Memaparkan catatan dengan label friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label friends. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2010

Fenomena Blogger Download Video Dari YouTube dan Upload Ke Blog Sendiri / Fan Page Blog.

Assalamualaikum


Ramai yang bencikan blog yang letak berita dari akhbar. Tapi aku rasa, aku lagi tak suka blog yang copy paste (Download) video-video dan letak di facebook fan page.

Apa yang aku nampak sekarang adalah ramai sangat yang nak memcapub demi promote blog sendiri. Contoh terbaik adalah ketika di facebook. Tak boleh blah bila owner sesuatu page blog tu, download video dari youtube semata-mata untuk upload di fan page facebook dia sendiri. Even dia tak claim yang video tu dia punya.

Kalau video santai tak apa. Tapi kalau dah video yang sensitive yang sentuh soal kaum dan agama? It is so OMG then.


Cuba tengok video di atas, masa di post di facebook, semua kata tu polis adalah polis tipu. Nak rogol lah apa lah. Ada yang mungkin kata itu hanyalah rekaan dan sebagainya sebab tak nampak muka si perempuan. Tapi, cuba korang click dua kali kat video tu (Dia akan direct ke original link YouTube). Then try tengok comment section. Korang akan tahu siapa perempuan tu, di mana dia kerja, apa dah jadi kat dia dan sebagainya. Dari apa yang di tulis di comment section, korang boleh fikir balik dan gabungkan serta combine kan dengan fakta samaada bla-bla-bla.

Aku tak kisah lah nak guna teknik apa pun untuk naikkan populariti blog korang. Lagi pun aku suka gak layan video-video yang di uploadkan. Kadang-kadang memang kelakar dan kadang-kadang memang buat orang terfikir. Tetapi, kebanyakkannya tak ada description. Sampaikan aku perlu buka YouTube dan search macam-macam untuk dapatkan description video tu. Tambahan pula, kebanyakkan video adalah dari luar negara. Contohnya, video kanak-kanak lelaki bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Then budak tu jatuh dari tempat tinggi. And then, video tu habis. Hadoyai. Tak ada siapa tahu video tu tulen atau pun tak. Dan yang penting, tak ada siapa tahu apa yang terjadi. Tak ada nama, tak ada tempat kejadian dan sebagainya.


Contoh lain, ada satu video di sebuah fan page facebook. Video tu view pasal wawancara di mana seorang pengacara gelakkan pasangan Islam yang kematian ibu dan bapa. Aku baca komen kat fan page tu, semua kutuk. Tapi bila aku search di Youtube, aku tengok-tengok yang wawancara tu hanyalah lakonan sebuah program komedi. Dalam video tu, tak ada isu agama Islam langsung.  So, mana datangnya isu-isu pelik-pelik? Ya, semuanya di sebabkan masing-masing reka sendiri description video mungkin?

Bila tengok sesuatu video, ramai yang suka;
  • Baca description dia.
  • Baca comment orang ramai dari seluruh dunia.
  • Check ketulenan video.
  • Community dalam perbincangan tentang video.

Tapi kalau video tu semua di download dari YouTube dan di upload ke Facebook serta tanpa link YouTube asal, macam mana viewer nak buat benda-benda di atas? Ya, kadang-kadang, yang upload di youtube pun bukan orang yang rakam. Tapi, di ruangan comments, mesti akan ada orang yang tahu pasal peristiwa dan video tu. Kan?

Sebab lain, aku selalu lepak di YouTube dan bila tengok sesuatu video yang buat aku terkejut, aku akan tengok comment section. Dan kebanyakkan memang boleh dapatkan info dari yang orang yang comment. Contohnya "This video is doest make sense. How come it bla bla bla" Dari situ kita boleh berfikir dua kali. Tapi kalau video tu di upload ke fan page facebook, community yang menonton adalah kecik. Pulak tu, golongan orang melayu. Melayu pulak, kalau dapat sesuatu video, article atau berita, terus terima bulat-bulat dan sebar tanpa berfikir.

Aku tak kisah kalau video tu pasal video kucing yang main dengan bola, atau video baby ketawa, atai video budak-budak menari sambil mabuk atau apa-apa je lah. Tapi kalau dah video yang orang terjatuh bangunan, atau video orang accident atau video benda-benda yang boleh kecutkan perut, then tak ada description; tak tau apa berlaku; tak tahu di mana peristiwa berlaku; tak tahu kenapa macam tu dan kenapa macam ni, memang panas bila video habis sekerat jalan.

So, kepada owner-owner fan page blog yang buat blog semata-mata untuk letak video yang didownload dari YouTube dan upload ke blog sendiri (atau fan page facebook sendiri), sila lah nyatakan original link yang di ambil dari YouTube. Semua orang tahu yang video tu bukan korang yang rakam. Semua orang tahu yang video tu di ambil dari YouTube atau yang seangkatan. Cuma, orang tak tahu apa yang benar-benar terjadi. Dan kalau boleh, jangan pandai-pandai buat description sendiri. Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah.



Isnin, 5 Julai 2010

Siapa Kata Kawan Tak Boleh Putus?

Assalamualaikum

Whatever.

Hello ladies and gentlemen. Whats up?

I bet you guys heard this;

Everybody is our friend. Except when they are not.

Maksudnya, ada ke orang yang declare sebagai kawan? Sesiapa yang kita pernah bercakap lebih dari sekali, mesti dah 'marked' sebagai kawan. Kecuali, bila kita nafikan. Kan?

Well, hari tu aku balik dari mengambil adik-adik perempuan aku yang gedikgedikgedik dari asrama dieorang. Baru je ambil, dia orang dah suruh singgah kat Big Apple. Ingatkan dieorang nak belanja sebagai tanda terimakasih sebab ambil dieorang yelah i kan abang mithali. Tapi tengok-tengok, aku yang kena keluarkan duit. Tapi memandangkan aku ni seorang yang baik dan suka berjimat kerana membazir tu adalah amalan syaitan, aku heret la dieorang pergi ke Carefore. Kat situ pun ada donut juga. Lagi murah dari Big Apple.

Then masa balik tu, aku drive la dengan penuh cermat. Aku tak pasti kenapa tapi aku rasa macam adik-adik aku tengah sakit hati semacam je dengan aku. Ah, perasaan aku je tu. Tapi tu la. Tadi kemain lagi dieorang nak beli donut. Dah beli, tak nak makan pula. Girlsss, biasalah lah, complicated. Then dieorang suruh aku pasang radio kuat-kuat kasi aku tak mengantuk semasa drive walaupun cara ni tak pernah berguna. Betapa sayangnya dia kat aku takut aku tertidur semasa drive. Tapi tak apa. Aku dah selalu dah set alarm clock kat henphone aku masa memandu untuk berbunyi setiap 10 minit. Jadi, kalau aku tertidur masa drive pun, paling lama aku tertidur adalah 10 minit. So, selamat lah.

Sasha

Kat radio, ada sorang awek yang call untuk lepas geram. Katanya, dia putus kawan dengan BFF dia. Wth is BFF? Ni mesti kaum perempuan yang cipta. Kalau kaum lelaki sebut "We are friends forever. I love you guys", mesti geli. Gila la geli ah.

Then perempuan yang geram tu bla bla bla. Aku tak faham langsung apa yang dia cakap. Membebel je manjang. Macam Sasha G. Mulut tak boleh diam. Mungkin dia tak pernah dengar perkataan "Less talk, more action" kot.

Oh ya Sasha G tu penyanyi. Aku tak pernah tengok dia berlakon. Kalau tengok pun, mesti sebab tertengok. First time tengok dia membebel, adalah semasa semester satu di computer Black.

So, aku simplify sendiri apa kemungkinan yang seseorang tu putus kawan dengan BFF dia, dan bagai mana biasanya orang ramai putus kawan secara normal.

Politik

 To kill innocence

Bab politik adalah bab yang amat sensitif. Kenapa politik adalah isu sensitif? Sebab politik di Malaysia kebanyakkanya kotor dan licik. Kebanyakkan orang yang into kepada politik akan mempercayai apa je yang parti politik dia katakan. Dan lagi teruk kalau dah masuk bab fanatik, memang akan 100% percaya apa yang parti dia katakan tanpa berfikir.

Aku pernah tengok dua orang sahabat bergaduh di sebabkan politik. Si A kata X salah. Si B kata Z yang salah. Pastu mula la kuar info-info yang tak tahu la dari mana datangnya. Bila dah kuar info, Si A pula pangkah cakap info keluar dari media yang di beli oleh Z. Bila si B kasi info, Si A pula pangkah cakap media massa tu di beli oleh X. Wtf.

Bab politik ni memang tak di sarankan untuk dijadikan topik pada kali pertama bertemu seseorang. Ya. Amat tak sesuai. Topik perbualan perkenalan sepatutnuya berkaitan dengan cuaca. Atau alam sekitar. Atau kalau anda lelaki, topik paling sesuai adalah pasal perempuan.

MLM.

 Maradona vs penyokong Germany

Aku sebenarnya tak tahu gak nak cakap macam mana. Cuma aku nak cakap, bab niaga, jangan berniaga dengan kawan. The friendship in business only if they can make profit to us. Otak orang business hanya ada $$$$ di dalamnya.

Lagi satu, segan doe bila kawan call, ajak minum tapi bila jupa, cakap pasal products dan kekayaan orang lain. Wtf.

Dan benda yang merenggangkan perhubungan antara kawan adalah bila MLM ni tak menjadi.

MM pernah kata, kalau nak into MLM, jangan sekali-kali bawak family, relatives atau kawan terdekat join under korang. Sebab kemungkinan untuk gagal tu gila tinggi. Dah kalau gagal, memang segan ah bila berjumpa. Kenapa? Sebab benda ni berkaitan dengan duit dan janji-janji manis. Dan duit, adalah isu sensitif.


Korang banyanglah. Kat depan tunjuk account dalam bank ada berpuluh-puluh ribu RM. Tengok kereta, kereta kancil. Ades. Then bila tanya pasal modal, orang tu cakap modal kecil je dalam rm500 tetapi pulangan boleh cecah 10ribu sebulan. Duh. So, kalau korang terkena macam ni, cepat-cepat suruh dia pinjamkan korang rm500 then cakap akan pulangkan rm 500 tu selepas dah dapat pulangan. Aku konferm dia akan diam membisu. Rm500 dari berpuluh-puluh ribu apa sangat bai?

Aku buat research, aku jumpa ni;




Seminggu di KL, aku jumpa kawan-kawan lama. Kawan-kawan membesar, 'menyamun', melepak buang masa dan segala jenis aktiviti kami lakukan bersama-sama. Bayangkan Jumaat lepas tiada angin tiada ribut, hampir 30 orang melepak bersama di kedai makan. Orang keliling yang lalu-lalang pandang semacam. Seronok betul kami kenang-kenang kembali zaman sibuk dengan Myspace, edit gambar bagai nak rak dan juga tangkap gambar dalam pelbagai posisi. Kelakar. I miss those good old days. Sekarang masing-masing dengan dunia sendiri. Ada belajar, bekerja pelbagai jenis pekerjaan dan tak kurang ada yang menganggur. Tidak mengapa, rezeki belum sampai barangkali.

------------------------------------------


"Bro, Abu (bukan nama sebenar) dah on the way nak keluar Nissan Fairlady. Kau tahu tak?"

"Ya ke? Gempak sial!" (Aku buat muka terkejut dan beria-ia ingin tahu cerita lanjut. Padahal aku tahu, ini semua bencana MLM)

Cerita bermula. Secara jujur, ya aku anti golongan-golongan yang buat bisnes MLM ini. Bukan tak percaya, memang aku tak percaya pun.

Berapa kali aku kena 'gebang', kena 'kencing' dengan kawan sendiri yang tipu kononnya nak bawa aku pergi tempat lain, end up aku di dalam dewan seminar, dengar 'ceramah', pulang dan perlu kembali bawa duit modal. Macam-macam jenis menara aku sudah sampai. Aduhai, masalahnya yang mudah percaya benda ini semua kaum aku, kaum MELAYU. Serious, benda ini kalau melarat boleh buat putus kawan tau.

Tapi seriously, aku jenis yang fikir jauh, sangat jauh bila aku nak ambil satu-satu tindakan.
Kau bayanglah, nak pakai Fairlady dalam umur awal 20-an? Kelakar beb. Ikut logik akal-lah bila berfikir, senang-senang ke bank nak bagi pinjaman dengan 'titik peluh' kau yang tak jelas sumber hasilnya, juga tak tentu jumlah pulangannya. Silap bro, silap. Aku malas nak bertekak dan sudahnya aku dengar saja 'ceramah' percuma mereka tentang mahu 'bantu Melayu'. Bantu Melayu pak hang.

Lagipun, kurang lebih 4-5 orang kawan aku yang sebelumnya beria-ia ajak aku turut serta, aku jumpa beberapa bulan selepas, muka masam mencuka bila aku ajukan soalan...

"Macam mana bisnes?"
"Kau jangan tanya lagi. Habis hangus duit modal aku"

Kasihan. Ini macam mana kira? Sudah aku cakap, tiada perkara yang senang-senang nak bagi kau duit selagi tak keluar peluh. Melacur pun keluar peluh, beb.
------------------------------------------


"Abang untung hari-hari dekat 20-30 ribu, dik" Dengan muka yakin buka buku akaun... bukan akaun bank. Akaun kedai. Ini satu brother borak sama aku tentang bisnes 'bawa orang makan, kau dapat pulangan' Macam sistem kedai makan, bezanya pakai kad. Ah, tipu lah pokoknya masih lagi berlandaskan MLM.

Saya bukan tak habis sekolah bang, senang-senang abang nak tipu. Lain lah kalau tunjuk Maybank2u ke, akaun CIMB abang ke. Terbeliak lah juga mata saya. Masalahnya ini buku akaun KEDAI. Saya pun boleh buat sendiri lah. Apa software semua ada sekarang. Lagi satu bang, untung 20-30 ribu, abang bawa Perdana V6? Sumpah abang adalah ikon saya. Memang berjaya bang, sangat berjaya. (Ini semua monolog aku sendiri je)
Sama juga dengan kes-kes sebelum ini. Selalunya aku akan dengar, ON THE WAY nak keluar kereta. Lepas berbulan aku jumpa, sama saja? Dalam mimpi je lah nak pakai Fairlady semua. Bila tanya, loan tak lepas lah, apa lah, tak jadi ambil kereta tuh la. MY ASS.

Sekarang, siapa yang buat MLM, betul-betul berjaya, pakai Fairlady apa jenis sport cars semua, kau hadir ke sini dan terbaca entri aku yang ini, apa kata kamu e-mail aku?

Kamu beri aku modal untuk melabur. Aku bab-bab PR dan nak 'gebang' orang ini memang aku bagus (Seperti kata 'kawan-kawan' MLM aku. Mereka kata aku boleh yakinkan orang) dan kita tengok aku boleh pakai Fairlady ke tak. Macam kamu, kamu dan kamu. Amacam?

Baru bantu Melayu, beb.


Contoh di atas di ambil dari blog Pesimis

Bomoh
Bomoh memang wujud. Mereka memang ada keupayaan yang tersendiri dalam mengubati dan membuat sesuatu perkara dengan menggunakan ayat Al-quran. Tetapi tak boleh blah bila ada bomoh palsu. Bomoh palsu ni pula, kerja dia main cakap je. Entah betul ke tak, mana orang tahu. Korang tak tahu? Dah tu apasal percaya?

Macam mana bomoh palsu ni boleh putuskan kawan? Jap. Bukan sahaja kawan, tapi juga relative terdekat. Baca sini pasal bomoh palsu tu. Ketak sefahaman dan nilai yang mempercayai bomoh tanpa tengok bomoh tu betul atau palsu, boleh meretakkan hubungan.

Bomoh sebenar bukan yang jenis suruh buka baju atau buka seluar. Come on, buka baju buka semua boleh ubat penyakit?

Aku suggestkan bomoh betul patut tukar nama kepada Pakar Perubatan Islam. Atau ustaz. Atau Pakar Perubatan Tradisional. Sebab perkataan 'bomoh' tu sendiri dah tercemar.

Terlampau rapat
Korang tahu tak bila seseorang tu menjadi terlampau rapat, pasti salah seorang akan ada perasaan menyampah? Seriously, even aku dengan kawan baik aku, aku tak akan buat semua benda sekali. Maksud aku, life masing-masing. Tak perlu pergi kelas bersama-sama. Tak perlu nak turun ke cafe sama-sama. Sebab bila stick untuk satu masa yang lama, perasaan menyampah mungkin sebab dah tau perangai buruk seseorang tu akan muncul. Hurm. Sebenarnya kan, aku tak tau macam mana nak describe benda ni. Tapi perkara ni dah berkali terjadi kat aku. Sebab kadang-kadang, kita akan rasa bosan dengan jokes dia. Kadang-kadang, kita akan rasa sakit hati dengan cara dia gelak dan sebagainya.


Kekasih

 Jamie Sullivan and London Carter.

Normally, seseorang itu akan utamakan kekasih dari kawan. Itu 80% benar. Dan benda ni boleh meretakkan hubungan. Contohnya, Si lelaki couple dengan Si perempuan. Si lelaki curang. Kawan Si perempuan dapat tahu. Kawan Si perempuan bagi tahu Si perempuan. Ingat Si perempuan akan percaya? Confirm tak percaya punyalah. Dan gaduh la pasal kes kononnya kawan Si perempuan jealous yang Si perempuan ada balak dan macam -macam lagi. Dah banyak kali aku lepak kat forum, dan isu ni adalah isu yang tipikal. Last-last baru menyesal bila hilang kawan, hilang boyfriend(s).

Luahkan perasaan.
Bab ni, rasanya dah banyak kali aku bercakap pasal assignment english sem 1 aku yang bertajuk "Love, Life & Romance" yang adalah hasil tulisan aku, Hariz de Casanova dan Orks the Messi Celup. Dan di dalam tu, ada dua slide pasal "Risk of getting love, is losing friend(s). Maksudnya, kalau kita nak dapatkan love, kita kena pertaruhkan persahabatan. Dan lagi pedih kalau korang jatuh cinta kat kawan baik. Sebab selepas luahkan je perasaan, mungkin korang akan melayari bahtera kekok awkward gila kalau kena reject. Then, jangan harap la kau boleh berkawan lagi selagi tak hilangkan rasa kekok tu.

******************************************************

Aku memang suka bagi tau benda yang orang tahu tapi tak nak mengaku ni. Okay dah bye. Kalau ada apa-apa, tanya aku di Formspring. Happy weekend.

Khamis, 4 Mac 2010

Kisah Menyayat Hati Mr Handsome Dan Aweknya.

Assalamualaikum

Cinderella

Gua ada benda nak cakap sikit. Nak cakap pasal perbualan gua dengan Mr Handsome mengenai ceweknya yang comey lottey.

Mr Handsome : Mr K, aku sedih doe. Awek aku curang....

Aku : Awek kau curang? Kenapa dia curang?

Mr Handsome : Entah la... Aku pun tak tahu nak buat macam mana dah.

Aku : Kau lupakan je la dia.

Mr Handsome : Tapi dia comel doe.

Aku : Aduh. Comel ke? Kau cakap pasal awek kau yang mana satu?

Mr Handsome : Yang aku tunjukkan kat kau hari tu.

Aku : Yang kau webcam ngan dia masa dia pakai baju tidur tu ke?

Mr Handsome : Tak. Bukan awek tu. Ni awek lain. Yang dalam gambar tu.

Aku : Oh, yang tudung hijau tu?

Mr Handsome : Tak bertudung la.

Aku : Ohhh. Abis tu yang tudung hijau tu?

Mr Handsome : Tu nombor 3 doe.

Aku : Ohh....

Mr Handsome : Weh, tengah sedih ni...

Aku : Tak apa, awek yang webcam tu kan ada. Bukan ke kau selalu webcam buka-buka dengan dia.

Mr Handsome : Tak mo. Dia dah rosak kot. Awek aku yang curang tu baik lagi baik dari awek webcam tu. Walau tak bertudung, tapi ayu tau.

Aku : OOoo. Macam mana kau tau dia curang dengan kau? 

Mr Handsome : Dia bagi tau aku doe. Dia confess semalam yang dia curang kat aku dan dia ada lelaki lain. Semua dia ceritakan semalam

Aku : Oh dia ceritakan semua? okay la tu. At least dia mengaku yang dia curang dengan kau yang dia ada lelaki lain. Dia dah insaf la tu. Okay la kan?

Mr Handsome : Aku rasa tak...

Aku : Kenapa tak?

Diam diam...

Aku : Kejap. Hingga semalam, kau couple dengan dia dah berapa lama?

Mr Handsome : 2 Tahun setengah.

Aku : Dia ada lelaki lain sejak bila?

Mr Handsome : 4 tahun... lepas....

Wtf.

Hais. Kenapa perempuan suka pasang ramai?

Kesian Mr Handsome...
Kan?




Selasa, 17 November 2009

Top 10 Blog yang Aku Pasti Baca Kalau Ada Entry Baru Di Dunia Blogging.

Ohhhh. Ohhhh..

Agak jarang sebenarnya aku follow blog orang lain. Dan blog list (Blogroll) aku, aku letak based on siapa yang aku follow. Dengan kata lain, kalau aku follow orang tu baru aku letak kat blog list aku. Tapi, aku rasa ia-nya amatlah tak adil buat orang lain yang follow aku dan letak link aku di blog list mereka.

Dengan itu, sesiapa yang ada linkkan blog aku kat blog list korang, sila nyatakan kat ruangan komen. Nanti aku add blog korang kat blog list aku kat tepi tu. Rm50 seminggu.

*********************

Kat dunia blog ni agak pelik sebenarnya. Ada macam-macam jenis orang. Dan kadang-kadang agak susah nak cari blog yang 'special' yang lain dari yang lain. So memandangkan aku ni dilahirkan dengan sifat-sifat dan sikap-sikap yang posotif seperti baik, peramah, pemalu dan yang seangkatan dengannya, ingin sekali aku share blog-blog baru yang mungkin top suatu hari nanti. Dan juga blog-blog yang femes yang aku akan baca bila ada entri baru.

Ummp.. umppp

Tak perlulah aku tulis panjang-panjang. Korang bukan nk baca dengan detail sangat pun.

Top 10 blog-blog fav aku; (Personal Chart)

10. Hanis Zalikha
Genre : General (dulu). Personal lifestyle (sekarang)
Aku suka baca blog awek comel ni. Tapi entah mengapa, aku rasa kualiti blog awek ni dah makin menurun. Kalau dulu banyak la juga entri-entri yang best. Kira kalau ada entri baru mesti laju-laju klik kat blog awek ni. Then bila tengok comment masih kosong, laju-laju gi komen bajet lah tarik orang pergi blog kita lah bila jadi 1st reply. Ya aku masa mula-mula blogging macam tu lah. Dengan kata lain, cara mudah nak tarik viewer. Tapi cara ni tak bagus sebenarnya. Tak ada kualiti pun. Tapi yang bestnya followers Hanis semua cun-cun macam dia juga. So tak rugi mencuba nasib.

9. Aku Tak Peduli
Genre : General (Sarcastic)
Seperti Hanis, blog ni dah agak kurang menyengat. Kalau dulu, memang akan ada entri yang amat-amat buat korang buka mata. Tapi sekarang, dia mungkin busy dengan kehidupan di dunia nyata yang lagi bermakna. Hes now a 'biker'. Kind of a costly hobi he got there. And, dia memang dah agak jarang menulis sekarang. Aku suka dia punya wild lifestyle. Ganas, mengancam, sexy dan tulus iklas. Tak ada kompromi. Seminggu blog dia dulu pernah mencecah 50 ribu visitors. Aku sebulan pun tak sampai 50 ribu.

8. Watch Out, Giant Rainbow.
Genre : Personal. Typical issues.
Ni blog cik adik comel. Aku kenal dia.. hurm.. lama la juga. And cara dia menulis, memang direct to the point. Kira tak ada hipokrit apa semua lah. Tak macam kau, kau dan kau. Tulis nak cover baik je. Okay sila terasa ya semua gadis-gadis yang tak comel. Adat cerita melayu. Gadis comel mesti watak baik. Gadis tak comel tapi make up tebal pasti wajat jahat.

7. The Seamy Side
Genre : Personal lifestyle.
Blog ni amat-amat menakutkan. Penulis blog ni seolah-olah someone else yang... erm. Entah lah. Dia macam ada masalah yang dia tak mampu selesaikan. And dia mungkin benci diri sendiri. So, sebab tu dia sukakan masks. Blog dia umpama seseorang yang ada masalah personaliti yang serious. But aku suka cara dia menulis. Cara yang unik. Cara dia sampaikan apa yang terbuku kat hati dia. Walau pun kadang-kadang agak menakutkan. Okay sentiasa menakutkan, tapi agak best untuk dibaca. Thank you to DH yang kasi aku link blog ni.

6. All about Journeys.
Genre : Personal and general
Mamat ni adalah blogger yang hebat. Tempat lepak-lepak dia adalah kat Uk. Sheffield. Tak main ah KL apa semua. Apa barang lepak tempat local. Kalau dulu dia selalu sampaikan apa yang nak di samapai kan dengan cara menulis cerpen. Kira memang banyak la cerpen yang ada. Tapi tu dulu la. Sekarang dia dah lain. Sekarang dia tulis direct je. Makin maju dia bersama HerbaLife dia.

Kita tak boleh lari dari C-I-N-T-A. Okay nampak sangat jiwang.

5. Didiey Comely Shekalie
Genre : Personal.
Okay nama blog dia Dorky Didiey sebenarnya. Tapi disebabkan aku suka mengusik dia, aku usik la skali lalu masa buat entri ni. Ya aku tau aku gedik nak buat macam mana? And ya dia dah ada bf so what? Boyfriend(s).. apa tu? Tapi aku suka baca blog dia. Semuanya mengenai dia punya personal life. Tidak digalakkan untuk baca sebab nanti mungkin ada yang tak suka. Aku pun tulis pasal personal life, bukan orang suka sangat. Sebab kadang-kadang orang dah bosan baca pasal personal orang lain. Tapi, aku hanya bosan kat sesetengah je. Yang lain memang aku suka baca nak-nak kalau bab personal. And aku lagu suka kalau dia ada banyak followers dan commenter. Dan juga kalau dia comel.

4. Blog - not active.

3. Sarah al-Idrus.
Genre : Teens-lifestyle.
Ni adalah cik adik manis yang sarkastik. Suka sms aku pada masa yang amat tak sesuai. Pernah sekali dia sms aku masa aku tengah date. Heh. Then pagi-pagi masa tenagah tido pukul 4 am dia gak yang sms. Heh. Nasib baik comel. Cik adik ni agak sensitif. Biasalah anak bongsu. Hehe. Blog dia berfungsi sebagai medium untuk gadis comel-comel. Kontest pun mesti gadis je yang boleh masuk. Kalau lelaki dia tak akan kasi korang masuk. Diskriminasi ni, diskriminasi. Korang buat la apa-apa pun, kalau dah lelaki jangan harap leh masuk. Contoh contest adalah bergambar sambil pakai tudung yang lelaki memang tak akan menang. Blog dia kebiasannya adalah untuk mempertahankan para gadis. Ajar gadis untuk berlawa, jaga badan, jaga dara or buat tu ini. So, memang bertentang lah dengan konsep blog aku yang asyik nak downkan para gadis je. Tak hairan la viewer dia ramai gila. Semuanya para gadis. Dah la para gadis ramai kat dunia ni. Ramai sampai tahap nisbah 1lelaki 5 perempuan. Atau 1 lelaki untuk 5 isteri dengan bahasa mudahnya.

2. Macham Iz Punye
Genre : General & Personal (sarcastic)
Sabahat Hanis mungkin. Tak kisah lah. Tapi dia juga cakap direct to the point. Tak ada tapis-tapi. Fuck-fuck apa semua tak ada hal. Dia comel. Tapi dengar cite banyak haters okay tak kisah la. Normal la tu makin kita tinggi makin banyak yang benci. Entri-entri dia gak sarkastik sebenarnya. Ada juga yang mengata lelaki. Sekarang dia tengah dalam mood ingin berpacaran. Ya sama mood dengan aku. Tapi tak pernah desperate.

1. Bvlgari-girl
Genre : Personal Love Story
Gadis ni is in relationship with a non-muslim kadazan guy. And blog dia 98% bercerita pasal love story dia. And aku tak tahu la kenapa tapi aku amat tertarik dengan love story dia. Agak lain dari yang lain. Dia tak serious berblog. Entri dia semua pendek-pendek. Tapi ia amat membuatkan aku nak tahu apa ending percintaan dia. Aku harap dia happy ending lah. Tak tau la dia punya bf hensem atau tak. Tapi tak kisah la kan. So setiap kali dia update blog, pasti ramai yang baca. Tapi masing-masing malas nak komen. Tak tahu la kenapa. Kalau korang suka blog ni, pasti korang akan suka blog The Romantic Guy yang di atas. Konsep dia sama. Cuma berbeza watak.

Jenis lukisan komik yang adik aku selalu beli.

Oh ya. Blog-blog classmate dan kawan-kawan terdekat aku, aku tak list kan walaupun aku pasti baca kalau ada entri baru. Tak nak list sebab kalau list pasti semua full. Aku baca semua blog kawan-kawan 'realworld' aku. Serta, aku baca semua blog yang aku follow.

Jangan lupa letak link blog korang kat ruangan komen [atau emailkan aku. Aku ni pemalas sikit nak carik satu-satu.]. Nanti aku taruk kat blog list. Dengan syarat, korang aktif berblog. =)

P/s : Nak pergi tonton cerita Pisau Cukur dengan abang aku then boleh belajar camna nak mengayat awek sekali. Tata.

Comment Here

Sabtu, 3 Oktober 2009

LipLap Raya UniKL `09 : Ini Lah Masanya Untuk Kita Melihat Gadis-gadis Micet Bermakeup Tebal Walaupun Sebenarnya Nampak agak Comel.


[Gambar akan di update dari masa ke semasa]


Kaki aku dan Awang. Gambar yang paling aku suka.
Tone warna smart tanpa sebarang edit.

Entri ni mungkin membosankan bagi yang bukan berasal dari U aku. Dan kalau korang masih baru di blog aku ini, ketahuilah. Apa-apa yang aku tulis bukan kritikan atau kutukan. Aku sebenarnya hanya nak bermanja dan bergurau senda. Jika terasa, sila bagi tau.

Well, LipLap Raya ni sebenarnya adalah sambutan Aidilfitri yang dibuat secara annually.

Aku pergi sorang-sorang je tahun ni. Ramai gila member-member aku yang tak pergi. Roomates aku sorang pun tak pergi. Haiss.

Fae/Pae/Faezah

Semuanya bermula ketika aku sampai di MP Hall. Keseorangan. Terserempak Fae and the gang. Aku tak tau langsung nama geng-geng dia sebab aku dengan gadis-gadis ni bukan rapat sangat.

Yang aku tahu, aku tak akan ceritakan peristiwa ketika Fae terjatuh dari longkang sambil terjerit-jerit masa dia nak tegur aku. Nasib baik dia sempat tegur aku. Tapi aku rasa dia tegur aku tak iklas doe. Ya aku tak akan ceritakan pasal tu. Aku juga tak akan ceritakan pasal dia tarik-tarik aku supaya jangan bagi tau orang lain yang dia terjatuh. Well, sayangnya masa dia jatuh tu ada penghadang kat depan aku. Kalau tak, boleh la juga aku sambut. Ehem. Romantik, you.

Masuk-masuk je dewan yang panas tu aku nampak Nisa ngan Irah. Memandangkan aku tak der member lagi sebab datang lebih satu jam lewat, aku join la dieorang. Baru nak pergi kat dieorang, terserempak pula dengan Yam dan Wawa. Wawa cakap aku berpeluh. So dia kipaskan aku. Yam pula lap peluh aku dengan tisunya. Sampai habis tisu dia. Aku hanya berdiri tak berbuat apa-apa. See? Gadis-gadis Micet memang baik. Dan Yam serius nampak cute make up macam tu.

Then beratur nak makan. Masa ni aku ikut Fae lak. Mesti korang pelik kan kenapa aku panggil dia Fae dan bukan Pae. Sebebarnya, aku saja je tu. Lagi pun, kalau nama dia Fae, boleh la aku cakap "Comel nama tu, macam orangnya juga". Tapi kalau namanya Pae, "Perh. Tak cute langsung nama tu. Tak seperti orangnya." See? Gila lah lari dari skrip asas nak mengurat. Tak best lah.

Persembahan tak kena gaya.

Then kalau tak silap aku, aku ada cakap yang make up dia tebal. Dia mungkin terasa kot. Tapi tak apa, aku boleh guna kan point ni untuk mintak maaf then aku boleh cakap " Jangan la marah. Makan malam ni aku belanja." Ehem. Tak pasal-pasal dah dapat point nak ajak dia keluar. Kan?

Ops. Jangan nak jadikan issue ini antara aku dah dia yea. Aku bukan rapat sangat dengan dia pun. Tapi, kalau korang suka bergosip dan jaga tepi kain orang serta buat fitnah, korang mungkin suka gambar ni;

Ececece. Fae malu-malu. Malu tapi mau.
Awang lagi lah malu-malu. Malu la bila nak suap si awek tak nak makan.



Aku pun malu-malu gak tanpa bersebab.

Habis puas aku sepak kerusi awang nak kasi dieorang nampak dekat sikit.

Membara je Mr Z tengok gambar ni. Orang tersayang bersama orang lain. Kumbang yang dijaga dan dibela, telah di ternak orang. Well, mesti dia tak sangka kan Awang akan curang. Ish. Awang, kau patut setia doe. Baju pun dah sama. Sedondong lagi. Dan lagi satu.. Awang ni.. Hais.. Buta ke apa. Tak nampak ke yang awek tu dah pakai cincin? Sebagai lelaki, benda pertama yang perlu dipandang bila nak mengurat adalah jari perempuan. Kalau di jari perempuan tu bercincin tahu tak apa maksudnya? Salah. Maksudnya korang perlu berusaha more harder lah. Susah gak nak amik awek/tunang/isteri orang kalau tak kena gaya. Perlukan kesungguhan walaupun amat tak mustahil. Dan bukannya berdiri merata-rata serta mengurat amoi sabah yea Awang?

Yang aky tahu, RM5 untuk kupon amatlah tidak berbaloi. Aku hanya makan sedikit papedom dan seulas karipap beserta air. RM5 bai. Kalau ada sate berbaloi la juga.

Aku sebenarnya nak bergambar dengan orang-orang tertentu, tapi cam yang aku katakan tadi, kebanyakkanya tak ada.

Entah, Didiey, Nana, Edy dan Irna.

Malas la aku nak tulis nama sama berulang-ulang.

Look at Mr Z dan Awang. Oh so cute.

Aaaaaaa'ah dan Wawa. Gambar ni nampak cool je.

Band perfoming

Perempuan.. Kalau ada lensa camera menuju ke muka, mesti berposing.
Fae tu kalau bergambar, mesti badan dia pusingkan ke kiri. Tengok Anis. Kan cool je dia. Mr F pasti tersipu-sipu melihat keayuannya. Tapi Fae pun ayu juga sebenarnya.

Fae dan Nisa

Aina dan Aaaaaa`ah.

Irna, Si Terjatuh Longkang, Wani dan.. Nur (Bukan nama sebenar)

Sue, Anis, Teha dan Aina.

Bersorak untuk Ain the Singa

Aku dah lupa kaki awek mana tu.

I made this just for fun. Tak ada satu pun lelaki dan perempuan di atas bercouple, bercinta dan di gosip. So kepada pemilik-pemilik gadis yang tak mutlak yang ada, sila cool.

Komen ; Lip lap raya tahun ni, is not so fun. But its also not so bad.

Selasa, 8 September 2009

Awek/ Bf Lagi Penting Dari Kawan.

We will.

Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama.

Susah kan nak cari kawan yang macam tu. Tapi. (Ya mesti ada tapi-tapi kan yang macam dalam drama melayu kan.)

Tapi, korang semua sebenarnya setuju dengan aku. Just korang taknak mengaku. Awek/Bf semamngnya akan lagi penting dari kawan.

Hard way

Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. Awek pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls kat dunia ni adalah 2:1.. Ceh. Tu semua bulls*

Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.

Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;

  • Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? Kali terakhir aku dapat wish goodnight dari kawan aku adalah masa aku form4/5 kot. Tu pun sebab kawan aku tu suruh aku siapkan homework dia yang dia malas nak buat. Tak guna punya member.

  • Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh khairul tak datang kelas hari ni.”

  • Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? Sem lepas aku ingat lagi korang tinggal kan aku sorang-sorang kat Dataran Pahlawan. Naseb bek aku tak nanges...memberkan.
Could get her heart by this?
  • Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? Camon la. Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.

  • Jika menaiki bas pergi date (sumpah tak romantik), anda tentu akan memberikan tempat duduk kat awek anda kan?. Adakah anda akan melakukan perkara yang serupa kat kawan-kawan anda? Jawapannya tak. Dulu aku pergi naik bas semua pakat berebut. Siapa yang tak dapat seat kena gelak ramai-ramai.

  • Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati korang. Sanggup lari dari rumah lagi. Adalah anda sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawan termasuk mengadai nyawa?

So sweet

Banyak lagi contoh yang mampu aku huraikan. Jangan sampai aku cakap sal bergayut berjam-jam. Eih. Malas dowh. Termasuk jugak masa-masa indah yang korang luang kan bersama. Tak terkira banyaknya. lagu tentang awek banyak atau lagu tentang persanatan lagi banyak? Bak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"

Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa?)

Kan?

TAPI. Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?




Aku nak bold kan yang kawan dan awek/bf memang penting untuk menceriakan hidup kita. Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.

Selasa, 23 Jun 2009

Awards, Tags, Followers dan Kasih Sayang.

Style tudung paling smart bagi aku. Chantek.

Sejak beberapa hari lepas, agak ramai yang bagi awards dan tags untuk aku. Tapi, maaf. Aku tidak rasa ingin melayan awards dan tags lagi setakat ini. Mungkin kerana tag agak girlish dan feminin. Ada ke patut tanya aku suka bunga apa? Pasti lah aku sukakan bunga Chrysanthemums. Cantik tau bunga ni. Award pula aku tak layan sebab tidak menepati ciri-ciri kasih sayang yang sepenuhnya. Ya. Aku ini mengada-ngada.

Tapi aku suka memberi awards kepada followers aku. Malangnya, aku tak boleh memberi sebarang awards tanpa sebab kerana pasti akan ada orang mempertikaikannya. Dan aku tak suka jika perkara tersebut berlaku. Well, aku suka memberi sesuatu yang akan membuatkan seseorang itu merasa sangat-sangat dihargai.

Antara jenis bunga Chrysanthemums

Dengan itu, aku akan memberi awards kepada 5 orang follower aku yang akan aku decide nanti. Semuanya based on template paling perfect (memenuhi keperluan pengunjung), follower paling gadik comel, follower yang mempunyai inti pati entries yang paling menarik dan follower yang paling friendly.

Ala, ada sikit baru followers dah nak bagi awards.

Maaf kalau aku nampak macam berlagak dengan ada 100 followers. Ala. Baru 100. Hanis Zalikha ada beribu2 >,>. Well, peduli apa aku. Hanis tu pun follower aku okay? LOL. Okay, nampak sangat aku ni penipu. Dalam mimpi ngeri dia pun belum tentu dia akan follow aku. Tapi, tak apa lah. Bak kata fahim, biasalah perempuan, ada ramai peminat.

Seperti yang aku katakana tadi, awards ini hanya untuk followers aku. So, sekarang anda happy Hanis tak follow aku?

Sekadar hiasan agar anda tak bosan membaca. Prihatin kan aku.

So, aku akan buat pemilihan ini beberapa hari lagi. Sesiapa nak merasuah pun boleh dengan menghantarkan no talipon kepada aku. Hantarkan gambar anda yang tengah berkemban juga akan memnigkatkan lagi potensi anda untuk dipilih sebagai pemenang. Aku tak akan siar kan di blog ini. Percaya lah. Aku tak tipu. Pandang mata aku dan katakan yang aku ni penipu. Ini adalah mata seorang lelaki yang jujur.

Untuk lelaki, potensi anda untuk menang amat lah tipis. Dan itu tak bermaksud anda boleh hantar gambar anda berkemban kepada aku. Maaf. Gambar bogel pun aku tak terima. Gambar-gambar tersebut anda boleh buat slideshow dan postkan di you tube. Pasti akan ada ramai gadis yang handak berkenalan. Tapi ketulenan gadis-gadis tersebut bukan dibawah bidang kuasa aku dan aku tak bertanggungjawab atas penukaran selera anda.

Segala cadangan mengenai pemilihan, sila nyatakan.

Segala kritikan, aduan dan makian boleh dilakukan di penjabat post. Atau dail 1315-25-25 untuk maklumat lanjut.

Ya aku tahu gadis ni cantek. Sebab tu aku letak kat sini.

Jikalau anda rasa aku ni seorang yang pervert dengan membuat perkara ini, anda betul buat pertama kalinya. Tapi seperti biasa, salahkan kecomelan korang memfollow blog aku.

Kenapa tiba-tiba aku post entry yang tak berguna ini. Sebenarnya atas beberapa sebab yang berikut:
  1. Aku tak berapa suka orang lain minta aku follow blog mereka semua disebabkan mereka telah mem-follow aku. Tak iklas disitu. Aku akan follow anda jika blog anda fun untuk di baca.
  2. Aku tak suka tags dan awards tetapi aku suka memberi awards.
  3. Nak menghargai anda semua kerana anda sememangnya patut dihargai.
  4. Aku masih baru di dunia blog. Aku buat blog ni pada Feb 2009 tetapi hanya aktif pada pertengahan March dan 98% followers aku adalah dari orang yang aku tak pernah kenal. Susah sebenarnya handak menarik orang lain untuk follow anda dengan iklas sebab aku tak pernah minta sesiapa menjadi follower aku. Dan kini, aku ada 100 followers. Thanks.
Aku bukan playboy. Aku setia, mungkin.

