Ahad, 21 Februari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 22 : Cinta (Bahagian 2)

Assalamualaikum

The moon and the impossibility

Many people say, "Don’t ever stay with a guy/girl who makes you cry cause the one who is, won't ever do so”.

But I've learned that on one night, when the moon asked me "If he/she hurts and makes you cry so much why don’t you leave him/her?"

I would answer... "Moon, could you ever leave your sky after what the sky did to you?"

I bet the moon will speechless then. 


Favorite. A realy-really great song.

Sometimes, we simply forgive someone because we still love and need them in our life.

Sabtu, 20 Februari 2010

Skandal, Cinta Bersegi-segi dan Putus Kawan Serta... [18sx]

Assalamualaikum

Di ambil dari InfoMaya.net.
'Aku' dalam cerita ini bukan aku. Bukan juga The Other Aku.


******


Hi all

Scandal

Alkisah masa muda dulu-dulu

Semasa berada dalam army dulu memang laa aku ni jenis penakut dengan pompuan, walaupun umur dah 26 tahun.

Kehidupan sorang army semua orang tahu tak dapat lari displin. Dari soal pakaian hingga cara berjalan. Aku ni bukan lah ketegori hensom sangat, sedang-sedang gitu. Aku jenis penakut nak ngorat pompuan so tak adalah awek. So tengok je lah kawan-kawan aku berkepit ngan awek masing-masing.

Dipendekan story.

Tiap2 malam aku dan kawan-kawan aku lepak kat gerai makan station keretapi Ipoh pada masa tu.(Skg entah ada ke tak ada lagi gerai-gerai tu). Selalunya aku bersama 3 lagi kawan aku. Kami cukup intim berempat ni. Semua se-kepala.

Dalam lepak dan makan tiap-tiap malam kat situ salah sorang daripada kami menjadi perhatian sorang awek.

Rupa-rupanya kawan aku ni, Si H menjadi perhatian sorang awek beruniform yang jugak selalu lepak makan-makan kat situ setiap malam. Awek ni keja kat balai polis kat situ. Orangnya kecil molek. Hitam manis. Cantik.

So si H ni pun mulalah ber-dating ngan awek ni. Sejak dari itu si H jarang laa kuar makan ngan kami, selalu kuar makan ngan awek dia je. Tinggal laa kami bertiga. Sebagai kawan, kami beri peluang kat H bermesra-mesra dengan awek nya. Kami tak kisah.

Satu hari Si H ambik cuti kecemasan. Balik kampung kerana kematian bapanya. Lama jugak Si H kat kampung. Awek si H ni, cepat je berubah hati suka lak ngan kawan aku, L. So, si L pun layan jugak lah tak nak kecilkan hati dia. Biasanya si L kena laa temani awek ni makan-makan. Tinggal aku berdua. Kami tak kisah.

 
Flirt 
Nak jadikan cerita si L ni pulak kena pegi main hoki di penang sebagai wakil unit kami. Tinggal la kami berdua je. Si H pulak antar msg kat unit minta sambung cuti 2 minggu lagi. So jadi sebulan le si H kat kampung. Awek ni tinggal lonely le sekarang...

Satu malam sedang aku ngan kawan aku makan kat gerai station keretapi tu, awek tu antar nota melalui kawan dia. Minta nak jumpa aku kat balai polis yang tempat dia sedang bertugas. (Siapa org ipoh tau le ada balai polis tak jauh ngan station keretapi tu)

Aku serba salah. Nak pegi dengan tidak. Tapi last-last aku buat gak keputusan pegi jumpa awek tu.

Cam biasa laa, awek ni nak aku jadi teman dia sebab sepi tak ada si H dan si L. So aku pun jadi lah teman no 3 nya. Sekarang tinggal si J belum lagi jadi teman dia. Tapi aku jenis tak kedekut. So aku minta awek ni terima juga si J sama.

Dia setuju. (WTF?)

Selama si H dan si L tiada, aku dengan si J jadi teman awek ni.

