang akan rasa masa berjalan dengan amat slow. Tapi bila korang buat benda-benda yang melalaikan, masa terus bergerak dengan laju?

Pernah tak korang terfikir yang sebenarnya bila korang buat benda-benda yang memalaikan tu, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis macam tu je? Dan mungkin bila korang berzikir, Allah 'slow' kan  waktu / masa supaya korang boleh buat lagi banyak ibadah?


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad


Ada sesetengah pendapat bahawa bila seseorang tu rasa masa dia terlampau pantas, maksudnya dia tak ada keberkatan masa / waktu. Or dengan kata lain, dia banyak buat maksiat. For example, korang bangun pukul 6 pagi untuk siapkan 3 task kerja. Tapi sampai ke malam kerja tu tak siap-siap even task tu adalah another simple task yang boleh siap dalam 3-4 jam. Tapi, bila korang nak buat task tu, korang akan rasa amat busy. Korang akan rasa macam tak ada masa lansung untuk siapkan kerja. Apa tah lagi masa untuk bersama isteri-isteri tercinta yang menuggu kepulangan anda di rumah.


So, merujuk dalam hadis di atas, kiamat akan muncul bila ramai orang yang lalai sampai hilang keberkatan waktu dan itu akan menyebabkan masa berjalan dengan amat pantas sehinggakan sejam bagaikan sekelip mata / satu percikan api.

"Semakin kita membesar, semakin laju masa berjalan">

I know this is weird. Tapi kalau korang ingat balik kenangan-kenangan korang masa kecil dulu, korang akan perasan yang even apa pun yang korang buat, korang akan rasa masa berjalan dengan amat perlahan. Tapi sejak korang start masuk ke sekolah menengah, masa dah start laju. Semakin meningkat usia, semakin cepat masa tu bergerak. Why? Adakah disebabkan oleh kejahatan yang kita lakukan?

Ataupun, masa berjalan dengan pantas hanya sebab kita seronok buat benda yang melalaikan sampai terleka dan masa berjalan dengan perlahan bila kita buat perkara baik sebab ianya membosankan?



Isnin, 2 Julai 2012

Top 10 Not-So-Famous TV Series Korang Patut Layan


Assalamualaikum


Hellow gadis dan jejaka yang tak ada life serta hanya tahu layan movies sekalian. What's up?

Aku sebenarnya suka gila layan movies. Tak kira la movie romantik ke, ganas ke, psycho ke; asalkan movie tu interesting, sure aku akan layan. Tapi kan, bila dah lama-lama layan movies, aku rasa bosan. Sebab semuanya disimpulkan dalam masa yang kurang dari 3 jam. Amat sekejap. So, aku beralih arah ke TV Series. Kalau di fikir-fikirkan balik, aku sebenarnya suka tengok TV series. Aku ingat lagi dulu-dulu pukul 6 petang di TV 3 sure akan ada drama bersiri dari Hong Kong yang awesome macam Golden Faith, Triumph in The Sky dan macam-macam lagi lah. Tapi sekarang amat susah untuk aku mencari dan mendownload Hong Kong punya series. So, terpaksa la aku layan english TV series.

Korang mungkin pernah layan TV series yang korang rasa gila ah best. Contohnya macam How I Met Your Mother, Leverage, Big Bang Theory, Chuck, Super Natural, Heroes dan macam-macam lagi lah. Tapi pernah tak ada terfikir yang kat luar sana, masih ada banyak gila cerita yang best tak korang tak berpeluang untuk layan?

Let me tell you my personal chart.

10. White Collar


Dirty 2/ 10>
Violent 3/10
Fun 8/10
Mindblown 7/10


Cerita tentang penyiasatan. You girls mesti suka cerita ni sebab hero dia. *Gay mode*. Selain handsome nak mampus, Neal Caffrey ni juga amatlah witty dan gila-gila. Dia juga genius dan yang the best part is, dia ni adalah penjenyah. You girls kan sukakan lelaki jenis bad-bad guy ni. Cerita ni bermula dengan Neal Caffrey yang prison break the penjara semata-mata nak jumpa awek yang nak pergi somewhere yang 'jauh'. And then bila dia dapat tahu awek tu dah hilang, dia serah je diri kat polis. And bla bla bla, dia akhirnya menjadi consultant untuk FBI. Series ni gak adalah tentang plan-plan or rancangan Neal Caffrey yang boleh buat korang rasa sedikit mind blowm dengan rancangan dia. This is a really fun TV series. Tapi kurang thrilling. Good for those yang nak relax-relax sambil layan cerita lelaki kacak sambil gelak-gelak bersama gadis comel.

