Ahad, 12 Disember 2010

Bagaimana Kalau Psychopath dan Pembunuh Bersiri Adalah Ahli Keluarga Kita?

Assalamualaikum


Yo guys. Ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini which is People Around You. Di entry yang lepas, aku ada bertanyakan 3 soalan.

Soalan-soalan yang aku tanya tu, kadang-kadang di gunakan untuk menetukan samaada seseorang itu psychopath atau tidak. But, apa itu psychopath? Well, akan aku terangkannya nanti tetapi, anggaplah sesiapa yang cenderung kepada this personalty disorder, akan berpotensi menjadi pembunuh bersiri.  Berikut, adalah jawapan bagi soalan-soalan yang aku tanya,


Soalan 1

Seorang perempuan sedang menghadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Di majlis itu, hanya ada saudara mara yang terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki tu dah la hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Biasalah, girllssss *rolling eyes*. Tetapi, that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keeseokanya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?

Jawapannya :
Dia membunuh adiknya, kerana sebelum ni, dia nampak lelaki hensem tu di majlis pengbumian kakaknya dan yang datang itu adalah saudara mara terdekat. So, dia bunuh adiknya adalah semata-mata berharap untuk lelaki tu datang ke pengkebumian adiknya pula. Even kemungkinan itu adalah amat rendah.

Soalan 2

Anda sedang berdiri di balkoni luar rumah pangsa anda. Okay fine. Korang kan kaya, so, korang tengah berdiri di luar bilik Hotel JW Marriott anda yang tinggi dan mengadap ke luar. Anda padang ke bawah, anda nampak seorang lelaki sedang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then, lelaki yang membunuh tu pandang ke atas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuahan yang dia buat. Then lelaki tu membuat pergerakan/isyarat tangan. Apa pergerakan tangan (gesturing) yang dia buat?

Jawapannya:
Lelaki itu sedang memandang anda sambil tangannya membilang tingkat bilik anda.


Soalan 3


Anda di beri satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ni at any cost. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?
Jawapannya:
Tunggu orang tu keluar, dan kemudia membunuhnya dari depan.

Soalan 4

Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila. Macam amoi. Di sebabkan korang rasa yang ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu.

Jawapannya: 
Membunuhnya dengan cara paling susah dan paling lama untuk ia mati.




Sesiapa yang menjawab betul, tahniah. Anda berpotensi menjadi pembunuh bersiri.

Okay fine, soalan di atas tak memberi 100% sebab untuk anda di cop sebagai psychopath, tetapi, itulah pemilkiran orang-orang psychopath ni. Why? Sebab pemikiran mereka amat berbeza dengan pemikiran manusia biasa. Mereka akan bertindak dengan bijak dan pantas bila hendak membunuh. Kalau ikut kajian, dalam apa-apa hal, mereka akan cenderung untuk membunuh dengan cara yang paling best dan menarik untuk menyelesaikan masalah. Dengan kata lain, masalah akan hapus jika terhapusnya orang yang mendatangkan masalah itu. They love blood. They love to kill. But, they love to hear you scream, more.

So, apa itu psychopath?
Kalau dulu, aku tulis pasal pedophilia di kalangan kita which is seseorang yang tertarik dari segi seksual terharap kanak-kanak bawah umur. Dan kebanyakan pedophilia adalah tidak diketahui sehinggalah mereka di tangkap.  Dan, begitu jugalah dengan psychopath. Psychopath adalah sejenis personality disorder which is termasuk dalam masalah mental. Psychopath adalah sejenis mental problem yang boleh di kata amat susah nak di kesan di kalangan kita kerana mereka umapam monster yang berada di dalam manusia yang bermuka baik. Dan lebih-lebih lagi, mereka biasanya terdiri dari orang yang mempunya otak yang amat bijak.


Most of psychopath, akan ada masalah dengan diri samaada based dari masalah keluarga atau tekanan dalam hidup sejak lahir. Masa kecil, orang yang akan ada masalah mental ni, akan berasa seronok apabila mereka menyiksa binatang. So then, mereka akan terus menyiksa binatang tanpa rasa bersalah langsung. Tapi, lama kelamaan, mereka akan merasa bosan membunuh dan menyiksa binatang, so, mereka akan mula menyiksa manusia. Korang boleh tengok benda-benda macam ni dalam cerita Life (Jepun series), Dexter, The Loved Ones dan Criminal Mind.

Cuba lihat kawan anda di sebelah anda. Muka dia gila innocent. Pendiam. Tak kisah pun dengan apa yang orang kata tentang dia. Tapi, pernah tak ada terfikir yang dia adalah psychopath yang berpotensi menjadi serial killer?

Ciri-ciri psychopath yang mungkin akan jadi pembunuh bersiri.
  1. Hidup ceria, tetapi anti-sosial.
  2. Suka menipu dan memanipulasi
  3. Mempunyai otak yang amat bijak ketika berfikir untuk terus membunuh.
  4. Tak ada perasaan bersalah.
  5. Tak ada perasaan kasihan.
  6. Berasa puas selepas membunuh dan seksa binatang / manusia.
  7. Suka mendapat kuasa (Ala-ala gila kuasa)
  8. Sanggup buat apa je termasuk membunuh asalkan dapat apa yang dia nak.

Ted Bundy

 
Bagi sesiapa yang suka menonton cerita bunuh-bunuh, mesti kenal dengan Ted Bundy. Ted Bundy. A boy of psycopath serial killer, yang ada kakak dan ibu sebagai orang yang sama. Serta, atok dan ayah juga orang yang sama. Yea, dia adalah anak kepada kakanya, dan cucu kepada ayahnya. Sila berfikir macam mana benda itu berlaku. And, all of them stay dalam satu rumah pada masa tu.

Kalau Ted Bundy ni main Dota, dah boleh kata dia buat hampir 20 rampages dah. Atau dengan kata lain, dia dikatakan mungkin dah membunuh serta merogol sekurang-kurangnya 33 hingga 100 orang perempuan. So, 'pretty cool'. Aku tak pernah pun dapat rampage main dota.

