Memaparkan catatan dengan label streotype. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label streotype. Papar semua catatan

Ahad, 14 November 2010

Kenapa dan Bagaimana Kita Boleh Jatuh Cinta.

Assalamualaikum

[By - Kateey]

Hai lovers sekalian.

Actually, aku tengah baca comment di entri sebelum ni pasal love-love ni. Banyak pulak lah definisi masing-masing. Sebenarnya aku tak tahu pun apa jawapannya. Gila apa aku nak tau maksud love-love ni. Tak perlu lah nak susah-susah tahu maksud love. Tahu macam mana nak make love sudah la.

Aku sebenarnya main tanya je soalan tu sebab nak tengok pandangan korang pasal benda remeh temeh ni. But oh well, ada definisi yang menarik.

Tapi kan, pernah kah korang terfikir kenapa love-ewww-eww ni wujud? Kenapa lelaki boleh suka sama lelaki? Kenapa perempuan comel boleh jatuh cinta kat pengkid? Dan kenapa perempuan setuju pergi ke dalam semak bila si lelaki ajak mengawan?

Ya, kalau korang baca balik soalan di atas, mesti rasa macam best kan entri ni. But, hell no. This gonna be a really boring entry since aku aku sharekan korang pasal isu ni, tapi dari segi saintifik dan bukan dari segi emosi serta ketakpandaian seseorang bila di ajak mengawan.

So, berbalik kepada soalan. Kenapa dan Bagaimana seseorang tu boleh jatuh cinta, dari segi saintifik?

But, lets do it dengan soalan-soalan yang lazim yang di tanya.

1. Masa mula-mula dia (Lelaki) nak tackle aku (Perempuan), punya lah romantik dia. Kasi bunga ros. Ajak pergi jalan-jalan. Buat aku gelak. Tapi bila dah lama couple, dia macam dah bosan dengan aku. Aku ajak keluar, dia kata busy. Or, dia dah ada perempuan lain?! I WISH HE GOT HIT BY A CAR...

    Why the hell I got so much this things on my formspring? And, how the heck aku tau kenapa dia tak nak keluar dengan kau?  

    Okay fine jangan terasa. Actually, kalau korang perasan, antara keyword yang paling kerap di search di google adalah "Why Love Fades". Ya. So, why this ewww-ewww-love fades dan tak rasa best macam mula-mula dulu? Ada ke explanation dia dari segi scientific? Heaven yes.

    Sama seperti menangis, moody, marah, sedih, gembira dan segalanya adalah based on hormon. So, love ni pun ada hormon dia juga. Antara yang femes adalah hormon dopamine dan Fenylethylamine (Phenylethylamine).

    Actually, korang boleh cuba keluarkan sikit korang punya dopamine ni. Korang cari lah mana-mana lelaki/perempuan yang korang tak kenal yang muka dia so-and-so je. Bagi tau lah dia korang nak test hormon sikit. (Mana lah tau kot-kot dia ingat kau nak pukau/hypnosis dia ke apa ke).Then korang berdua duduk mengadap. Kemudia, korang berdua pandanglah antara satu sama lain selama 3 minit tanpa bercakap sepatah pun. Pada minit pertama, korang akan rasa segan, takut, gementar. Pada minit ke dua, korang akan rasa relax sikit. Dan pada minit ke tiga, korang akan rasa best je bila tengok dia even dia tak hensem langsung. Rasa feel dan comfortable. Tapi 3 minit je tau. Jangan nak mengada-ngada nak lebih. Korang ni bukan boleh percaya sangat. Aku suruh pandang je, kang macam-macam korang buat.

     [By Darkrose]

    So, apa point experiment ni? Experiment ni adalah fungsi untuk melihat kenaikan dan penurunan rate hormon yang keluar bila kita bersama seseorang.

