Khamis, 25 Oktober 2012

Tips Supaya Majlis Kenduri Kahwin Anda Tidak Suck!

Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis dan jejaka yang bakal membina mahligai impian serta masjid sekalian. Whats up?

Aku sebenarnya dah aktif dalam dunia Twitter ni boleh la kata lama. Bukan Twitter je, malah apa-apa social media pun. Dan, aku perasan yang pada tahun ini, ramai gilaaaaaa rakan blogger / Twitter aku bakal mendirikan rumah tangga (Damn!). Aku sebenarnya walaupun ada sedikit perasaan cemburu (bukan dengki), aku tetap happy dengan dieorang. Why? Well, bukan senang beb nak kahwin.

Dan kalau korang perasan, biasanya pasangan yang berkahwin ni mesti ada salah seorang dari pasangan tu yang amat tumpukan or bagi priority kepada tetamu yang datang. Tak kisah la samaada dari pihak lelaki atau pun pihak perempuan.

Dan memandangkan kenduri perkahwinan yang terdiri dari makan-makan yang akan diadakan untuk dedua belah pihak pengantin, aku pun membuat keputusan untuk meringankan beban anda. How? Well, Im gonna tell you something about the tipikal kenduri kahwin.

Sebenarnya, ada dua sebab je kenapa orang datang ke kenduri kahwin ada.
1. Dia lapar!
2. Anda kawan atau ada petalian dengan dia dan keluarga dia!

But seriously, siapa tak suka makan ye tak? Dan untuk pengetahuan anda, makanan yang disajikan amat-amat penting bagi tetamu yang datang terutama tetamu lelaki. (Well of course la lelaki datang nak makan. Perempuan datang nak tengok pengantin pastu feeling-feeling kekonon dia yang kahwin). But isu makanan boleh jadi isu besar kalau korang pandang rendah. Why? Cuba korang fikir

"Agak-agak kalau majlis kahwin korang tak ada makan-makan, ada tetamu yang nak datang tak?"
Thats why la makanan yang disajikan untuk majlis kahwin itu penting. And now, let me tell you what I hate most yang berada dalam kenduri perkahwinan.


Ayam (or kambing) golek / percik / panggang yang di masak secara live.


Kita semua tahu ayam atau kambing atau apa-apa la masakan yang dimasak secara live adalah amat awesome rasanya. Sedap, memukau dan terbaik. But please! Please jangan jadikan makanan ni sebagai sajian utama or main course. Why? Sebab Dalam 1 minit, ada hampir sepuluh tetamu yang datang mahu makan. And for most of the time (Based on my experience), semuanya jadi chaos. Ayam golek tak cukup. Kambing percik tunggu que untuk masak. Daging panggang tengah dicucuk untuk dimasak. Why? Sebab ianya sedap and masing-masing nak ambil dengan kuantiti yang banyak. Akibatnya, ramai yang makan hanya dengan nasi kosong.

Adik aku pernah pernah pergi kenduri dan makan nasi putih bersama acar dan kuah kari je. Sebab ayam golek still tengah bergolek atas arang. Dan ramai yang datang kenduri tu tanpa makan sebab lauk utama masih atas pemanggang.

Tak ada masalah sebenarnya kalau anda nak sajikan Ayam Panggang or Ayam Golek but please la masak 1 or dua jam lebih awal. Kalau nak masak secara live pun, at lease jangan la satu post/booth pemanggang je. Seriously, setakat ni mana-mana kenduri perkahwinan yang ada ayam golek, mesti masak secara live dengan hanya satu booth je. Confirm-confirm ramai beratur tunggu ayam dimasak. Dah la masak pakai bara arang. Lama gila kot nak masak.



Katering


Bagi pasangan yang mampu menyumbangkan RM20,000 kepada katering, please ya cari katering yang bagi good servis. Jangan la cari katering yang hanya pandang duit. Aku pernah ikut ayah aku berurusan dengan pihak katering. Dari 3 katering, hanya 1 je yang memuaskan. Lagi dua tu, dia punya servis macam apa entah. Makanan dikira satu kepala dibayar Rm15, tapi yang disajikan adalah seciput nasi, sesudu sayur dan seketul ayam. Ayam tu gila la kecik. Logik tak?.

Dan korang kena ingat. Katering ni kadang-kadang suka buat perangai lampi (slow). Contohnya, kita kata "Saya nak order ayam  untuk 100 orang makan ya? Dengan harga RM500" Then esoknya, bila majlis dah start, tengok-tengok ada 100 ketul ayam je. Agak-agak korang, dalam majlis ada ke orang ambil ayam seketul sorang? And tak akan la 100 ketul ayam tu sampai harga RM500 ringgit? Tak logik kan?

Pastu kalau kita marah kat dia, dia sure buat muka tak bersalah dan marah kita balik sambil kata "Laa, siapa suruh tak pesan betul-betul. Lain kali cakap la clear-clear." Ini pernah berlaku. Bukan cerita main-main tau. Kalau katering yang servis bagus, dia akan buat lebih. Kalau untuk 100 orang makan, dia sure akan buat 200 ketul ayam. Baru la kena dengan harga RM500.

P/s: Kalau order katering, boleh tak masak based on bilangan ayam? I mean, masak guna 100 ekor ayam instead of 1000 kepala. Kan lagi senang untuk bajet kan?


Masak jangan terlampau awal.
This case, tak kisah lah katering or masak sendiri bersama sanak sudara dan jiran tetangga. Tapi, apa yang aku perasan, most of us masak lauk utama terlampau awal. Sampaikan, ada masak ayam goreng dua or tiga hari dari tarikh kenduri kahwin. First of all, yes rasa ayam yang dah lama stored dalam peti sejuk tu boleh ditutup dengan rasa sambal bila dicampur dengan sambal pedas. But anda kena ingat, bila buat macam ni, ada chance makanan tu dah terdedah oleh bakteria.

Ayah aku bekerja under Kesihatan Makanan. Biasanya, kalau sultan or PM buat majlis makan-makan, ayah aku akan buat guide dan check makanan tu. Dan untuk pengetahuan anda, makanan secara peraturannya hanya sesuai dimakan kalau makanan tu tak lebih dari 3-4 jam selepas ianya siap dimasak.

Sebagai contoh untuk SUKMA yang lalu, ayah aku juga handle bahagian makanan. Andai kata makanan dimasak pada pukul 12 tengah hari, tepat pada pukul 3 petang semua makanan tu akan dibuang. Why? Sebab ada chance untuk makanan itu tercemar. Tu baru 3 jam. Tapi anda siap simpan lebih dari 24 jam lagi untuk majlis kahwin kan? Now you guys know kenapa selepas balik dari kenduri kahwin, perut korang akan menonjolkan tanda-tanya cherry berry.

Korang nak ke perkahwinan korang diingat dengan ayat "Majlis buat orang cirit birit?"

DJ / Lagu mengarut


First of all, I hate DJs dan lagu-lagu yang dimainkan ketika majlis perkahwinan. Tahap I hate it sama dengan tahap aku tak suka buka blog yang ada lagu yang dimainkan secara automatik. Why? Sebab ianya freaking annoying. Dah la pasang lagu pelik-pelik, kuat-kuat pula tu. Lagu pulak tak kena dengan suasana. And then, tu okay lagi. Ni, ada tu yang DJ murahan yang entah dari mana bercakap-cakap pastu gelak. Cakap-cakap pastu gelak. Nak kata lawaknya tidak. Tapi dia yang ketawa lebih. Orang lain tak ketawa pun. Tu okay lagi, ada pulak tu kareoke. Aduh, yang aku lemah. Malas dah aku nak explain. Korang fikir la sendiri.

Dewan VS Kanopi di tengah padang yang panas. 
Kalau anda buat majlis perkahwinan raja sehari anda di dewan, please. Please please please dan please lah pastikan aircond tu SUPER SEJUK. Why? Sebab pintu akan sentiasa terbuka dan suasana akan sentiasa crowded. Itu menyebabkan udara di dalam dewan terdeiri daripada udara yang panas dan udara sejuk dari aircond dari tadi dah bergerak ke luar. So, apa yang tinggal? Peluh, suasana hangat dan bau masam. You gonna love this?

Korang tentu tak nak majlis kahwin korang rasa tak best sebab korang tak tenang fikirkan tetamu yang kepanasan kan? Lagi tak best kalau fikirkan pasal tetamu yang cakap belakang kan? So, kalau korang tak mampu cari aircond yang betul-betul sejuk, please, please sediakan kipas. Aircond + kipas is always the best.

Balik-balik lauk sama di setiap kenduri kahwin.


Majlis kahwin yang menyajikan lauk paling best yang pernah aku pergi adalah majlis orang kampung aku. Dia sediakan Ikan Patin Masak Tempoyak Original Tanpa Rasa Lumour sebagai main course. Kuantity? Banyak gila. Memang heaven gila aku time tu. Lagi pun, mana nak cari kenduri kahwin sajikan Ikan Patin pada tetamu dengan kuantiti yang banyak? Balik-balik lauk gulai daging, ayam masak merah dengan acar. Bosan weh. Serious bosan makan lauk macam tu. Kalau sehari ada 3 undangan majlis perkahwinan, tiga-tiga sajikan lauk yang sama, perh. Nak makan pun tak ada selera. Kan?

Lebih better masak ayam goreng kunyit + ikan masak merah / kicap dari masak yang entah apa-apa yang terlampau common. Honestly, ramai orang disekitar aku lebih prefer ayam dan ikan dari daging. I myself, I tak suka makan daging gulai. Dan I prefer ikan-masak-something dari ayam masak merah. Serious.

So, kalau korang tanya aku, apa menu yang paling best? Aku akan jawab - Ayam masak kicap, Ikan tenggiri / aye (goreng) masak pedas, acar dan beberapa lauk sampingan beserta nasi putih yang tidak keras. Seriously, nasi minyak so boring already. Plus, nasi minyak di kenduri kahwin never a real nasi minyak anyway. And nothing can beat nasi berlauk untuk makan tengah hari.

Ais Krim Kon Sebesar Tapak Tangan
Kalau korang buat majlis kenduri ni kat tengah padang dan pada masa tu adalah musim panas, please la sewa penjual aiskrim kon. Kat Kuantan banyak gila buat macam ni. Pak cik tu disewa untuk bagi korang ais krim kon yang kecik. Serious kecik. Saiz ais krim tu dalam saiz tapak tangan aku je. Memang kecik gila tapi berbaloi untuk hilangkan panas.

Kosnya tak mahal. Dan biasanya, satu tank yang atas motor tu memang cukup untuk satu majlis kahwin yang berlansung selama 4 jam. Plus, aiskrim sentiasa menjadi pencuci mulut yang best kan? Lagi best dari bubur kacang panas di waktu tengah hari.


**********************

Aku tak nak komen pasal over make up pengantin perempuan yang umpama dibaling tepung kat muka. Itu urusan dia dan suami dia. Tapi, suami dia mesti kecewa. I feel you bro. :(

P/s : Aku dah tolong kasi tips kenduri ni. Moga-moga dapat berkat pengantin. Eh.

Korang pula, korang ada tips untuk dishare? Apa yang korang paling tak suka setiap kali pergi kenduri kahwin?



95 ulasan:

  1. paling tak suka bila family pengantin buat macam majlis dorang je,, baik tak yah ajak kekita ni,,, buat majlis untk keluarga terdekat jela,, huhu,, sadis kot,, pergi,, mkan then balik,, pengantin pun tak kenal,, sadis amat

    BalasPadam
  2. plislaaa asingkan tempat kanak-kanak dgn orang dwasa..nak makan xsnang sbuk dgn budak2...umphhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpayah dtg kenduri!

      Padam
    2. Duduk ontok2 dekat rumah, xpayah datang kenduri org. N moga2 kalau dah@nak kawin nanti tak dikurniakan anak2 hatta seorang pun. Xsuka kanak2 kan. Ada anak2 nanti isteri sibuk dengan anak je. Eh bro, g terjun bangunan je lah bro. Hidup menyusahkan orang😓

      Padam
    3. HIK HIK.....GELAK BACA KOMEN

      Padam
  3. aku tak suka tgk pengantin bersanding..tepung tawar mcm ayam..kruuu kruuuu kruuu

    BalasPadam
  4. Mintak izin copypaste ini di sini:
    "Aku tak nak komen pasal over make up pengantin perempuan yang umpama dibaling tepung kat muka. Itu urusan dia dan suami dia. Tapi, suami dia mesti kecewa. I feel you bro. :("

    O.M.G. And all this while I thought I perempuan je yang perasan, the bride will always get to be the clown of the day.

    Oh, jahatnya. -___-

    BalasPadam
  5. yg part khemah tgh padang panas2 tu.......
    aku bukan apa, tp sebab aku kan duk kampung je.
    tak mampu la nak buat kat dewan berhawa dingin atau pun dewan yg gila punya high standard. dewan kat kampung aku ni pun takat dewan serbaguna. panas. erm.. mmg standard org kawin skrg kena duk kat tempat berhawa dingin ke?

    BalasPadam
  6. Setuju..lauk semua same je kan..huuhuhu...balik2 yang itu jerr...kadang2 rasa malasnak makan pon ade..setakat datang tunjuk muka jerr...


    aku paling x suka orang bagi door gift yang berbentuk pasu kecik2 ke ape...sbbnyerr memenuhkan rumah jerr..lagi bagus bagi makanan..hehe

    btw, kampung ko tu kat temerloh ke? hehee...baru2 ni..kenduri umah nenek sedara aku...ikan patin masak tempoyak...pergghhh mmg sedap laaaa..dah laa banyak...panas2 pulak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org jemput tu makan je lh,xpayah nk byk komplen,nnti knduri ko pstikan gempak ok

      Padam
    2. Jangan nak mengata orang lebih2. Silap2 diri sendiri yang lebih teruk daripada org yg dingatanya.kalau tak ikhlas pegi majlis org jangan dtg. Nanti tunggu je la balasan untk kau org complain macam2. Such a pity.

      Padam
    3. Jangan nak mengata org lebih2 silap hari bulan diri sendiri yang lagi teruk dpd org yg dingata.kalau rasa tak ikhlas jangan dtg majlis org. Lepastu tunggu balasan org complain macam2 pasal majlis kau.and tak dtg majlis kau. And that time baru sibuk sedih kenapa takda org dtg.kita ni hidup dekat dunia kene rajin belek diri sendiri.bukan tahu complaint

      Padam
    4. Ape yang orang hidang ko makan dengan ikhlas lah! Lauk same pun ape masalah?? Jangan banyak komplen lah pompuan! Atleast ade jugak lauk dari makan rumput macam pelarian syria tu! Dasar tak tau bersyukur punya pompuan! Kalau datang kenduri orang buat muke palat lebih baik ko balik!

      Padam
    5. Banyak cite ko ni.ajet2 bagus je.x suka x pyh g kenduri org.setiap org ada cara memasing.x pyh condemn mcm kau bagus sgt.

      Padam
    6. bajetnya dia ni. bersyukur lah org jemput kenduri. adab tetamu sentuh la sikit lauk tu even dah muak pom. adab tuan rumah hargai tetamu bg doorgift. kalau lah kwn2 dia bc komen dia,xyah jemput kenduri org cmni. komennnn je pandai. cett

      Padam
    7. DAH BAGI MKN FREE TU BERSYUKUR JE LAH

      Padam
  7. 1) kompang

    sebab kadang-kadang depa palu kompang dekat-dekat dengan tetamu yang tengah makan. bising. pernah sekali saya pergi kenduri kahwin, bunyi kompang betul-betul sebelah meja makan saya. dugaan betul.

    2) karaoke

    setuju dgn mr.K haha rasa annoying. bising kot. nak makan pun tak boleh feel. kalau tanak bagi majlis nampak kelam, maybe boleh pasang muzik instrumental. tak pun, pasangla lagu-lagu nasyid yang bebetul sesuai dgn situasi. contohnya, lagu barakallah maher zain tu. berkat la sikit. tapi lagiiiii prefer muzik instrumental je.

    BalasPadam
  8. paling tak suka pergi kenduri kahwin kene bagi duit dah macam makan kat warung/restoren/kedai makan dan yang sewaktu dengannya. kalau tak bagi duit nanti tuan rumah tengok semacam je...apa hal nak meraikan hari bahagia anak kahwin ke nak buka kedai makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf mencelah. Bukan tuan rumah bermaksud buka kedai mkn tp anda sbg tetamu fahamilah tuan rumah. Bagusnya kalau dpt ringankn sikit belanja kenduri mereka. Xrugi sedekah :-)

      Padam
    2. poyo ko... xpayahlah persoalkan kenape kene bagi duit. itu terpulanglah dekat ko nak tolong ke x pada keluarga si pengantin, tuan rumah xkan pakse, itu perasaan ko je kot yg tuan rumah pandang ko smcm. kalo sekadar nak datang utk makan n pastu balik terus pun rasenye xjadi masalah.

      Padam
    3. Entah ape kau ngt tuan rumah to mengemis ke , bg duet to umpama kau bantu ringan kn beban dy . Eleyh bru rm1o kau ckp mcm ny . Org lain bg bratos2 ta ckp ape pn . Bg sbb hati niat nk men0l0ng kau ngt kawen nikah ny bnda snang ke , kdg2 lari bjet pn ad . Kalau kau tanak bg pn tape la . Hormat la sikit

      Padam
    4. Kalau kahwin cina,mmg harus yee bg duet.paling sikit pun rm100..kite yg melayu ni pn paling2 org bg rm10.kat kg tu rm5 jer...tak kesian ke kat dorg yg berbelanja byk tu

      Padam
    5. Bodoh betul manusia mcm nie...nama pun sedekah...mesti seumur hidup ko xpenah bersedekah kan??

      Padam
    6. Aku bagi RM2 rilek je. Ltak dlm sampul. Time salam kaut muka knr yakin. Bkn saje nk bg 2 rigt..tgh bulan. Gaji pun xdpt lg. Yg pntg iklas

      Padam
  9. sokong bab aiskrim tu..mak long sy bwt cendol mse wedding ank dye~mmg heaven...

    BalasPadam
  10. hey! thanks 4 the tips Mr.K.. wish me luck for my wedding next year..HAHA.. tolong la jeles sbb i sebaye dgn you & i'm getting married.. ngehngehngehngeh! :D

    BalasPadam
  11. Tersangat setuju pasal karaoke bcoz its a big no,boleh putus selera bila tengah syok makan,nak nak lagi kalau sumbang mambang.

    BalasPadam
  12. aku bedal je semua.
    rezeki weh!
    haha.

    BalasPadam
  13. tips berguna utk majlis saya 10 tahun akn dtg. hehe

    BalasPadam
  14. wedding aku suck big time. memang segala yg ko cakap ni terjadi masa tu. katering hampeh. aku x bagi diorg karaoke. just pasang lagu je tapi penanggah(kira macam tukang kemas meja la) boleh lak layan karaoke. nasib baik dah hujung majlis.

    pastu mekap pun hampeh. dah macam tepung gomak muka aku. bila pikir balik, rasa geram je tapi sabar jela. benda dah jadi.

    owh ari tu aku gi kenduri kawin, ada budak nyanyi. boleh x dj tu promote budak tu. contoh cam 'lagu cindai di nyanyikan oleh nabila. nabila ni penah masuk one nescafe pastu menang la. bla bla bla....'. die bukan nak cerita pasal pengantin. anak die agaknye. tapi cari publisiti kat wedding org???? annoying giler kot.

    BalasPadam
  15. hehe, mr k..ni siapa yg pengantin ?
    tetamu or pengantin itu sendiri?

    hehe, well. no komen. but bukan senang nak setup semua tu. tapi kalau lauk lain, bukan majlis kawin namenya kan? semua on pakej and budget. susah nak puaskan hati semua orang. ikut atas kemampuan pengantin, tetamu if boleh untuk memeriahkan majlis. bukan demand lebih-lebih, i think laa.

    xmo marah yea. pendapat. kita nak plan bende ni semua atas pandangan family kedua-dua belah pihak. ade family yg mementingkan adat family sndri ade yg tak. tapi kebykkan pendapat ibubapa itu yg didahulukan. maaf, my opinion la. susah mr k semua ni sebenarnya.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt2. majlis kawen dibuat utk hebahan tentang perkahwinan.tetamu dh dijemput kasi mkn free tu bersyukurlah..lainlah klu dtg kena bayar yuran.tetamu yg ikhlas,dtg xmkn pun xpe.asalkan dpt bsama2 memeriahkan majlis.

      Padam
    2. Yup.. Agree with both of u. Tak boleh nak ikut kepala sendiri. Walaupun pengantin nak pilih lauk-pauk ni, mak ayah nk yang lain pulak. So, actually kebanyakan kenduri semua mak ayah buat keputusan. Takkan nak bangkang. Karang tak jadi pulak kenduri tu

      Padam
    3. Agreed! Bukan senang nak uruskan majlis kawen ni. Ayam golek, karaoke, dewan ada ekon, aiskrim bagai2.. Semua pakai duit. Skrg ni semuanya orang buat bisnes. Kalau katering jenis hati kering camtu... Elok humban ja katerer tu dalam gaung!! Tang booth ayam golek tu.. I think there's always only one booth because its expensive. Solution? Masak ja ayam masak merah. Asalkan good food dah la. No need for a circus show. Yang penting, motif majlis terlaksana; semua orang tau that "xxx weds yyy".

      Padam
    4. Betul.nak mkn lauk kg g warung lah.masa ni lh dpt rs lauk kenduri

      Padam
  16. pergi kenduri kahwin, paling sardin rasanya bila tempat semua crowded. bila tengok tetamu,masing masing lepak saja. taknak makan; pergilah bentang tikar bawah pokok bukak forum ke hape.

    BalasPadam
  17. say NO to karok yg sumbang mambang..haaha

    BalasPadam
  18. acewahhh..dan dan sambil baca ni kuar lak lagu kawen kat radio.feeling feeling gitu.hahaha..anyway, very good info. untuk saya yang dah dekat 5 tahun tak pernah pergi kenduri kawen.bolehlah simpan ni sebagai panduan masa akan datang sementara tengah bekerja keras mencari orang untuk dikahwini.erkk..

    BalasPadam
  19. setuju psl jgn masak terlampau awal.. bakteria akan membiak dlm holding time tu...

    anyway ak kerja dgn bhgn keselamatan n kualiti makanan.. faham sgt event peringkat negeri tu, mesti ada pemantauan makanan...

    ak harap org awam ada concern psl keselamatan mknann...

    sbb selalu ak g kenduri, lauk terdedah byk lalat hinggap, lauk dh spoil (berbuih n masam) even masih panas, cawan sudu garpu katerer kotor ada sisa maknan yg kering, lauk xde penyepit geli ak tgk org main pegang2 mknan lepas tu letak balik dlm tray lauk ...
    sorry i'm very particular...


    please... sape yg jadi katerer tu masak le dgn ikhlas.. nk bagi org mkn, bgi benda yg elok... sbb food handler ni diwajibkan pergi kursus pengndali makanan n dptkn suntikan anti-tifoid.. please be hygienic and apply ur knowledge on food safety.. thank you

    *Mr K, ak agak la, majlis ko nanti insyaAllah selamat sbb ayah ko sendiri monitor hehe*


    BalasPadam
  20. plg tak suke pengantin yg kalut g bergambar outdoor pdhal majlis belum abes..bkn sume org dpat dtg tepat time die sanding..org dtg nk merai pengantin selalunya..klau setakat dtg jauh2 tuk makan je, baek g kedai dekat2 ngn umh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah g wedding kawan...drive dari JB smpai ke perak..penat tu...tup2 sampai pengantin dh g outdoor..ms tu baru pukul 3.. mungkin dh biasa wedding kt johor slalu sampai petang..sbb dh pnt sgt so lpak kt umah die mkn2 sembang2 dgn family die..tnggu smpai 3 jam pengantin x blik2, call pn x angkat2..sakit hati jgk la.. dtg dr jauh tp xjumpa pengantinnye..

      Padam
  21. paling common bila meja semua penuh time kita nak makan, dan meja penuh tu semua diisi dgn orang yg lepak kekeyangan sambil berborak lama. rasanya tak payah nak kedekut khemah dan meja sangat la. nama pun majlis kahwin mesti la bajet lebih sikit. tetamu kena rasa selesa. kalau tak nak buat baik tak payah buat majlis. just nikah yg wajib je.

    bab makan pun 100% setuju bro. asyik benda sama je. why not pecah tradisi sikit asalkan x menyimpang dari landasan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry kalau x stuju tp kne back to basic. Pergi knduri kawen tu tujuan utama nk meraikan pngntin. Tetamu yang hadir x spatutnya mgharapkn yg grand2 dari majlis sbb tujuanmye meramaikan n memeriahkan majlis.Bukan hadir mjlis untuk meraikan diri sendiri. Afdal makan hanya sekadar mengalas perut bukan mengisi tembolok sehabis penuh. Itu adab ke majlis. Xkn la sbb xckup bajet sedia lebih khemah terus x buat mjlis kan. Mesti pihak mjlis dah sediakan yg termampu dan hbis baik. Ade ke yg saje2 xnk bg keselesaan pade ttamu? Tp ade kekurangan itu adat la dlm buat mjlis besar2. Tips dia atas diberi pon ntuk pnduan.

      Padam

  22. aku just nak komen, kepada pengantin, layan la saudara korang sama rata. jangan layan saudara sebelah mak jer, dan sebaliknya. hehe.

    BalasPadam
  23. Haha serious doh haritu majlis tunang kakak aku mak aku order roti jala untuk 80 orang. Ada ke dia bagi roti jala 100 keping je. Tak logik ah, takkan orang makan roti jala sorang sekeping je, paling sikit mesti 3 keping kan selalu. Bila mak aku complain dia buat alasan memang dia buat 100 keping je untuk 80 orang makan pulak. Yang bestnya kuah kari dia bagi dua baldi pulak. Nak suruh kitorang mandi dengan kuah kari tu kot HAHA

    BalasPadam
  24. OH Cahaya Kemuliaan
    tersangat betul..i go for my fren wedding..2 jemputan..dua2 xde..outdoor fotoshoot..for me kene stay at home sampai malam...tunggu, sbb org akan rasa kecewa bila pengantin yg ingin sangat aku ucap tahniah..xdapat aku jumpe pada hari itu..

    so, my best advice..simpan duit bnyk2..tempah outdoor for the next day...coz people wont APPLY LEAVE just to attend ur wedding and makan nasi minyak kot?

    mood: zaman sekarang punye married lumba2 nak fotoshoot je bukan raikan tatamu datang meraikan mereka.sedih kan!

    BalasPadam
  25. QEZUS Shawls on sale! http://nuyunsyue.blogspot.com/2012/11/qezus-shawls-batch-1.html

    BalasPadam
  26. maaf baru baca..tapi nak komen jugak...mmg hangin la kalo gi umah org kawen, pelamin khemah, mekap grand2 tp lauk takat ayam masak merah, daging dalca, acar nenas dan buah tembikai....pastu air sirap..ok...jauh2 org dtg serve mcm tu mmg mengecewakan, patu pengantin hepi2 tapi yg dtg maki2 dlm hati..x ke pasal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak mkn best2, gi hotel 5 bintanglah.pastu tgk menu dgn harganya sekali ye.org dh bg mkn free tu pun dh kira syukur tau.klu ikhlas,dtglah.klu xikhlas,xyah dtg.dtg kduri sbnrnya nk apa ni??????

      Padam
    2. Ermmm...mungkin ada yg datang majlis kawin sbb nak makan semata2..tp agak2 lah..kalau sedap..alhamdulillah...tapi kalau tak sedap or lauk typical..tak payah la keji...nak makan...makan!!tak nak makan takde sapa paksa!!orang wat majlis utk raikan pengantin...habis berbelas ribu...yg cuma tau kutuk..ingat korang sapa!!setuju sgt..kalau nak makan sedap..pi la makan kat 5 star restaurant!!apa lar..nanti majlis sendiri tau lar..being considerable la sikit..rather than being so demanding..korang pun bukan sultan or tan sri pun nak pampered bagai..tolong tidak..complaint bagai nak rak..please lar!!

      Padam
    3. susah nk jmpa org yg pemikirannya mcm tanpa nama ni..hahahah...bc komen2 org kt sini mmg pelik..org nk jmput bg kau mkn pon kira bagus...xfhm spesis mcm depa ni

      Padam
  27. annoying bila tetamu da makan lepak2 kat meja. semua pernah rasa kan..
    dah nampak kite pegang pinggan yang berisi nasi dgn lauk, wat wat xnampak plak...

    ish!
    aku pernah pergi majlis kenduri ni..
    ayahnya tokey pasar, so masa tu lauk udang mmg banyak gile..

    lauk udang tu abes. tak merasa la aku nak merasa lauk istimewa tu..

    makcik meja sebelah ni amek lauk udang je 1 mangkuk cendol tu, then tgk2 xabes! tamak sangat kan..

    BalasPadam
  28. salam
    terpanggil untuk komen untuk entry ni
    oh,itu pendapat tuan tanah.mabruuk 'alaik.apa2 pun saya ppula sgt inspire untuk datang ke kenduri kahwin yg sederhana dan bukannya membazir(masa,wang tenaga saya),tak dapat door gift pun tak pe(serius tak kisah.
    saya pernah pergi wedding yg tetamunya termasuk yg VIP Malaysia makan bersila,wah hebat!memang tak de kerusi semua kecil besar tua muda makan berhidang atas lantai yg dilapik dengan kain tema kahwin,ada juga teman yg wedding ceremony nya buka pameran dan tahung Palestin-kemeriahan perkahwinan dikongsi bersama tanpa melupakan saudara seakidah yg berjuang di sana,ada yg jemput Ustaz bagi ceramah semasa wedding dan ada yg buat sesi break untuk solat zohor dengan menyediakan khemah besar untuk tetamu-tetamu bersolat berjemaah dengan tuan rumah dan ada yg sengaja buat tempat wedding dekat dengan mana-mana rumah ibadat untuk memudahkan tetamu bersolat,dan ada lagi yang memang bersederhana,saya rasa mendapat keberkatan di samping hadir memenuhi undangan wpun sebagai tetamu sahaja,sbbnya apa yg lebih utama adalah duit yg mereka belanjakan smasa wedding tu untuk bina rumah(Life after marriage) bukan untuk dibelanjakan dengan banyaknya untuk pintu rumah semata-mata(majlis kahwin).untuk door gift kalau ada kewangan lebih berilah sesuatu yg dapat pihak tetamu manfaatkan untuk dptkan pahala berpanjangan sampai mati contoh-ma'thurat,buku,Islamic car sticker dll bukan sekadar makanan dan barang hiasan.Inilah Islam,ada class!high class!segalanya mungkin dengan Islam =)Good luck untuk sesiapa yg bakal melangkah ke stage baru dalam hidup (khidupan berumah tangga) baarokallahufiikum

    BalasPadam
    Balasan
    1. mantopppp..leh dijadikan pedoman

      Padam
  29. one more thing, jangan charge hadirin u'all, at least yang datang dari negeri lain semata-mata untuk kenduri u. heheh

    BalasPadam
  30. Aku tak berapa setuju dgn komen2 kat atas yg tak puas hati pasal outdoor photoshoot pengantin tu.

    pada pendapat aku, sbb aku sendiri pun akan berkawin insyaAllah bbrapa bln lagi, Korang kena jugak consider, kenapaaaaa sebenarnya diorg buat outdoor photoshoot pada hari yg sama?

    Mcm aku punya pakej kawin, termasuk sekali bayaran utk photoshoot indoor/ outdoor. Kita ni org islam, kena solat ZOhor. sebab tu la kalau boleh nk selesai cepat2. Lagipun rugi kalau dh basuh mekap. Sekali mekap bukannya murah. professional makeup sekali mekap pun dh starting rm300+. Ok, now u're suggesting to tempah photoshoot on the next day? I dont think the next day is appropriate. sebab fikir pasal duit lagi. mcm kenduri aku nanti, nikah n kenduri hari yg sama. so photographer akan datang sehari suntuk daripada pagi sampai petang. dan kalau nk suruh diorg dtg esok hari tu pulak, dah masuk charge lain. baju pun nak kena tempah lain? mekap lagi. photoshoot pun dh beribu.

    Mungkin kita x berada dlm situasi tu lagi, jd mungkin boleh kata apa saja.

    Dari segi Dj, aku setuju dgn Mr K. Dulu kezen aku kawen, time tu tgh popular lagu Ketahuan- Matta Band tu. Dj tu x abes2 nk pasang lagu tu je. aku yg bkn pengantin pun rasa sakit hati dgr. Tlg la jgn pasang lagu2 yg mengecewakan time hari bahagia org. haihhh

    BalasPadam
  31. [Balik2 lauk yg sama]

    haha.. Nampaknya pandapat org berbeza2. Ayah aku dulu pernah membebel bila pegi kenduri rumah orang ni, lauk dia buat mcm lauk kat rumah. Siap ada ikan kering la, sambal tumis ikan bilis la, etc2 (mcm makan kt rumah).

    Dah nama pun kenduri. Maybe kita sebagai org awam yg dijemput ni, sepatutnya dah expect la lauk ape yg akan dihidangkan. Lauk Ayam masak merah mmg common sgt tk majlis kenduri kawin.

    Aku kalau pegi kenduri kawin, Mmg aku akan cari ayam masak merah and sgt excited pegi kenduri sebab nk makan ayam masak merah kenduri. haha. kat rumah salu makan ayam goreng, sambal tumis, masak lemak etc2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ngn anda nard..aq suke g kenduri mkn ayam msak merah.lau xde rase cm x complete je.psl nasik kan org salu tny "bile la dpt mkn nasik minyak ko?"lau nk nsik putih ko mkn kt umah je bley x??
      Yeah n then psal mekap.sedih tgk muke membe2 jadi mcm hape tah.org dtg nk tgk pengantin,org yg kite knal..tpi mcm g kenduri tah sape.natural mekap sudeh just yg muke x rata 2 bg kulit nmpk flawless sudeh..
      Bab2 lain aq suke..esp karoke.nk syok sindrik sile g redbox k.

      Padam
  32. pasal makanan, ak rasa kat tempat ak ni, bapak ak je kot berani pecah tradisi. Akak ak khwin, bapak ak boleh hdangkan makanan bg ak plg sempoi, dia hidang daging bakar masak lemak, dgan ulam + lauk ape ntah.. Sampai lauk xcukup, kitorang pun xsempat jamah makanan. Haha

    BalasPadam
  33. Adalah harus diberitahu pada sesiapa yg belum berada di situasi bride/groom-to-be, perbelanjaan kawen sgt lah besar. maka pihak pengantin akan cuba berbelanja within budget dan kemampuan. ini termasuklah:

    -lauk katering yg berulang2 sbb tu plg murah (katering sekarang cekik darah). utk orang kampung, boleh la nak gotong royong, yg kat bandar cuma bole harapkan servis katering.

    - photoshoot on the same day sbb nak jimat duit. jadi kesian pengantin kena rushing solat supaya tak payah amik upah make up 2 kali. sebab tu sila baca kad jemputan kawen awal2 sebelum pegi kenduri, sebab most probably dlm kad tu dah tertulis waktu kenduri cuma dari pukul 12tghari - 4.30 petang.

    - tempat majlis yg dekat dgn rumah dan murah. ade yg pasang kanopi depan rumah, tutup jalan jadi tak dapat nak letak byk meja. harus fikir jiran tetangga juga. ade yg amek dewan skola yg xde air cond. ade yg amek dewan bankuet. kalau amek dewan ni subject to availability of date. dan of course kemampuan.

    - doorgift yg biasa2 supaya x membazir. kudap-kudapan lg preferable sbb tetamu bole makan otw balik dr kenduri.

    Jadi, kalau dtg kenduri orang tu, berlapang dada lah utk menghulur sikit2 kalau x bwk hadiah. selain meraikan hebahan perkahwinan, kita juga akan berada di situasi seorang pengantin suatu hari nnt. mase tu baru kita faham. =)

    setuju pasal DJ radio yg tah hape2. baik amek PA system tanpa pakej DJ. dan better kita yg buat seleksi lagu kahwin sendiri. lg puas hati. MC dan DJ better kawan2 dan family je yg handle. dorang tau ape yg kita expect.

    Just my 2 cents.

    Sincerely,
    Bride-to-be

    BalasPadam
  34. agreed! paling takut sakit perut makan nasi n lauk kenduri!aduhh..

    BalasPadam
  35. Fuh! Ikan Patin Masak Tempoyak! Memang rare la!

    BalasPadam
  36. Kisah benar. Aku dah 2 jam google bagai nak carik dewan katering dan sewaktu dengannya. Tapi bila aku baca blog ko ni terus turn off nak kawen. Aku baru pk nak bg menu yg sama. No offense all I see are narrow minded. Dari tak puas hati kan tetamu yg dtg baik aku tak payah buat majlis. Ikut cara Islam buat yg wajib. Tapi door gift mmg antara buku doa atau makanan sbb sourvinier mmg org tak simpan sgt pun. Mmg btol la kawen tu susah kalo ikut adat..tp sangatlah mudah kalo ikut islam. Cirit wei bulan2 simpan 2k nak kawen punya pasal. Arghh bila nak kawen camnih. Air cond lah..menu makan lah..karaoke tak boleh lah..haruuu..haih!

    BalasPadam
  37. salam...nak komen ckit..
    setuju dgn pendapat pasal dj yg pd sy mengarut je n x pndai handle lagu.. pasal kena bg duit.terpulang pada individu..nk bg hadiah pun terpulang..yg penting teamu gembira n sudi memeriahkan majlis..
    pasal pengantin kena cepat2 pegi wat photoshoot mmemang skarg mcm 2..semua pakage n biasenye OP x semua org yg kita kenal..mean drg yg kita upah duduk jauh2..yg dtg ke majlis sehari suntuk utk ambil gambar kita..jd mmg patut pengantin bergambar di haro perkahwinan..kalo sehari selepas..byk plalk kekangan.dua2 belah pihak. Op td mungkin ada job lain, atau jauh n caj 2x plak..pengantin td kena tlg2 kemas kenduri dia x kan nak upah makeup n pakai bj semalam balik? lainlah org2 kaya boleh settle semua 2 dg duit..
    pasal lauk kendur yup..mmg kita dh tau pe menu yg bakal disajikan..mcm sy org pahang..Ya Allah sy cukup meluat dgn menu ikan patin sbb terlalu biasa sgt kat mana2 majlis kat cni..sbb drg masak gtg royong.bygkan lah.kat rumah selalu sgt mkn ikan patin tempoyak..time kenduri pun lauk yg sama..jd??bg org luar mmg heaven bg kami..rasa muak.mmg lauk ikan patin tempoyak menu wajib di cni..sy kdg2 teringin lauk ayam, daging. dalca bagai tu..betul lah..kata org..lain tempat lain pandangannya..peace

    BalasPadam
  38. time sy kawin DJ pasang lagu dangdut jeee dh mcm kelab dangdut plak.mangkuk tol!

    msa adk sy kwin amik qasidah.mmang rsa beza rsa mjlis tu lbih diberkati.

    psal mkn sy x suke knduri kwin kt johor cz klu pegi 3 knduri sehari,smua rumah lauk yg sama.dr umh dh dpat agk lauk apa.sy suka knduri kt n.sembilan cz lauk dia mcm2 jnis,x bosan.

    psal doorgif sy x suka krepek @ mknan @ gula2 as doorgif.pstinya akn msuk tong smpah cz biasanya x sedap,lemau la.

    itu pndapat sy

    BalasPadam
  39. Mtk maaf dulu kalau ada terguris hati, ini sekadar pendapat. Janji kita datang wedding orang dengan tujuan untuk meraikan pengantin dan hati perlulah ikhlas menerima segala apa yg disediakan. Sbb setiap rancangan pengantin mst nak yg perfect kan. Tak perlu kot demand2 ni.

    Supaya nanti majlis kita pula nanti dapat balasan yg sama, InshaAllah.

    BalasPadam
  40. Ni yg komen komen pasal lauk tak sedap lah, keadaan dewan atau suasana macam apalah, korang ni tak bersyukur. Pengantin tu at least ajak korang pergi majlis dia. diorang tak paksa pun. korang nak datang ke, tak nak datang ke, it's your choice.

    Dah bila datang tu, bawak bawak lah bersyukur sebab diorang sudi nak bagi makan secara PERCUMA utk korang. kalau tak sedap, diamkan aja, mulut tak payah macam longkang nak comment comment pasal itu, pasal ini.

    oh one more thing,korang rasa untuk majlis kahwin korang satu hari nanti, korang boleh serve better daripada pengantin-pengantin tu ke??? tepuk dada, tanya selera lah doh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... I second ur statement.... Kalau nk servis ibarat bidadari syurga serve u, ko ingat ko sape ? Ahakssss

      Padam
  41. Bagi aku la. Kalau datang kenduri kawin takde nasi minyak memang tak sah hahaha. Sebab niat di hati nak makan nasi minyak. Sekali datang nasi putih je. Kat kampung hari-hari boleh makan nasi minyak. Tapi kat bandar susah nak makan nasi minyak. Kalau hidang nasi putih je baik aku makan kat rumah je. Betul kan

    BalasPadam
  42. Ish3..org dtg majlis kahwin nak meraikan pasangan pengantin..mi makanan yg dihebohkan..mknan kenduri tu kan sekadar sedekah..patut ke kita cemuh rezeki tu..emcee kan sekadar hiburan..

    BalasPadam
  43. Sebenarnya you yang terlebih suck kot mr. K..haha
    U ingat senang ke nak setup semua ape yg you impikan..tak ada yang sempurna la dlm dunia ni..you nak semua benda perfect je..mana boleh mcm tu bro..
    Kadang2 kita dah plan baik, tapi ada lg masalah2 kecil..kadang2 bnda tu kita xdapat nak kawal pon..org tengah ramai mana kita boleh kawal. Lainla kalau hang mcm patung kuil yg hidop tu..

    Kdang2 org yg karaoke xsedap tula yg jd penghibur sebab nyanyi lari pitching bagai.

    You orang kaya bolehlah nak bnda2 yg high class..entah2 u kahwin dlm keadaan bhutang keliling pinggang..

    Bajet la lu bro

    BalasPadam
  44. So Mr.K...kalo u belum kawen..jemput2lah I yer..nak nengok gak majlis kahwen u akan jadi meletups sangat...kutuk2 bagai..mcm u dah perfect sgt...zzzzz...

    BalasPadam
  45. TAK SABAR NAK PERGI WEDDING YOU YG PERFECT SANGAT TU!

    BalasPadam
    Balasan
    1. I PON TASHABAR NAK P WEDDING MR.K YG PERFECT GILOSSS TU .. PFFTTHHH !!!

      Padam
    2. X perlu nk bash Mr.K gtu..dia bg tips lohh..x nk ikot suda.(:

      Padam
  46. Ingat majlis kahwin dibuat sebagai hebahan yg pasangan itu sudah bernikah. Org yg dijemput pergi la dgn ikhlas. Jangan nk demand. Allah dah gariskan panduan yg mudah utk umatnya. Kita sebagai umatnya kena belajar bersyukur. Ko nie ade sifat bersyukur ke tidak sebenarnya dalam diri. Maaf la klu cakap macam nie. Seriusly, mmg kurang adap bile awak mengeluarkan pandapat macam ini.

    BalasPadam
  47. Tgh cri idea utk adik nye wedding..jumpe article camni..buat org down je la die ni..

    BalasPadam
  48. fuhh semoga tetamu yang aku jemput masa kenduri takde yang berfikiran macam penulis ini.

    BalasPadam
  49. Keberkatan tu yg pnting.. jgn jdkn knduri org tmpat korang kumpul dosa plak.. smua xpuas hati.. adat jd ttamu terima apa yg tuan rumah nk bg mkn.. kite pergi knduri bkn g kdai mmak yg blh nk pilih menu.. klo kite yg bayar blh la nk komplen..

    BalasPadam
  50. Watch "Wan razali - function kahwin traditional band" on YouTube - Wan razali - function kahwin traditional band: http://youtu.be/IEBcBauI3hI untuk memeriah kan majlis ... Call wan 0133329862

    BalasPadam
  51. Haihhh penat baca.. semua tu on budget kalau nak makan mewah sedap sedap tungu ler majlis kau ye.. sedap tak sedap bukan salah tuan rumah dia just upah orang masak je. Pasal lauk sama karaoke semua normal laa nama majlis kahwib. Kalau mampu boleh laa masak sesedap lauk best best bg yg tak mampu? Kau laa bg duit ye dakk bg dia masak sedap. Semua pandai komplen je.. haihh pasal kene bg duit pun ikhlas kau taknak bg takpe dik org tak marah pun.

    BalasPadam
  52. Eh pening aku tau.. mase aku kawin aku buat lauk kampung.. gotong royong.. sume makan cakap sedap puas ati alhamdulillah.. tp mmg ade ckp time kenduri la nk mkn nsik minyak, eh karoke xde ke?? Well.. ble aku bc pelbagai komen kt atas ni.. 1.je aku nk ckp.. mmg btol la.org ptih ckp.. hr wedding adlah hr ko.. g mmpos dgn org lain... sume org xkn puas hati.. ade org ske 2 ade org ske cmni.. ktorg yg nk kwin yg nk kuar duit.. ktorg jmpot mkn.. dtg je mkn jgn nk byk cgkadak sgt.. demand lebih nth2 ko kwin super duper trok..

    BalasPadam
  53. Kalau mampu apa salahnya kan buat yg terbaik untuk keselesaan tetamu. Jika sebaliknya, jgn stress sangat... teruskan seadanya.

    BalasPadam
  54. Just nk sentuh bab makanan jerr... Yg laen2 tu kalau nak servis ala2 bidadari syurga, buat amal soleh banyak2 in shaa Allah Allah swt pilih masuk syurga and uolzs akan dapat perkhidmatan bertaraf syurga...

    Ok we go for makanan.... Utk pengetahuan semua .... Katering menyediakan makanan yg sangat banyak actually bukan macam hidangan direstoren kalau habes kene tunggu diorang masak.... Atau habes habeslaaa..... X meraser la yea tak ?

    So utk menyediakan hidangan yang banyak ni, kene pilih sumber bahan mentah yakni makanan yg ekonomi dari segenap aspek..... Dari pengurusan sebelum meamasak sehingga selesai keluar dari lubang bon#$t korang....

    Daging lembu, ayam , uolzzz just bayangkan, kan related dishes dengan SEMUA orang bangsa dan agama ? Suka makan patin lumpur yea ? Kau ingat tekak kau sama dengan lagi 999 org tetamu yg hadir tewww ??? Its all about how u cherish the guest who were cherish ur big day !!! Jangan SELFISH!!!!

    And last but not least, kita kalau jenis pandai bersyukur dan sifat wasatiyah dalam diri tinggi, apa shaja rezeki yg Allah swt bagi, kita xkan komplen. KOMPLEN KOMPLEN KOMPLEN... memang in ur DNA ke ? Congenitally ?

    I pernah ikut someone dealt dengan katerer.... Their jobs is tough then u ever spokes here....

    Yg lain2 pasal majlis tu, for me, its ALWAYS DEPENDS ON WHO U ARE....

    LOVE.....

    BalasPadam
  55. amboi3 sdapnye ko mngata ye,hangin je aku baca tang lauk2 yg ko demand tu,ko tau x choice utk plih lauk xsmestinye drpada bkal pngntin je,slera mak ayah dia pon kne pk sama,nasik minyak so boring??knp plak nk boring,dah mmg simbol nsik mnyak tu mmg sinonim utk knduri2 kawin,sbb tu kalo ko punye jodoh lmbat dtg,yela mcmana xlmbat kan,ko tu mmilih n demand lebih,mesti diorg akan tnye,bila nk mkn nsik myak?pastu ko pon trsipu2 malu nk mintak pnampo,klau nk mkn nasik brlauk gi kdai mkn la der,kat situ byk nasik campor yg ko bole pilih lauk yg ko nak tu,gi mjlis org dpat mkn free so brsyukur la,jgn demand lebih2,pihak pngntin mcm nk pecah kepala pk camana nk bg selesa tetamu,tp ko sedap je menulis mcm ni,org lain baca pon hangin tgok drpada komen2 diorg,dlm hidup ni jgnla terlalu sgt komplen nnti org xske,ini dah bkn tips ni,ni utk beri kepuasan pada tekak ko yg kuat belahak tu,sekian

    BalasPadam
  56. Assalamu'alaikum Tuan Tanah dan semua Pengunjung budiman.

    Saya sedang cari maklumat tentang majlis kenduri kahwin, terjumpa laman web ini. Menarik pula baca pelbagai ulasan.

    Kita dtakdirkan hidup pada akhir zaman yang serba mencabar keimanan.
    Pastinya tuan rumah telah berusaha sebaiknya merancang majlis dengan pelbagai faktor diambilkira termasuk tetamu undangan dan bajet kewangan.

    Teringat saranan dari satu sumber berkaitan bagaimana mendapat keberkatan majlis seumpama, bukan mengundang malah mendapat kemurkaan ALlah. Antaranya, tetamu jemputan yang ikhlas mendoakan pengantin sekeluarga. Hadir bukan untuk mencari kekurangan. Pahala memberi wang/hadiah/door gift, pasti diperoleh pemberinya. Penerima yang redha pasti dapat pahala juga.

    WaLlahua'lam
    Puan Nuur

    BalasPadam
  57. Bila Mr.K pui pui nak buat kenduri kawen ni?? Tak sabar kot nak pergi kenduri kawen super duper perfect mr.k pui pui! Nanti jangan lupa scan kad jemputan masuk dalam blog..ramai nak datang ni!! Mesti best ni!!! Mesti pileyyyyy ni!!!!!!!!


    *mr.k mungkin spesis bapok, sebab kuat komplen benda remeh temeh. Mr.k ade ape ape nk cakap??

    BalasPadam
  58. byknya bunyi kau ni. nk tgk jgk mjlis kau perfect sgt ke??byk komplen,hrpla xdpt tetamu mlut busuk cm kau ni.

    BalasPadam
  59. ermm..bersyukurlah dengan apa yg ada..nobody is perfect in the world. Dalam 10 org pon x semua kita boleh puaskan hati, inikan pulak if 1000 orang tetamu yg hadir. nak puaskan hati semua orang memang tak la. apa yg pting dlm hidup kita ni harus banyak bersyukur baru lah hati pon tenang. kecuali la kalau tuan rumah bagi makanan basi ke, jemput datang tak buat makan2 ke, itu memang tak patut la..apa sje yg disediakan terima saje..tak suka tinggal jgn banyak komen nak itu nak ini! sy pernah je pegi kenduri kawen tp tak dapat doorgift pon sebab dh habis..well nak buat macam mana terima lah dengan hati terbuka, maybe tak de rezeki kita time tu. tapi jangan pulak dah tak dapat tak bagi langsung duit kat tuan rumah. anggaplah tu macam sedekah kita paa tuan rumah..InsyaAllah rezeki kita makin bertambah kalau kita ikhlas bagi. apa2 pon ikutlah sunnah Rasulullah, tak suka tinggalkan saje..jgn pulak buat cerita dah mengaibkan orang pulak..dosa je yg dapat! huh!

    BalasPadam
  60. Islam kata buat ikut kemampuan kita. Bukan ikut sedap tekak kau. Nak datang majlis orang biar ikhlas.

    BalasPadam
  61. Bapak bdoh giler annoying blog ni. Speaking cm bapok. Cakap tak pkai otak. Nafsu semata2. Otak tu len kali letak kt kepale ye dik...

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.