9. Pretty Little Liars


Dirty 1/10
Violent 1/10
Fun 7/10
Mindblown 7/10


Sebuah cerita tentang sekumpulan perempuan (Heroines) yang semuanya gila ah cun nak mampus yang terlibat dalam kes jenayah (Tak sengaja) tapi dieorang rahsiakan sebab tak nak masuk penjara or di tangkap. However, seorang dari kumpulan perempuan tu mati and semua isu terus naik. Yang specialnya tentang cerita ni, setiap seorang dari ahli geng tu selalu di kacau oleh "Anonymous" yang selalu hantar SMS dan email yang menakutkan. Contohnya "Nice blouse bitch, especially with blood on it - A". Ianya macam, andai kata korang tengah baca novel sorang-sorang kat dalam bilik, pastu tetiba korang dapat SMS kata "Seronok baca novel, bang?" Padahal kat dalam bilik tu kau sorang je. Mesti korang rasa macam "Sial. Siapa stalk aku?". Kan kan? Mesti creepy kan?

Antara sebab aku layan cerita ni adalah kerana aku nak tengok kehidupan perempuan macam mana. Aku nak tengok apa yang perempuan borak ketika 'girls talk'. Aku ni jenis curious sikit. Dan kalau korang nak layan cerita ni, please tumpukan kepada Spencer. Then korang akan perasan yang Spencer ni cun gila. Kenapa tak ada awek melayu yang cun macam ni? *Mengeluh*

8. Spartacus


Dirty 7/10
Violent 8/10
Fun 6/10
Mindblown 7/10

Korang lelaki? Korang minat cerita-cerita ganas? Korang minat cerita yang berkaitan dengan Gladiator? Korang minat kisah-kisah perang zaman Rome? Kalau korang minat, ini adalah cerita untuk korang. Cerita ni pasal zaman-zaman dimana Rom berkuasa gila. Juga zaman di mana hamba adalah sampah dan perempuan adalah toy untuk para lelaki. Bunuh-bunuh, putus-putus kaki tangan kepala adalah perkara biasa pada zaman tu dan dalam cerita ni. Ini adalah cerita seorang hamba (Hero) yang hebat bermain pedang dan terpaksa berlawan demi hiburan (Hiburan pada zaman dulu). tapi selepas terlampau banyak pernindasan, geng-geng hamba dan gladiator ni memberontak. Dari starting season 1 hingga pertengahan season 2, korang akan rasa geram je dengan manusia-manusia yang ada kuasa veto ni. Tapi at the end of season 2, korang akan rasa puas bila tengok sekor demi sekor kehilangan nyawa dan anggota badan sebab di bunuh oleh gladiators. Cerita ni amat interesting. Plus, satu episode cerita ni adalah selama lebih 1 jam kalau tak silap.


7. Band of Brothers


Dirty 3/10
Violent 7/10
Fun 5/10
Mindblown 5/10

Another series with long hour episode. Ini adalah sebuah cerita yang based on a true story. Kalau tak silap aku, masa zaman perang dunia ke dua. Dan kalau tak silap jugak aku, hero dia (Winter) tu muka dia sebijik dengan Melcom (Melcom in the Middle). Aku tak tahu lah orang sama ke apa tapi story line cerita ni amat la best. Normal lah, most cerita yang based on true stories semuanya best-best kan? Dalam series ni, korang boleh tengok macam mana hero yang dari pangkat rendah slow-slow naik sampai pangkat tinggi. And then korang juga boleh tengok life para tentera dan para lelaki membuat male bonding. Even ni cerita perang-perang, ada certain part yang membuatkan aku rasa relax bila tengok cerita ni. Agak inspiring sebenarnya. Inspiring sampai bulu roma korang meremang. And then korang akan start bersyukur tentang betapa untungnya nasib korang yang tak perlu ke medan perang.

Series ni dah lama tamat. Hanya satu season.


6. The Walking Dead


Dirty 4/10
Violent 6/10
Fun 5/10
Mindblown 7/10

Masa first time aku tengok cerita ni, aku tertanya-tanya kenapa tajuk dia bukan The Dead Walking? Well, ni adalah cerita tentang zombie. The best part of this series adalah bila cerita ni bukan all about zombie. Zombie tu macam saringan untuk masalah besar. Contohnya macam a group of survivor ni kena buat rancangan yang genius untuk counter semua zombie untuk pergi ke suatu tempat yang lain. Itu lah yang fun dengan cerita ni. Dan tak lupa gak, ada love, relationship, friendship dan pernindasan.