    Contohnya, bila kita tertarik kat seseorang dari segi body language, percakapan etc, 'love-hormone' seperti dopamine dan Fenylethylamine (Phenylethylamine) ni akan di produce kan dengan banyaknya. Sebab tu lah korang akan rasa excited gila bila nampak your crush lalu depan korang. Termasukkan lah korang rasa segan gila, terketar-ketar, mulut rasa tak leh bercakap dan otak tak boleh berfikir. Most of them adalah sebab hormon keluar lebih dari kadar normal. Sama seperti bila korang lari bila anjing kejar. Hormon adrenalin korang akan naik dan hormon tu naik dengan tinggi dari kadar normal so bila korang berhenti berlari, tangan korang akan terketar-ketar.

    2. So, kalau hormone ni buat kita rasa excited dan tertarik dengan seseorang, kenapa lama kelamaan rasa dan perasaan dalam percintaan tu akan hilang?

    Sebab penghasilan hormone ni akan slowly kurang by time. Perlahan-lahan, hormon ni di hasilkan oleh otak dengan kuantiti yang semakin sedikit. So, kalau dulu hangat bercinta memang rasa heaven je sampai tengah buat assignment paling susah pun boleh senyum sorang-sorang teringat kat pakwe. Tapi sekarang, kalau tak jumpa pun tak apa. Ini kerana rate hormon tu di keluarkan semakin berkurang. Sama lah macam kalau hari-hari keluar berdating, mesti cepat jadi bosan kan? Paling lama, dua tahun. Konsep ni sama macam korang yang gayat. Mula-mula gayat. Tapi lama-lama bila dah biasa, ianya dah tak gayat. Its all about hormone. Not Journeys.

    Dan, korang mungkin akan tertanya-tanya;

    3. Lelaki selalu buat hal. Dieorang mudah bosan dengan seorang perempuan. Adakah bermaksud hormone dopamine lelaki semulajadi sedikit?

    Aku rasa, tu semua tu sebab masa korang tengah syok couple, korang buat banyak sangat maksiat. Pegang tangan lah. Kish-kish lah. Mengawan lah. So, hubungan tak berkat. Sebab tu lah Allah tarik balik perasaan tu. Perh ayat.

    4. So, apa yang perlu saya buat untuk naikkan balik these damn hormones?

    Korang pergi farmasi dan beli pil vitamin B6 dan magnesium untuk pakwe korang yang tak sayangkan korang. Sebab, secara scientifiknya, ini adalah bahan yang boleh meransangkan 'love-hormon' seseorang. Tapi sorry ah kalau selepas dia makan tu, dia makin sayang kat skandals dia. HAHA. Okay fine tak kelakar. B6 dan magnesium secara teorinya boleh memperbanyakkan penghasilan hormon ewww-eww ni. Tetapi, teori ni masih belum di buktikan. Kalau dah dibuktikan, sure akan ada pill cinta.

     [By - Chetu]

    Well, tahukan korang kenapa chocolates senonim dengan eww-ewww-love dan selalu di jadikan hadiah untuk para perempuan? Sebab dalam chocolate, ada bahan kimia lain yang aktifkan hormon di dalam otak kita which is endorphin. Endorphin berfungsi untuk mebuatkan kita happy. Dan ini akan leads kan perasaan tenang, happy dan selesa terhadap seseorang yang kasi kita chocolates nak-nak bila si pemberi duduk makan sama-sama dengan si awek.

    But, if one day kekasih korang dah tak nak kat korang, ada dua cara yang korang boleh buat. Satu, cuba dapatkan balik minat dan perasaan dia sepertu dulu-dulu. Dua, get him hell out of your life. Atau kalau susah sangat, just get the hell out of his life. Simple. Bila dah tak ada jodoh, there is nothing you can do.

