Isnin, 2 Julai 2012

Top 10 Not-So-Famous TV Series Korang Patut Layan


Assalamualaikum


Hellow gadis dan jejaka yang tak ada life serta hanya tahu layan movies sekalian. What's up?

Aku sebenarnya suka gila layan movies. Tak kira la movie romantik ke, ganas ke, psycho ke; asalkan movie tu interesting, sure aku akan layan. Tapi kan, bila dah lama-lama layan movies, aku rasa bosan. Sebab semuanya disimpulkan dalam masa yang kurang dari 3 jam. Amat sekejap. So, aku beralih arah ke TV Series. Kalau di fikir-fikirkan balik, aku sebenarnya suka tengok TV series. Aku ingat lagi dulu-dulu pukul 6 petang di TV 3 sure akan ada drama bersiri dari Hong Kong yang awesome macam Golden Faith, Triumph in The Sky dan macam-macam lagi lah. Tapi sekarang amat susah untuk aku mencari dan mendownload Hong Kong punya series. So, terpaksa la aku layan english TV series.

Korang mungkin pernah layan TV series yang korang rasa gila ah best. Contohnya macam How I Met Your Mother, Leverage, Big Bang Theory, Chuck, Super Natural, Heroes dan macam-macam lagi lah. Tapi pernah tak ada terfikir yang kat luar sana, masih ada banyak gila cerita yang best tak korang tak berpeluang untuk layan?

Let me tell you my personal chart.

10. White Collar


Dirty 2/ 10>
Violent 3/10
Fun 8/10
Mindblown 7/10


Cerita tentang penyiasatan. You girls mesti suka cerita ni sebab hero dia. *Gay mode*. Selain handsome nak mampus, Neal Caffrey ni juga amatlah witty dan gila-gila. Dia juga genius dan yang the best part is, dia ni adalah penjenyah. You girls kan sukakan lelaki jenis bad-bad guy ni. Cerita ni bermula dengan Neal Caffrey yang prison break the penjara semata-mata nak jumpa awek yang nak pergi somewhere yang 'jauh'. And then bila dia dapat tahu awek tu dah hilang, dia serah je diri kat polis. And bla bla bla, dia akhirnya menjadi consultant untuk FBI. Series ni gak adalah tentang plan-plan or rancangan Neal Caffrey yang boleh buat korang rasa sedikit mind blowm dengan rancangan dia. This is a really fun TV series. Tapi kurang thrilling. Good for those yang nak relax-relax sambil layan cerita lelaki kacak sambil gelak-gelak bersama gadis comel.

9. Pretty Little Liars


Dirty 1/10
Violent 1/10
Fun 7/10
Mindblown 7/10


Sebuah cerita tentang sekumpulan perempuan (Heroines) yang semuanya gila ah cun nak mampus yang terlibat dalam kes jenayah (Tak sengaja) tapi dieorang rahsiakan sebab tak nak masuk penjara or di tangkap. However, seorang dari kumpulan perempuan tu mati and semua isu terus naik. Yang specialnya tentang cerita ni, setiap seorang dari ahli geng tu selalu di kacau oleh "Anonymous" yang selalu hantar SMS dan email yang menakutkan. Contohnya "Nice blouse bitch, especially with blood on it - A". Ianya macam, andai kata korang tengah baca novel sorang-sorang kat dalam bilik, pastu tetiba korang dapat SMS kata "Seronok baca novel, bang?" Padahal kat dalam bilik tu kau sorang je. Mesti korang rasa macam "Sial. Siapa stalk aku?". Kan kan? Mesti creepy kan?

Antara sebab aku layan cerita ni adalah kerana aku nak tengok kehidupan perempuan macam mana. Aku nak tengok apa yang perempuan borak ketika 'girls talk'. Aku ni jenis curious sikit. Dan kalau korang nak layan cerita ni, please tumpukan kepada Spencer. Then korang akan perasan yang Spencer ni cun gila. Kenapa tak ada awek melayu yang cun macam ni? *Mengeluh*

8. Spartacus


Dirty 7/10
Violent 8/10
Fun 6/10
Mindblown 7/10

Korang lelaki? Korang minat cerita-cerita ganas? Korang minat cerita yang berkaitan dengan Gladiator? Korang minat kisah-kisah perang zaman Rome? Kalau korang minat, ini adalah cerita untuk korang. Cerita ni pasal zaman-zaman dimana Rom berkuasa gila. Juga zaman di mana hamba adalah sampah dan perempuan adalah toy untuk para lelaki. Bunuh-bunuh, putus-putus kaki tangan kepala adalah perkara biasa pada zaman tu dan dalam cerita ni. Ini adalah cerita seorang hamba (Hero) yang hebat bermain pedang dan terpaksa berlawan demi hiburan (Hiburan pada zaman dulu). tapi selepas terlampau banyak pernindasan, geng-geng hamba dan gladiator ni memberontak. Dari starting season 1 hingga pertengahan season 2, korang akan rasa geram je dengan manusia-manusia yang ada kuasa veto ni. Tapi at the end of season 2, korang akan rasa puas bila tengok sekor demi sekor kehilangan nyawa dan anggota badan sebab di bunuh oleh gladiators. Cerita ni amat interesting. Plus, satu episode cerita ni adalah selama lebih 1 jam kalau tak silap.


7. Band of Brothers


Dirty 3/10
Violent 7/10
Fun 5/10
Mindblown 5/10

Another series with long hour episode. Ini adalah sebuah cerita yang based on a true story. Kalau tak silap aku, masa zaman perang dunia ke dua. Dan kalau tak silap jugak aku, hero dia (Winter) tu muka dia sebijik dengan Melcom (Melcom in the Middle). Aku tak tahu lah orang sama ke apa tapi story line cerita ni amat la best. Normal lah, most cerita yang based on true stories semuanya best-best kan? Dalam series ni, korang boleh tengok macam mana hero yang dari pangkat rendah slow-slow naik sampai pangkat tinggi. And then korang juga boleh tengok life para tentera dan para lelaki membuat male bonding. Even ni cerita perang-perang, ada certain part yang membuatkan aku rasa relax bila tengok cerita ni. Agak inspiring sebenarnya. Inspiring sampai bulu roma korang meremang. And then korang akan start bersyukur tentang betapa untungnya nasib korang yang tak perlu ke medan perang.

Series ni dah lama tamat. Hanya satu season.


6. The Walking Dead


Dirty 4/10
Violent 6/10
Fun 5/10
Mindblown 7/10

Masa first time aku tengok cerita ni, aku tertanya-tanya kenapa tajuk dia bukan The Dead Walking? Well, ni adalah cerita tentang zombie. The best part of this series adalah bila cerita ni bukan all about zombie. Zombie tu macam saringan untuk masalah besar. Contohnya macam a group of survivor ni kena buat rancangan yang genius untuk counter semua zombie untuk pergi ke suatu tempat yang lain. Itu lah yang fun dengan cerita ni. Dan tak lupa gak, ada love, relationship, friendship dan pernindasan.

Zaman ni, zombie is almost everywhere, dan ianya amat awesome. Come on. Admit it yang korang kadang-kadang nak gak dunia ni mengalami zombie apocalypse kan?

5. Vanpire Diaries


Dirty 2/10
Violent 4/10 (Ah, twilight)
Fun 7/10
Mindblown 8/10

Hah, yang ni korang mesti suka. Bila aku cakap korang, aku maksudkan kaum perempuan. Why? Sebab ada Ian Somerhalder yang menjadi Damon Salvatore. Aku terpaksa admit yang lakonan Ian amat awesome dengan his wittiness. Dia bukan hero dalam cerita ni, dia adalah abang kenapa hero (Stefan Salvatore). Tapi bagi sesiapa yang layan cerita ni mesti dia akan terpikat dengan kehandsoman dan kenakalan Damon. Alaaa. Macam Barney Stinson la. Even dalam How I Met Your Mother tu Barney bukan watak utama, tapi boleh dikatakan yang dia lah penyeri untuk HIMYM kan? macam tu la juga dengan Vampire Diaries ni.

Cerita ni pasal adik beradik vampire (Damon dan Stefan Salvatore) yang berpindah ke Mystic Falls. And adik beradik ni selalu bergaduh. Dan pergaduhan ni bertambah bila both of the jatuh cinta kat seorang gadis yang omg so comel dan gebu bernama Elina.


4. Greek


Dirty 4 / 10
Violent 1/10
Fun 9/10
Mindblown 6/10

Bagi aku, ini adalah family series yang paling perfect dengan kepelbagaian. Dalam cerita ni ada pasal love, motivation, life, brotherhood, sisterhood, girls talk, male bonding, college life, wild party and semua lah. Ada joke, ada serious, ada dramas ada tricky dan macam-macam lagi. Lengkap, tak berat dan sebuah series yang amat sempoi untuk di layan.

Sebuah cerita student-student Engineering dan Law di CRU (University kat Ohio). Mostly about student engineering yang agak nerd tetapi gila-gila (Spitter) yang join Fraternity (Rumah) Kappa Tau Gamma yang amat social ill yang selalu berparty dan tak utamakan pelajaran lansung. Dieroang umpama satu kumpulan besar pelajar yang pergi ke U hanya untuk berseronok. And di sini lah start semua babak fun. Macam mana dieorang buat party liar, macam mana dia berlawan dengan rumah lain macam mana dia settle problem dengan study dia dan macam-macam lagi lah. Cerita ni amat fun dan inspiring.

Ni adalah cerita yang paling relax yang pernah aku tengok. Bila tengok, akan rasa feel je. Rasa nak je masuk dalam dunia dieorang nak join fraternity. Serious korang patut layan cerita ni.


3. Legend of Korra



Dirty 1/10 
Violent 3/10
Fun 9/10
Mindblown 6/10

Korang mesti perlan layan cerita kartun Avatar : The Last Air Bender kan? Well, Legend of Korra ni adalah sambungan The Last Air Bender. Korra adalah seorang yang sama fun dan gila macam Aang except, dia adalah perempuan. Dan the best part is, pembuat dan penulis skrip The Last Air Bender dengan Legend of Korra adalah orang yang sana. Lukisan pun sama, and the fun pun sama. Exactly sama. No. Tak sama. but better.

Legend of Korra ni siap masuk 9Gag tahu? Bukan calang-calang cerita boleh masuk 9Gag. Walaupun Legend of Korra ni adalah animasi dan bukan real story, tapi jalan cerita dia amat awesome. Cerita ni bukan untuk budak-budak umur 3 tahun. Cerita ni memang standard orang dewasa. In fact, ramai kawan aku di kolej yang suka layan cerita ni. Dan yang penting, cerita ni tak meleret-leret dan tak slow macam Naruto. Oh, dan lupa nak bagi tahu yang Legend of Korra ni dapat nombor 6 dalam Top 10 Best TV Series.



2. Suits


Dirty 1/10
Violent 1/10
Fun 9/10
Mindblown 8/10

Suits! Tak ada kena mengena dengan Barney Stinson tapi ni adalah satu-satunya cerita yang aku tengah download episode nya setiap minggu. Sekarang ni, latest episode untuk Suits adalah episode 3 (Season 2). Cerita ni amat fun, gila-gila, tricky, fresh, unique and awesome.

Cerita ni adalah tentang seorang remaja yang bernama Mike yang ada photographic memory, minat dan pandai gila dalam Law tapi kena buang dari kolej (Kalau tak silap). Dia then terpaksa buat kerja haram which is menjadi runner untuk pembeli ganja/dadah untuk bayar duit perubatan nenek dia. Masa kena kejar dengan polis, dia tak ada tempat untuk menyorok, so dia terus masuk ke bilik temuduga. Time tu, lawyer paling famous (Harvey Specter) tengah buat temu duga untuk cari orang bahawan dia. Memandangkan Harvey ni jenis gila-gila, "play it cool" dan tak suka nerd, dia pun terus terima Mike.

Dan disini lah bermulanya perjalanan seorang remaja yang tak ada kelayakan tapi menjadi lawyer. Cerita ni  yang funny, cool dan awesome berjaya buat aku rasa macam nak belajar law dan menjadi lawyer... Plus, dalam cerita ni, paralegal dia amat comel.


1. Game of Thrones


Dirty 9/10 
Violent 9/10
Fun 9/10
Mindblown 10/10 (You can never expect)

Masa first time aku direkemenkan pasal cerita Game of Thrones ni, aku lansung tak berminat nak tengok. Bila aku tengok review dia, aku lagi lah tak berminat sebab ianya seolah-olah cerita mengarut bila di tulis:

"Seven noble families fight for control of the mythical land of Westeros." - IMDB

Tu je description untuk cerita ni. Siapa nak berminat ye tak? But then, bila aku keep googling, aku perasan yang TV series ni banyak dapat nombor 1 dalam mana-mana carta. Plus, rating untuk series ni adalah 9.4 di IMDB. Tinggi gila kan?

So then, aku try la download first episode and.... ianya AMAT AWESOME. At the first place, korang agak blurr dengan jalan cerita. But then bila dah masuk episod ke dua dan seterusnya, korang akan rasa tak sabar gila nak terus layan cerita ni. Cerita ni menceritakan tentang banyak benda. Memang kalau kau layan pun, korang tak akan bosan sebab banyak kisah dia.


Cerita ni dibuat based on a series of novel yang bertajuk A Song of Ice and Fire : Game of Thrones. Cerita ni berlatarbelakangkan zaman yang belum berteknologi which is pada 1st century BC (Before Christ). Maksudnya, cerita pada zaman dulu-dulu lah. Zaman mula-mula manusia bertamadun.

Dalam series ni, aku paling suka bab pengembaraan dunia budak perempuan tomboy yang pandai memanah dan bermain pedang, Arya Stark (From the House of Stark). "Stark" adalah nama keluarga untuk kawasan di North yang diliputi ais. Dengan kata lain, "house' ni dikira sebagai keturunan dan nama keluarga untuk ketua negeri. Selain Stark, ada House of Lannister (Keturunan Royal guard yang nak mencuri tahta), House of Targaryen (Dragon's blood) dan House of Baratheon (Diraja).

Cerita ni nampak macam berbelit-belit tapi sebenarnya amat mudah nak di fahami dan tak meleret-leret macam cerita indon. Dan kalau korang perasan, aku letakkan 9/10 dalam Mindblown Level which means korang memang tak akan boleh predict lansung apa yang akan berlaku next. Totally unpredictable. Kalau dalam cerita indon, bila cameraman dia zoom lama semacam je, mesti korang boleh bajet apa yang berlaku kan? Tapi tak dalam cerita ni. Apaa yang akan berlaku next memang diluar pemikiran kita. Sebab tu la cerita ni amat-amat interesting. Dan yang paling penting, korang tak akan stress sangat masa layan cerita ni. Penulis cerita ni amat pandai seimbangkan suasana cerita.

Awek-awek dalam cerita ni amat cantik. Totally cantik. Yang lelaki pun handsome. Jon Snow misalnya. Plus, Qi (Pakwe Yuna tu) dia pun layan cerita ni. Artis pun layan cerita ni. Maksudnya cerita ni memang awesome lah kan?. Dan, penting untuk aku ingatkan, yang cerita ni agak tak sesuai untuk di tonton bersama family sebab ada banyak part yang terlampau dewasa even banyak kanak-kanak berlakon jadi watak utama.

************
And for now, aku tengah tunggu queue untuk download The Breaking Bad, Once Upon A Time dan Mad Men. Aku dengar cerita ni antara top dan akan kekal jadi top disebabkan rarity dan jalan cerita yang menarik.

P/S : Aku biasa download pakai torrent. Ianya akan amik masa yang amat lama untuk siap download. Tapi yang bestnya, korang boleh pause dan resume pada bila-bila masa. Amat bagus kalau korang ni jenis selalu on laptop or tak pernah tutup desktop.

P/S : Bagi yang nak direct download, korang boleh try download kat SINI.


88 Comments:

fzfd berkata...

suits memang best.

Nailah Azman berkata...

Vampire Diaries tetap dihati! Hihihi. ;)

Tanpa Nama berkata...

daripda 10 just layan the walking dead, spartacus tu pun season 1,dan games of thrones semestinya...

AmSa berkata...

Once Upon A Time bg saya mmg best! dah hbs season 1 ada sambungan ke tak season 2. tak sabar nak tunggu.

Tanpa Nama berkata...

once upon a time sangat best! :)

antara berkata...

dah tengok most, except greek n legend of korra. thanks to kelajuan internet yang memudahkan proses mendonlod. =D

pnah tengok Numb3rs dan Third Watch? those series were good food of thoughts. =)

Tanpa Nama berkata...

tension aku memanjang nak highlight je time baca

Hanis Razali berkata...

woh! same la mr.k! saya minat gila tvb.memang hantu cina la.hahahaha ho! btw,tak tau pun the last air bender tu ade sambung.thnks 4 info bro! boleh start donlod lah lps nih :D

fingerkontot. berkata...

Nice review oii!
thanks.

Muhd Azwan berkata...

Game Of Thrones FTW! Ah part paling sedih bila Lord Stark kena pancung. White Walkers and the dragons. Amazing drama!

Ez-1 berkata...

kat mna nk download legend of Korra tu? tlong share... anyway, blog ni mmg best, serius...! :)

Tanpa Nama berkata...

klu aku, aku pilih vampire diaries no 1..ye ko betul, sbb ian.

tp on top of that, aku suka jln cerita die compared to twilight. ending setiap ep buat aku tertunggu2 for the next..

eagerly waiting for season 4!

Ecah Ecot berkata...

once upon a time mmg best!i got full episode for season one....nk try la tgok game of throne...lala

ros maisara berkata...

oh game of thrones tu yg slalu tayang kat hbo keee..ingatkan movie..

Tanpa Nama berkata...

Aku suka download movie dr drama sebab tak suka tunggu2 episod. Tp ni semua mcm best je T_T

Hush berkata...

white collar tu kedengaran menarik.

Yanayo berkata...

vampire diaries n korra terbaik.. gna torrent jgak sbb sgt mudah.. hoho

Twins berkata...

pretty little liars mmg tgk pn..vampire diaries semestinya die hard fan since season 1 lagi..of course mmg sebab Ian Somerhalder pn tgk citer tu, die sgt hot okay!hahaa

Twins berkata...

pretty little liars mmg tgk pn..vampire diaries semestinya die hard fan since season 1 lagi..of course mmg sebab Ian Somerhalder pn tgk citer tu, die sgt hot okay!hahaa

Tanpa Nama berkata...

tengok f.r.i.e.n.d.s. old but very2 good. 5 times better than HIMYM.

nanott BOMBASTIC berkata...

try tengok dexter and touch! :)
dexter sangat mindbown :D

[wani_mn] berkata...

dalam banyak2 drama series tu, saya hanya layan The Walking Dead tu je. lain yg mr.k listkan tu tak pernah tengok hahaha

azri johan berkata...

legend of korra FTW! Haha..layan habis kot


Eyriqazz VS Denaihati

Nadia R berkata...

dah tengok legend of korra! awesome!

Fieza Areyza berkata...

ABG K...kt mana download cite suit tu?bg link bleh ???

:: Sarah Zainuddin :: berkata...

Greek! :)

mis_hareena berkata...

dlm banyak2 vampire diaries je yg aku layan....hehehe....pasni boleh try yg lain2 plak...mcm menarek jugak....thank bro for the info!!

J.Syazwana berkata...

walaupon aku perempuan tapi aku suka gila tengok pretty little liars sebab pompuan tu semua hot gila kot. well aku suke aria. hehe.

tapi season 2 aku belum sempat lagi nak tengok. haihh.

nurshamila berkata...

tvb hong kong drama series mmg layan gila. english pon best gk

ஜ miss klanika ஜ berkata...

vamps diaries. aku suka betul watak damon. makwe yg vamps berdua tue berebutkan tue pn cun .

Liyana berkata...

huu seriously x pernah tengok semua ni.tengok k-drama je.lol.scroll smpi bwh ingtkan ada nak suggest drama korea rupanya tak.okay.

syaida farhana khaled berkata...

perghhh
nak tengok semua series ni!!

Ain Yasmin berkata...

agree with game of thrones yeay! and bro fist for favouriting arya stark. jangan lupe the imp, tyrion lannister adore his wit. and oh btw nak rekomen satu TV series. Sherlock BBC. boleh google :)

Kewchik Kata berkata...

Nak try layan legend of korra. Tenggs buat Review, hohoho.

aIEn aHMaD berkata...

suits memg best ! nk tny sketla, kat mne nk dwnload suits eyh ? :D

nurulain Rahim berkata...

Games of thrones nak tgk tpi mcm tak senonoh sangat. so ragu2 nak tgk lagi ke tak. Once Upon A Time best!!. Charming super cute.:) TVD sebab jalan cerita die menarik plus Elena cun n tak annoying dlm cerite tu

Tanpa Nama berkata...

nice ! :bd thanks for the information ^^ aku mmg suka lyan genre action+adventure ni !!! superb !!! once again~ tengiu ^_____^

lemon melon berkata...

Pembetulan, bukan 'Melcom in the middle' tapi 'Malcolm in the middle'. My fav series zaman2 dulu tu haha

Pearl berkata...

keh3...byk2 series dlm personal chart en.K...layan Vampire Diaries ngan The Walking Dead je... :) but I agree, other series are the best also sbb slalu dgr dr mmbr psal Suit and etc. :)

series The Mentalist pun best gak! mindblowing~

Mr K berkata...

Bagi yang nak direct download, korang boleh download di SINI ----
http://www.mediatvzone.net

Azmi Ibrahim berkata...

kenapa Tanah Kubur x masuk list? lulz~

zainatul abu bakar berkata...

sy paling suka pretty little liars!

Mr.K jemput bc entri terbaru sy tentang photoshoot bersama Yuyu Zulaikha http://perempuankampungmoden.blogspot.com/2012/07/photoshoot-makeover-with-yuyu-zulaikha.html

a_a berkata...

need some help..please check out my blog http://i-am-a-loner.blogspot.com/
thanx~~~~~~~~~~~`

ain dzaya berkata...

ain suka citer yg gnas..ang ada tak list citer yg lagik ganas..perang ain tak suka...

kalau rasa CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012
Jiwa daku sedang berperang

satrycon_666 berkata...

Vampire Diaries terbaik...aku dh sangkut dari season 1 smpai season 3....
skrng kena tunggu season 4. Myb launch dlm bulan Oct.

aLiaa berkata...

psych pun best juga

SecerahPawana berkata...

and I was expecting to see Ustaz Don at #1... hewhew

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

satu pun x pernah tgk, tp aku tertarik ngan white collar!

nitnot berkata...

Pretty Little Liars best !

TheOneThatMustNotBeKnown berkata...

Greek one of my fav x ponah miss lah dulu. Saya sangat recommend The Nanny yang ala-ala Malcom in the Middle ketagih ok tgk The Nanny

Tanpa Nama berkata...

woaaah lama x layan series. dulu ikut gak white collar, vampire diaries n mentalist. tp bila dah season break, aku pun ikut break jgak. hahahaa.

and now rasa mcm nk try game of thrones lah. seems different n interesting ! ;D

Eim berkata...

Suits!super awesome,try checkout cerita Sherlock,best gak,genius n funny ^-^

Lord of Winterfell berkata...

Saya dah habis tengok Season 2 Game of Thrones, betapa frustnya kena tggu sampai April next year untuk tengok Season 3. Terpaksa beli novel dia sebab tak sabar nak taw cerita dia, novel dia pun tak habis lagi.

SPOILER: Robb and Catherine Starks will die. King Joffrey and Tywin Lannister too. *muahahaha, da x saspens*

bvlgarigirl @ Arianna berkata...

Just sharing mr K, kalau susah nak download boleh tengok online je

http://watchseries.eu/

semua siri A to Z ada.
Tempat saya lepak-lepak 3-4 jam sehari

airazulaikha berkata...

vampire diaries mmg best..
tapi once upon a time lagi awesome! dah tengok sampai habis... mintak tlg kwn kt UK download kan sbb kt Msia lambat sgt... hehehe :))

fiza berkata...

vampire diaries not so famous? so so famous kot!!haha.

Tanpa Nama berkata...

HEY MR. K. I KNOW THIS COMMENT LARI SIKIT FROM YOUR TOPIC. TAK LA LARI SANGAT, IT'S JUST THAT YOUR TOPIC IS ABOUT ENGLISH SERIES, AND I NAK SUGGEST KOREAN DRAMA. YES. KDRAMA. HAHAH. NOT SURE IF MR. K LAYAN KDRAMA TAK, BUT I KNOW THIS ONE GOOD DRAMA. IT'S NOT THE LOVEY DOVEY GENRE. BUT A CRIME INVESTIGATION GENRE. A VERY GOOD ONE. AND EVERYTIME YOU THINK YOU'VE PREDICT IT RIGHT, AND POOF! EVERYTHING'S GOING THE OTHER WAY ROUND. AND THIS IS THE LINK OF DRAMA.

http://www.kimchidramas.net/2012/05/ghost.html

HOPE YOU'LL WATCH IT AND GIVE SOME COMMENT ABOUT IT. :)

Tanpa Nama berkata...

once upon a time terbaik...

W berkata...

mencari series nak tgk ! should try tgk suit :)
btw,himym is the best,not on your list however

SyasyaHaha berkata...

tengs for the reviews. mmg skg ni msim tgok movie pun memandangkan skg musim exam n nk cuti sem dah.and nk tunggu gap lama gila so lyn mvie ah dlu.HAHA

Dakara berkata...

zachary levi- chuck = eugene fitzherbert. kenal?

nurdani berkata...

Suits memang best layan.

banyak jugak eh tv series yang best2

"jujus" berkata...

masih lagi stay dengan how i met your mother...

Tanpa Nama berkata...

kat na nak dwld greek ?? jumpa season 1 ja....T.T

wan zuliyana is apel berkata...

aku igt aku sorg je tgk game of thrones kat mesia ni. haha
superb. sakit jiwa tggu season latest, dgr ctr byk watak baik mati. .dem

aisya- berkata...

the latest series : revenge, layanlah dh habis season 1 pun, and oh one more sherlock (british series) definitely awesome and mind blown!

taqiy berkata...

antara bbyk tu pnh tgk white collar dgn vamp diaries je. tp my fav english series is prison break. the mentalist best gk mcm white collar. yg lain tu bru nk cr nk try tgk, tehee

Syafik Coklat berkata...

='=

Tanpa Nama berkata...

okay. yang breaking bad tuh awesome gila :D, and ada lg lain yang awesome. californication paling best setakat ni. hehehe.

mr.Ren berkata...

well,apa yg aq tau, once upon a time tu punyalah best...yup,akan adalah season2..i can't wait!

BooYi rAgAmUfFiN™ berkata...

Once Upon A Time is the best.. nak download Game of Thrones laa.. thanks TOK

nn berkata...

PLL and Suits memang best. Mike tu cam hebat gila and dia berjaya nampakkan kebaikan dalam diri Harvey Specter. hehe

Aiya Lvdra berkata...

suits awesome .
suka tengok mike kena buli dengan harvey . pastu bila kadang2 dia pulak kenakan harvey .. hahak XD

Koko berkata...

Thanks for all the recommendation. Seb baek tak tengok Game of Thrones ngan adik2 haritu. Sekarang ni nak download cite Suites, White Collar ngan Band of Brothers =)

Jade Vendetta berkata...

Cun jugak nih. Aku memang tengah cari list tv series yang best. By the way, my babysitter's a vampire pun best jugak :)

Sophia berkata...

Damages
Suits
Criminal Mind
Touch
CSI: Vegas


Aku ban vampire2 ni
X best langsung

Sophia berkata...

Demm, aku tertinggal pasal sherlock

Hana Nordin berkata...

Hai ! Follow Saya boleh tak , typomistaken.blogspot.com , tq buddies , <---- new bloggers ,

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Woah .. aku x sangka betul Lagend of Korra masuk top10 kau. It's my favourite cartoon series. Best gle kan series ni ? Aku dah tengok avatar ni since Aang lg.
Tahun lepas, masa aku sem1, aku boleh lak habis kan tgok Aang kat u. Roommates aku bengang je tgok aku layan kartun tp final dapat dekan. (Aku bukan nak berlagak k, just sharing ..)
Tahun ni lak aku sambung dgn Korra. Dah habis book 1, tgh tggu book 2 tahun dpn.

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Whoah .. x sangka betul Lagend of Korra masuk top 10 kau.
Best gle kan cartoon series ni ?
Aku layan avatar ni since Aang lg.
Dulu waktu aku part1, aku boleh g habis tiga2 book Aang. Roommates aku bengang je tgok aku boleh layan kartun tp final dapat dekan. Ahaha ! (aku bukan nak blagak ke apa ke .. just sharing ..)
Anyway, Korra da habis book 1, and skang aku still menunggu utk book 2 kluar next year

Tanpa Nama berkata...

spencer mmg cun..

Si GadisSemasa berkata...

yup ! PLL sangat bestttt !!
creepy punya cerita .

Tanpa Nama berkata...

Breaking Bad is awesome. Seriously.

Ďěмǿńƒōx berkata...

dkt mana nak download suits season 1 direct link??

Tanpa Nama berkata...

Dexter memg gle best kn!

Faten Hanani berkata...

recommending you to watch GRIMM!

Tanpa Nama berkata...

I watch all the series except 1st rangking tu..have to watch it!

The Reluctant Shopper berkata...

Tak pernah miss Game of Thrones & Supernatural. Suits & Spartacus pun best juga. Tak tengok The Good Wife?

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger