Ahad, 17 Januari 2010

Gadis Ini Mempunyai Masalah Untuk Bertudung. Anyone?



Email from that girl
Email ;

Dear Mr K yang disayangi, <3 XOXO143

For your information, dulu I tak pakai tudung. I pun suka gak pakai seksi-seksi ni dan I ni memang jenis yang happy-go-lucky. But since I break up with my boyfriend, I terus jadi insaf sikit dan mula start pakai tudung. Tapi, perangai I tetap sama; I still gelak kuat-kuat, happening, mencarut-carut apa semua. Dan satu benda yang I pelik sikit yang I perasan since I dah pakai tudung ni; Lelaki kat KL memang tak suka perempuan yang pakai tudung. 


I macam perasan yang kawan-kawan I yang kaki clubbing ni macam tak nak kuar and lepak lagi dengan I. Yup maybe dieorang malu ke apa nak lepak dengan girl bertudung ni? Salah ke? Tak tahu la kenapa. Tapi I memang perasan sangat dengan diaorang-diaorang ni.

(Email susulan) Yang I bengangnya bukan sebab diaorang tak ajak I pergi club atau apa, tapi mereka lepak-lepak kat Pavi pun tak nak ajak. Sampai kadang-kadang I doubt persahabatan kiteorang. Sebelum I pakai tudung, bermacam-macam I fikir dari pandangan kawan-kawan. Tapi I still tekad.

Sekarang, I pula yang touching.

So how?

Ya The Other Cute-cute sekalian. So how?

[Update] Insulting comments will be rejected.


Comment Here

Khamis, 14 Januari 2010

Masa Untuk Gua Berubah...

Assalamualaikum.


Time to change

Gua dah bosan cakap pasal masalah love-love yang memang tak akan kesudah. Dah bosan asyik kritik para gadis yang memang kalau di kritik memang tak akan habis. Dah bosan cakap pasal 18sx yang secara tak langsung menambahkan dosa masing-masing. Juga dah bosan cakap pasal dara padahal dara bukan penting sangat pun asal kan seseorang tu dah berubah to a better person. Tak kurang juga aku dah bosan cakap pasal cara untuk menjadi gay. Cukup. Gua dah bosan dengan semuanya.

Gua ingat gua nak ubah cara berblog. Gua nak jadi ganas. Ya gua ulang, ganas. Tak mo dah layan-layan jiwang. Tak mo dah buat emo-emo. Tak mo dah luahan perasaan. Apa barang layan perasaan. Gua nak jadi sematang yang mungkin. (?)

Jadi, ada dua benda gua ingat gua nak buat;

1. Jadikan blog ni sebagai tempat untuk review semua benda kecuali politik. Bersama entri-entri lain. Dengan kata lain, semua benda ada dalam blog gua. Dan blog ini still bersifat personal bila aku review sesuatu benda. Maksudnya, semuanya based on pandangan peribadi gua.

2. Gua nak buat kontes guna duit Nuffnang. Kasi keberkatan berkekalan. Bab kontest tu tak ada hal. Masalahnya, gua tak tahu nak kasi hadiah apa. Kang gua kasi teddy bear, ada yang tak nak. Kang gua kasi barbie, ada yang pulangkan balik tanpa berbaju dan patah patah abis. Hais.

So gua nak tanya lu orang. Apa hadiah yang lu orang nak. Lu orang nak hadiah yang tak tercapai masa zaman kanak-kanak pun boleh. Tak ada hal. Mintak je. Jangan banyak tanya.

Jangan tanya pasal budget.


Comment Here

Bila Kadang-kadang Kita Rasa Media Terlampau Tak Adil

Assalamualaukum

Banyak kali aku dengar orang cakap Berita Harian adalah media menipu, tv3 adalah media yang di beli, Harakah adalah media yang hanya tahu mengutuk orang lain dan macam-macam lagi.

Tapi yang aku tak faham, orang yang mengutuk ni la rajin sangat cari media macam ni. Bab tak boleh blah, kalau berita yang memihak kepada dia, tak ada pula isu credibility sesebuah akhbar atau media di jadikan point. Tapi bila tibanya berita tu tak sependapat dengan pendapat pihak terbabit, terus mark media tu sebagai tak adil dan tak telus

Mari kita tengok apa tahap ketelusan media luar negara. Lagi lah cam entah apa-apa.

Ni aku jumpa masa aku baca Times Online, UK.

Malaysian Sikhs have become the latest group to be dragged into a violent controversy about the use of the word Allah, with the stoning of Sikh temple following a series of arson attacks on Christian churches.

Vandals damaged a mirror, but caused no injuries, when they threw stones into the courtyard of the temple in the Malaysian capital Kuala Lumpur late last night. The attackers have not been identified, but they appear to be Muslims angry at the use by other religions of the word Allah as the Malaysian word for God.

The word has been used for centuries in Malaysia, as well as by Christians in Egypt, Syria, Lebanon and Indonesia, as the equivalent of the English word God. But many Malaysian Muslims, who make up 60 per cent of the population, say that Allah should be reserved exclusively for Muslims, and that use of it in a Biblical context encourages conversion to Christianity, a crime under the country’s sharia laws.