Dan yang penting, aku nak bagi tahu yang aku ni bukan playboy walaupun aku suka tengok gadis-gadis comel. Tetapi di dalam hati aku hanya ada seorang sahaja penghuni dari dulu sampai lah bila-bila. Lumrah la lelaki sukakan benda cantik. Gadis-gadis mana tahu. Bagi gadis, lelaki ni semua gatal. Padahal lelaki ni alim sebenarnya. Lelaki suka memerhati dan menatap keindahan serta keunikan ciptaan Tuhan. Sebab la lelaki suka tengok gambar para gadis. Salah ke?

Perlian yang menyakitkan.

Isnin, 15 Jun 2009

Cinta & Reject.

Chuuk. Chuuk. Bunyi ciuman.

Bila bercakap tentang cinta, aku teringatkan tentang masalah kawan aku.

Beberapa hari lepas. Ada seorang kawan aku, dia berkongsikan masalah cinta dia bersama aku. Ya aku adalah pendengar dan penyelesai masalah yang baik. Aku ada 8 clients di Micet dan masalah mereka memang rumit. Lebih rumit dari pergaduhan budak-budak tadika di Perak dan di Parlimen. Kawan aku yang sorang ni menceritakan bahawa dia telah direject oleh sorang gadis. Dan dia tengah down gila. Dan aku dengan lemah lembutnya telah menasihatinya agar jangan down-down kerana direject hanyalah masalah kecil bagi seorang lelaki. Well, lelaki mana yang tak pernah kena reject kan? Kalau ada pun tak payah la mengaku. Suatu hari nanti pun anda akan direject. Percayalah. Mulut aku masin. Tapi manis umpama Cadburry Black Forest bila dicium. Nak try? Perempuan sahaja.

Well, bila lelaki dan perempuan direject, peribahasa seperti “bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor” akan di gembar gemburkan untuk meng-cover kesedihan dan kemaluan di hati mereka. Tapi semua orang tahu yang dia sedang bersedih sebab kena reject.

Memang betul bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor kerana ada berjuta-juta bunga dan kumbang pilihan yang ada didepan mata. Ada yang keras, ada yang lembut, ada yang ayu dan ada yang sedang-sedang sahaja. Tapi yang pasti, bunga-bunga dan kumbang tersebut pasti mengiurkan. Walaupun begitu, pernahkah anda terfikir samaada bunga-bunga dan/atau kumbang tersebut suit dengan anda ataupun tidak? Tepuk dada, tanya nafsu.

Beauty is a curse- Nip/Tuck

Berbalik kepada topic, aku sebenarnya tak berapa gemarkan peribahasa bunga bukan sekuntum tersebut. Sebabnya, ia menunjukkan seolah-olah cinta itu boleh datang pada masa yang kita tentukan tanpa kita sedari bahawa ia bukan cinta, tetapi nafsu. Nafsu terhadap mana-mana perempuan yang ada didepan mata. Nafsu terhadap perempuan cantik dan comel. Comel macam followers aku. Well, orang yang mencipta peribahahasa ni seolah-oleh mengatakan bahawa ada banyak gadis dan jejaka di dunia ini yang boleh kita pilih dengan senang lenang padahal hendak mencari cinta sejati amatlah susah. So,tanpa segan silunya aku berani mengatakan bahawa orang yang cipta peribahasa ni mesti tak romantic macam aku.

Serta, aku nak tegaskan. Tak kiralah berapa banyaknya bunga dan kumbang dihadapan anda, tak bermaksud salah seorang daripadanya akan menjadi jodoh anda. Kerana cinta itu boleh datang dan pergi, tetapi cinta itu perlukan masa untuk hadir dan tiada sesiapa yang boleh mengawalnya. Dan sering kali ia hadir selepas nafsu serakah anda.

Love, hurts

Yang penting, direject bukanlah halangan untuk anda terus berusaha. Fikirkan lah. Sedangkan orang yang berkahwin pun akan bercerai, inikan pula couple. Jadi, berusahalah untuk mendapatkan cinta tulusnya. Bukan merampas, tetapi mengambil hak milik anda. Percayalah, di dalam percintaan, tiada istilah rampas merampas. Dan aku pernah terfikir, andai kata orang yang aku cinta itu dah berkahwin dengan orang lain. Adakah aku akan tunggu? Mungkin ya, dan mungkin tak. Okay mungkin aku tak akan tunggu. Dah orang tak suka. Buat apa nak tunggu lagi. Lagi pun aku tak suka guna ‘used item’. Kepada yang belum kahwin tetapi dah jadi used item. Anda memang bodoh dan bernasib malang. Lelaki yang dah tunggang anda memang pandai menipu dan dia memang bernasib baik. Maaf kalau aku terkurang ajar. Jangan salahkan family aku.

Apa yang aku nak nyatakan disini, lelaki dan reject adalah dua benda yang berkait rapat. Umpama aur dan tebing, umpama mee segara dan Maggie, serta umpama Siti Nurhaliza dan Dato` K (khairul). Well, semua jejaka pernah direject. Normal lah tu kan? Tapi aku terkecuali dalam hal ni.

Bleeding love.
Nasihat terakhir aku,

Jika anda fikir anda mengalami happy ending setelah berkahwin, sesungguhnya anda telah tersilap. Sebaliknya, berkahwin bermaksud anda baru sahaja membuka lembaran baru dalam cabaran hidup anda. Well, Ingat senang ke kahwin? Nampak mudah, tetapi susah sebenarnya. Lebih-lebih lagi bab malam pertama. Bagi yang dah biasa practikkan malam pertama didalam kereta, di tandas awam dan di tepi pantai serta di dalam semak samun tu, mungkin tak ada hal. Tapi bagi yang teruna dan dara macam aku ni, bagai mana?

Gila ahh

Ahad, 7 Jun 2009

Adakah Aku Baru Tersedar?

Kimia amat bukan senang! F*!

Aku. Aku..

Aku hidup di dalam kancah ‘college life’. Kehidupan yang berpegang kepada konsep ‘last minute work always works’. Well, its quite working actually. Tapi tak puas. Assignments, lab reports, presentation semua buat last minute. Sampaikan nak exam pun study last minute. Well, lelaki, biasalah. Oh, dan aku ingat lagi ketika aku rela dalam paksa memberi kawan-kawan aku meniru assignments aku disebabkan mereka tak cukup minit-minit last untuk membuatnya ketika last minute. Satu perasaan yang bercampur baur samaada kelakuan aku yang tak nak bagi pinjam akan membuatkan kawan-kawan aku merasakan aku ni kerex. Tapi hakikatnya, aku bangga sebab dapat tolong kawan-kawan aku. Siapa nak kan tengok kawan sendiri failed dan terkandas. Tapi apa yang aku belajar, meniru assignment dan meniru ketika exam/test tak akan membawa keberkatan serta tidak akan memberikan result yang baik. Teringat kata-kata Laila.

Walaupun begitu, result exam aku tidak lah memberansangkan. Jauh sekali untuk membuatkan para gadis teransang. Teruk. Kecewa. Tu je yang mampu aku cakap ketika ini. F*ck dah berulang-ulang kali aku sebut memandangkan aku tak berapa gemar menyebut perkataan lucah lain. Dan aku tak pernah sebut perkataan lucah lain.