Monster dalam badan orang-orang yang terdiri dari psychopath ni ada masa dia kecil lagi. For Ted Bundy, dia di katakan memculik dan membunuh budak perempuan berumur 8 tahun ketika dia berumur sekitar 14 tahun semasa menjadi menghantar surat khabar (paper boy). Then, sebelum tu, masa dia kecil, dia selalu torture binatang termasuk anjingnya sendiri, tak terkecuali binatang peliharaan orang rumah sebelah. Jenis torture adalah dengan mengerat-ngerat bahagian badan binatang seperti telinga, kulit dan kaki contohnya, tetapi tidak sampai ia mati. Which is amat menyiksakan. Oh, korang nak contoh? Dulu aku ada jumpa satu video ni. But then, sekarang bila ku cara balik, dah tak ada. Tapi korang boleh tengoknya di SINI. Link yang aku kasi tu adalah amat-amat ganas. Dan anda akan bencikan kat that bitch so much.

Ted ni, dia ada degree in law tapi, dia memulakan karier dan hobi membunuhnya dengan binatang, then di akhiri dengan membunuh orang ramai. Dia adalah manusia yang tak boleh memahami pertalian. Dia tak faham kenapa seseorang perlu berkawan dan menjalinkan hubungan. Dia tak tahu kenapa dia perlu bersosial. Then, bila dia rogol dan bunuh seseorang, dia lalukannya bukan dengan cara lembut. Dan korang sure tak nak tahu cara dia merogol seseorang.

Psychopath versi kanak-kanak.


Antara kes yang menyerupai psychopath yang lain adalah pasal budak yang bernama John Caudle yang berumur 14 tahun. John Caudle ni, dia bunuh ayah dan mak dia semata-mata dia tak nak pergi buang sampah etc. Dia mulakan dengan bunuh mak dia. Then selepas dia bunuh mak dia, dia lepak tengok TV sambil tunggu ayah dia balik. Bila ayah dia balik, dia bunuh ayah dia. Selepas bunuh, dia pergi main PC game. Mayat ayah dan mak dia atas lantai, dia tengah duduk main PC game (Dota maybe). Dia tak ada perasaan, dan tak ada rasa bersalah. Then, keesokannya dia pergi ke sekolah dengan wajah yang happy bak kata gurunya.

Banyangkan kalau korang ada adik macam ni. Adik suruh top up henpon. Korang pulak kedekut tak nak topup. Sure adik korang bunuh korang.

Well, what would you do, if, one of your family members, is a serial killer?

Mesti menarik kan.



Jumaat, 10 Disember 2010

Think : Orang Di Sekeliling Anda.

Assalamualaikum

Hello lads and gents sekalian. Selamat hari Jumaat yang indah. Semalam, sebelum aku nak tidur, aku teringat akan cerita-cerita favorite aku which is House, Nip/Tuck. Dan, dari situ ia mengingatkan aku kepada movie yang akan kau ceritakan nanti. And then, leads me to something... COOL!

So then, aku terfikir kan pasal entri ni.

BUT. But. Yeah. Daripada pada aku tulis benda-benda tu secara full, apa kata korang kasi chance untuk aku bermanja dengan korang.

Ya, ini adalah another entri yang membuatkan korang menggunakan otak secara lebih sikit untuk berfikir. Why? Sebab aku ada empat (4) soalan untuk anda sebelum aku post entri yang sebenar. Tak salahkan kalau kita buatkan ia nampak lebih menarik? ;)


Dan, again. YES. Wajib jawab. Jangan malas-malas nak fikir. Dan bagi yang dah tahu jawapannya, sila jangan bagi tahu the secret.

Soalan 1


Seorang perempuan sedang menhadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Di majlis itu, hanya ada saudara mara yang terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki tu dah la hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Biasalah, girllssss *rolling eyes*. Tetapi, that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keeseokanya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?

Soalan 2

Anda sedang berdiri di balkoni luar rumah pangsa anda. Okay fine. Korang kan kaya, so, korang tengah berdiri di luar bilik Hotel JW Marriott anda yang tinggi dan mengadap ke luar. Anda padang ke bawah, anda nampak seorang lelaki sedang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then, lelaki yang membunuh tu pandang ke atas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuahan yang dia buat. Then lelaki tu membuat pergerakan/isyarat tangan. Apa pergerakan tangan (gesturing) yang dia buat?

Soalan 3

Anda di beri satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ni at any cost. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?

Soalan 4

Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila. Macam amoi. Di sebabkan korang rasa yang ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu.

So, anyone?


Khamis, 9 Disember 2010

Diari Perempuan vs Diari Lelaki.

Assalamualaikum. Inspired by a friend of mine. 



Diari Perempuan.

Sabtu Malam.
Hari ni. I rasa Si Dia berperangai lain macam. Kalau dulu, setiap kali selepas pergi dating, Si Dia belikan I chocolate Ferrero Rondnoir. Tapi sekarang... Habis je dating. Si Dia buat derk. Adakah Si Dia dah pasang lain?

Kalau dulu. Malam-malam mesti dia akan SMS. "Selamat Malam Sayang" Tak pun nyanyikan lagu Faizal Tahir untuk I. Tapi sekarang, setiap kali I anak borak melalui telephone. Dia kata tak der kredit. I tahu dia tipu.

Hari ni, I cuba call dia. 33 kali I call. Tapi dia tak angkat pun. Tapi tak apa. I faham. Dia mungkin busy. I hantar 44 SMS pulak. Tapi satu pun dia tak balas. Tak apa lah. Mungkin tak ada kredit. But then, bila malam tadi, I call, I dapat waiting. Adakah dia tengah bergayut dengan perempuan lain? Adakah dia ada perempuan lain selain I? Benci!

I rasa, I sure yang dia dah ada perempuan lain. Heh. Dasar lelaki. Pantang jumpa perempuan hot sikit, terus lupakan yang lama. Fine. Kalau dia suka sangat kat perempuan tu, lepaskan I dan pergi je lah kat perempuan tu. I boleh lupakan dia. Tak ada hal langsung! ;(

Ahad Malam.
I rindu dia. I rindukan cara dia perlahankan suara bila bermanja dengan I. I rindukan gelakkan dia. I sedih. Kenapa dia mesti sukakan perempuan lain. I tak rasa I boleh lupakan dia.. :(

Benci! Benci! Benci!



Diari Lelaki.

Sabtu Malam.
Asal main Dota je, kalah. SHIT!

Ahad Malam.
Apa ni Chelsea?? Dengan Manchester Ushitnited pun boleh kalah?


****************



Well, girlsss *Rolling eyes*. Always with their eww-ewww-love things.

Ewwww. ;)



Conclusion Entri Hari Ini : Hukum Sebenar Bercouple.

