Selasa, 9 Oktober 2012

Percintaan yang "Nothing great comes easy".

Assalamualaikum


Soalan dari Formspring. :

Hi Mr. K. Saya nak tanya pendapat kau sikit. Aku dah tiga tahun bercinta dengan boyfriend aku. Kitaorang memang nak plan kahwin pun. Tapi lately memang banyak sangat dugaan yang kitaorang terima. Betul ke itu petanda yang aku memang tak ada jodoh dengan dia. Help. Thank you.

Sedih sebenarnya bila aku dapat soalan macam ni. Dan soalan macam ni, confirm-confirm perempuan je yang tanya. Tahu kenapa? Sebab perempuan ni pesen overthinking. Boyfriend reject call sikit, terus fikir bukan-bukan. Dah la pesen fikir luar kawalan, ada tu, sampai kaitkan dengan agama. Contohnya macam. "Aku nak beli kasut la." Tup-tup, dekat mall ada sale beli 10 pasang kasut percuma berus gigi. Pastu mesti perempuan tu akan fikir "Ini mesti sign dan takdir dari Tuhan untuk aku beli 10 pasang kasut". Padahal kat rumah dah ada 20 pasang kasut dah. Tapi satu pun tak pakai. 

So, berbalik kepada soalan, betul ke sesuatu perhubungan itu menjadi perhubungan terlarang bila banyak halangan or bab kata orang putih, obstakel?

Sebenarnya, ada jawapan untuk soalan ini. Dan jawapan dia terbahagi kepada dua.

1. Yes, perhubungan anda adalah hubungan terlarang. You both suck. Banyak buat dosa semasa bercinta. Sebab tu banyak halangan. Supaya korang putus dan tak buat dosa lagi.
2. No, hubungan anda memang sweet. Halangan yang tiba hanyalah sebagai ujian untuk lihat betapa kuatkan anda berdua untuk meneruskan perhubungan. Practice untuk perkahwinan bak kata orang.

Wait Mr Kay yang bajet pandai. Apasal pula jawapan terbahagi kepada dua?
Sebenarnya hampir semua benda di dalam dunia ni tak ada yang fix. Tak ada yang tetap. Dan kita biasanya tidak akan lari dari masalah. The issue is, macam mana kita handle masalah tu?

Secara general, manusia terbahagi kepada dua bahagian bila berada dalam certain situasi. Bahagian itu adalah pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif. Dan ini juga merujuk kepada Persimis serta Optimis.

"Bagi gua, orang persimis akan nampak kesukaran di dalam setiap peluang. Dan orang optimis pula akan nampak peluang di dalam setiap kesukaran" - Winston Churchill

Cuba anda bayang kan. Kalau korang kata hubungan tu banyak halangan sebab tidak direstui, then ada itu bermaksud anda patut bercerai bila rumah tangga dilanda badai dan ombak?

Hubungan banyak halangan sebab Allah tak nak bagi anda dapat dosa.
Ada certain ketika yang kadang kalau anda buat la macam mana pun anda tetap tak boleh selamatkan hubungan korang. Korang jumpa mak mertua bincang elok-elok, juga kaunseling bincang dalam-dalam. Jumpa isteri bincang lembut-lembut. Semua nya tak jalan.

Tapi korang still tak nak putus asa. Korang still sayangkan hubungan ni. So, korang paksa supaya ianya berjaya. Tapi since korang paksa, semuanya jadi makin teruk. Time nak jumpa suami isteri, kereta accident. Time nak beli hadia untuk isteri, kena sama. Time nak masak untuk suami, gas habis. Well, dalam hal ni, tak mustahil ianya adalah ujian semata-mata. Tapi tak mustahil juga yang ianya adalah hint bahawa hubungan anda telah hampir sampai ke penghujung dan akan diakhirin oleh takdir Tuhan.

But why Allah nak putuskan hubungan ni?
For those yang dah berkahwin, maybe sebab jodoh anda tidak lama. Maybe, selepas anda dapat anak, suami akan mula buat hal. Sebab itu lah Allah putuskan. Lebih baik janda tak ada anak dari janda anak satu kan? Dan bagi yang bercinta or bertunang, maybe anda masih jauh dan belum layak (Dari segi agama) untuk berkahwin. Sebab itu lah Allah putuskan. Mana la tahu kot-kot baru sebulan kahwin, si suami dah pasang baru. Ye tak?


Dan, juga tidak mustahil hubungan percintaan anda diputuskan semata-mata anda belum layak bercinta. Bila anda bercinta, anda mungkin membuat dosa. So, hubungan anda diputuskan melalui halangan dan tidak mustahil ianya akan disambungkan balik bila both of you guys dah bersedia untuk berkahwin.

Simple kan? And please, jangan fikir korang dah berkahwin 5 tahun dan bahagia, tahun ke 6 juga anda akan bahagia. Banyak masalah yang berlaku dan akan berlaku. Dan itu membawakan kita kepada halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

Halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

"Nothing great comes easy"
"Easy come, easy go"
"What worth, fight"

Pernah ke anda nampak businessman yang betul-betul kaya naik dengan mudahnya? No, most of them adalah dari keluarga yang miskin. Kalau tak miskin pun, dia mesti pernah jatuh bankrupt. Bankrupt pula dua tiga kali. Tapi at the end of the day, dia jadi jutawan. Why? Sebab dia usaha.

Macam tu la juga dengan relationship. Tak akan la sebab ada beberapa halangan, anda (Mostly girls) dah start fikir  untuk give up. Sikit-sikit give up. Sikit-sikit give up. Kalau dalam kehidupan biasa, kita nampak halangan dan kepayahan sebagai satu ujian untuk tengok kita punya kekuatan. Tapi kenapa bila it comes into relationship, halangan dikata sebagai tak ada jodoh?

Tak mustahil halangan yang berlaku hanyalah sebagai cara untuk kuatkan balik hubungan korang. Contohnya, sebelum ni hubungan korang hambar je. And then, masa pergi dating, korang accident. And sejak accident tu, dia jadi lebih caring. Hari-hari ulang alik ke hospital. Siap bawa masakan lagi dari rumah. Pastu makan sambil gegurau sesama. Kan sweet tu. Maybe, ada hikmah disebalik accident tu. Ianya satu halangan. Dan ianya juga satu ujian. Tapi tak bermaksud untuk memutuskan hubungan anda. Kan?

But the most important part is, bila dalam masalah, jangan sekali-kalai lari atau menyerah kalah. Sebab, once dua-dua pihak menyerah kalah pada sesuatu masalah, then hubungan anda akan berakhir, soon.




27 ulasan:

  1. suka ayat perempuan ni pesen overthinking~muhahaha

    BalasPadam
  2. Salam doktor love. hehehe. Dah lama aku tak bercinta neh.. dah imun kot. =p

    BalasPadam
  3. hmm . betul gak tu , perempuan mmg teramatlahhh overthinking .
    tapi lelaki pun janganlah tak berfikir langsung ye daakkk ? hehehe .

    ^_^

    BalasPadam
  4. insaf jap bila baca entry nih..T___T

    BalasPadam
  5. Saya suka entri ini . Betul ,saya juga seorang prmpuan . sometimes , overthinking jugak .. huhu

    BalasPadam
  6. this is my opinion den myb pelik but den pernah rase d'tinggalkn tapi tu 1 taun yg lepas, then aku try bgun,mase mula2 tu teruk la gak..sbb cinta munyet den hancuskan harapan family for wat la kn?rubbish for all..den perlu bungun tok tunjukn kat deme2 tu den pon kuat mcm harimau gak, :)

    yg penting bg yg sekapal tu tosak la nk cari bnda yg da lepas just move on..mcm mr.k ckp klu arini ad sale kasut beli 10 percuma berus gg for what kite beli dalam membazir,,baik pkai jer kasut yg ad tu~

    BalasPadam
  7. hoping that my relationship will end up in a halal way one day,, and we will not be tested beyond our effort to handle it,, amiin,,

    BalasPadam
  8. Pada aku lah kan, kalau it's worth, then fight.

    Kalau kau rasa itu manusia kau nak hidup sampai hujung nyawa, then fight, betulkan mana yang tak betul.

    Fight till jannah together :P

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    1st skali great job EN.K..
    ak nk share idea lar kot sal girl y ko mksdkn tuh..
    prtma skali ak x knl saper girl nih..
    tp seandainya girl tuh bca ak nyer komen..

    "hye.. assalamualaikum awak :)) "
    ' sy arap awk bnyk2 brsbr..mmg sedih.tp anngplah nih ptunjuk dr Dia tuk awk , anggplah Dia bgik ujian sbb dia nk kn prhtian lbih ckitt jer dr awak spya awk leh ngadu kt dia,,Dia rindukn rintihan awak sbnrnyer tuh.. insyaAllah.. :).soal ader jodoh / x..serahkn pd Dia.. mntk ptjuk dr Dia ttg arah tuju hbgn korang.. solat istikarah bnyk2..tp sblom nk solat kner lah make sure y ati awak dh 50% pd Dia n 50% ag pd si dia,,kalu trlbih tuk Dia pon ag baik :) ..insyaAllah..nnti bru lah bole dia tnjukan y trbaik.. y nih sy dgr dr sorng ustaz ni..
    apepon sy doakan awk dpt trima sgla ujian nih ngan redha..
    n maaf seandainyer sy nyer nshat makin wat awk tension / skit pon x mmbntu awk..sy juz trpnggil tuk tlong kaum y sma ngan sy.. n sy rser sy paham aper y awak rser sbb sy pnh brada d situasi awak 1 ktika dlu.. :) "


    tuk EN.K , bole tak kalo ko tlong smpaikn ak nyer msj kt girl tuh ..
    btw sori r sbb komen pjg2 kt ko nyer entry .