Zaman ni, zombie is almost everywhere, dan ianya amat awesome. Come on. Admit it yang korang kadang-kadang nak gak dunia ni mengalami zombie apocalypse kan?

5. Vanpire Diaries


Dirty 2/10
Violent 4/10 (Ah, twilight)
Fun 7/10
Mindblown 8/10

Hah, yang ni korang mesti suka. Bila aku cakap korang, aku maksudkan kaum perempuan. Why? Sebab ada Ian Somerhalder yang menjadi Damon Salvatore. Aku terpaksa admit yang lakonan Ian amat awesome dengan his wittiness. Dia bukan hero dalam cerita ni, dia adalah abang kenapa hero (Stefan Salvatore). Tapi bagi sesiapa yang layan cerita ni mesti dia akan terpikat dengan kehandsoman dan kenakalan Damon. Alaaa. Macam Barney Stinson la. Even dalam How I Met Your Mother tu Barney bukan watak utama, tapi boleh dikatakan yang dia lah penyeri untuk HIMYM kan? macam tu la juga dengan Vampire Diaries ni.

Cerita ni pasal adik beradik vampire (Damon dan Stefan Salvatore) yang berpindah ke Mystic Falls. And adik beradik ni selalu bergaduh. Dan pergaduhan ni bertambah bila both of the jatuh cinta kat seorang gadis yang omg so comel dan gebu bernama Elina.


4. Greek


Dirty 4 / 10
Violent 1/10
Fun 9/10
Mindblown 6/10

Bagi aku, ini adalah family series yang paling perfect dengan kepelbagaian. Dalam cerita ni ada pasal love, motivation, life, brotherhood, sisterhood, girls talk, male bonding, college life, wild party and semua lah. Ada joke, ada serious, ada dramas ada tricky dan macam-macam lagi. Lengkap, tak berat dan sebuah series yang amat sempoi untuk di layan.

Sebuah cerita student-student Engineering dan Law di CRU (University kat Ohio). Mostly about student engineering yang agak nerd tetapi gila-gila (Spitter) yang join Fraternity (Rumah) Kappa Tau Gamma yang amat social ill yang selalu berparty dan tak utamakan pelajaran lansung. Dieroang umpama satu kumpulan besar pelajar yang pergi ke U hanya untuk berseronok. And di sini lah start semua babak fun. Macam mana dieorang buat party liar, macam mana dia berlawan dengan rumah lain macam mana dia settle problem dengan study dia dan macam-macam lagi lah. Cerita ni amat fun dan inspiring.

Ni adalah cerita yang paling relax yang pernah aku tengok. Bila tengok, akan rasa feel je. Rasa nak je masuk dalam dunia dieorang nak join fraternity. Serious korang patut layan cerita ni.


3. Legend of Korra



Dirty 1/10 
Violent 3/10
Fun 9/10
Mindblown 6/10

Korang mesti perlan layan cerita kartun Avatar : The Last Air Bender kan? Well, Legend of Korra ni adalah sambungan The Last Air Bender. Korra adalah seorang yang sama fun dan gila macam Aang except, dia adalah perempuan. Dan the best part is, pembuat dan penulis skrip The Last Air Bender dengan Legend of Korra adalah orang yang sana. Lukisan pun sama, and the fun pun sama. Exactly sama. No. Tak sama. but better.

Legend of Korra ni siap masuk 9Gag tahu? Bukan calang-calang cerita boleh masuk 9Gag. Walaupun Legend of Korra ni adalah animasi dan bukan real story, tapi jalan cerita dia amat awesome. Cerita ni bukan untuk budak-budak umur 3 tahun. Cerita ni memang standard orang dewasa. In fact, ramai kawan aku di kolej yang suka layan cerita ni. Dan yang penting, cerita ni tak meleret-leret dan tak slow macam Naruto. Oh, dan lupa nak bagi tahu yang Legend of Korra ni dapat nombor 6 dalam Top 10 Best TV Series.



2. Suits


Dirty 1/10
Violent 1/10
Fun 9/10
Mindblown 8/10

Suits! Tak ada kena mengena dengan Barney Stinson tapi ni adalah satu-satunya cerita yang aku tengah download episode nya setiap minggu. Sekarang ni, latest episode untuk Suits adalah episode 3 (Season 2). Cerita ni amat fun, gila-gila, tricky, fresh, unique and awesome.