Jadi sekarang dengan rasmi kami berempat ni adalah teman awek tu. Macam tak percaya realiti yg ada depan kami. Tapi oleh kerana kami berempat ni dah intim teman sekoley lagi pun dah lama berkawan sejak pusat latihan rekrut dulu, so tak ada masalah untuk terima awek ni sebagai girlfriend kami berempat. Kami akhirnya dapat terima dengan baik.

Aku (Bukan Mr K), H, L dan J terlalu mesra dan rapat dengan awek ni. Tiap-tiap malam kami berlima makan kat gerai keretapi tu. Awek ni, kami panggil dengan panggilan manja Has je. Ada awek ni adalah kami berempat. Awek ni cam suka lak ada empat bf dalam satu masa. Takat cium, romen, ringan-ringan tu semua kami berempat dah rasa. Tapi ikut turn le. Kena one-two-som. Hehehee.

Kami berempat merancang nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pada mulanya kami tak nak awek ni ikut kami bercuti. Tapi bila bagi tau kat awek ni. Dia mati-mati nak ikut kami. Kami pun setuju dia ikut kami bercuti.

Pendekkan story...

Sampai kat Pulau pangkor kami berlima sewa chalet utk 2 hari. Semua tertanya-tanya cam mana bila nak tidur nanti. Adakah awek ni tidor ngan kami berempat?

Iyer. Kami berempat tidor dengan awek ni. Tapi untuk aktiviti ringan dan berat kami ikut giliran. Gila sporting. Tapi itulah realiti beb.

Aku ngan H untuk giliran pertama. L ngan J giliran kedua. Kami tak lak aksi-aksi ganas sbb dia awek kami beb. Masing2 kami berempat dapat sorang 2 kali untuk selama dua hari kat Pulau Pangkor tu.

Balik dari Pulau Pangkor hubungan kami tetap cam biasa. Masing-masing ada peruntukan dan giliran masing-masing. Sehingga lahh.. J kawan aku tu membuat pengakuan dengan rela hati nak ambik dia sebagai isteri. Kami mulai renggangkan hubungan dan memberi laluan kepada J.

J mengilkat tali pertunangan ngan si Has ni.

Bermula dari sini lah hubungan kami dengan J serta Has renggang dan renggang... Sehingga lah Hasliza buat kerenah putus tunang dengan J dan kahwin dengan orang lain. Sampai sekarang bila masing--masing dah resigned army aku tak dengar kabar berita lagi tentang Has, si awek polis tu.




Moral of the story : Bila nak bermadu, jangan bermadu dengan kawan.



Khamis, 18 Februari 2010

Brit Award 2010

Assalamualaikum


Max your speaker. Put off your ears but this. Feel it. 'Touch' it (In your dreams).Yes. She is damn hot. 'Look' at her voice. 'Look' at her voice. So unbelievable. She is khunsa probably. But that is not the only gift she got. Gift? Wtf. Haha!

Lady Gaga, why the hell you are so cute.

Isnin, 15 Februari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 21 : Cinta

Assalamualaikum



"Cinta susah nak datang. Cinta juga sukar diperolehi. Tetapi sekali kita dapat cinta yang sukar diperolehi itu, ianya amat susah untuk pergi.

Tapi kan, sekali cinta yang susah nak diperolehi itu pergi, perh, pedih sial."

Nice quote and saying, Z. Anyone?

Sabtu, 13 Februari 2010

Bila Dah Bajet Bagus

Assalamualaikum

 Act nice.
TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam.
Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini.

Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan.

Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.

Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.

“Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji di sekolah.

“Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya,” kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.

Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.

Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini.

“Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin,” katanya.

Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.

Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.

“Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.

“Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini,” katanya.

Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.

Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

Macam yang aku pernah cakap dulu. Belajar agama tinggi-tinggi tak pernah bermaksud lagi bagus dari yang belajar agama tahap biasa.

Jumaat, 12 Februari 2010

Surviving Valentine's Day as A Single

Assalamualaikum

How to enjoy being single

Everybody is on romance-dating except you? 

How to break up


How to lie and being a good liar.

Ini yang paling kelakar.

Perhatian kepada semua student UniKL Micet. Malam ni (11 Feb), ada 'party' "M. Cinta bersempena Valentine's Day" Semua di jemput hadir di DK2. Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis dan berkongsi ilmu.

"Mesti ramai awek cun punya lah"

Rabu, 10 Februari 2010

(Ayah) Aku Cuma Nak Bagi Tau 20 - No Blogging

Assalamualaikum
Blogger? 

Ini mengingatkan aku kepada situasi minggu lepas.

Perbualan talipon.

Ayah aku : Yo Mr K, apa khabar?

Aku : Kabar baik. Biasa-biasa je..

Ayah aku : Study macam mana?

Aku : Boleh la. Minggu depan ada test.

Ayah aku : OOooo. Study betul-betul. Ni tengah buat apa? Tido ke?

Aku : Tak de la. Just tengah main tenet.

Ayah aku : Main MySpace ke?

Aku : Tak der la. Main FaceBook je. Dah tak main Myspace dah. Hehe.

Ayah aku : OOoo Okay. Nak main internet tak apa. Nak main Facebook pun tak apa. Tapi ingat, jangan main blog.

WTH...

Aku harap famili aku still tak tahu yang aku ada blog..


Sejak AdukaTeruna dan Raja Petra jadi femes, dah ramai sangat dah orang pandang serong pada blogger. Damn.

Ahad, 7 Februari 2010

(7000) Hari Mencari Cinta 1

Assalamualaikum
How to find love?

Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Yang berlagak atau yang suka cari pasal. Kalau ada pun, hanya kebetulan. Betul-betul kebetulan.

Terutama sekali kau, Fahim.

Nombor (Hari) yang di nyatakan adalah hari dari peristiwa yang benar yang dikira mengikut hari. Tapi still, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Terutama sekali kau, Faiq.

Sial.

Hari 1
Teringat...Teringat lagi zaman aku di lahirkan. Aku ingat-ingat lupa. Tapi aku rasa aku masih ingat. Ianya tak adalah pathetic sangat.

Hari 1807
Seperti yang anda semua tahu, aku tak menangis pada hari pertama aku masuk tadika. Begitu juga ketika aku di marahi dan memarahi guru-guru cantik yang sedang mengajar. Aku relax je. Tenang. Muka tak kisah. Jantung aku pun bedegup kadar normal.

Tapi.. Kusangka hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke malam.

Ianya bermula pada Hari 2013

Hari 2013
Dah 2013 hari aku hidup. Hampir 6 tahun umur aku.

Dan pada hari itu, adalah hari yang tak nak berapa indah. Burung-burung tidak menyanyi seperti biasa. Gadis-gadis sekolah menengah tak pergi ke sekolah seperti kebanyakkan.

Selepas memarahi seorang cikgu perempuan yang tak boleh menyebut ‘r’ dengan betul, aku keluar dari kelas sambil menghempas pintu dengan kuat. Menangis-nangis cikgu tu mintak maaf. Kalau dah nama perempuan. Mesti suka menangis.

Bukan salah aku hendak memarahinya sebegitu. Tapi mood aku hari ini agak tidak baik. Bukan kerana datang bulan. Bukan juga kerana masalah keluarga. Tapi aku moody di sebabkan memikirkan apa yang pengetua tadika aku sarankan semalam, iaitu Hari 2012.

Hari 2012.
"Awak berbakat. Lagi pun awak akan dapat ini kalau awak sanggup buat." Kata pengetua tadika ku sambil menunjukkan model aksi SpellBinder dan Ultroman Taro.

Iman aku tergugat. Tapi tak. Aku masih boleh mengawal nafsu aku. Iman di dada sentiasa kukuh.

"Bagaimana dengan ini?" Kata pengetua sambil menunjukkan patung Camila Bordonaba yang dalam cerita Chiquititas. Satu-satunya drama Argentina yang meleret-leret yang aku minat gila-gila. Ceritanya cool seperti cerita Cave of The Golden Rosses.

Iman tu apa?

"Apa yang perlu awak buat hanyalah duduk bersimpul" katanya.

Dia maksudkan bahawa aku perlu menjadi pegantin lelaki di hari graduation sebab tema pada hari itu adalah perkahwinan. Graduation day tadika bertemakan perkahwinan? Wtf. WTF?


Hari 2021
Pagi yang indah. Aku sedang sibuk menghasilkan model prototype Pandora Space Ship dengan menggunakan Lego kecil-kecilan.. Well, masa tu kapal-kapal angkasa tak wujud lagi.

"Awak ek yang akan kahwin dengan saye?" Terdengar satu suara dari belakang. Satu suara lunak serak-basah bak suara Fasha Sandha. Comel. Aku ingatkan Fasha Sandha yang tanya. Tapi masa tu Fasha belum di kenali lagi.


Aku pandang dia. Seorang gadis comel dari kelas sebelah rupanya.

"Awak Mr K kan?" Tanya dia dengan penuh kepastian. Aku agak terkenal di tadika ku. Bukan kerana pernah berak di dalam kelas. Bukan juga kerana pernah kencing di dalam seluar. Aku tak buat benda-benda yang korang selalu buat dulu-dulu tu.

"Ya saye Mr K. Awak siapa?"

Dia diam.

Senyumannya terukir di bibir.

Lesung pipitnya teserlah indah.

"Nama saye... Cinta."

Bersambung....

Comment Here



Sabtu, 6 Februari 2010

Jadilah Selfish Bila Masa Tertentu Untuk Orang Tertentu.

Assalamualaikum

Pic shows all

Aku teringat lagi masa aku muda-muda dulu.

Adik perempuan aku pernah tanya aku soalan yang tak boleh blah berbunyi "Mr K, kau bila nak kahwin?" Ya aku tahu soalan dia agak tipikal sebenarnya untuk lelaki seusia aku ketika ini.

"Aku nak suruh ayah pilihkan." Aku jawab dengan selamba. Alah. Budak-budak, aku cakap apa-apa pun, bukan dieorang reti fikir sangat.


Then dia membalas "Kenapa nak suruh ayah cari? Kau tak mampu cari sendiri ke?" Hah! Comel kan?

Ya. Nasib baik ianya adalah adik aku dan bukannya roomates atau colleague atau classmate atau what ever. Hais. Adik aku ni mulut lebih kurang. Entah belajar dari siapa lah. Abang-abang dia baik-baik dan sopan santun semua.

Rindu Setengah Mati

So bercakap pasal perkahwinan pilihan famili, apa pendapat anda?

Cinta tu wujud bila pilihan famili tu hansem/cantik? Cuba bayangkan kalau famili korang nak satukan korang dengan seseorang yang... tak hensem. Atau super tak hensem serta super duper tak hensem. Adakah korang akan terima?

Beauty is in the eyes of beholder mungkin? Adakah benda ni boleh di apply bagi lelaki? Tetapi bagi perempuan? Money always comes first?

Lelaki bukan mencari gadis yang perfect. Tetapi dia mencari seseorang yang membuatnya suka pandang. Dengan kata lain, si lelaki suka menatap wajah di gadis yang dia cintai walaupun bagi lelaki lain muka gadis itu umpama ogre.

 
I know its kind of late, but 
happy birthday Arianna Bvlgarigirl

Perempuan? Aku tak pasti.

Serta, relevan lagi kah perkahwinan tanpa mengenal hati budi pada masa sekarang? Lelaki muka suci. Muka baik. Tetapi perangai kat-kat nak sama ngan setan dah. Same goes to perempuan yang betudung labuh tetapi belakang macam-macam buat. Aku bukan mempertikaikan keperabadian gadis bertudung dan lelaki bermuka suci. Cuma, aku bercakap mengenai keadaan semasa yang dah tak sama seperti dulu. Same goes to "Don't ever judge a book by its cover."

So, aku nak tanya anda semua. Sanggupkah anda tinggalkan kekasih anda yang bersama anda ketika ini semata-mata dengan pilihan keluarga yang hensem/cantik yang ber-gred AAA, 10/10, berpewatakan elok cukup agama dan sesuai dengan anda?

Well, jika anda menjawab "Ya", anda tak boleh salahkan orang lain yang selfish bila nak dapatkan seseorang yang lagi baik dari yang sedia ada. Orang lain pun sama seperti anda yang tinggalkan kekasih demi pilihan keluarga yang tinggi agama serta kredibiliti.

Atau dengan kata lain, if there is something better, why the hell we're looking for the worse?

Comment Here