Memaparkan catatan dengan label World Cup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label World Cup. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2010

Curse of Nike Ads. Sumpahan Iklan Nike. World Cup 2010

Assalamualaikum

The champ is here.

Masa aku lepak-lepak kat Yahoo! News tadi, aku terperasan satu article yang agak kelakar pasal phenomena 'Pasukan hebat-hebat yang kekalahannya tak di jangka.' Aku baca-baca lagi, aku dapati article tu menyatakan yang iklan Nike "Write The Future" yang memaparkan beberapa stars bola sepak yang telah 'di sumpah'. Dengan kata lain, setiap player yang ada dalam iklan Nike tu, akan 'diramal'. Benda ni agak kelakar sebenarnya sebab aku ingat kan tak ada orang percaya benda-benda 'sumpahan' ni.


Ini adalah iklan Nike yang paling lastest untuk World Cup 2010 yang bertajuk Write The Future. And now, di bawah ada huraian video di atas yang kononnya di sumpah. Dalam 'sumpahan' ni, mana-mana player yang ditunjukkan menonjol, akan dapat nasib malang.

Better korang view video sebelum teruskan bacaan.

Secara agak detailnya;

Scene Pertama:
The skills.

Scene bermula dengan Didier Drogba (Ivory Coast) yang melepasi defender pasukan Italy. Then bila dah nak dekat-dekat dengan gol, dia buat rembat. Slow motion bermula, semua penyokong dah happy gila untuk goal. Then, Fabio Cannavaro (Italy) save bola tu dengan bicycle kick. Fabio Cannavaro then jadi kegilaan Italy selepas save bola tu. Party untuk dia di adakan secara besar-besaran.

Sumpahan:
My Didier Drogba bersama pasukan ketika dia tengah cedera dan Ivory Coast tak masuk stage kalah mati langsung..
Italy dan Fabio Cannavaro balik awal selepas seri dua kali dan kalah sekali.

Scene kedua
 Spain for pain.

Selepas bola tu ke tengah padang, perlawanan berubah. Wayne Rooney (England) dapat bola dan nak pass ke Theo Walcott (England). Dia pass, tapi Franck Ribery (France) ambil. Masa ni paling kelakar. Bila bola tu di ambil oleh mamat France tu, Rooney bayangkan yang dia akan dibenci oleh semua masyarakat. Dia banyangkan yang stock market England akan jatuh gila-gila di sebabkan dia. Dia banyangkan semua peminat dia akan bencikan dia. Dia bayangkan London Donovan dan Tim Horward (USA) akan ketawakan dia selepas baca peper baru yang bertajuk "England in Roo-Ins" atau yang bermaksud "England in Ruins".

Then dia bayangkan yang dia akan jadi budak tak berguna dan hidup dalam caravan serta tak terurus. And last sekali dia bayangkan yang bila dia keluar dari caravan tu dan tengok iklan Nike terbaru yang ada gambar Franck Ribery (France). Bila dia dah habis berangan, dia terus kejar Franck Ribery, dan save bola. Selepas save bola, stock market naik, papers semua ada gambar dia. Ratu England kasi honor kat dia. Then ada babak pemain Spain Andres Iniesta, Cesc Fabregas and Gerard Pique yang tengah geram sambil baling paper. Rooney jadi famous, banyak baby di namakan Wayne dan dia main pingpong serta kalahkan Roger Federer (Tennis) dengan sebelah tangan je.

Sumpahan:
Franck Ribery dan Perancis keluar dengan isu kontroversi.
Rooney tak perform dan England dikalahkan oleh Germany.
London Donovan & Tim Howard menjadi hero amerika dengan gol minit-minit akhir, bersama performance yang bagus. 
Roger Federer turun tahta dari ranking no 1 dunia.
Spain di kalahkan oleh Switzerland pada match pertama dieorang.

Scene Ketiga:

Siapa bilang gadis Brazil tidak menawan.

Perlawanan bersambung dengan game Brazil, Luisao passing bola ke Ronaldinho dan dia lari bawak bola. Masa tengah mengelecek dengan defender, dia buat skill, dan dribble dia jadi famous. Aksi dia di upload ke Youtube dan cecah juta-juta viewers dalam beberapa saat.

Sumpahan:
Ronaldinho tak bermain pun dalam World Cup 2010.

Scene Ke empat:
The corner and the sexy.

Bola pergi ke Cristiano Ronaldo (Portugal). Dia bawak bola melepasi pemain Netherlands. Pastu ada  sneak peak stadium yang dia rasmikan yang bernama Estadio Cristiano Ronaldo. Then then ada babak dia dalam  The Simpson. Kemudian ada movie pasal dia di hasilkan. Bila balik ke masa asal, Cristiano Ronaldo kena tackle dan dia dapat free kick.

Sumpahan:
Cristiano Ronaldo tak menjaringkan satu free kick pun hingga sekarang. Dan dia hanya score satu goal yang di kira lucky goal semasa match Portugal dan North Korea.
Dan terbaru, CR bersama Portugal kalah semasa menantang Spain.

Info collected from here, here and here. Credit to them.

Agak kelakar kan bila aku google lama-lama, aku tengok banyak betul isu pasal ni. Duh.


Rabu, 16 Jun 2010

Gaza Vs FIFA World Cup.

Assalamualaikum

Masa kes Israel serang gaza hari tu, semua kecoh nak tukarkan profile picture kepada gambar hitam atau Gaza, Tak kurang juga yang berkempen kesana ke mari nak suruh orang tukar profile picture. Kononnya kalau tak tukar, tak support Gaza lah. Tapi kan, tak boleh blah bila masuk je musin FIFA, semua dok pakat letak gambar jersi sebagai profile picture.


So, mana perginya semangat sokong Gaza anti Israel anda. Mana perginya ukhwah anda? Mana perginya... Hm, actually, nak gak aku mengata korang kaw-kaw. Tapi bila di fikir-fikirkan balik, aku pun letak gambar jersi Germany sebagai profile picture. Well, biasalah, Germany kan champion, kena la letak.

Spain? Brazil? England? Oh peh-lis lah. Hihihi



Ahad, 9 Mei 2010

Bola Sepak vs Awek(s) Peraturan untuk Si Gadis Semasa World Cup.

Assalamualaikum

Just like a tatoo.

Question : Gua bengang dengan awek - awek member gua yang bengang dengan member-member gua  pasal kitorang lepak malam sampai pagi tengok bola. Kalau lu jadi gua lu  sound apa dekat awek-awek? (kamon la, jangan kata lu tak layan bola pulak?) - Anonymous. 

Ya, again, soalan dari Formspring.me aku. Dan orang yang tanya tidak tinggalkan apa-apa butiran diri seperti link blog untuk aku isikan.

Answer : Btw, gua terfikir lah kan. Lu bengang dengan awek-awek member-member lu.  Awek lu macam mana? Atau.. lu tak ada awek? Eh? Haha!

Okay, sorry boh.

Actually, aku sebenarnya baru je bejinak-jinak dengan bola. Semuanya di sebabkan member serumah yang gila syok dengan Liverpool yang membuatkan aku menonton match Liverpool selama 3 jam dan... kalah. Tapi, entah kenapa perkataan Chelsea tu amat-amat menarik minat aku. Mungkin kerana kehandsoman Drogba. So, I go for Chelsea.

Manchester Shitnited? Tak pernah dengar pun.

Bagi masalah lu. Gua rasa awek-awek member-member lu tu jealous sebab member-member lu sanggup spend banyak masa mengadap tivi dari melayan karenah diaorang nak-nak masa dieorang sibuk nak menggedik dan mengawan.

So gua rasa jalan penelesaiannya mudah je. Ada dua cara. Pertama, lu kena control awek-awek lu. Dan yang ke dua, menipu. Tapi, kalau lu ni jenis muka kalau-tipu-mesti-orang-akan-tahu, better tak payah tipu. Bukan apa, perempuan sekarang kuat benar merajuknya. Aku bergurau sikit, block facebook. Aku kacau sikit invisible YM. Hais. Susah betul jadi orang bermulut yang jujur tanpa tapis-tapis ni.

Ada orang komplain aku asyik letak gambar perempuan.

Banyak lelaki yang tak boleh di pisahkan dengan bola. Tidak seperti lelaki dan perempuan, lelaki boleh curang terhadap seorang perempuan / awek comel. Tetapi bila dengan bola, lelaki akan setia dan tak akan curang dengan pasukan favorite mereka.

Jadi, saranan aku, lu kena suruh member-member lu control awek mereka. Jangan jadi queen control. Lu suruh kawan-kawan lu berdiri kat hadapan awek-awek dieorang dan sebutkan 10 peraturan yang mesti mereka ikut semasa musim bola.

10 Peraturan ketika World Cup;







(Ingat, korang kena berdiri di hadapan awek(s) / skandal(s) korang, buat muka serious dan kecilkan sikit mata. Biar kasi nampak ganas. Control mereka)

10 Peraturan Terhadap Awek(s) ketika World Cup;

1. Dari 11 June ke 11 July 2010, anda (si awek) perlu baca sport pages so anda akan tahu apa yang sedang berlaku dalam World Cup. Team mana yang menang, team mana yang kalah. Siapa rembat gol cantik, dan siapa tak reti rembat gol. Dengan itu, anda akan ada point untuk join conversation. Kalau anda tak dapat buat ni, DO NOT EVER complain about not receiving any attention. No sulk-sulk.

2. Anda boleh duduk bersama si lelaki untuk menonton satu perlawanan bola  dan bercakap mengenai game tersebut hanya ketika half-time break dan  hanya jika score perlawanan tidak memihak kepada pihak lawan. Sebagai  tambahan, sila ingat yang aku kata "satu". So, sila jangan nak menggedik  kata bulan World Cup adalah alasan yang terbaik untuk luangkan masa  bersama. There is no such thing.