    BalasPadam
  10. kalo bole ak nk mntk tlong spya ko jgn approved kn ak nyer cmment y sblom nih.. ~.~ err, bajet cam ko nk approved ajer kn..tapi ak btol2 mntk tlong .. cma.. kalo bole..ko tlg smpaikn ak nyer msj kt girl tuh..

    timer ksih bnyk2 sbb tlong ak !!!, err ak assumed ko dah trimer tk tlong ak.. =.=



    BalasPadam
  11. aku amek apa yang ko cakap sebagai cabaran dan pedoman..

    BalasPadam
  12. merangkak tuk mengenaliNya11 Oktober 2012 pada 2:48 PG

    assalamualaikum,

    best entry n best adviced !
    smoga daapat bgik manfaat tuk semua,
    lebih2 ag..
    belajar mnerima qada dan qadar
    n perlahan2 cba brhijrah tuk ke arah yang lebih baik..
    insyaAllah..


    psst,ko cpt2 lah updated entry bru , ak tungguuuuu.. ^..^

    BalasPadam
  13. ouhhh macam tu... tq.

    BalasPadam
  14. Wow! best2. btol jgak . somthing like wake-up call tue. :D

    BalasPadam
  15. mcm repost je bro?

    rasanya penah baca 100% sama

    BalasPadam
  16. bila Allah jauhkan kita dari seseorang or sesuatu, itu tandanya Dia nak lindungi dan pelihara kita, tanda sayang dan kasihNya pada kita.. bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita dan tak biarkan kita terus hanyut dgn cinta dunia yg fana, yg hanya bergelumang dengan dosa.

    BalasPadam
  17. Time sekolah dulu, ade sorang ustaz uh mang pandai ah aku kate , blajar mang da merate tempat,, pastu time ajar bab2 munakahat nih, satu jer ayat yg buat aku ase InshaAllah,,xnak kapel smpi skunk.
    "Nikah tuh niatnya karna Allah,, tujuan pon untuk bina keluarga muslim yg jage agama allah, saye kahwin dgn istri saye dulu pon xde pakai kapel2,,sebab saye nak stat kuarge tanpa hinakan ikatan yg suci nih . Kalo awal2 Allah da murka,,gone esok nak dapat berkah ."
    Gitu ah aku ase bunyi dan lafaz perkataan ustaz uh . dok ingak,,4thun lpas dah abeh sekolah menengah,, tapi part yg xnak hinakan uh yg aku pling ingat .

    BalasPadam
  18. But but Mr.K, macamana kalau kita je yang usaha untuk save the relationship tapi partner kita buat donno je? Haa ace bgtau sket.

    BalasPadam
  19. Setiap yg berlaku ada hikmah sebaliknya...b'sabar Lebih baik... =)

    BalasPadam
  20. Saya sdg mengalami masalah seperti dalam soalan.
    Bila buka blog ni, artikel yg pertama keluar adalah artikel ini.

    Adakah ini sign drNya? hahaha

    BalasPadam
  21. Apa pun masing2 kene pikir baik buruknya hubungan itu...perempuan jgn lah terlalu mendesak,enjoy your relationship can lebih sweets...

    yg lelaki pulak jgn buat bodo...take your time...bagi perempuan masa...nasihat baik2...x nak...ckp x nak...jgn mainkan perasaan dia...kuasa di tangan anda...cewah !wohaaa...strange but true...

    salam kenal...ahaks !

    BalasPadam
  22. easy come easy go...errr

    overthinking....urmmmm....kalo nk kawen bukan kena banyak pikir ker

    nk idop seumor idop kan bukn 2 3 hr

    huuuu

    tgk sy da ter'overthinking da

    ahakkksss~

    BalasPadam
  23. Girl kalo nk desak tak salah even kau malukn kaum (kalo trdesak la) sbb lelaki ni kdg2 malu lah itu lah nak amik masa la,nak bincang ngn mak bapak la..tp,kalo kau tau laki tu tak cukup duit,please jgn desak dye...kalo kau still desak mmg nak kena penyepak la..nnt merengek tak cukup makan

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.