Cerita ni adalah tentang seorang remaja yang bernama Mike yang ada photographic memory, minat dan pandai gila dalam Law tapi kena buang dari kolej (Kalau tak silap). Dia then terpaksa buat kerja haram which is menjadi runner untuk pembeli ganja/dadah untuk bayar duit perubatan nenek dia. Masa kena kejar dengan polis, dia tak ada tempat untuk menyorok, so dia terus masuk ke bilik temuduga. Time tu, lawyer paling famous (Harvey Specter) tengah buat temu duga untuk cari orang bahawan dia. Memandangkan Harvey ni jenis gila-gila, "play it cool" dan tak suka nerd, dia pun terus terima Mike.

Dan disini lah bermulanya perjalanan seorang remaja yang tak ada kelayakan tapi menjadi lawyer. Cerita ni  yang funny, cool dan awesome berjaya buat aku rasa macam nak belajar law dan menjadi lawyer... Plus, dalam cerita ni, paralegal dia amat comel.


1. Game of Thrones


Dirty 9/10 
Violent 9/10
Fun 9/10
Mindblown 10/10 (You can never expect)

Masa first time aku direkemenkan pasal cerita Game of Thrones ni, aku lansung tak berminat nak tengok. Bila aku tengok review dia, aku lagi lah tak berminat sebab ianya seolah-olah cerita mengarut bila di tulis:

"Seven noble families fight for control of the mythical land of Westeros." - IMDB

Tu je description untuk cerita ni. Siapa nak berminat ye tak? But then, bila aku keep googling, aku perasan yang TV series ni banyak dapat nombor 1 dalam mana-mana carta. Plus, rating untuk series ni adalah 9.4 di IMDB. Tinggi gila kan?

So then, aku try la download first episode and.... ianya AMAT AWESOME. At the first place, korang agak blurr dengan jalan cerita. But then bila dah masuk episod ke dua dan seterusnya, korang akan rasa tak sabar gila nak terus layan cerita ni. Cerita ni menceritakan tentang banyak benda. Memang kalau kau layan pun, korang tak akan bosan sebab banyak kisah dia.


Cerita ni dibuat based on a series of novel yang bertajuk A Song of Ice and Fire : Game of Thrones. Cerita ni berlatarbelakangkan zaman yang belum berteknologi which is pada 1st century BC (Before Christ). Maksudnya, cerita pada zaman dulu-dulu lah. Zaman mula-mula manusia bertamadun.

Dalam series ni, aku paling suka bab pengembaraan dunia budak perempuan tomboy yang pandai memanah dan bermain pedang, Arya Stark (From the House of Stark). "Stark" adalah nama keluarga untuk kawasan di North yang diliputi ais. Dengan kata lain, "house' ni dikira sebagai keturunan dan nama keluarga untuk ketua negeri. Selain Stark, ada House of Lannister (Keturunan Royal guard yang nak mencuri tahta), House of Targaryen (Dragon's blood) dan House of Baratheon (Diraja).

Cerita ni nampak macam berbelit-belit tapi sebenarnya amat mudah nak di fahami dan tak meleret-leret macam cerita indon. Dan kalau korang perasan, aku letakkan 9/10 dalam Mindblown Level which means korang memang tak akan boleh predict lansung apa yang akan berlaku next. Totally unpredictable. Kalau dalam cerita indon, bila cameraman dia zoom lama semacam je, mesti korang boleh bajet apa yang berlaku kan? Tapi tak dalam cerita ni. Apaa yang akan berlaku next memang diluar pemikiran kita. Sebab tu la cerita ni amat-amat interesting. Dan yang paling penting, korang tak akan stress sangat masa layan cerita ni. Penulis cerita ni amat pandai seimbangkan suasana cerita.

Awek-awek dalam cerita ni amat cantik. Totally cantik. Yang lelaki pun handsome. Jon Snow misalnya. Plus, Qi (Pakwe Yuna tu) dia pun layan cerita ni. Artis pun layan cerita ni. Maksudnya cerita ni memang awesome lah kan?. Dan, penting untuk aku ingatkan, yang cerita ni agak tak sesuai untuk di tonton bersama family sebab ada banyak part yang terlampau dewasa even banyak kanak-kanak berlakon jadi watak utama.

************
And for now, aku tengah tunggu queue untuk download The Breaking Bad, Once Upon A Time dan Mad Men. Aku dengar cerita ni antara top dan akan kekal jadi top disebabkan rarity dan jalan cerita yang menarik.

P/S : Aku biasa download pakai torrent. Ianya akan amik masa yang amat lama untuk siap download. Tapi yang bestnya, korang boleh pause dan resume pada bila-bila masa. Amat bagus kalau korang ni jenis selalu on laptop or tak pernah tutup desktop.

P/S : Bagi yang nak direct download, korang boleh try download kat SINI.


Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger