Assalamualaikum
Hellow gadis-gadis yang rajin bersolat sekalian. Sihat?
First of all, wo wo wo, relax. Saya tahu tajuk entry ni agak menduga perasaan hati dan nurani anda sekalian bukan? Tapi tenang. Tenang ya kawan-kawan yang saya kasihi.
Aku terfikirkan pasal entry ni masa aku duduk kat depan Masjid kat rumah aku. Ayah aku tengah cari orang untuk bayar daging korban apa entah. Time tu selepas solat isyak. Suasana malam amat hening. Suasana malam yang amat sejuk. So, aku duduk la kat depan tu sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan
And then, sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan tersebut, aku terfikir, diaorang (gadis) berjalan kaki ke Masjid tak bahaya ke? Plus, kaum perempuan kan lagi afdal solat di rumah berbanding solat di masjid. Ini adalah kerana satu hadis Nabi yang berbunyi
"Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka" (HR Abu Hurairah)Kalau anda perasan, kebanyakan blog mahupun website hanya bold-kan ayat terakhir di hadis tersebut yang berbunyi "Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka". Sedangkan, tak ada sesiapa pun ambil kisah pasal keseluruhan hadis.
Kenapa tiada seorang pun yang bold or highlightkan sekali petikan "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke Masjid-masjid Allah" instead of ambil ayat terakhir sahaja? Dan kalau anda perasan, orang Islam di Malaysia membuatkan seolah-olah hadis ni melarang kaum hawa untuk bersolat di Masjid dan surau. Admit it.
Gadis A : Awak, jom la join kiteorang pergi bersolat kat surau depan asrama kita ni. Kawan-kawan kita semua ada."
Gadis B : Eh, tak apa la awak. Awak pergi la dulu. Lagi pun, Nabi kata lebih baik perempuan kita bersolat di rumah / bilik berbanding surau / masjid. Lebih afdal. :D"
Seriously, this is no joke.
Kenapa (Apa kemungkinan) Rasulullah mengeluarkan hadis ni? Apa (Kemungkinan) point beliau?
Ketika zaman Saidina Umar, hadis ni dijalankan secara meluas dan tak ada sesiapa pun yang membantah kerana semua setuju. Ada certain pendapat mengatakan hadis ini wujud kerana Nabi amat menyayangi kaum perempuan. So, Nabi pun mengeluarkan lah kata-kata tersebut untuk membendung kaum perempuan daripada di fitnah / culik / rompak / dan sebagainya.
Tapi, ada juga yang berpendapat bahawa pada zaman itu persekitaran bukan seperti sekarang. Kalau zaman dulu, masjid bukan di hadapan rumah. Surau bukan di depan mata. Keadaan dulu juga tak se-selamat seperti zaman sekarang. Ini juga adalah penting supaya jadi prevention dari godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki apabila memakai perhiasan, tabarruj, wangi-wangian, berpakaian seksi dan pergaulan bebas (ikhtilat). Dengan kata lain, untuk elakkan perkara yang tak baik berlaku kepada anak dara / janda / kaum wanita, Nabi mengeluarkan kenyataan tersebut.
Tapi, kalau anda perasan, antara sebab para wanita lebih afdal untuk bersolat di rumah adalah kerana untuk mengelak fitnah. Fitnah adalah sesuatu yang amat besar dalam Islam. Dan kita semua tahu bahawa memfitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Perempuan adalah sejenis makwe yang amat power. Dia boleh menaikan lelaki hingga ke syurga dan dia juga boleh menjatuhkan lelaki hingga ke neraka. Walaupun power sampai begitu sekali, perempuan dari segi fizikalnya adalah amat lemah.
Dan, aku rasa kita semua jelas faham bila kita tengok hadis di bawah.
"Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." (HR Abu Hurairah)
“Janganlah kamu menegah wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah. Dan hendaklah mereka keluar ke masjid tidak memakai bau-bauan.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
"Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya" (HR Ibnu Umar)
See? Tak salah kalau mereka (Gadis) mahu ke masjid atau surau. Dengan syarat, tidak buat benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah seperti over make up dan pakai wangi terlampau yang mampu menaikan nafsu syawat lelaki. Well yeah, lelaki mudah untuk turn on. Senyum dengan bibir merah jambu pun boleh mengugat iman lelaki, tahu?. Di situ lah terletaknya "Better kaum perempuan solat di rumah." Perempuan ni sebenarnya amat dijaga di dalam Islam. But how if pergi dengan family? Or husband? Takut kena fitnah juga?
Tapi Mr. Kay, zaman sekarang pun tak selamat, fitnah pun boleh berlaku.
"Kaum perempuan ni Masjid tak nak pergi sebab takut kena fitnah. Tapi shopping mall, kareoke rajin je pergi. Tak takut pula kena fitnah." - Facebook.
You see what I mean?
So, apa point kau sebenarnya ni Mr Kay? Kau nak perli perempuan ke?
Me? Perli perempuan? Oh peh-leasee. Aku cuma nak kata, kalau kita nak nyatakan fakta, biar ianya tepat. I mean, jangan ada self interest bila mempergunakan hadis. Just like lelaki gunakan point hadis nabi untuk kahwin empat.
Hubby : Sayang. Ya Allah comelnya sayang abang niiiiii.
Wifey : Alaaa. Mana ada comel. Biasa-biasa ja. Hiks.
Hubby : Hiks. Nah, abang ada hadiah untuk ayang.
Wifey : Yeay hadiah. Hadiah apa ni abang.
Hubby : Buka lah.
Wifey : Eh, payung?
Hubby : Payung tu kaler apa?
Wifey : Kuning?
Hubby : Bukan laaa. Tu bukan kuning. Tu kaler emas. Payung Emas. Hiks.
Wifey : Kenapa kasi saya payung emas. Awak nak kahwin lagi ke? Hadis Payung Emas di syurga ni tak wujud punnn tauuu.
Hubby : Tapi hadis kahwin lebih dari satu tu adalah sunnah Nabi, wujudkan?
Wifey : Sampai hati awak nak kahwin lagi. Wuwuwu.
Lelaki akan gunakan hadis ni untuk his self interest iaitu mendapatkan sebanyak mungkin gadis-gadis comel untuk dikahwini. Bukan sahaja lelaki, bukan sahaja perempuan. Tapi kita semua. Kita akan korek sedalam-dalamnya loophole yang ada di dalam kitab agama untuk membenarkan segala tindakan kita. Ianya dipanggil self interest. So, self interest kan bila dia guna hadis tu?
Eleh, yang kau nak suruh kaum wanita pergi sangat masjid ni kenapa? Apasal kau tak ajak je kaum kau (Lelaki) yang baik tu je pergi?
Sejujurnya, aku bukan tulis entry ini untuk tarik korang semua ke masjid. Aku tak rasa ianya akan bejaya pun sebab aku pun bukan setiap hari dan setiap waktu pergi ke masjid. Tapi aku tak suka bila di Facebook atau Twitter, kaum gadis menggunakan hadis di atas untuk tidak ke masjid.
Dan tahap aku tak sukakannya sama macam aku tak suka bila kaum suami gunakan hadis Nabi untuk berkahwin lebih dari satu hanya untuk melepaskan nafsu.
Islam bukan agama yang susah. Islam bukan agama yang meletakkan hukum sesuka hati. Mesti ada sebab dan tujuan kenapa Islam mengeluarkan sesuatu peraturan dan hukum. Begitu juga dengan hal ini.
P/s : Teringat lagi semasa Wardina dan DenaBahrin ajak warga twitter pergi surau / masjid Ramadhan lepas, ramai yang guna hadis diatas untuk menolak. "Tarawih tu bukan wajib pun, kat rumah pun boleh buat. Perempuan kan afdal solat kat rumah je"
Kalau ada salah dan silap, tolong betulkan.
saya setuju!! walaupun tak paham nape bapak tak bagi dulu tapi...sekarang saya lega sangat bapak buat keputusan tu...
BalasPadamTak salah pon untuk gadis solat kat masjid/surau. Maka rugilah seseorang yg melepaskan peluang untuk beribadat di rumah Allah.
BalasPadamGuna hadis sebagai alasan. Sangat lah tidak matang.
Btw, thanks Mr. K. Keep it up. :D
okay. noted. thanks..
BalasPadamkena mengaji lebih lagi kan? kita jangan mudah bagi ulasan kalau tak cukup ilmu. thanks Mr K. :-)
BalasPadamWow.
BalasPadamentry kali ni menarik minat nak baca. haha. setuju sgt apa yg dickpkan. well. skrg semua nk guna hadis hadis. kalau gune utk yg baik takpe,alhamdulillah. tp ramai yg slh guna.
BalasPadambetul tu... xsalah pergi masjid cuma banyaklah kena jaga..selalunya makcik2 pergi masjid relaks ja..yg muda2 ni yg xmau pergi..
BalasPadamlike seriously? dating dgn pakwe boleh pulak rasa selamat.. pergi masjid takut?
@.@
"Tapi, ada juga yang berpendapat bahawa pada zaman itu persekitaran bukan seperti sekarang. Kalau zaman dulu, masjid bukan di hadapan rumah. Surau bukan di depan mata. Keadaan dulu juga tak se-selamat seperti zaman sekarang. Ini juga adalah penting supaya jadi prevention dari godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki apabila memakai perhiasan, tabarruj, wangi-wangian, berpakaian seksi dan pergaulan bebas (ikhtilat). Dengan kata lain, untuk elakkan perkara yang tak baik berlaku kepada anak dara / janda / kaum wanita, Nabi mengeluarkan kenyataan tersebut.
BalasPadam"
KOMEN:
Minta diteliti semula tulisan perenggan ini kerana dapat menimbulkan kekeliruan. Atau dengan kata lain mungkin menyebabkan orang salah faham yang anda cuba menidakkan relevan hadis ini dizaman sekarang.
Contohnya Bersugi. Kalau sesiapa kata sugi tidak relevan sebab ada berus gigi di zaman moden, apa kata anda? kalau keberatan meggunakan jangan menghina. Contoh satu lagi ialah ada orang mengatakan nabi x potong janggut sebab x ada Gilette. Juga tidak munasabah sebab zaman tu ada pedang.
Sebab perempuan afdhal di rumah:
"Tapi, kalau anda perasan, antara sebab para wanita lebih afdal untuk bersolat di rumah adalah kerana untuk mengelak fitnah. Fitnah adalah sesuatu yang amat besar dalam Islam. Dan kita semua tahu bahawa memfitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh."
Suruhan itu masih relevan kerana zaman sekarang pun banyak fitnah boleh berlaku terhadap perempuan jika keluar. Diingatkan juga perkataan "Fitnah" dalam Arab membawa maksud yang sedikit berbeza dgn fitnah melayu.
Jaz - Aku dah agak mesti akan ada orang persoalkan isu tu. Well, secara rasional nya aku rasa smemua tahu apa point aku dan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kalau dia putar belit kenyataan pun macam statement anda, sebenarnya dia saja cari point dan aku malas layan.
BalasPadamQEZUS Shawls on sale! http://nuyunsyue.blogspot.com/2012/11/qezus-shawls-batch-1.html
BalasPadam
BalasPadammmg ada yg cuba mngguna pakai alasan dri hadis utk pnduan hidup.tnpa kaji betol2 ~ pstu paham satu ayat je mcm mr k ckp tu..
sdgkan ayat alquran pnya arahan n peraturan . takde pulak orang nak ikot sangat kan. :)
:) btw, nice entry mr.k.
aku selalu bagi alasan, sunat solat kat rumah untuk mengelak fitnah dari solat di masjid.
BalasPadamthen ada pulak ayat kau cakap
"..kareoke rajin je pergi. Tak takut pula kena fitnah"
AMEK KAU SEBIJIK KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI! AHAHAHAHA!!!
Cehh,terkono batang hidung.HUhu.BTW,mekaseh banyak2 for this post
BalasPadamdah tahu kita nak p rumah Allah, jangan lah pakai baju ketat2, pakai tudung tutup semuanya, bukan pakai selendang jatuh2 tu. Kekadang aq x faham dengan diorang ni. Aq sebagai perempuan plak yang malu.
BalasPadambagus kau buat entry ni. sekurang-kurangnya, sebelum buat entry ni, mesti kau ada menjalankan beberapa research tentang islam agar tak silap dan secara tak langsung dengan cara tu kau dah buat satu step ke depan mendekati sirah Rasulullah.
BalasPadamaku cuma sedikit tak berpuas hati dengan entri ni. cuba aku bagi satu analogi.let say, kalau nabi kata contohnya seperti ini, janganlah kamu melarang orang mengambil ubat-ubatan dan madu itu lebih baik bagi mereka.
so, bila orang bg kau sakit dan kau nak ubat, adakah kau akan terima ubat atau kau refuse sebab kau tahu sebaik-baik ubat adalah madu?
dan bolehkah kalau aku nak blame kau kalau kau cakap 'takpelah. aku nak makan madu. kan lebih afdal makan madu' tym aku hulur ubat kat kau?
aku tak boleh salahkan alasan kau sebab alasan kau bersunnah. bukan alasan yang disebabkan nafsu atau term sebenar dia al-hawa'. tapi kalau kau bertegas nak makan ubat biasa, aku tak boleh halang. tak salah makan ubat tapi makan madu itu lebih utama.
samalah dengan wanita2 yang menggunakan hadis tersebut sebagai alasan. kau tak boleh nak benci mereka kerana mereka mengikut nasihat Rasulullah. dan kau pun tahu wanita ditutupi dengan pakaian malu. mungkin juga mereka malu sebab orang lelaki suka lepak kat luar masjid lepas solat. terasa insecure di situ walaupun sebenarnya tak ada apa2 pun. sedangkan pada zaman nabi, lepas bagi salam pertama, rasulullah akan senyap lama sebelum bagi salam kedua sebab nak bagi kaum wanita keluar dulu dari masjid. see, itu point yang kau tertinggal. bukan je perempuan kene elakkan diri dr difitnah bila ke masjid, lelaki yang dulu patut menjaga pandangan mereka.
wallahua'lam.
sebenarnya poligami itu bukan sunnah rasulullah.rasulullah tidak pernah mengamalkan poligami selama baginda berkahwin dengan khadijah. ~ni penjelasan yg saya dapat dari fatimah syarha
BalasPadamalaaaaa....tp saya xde bini kat umah bang....
BalasPadamkalu ade bini da lame da bwk...tp wktu die x 'cuti' je laaa
x paham apa kena mengena gmbar bibir perempuan.. x related langsung...
BalasPadamalhamdulillah. masih ada lelaki yg faham hakikat poligami.
BalasPadamOre tino meme byk alasan,klu ajak gi masjid gak,fitnah la,keno rogol la,keno samun la mace2 alasan....klu gi shoping no 1,klu tgk tv pon no 1...akhirat esok ore tino lah plg ramai msk neraka!!!
BalasPadamhadis yg sy penah dengar yg isteri lebih afdhal menunaikan solat di rumah, dan lebih afdhal lg d bilik tidur psgn suami isteri itu.
BalasPadambg perempuan blum kahwin..tu...trpulanglah...solat d rumah atau d masjid, dua2 ada pros and cons dia. C:
tapi sejujurnya kalau di masjid ramai kaum hawa dari kaum adam..apa yg saya perhati..mungkin sebab kaum adam makin sikit?hmmm ntahla
BalasPadamfitnah sangat bahaya, . . bukan didalam topik ni je, . . . malah penulisan kat dalam entry ni pun boleh timbulkan fitnah jgk, . . . . wuu bahaya beb
BalasPadamsetuju :D
BalasPadamsalam.. sebenarnya untuk tulis entry berkaitan dengan agama ni kita x boleh terlalu berpandukan kpd logik semata-mata. apatah lg kalau kita nk selitkan beberapa potong hadis ataupn ayat AlQuran dan cuba tafsirkan ikut pandangan kita. perkara ni perlukan ilmu dan kefahaman yg dalam. research dlm masa sebulan dua pn xkn cukup utk tafsir sepotong hadis. berbicara ttg hadis pengetahuan yg di perlukan sgt banyak- kemahiran bhs arab, sebab wurud hadis, sanad dan matan hadis (sekadar menyebut beberapa). pndgn ulama'2 muktabar pn harus diteliti. mgkn ada berlaku khilaf di mana2.
BalasPadamaku xnk kata la wanita afdal solat kt mana tp kalau kita yg ilmu x brp cukup ni, xperlu rasanya nk ulas lebih2 berkenaan isu ni. takut menimbulkn fitnah yg lebih besar walaupn nawaitu kita tu baik.
just my 2 cents-thanks
hari tu penah terdengar di radio IKIM fm.
BalasPadamsorg ustaz ni cakap, kawen 1 sunnah, kawen lebih dari satu ialah rukhsah..
so, x boleh la guna alasan kawen ramai tu sebagai sunnah..
k..daa..my 2 cents
Ha ha lah kan..
BalasPadamApa guna dok semangat memegang '...solat di rumah lebih afdal..' sebagai alasan untuk tidak ke masjid bagi solat or majlis ilmu, padahal dengan senang hati je ke shopping mall, karaoke, gedik2 berbual2 ketawa2 bajet comel depan kaunter coolblog... kalau fikir soal fitnah lah...
Dan kagum juga dengan perempuan, 'tak leh la ke masjid, dengar kuliah tu, suami aku tak bagi' eerr.. ale2 baru ku tahu pangkal hadith tu, "jangan larang ke masjid" hurm... bukan ajak hari2 pun.. ada lah sbulan skali.. huh..
Mr K, I like your pemikiran, tulisan.. and I realize you have the same style like some of my friends, ada niat baik dan hujah hebat dan dalam masa sama ada beberapa hujah sampingan lain yang juga kontroversi tapi tidak diulas lebih dalam (sbb hujah sampingan, bukan utama)..dan ini buat pembaca yang terlebih teliti dok tak puas hati kat isu2 sampingan tu.. menjadikan isu utama maybe tak tersampai @ tercalar dek persepsi.
Apa kata, you minimize your supporting points, so your specific purpose will be more highlighted.. and you also can minimize the possibility of having readers yang hangin sebab itu dan sebab ini.. salmon yg sedap dan manis, kalau banyak sangat spices kita letak, tak rasa nikmat salmon nya sangat.. tak pasal2 org dok argue pro and cont' kayu manis, bunga lawang.. even we like the kayu manis so much..
thanks for reading this comment :)
rasanya gambar bibir di atas tu tak perlu..kerna ia boleh menaikkan syahwat..walaupun ia bukan aurat, lelaki yg melihatnya pasti tergoda..hanya teguran..maaf..
BalasPadambtw, very nice entry..teruskan usaha murni anda..fighting..
sekadar berkongsi. :))
BalasPadamhttp://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1042&kategori=10
salam...
BalasPadamerm..wteve it is
entry ni gud..
n i suggest ce tny ust/ustzh yg bljr usul fiqh..
sbb mmahami ayt2 quran dan hadis sgt penting..law kte tgk ayt 2 skali pndg cm nmpk tulah mksudnye,tp actually ada mkna yg len disebaliknye..
better rujuk..law btul, alhmdulillah dpt 2..law slh dpt 1...=)
wteve it is..anda mnyebar ilmu tuk saham akhirat..jazakallah..
Salam Mr K. Saya seorang perempuan dan saya lebih selesa solat di rumah berbanding solat di masjid dan sebab utama saya ialah sebab kesucian untuk menunaikan solat. Untuk pengetahuan Mr. K, bab bersuci perempuan lebih complicated sikit daripada lelaki. Maksud saya, badan setiap perempuan normal biasanya akan mengeluarkan cecair daripada kemaluan mereka terutamanya selepas mereka terlibat dalam aktiviti lasak seperti menaiki tangga dan mengangkat barang yang berat. Cecair yang keluar daripada vagina tersebut dikira sebagai najis mengikut kebanyakan mazhab kecuali mazhab Imam Bukhari, kalau x silap saya. Biasanya kalau perempuan duduk diam atas kerusi just dengar lecture pun vagina mereka tetap akan keluarkan cecair untuk lembapkan vagina mereka(mengikut fahaman saya).So perempuan basically setiap kali masuk waktu solat dan mereka nak tunaikan solat fardhu, mereka kena pergi toilet dulu, kena tukar seluar lagi kalau tak pakai pantyliner, and baru boleh amik air sembahyang. Kalau toilet jauh pulak and ramai orang dah satu hal, dengan auratnya lagi kena jaga, so tu antara sebab musabab yang saya fikir Allah swt wahyukan Nabi saw untuk perempuan supaya lebih elok solat di rumah sebab Allah Maha Mengetahui. Mungkin Mr. K tak tau tentang hal ni sebab tak ramai perempuan yang dedahkan hal ni sebab agak memalukan la jugak.
BalasPadambagus je kalau perempuan nak solat berjemaah kat masjid tapi lebih kalau nak pergi biar berteman..
BalasPadamKalau ada majlis ilmu, rugi lah kalau perempuan tak pergi ke masjid. zaman sekarang banyak dah ceramah2 dan majlis ilmu kat masjid, hampir setiap hari ada. lagipun, kalau tujuan nak g masjid tu untuk menuntut imlu fardhu ain, yang suami tak ajar dekat rumah, memang wajib dah kne g belajar kat masjid, dan suami pun xley halang. lainlah kalau suami kat umah tu jadi ustad pada isterinya, semua benda pun dia tahu dan boleh ajar..
BalasPadamthanks for sharing, very informative.
BalasPadamLesen perniagaan
logo printing
mekanik