A fortnight ago the Herald, a Catholic newspaper which is published in Malaysian, won an appeal against a ruling which banned use of the word by non-Muslims. The judgement has been suspended in anticipation of a counter appeal by the government, but it has already stirred up Muslim anger in a country with a particular dread of ethnic and racial confrontation.

Malaysia’s 120,000 Sikhs also use the word in their Malaysian language scriptures, but have so far have escaped enforcement of the ban, which has seen Bibles and CDs with Christian seized by the government for use of the contentious word.

“Sikhs are not going to stop using Allah,” the chief of the temple in Kuala Lumpur’s Sentul district said earlier today. “We cannot change our scriptures. … As far as we are concerned we are doing our prayers (using Allah). There is no way any law is stopping us.”

To add to the controversy, a woman in the Malaysian part of Borneo, where most of the country’s Christians are found, is suing the government for the right to possess material containing the word Allah. “It is our right to continue to use the word, we have been using it from even before [Malaysia’s 1963] independence,” said Daniel Raut, president of the Borneo Evangelical Church.

Yesterday, the panel which makes recommendations to the US government on religious freedom, expressed its unease about the recent attacks, which gutted one church and have forced other to hire private security guards.

“We are very concerned with events in Malaysia, as the church bombings have shaken Malaysia's delicate political and ethnic balance,” said Leonard Leo, chair of the Commission on International Religious Freedom. "How Malaysian leaders settle these matters will determine that country's political and economic future.”

Aku cuma nak cakap, semua media tak akan 100% telus samaada dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh, ingat tak kes perarakan Hindraf dulu?

Tengok tak macam mana Al-Jazeera buat rakaman. Semua rakaman, adalah rakaman polis yang 'jahat'. Tetapi kes geng-geng hindraf bakar kereta apa semua, satu pun tak ambil. Ini semua kerana nak naikkan isu. Ye la, isu mana konon besar? Rakyat jahat atau kerajaan yang jahat?

Cara terbaik, baca semua berita dari semua pihak. Then korang buat lah rumusan korang sendiri.

Sometimes, observer is the first person you need.

Comment Here

Rabu, 13 Januari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 18 : Fakta Cinta

Assalamualaikum.


 It really does. To me, for now....

Cinta adalah benda yang setiap orang akan rasai, alami dan yang paling best, hayati. Cinta adalah benda yang boleh merubah pendirian seseorang dari rasional kepada tak rasional langsung pada saat kritikal, di situasi kritikal menggunakan pemikiran yang kritikal. Cinta boleh manjadikan seseorang yang manja kepada seseorang yang matang tanpa mengenal apa itu jurang antara satu sama lain. Cinta boleh merosakkan, memusnahkan dan ia juga, mampu menghidupkan padang pasir yang panas menjadi hutan malar hijau yang subur... Kerana.. Cinta.. Cinta itu buta.

Ya. Cinta itu buta. Cinta tak kenal harta, pangkat, kekayaan, keturunan, umur, warna kulit dan.......




















Jantina.

Comment Here

Isnin, 11 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu 24 (2010) AJL 24. [Komen]

Assalamualaikum.


Tralala

Petang pukul 6 aku rasa gila mengantuk. Tahan-tahan then tertidur selepas solat magrib. Bangun-bangun pukul 9, roomate aku merengek nak bermanja dengan aku. Maksudnya nak kuar makan dengan aku lah. Then- then aku pergi la makan kat kedai belakang. Sedar-sedar, kedai tu buka Tv3 siarkan Anugerah Juara Lagu 24.

Aku sebenarnya tak berminat dengan benda-benda Juara Lagu ni. Tapi bila dari dulu aku perasan 'teknik' dan style program ni macam gempak je, aku rasa macam berminat. Nak- nak bila pengacara dia gila sempoi masa iklan AJL. Ya mesti anda perasan kan 3 pengacara tu cam bergaduh. So comel lah bila aku tengok gelagat tiga pengacara yang memang sempoi, aku rasa macam nak stick je kat kedai tu.

So apa yang aku nak komen? Apa aku nak kritik? Apa aku nak perli? Well, I love to critic all but this. Yang ni, AJL, aku rasa ianya tak perlu di kutuk. Ianya amat comel. I like it. What a nice program untuk bersantai.

1. Pentas.

Dari Budiey

Props dia nice. Tempat dan semuanya aku rasa agak not bad. =)

Kalau kita perhatikan betul-betul, style dia umpama style MTV Music Award. Cuma yang kurangnya pixel video-video yang berlangsung as backgroud stage tu agak tak berkualiti. Kerana MTV award kalau tak silap aku dia guna projector dan gambar memang nampak real. Kalau masa tu siapa yea nyanyi aku dah lupa dia pasang slide pasal gambar pada waktu malam, memang nampak macam real sight je. Dan lah bergerak meamng cun lah. But oh well for AJL , its a really good start btw.

Dan about pentas dan tempat, aku memang suka style diaorang dengan menggunakan tema origami kertas dan warna rainbows. Tema yang sebelum ni memang tak akan difikirkan lah. Nice one.

2. Pengacaras.
Terbaik. Ya. Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar memang terbaik. Lawakk mereka bertiga ni nampak relax dan tak basi. Ally nampak comel je. Aku memang dari dulu suka style Ally sebab nampak educated gila. Aku suka cara dia orang bergurau secara sarcastic. Kira gurau-gurau manja lah kan. Tak pun nampak macam dua lelaki sedang tonjolkan yang terbaik untuk memenangi hati si gadis. Dan ya nasib baik tiga orang ni yang jadi pengacara dan bukannya Nabil atau Apek. Tak nak lah pentas tu jadi sarkas.

3. Band/artists performances.
Aku tak nak komen banyak pasal Stacy. Sebab kalau aku komen, mesti kutuk dah la aku tak minat Stacy. Okay sebenarnya masa ni aku tengah makan nasi goreng cendawan. Perh nasi goreng dia agak sedap di situ. You know kedai belakang taman perumahan tu dah ada chef baru. Chef lelaki tentunya mesti la lelaki sebab lelaki pandai masak dari perempuan. Bab bestnya nasi goreng tu, dia punya cendawan gila la banyak. And style nasi goreng tu, perh. Then tambah pula dengan roti canai. Memang tak berguna lah diet aku. Who cares about diet bila kita boleh makan dengan happy.
 

Sing-sing

Okay sorry lari tajuk. Dari mula hingga akhir, aku perasan banyak juga la suara yang tak sama antara suara record dan suara atas pentas. Tak semua. Yang sama pun, Faizal Tahir, Black dan Yuna kot.

Band yang aku tak-tahu-apa-situasi-sebenar adalah masa band Hujan tengah perform. Masa tu aku perasan ada dua mamat cool tengah menari perh agak berani. Memang kaw gila dua orang ni kasi headbagging. Aku ingatkan mamat tu dah nak jatuh kelantai dah tapi tak ya memang tak. Nak kata kehadiran dua mamat cool tu memang dah rancang, macam tak pulak ye la apa kes menari bawah pentas and style dia, memang gig ah. Aku rasa tu fan Hujan yang gila-gila. Then aku terfikir pula, tak akan lah security tak halang, agak mustahil lah program besar macam ni tak ada security lah kan?

Then tiba-tiba, makin ramai orang yang masuk. Dah pulak tu, aku tak nampak langsung kalau-kalau antaranya adalah securiti. Well mereka mungkin pakai baju biasa. Tapi bila tengok diaorang menari memang cam serentak. Aku boleh kata lah 50% dah di rancang. Okay cakaplah kau tak tahu, Mr K. Kan mudah.

[Update] Okay Hujan nak tiru style Black Eyed Peas mungkin. Tengok sini. Agak sebijik. And BEP punya diaorang buat waves gila nice. Aku ingatkan awek comel berbaju biru tu gila. Tapi last-last OMG so cool. Korang patut tengok. Agak 'perh' di situ. Thank to Aida for the link. And for band Hujan dan Noh. Hey Noh apahal kau buat muka macam tak tahu apa-apa sambil jungkit bahu. But nice one, Hujan. Keep it up, keep the indie up. =)

Bab Dato Siti Nurhaliza nyanyi lagu bersama Lan tu, agak ramai gila tak suka. Katanya tak kena gaya. Tapi aku tak nak komen apa-apa sebab aku tak tengok opening.

Yang aku tahu, ada orang cakap muka Black dah makin putih.

*********
*********

And the rest, this program is totally happening. Congrate to Tv3. Aku tak pernah minat benda-benda ni dulu, tapi ni memang banyak perubahan, you. Congrats gak kepada Aizat, Faizal Tahir, Yuna, dan lain lain. =)

Orang tanya, apahal isteri Rais naik pentas?

P/s : Aku rasa ramai gila orang tengah update blog pasal AJL skarang ni.




Sedikit lari dari topik


 Gambar oleh Laila- Jihad

Masa nak balik tu. Gua nampak lah satu group awek-awek comel duk situ biasalah perempuan, tak bergossip, bergossip. Tak bergossip pun bergossip. Okay tak mereka tengah makan juga.

Then gua perasan satu awek. Bersinar-sinar je awek tu. Wink wink bak kata orang. Gua pergi dekat. "Bidadari jatuh ke bumi ke?" kata hati kecil gua.

Then selepas pandang-pandang, baru gua perasan, sorang gadis yang dulunya tak pakai tudung, kini dah pakai tudung. Shawl maksud gua. See? She is totally cute. In fact, all girls are cute with tudung. Siapa section E dan F mesti kenal dia lah. Dan juga beberapa senior. =)


Hais

Dia dah nangis-nangis cakap kat aku suh jangan letak nama dia. Takut market naik tinggi sangat sampai tak termampu nak layan sms. Btw, if you still wanna get her, you need a bigger gun now, A***. Haha!


Okay guys. Esok dah start klas. So aku memang mungkin update blog seminggu skali atau yang sebegitu tah. Bergantung pada tahap kebizian aku. Tapi, walau buzy, aku boleh update sebab aku dah ada banyak entri yang tunggu masa nak publish je. So sorry kalau tak update sangat. Have a nice life. Jangan lupa maafkan orang lain sebelum tidur. Chow.

Comment Here

Ahad, 10 Januari 2010

Kerana Lelaki Dan Perempuan di Ciptakan Untuk Satu Sama Lain

Assalamualaikum.


Nur al Huda. 

Kalau tak silap aku, aku pernah terima email macam ni dulu-dulu. Tapi masa tu aku tak pernah layan langsung forward-forward mesej bab-bab Islam sebab kebanyakkannya adalah haox dan rekaan semata-mata. Tak kurang juga ianya hanyalah dicipta untuk menakut-nakutkan umat Islam. Yang aku pelik, kebanyakkanya orang Islam sendiri yang reka.

Tapi bila aku jumpa article yang sama di sebuah forum (check Banner Exchange aku), dan bila aku hayati ayat-ayat dia, perh. Memang agak terasa di situ.

So kalau korang suka menghayati sesuatu benda nak-nak perkataan, korang patut hayati ayat-ayat di bawah. Well, bukan selalu aku 'berdakwah'. Komen aku ada di bawah artikle ni;

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.


The best part starts here.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, Maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. javascript:void(0)

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk belakangnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah…
wasalam..


***********
***********


Ya this Huda is cute.

 Seumur hidup aku, aku hanya pernah jumpa dua orang je gadis yang tak pernah pakai seluar. Maksud aku dia pakai kain dan bukan tak pakai apa-apa. Seriously, its one in a quadrillion.  Macam mana aku tahu? Aku tahu apabila dia cakap dalam rumah dia, seluar hanya untuk ayah dia.

Bak kata Cik Epal, alang-alang nak buat jahat, buat lah yang superb. Alang-alang nak pakai seluar ketat, patut pakai legging ni. Why not? Apa lagi reasons seseorang tu pakai ketat kalau bukan nak suruh lelaki tengok? Haha!

Dulu, bila ada org pakai purdah, laju-laju aku cakap "Kat Malaysia pun pakai purdah, kalau kat Mesir lain lah. Diaorang pakai purdah sebab tak nak kasi habuk masuk". Tapi bila aku baca article ni baru aku faham.

Well, bagi yang dah lama lepak kat blog aku, mesti tau aku macam mana. Bagi yang kenal aku secara real-life, mesti dah faham cara aku. Aku pun macam lelaki biasa. Style biasa, keadaan biasa. Aku tak lebih-lebih aku tak kurang-kurang. Aku tak baik. Dan aku tak lah jahat sangat. Tapi aku sensitif terhadap aurat. Maksud aku sensitif bukanlah anti herhadap orang yang free hair atau apa-apa. Senstitif maksud aku, adalah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan. Aku sensitif bab tu. Aku tak tahu kenapa.

"The girl that wear hijab, taking care of their aurat, solat 24/7 but, gives her body to her boyfriend is the most disgusting girl in the world, even for ringan-ringan. If you want to be the nice, be nice. If not, don't hypocrite by using all those solat, aurat and hijab." - Most of lelaki.  (forum)


What say you? Have a nice day and happy weekend. 

Comment Here

Sabtu, 9 Januari 2010

Bila Lelaki Boleh Tahu Perempuan Dah Tak Dara/ Virgin

Assalamualaikum.

Ini adalah entri 21sx. Sesiapa yang masih belum berumur 21 dan ke atas, jangan mengada-ngada nak baca. Aku masuk tahun ni, dah berumur 25 tahun. Ehem. Tunggu masa je nak kawin. Ehem ehem. Duit nuffnang dah cukup untuk buat honeymoon. Ehem ehem ehem.

<3 hurts.


Baru-baru ni aku periksa keyword-keyword dari Google yang membawa searcher masuk ke blog aku. Dan memang tak leh blah bila ada yang search "Cara mengetahui gadis dara" oh God tak ada benda lain ke nak search. Pulak tu memang akan adalah yang di usuli dengan, "Betul ke lelaki tahu perempuan tak dara?" then "Tips kenali perempuan dara dari luaran" then "Beza perempuan virgin" then "Fizikal gadis tak dara luaran" then then sebagainya.

Tidak terkecuali ada makhluk yang buta IT pergi search macam tengah berborak je bila dia search "Iye ke lelaki boleh tahu wanita dara atau tak?? aduhhh". Penuh dengan emosi di situ. Aku bet yang search tu perempuan dan dia sedang dalam masalah seperti curang kat bf dia atau dia dah tidur dengan lelaki lain. Teet!

Btw, sila baca "Kenapa dara itu penting" di sini. Agak tergelak aku baca jawapan yang pertama. Sungguh lelaki. Comel je semua yang komen tu.


 State of mind?

Bila aku tulis ni, aku teringat saat-saat indah aku ketika lepak-lepak di tempat kutip market kat Micet. Tempatnya adalah di hadapan bangunan 4 tingkat berselebalah dengan dewan kuliah. Dari situ, korang boleh lihat student-student datang ke kelas sebab 80% yang datang ke kelas akan lalu di situ. Yang datang dari hostel akan datang dari kiri dan yang dari luar akan datang dari kanan.


Masa lepak-lepak antara lelaki, akan ada punyalah jejaka berbunyi "Perh, cun siot awek tu. Mesti junior". Atau pun "Eh lawa awek tu. Mesti bukan batch kita kan?" Perh. Kiranya gadis junior akan sentiasa cun dari senior. Memang tak boleh blah.

Situasi,
Akan ada punyalah yang cakap;
"Tengok awek tu. Siku dia hitam la, bukan ke siku hitam tu maksudnya tak dara?"

Dari ayat di atas, ada dua benda aku nak cakap. Satu, memang betullah menutup aurat boleh hindarkan kita daripada fitnah dan ke dua, itu adalah benda yang mengarut. Kita tak boleh menilai seseorang hanya dengan luaran.

Antara article yang amat-amat famous untuk dijadikan point nak-tahu-awek-tak-dara adalah ini;

Antara 'cara-cara' atau 'tip-tip' (yang kononnya betul) untuk mengetahui seseorang tu dara atau tak adalah;

1. Agak hitam rambutnya, hitam bulu matanya, hitam bola matanya.
2. Agak putih badannya, putih giginya, putih kedua telapak tangannya.
3. Agak kemerah2an bibirnya, kemerah2an pipinya, kemerah2an gusinya.
4. Agak sedang kepalannya, dagunya, sedang payudaranya, semerbak keringatnya, harum bau mulutnya, hidungnya dan badannya.
5. Melihat kelicinan dahi, pipi, sesung pipit, rambut, warna mata.
6. Cara berjalan.
7. Wajah awek yang berseri-seri.
8. Bentuk badan menjadi makin menarik.
9. Melihat siku dan lutut serta bahagia-bahagian lain.

45% point isi dan bahagian badan dari artikel sebenar telah di buang oleh aku kerana ianya terlampau dewasa. Article ni bukan di tulis oleh aku. Comment aku di tulisan warna hijau.

DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila tak dara licinnya hilang. Justru yang timbul kedutan (garis-garis) yang jarang nampak. Kedutan karana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimakan usia. Botox? Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bicara, sementara kedutan kerana dimakan usia senantiasa nampak dan kekal. Jangan dihilangkan dengan sembarang minyak, walaupun di zaman sekarang ada bermacam-macam minyak.

Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi gadis yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betul2 niscaya nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak begitu nampak (terang).

HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, ujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh ujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci ujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat ujung hidung anak perempuan, merahkan? Tricky gila soalan. Macam lah boleh tahu dara atau tak.

MATA

Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati. Sempat lagi bermadah penulis ni.

Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, cute kah dan sebagainya. Terkadang kita memandang wanita cantik dibagian luar saja, tapi bagian dalamnya sudah habis, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba tengoklah matanya. Bila bagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (tanda memar) bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. Lebam yang menunjukkan tidak suci nampak semacam garis2 hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkeriput (berkedut). Gadis yang masih suci matanya berseri2, tidak ada warna hitam, lebam mahupun garis2. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedut (berkeriput) , bergaris dll. Wallohu a’lam.(yg dimaksud lebamnya mata bukan kerana kurang tidur loh. )

TELINGA

Telinga termasuk salah satu panca indra yang digunakan untuk mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. Di negeri China telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit didalam tubuh seseorang. Betul ke kat China tabib guna telingat? Bukan ke diaorang guna pergelangan tangan untuk periksa nadi? Gadis yang tidak pernah disentuh oleh laki2, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit(lovebite) atau dicium dan disentuh, secara otomatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat.

GARIS TELAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan kerana mungkin di sebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua telapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika di pecet langsung menanjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan telapak tangan kanan, jika ada garis putus2 bagian tengah berarti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus2 berarti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba gengam ibu jari tangannya sebentar saja kira2 satu minit, bila disaat megengam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, berarti ada harapan masih suci. Ini adalah impossible. Bila di gengam mestilah darah akan lari. Dan tu juga yang mengakibatkan kebas. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat berarti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang. Tipu tipu

Cuba pegang erat jari kelingkingnya, kira2 satu minit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan ? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf banyak2, kemungkinan ia tidak suci lagi. Tapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar2 atau ada rasa sakit seperti berdenyut2. This is too stupid. Im speechless

JARI TELAPAK TANGAN

Dengan jari2lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan, begitu pula halnya jari2 perempuan, jari2 adalah kawasan yang paling mendasar untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah, terlebih dahulu berjabat tangan, selama berjabat tangan remas2lah tangannya, kalau laki2 bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari2 gadis itu boleh di remas2 berarti peluang untuk memegang tempat2 yang lain terbuka lebar. Cuba jari2 gadis itu di belai2 dan di remas2 dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu? Part ni, ianya terlampau stereotype. Tak elok buat andaian mudah macam tu