Dan tika ini aku sedang mendegar lagu Alkaline Trio – Radio. Sama seperti apa yang Fahim dengar ketika menulis entry perpisahan beliau. Tiap kali aku terdengar lagu ni, aku teringat akan Hariz. Kerana ini adalah lagu yang berulang-ulang kalu aku kena dengar setiap kali ada mesej masuk ke handphone dia tiap-tiap malam. 4.20 minutes pula tu. Sampai terhafal aku mendengarnya. Well, result dia jatuh. Tapi still okay. Dia semulajadi pandai. Apa boleh buat. Hidup ni memang tak adil.

The yellow one is not me. It wont.

Aku ingat lagi tika aku muda-muda dan tak ada ruang untuk stand up for myself. Dan aku ingat lagi tika itu aku langsung tidak memikir akan untuk berubah diri. Aku tak pernah terfikir untuk buat yang terbaik bukan atas permintaan orang lain, tetapi atas kepuasan aku sendiri. Kerana dulu, aku asyik memikir akan apa yang orang lain hendak daripada aku. Dan bukan apa yang mereka beri kepada aku. Aku terlampau memikirkan tentang diri mereka. Aku terlampau baik sehingga membenarkan mereka f* stepped on my head.

Mari aku ceritakan apa pentingnya MICET dan kawan-kawan micet aku terutama Fahim yang dah nak blah.

Aku teringat lagi semasa semester 1. Amat skema. Pakai baju kemeja 24/7. (Tapi bertukar-tukar) Dan tika itu aku memakai safety boots juga 24/7 dalam semua aktiviti memandangkan aku ni bukan budak fesyen yang nak berlawa-lawa. Baju pula main pakai/beli je. Rambut tak ada style. Berjalan tak ada style. Bercakap tak ada style. Kira aku memang styles la dulu.

Changed. Styled.

Dan MICET serta kawan-kawan aku mengubah aku. Aku mula kenal dunia fesyen. Kalau dulu aku main beli je baju apa-apa tanpa berasa ‘value’ sebuah brand. Kini, aku dah agak-agak tengok brand serta style/jenis sesehelai baju.

Kalau dulu aku seorang yang pemalu amat, aku aku sudah tak begitu. Aku dah boleh flirt-flirt dengan gadis-gadis sekeliling aku walaupun tak semua. Dan aku dah boleh borak dengan mana-mana gadis tanpa rasa segan silu, kecuali seorang. Well, aku tak akan cerita tentang seorang tersebut.

Kalau dulu, aku tak pergi overnight. Kalau dulu, aku tak pernah pergi karaoke bersama gadis-gadis. Tapi kini sejak aku berada di Micet, aku selalu overnight walaupun tak adalah kerap. Dan aku juga kini mengenali men-karaoke hampir 4 jam di tempat yang makanan ringannya RM6 satu.

Kalau dulu, aku tak langgar peraturan. Langgar je paraturan, muka terus gelabah. Memang orang tau-tau je lah aku dah buat salah. Tapi kini tak. Kini aku lebih banyak berpegang kepada ‘all rules made to be broken’. Buat salah. Tapi muka memang macam tak pernah buat salah. Yang ni aku creditkan ke Fahim. Bab-bab hati kering ni memang dia mengajar aku. Aku ingat lagi tika aku ikut dia keluar untuk makan ketika lab Analytical Chemistry berlangsung. Aku cuak gila. Tapi dia buat muka macam tak ada kelas je hari tu. Mesti dia tengah berlagak gila masa baca apa yang aku tulis ni. Well, nasib baik dia tak ajar aku merokok.

He is leaving me. (Sounds gay)

Biar aku cerita mengenai Fahim.

Nama dia Fahim. Aku panggil dia Fahimmie. Mamat ni benci gila kalau ada lirik lagu dalam blog. Mamat juga ni seorang kerek yang amat ‘memberkan’. Buat apa-apa kesalahan, tapi still boleh bangga dengan kesalahan itu. Aku memang tak faham dia. Tapi stylo.

Fahimmie ketika iklan mempromosi Genting Highland.

Fahimmie ketika di Lab Organic.

Fahimie model 'before and after' produk jerawat. Dia 'before'.

Fahimmie dan Aiman.

Fahim suka kat seorang awek Micet. Tapi kena reject. Aku tak gelak okay. Well, semua orang tahu dia suka kat awek tu. Tapi dia tak mengaku. Gila-gila la tak nak mengaku. Sanggup tanggal baju seluar demi mempertahankan ego tak mengaku dia tu. Tapi tak kisah la. Fahim ni, aku belajar banyak benda tak elok dari mamat ni. Well nak buat macam mana. Aku tak nampak apa-apa benda baik yang ada pada diri dia yang boleh aku belajar.

Walau pun Fahim ni perangai dia ala-ala syaitan dan Lucifer tapi kadang-kadang dia baik juga. Aku ingat lagi ketika puasa tahun lepas. Aku demam. Tak tahan gila. Rasa nak pengsan je. Then masa tu aku nampak nasi bungkus kat dalam bilik ‘community’. “Rezeki aku” kata aku. Then bila je aku nak buka puasa tengah hari tu, dia marah aku. Dia kata aku tak boleh ponteng puasa. Berdosa. Then dia ambil nasi tu and dia makan. Perh. Sanggup dia tanggung dosa tak puasa demi aku semata-mata tak nak aku ponteng puasa and makan nasi tu. Terharu aku.

Inilah perasaan aku tika ini.

Dan sekarang dia dah nak blah. He won`t be a part of Micet anymore. He is going to hell other college/U. Hilanglah seorang lelaki berlagak kat micet. Ouch. Okay la. Segala kritikan mengenai Fahim di atas hanyalah gurauan. Andai kata gurauan tu betul-betul terjadi. Anggap la ianya gurauan semata-mata. Kerana selepas ni, dah tak ada dah budak cool dari Section F. Dah tak ada dah dictionary bergerak. Dah tak adalah leader untuk ponteng kelas. Dah tak ada dah budak yang banyak cable IT. Dan dah tak ada dah orang yang boleh aku buat gay aku serta bermanja. Siapa lagi yang nak ajar aku jadi lelaki ‘sebenar’. Kau kata nak ajak aku pergi clubbing. Sampai sekarang kau tak bawa aku kan.

Kalau kau fikir aku akan menangis untuk kau, kau silap. Air mata aku hanya untuk para gadis. Isk. Isk.

No no no. And no.

Kalau tak ada Fahim. Korang memang tak akan kenal aku. Sebab dari dia lah aku berminat untuk buat blog.

Aku harap kau buat pilihan bijak dengan berhenti Micet. Dan kau kena yakin dengan jalan hidup kau.

Kadang-kadang aku mengalamai situasi yang sama untuk memilih jalan dalam hidup aku. Dan jalan yang ada dihadapanku, bukan jalan yang aku tak nak harungi. Tetapi jalan yang aku tau yang aku tak mampu mencapai hujungnya. Orang cakap, belum cuba belum tahu. Tetapi aku cakap, kadang-kadang kita tak perlu cuba untuk tahu jawapannya.

-Kalau kau terasa, bagi tau aku. Nanti aku delete-

Sumpah fahim, kalau sem depan aku tengok kau masih ada kat kelas confirm malu gila aku buat entry ni ngan banyak nama kau. Apahal cara aku bercakap cam kau da nak meninggal?