    5. Dan, kenapa orang bercinta selalu nak mengawan (seks)?

    Sebab Oxytocin dan dopamine. Both of them akan menaik bila korang tengah bermanja. Pegang tangan, peluk-peluk, raba-raba dan apa-apa je lah yang boleh membuatkan korang geli-geli even sikit. Dengan kata lain, sebab itu lah ramai pasangan suami isteri akan buat foreplay terlebih dahulu masa nak mengawan. Sebab foreplay lah yang akan keluarkan hormon-hormon syok bila bersama yang tersayam. Sebab dari situ, hormon ni akan keluar like hell punya banyak. Dan bukannya dengan main terjah dan gelojoh.

    [By - AF]

    Termasuklah juga hormon blineness. Dimana bila kekasih korang buat benda jahat, korang still sayang kat dia. Why?  Sebab there is a hormon to do with this which is feniletilamina. Hormon ni akan membolehkan saja apa yang kalau orang lain tengok, akan kata "What the fuck perempuan tu? Boyfriend dia perangai macam tu pun still dia sayang". Boyfriend korang pukul korang, korang still sayang dia. Awek korang manja-manja dengan lelaki lain, korang still sayang dia. Awek/pakwe korang berkelakuan kurang ajar pun, korang still backup and sayang kat dia. Tu semua adalah based on hormon feniletilamina. Dan, setiap hormon termasuk hormon ni adalah di keluarkan oleh otak based on cara kita membesar dan diajar.

    Actually, banyak lagi hormon yang aku nak cakapkan ni. Tapi aku rasa entri aku ni cam panjang sangat.

    So, conclusionnya, love is just another hormones.



    Ahad, 30 Mei 2010

    Remote Controller Astro yang Boleh Membunuh

    Assalamualaikum

    Kill! Kill! 
    Okay. Aku ingin menceritakan sebuah kisah ngeri yang telah terjadi terhadap aku.

    Well, ceritanya bermula macam ni.

    Hari tu adalah seperti hari-hari yang berlalu macam biasa. Bangun, makan, online, tengok tv, tido. Tak bosan, tak best. Cari kerja, tak dapat.

    Seperti hari-hari biasa juga, bangun seawal pukul 1 tengah hari selepas di bebel oleh adik perempuan yang berumur beberapa tahun yang menyepak-nyepak tempat tidur dan off kan kipas. Pukul 1 tengah hari kalau orang off kipas boleh mati kekeringan aku dalam balik tu. Panas nya ya Allah... Tapi actually bilik aku tu sejuk. Bilik orang-orang baik.

    Tapi memandangkan aku ni adalah abang mithali, aku pun bagun lah dengan malas. Bangun terus buka almari tengok kot-kot ada nasi lemak. Untuk breakfast.

    Selepas siap makan dan buat apa yang patut. Aku pun rasa badan gila panas. Tapi nak mandi, aduh, malasnya. Lalu aku pun buka suis tv dan decoder astro dan baring atas sofa. Sambil menghirup air.

    “Indahnya life” kata aku dalam hati. Senyum.

    Then baru aku perasan yang remote control astro tak ada dalam tangan mahupun di sekitar aku. Cari-cari bawah sofa, tak ada.

    “Etah (Aisyah). Remote Astro manaaa???” Aku jerit panggil adik perempuan aku.

    Dia tak reply jeritan aku. Mungkin sebab dia ada dalam bilik sambil study. Demam-demam pun study ke. Memang tak ada life. 25 jam 8 hari seminggu study.

    “Ettahhhh!” Aku jerit lagi.

    Dengar pintu bilik di buka.

    “Apa?” Dia tanya. Telinga pasang earphone.

    "Remote astro mana?”

    “Mana aku tahu”

    “Bukan ke kau yang last guna tengok Hagemaru tadi? Kau letak mana? Hilang ke?”

    “Mana aku tahu”

    “Laa. Camne boleh hilang?”

    “Mana aku tahu”

    “Apa yang kau tahu?”

    Dia diam. Dia merenung menunjukkan yang dia geram.

    “Aku tahu macam mana nak cari remote astro yang hilang.” Dia mula menjawab.

    “Macam mana?” Aku mula bangun dari baringan.

    “Miss call” Laju dia cakap sambil jalan nak masuk dalam bilik.

    Kurang asam punya adik. Kecik-kecik dah pandai loyar buruk. Nasib baik comel.

    Aku kembali baring kat sofa.

    Renung. Renung. Renung.

    “Hah”

    Aku nampak remote control astro kat atas meja kat tepi rak buku ayah aku. Aku budget-budget jarak dia dalam 10 langkah. Sekitar 5 meter. 5 meter tu ya Allah hanya Tuhan yang tahu. Jaunya. Aku sandar balik ke sofa.

    Nak ambil ke tak nak. Nak ambil ke tak nak. Aku berfikir dalam hati.

    “Etahhhh” Aku jerit lagi.

    Lambat-lambat dia keluar bilik.

    “Apa lagi?”

    “Sini la sini la sini la” Aku panggil sambil buat muka teruja.

    Dia melangkah kearah aku yang secara tak langsung makin hampir dengan rak buku ayah aku yang ada remote control astro tu.

    “Berhenti. Etah, ambil remote control astro tu jap.” Jari aku menunjuk kat remote astro tu. Muka control. Selamba.

    Pastu dia kecilkan mata dia. Geram mungkin.

    “Kenapa pula aku nak kena ambil remote astro untuk kau?” Dia balas.

    “Alaaa. Kau kan adik. Kena la berbakti kat abang. Baru lah tak sia-sia mak lahirkan kau.” Hehe.

    “Kenapa kau tak ambil. Kau tak ada kaki ke?”

    “Ada”

    “ Dah tu, kenapa kau tak ambil sendiri. Guna la kaki tu.”

    “Alaa. Kau pun ada kaki gak”

    Dia diam.

    Dia ambil remote control astro tu. Ambil kerusi di meja computer dan duduk di hadapan aku. Tapi jarak dalam 3 meter jauhnya.

    “Apa yang aku dapat kalau aku bagi remote astro ni kat kau?”

    Aduh. Bab-bab ‘apa-yang-aku-dapat-kalau’ ni la yang aku paling malas. Ni dia semangat tarik kerusi depan aku mesti nak buat deal ni. Lemah betul aku.

    “Apa kau nak?” Aku tanya sebagai persetujuan untuk membuat deal.

    Dia senyum cari pasal.

    “Aku nak beli barang”

    Nak topup lah tu.

    “Kedai Abang Man. Malam karang lah” Aku jawab.

    “Kedai Abang Man tak ada barang tu”

    Aku diam.

    “Eng Hong.” Dia sambung.

    “Kedai mak teh depan jalan.”

    “Eng Hong.”

    “Fine. 10 malam”

    “Kau nak tipu agak-agak la. Pukul 10 malam Eng Hong tu dah tutup.”

    “8 malam”

    “5 petang”

    “6”

    Dia diam fikir-fikir.

    "Deal?"

    "Deal" Aku balas.

    “Janji pukul 6?”

    “Iye” Tak.

    Dia diam. Masih tak berganjak dari tempat duduknya.

    “Bak la remote tu” Kata ku. Masih baring dari tadi.

    Senyum.

    “Betul nak pergi kedai pukul 6 nanti?”

    “Tengok lah kalau aku rajin”

    “Kalau nak harap kau rajin, memang tak kemana la aku”

    Aku tersenyum sinis kat dia.

    “Penipu. Dah agak dah. Dasar lelaki.” Dia sambung lagi.

    “Eh, aku baik la. Mana ada penipu. Rajin lagi”

    “Rajin? Kau ni pemalas la. Entah siapa la yang akan jadi isteri kau nanti”

    “Isteri aku rajin. Jangan risau.”

    Aku senyum.

    Dia pun senyum juga. Makin sinis. Pelik betul aku. Apasal dia senyum-senyum tu. Kemudian aku nampak dia pergi ke dapur. Tapi tak kisah la. Yang penting remote controller astro dah ada kat tangan aku. Segalanya di tangan aku. The power is in my hand!

