Ahad, 28 Februari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 23 - The Ugly Truth

Assalamualaikum

Male brain

Aku layan cerita The Ugly Truth tadi. Dan quote yang aku paling tertarik dalam cerita tu adalah yang di ucapkan oleh Mike yang berbunyi;
"Woman would have us to believe that they are the victims at all time"

Yup. Kalau satu couple break up. Orang mesti bajet lelaki yang buat hal. Kalau lelaki dan perempuan bergaduh, orang mesti kata lelaki start gaduh. Kalau ada kes rogol mesti orang kata lelaki yang buat. Eh?

Tapi kan, aku memang tak puas hati kat lelaki bila masuk bab rogol. Kenapa perlu rogol-rogol? Mintak elok-elok tak boleh ke?

But still, that Mike got the point. Kalau korang tak setuju, korang mesti seorang perempuan. Haha!

Jumaat, 26 Februari 2010

Takdir Vs Kebetulan.

Assalamualaikum


Semuanya berkenaan pada Tahun 2009 dan 2010+.

Let see;

1. 1 Muharam (Maal Hijrah) = Hari Jumaat

2. Aidill Adha = Hari Jumaat

3. Christmas = Hari Jumaat

4. New Year = Hari Jumaat

5. Dan hari ini, Maulidul Rasul = Hari Jumaat

6. 1 Sha'ban tahun ini = Hari Jumaat

7. Raya Aidilfitri tahun ni = Hari Jumaat

8. Asyura = Hari Jumaat

9. 21.12.2012 (2012) Hari banyak gempa bumi = Hari Jumaat

10. Gerhana Bulan & Gerhana Matahari = Hari Jumaat* (By Intan)

11. Wesak & Depavali = Hari Jumaat* ( By Huda)

Well, ianya adalah kebetulan. Nampak cute je semua kena pada hari Jumaat.

Apa lagi peristiwa yang akan jatuh pada hari Jumaat?


Khamis, 25 Februari 2010

Review Wayang : The Book Of Eli [18PL] ( 25 Feb 2010)

Assalamualaikum

The Book Of Eli

Dah lama gila aku tak bercakap pasal wayang. Well, kalau tak silap aku, hari ini, 25 hb February, movie bertajuk The Book Eli bakal keluar di panggung wayang. Oh hell yeah, this movie is really great even it is 18PL dan agak menyentuh isu agama.

Actually, aku dah tengok movie The Book Of Eli ni dalam dua hingga tiga minggu lepas. Bukan wayang tetapi DVDrip punya. Download of course.

So, memandangkan aku dah tengok, mari aku review sikit.

Eli

Overall Personal Rating : 8.5/10

Sysnopsis (Translate dari Google dan sedikit edit)

Eli (Denzel Washington) telah berjalan selama 30 tahun. Dia berjalan ke Barat dari seluruh Amerika selepas perang dahsyat yang mengubah bumi menjadi sebuah gurun. Dunia telah menjadi sebuah tamadun manusia di mana orang harus membunuh atau dibunuh. Seluruh kawasan pula adalah milik kumpulan-kumpulan yang merompak, membunuh untuk air, sepasang kasut, sedikit roti dan perempuan. Korang boleh nampak yang pada masa tu, semua yang tinggal adalah dah lain macam. Even kanibal pun ada.

Dan keadaan pada masa tu sememangnya tak ada peraturan. Jumpa orang, tak puas hati, bunuh. Jumpa awek, rogol. Jumpa orang ada senjata, rampas. Dan, orang yang berpengaruh adalah yang paling best. Dengan kata lain, semua peraturan adalah imune terhadap orang yang berpengaruh di sesebuah bandar. Oh ya, zaman tu, negara tak wujud dah. Yang wujuh hanyalah bandar-bandar kecil yang di ketuai oleh perompak. 

LOL

Dan siapa Eli? Eli adalah seorang yang pakar membunuh demi melindungi sebuah buku yang satu-satunya tinggal di dunia.

Selepas perang dan "Big Flash"(perang nuclear mungkin), Eli dipandu oleh kekuatan luar biasa (Jesus?) untuk buku yang tersembunyi dan diberi tugas melindungi buku itu dan membawanya ke destinasi akhir iaitu di barat. Eli menjaga buku dengan nyawanya, sebab dia tahu buku adalah satu-satunya harapan bagi umat manusia untuk masa depan (kononnya). Dan pada masa yang sama, ada seorang lagi yang perpengaruh yang sanggup buat apa saja demi buku tu. Kenapa buku tu penting? Sebab dengan buku tu, dia boleh jadi 'Tuhan'. Again, why? Kerana buku tu adalah Bible. Satu-satunya Bible yang ada di dunia pada masa itu. So sesiapa yang ada buku tu, amat mudah untuk dia pengaruhi pemikiran orang ramai. Its great kalau dalam cerita Bible tu adalah Al-Quran kan?

Story line cerita ni amat best. Masa mula-mula, korang akan blur habis. Then pelahan-lahan korang akan faham tentang pathway dia.

Cerita ini tidak cakap banyak. Tak seperti Sasha G yang kuat bebel. Mulut tak reti nak diam. Tak "less talk, more action" langsung. Tak seperti cerita ni yang banyak actions.

Bagai mana pula dengan isu agama?

Actually, isu agama tak ada sangat dalam cerita ini. Cuma buku tu adalah Bible. Tak ada ayat-ayat dalam bible pun yang keluar kalau tak silap aku kecuali pada penghakhiran cerita. Serta, ianya nothing.

Secara keseluruhan, aku memang recommend korang untuk tonton movie ni panggung wayang terdekat.  

 
Solomon Kane

Minggu depan akan keluar movie Solomon Kane. Juga movie yang berkaitan dengan agama? Entah lah tetapi aku rasa tidak. Yanga aku tau, ianya mungkin menarik. Mesti tengok.



Sebab-Sebab Kenapa Tak Akan Ada 'Boys Over Flower Malaysia'.

Assalamualaikum
Hana Yori Dango

Boys Over Flower ke, Boys Before Flowers ke, atau apa-apa jadah pun tak kisah lah. Yang aku tau, bila aku check-ckeck Google Analytic blog aku, aku dapati ada orang search "Boys Over Flowers Malaysia". Oh what the hell is that? Boys Over Flowers Malaysia? There is no such thing. Why?

Banyak reason yang boleh aku kategorikan kenapa tak akan wujud punyalah Boys Over Flowers Malaysia.

Mari kita tengok kenapa;


Gadis sekarang sukakan duit.

Work for money

Kamu, kamu, kamu dan kamu amat sukakan duit. Aku juga sukakan duit. And because of that, its always become Money Before Boys dan Money Over Flowers.

Apa? Anda ingat perempuan zaman sekarang boleh jatuh cinta ke kalau korang main kasi bunga. Ini bukan zaman P. Ramlee. Zaman P. Ramlee dulu mudah je; Nampak awek, kenyit-kenyit mata, kasi bunga, nyanyi-nyanyi then kawin. Dah tu, masa nyanyi, bab peluk pokok mesti ada. Tak boleh blah.

Jejaka F4 semua kaya-kaya. Jejaka Malaysia kaya-kaya juga ke? Kaya habiskan duit mak bapak adalah.

Lelaki Malaysia lebih maskulin dan romantic berbanding F4.

 Mamat rambut bergulung. 

Korang tengok mamat rambut bergulung tu. Key point dia di sini, "rambut bergulung". Ini malaysia. Kau buat rambut bergulung memang tak ubah seperti ayam jantan. Kalau standard cool seperti Allycats tak apa juga. Ni tak, kalau di buat je, mesti kena gelak.

Dah tu, mamat rambut bergulung ni tak pandai langsung mengurat awek. Pulak yang tak boleh tahan, taste dia terhadap perempuan gila teruk. Banyak-banyak awek lawa, yang tak lawa tu juga la yang dia pilih. Dah la tak pandai pilih, mengurat awek pun tak pandai. Tengok je lah mamat Lee Min Ho  dalam cerita tu. Nak mengurat awek bukan kemain susah. Tengok pula jejaka kat Malaysia. Mudah je nak tackle awek. Jumpa je yang berkenan, ajak minum-minum then terus masuk bilik. Settle.

Mat rempit.

Tu belum kira bab jejaka Malaysia suka modify motor. Terpampang kemaskulinan lelaki ketika me-modify motor tersebut. Budak-budak F4 reti buat apa?

Lelaki Malaysia Semua baik-baik. 

Macho la tu

Ingat lagi tak mamat rambut bergulung tu layan perempuan macam mana. Awek comey bagi kek, dia amik dan lempar kat muka. Awek nak mandi kat kolam, dia pi letak sampah dan itik. Awek susah hati nangis jalan sorang-sorang, si rambut gulung buat derk je. Punya lah jahat perangai. Ya perangai dia jahat tapi semua gadis yang menonton still suka kat lelaki rambut bergulung tu. (Tak faham betul aku. Bila dah handsome, semua perangai jahat di kata baik. Hais.)

Kalau kat Malaysia mana ada macam tu. Lelaki nya semua baik-baik, lemah lembut, peramah, pemurah dan sebagainya. Awek comey kasi kek, si lelaki konfem-konfem amik. Awek nak pi mandi, si lelaki join sekaki. Awek tengah susah hati then jalan sorang-sorang tengah sejuk, si lelaki nampak terus bawak masuk bilik. See? Lelaki Malaysia memang baik.

Trend kawin dengan lelaki tua.

Duda kahwin dengan si Dara.

F4 menjadi famous di sebabkan banyak awek yang sukakan dieorang. Tetapi, member aku yang kat Kuala Lumpur cakap, perempuan zaman sekarang suka kat lelaki yang telah berusia. Lagi best kalau suami orang. Kenapa? Sebab mereka matang dan banyak pengalaman. Banyak duit tak terkecuali.

So boleh tak korang banyangkan kalau kumpulan F4 terdiri dari pakcik-pakcik tua bangka yang perasan hensem? Tu belum kira yang tak ada rambut dan botak tengah. Dah kalau botak tengah, nak buat rambut gulung-gulung macam mana?

Lelaki Malaysia tak gay.

 Ni bukti dia lelaki tulen?
Then then aku selalu sangkakan yang mamat F4 tu gay. Ya la. Satu group, 4 orang. Muka semua gila jambu. Makan satu meja. Lepak satu tempat. Belajar satu bilik. Tak saspek apa-apa ke? Mana otak pemikiran negative korang?

F4 semua tak hisap rokok.

Cool

85% remaja lelaki Malaysia merokok. 15% tu lagi adalah nerd. Sejak bila F4 terdiri daripada nerd?

Pulak dah, kalau perokok, mesti nak merokok punya lah kat sekolah. Ingat pelajar lelaki-lelaki berlari lingkang pukang sebab apa kalau bukan sebab kantoi isap rokok? So kalau ahli F4 Malaysia, berlari sambil di kejar oleh cikgu disiplin yang tangannya ada rotan sebab merokok, memang tak macho ah. Tu belum kira panjat pagar lagi. Dan meraba. Meragut. Merempit.

Berangan

Awek dalam cerita Boys Over Flowers tu, dia rajin tolong mak ayah kat kedai dobi famili dia. Awek Malaysia? Rajin tengok cerita Korea je.

The quality?


Ahad, 21 Februari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 22 : Cinta (Bahagian 2)

Assalamualaikum

The moon and the impossibility

Many people say, "Don’t ever stay with a guy/girl who makes you cry cause the one who is, won't ever do so”.

But I've learned that on one night, when the moon asked me "If he/she hurts and makes you cry so much why don’t you leave him/her?"

I would answer... "Moon, could you ever leave your sky after what the sky did to you?"

I bet the moon will speechless then. 


Favorite. A realy-really great song.

Sometimes, we simply forgive someone because we still love and need them in our life.

Sabtu, 20 Februari 2010

Skandal, Cinta Bersegi-segi dan Putus Kawan Serta... [18sx]

Assalamualaikum

Di ambil dari InfoMaya.net.
'Aku' dalam cerita ini bukan aku. Bukan juga The Other Aku.


******


Hi all

Scandal

Alkisah masa muda dulu-dulu

Semasa berada dalam army dulu memang laa aku ni jenis penakut dengan pompuan, walaupun umur dah 26 tahun.

Kehidupan sorang army semua orang tahu tak dapat lari displin. Dari soal pakaian hingga cara berjalan. Aku ni bukan lah ketegori hensom sangat, sedang-sedang gitu. Aku jenis penakut nak ngorat pompuan so tak adalah awek. So tengok je lah kawan-kawan aku berkepit ngan awek masing-masing.

Dipendekan story.

Tiap2 malam aku dan kawan-kawan aku lepak kat gerai makan station keretapi Ipoh pada masa tu.(Skg entah ada ke tak ada lagi gerai-gerai tu). Selalunya aku bersama 3 lagi kawan aku. Kami cukup intim berempat ni. Semua se-kepala.

Dalam lepak dan makan tiap-tiap malam kat situ salah sorang daripada kami menjadi perhatian sorang awek.

Rupa-rupanya kawan aku ni, Si H menjadi perhatian sorang awek beruniform yang jugak selalu lepak makan-makan kat situ setiap malam. Awek ni keja kat balai polis kat situ. Orangnya kecil molek. Hitam manis. Cantik.

So si H ni pun mulalah ber-dating ngan awek ni. Sejak dari itu si H jarang laa kuar makan ngan kami, selalu kuar makan ngan awek dia je. Tinggal laa kami bertiga. Sebagai kawan, kami beri peluang kat H bermesra-mesra dengan awek nya. Kami tak kisah.

Satu hari Si H ambik cuti kecemasan. Balik kampung kerana kematian bapanya. Lama jugak Si H kat kampung. Awek si H ni, cepat je berubah hati suka lak ngan kawan aku, L. So, si L pun layan jugak lah tak nak kecilkan hati dia. Biasanya si L kena laa temani awek ni makan-makan. Tinggal aku berdua. Kami tak kisah.

 
Flirt 
Nak jadikan cerita si L ni pulak kena pegi main hoki di penang sebagai wakil unit kami. Tinggal la kami berdua je. Si H pulak antar msg kat unit minta sambung cuti 2 minggu lagi. So jadi sebulan le si H kat kampung. Awek ni tinggal lonely le sekarang...

Satu malam sedang aku ngan kawan aku makan kat gerai station keretapi tu, awek tu antar nota melalui kawan dia. Minta nak jumpa aku kat balai polis yang tempat dia sedang bertugas. (Siapa org ipoh tau le ada balai polis tak jauh ngan station keretapi tu)

Aku serba salah. Nak pegi dengan tidak. Tapi last-last aku buat gak keputusan pegi jumpa awek tu.

Cam biasa laa, awek ni nak aku jadi teman dia sebab sepi tak ada si H dan si L. So aku pun jadi lah teman no 3 nya. Sekarang tinggal si J belum lagi jadi teman dia. Tapi aku jenis tak kedekut. So aku minta awek ni terima juga si J sama.

Dia setuju. (WTF?)

Selama si H dan si L tiada, aku dengan si J jadi teman awek ni.

Jadi sekarang dengan rasmi kami berempat ni adalah teman awek tu. Macam tak percaya realiti yg ada depan kami. Tapi oleh kerana kami berempat ni dah intim teman sekoley lagi pun dah lama berkawan sejak pusat latihan rekrut dulu, so tak ada masalah untuk terima awek ni sebagai girlfriend kami berempat. Kami akhirnya dapat terima dengan baik.

Aku (Bukan Mr K), H, L dan J terlalu mesra dan rapat dengan awek ni. Tiap-tiap malam kami berlima makan kat gerai keretapi tu. Awek ni, kami panggil dengan panggilan manja Has je. Ada awek ni adalah kami berempat. Awek ni cam suka lak ada empat bf dalam satu masa. Takat cium, romen, ringan-ringan tu semua kami berempat dah rasa. Tapi ikut turn le. Kena one-two-som. Hehehee.

Kami berempat merancang nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pada mulanya kami tak nak awek ni ikut kami bercuti. Tapi bila bagi tau kat awek ni. Dia mati-mati nak ikut kami. Kami pun setuju dia ikut kami bercuti.

Pendekkan story...

Sampai kat Pulau pangkor kami berlima sewa chalet utk 2 hari. Semua tertanya-tanya cam mana bila nak tidur nanti. Adakah awek ni tidor ngan kami berempat?

Iyer. Kami berempat tidor dengan awek ni. Tapi untuk aktiviti ringan dan berat kami ikut giliran. Gila sporting. Tapi itulah realiti beb.

Aku ngan H untuk giliran pertama. L ngan J giliran kedua. Kami tak lak aksi-aksi ganas sbb dia awek kami beb. Masing2 kami berempat dapat sorang 2 kali untuk selama dua hari kat Pulau Pangkor tu.

Balik dari Pulau Pangkor hubungan kami tetap cam biasa. Masing-masing ada peruntukan dan giliran masing-masing. Sehingga lahh.. J kawan aku tu membuat pengakuan dengan rela hati nak ambik dia sebagai isteri. Kami mulai renggangkan hubungan dan memberi laluan kepada J.

J mengilkat tali pertunangan ngan si Has ni.

Bermula dari sini lah hubungan kami dengan J serta Has renggang dan renggang... Sehingga lah Hasliza buat kerenah putus tunang dengan J dan kahwin dengan orang lain. Sampai sekarang bila masing--masing dah resigned army aku tak dengar kabar berita lagi tentang Has, si awek polis tu.




Moral of the story : Bila nak bermadu, jangan bermadu dengan kawan.



Khamis, 18 Februari 2010

Brit Award 2010

Assalamualaikum


Max your speaker. Put off your ears but this. Feel it. 'Touch' it (In your dreams).Yes. She is damn hot. 'Look' at her voice. 'Look' at her voice. So unbelievable. She is khunsa probably. But that is not the only gift she got. Gift? Wtf. Haha!

Lady Gaga, why the hell you are so cute.

Isnin, 15 Februari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tau 21 : Cinta

Assalamualaikum



"Cinta susah nak datang. Cinta juga sukar diperolehi. Tetapi sekali kita dapat cinta yang sukar diperolehi itu, ianya amat susah untuk pergi.

Tapi kan, sekali cinta yang susah nak diperolehi itu pergi, perh, pedih sial."

Nice quote and saying, Z. Anyone?

Sabtu, 13 Februari 2010

Bila Dah Bajet Bagus

Assalamualaikum

 Act nice.
TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam.
Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini.

Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan.

Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.

Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.

“Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji di sekolah.

“Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya,” kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.

Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.

Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini.

“Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin,” katanya.

Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.

Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.

“Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.

“Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini,” katanya.

Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.

Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

Macam yang aku pernah cakap dulu. Belajar agama tinggi-tinggi tak pernah bermaksud lagi bagus dari yang belajar agama tahap biasa.

Jumaat, 12 Februari 2010

Surviving Valentine's Day as A Single

Assalamualaikum

How to enjoy being single

Everybody is on romance-dating except you? 

How to break up


How to lie and being a good liar.

Ini yang paling kelakar.

Perhatian kepada semua student UniKL Micet. Malam ni (11 Feb), ada 'party' "M. Cinta bersempena Valentine's Day" Semua di jemput hadir di DK2. Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis dan berkongsi ilmu.

"Mesti ramai awek cun punya lah"

Rabu, 10 Februari 2010

(Ayah) Aku Cuma Nak Bagi Tau 20 - No Blogging

Assalamualaikum
Blogger? 

Ini mengingatkan aku kepada situasi minggu lepas.

Perbualan talipon.

Ayah aku : Yo Mr K, apa khabar?

Aku : Kabar baik. Biasa-biasa je..

Ayah aku : Study macam mana?

Aku : Boleh la. Minggu depan ada test.

Ayah aku : OOooo. Study betul-betul. Ni tengah buat apa? Tido ke?

Aku : Tak de la. Just tengah main tenet.

Ayah aku : Main MySpace ke?

Aku : Tak der la. Main FaceBook je. Dah tak main Myspace dah. Hehe.

Ayah aku : OOoo Okay. Nak main internet tak apa. Nak main Facebook pun tak apa. Tapi ingat, jangan main blog.

WTH...

Aku harap famili aku still tak tahu yang aku ada blog..


Sejak AdukaTeruna dan Raja Petra jadi femes, dah ramai sangat dah orang pandang serong pada blogger. Damn.

Ahad, 7 Februari 2010

(7000) Hari Mencari Cinta 1

Assalamualaikum
How to find love?

Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Yang berlagak atau yang suka cari pasal. Kalau ada pun, hanya kebetulan. Betul-betul kebetulan.

Terutama sekali kau, Fahim.

Nombor (Hari) yang di nyatakan adalah hari dari peristiwa yang benar yang dikira mengikut hari. Tapi still, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Terutama sekali kau, Faiq.

Sial.

Hari 1
Teringat...Teringat lagi zaman aku di lahirkan. Aku ingat-ingat lupa. Tapi aku rasa aku masih ingat. Ianya tak adalah pathetic sangat.

Hari 1807
Seperti yang anda semua tahu, aku tak menangis pada hari pertama aku masuk tadika. Begitu juga ketika aku di marahi dan memarahi guru-guru cantik yang sedang mengajar. Aku relax je. Tenang. Muka tak kisah. Jantung aku pun bedegup kadar normal.

Tapi.. Kusangka hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke malam.

Ianya bermula pada Hari 2013

Hari 2013
Dah 2013 hari aku hidup. Hampir 6 tahun umur aku.

Dan pada hari itu, adalah hari yang tak nak berapa indah. Burung-burung tidak menyanyi seperti biasa. Gadis-gadis sekolah menengah tak pergi ke sekolah seperti kebanyakkan.

Selepas memarahi seorang cikgu perempuan yang tak boleh menyebut ‘r’ dengan betul, aku keluar dari kelas sambil menghempas pintu dengan kuat. Menangis-nangis cikgu tu mintak maaf. Kalau dah nama perempuan. Mesti suka menangis.

Bukan salah aku hendak memarahinya sebegitu. Tapi mood aku hari ini agak tidak baik. Bukan kerana datang bulan. Bukan juga kerana masalah keluarga. Tapi aku moody di sebabkan memikirkan apa yang pengetua tadika aku sarankan semalam, iaitu Hari 2012.

Hari 2012.
"Awak berbakat. Lagi pun awak akan dapat ini kalau awak sanggup buat." Kata pengetua tadika ku sambil menunjukkan model aksi SpellBinder dan Ultroman Taro.

Iman aku tergugat. Tapi tak. Aku masih boleh mengawal nafsu aku. Iman di dada sentiasa kukuh.

"Bagaimana dengan ini?" Kata pengetua sambil menunjukkan patung Camila Bordonaba yang dalam cerita Chiquititas. Satu-satunya drama Argentina yang meleret-leret yang aku minat gila-gila. Ceritanya cool seperti cerita Cave of The Golden Rosses.

Iman tu apa?

"Apa yang perlu awak buat hanyalah duduk bersimpul" katanya.

Dia maksudkan bahawa aku perlu menjadi pegantin lelaki di hari graduation sebab tema pada hari itu adalah perkahwinan. Graduation day tadika bertemakan perkahwinan? Wtf. WTF?


Hari 2021
Pagi yang indah. Aku sedang sibuk menghasilkan model prototype Pandora Space Ship dengan menggunakan Lego kecil-kecilan.. Well, masa tu kapal-kapal angkasa tak wujud lagi.

"Awak ek yang akan kahwin dengan saye?" Terdengar satu suara dari belakang. Satu suara lunak serak-basah bak suara Fasha Sandha. Comel. Aku ingatkan Fasha Sandha yang tanya. Tapi masa tu Fasha belum di kenali lagi.


Aku pandang dia. Seorang gadis comel dari kelas sebelah rupanya.

"Awak Mr K kan?" Tanya dia dengan penuh kepastian. Aku agak terkenal di tadika ku. Bukan kerana pernah berak di dalam kelas. Bukan juga kerana pernah kencing di dalam seluar. Aku tak buat benda-benda yang korang selalu buat dulu-dulu tu.

"Ya saye Mr K. Awak siapa?"

Dia diam.

Senyumannya terukir di bibir.

Lesung pipitnya teserlah indah.

"Nama saye... Cinta."

Bersambung....

Comment Here



Sabtu, 6 Februari 2010

Jadilah Selfish Bila Masa Tertentu Untuk Orang Tertentu.

Assalamualaikum

Pic shows all

Aku teringat lagi masa aku muda-muda dulu.

Adik perempuan aku pernah tanya aku soalan yang tak boleh blah berbunyi "Mr K, kau bila nak kahwin?" Ya aku tahu soalan dia agak tipikal sebenarnya untuk lelaki seusia aku ketika ini.

"Aku nak suruh ayah pilihkan." Aku jawab dengan selamba. Alah. Budak-budak, aku cakap apa-apa pun, bukan dieorang reti fikir sangat.


Then dia membalas "Kenapa nak suruh ayah cari? Kau tak mampu cari sendiri ke?" Hah! Comel kan?

Ya. Nasib baik ianya adalah adik aku dan bukannya roomates atau colleague atau classmate atau what ever. Hais. Adik aku ni mulut lebih kurang. Entah belajar dari siapa lah. Abang-abang dia baik-baik dan sopan santun semua.

Rindu Setengah Mati

So bercakap pasal perkahwinan pilihan famili, apa pendapat anda?

Cinta tu wujud bila pilihan famili tu hansem/cantik? Cuba bayangkan kalau famili korang nak satukan korang dengan seseorang yang... tak hensem. Atau super tak hensem serta super duper tak hensem. Adakah korang akan terima?

Beauty is in the eyes of beholder mungkin? Adakah benda ni boleh di apply bagi lelaki? Tetapi bagi perempuan? Money always comes first?

Lelaki bukan mencari gadis yang perfect. Tetapi dia mencari seseorang yang membuatnya suka pandang. Dengan kata lain, si lelaki suka menatap wajah di gadis yang dia cintai walaupun bagi lelaki lain muka gadis itu umpama ogre.

 
I know its kind of late, but 
happy birthday Arianna Bvlgarigirl

Perempuan? Aku tak pasti.

Serta, relevan lagi kah perkahwinan tanpa mengenal hati budi pada masa sekarang? Lelaki muka suci. Muka baik. Tetapi perangai kat-kat nak sama ngan setan dah. Same goes to perempuan yang betudung labuh tetapi belakang macam-macam buat. Aku bukan mempertikaikan keperabadian gadis bertudung dan lelaki bermuka suci. Cuma, aku bercakap mengenai keadaan semasa yang dah tak sama seperti dulu. Same goes to "Don't ever judge a book by its cover."

So, aku nak tanya anda semua. Sanggupkah anda tinggalkan kekasih anda yang bersama anda ketika ini semata-mata dengan pilihan keluarga yang hensem/cantik yang ber-gred AAA, 10/10, berpewatakan elok cukup agama dan sesuai dengan anda?

