Memaparkan catatan dengan label Mencari Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencari Cinta. Papar semua catatan

Ahad, 7 Februari 2010

(7000) Hari Mencari Cinta 1

Assalamualaikum
How to find love?

Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Yang berlagak atau yang suka cari pasal. Kalau ada pun, hanya kebetulan. Betul-betul kebetulan.

Terutama sekali kau, Fahim.

Nombor (Hari) yang di nyatakan adalah hari dari peristiwa yang benar yang dikira mengikut hari. Tapi still, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Terutama sekali kau, Faiq.

Sial.

Hari 1
Teringat...Teringat lagi zaman aku di lahirkan. Aku ingat-ingat lupa. Tapi aku rasa aku masih ingat. Ianya tak adalah pathetic sangat.

Hari 1807
Seperti yang anda semua tahu, aku tak menangis pada hari pertama aku masuk tadika. Begitu juga ketika aku di marahi dan memarahi guru-guru cantik yang sedang mengajar. Aku relax je. Tenang. Muka tak kisah. Jantung aku pun bedegup kadar normal.

Tapi.. Kusangka hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke malam.

Ianya bermula pada Hari 2013

Hari 2013
Dah 2013 hari aku hidup. Hampir 6 tahun umur aku.

Dan pada hari itu, adalah hari yang tak nak berapa indah. Burung-burung tidak menyanyi seperti biasa. Gadis-gadis sekolah menengah tak pergi ke sekolah seperti kebanyakkan.

Selepas memarahi seorang cikgu perempuan yang tak boleh menyebut ‘r’ dengan betul, aku keluar dari kelas sambil menghempas pintu dengan kuat. Menangis-nangis cikgu tu mintak maaf. Kalau dah nama perempuan. Mesti suka menangis.

Bukan salah aku hendak memarahinya sebegitu. Tapi mood aku hari ini agak tidak baik. Bukan kerana datang bulan. Bukan juga kerana masalah keluarga. Tapi aku moody di sebabkan memikirkan apa yang pengetua tadika aku sarankan semalam, iaitu Hari 2012.

Hari 2012.
"Awak berbakat. Lagi pun awak akan dapat ini kalau awak sanggup buat." Kata pengetua tadika ku sambil menunjukkan model aksi SpellBinder dan Ultroman Taro.

Iman aku tergugat. Tapi tak. Aku masih boleh mengawal nafsu aku. Iman di dada sentiasa kukuh.

"Bagaimana dengan ini?" Kata pengetua sambil menunjukkan patung Camila Bordonaba yang dalam cerita Chiquititas. Satu-satunya drama Argentina yang meleret-leret yang aku minat gila-gila. Ceritanya cool seperti cerita Cave of The Golden Rosses.

Iman tu apa?

"Apa yang perlu awak buat hanyalah duduk bersimpul" katanya.

Dia maksudkan bahawa aku perlu menjadi pegantin lelaki di hari graduation sebab tema pada hari itu adalah perkahwinan. Graduation day tadika bertemakan perkahwinan? Wtf. WTF?


Hari 2021
Pagi yang indah. Aku sedang sibuk menghasilkan model prototype Pandora Space Ship dengan menggunakan Lego kecil-kecilan.. Well, masa tu kapal-kapal angkasa tak wujud lagi.

"Awak ek yang akan kahwin dengan saye?" Terdengar satu suara dari belakang. Satu suara lunak serak-basah bak suara Fasha Sandha. Comel. Aku ingatkan Fasha Sandha yang tanya. Tapi masa tu Fasha belum di kenali lagi.


Aku pandang dia. Seorang gadis comel dari kelas sebelah rupanya.

"Awak Mr K kan?" Tanya dia dengan penuh kepastian. Aku agak terkenal di tadika ku. Bukan kerana pernah berak di dalam kelas. Bukan juga kerana pernah kencing di dalam seluar. Aku tak buat benda-benda yang korang selalu buat dulu-dulu tu.

"Ya saye Mr K. Awak siapa?"

Dia diam.

Senyumannya terukir di bibir.

Lesung pipitnya teserlah indah.

"Nama saye... Cinta."

Bersambung....

Comment Here