    So, dengan bangganya aku picit button ‘on’ kat remote controller astro tu. Tak ada respond. Picit lagi. Tak ada respond juga. Ah sudah. Aku belek belakang remote controller tu. Perh. Menyirap darah aku.

    “Cari batteri remote controller ke cik abang? Hehe” Aku dengar suara adik aku yang dari jauh memandang aku. Sambil gelak-gelak.

    Kemudian dia sambung lagi. “Bateri tu kat dapur. Aku letak atas almari. Kau suruh la isteri kau yang rajin tu pergi ambil. Hahaha!” 

    Sampai sudah aku tak tengok tv petang tu. Tu belum kira kena hantar dia pergi Eng Hong.

    Kurang asam punya adik. Buruk punya perangai. Ikut perangai siapa ni?



    Sabtu, 13 Mac 2010

    Dalil Cinta : Khas Untuk Gadis Yang Tak Reti Masak.

    Assalamualaikum

    Cute girls must know how to cook. Hehe!

    Aku pernah menulis pasal gadis-gadis yang tak reti masak kat sini, sini, dan sini.

    Dan aku banyak mendapat respond seperti "Alah, nak kawin nanti, aku belajar la masak". Atau "Kenapa perlu masak? Kedai kan banyak" dan juga "Amik pembantu rumah kan boleh". Well, kalau anda adalah perempuan dan pernah berkata sedemikian, anda patut menonton cerita Dalil Cinta. Cerita ni keluar Cerekarama di TV3. Movie ni gila kelakar. Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani berlakon.

    Download Cerekarama Tv3 : Dalil Cinta
    Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar
    Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar
    Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part3.rar

    I did not own this links or files. The links just indexed to this site for demo purpose only. These files must be deleted within 24hours you downloaded it. (Penat dah kena sound dengan Google sebab langar hak cipta)

    Kalau anda budak Micet dan nak tonton cerita ni, try la cari external yang aku kasi kat kalangan para gadis hostel. Dalam tu ada cerita ni. Kualiti tak seteruk RMVB file dan tak adalah sebaik DVDrip. Tapi still boleh buat korang puas hati. Lagi clear dari DVD screener.




    Florensia

    Actually, ni adalah first time aku download cerita Melayu kat internet. Buang tabiat dah diri aku ni rasanya. But well, aku rasa ianya agak berbaloi sebab banyak nilai-nilai pelik dalam cerita tu cam "Modern Couple", kahwin di usia muda, gadis yang tak reti masak dan kehidupan sebenar masyarakat Melayu yang standard dan bukannya yang macam cerita lain kalau buat cerita je mesti nak rumah gempak-gempak. Kalau movie melayu lain, kereta tak boleh blah nak jugak BMW 10series. Pastu kalau ada dialog pasal business, mesti sembang kencang sampai berjuta-juta ringgit. Orang melayu hanya kaya kat Malaywood je. Hais.

    Well, mesti korang pernah rasa pelik kan kenapa ada lelaki bujang begitu sukakan janda. Semuanya di sebabkan si janda dah expert bab-bab layan suami. Suami sebenarnya amat sukakan masakan si Isteri. So kalau si Isteri tak reti masak, macam mana?

     Whats good

    Dan seperti yang dinyatakan oleh Fahrin Ahmad dalam cerita Dalil Cinta tu "Dia andartu pun, dia reti masak dan reti layan saya. Awak apa tahu?" Heh lancar je dia cakap. Bagus-bagus. Aku boleh katakan yang apa yang di katakan oleh Fahrin tu adalah mewakili majoriti lelaki. Serta, dalam cerita ni, Fahrin Ahmad memainkan peranan yang penting. Over all cerita ni, dia agak kelakar kerana dia lah suami, dia lah isteri (?). Dia yang memasak, dia yang lipat kain.

    See? Punya la baik dia tu. Ada potensi jadi suami misali. Kenapa Linda Onn tak terpikat?