Assalamualaikum


Hai. Ini adalah sambungan dari entri Couple Itu Haram? dan Kalau Couple itu Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram? Dalam entri-entri yang aku tulis ni, bertunang yang aku maksudkan adalah bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.

Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap pasal entri sebelum ni adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.


Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perpuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Tapi, aku bukan nak kata atau apa. Aku selalu keluar dengan girls yang.... urm.. kawan. Kadang-kadang, dengan yang kenal di internet. Dan kadang-kadang yang kenal dari blog dan kadang-kadang yang kenal sejak sekolah rendah. But, aku tak pernah keluar berdua. Even bercouple pun, aku tak pernah pegang tangan. Tak pernah fikir nak buat seks-seks dan sebagainya. Aku geli bila perempuan buat suara manja sebab ia menampakkan gedik. So, apa yang menjadikannya couple itu haram?

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan dan bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi. Info penuh dari sini (Leokid + SaifuIslam). Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.

Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

 Atau korang boleh lihat semuanya di gambar di bawah.


Aku dah tahu pasal hukum ni sebelum aku tulis entri sebelum ni lagi. Tapi, aku rasa best juga kalau aku boleh bermanja-manja dengan anda semua. Dan, nak tak nak, aku perlu tulis isu ni secara berperingkat-peringkat. Sebab itu lah dalam hari ni, ada 3 entries sekali gus. Aku nak korang faham apa yang aku nak sampaikan. Setakat ini, tak ada fatwa yang mengatakan bercouple dan bertunang dengan cara zaman sekarang adalah haram. Apa yang jelas haram adalah apa yang anda buat ketika couple dan bertunang sebab hanya nikah adalah ikatan yang sah secara mutlak.


Video Ustaz Jamnul Azhar Bercakap tentang cara dia bercinta.

Aku pernah pergi satu forum cinta dan hubungan yang Islamic. Dan, ketika soal jawab, ada student bertanya kepada ustazah tentang perihal couple. And the real things is, ustazah memberitahu yang dia bercouple lebih kurang setahun dengan seorang lecturer (Ustaz juga kalau tak silap aku), tetapi dia tak pernah keluar berdua dan buat benda budak-budak ni. Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Have a nice day. ;)



Kalau Couple Itu Haram, Kenapa Bertunang (Style Zaman Sekarang) Tak Haram?

Assalamualaikum



Ya, ini adalah entri susulan pertama selepas entri Couple Itu Haram?

Terima kasih bagi yang sudi reply soalan aku di entri yang sebelum ini samaada reply nya di ruangan comments, Email, chat-chat dan YM. Aku tanya selepas subuh, tapi tengah hari dah banyak feedback yang aku terima even tak sampai 50. Well tak kisah pun sebab kita semua tahu jawapannya hanyalah sama which is, "Couple itu haram kerana menghampiri zina."

But, aku adalah seorang budak yang amat jahil dalam segi agama dan berharap akan ada isteri yang pandai agama, alim dan cun serta cute yang akan kasi motivate kat aku untuk belajar banyak pasal agama.

But then, memandangkan aku ni amat sucks dalam pelajaran dan agama, so aku terfikir;

Kenapa couple itu haram, tetapi bertunang itu tak haram?

Ada sesiapa pernah terbaca buku, majalah atau website islamic pasal isu ni?

Ya, anda berkata.


"Masa tengah couple, pengang tangan. Pengan tangan itu haram."
"Masa tengah couple, kadang-kadang, terfikir benda-benda yang tak senonoh. So ianya adalah zina hati. Which is haram."
"Masa tengah couple, buat seks. Haram."
"Masa tengah couple, keluar berdua-duaan. Haram"
"Masa tengah couple, bergayut hingga ke malam. Haram""Masa tengah couple, peluk-peluk. Haram."

Ya, yang di atas adalah apa yang di sebut tentang couple. Tapi bagaimana dengan bertunang?

Masa dah bertunang, pegang tangan. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, terfikir nak buat seks dengan tunang. Siap nak terfikir macam mana nak test malam pertama lagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, start buat seks dengan alasan "Alaa, nanti kita kahwin jugak kan? So tak salah kalau kita cepatkan malam pertama". Tak ke haram?
Masa dah bertunang, peluk-peluk. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, bergayut sampai ke pagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, keluar berdua-duaan hingga lewat malam sebab dah dapat title 'tunang'. Tak ke haram?

So, kenapa bertunang tu tak haram bila dah peluk, buat seks, kiss-kiss dan etc, tetapi bercouple adalah haram bila peluk-peluk, buat seks, kiss-kiss dan ect? "Korang mark bercouple sebagai haram bila peluk-peluk etc. Tapi korang tak mark bertunang (style zaman sekarang) sebagai haram bila peluk-peluk etc?" This is what i wanna to tell you but tak ramai yang faham.

Lagi pun, bukan ke kalau bertunang tu makin menhampiri zina? Ye lah. Mak tanya, "Nak pergi mana tu?" Then korang jawab. "Nak keluar makan-makan dengan tunang.". Then si emak pun tersenyum bahagia. Iye lah. Keluar dengan tunang, confirm-confirm keluar berdua. Balik lemat malam tak apa. Sebab dah ada 'ikatan'. Kalau diikutkan, dalam bertunang, memang lagi menghampiri zina berbanding couple.


Berpandukan tulisan di atas, aku nak tanya satu soalan. Kalau anda pernah terbaca pasal isu ni di majalah, buku atau dengar dari ustaz dan tahu jawapannya, sila lah tulis di ruangan comment atau email je kat aku. Dan, kalau korang nak maki-maki pun, aku tak kisah, tapi silalah kasi hujah dan bukan pedapat kosong.

So pretty boys dan handsome girls sekalian. Soalannya;

Bertunang (Style zaman sekarang) adalah lebih menghampiri zina berbanding couple. Tapi kenapa bertunang (style zaman sekarang) tidak tergolong dalam golongan haram kerana menghampiri zina?

Anyone?

Think ;)

The LATEST UPDATE. Click HERE.



Couple Itu Haram?

Assalamualaikum


Aku mendapat banyak soalan-soalan di formspring aku yang bertanyakan pasal halal-haram couple-couple ni.

Dan, aku juga mendapat banyak feedback dari viewer lain yang kata couple ni adalah haram. So, aku nak tanya soalan kepada anda.

Kenapa anda kata couple itu haram?

Anyone?

Latest UPDATE. Click HERE



Isnin, 6 Disember 2010

Soalan- Soalan Menarik Di Formspring.

Assalamualaikum


Yo. Uh, dah hampir 3 hari aku tak update. Bukan apa. Agak malas dan terlampau banyak tidur dan main Dota sebenarnya. Sampai blog pun tersadai.

Btw, aku ada dapat banyak soalan-soalan yang sama di formspring yang di tanya oleh view-viewer comel yang view blog aku. Dan, memandangkan formspring tak ada fungsi untuk search, so, aku letak lah kat sini the most interesting and most asked question yang di tanya di formspring.

Betul ke maksud open relationship yang dalam note di Facebook tu?

Ni yang aku ambil di Facebook.
Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia


An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.


yang bermaksud


"Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi."


Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.


Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Ayat yang merah tu amat-amat salah. Open Relationship dari adalah lebih kepada skandal-skandal. Tak ada isu nak buat seks dengan sesiapa sahaja.



Open relationship secara formal maksudnya kau serious dengan seseorang, tetapi, korang berdua bercouple dengan cara matang dan ada kepercayaan yang amat tinggi antara satu sama lain.

For example, boyfriend kau tu jauh gila. Dan kau rasa amat kesunyian. So, kau bagi tahu boyfriend kau yang nak nak pergi date dengan lelaki yang kau baru kenal. Then, boyfriend kau benarkan dengan rela. Di mana boyfriend kau pun pergi date dengan perempuan lain.

But, its just a date. Just tengok movie and makan-makan hilangkan bosan. Tak adanya nak buat seks dengan semua orang. Gila apa kau buat seks dengan semua orang then tulis kat facebook.

Korang mungkina kan tanya

"Abis tu, dah kat wiki tulis macam tu. Nak buat macam mana?"
Kat wiki tulis macam tu sebab tu adalah based on dunia barat. Kat barat, jumpa skali, then si lelaki selamatkan si perempuan dari jatuh tangga je, terus boleh masuk bilik. Kat Malaysia or negara timur, kau selamatkan perempuan dari ambang maut pun belum tentu dia nak keluar dengan korang. Dengan kata lain, kat negara barat, asal kau couple je, mesti dah boleh masuk bilik. Ianya berbeza dengan di Malaysia.


Kalau Open Relationship bermaksud buat seks dengan semua orang, habis tu Closed Relastionship bermaksud buat seks dengan orang sama? So, pembuat article di atas nak kata sesiapa yang buat Closed Relatioship di Facebook bermaksud dia buat seks dengan kekasih dia?

Aku bukan nak galakkan couple-couple ni. Cuma aku nak sangkal kenyataann rekaan yang di buat oleh penulis article tu.

Kenapa banyak hotel dan bangunan di seluruh dunia yang tak ada tingkat 13?

Sebab bagi dieorang, nombor 13 adalah nombor sial. Apa-apa bagunan di luar negara yang tertulis no 13, sure tak akan laku. So, bagi atasi masalah ni, dieorang tukarkan no 13 tu kepada huruf, nama tingkat dan sebagainya. Contohnya, dalam lif, button diaorang tulis, 10, 11, 12, Shopping level, 14, 15. Atau pun 10, 11, 12, 12a, 14, 15. Atau pun they simply skip the number macam 10, 11, 12, 14, 15. Kadang-kadang, ada yang tukar ke store level.

Website paling best untuk download movie dan subtitle.


Download movie kat Katz.cd. Then selepas search, dari banyak-banyak list tu, cari yang ada link Hotfile. Hotfile adalah simple dan laju bila download berbanding Rapidshare dan etc. Lain-lain file host yang best adalah MegaUpload dan Mediafire.

Untuk subtitle, just google nama movie dan letak perkataan subtitle. Contohnya, google "movie Red 2010 subtitle" Dan lagi elok kalau boleh sertakan uploader movie tu sekali contohnya "Movie Red 2010 subtitle Larceny."

Dan, kalau subtitle tak selari dengan suara / babak, boleh synchronize guna Gom player. Tak pun, download je subtitle kat website lalin.

Macam mana nak guna kan torrent?
First, download uTorrent di SINI. Then selepas install, buka Isohunt.com atau Piratebay.org. Search movie yang korang nak then cari movie yang paling banyak S (Seed) dan L (Leech). Then klik download torrent. Kalau boleh, download yang banyak orang komen dan 'Like'. Dan untuk kualiti best, download yang tulis DVDrip atau BDRip dan bukannya DVDSCR ataupun TS.

Torrent best bagi aku walaupun rate download dia tak tentu dan slow. Sebab most of the time, dia tak gangu aku surfing tenet. Then, sedar-sedar, movie dah siap download.


Contoh awek comel, cantik, ayu, manis dan lawa.



Benda ni tak tetap based on mata seseorang. Tapi bagi aku;

Comel - Lisa Surihani
Cantik - Fasha Sandha dan Fazura
Ayu - Elly Tran Ha
Manis - Farah Fauzana
Lawa - Hurm. Nur Fathia agak lawa. Yang pelakon dalam Hani kat Tv3 slot lestary.


Ape pendapat ko pasal hacker malaysia yg berjaya hack bank kat US?? Aku duduk US. Aku dgn bangganya cite mende ni kat kawan korea aku. Patut ke tak perbuatan aku ni?

Patut. Itu maksudnya Malaysia tak ketinggalan dari segi teknologi hacking. Ianya tak bermaksud hack je, benda jahat. Ada dua jenis hacker yang aku pernah dengar which is White dan Black Hat. White Hat tu jenis hacker yang pecah masuk server sesebuah tempat just untuk uji kemampuan sendiri tanpa buat kucar lanar. Dan yang Black Hat pula adalah hacker yang jahat yang nak curi, dan rosakkan termasuk memasukkan virus ke root sesebuah website etc.

Ada satu cerita pasal kawan dulu, dia pernah hack bank dunia (or other country). Just macam 'walking-walking'. Then kantoi. Walaupun tak curi atau ubah apa-apa, dia still kena tangkap then masuk penjara. But the best partnya, pihak bank tu cancelkan dakwaan dan tarik budak tu jadi pekerja untuk jaga server bank tu. Gaji memang $$$$$$$$.

Kamu wat camne ye post mp3 Player dalam entry dan kat atas post? Pernah post, tapi that song tak play, and buffering dia sangat lama, so how's?


Tumblr. Aku suka baca tumblr. So aku try berjinak-jinak dengan tumblr. But then, ianya tak menjadi sebab entah lah. But, ada satu function kat tumblr yang best with is kau boleh upload audio. Upload laju dan play pun laju. Player pun simple. So, i liked that.

Trick dia, upload a song. Then bila siap, view tumblr.kau punya page. Then kanan click -> View page source -> tekan Ctrl+F, search for 'swf''.  Kau akan nampak 1 line panjang. Kat line tu cari code embed <embed> Dan di akhiri dengan </embed> copy dan paste letak di blog. Thats the code.

Pendidikan seks kepada pelajar tahun; Perlu ke? Just because social problems makin menjadi-jadi kat Malaysia? Or aren't we suppose to improve dieorang pny pengetahuan agama instead give too early exposure towards sex? What's your view bout this Mr K? -7-

Pendidikan seks di sekolah, bukannya bermaksud cara-cara untuk melakukan foreplay dan kemudiannya memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan.

Pendidikan seks adalah pasal diri seseorang. Pasal private part. Pasal tenpat-tempat yang orang lain tak boleh sentuh.

Budak-budak yang baru masuk sekolah, bila ada orang raba or etc, budak-budak tu tak tahu yang dia sedang di ganggu secara seksual. Orang tak kenal datang bagi gula-gula dengan syarat dia boleh pegang part-part tertentu budak tu, budak tu bukannya tahu apa-apa. so dia bagi je la. Kat situ dah terjadi ganguan seksual dan mungkin lebih which is rogol.

Pendidikan seks seawal darjah satu hanya takat part kemaluan masing-budak. Bila dah masuk ke umur pra remaja atau remaja, pendididkan seks yang di beri adalah tentang penyakit HIV dan bahaya seks. Mostly, diaorang di ajar perihal kondom dan etc.

TAK ADANYA CIKGU DUDUK DEPAN KELAS DAN TUNJUKKAN CARA-CARA UNTUK BUAT SEKS....Kalau ada gak cikgu tu ajar cara-cara nak buat seks, sure satu kelas tu mengandung.

Isu pendidikan seks ni dah di politikkan. Sebab itu lah info yang sebenar tak sampai.

So, kalau korang ada apa-apa, sila lah tanya lagi. Kalau aku tau dan dapat google. Aku jawab. 



Ahad, 5 Disember 2010

Kenapa Perempuan Ramai Kena Rasuk / Kacau Hantu dan Makhluk Halus.

Assalamualaikum



Hai. Eh, OI SILA JANGAN BACA SAMBIL LETAK TANGAN TUTUP GAMBAR YE.

Jeng, jeng jeng.

Well, hari tu, ada orang tanya aku,

"Tak nak buat entri pasal hantu ke?"

Actually, aku memang nak buat pun. Tetapi isu hantu terlampau general dan nak cari idea teramat payah. But then, semalam sebelum aku tidur, aku terfikirkan beberapa perkara pasal hantu. Aku bet korang kalau sebut je hantu, korang mesti takut. Biasalah, perempuan. Semua benda nak takut. Padahal bukan ada apa pun. Ehem..


Aku sebenarnya, tak pernah pun terjumpa dengan hantu. Tak tahu lah kot-kot hantu tu takut jumpa aku atau dia tau kalau dia jumpa je aku, mesti aku takut lari tak ingat dunia. But the real is, aku tak pernah jumpa hantu yang betul-betul yang real punya. Balik-balik, nampak kelibat. Balik-balik nampak kelibat. Semuanya kelibat tak ada pun jumpa hantu yang dok merenung aku. Atau bak kata orang putih, ada eyes contact.

Aku malas lah nak bercakap pasal hantu ni wujud atau tak. Sebab itu adalah kepercayaan masing-masing dan sains tak dapat buktikan memandagkan benda ghaib ni adalah waaayyyy out of kemampuan sains. But, today, Abang K nak cerita sikit perihal hantu.

Hantu di UniKL MICET.


Here is the thing. Micet punya tempat adalah di Bandar Vendor, Melaka. Ya, nama je bandar but the real is, its soooooooooo hutan. Banyak kisah hantu-hantu di UniKl Micet ni sebenarnya. Mostly yang berpengalaman bab di kacau ni adalah yang duduk hostel dan yang nak lepak hostel. Antara kes yang paling famous adalah bab ada benda ketuk pintu bilik student perempuan dengan kuat pada sekitar pukul 2-3 pagi. Dan bilik yang di ketuk tu mesti mengadap hutan dan bukit. Again, ini adalah tak sure sebab tak nampak face to face. So, lets take it as ada orang mengacau.

Begitu jugalah dengan student luar yang ulang alik dari hostel dan rumah sewa di tengah-tengah malam. Biasanya, kalau nak kena buat assignment, kena lah balik dalam pukul 2-3 pagi kadang-kadang. Dan, laluannya adalah amat gelap. Dan, kebanyakkan kes yang berlaku adalah nampak hantu di sebuah bangunan kedai yang yang siap di antara Micet dan jalan keluar. Dan again, it just another kelibat with red eyes. Maybe drug-lover atau self doctor I don't know and I don't care.


But, walau apa pun kes hantu dan makhluk halus di perkatakan, tak ada satu pun yang nampak face to face yang macam kat dalam movie, wayang dan apa-apalah cerita bersiri bajet misteri. Kat dunia sebenar, semuanya just kelibat kan?.

Dan, dari semua-semua kes, pernah tak anda terfikir kenapa perempuan adalah golongan yang paling banyak kena rasuk hantu? Sikit-sikit perempuan kena rasuk. Sikit-sikit perempuan yang hysteria. So, kenapa perempuan histeria?

Perempuan dan rasukan.



Berpandukan kepada hantu-hantu dan makhluk unknown yang selalu kacau awek-awek comel Micet dan gadis-gadis di seluruh Malaysia. Pernah tak anda terfikir kenapa ramai pelajar perempuan yang di rasuk hantu? Kenapa bukan pelajar lelaki? Kenapa bukan bapuk? Adakah sebab lelaki dan bapuk kuat semangat? Dan perempuan pulak tak kuat semangat dan lembik serta gedik? Ya! Itu betul. Tapi ada sebab lain which is, you girls being naked.

No, im not joking. Aku pernah baca majalah Solusi. Antara sebab pelajar perempuan di rasuk adalah di sebabkan ada certain hantu dan jin yang dah jatuh cinta dengan gadis-gadis comel yang berbogel samaada di dalam tandas ketika mandi atau masa lepak-lepak dalam bilik sorang-sorang. Korang pun tahu kan yang tandas adalah tempat kotor dan benda-benda ghaib ni suka lepak kat tandas. Pulak tu, datang pulak korang si perempuan buang pampers merata-rata. Then, masa mandi, mandi bogel. Tak pun, masa mandi tu, nyanyi-nyayi. Tak pun, main sabun dan main air berkelajuan tinggi. Hantu-hantu yang melihat pun tertarik dan jatuh cinta dengan anda. Again, Im not joking. Ianya telah di perkatakan oleh seorang ustaz juga dalam majalah solusi yang masa itu ustaz tu sedang merawat seorang gadis yang di rasuk. Dan tajuk article tu kalau tak silap aku 'Cinta Jin' atau apa-apa je lah aku dah tak ingat.

So, gadis-gadis comel Malaysia yang umpama Amoi sekalian. Kalau nak mandi malam-malam tu, tengok-tengok lah sikit kat atas tu. Mana la tau kot-kot ada kepala tanpa badan yang mengintai. Tapi, kalau takut sangat tapi still nak mandi gak, cari lah seseorang yang berani, baik dan boleh di percayai untuk temankan anda mandi skali.

Abang K, misalnya.



Jumaat, 3 Disember 2010

How to : Make A Really Good Blog Entry / Post.

Assalamualaikum

 [The Typewriter - Elf]

Hello gedik lads and gents. Anda semua sihat? Apa? Tidak sihat? So? Who cares? You are infront of your wood PC, online, facebooking and streaming Maria Ozawa latest vids then you are sihat enough to read my blog.

Today, Abang K bermurah hati untuk membuat tutorial khas untuk anda, anda, anda dan anda semua. Sebab apa? Sebab abang mendapat soalan yang seperti ini;

Macam mana nak buat template blog best?
Macam mana nak jadi blogger famous?

And... I cant answer that questions memandangkan aku tak ada jawapan untuk soalan tersebut. And if you are looking for a good blog layout, feel free to stick your self on Obefiend. And if you wanna be a famous blogger, find McNamara dan Christian Troy and ask them for facial surgery. Make sure your face looks like the cute-cute Elly Tran Ha afterward. THEN, HEAVEN YES, YOU ARE GONNA BE A FAMOUS BLOGGER since you got a cute face and big assets.

But, if you are looking for a good way to write the blog entries. Then maybe I can help you with my so-and-so blogging style. Apa yang aku nak tulis ni adalah benda yang tak tetap dan berubah based on situasi dan topik serta jenis blog dan post.

First,

1. GO GET A REALLY GOOD TAJUK.
Andai kata blog korang masih baru and yang view ada beberapa kerat je. Korang wajib tulis tajuk yang eyes catching gila.... tapi kalau dah blog korang gempak macam blog Hamis Zalikha, tulis apa-apa pun mesti orang tengok dan baca.

Dan, kalau blog korang tak femes dan ramai pengunjung macam blog aku ni YA blog aku tak femes sebab tu lah tak tersenarai kat Blog Pilihan Malaysia (BPM) okay fine tak kisah pun tak kisah pun. Blog tak femes nak buat macam mana. Dah la blog tak femes, penulis dia pulak walaupun baik hati tetapi tak hensem ye la dah tak hensem nak buat macam mana sebab tu lah tak tersenarai dalam BPM OKAY FINE KITA BERBALIK KEPADA TAJUK.

 [Sad - Virus]

Dalam sesebuah entri, tajuk adalah paling penting BUT. Yeah, but, kalau korang buat tajuk yang terlampau gempak, tetapi the real post is a rubbish, then selepas itu, viewer korang mungkin dah tak nak view dah blog korang. 

Contohnya, korang tulis taju entri yang berunsur seks. Biasalah, semua suka benda-benda berunsur lucah kan. Lelaki dan perempuan sama je. Dan contoh tajuk korang adalah "Cara-cara nak buat seks tanpa perlu kahwin dengan Boyfriend(s) anda". Adakah tajuk tu ayes cathcing gila? HEAVEN YES. Awek-awek nampak tajuk entri korang di someowhere, terus kelik. Sambil berharap that there is a damn way to make love without nikah. Then bila dia buka... Terus down sebab entri korang tulis tu tak menepati kehendak tajuk langsung. Then guess what, your viewer dah tak nak baca dah blog korang sebab blog korang tak menepati cita rasa. Dah la tak menepati cita rasa. Blog pulak tak tersenarai dalam BPM. 

2. GO GET A REALLY LONG ENOUGH INTRO.
Introduction is a very-very important part. Why? Because its an introduction! Macam korang lah. Korang baca buku. Start-start je, korang baca pasal mamat tu gaduh dengan minah ni. Sure tak feel. Tak pun, bagi korang yang dah kahwin, masa malam jumaat tu, mesti buat intro (foreplay) dulu kan sebelum nak mengawan dengan bini kan? Cuba kalau masa make love tu korang tak buat intro. Datang-datang terus... erm. Oh God, I cant find a really 'soft word' for it. Never mind. Just... just tahu yang intro tu penting.

Actually, agak susah nak buat intro. Aku tau memang susah nak buat intro sebab aku pun ada masalah gak nak buat into. Tak akan setiap kali aku post, aku nak tulis "Hai edik girls and pretty boys sekalian" kan? So, bagi aku, kalau nak tulis pasal real thing ni, korang boleh tulis intro based on apa yang korang buat masa dapat idea tulis blog tu. Contohnya, "Masa aku tengah usha blog-blog awek comel tadi, aku terperasan something. Aku terperasan ada satu awek comel perh, gila comel doe. Selepas tu aku...." Then korang sambung lah. Senang kan? Ni tak, masuk-masuk, terus.... erm masuk.

3. GO GET SOME SOUL
Ya. Go get some feeling. We are all in the silent world. Dunia maya. Dunia tanpa bunyi. Dunia tanpa suara. So, go get some soul and feeling. And HOW THE HELL ARE WE GONNA GET THE SOUL INTO THE POST?

MACAM SEKARANG LAH. AKU TULIS ALL CAPS MESTI NAMPAK MACAM BERSEMANGAT WAJA KAN PADAHAL AKU TENGAH DENGAR LAGU CHIQUITITAS "TILIN TILIN TILIN TILIN TILIN". And, ada lagi cara. Korang boleh lepak kat blog mana-mana untuk belajar macam mana nak memasukkan soul dan feeling ke dalam post / entri korang. Its all about tanda soal, caps, tanda baca dan sebagainya. But aku tak rekemen letak tanda baca banyak-banyak. Nanti serabai.

4. GO GET SOME REALLY LOVELY PICTURES

[Eat me - Unknown]

This one, hanyalah optional. Tak nak buat pun tak apa. Tapi, tak ke korang rasa bosan bila tengok blog korang penuh dengan tulisan je? As for me, ya, aku bosan nak-nak kalau entri tu panjang berjela. Kalau korang tak bosan, korang pergi lah tulis diari and baca balik. 

And, this is the reason kenapa Tumblr makin hari makin famous. Sebab tumblr simple dan mostly ada gambar. Because a picture tells everything. Tumblr tak membuang masa dengan benda-benda crapping macam ni. Tumblr lagi simple. Asal letak gambar je dah cukup.

Dan, tahu kan korang kalau korang tulis entri panjang berjela, some of viewer akan skipped beberapa perenggan? Then, tahu apa fungsi gambar? Fungsi gambar ini lah yang akan menarik skip-skipper tersebut untuk baca. Aku tak reti lah nak terang macam mana. Tapi senang citer, asal ada gambar je, seseorang akan cenderung untuk baca perenggan baru yang selepas gambar tu. So, pastikan anda letakkan gambar di perenggan-perenggan tertentu. Baru lah menarik skipper tu back to track balik. Apa guna berjuta-juta lemon viewer kalau tak ada yang baca entri kan?

5. GO HELL AND FIND SOME PARAGRAPH AND SPACING.
Please please please, if korang tak nak letak the gambar pun. Sila lah buat perenggan. Perenggan bukan saja buat blog korang cantik.

Dan sila lah jaga spacing anda. Kalau spacing silap dalam 2, 3 tak apa. Tapi kalau dah sampai 5 spacing silap, memang kalau baca je rasa macam nak scroll down banyak-banyak

6. GO GET SOME BALLS

[Men - PhotoClub]
Oh pLeasE lAh jAnGaN TuLis mAcaM nI. Or apew-apew macawm niew. Walaupuwn bunynyaw macawm cedap thethapi ianyew adalawh tak cedap. If youw are a gulz and mukaw cutew macam Ida, then its okay. But if you are lelaki. Then please. Im begging you, please. Just... don't. DON'T!.

7. GO GET YOUR POINTS ARRANGED WELL.
Susun isi entri / post korang elok-elok. Kalau entri korang ada 6 perenggan, jangan masukkan semua isi dalam 4 perenggan pertama. Ya, mostly, even aku pun kadang-kadang, kalau ada 6 perenggan entri tu, 4 perenggan teratas aku akan masukkan semua isi dan 2 perenggan terakhir, aku akan bebel (nasihat) pasal benda yang serupa tetapi pasal isu berlainan. It is so worng. Why? Apa salahnya? Tak salah. Tetapi, apa point-point penting korang dah tulis tu akan di kaburi dengan penutup korang (dan aku) yang sucks. Benda yang terakhir, adalah benda yang paling banyak orang ingat dan komen about it.

8. GO GET YOUR BEST SHOT ON CLOSING
Bagi korang yang suka viewer / audiences komen blog anda, sila lah buat penutup yang gempak Penutup bagi entri anda, sila lah jangan meleret-leret. Why? Sebab kalau meleret-leret, viewer tak akan ada minat nak komen and mostly, akan skipped perenggan akhir. Dan sebab lagi satu, segala isi penting yang korang dah nyatakan, akan di blurrrrrkan oleh penutup korang yang meleret-leret.

 [Never Forget - Autumn]

Dan yang paling penting adalah ayat terakhir di pharagraph terakhir. For example, korang boleh tengok ending post aku yang ini. Tengok ayat terakhir di penutup entri aku tu. I leave it with tanda soal kan? Dan ianya di akhiri dengan cukup okay. Serta, kalau boleh, always leave it dengan tanda soal. Because that is the only interaction between you and your readers. Or, kalau tak nak tanda soal sebab susah, always akhiri dengan something yang macam bila orang orang baca orang tu akan macam "What?!" atau "Hahaha" atau apa-apa je lah. Sebab aku perasan, ke-excite-tan memebaca entri hanya berada di pertengahan post dan bila sampai di penghujung post, ke-excite-tan tu dah tak ada di sebabkan post yang berjela. SEMAKIN PENDEK PENUTUP, SEMAKIN BAGUS.

Why? Sebab nanti ia akan membuatkan seolah-olah entri korang kelarian hala tuju. Dan secara tak langsung, ia juga akan menghilangkan ke-excite-tan membaca. Ianya macam, korang baca something. Mula-bula biasa je. Then at the pertengahan entry, korang rasa exited pasal sesuatu benda tu. But then, bila ending, excited tu dah hilang. Kan best kalau kita boleh kekalkan ke excited tan itu di akhir post kita, kan? YA JANGAN SPOIL THE EXCITEMENT.

9. DON'T BLURRR THE POINTS BY YOUR I-DONT-WANT-TO-KNOW THINGS.
Apa yang aku maksudkan di sini adalah foot note ataupun p/s. I don't know what the hell is P/S atau P.S. Ah tak apa kita anggap je lah yang ianya bermasud Pesanan. P/s = Pesanan. Memang molek sangat dah tu. So, kalau korang perasan, kadang-kadang aku memang ada letak Pesanan di entri aku. And guess what. IT IS SOOO WRONG. Especially bila korang tulis pesanan yang tak berkaitan dengan entri. 

So, don't waste your post with the boring P.S. Tulis PS kalau korang rasa isi korang dah cukup baik atau kalau ianya amat-amat ada kena mengena dengan etri. Sebab, kalau tak, ianya akan membuatkan entri anda seolah-olah lari dari tajuk dan lari dari excitement.

Lagi pun, dah la post lari dari tajuk, entri lak membosankan. Dah la entri membosankan, blog pulak tak best. Dah la blog tak best, tak tertersenarai dalam BPM pulak tu.



Rabu, 1 Disember 2010

Perihal Soalan-soalan Di Formspring

Assalamualaikum


Yo guys. Sorry sebab dah lama tak update. Actually entri ni pun adalah 'entri segera' yang aku buat straight to the point dan siap hanya dalam beberapa minit. Sebabnya, aku tengah malas dan tak ada masa untuk menulis entri yang best-best termasuk tak ada idea. So, kalau sesiapa yang ada idea yang nak kasi kat aku, sila-sila lah email atau contact lah aku. Aku mungkin akan tulis entri yang anda request itu kalau ada isi dan idea.

But now, even aku malas nak buat entri baru, aku tetap akan menjawab soalan-soalan di formspring. But hey, there are certain soalan yang aku kadang-kadang kalau nampak je, aku akan ambil masa yang lama untuk berfikir samaada nak jawab atau tidak. Berikut adalah key untuk tanya soalan di formspring aku agar formspring aku bersih dari soalan-soalan yang pelik pelik.

Ini bukan entri marah atau pun yang sedang emo-emo. Ini adalah entri memberi tahu. -,-


1. Jangan tanya soalan yang anda tak nak tahu jawapannya.

Ada certain soalan dari orang tertentu, amat suka bertanya soalan sama setiap hari seperti;

"Hari ini makan apa?"
"Hari ni tengok tv berapa?"
"Hari ni berapa kali pergi ke tandas?"
"Bil elektrik saiznya berapa panjang?"
"Tv jenama apa?"

That types of soalan, kalau di tanya sekali sekala memang best. Tapi dah kalau sehari dah beberapa kali aku dapat soalan macam tu, mengeluh lah juga. Aku tak kisah nak jawab. Tapi, apa pointnya? Soalan macam ni langsung tidak membina. Viewer lain yang nampak that kind of soalan pun mesti tak berminat nak baca jawapan kan. Dan anda yang bertanya, adakah anda betul-betul nak tahu jawapannya atau anda saja ask for fun?

Jangan tanya soalan yang korang tanya kat semua orang.


Aku agak tak suka untuk menjawab soalan yang seperti

"Korang rasa patut tak aku beli tuala wanita jenis bla bla tak?"
"Korang rasa hari ni aku patut tengok TV tak?"
"Korang rasa, hari ni hari bertuah aku tak?"

Who cares about your TV... =,=. But, keyword dia di sini adalah 'Korang', bila si petanya gunakan 'Korang', bermaksud dia bertanyakan ke semua orang yang dia follow, which is, bila aku memberi jawapan berbentuk soalan, soalan itu memang dia tidak jawab balik. So, kalau aku bersemangat gila lah jawab soalan, tapi si penanya sikit pun tak kisah dengan jawapan aku, then apa point aku jawab soalan? HOMAI GOD YEAH, no point. Thats why korang akan nampak certain soalan yang aku jawab dengan lebih kurang sebab terlampau penat dengan soalan-soalan yang sama.... Maybe aku patut buat "Frequently Asked Question (FAQ) on my Formspring."

Jangan tanya pasal pelajaran.
It says all. So, dont ask.

Jangan tanya soalan yang terlampau general


Soalan jenis general adalah soalan yang aku paling takut nak jawab sebab ianya adalah terlampau banyak 'pemboleh ubah'. Soalan yang general adalah seperti;

"Saya rasa, saya suka dia lah. Patut ke saya lupakan BF saya demi dia?"
"Macam mana nak buat blog?"
"Macam mana nak guna Nuffnang?"
"Adik aku ada boyfriend, apa yang patut aku buat?"
"Kenapa software BitDefender tak berfungsi?"
"Kenapa boyfriend aku suka tipu aku?"

Jenis-jenis soalan di atas adalah terlamapau am. Aku tak kenal si penanya. Aku tak kenal subjek dan objek yang dia maksud kan lebih-lebih lagi boyfriend dia. Dah, aku lagi lah tak tahu macam mana perangai BF/GF serta perangai si penanya. So, dengan variables tertantu yang aku tak ada, aku tak boleh simply bagi jawapan. But mostly, orang yang betul-betul nak tahu jawapannya, akan emailkan aku atau mereka kan add aku di YM.

Jangan spam.
Sila jangan banjir kan soalan-soalan anda di formspring aku. Skali aku buka, akan nampak soalan-soalan yang.... general dalam 20 in a row soalan dari orang yang sama which is quite 'turned' me off untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan soalan lain. And kadang-kadang, bila someone tu tanya soalan banyak-banyak skali gus, aku rasa takut juga.

Btw, spam mungkin bermaksud "Stupid, pointless and annoying messages.


You dont love me. You love my blog.
Please do not post me a 'question' yang macam

"I think I love you"
"Saya suka cara awak. Ini no phone saya"
"I love you"
"I love you"
"I love you"

Im not handsome. Im not funny, seriously. So, you are not in love with me. You are in love with my blog and I have no idea how and why.

Conclusionnya.


Out of all point di atas, ada satu phenomena yang aku tak suka which is, bila ada orang buat antara point di atas, ianya akan mengakibatkan wall / profile formspring aku di penuhi dengan soalan-soalan yang bila orang baca, orang tu rasa macam nak leave je. Kalau boleh, aku nak buatkan orang tertarik bila baca soalan-soalan di formspring aku. Lebih-lebih lagi kalau soalan tu adalah soalan berbentuk pertanyaan tentang ilmu seperti

"Apa pendapat kau tentang Menara Warisan?"
"Kalau parti PKR nak support konsep Hudud dan turut memperjuangkan Islam, kenapa dia tak join parti PAS?"
"Siapakah pemilik rasmi Matahari yang hendak kenakan bayaran terhadap penduduk bumi?
"Apa pendapat kau tentang sistem pendidikan di Malaysia pada tahun ini?"
"Kenapa banyak hotel dan bangunan di seluruh dunia yang tak ada tingkat 13?"

See? Kan best kalau ada soalan -soalan yang menarik macam tu di formspring. Sejuk perut aku baca soalan-solan macam tu. Pengunjung pun suka je baca. Ni tak, tanya soalan yang.... Isk. Isk. Im really dont mind if you guys nak tanya soalan pasal love eww eww ni. Aku still akan jawab. Tapi jawapan aku adalah bergantung kepada jenis soalan. Termasuk la juga apa-apa jenis topik. Kalau anda tanya soalan tentang topik yang menarik, maka, jawapan yang anda dapat juga menarik.

Dan kalau korang perasan, setiap 100 soalan, mesti akan ada 1 soalan yang berbunyi "Tak penat / bosan ke jawab banyak soalan setiap hari?"

Jawapan aku, tak, aku tak bosan dan tak penat kalau ianya berbentuk soalan-soalan yang menarik. Okay bai.