3. Jika korang sudah kahwin ( + nikah), si lelaki tidak akan kisah kalau anda nak mengada-ngada crawling dan menggedik di hadapan TV selagi tidak mengangu si lelaki menonton bola. Dan kalau anda merancang untuk stand naked di hadapan TV dengan tujuan nak mengalihkan pandangan, jangan buang masa, ianya tidak akan berhasil. Dan, pastikan anda cepat-cepat pakai baju. Si lelaki tidak akan ada masa untuk hantar anda ke hospotal atau klinik jikalau anda demam. Pergi sendiri.

4. Semasa match bola pasukan favorite si lelaki, si lelaki akan jadi buta, bisu dan pekak melainkan jika mereka perlukan seseorang untuk refill air atau seseorang untuk sediakan sesuatu untuk di makan.

 Barcaaa!

5. Sebarang arahan dari si gadis untuk fetch si awek balik rumah, buat homework, dodoikan tidur dan bergayut adalah sesuatu yang mustahil ketika match berlangsung. Don't ever think about it.

6. Please, please, please jika anda nampak si lelaki tengah bersedih ketika team favorite-nya sedang kalah, DO NOT EVER say "get over it, it's only a game" atau "Jangan risau, mereka mungkin akan menang musim akan datang". Jika anda pihak perempuan yang lafazkan ayat ini, anda hanya akan membuatkan si lelaki bertambah bengang and will love you less. Ingat, anda tak tahu apa-apa pasal fav team si lelaki dan "kata-kata semangat" korang tu hanya akan membawa kepada break-up dan penceraian.

7. Semasa World Cup, pihak perempuan jangan sekali-kali bunyik "Baik you  pilih, spend masa untuk I atau lepak kat kedai mamak menonton bola  sepak?". Ya jangan ugut sebegitu sebab si lelaki akan memberikan jawapan  yang boleh membuatkan korang kecewa gila. Fikir 2345678 kali sebelum  ugut.

8. Ulang tayang (replays) of the every goals adalah amat penting. Tak kira lah si lelaki tu pernah lihat atau tak pernah atau buat-buat tak pernah lihat jaringan gol tersebut. When si lelaki wants to see it again, si lelaki will see it again. Many times. No excuses.

9. Match bola adalah dalam range 8pm hingga 6pagi (habis) (waktu Malaysia). Pastikan anda check jadual match teams favorite si lelaki kerana sebarang keinginan untuk bermanja, menggedik dan mengawan pada waktu match adalah mustahil untuk berlaku.

10.Dan yang terakhir, sila simpan perasaan anda yang menunjuk kepada "Oh Thank God the World Cup is only every 4 years". Si lelaki adalah immune terhadap kata-kata dan expressions tersebut, because after this comes the Champions League, Italian League, Spanish League, English Premier League, etc.

Anda = Si awek / gadis / perempuan
Si lelaki = Boyfriend anda.



*********
Dan jika anda (yang baca ni) adalah perempuan dan ada boyfriend / suami / tunang, sila ingat 10 benda ni. List-list di atas aku kaji dan study melalui buku (Facebook). Penting untuk masa hadapan. Lagi pun jangan la putus-putus. Kajian menunjukkan most lelaki tak suka "used item".

**********************


Happy mistake-after.

Dan cara kedua untuk masalah lu, adalah lu kena belajar menipu sikit. Tak banyak, sikit je. Skill mulut-mulut manis tu setiap lelaki komfem ada. Tunggu nak kena upgreade untuk pandai twist ayat je.

So, andai kata pagi hari tu ada match bola. Lu tipu la cakap yang lu dah insaf tak nak jadi mat rempit dah. And kata je yang korang nak study final ke, study test ke atau apa-apa je la. Tak penting pun apa alasannya. Perempuan ni bukan fikir panjang sangat. Dieorang cuma perlukan sidikit alasan untuk diam.

Then, apabila dieorang call pukul 3 atau 4 pagi dan bertanya "You tengah  study ke?", pastikan yang lu jawab "Tidak". Ya jawab tidak dan di ikuti dengan "I tengah rehat-rehat sambil tengok bola kejap". Why? Sebab lu orang ingat kaum perempuan percaya ke kalau lu cakap yang lu study dari malam ke pagi? Nak menipu ni, tak boleh fully tipu. Lu kena selit dengan sedikit kebenaran. Lagi pun nanti andai kata penipuan tu kantoi, boleh lah lu nak buat penipuan baru dengan menggunakan sedikit kebenaran tu. Ya. Hell  nice.

Harap dua cara di atas mampu tolong lu dan kawan-kawan lu semua.

Lu, ingat pesan gua;
Tanpa kita (lelaki), siapalah mereka (perempuan).

Good luck and all the best.