Sentuhan lelaki dijarinya memang membawa satu rasa yang nimat dan birahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke tempat yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tidak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil bergandengan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu terbiasa di sentuh atau tidak, Cuba ulurkan tangan dan bersalaman dengannya, selama bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan resah berarti besar kemungkinan dia masih suci. Jika disaat jari kelingkingnya disentuh dia nampak rilex saja, dan tak mau bicara, besar kemungkinan kesuciannya sudah lenyap. Macam yang aku cakap tadi, jangan mudah buatandaian

PERUT

Peribahasa mengatakan biar pecah di perut jangan pecah di mulut, begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah kegadisannya, pasti pecah perut. Bila gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit. Oleh kerana gadis yang belum pernah melakukan hubungan badan pinggangnya masih ramping dan perutnya masih kempis. Mengapa perut menjadi buncit sedikit? Di saat gadis itu melakukan hubungan badan sudah barang tentu gadis itu sampai ke puncak (organism), di saat sampai ke puncak gadis itu tidak tahan dan menahan dibagian perut. Otot2 bagian perut menahan ke puncak dengan daya tahan yang sangat tinggi dan kuat. Ketika itulah perut itu mengembang dan setelah melakukan hubungan badan perutpun membuncit. Gadis yang masih suci pada umumnya perutnya masih lembut. Bagi yang sudah pernah berhubungan, kulit perutnya agak kasar sedikit. Ada juga yang menjadi keras sebab hormon2 dan lemak mewujudkan gumpalan dibagian bawah dinding perut. 10% orang bersetuju yang gadis tak dara akan mempunyai abdoman di perut yang agak megembung. Well, aku no komen

RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang rapi, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bergairah. God! Rejoice? FollowMe? Hair and Shourlder? Syampoo!

Di zaman nenek moyang kita dulu, mungkin masih ada yang diamalkan sampai saat ini. Ketika seorang gadis hendak dinikahkan, ahli penghias pengantin terlebih dahulu memotong rambut didahi, ditekuk dan disebelah belakang telinga kiri dan kanan. Rambut2 inilah yang oleh mereka disebut rambut perawan. Dengan menggunting rambut2 ini, mereka mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilobangi dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam artinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya. Alhamdulillah nampaknya ada harapan kegadisannya masih ada. Okay kalau macam tu semua yang buat rebonding rambut memang dara ah

BIBIR

Percaya atau tidak bahwa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir kebibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis lembam (bengkak) atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak tampak pucat dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah kena cium akan nampak lembam walaupun hanya satu kali saja, dan dapat merubah bibirnya juga terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir seperti irisan jeruk. Bila gadis itu tidak suci lagi, bagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi nampak kalau diperhatikan betul-betul. Ada pula yang mengatakan gadis tidak suci ketika ia tertawa bibirnya nampak lebih lebih besar dari pada tidak tertawa dan bibir bawah tampak keluar dari pada bibir yang atas.

Keterangan:
(bibir yang kering walaupun diusap (disolek) dengan gincu, bibir tetap kering. Cara membasahi bibir untuk menutup prasangka bahwa ia tidak suci lagi, oleskan minyak kelapa pada bibirnya tiap pagi, biarkan minyak kelapa meresap dalam bibir selama setengah jam. Insya Allah bibir gadis itu kelihatan berminyak dan tidak lembam. Bibir yang sudah lembam jangan diolesi minyak kelapa. No komen. Aku tak faham langsung dia tulis apa. Tapi yang aku tahu ianya tak betul.. kot

LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, artinya perempuan itu pernah disentuh laki-laki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan kerana tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. bila gadis itu sering sering diusung lelaki( gila maut ayat. ), maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil dilubang romanya dan warna lembab kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang bulu roma tampak jelas dileher, ini juga berarti gadis itu sering disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang (jenjang), cuba perhatikan dibagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang artinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini berarti perempuan itu sudah beranak (pernah melahirkan).

PIPI

Wanita yang tidak suci lagi wajahnya tidak berseri-seri, pipi gadis yang masih suci senantiasa menggairahkan dan merah segar. Kalau pipi gadis yang pernah dicium warna kemerah-merahan akan hilang. Kalau pipi itu merah kerana dicium ayah atau saudara sekandung maka tidak membahayakan terhadap kesucian gadis tersebut. Cuba perhatikan betul-betul pipi gadis yang tidak perawan lagi terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas/tampak. Walau bagaimanapun pipi gadis yang pernah kena cium masih tetap cantik, akan tetapi kalau sudah biasa dicium/disentuh laki-laki, lesung pipinya kurang dalam dan terdapat satu garis disebelah lekuk lesung pipinya.

Gadis yang masih suci, bila berbicara disekitar pipi kanannya maupun kiri cepat berpeluh, dan peluh ini akan keluar walaupun ditempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak kecuali dilap dengan tissue. Cuba perhatikan bagian tepi telinga seorang gadis. Dibagian itu terdapat anak rambut yang halus dan lembut. Apa bila gadis itu tidak suci lagi, anak rambut itu tidak akan gugur, tetapi masih tetap ada, namun menjadi keras bahkan kasar. Apabila ditiup angin anak rambut itu nampak begitu kasarnya dan disisi pipi kelihatan agak gelap walaupun gadis itu berkulit hitam manis. God! Aktiviti harian boleh merubah semua tu.

Rajin betul korang baca benda mengarut ni panjang-panjang. Well, nak baca tak apa. Tapi dont ever give a shit of it.

Persoalannya di sini, tips-tips yang dinyatakan ni betul ke? Hell no. Its bullshit. Dan adakah anda tahu implikasi dari benda-benda macam ni yang boleh membawa fitnah? Hey bear in mind. fitnah gadis suci berzina dosanya lagi tinggi dari membunuh. Bercakap berpandukan tips-tips diatas boleh membawa kepada fitnah secara tak langsung. Serious shit korang tak perasan.

Toxic output.

Sebelum aku menulis entri ni, aku dah tanya beberapa lelaki tak kira lelaki tu dah berkahwin atau tidak. Dan majoritinya mengatakan "Jangan percaya sangat. Kebanyakkanya adalah kebetulan". Tak kurang juga yang kata ia adalah mainan dunia maya je. Iye lah orang melayu memang suka benda-benda camni bak kata Fahim.

So para searcher yang terdesak nak tahu, Ada ke caranya nak tahu samaada perempuan tu dara atau tak? Ya tentu sekali ada. Ada tiga cara nak tahu samaada gadis tu masih dara atau tak iaitu;

1. Tanya.
Ya anda boleh direct terus tanya kat gadis tu. Paling kurang pun akan dapat lempangan. Dan jangan cari aku kalau tu yang korang dapat.

Dan kalau si gadis tu dah ada boyfriend dan anda bukan boyfriend dia serta anda tanya soalan maut tu, anda mungkin akan dapat bukan sekadar lempangan.

2. Kahwin dengan gadis tu.
Kawin dan buat lah apa yang patut.

3. Siasat.
Siasat betul-betul gadis tu. Kalau dia dah berkahwin dan ada sorang, dua atau lebih anak then dia kata dia still dara memang dia tak pandai menipu.

So kesimpulannya, dari luaran korang tak boleh tahu samaada seseorang gadis tu masih dara atau tidak.  Ditambah lagi dengan keadaan zaman sekarang termasuk antiviti lasak harian, masalah, stress, situasi, jenayah dan apa-apa je lah yang boleh merubah bentuk badan si gadis. So, tips tu? Tips your head.


Self destruct

Hentikan spekulasi, stereotype dan stigma dalam masyarakat. Dan secara tak langsung menghentikan fitnah ke atas para gadis. Tergamak betul mengata bukan-bukan kat makhluk ciptaan Tuhan yang satu ni. Walaupun mereka semua lampi dan slow, suka menyusahkan serta gedik tak bertempat, mereka tetap cute. Tapi jangan salahkan lelaki kalau lelaki asyik pandang perempuan cute. Mereka hanya menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Pahala.

[Update] Tak dara di sini adalah dah melakukan seks dan bukannya dengan kehilangan secara kemalangan.

Dara tak menjamin kebahagiaan rumahtangga.- Abetan. The done is done.- De. Enough is enough.- LO.


Comment Here

Jumaat, 8 Januari 2010

Bila Jiwang Tak Ah Menjadi Isu


Love is...


Love is a strong word, easy to spell, difficult to define and impossible to live without.
Love is a language spoken by everyone, but understood only by a heart.

So, lets make love. Haha!


Comment Here

Rabu, 6 Januari 2010

Liku-liku Menjadi Seorang Lelaki Yang Setia Kepada...

Assalamualaikum


Gadis beruniform sentiasa cun

Tahun 2001*

1 tengah hari.

Hari ni hari pertama aku di angkat taraf menjadi Pengawas Sekolah.


Well,

Jangan tanya bagaimana aku boleh jadi Pengawas Sekolah. Yang aku tahu, samaada aku terlalu berkaliber atau cikgu-cikgu dah tak ada pilihan lain. Biasalah, lelaki kan makhluk limited. Unik.


Lelaki selekeh kadang-kadang cool
 

Tahun 2002*

Tingkatan 5. 

10.20 am.

Dengan baju biru di iron tak berapa nak kemas, tie di ikat longgar, baju di luar seluar dan rambut kusut masai, aku berlari tanpa memandang belakang.

Aku berlari dengan pantas. Pantas seolah-olah sedang mengejar pencuri yang baru sahaja meragut beg gadis cantik. Kalau difikirkan, sedikit pantas dari dari Edward Cullen.

Dua orang lelaki yang berlari di hadapan ku masih tekun berlari. Seorang berkulit sawo matang dan seorang lagi muka ala-ala korea. Tidak mampu aku kalahkan kelajuannya. Dasar genatik pelarian.

Aku umpama mengikut kemana saja mereka pergi dalam pelarian. Mereka belok ke kanan, aku belok ke kanan. Mereka ke kiri, aku ke kiri.

“Panjat doe, panjat” jerit lelaki pendek berkulit sawo matang itu dengan tiba-tiba sambil menunjuk ke arah dinding pagar belakang sekolah. Ada tag nama “Ketua Pengawas” tertulis di bajunya.

Aku panjat tanpa banyak soal. Tak di nafikan agak susah nak panjat pagar sekolah zaman sekarang memandangkan ianya di design untuk tidak boleh di panjat.

Aku pijak palang pintu pagar sambil kaki kiri ku memijak lekukan di dinding pagar. Pusingkan badan, dan jatuh ke bawah. Tak sakit. Tak sakit.

“Nasib baik tak kena tangkap” kata pelajar yang satu lagi yang muka ala-ala Korean sambil tersengih dan membetulkan tag ‘Penolong Ketua Pengawas Lelaki’ di bajunya.

“Aku repot dekat cikgu disiplin. Tengok arr” Terdengar suara gadis menjerit lantang di sebalik pagar sekolah bahagian dalam. Muka dia gila garang tapi comel. Itu lah dia Ketua Pengawas Perempuan memerangkap kawan baik Effa. Suaranya bunyi kelelahan akibat kejar kitaorang tadi.

“Kau datang skolah lewat setiap hari boleh pula.” Kata si Ketua Pengawas dengan relax tanda melawan. Gadis garang comel tu terus diam. Memang berkaliber punya ketua.

“Perempuan... sentiasa slow” Tambah aku pula.

“Kau, Am****(Nama belakang aku), Kau jangan nak lebih-lebih. Masuk cepat!” Jeritnya sambil memandang ke arah ku. Memang garang jauh lagi garang dari Nisa. Kecomelan tak boleh dinafikan.

"Tak nak" Jarang sebenarnya aku mengabaikan permintaan gadis tetapi kali ni, aku terpaksa.

"Aku bagi tau cikgu kau tak jaga perhimpunan pagi tadi! Kau datang skolah lewat. Perhimpunan nak habis baru kau datang kan?" Balasnya. Comel still ada.

"Mana ada, aku datang awal lah."

"Tipu tipu. Kau suka tipu aku. Tak habis-habis dengan penipuan kau" Jeritnya sambil buat muka.

Aku terkejut. Pertama kali aku di panggil penipu.

Aku berjalan perlahan ke arah gadis comel tu. Aku tanggalkan spek mata dengan perlahan sambil menghampirinya. Kini aku dan dia hanya dipisahkan dengan pagar chain link.

"Pernah ke aku menipu kau?" Kata ku lembut sambil cover suara. Si lelaki pendek berkulit sawo matang dan yang bermuka ala-ala Korea tengah mengekek menahan ketawa.

"Arrrh!" Kebengisannya muncul. "Kau! Aku tak kira. Aku bilang sampai 10 kalau kau tak masuk gak, siap." Dia menjerit tapi tak nampak menakutkan pun.

"Satu!" Dia mula membilang.

"Dua!" Sambung Si kulit sawo matang. Sambil tergelak-gelak.

"Tiga!" Si muka Korea mengikut rentak.

Dan yang tak tahannya boleh pula gadis garang tu pergi sambung sebut "Empat".

"Mengada-ngada nak bilang sampai 10. Bilang sampai tiga sudah la" Kata aku sambil berjalan menuju ke arah kedai makan.



Gadis akan nampak comel bersama cardigan 
dan bertudung,

Gadis tu dah geram gila dah.

Aku ignore dia. Aku duduk, pesan makanan dan terus makan bersama Ketua dan Penolong Ketua Pengawas.

Dia perempuan. Pakai kain. Tak akan panjat pagar punya lah.

"Kau tau tak. Kau tu pengawas. Tapi rambut panjang, baju tak tuck in, lompat pagar, datang sekolah lewat, ponteng sekolah, tak jaga perhimpunan. Aku report kau kat cikgu tengok ar biar kau kena pecat. Ketua dan penolong pun sama je." Dengar gadis tu bebel dari jauh.

Aku pandang dia. Kemudian aku senyum dengan sinisnya.

"Kau! Aku jamin kau mesti kena pecat!" Sambungnya lagi.








Ke esokkanya aku dilantik menjadi Ketua Group Pengawas.

Kesian gadis tu.

Comment Here

Selasa, 5 Januari 2010

Pengiklan Blogger Lelaki Diperlukan. Gatsby.

Assalamualaikum.

Anda lelaki? Macho? Tak macho? Tak macho tak apa. Rupa tak penting asalkan beharta.

Anda ada blog? Bagus. Pandai menulis blog dan sudi review product (Gatsby Deodorant for men)?

Jika anda berminat untuk mengiklan product ini di blog anda, emailkan ke doinkjac@gmail.com.

Lelaki sahaja.

Comment Form Closed