Well, jika anda menjawab "Ya", anda tak boleh salahkan orang lain yang selfish bila nak dapatkan seseorang yang lagi baik dari yang sedia ada. Orang lain pun sama seperti anda yang tinggalkan kekasih demi pilihan keluarga yang tinggi agama serta kredibiliti.

Atau dengan kata lain, if there is something better, why the hell we're looking for the worse?

Comment Here

Rabu, 3 Februari 2010

Kisah Menyayat Hati : Lelaki yang Di Paksa Kahwin dengan Pilihan Keluarga.

Assalamualaikum.

Not a word

Aku ada dua orang kawan. Mereka berdua bercouple antara satu sama lain. Si Lelaki adalah perempit yang ganas. Dan Si Gadis adalah gadis ayu yang memang ayu ah. So memang boleh di katakan mereka berdua pasangan yang amat-amat sweet. Sweet.

Tapi semuanya berubah setelah Si Lelaki di paksa berkahwin dengan gadis pilihan family. Nak tak nak, Si Lelaki terpaksa putuskan segala hubungan dengan si Gadis.

Kesian dia.

Aku melihat gadis tu. Comel la juga. Dalam 6/10 rating aku (Better than ordinary girls). Boyfriend dia memerankap kawan aku tu terpaksa tinggalkan dia demi pilihan famili. Aku tak faham, Si Lelaki mat repit. Apa barang kawin dengan pilihan famili? Tak rempit langsung.

Duhh. Setiap malam Si Gadis tu menangis. Iye la. Siapa tak sedih bila kekasih hati berkahwin dengan orang lain, kan?

So, nak di jadikan cerita  beberapa hari lepas, aku jumpa lah si lelaki ni. Dia aku tengok biasa-biasa je. So aku memberanikan diri bertanya perihal tersebut.

"Kau, aku dgr kau dah nak kahwin dengan pilihan keluarga. Awek kau macam mana?" Aku memulakan bicara.

Dia pandang aku.

Diam seribu bahasa.

Dengan nada yang tenang dia membuka mulut "Mr K, aku terpaksa. mak ayah aku membesarkan aku dari kecil. Semua kemahuan aku, mereka turuti. "

Kemuadia aku mencelah "Tapi..." belum sempat aku sambung, dia dah mencelah balik. Eish

"Tak ada tapi-tapi Mr K. Kau tau kan aku ni anak yang macam mana. Aku degil. isap rokok, rempit dan tak dengar kata. So apa salahnya kalau aku ikut cakap parent aku at least sekali.

Jelas suaranya. Ada nada-nada sedih di situ. Sebak aku mendengarnya.

"Tapi aku kesian gak doe dengan awek kau. Terus di lepaskan tanpa seurat benang tak bertali." Jelas ku.

Aku memandang dia. Tajam menusuk mata dia.

Dia menundukkan muka.

"Aku terpaksa... Aku harap kau faham. Aku pun harap dia faham. Mungkin dah di takdirkan aku dan dia tak ada jodoh"

"Kau pernah jumpa gadis pilihan parent kau tu?"Tanya ku. Tangan ku dah menungkat dagu. Keningku terangkat sikit tanda bersemangat gila.

"Tak....."

Semangat aku hilang. Kening aku jatuh balik. Aku menyandarkan badan ke arah dinding kedai. Kalau ada rokok mesti nampak cool sket.

"So, kau sure ke yang dia sememangnya di ciptakan untuk mengisi kekosongan di rusuk kiri mu". 
Perh. Bermadah aku di situ.

"Ya Mr K. Dan aku akan terima dia seadanya...."

Aku speechless. Aku tak rasa aku mampu nak meyakinkan dia agar menolak pilihan family dia.

"Tapi aku still tak puas hati. Kau tak sepatutnya tinggalkan awek kau just sebab famili kau inginkan gadis lain."

Dia diam. Kaku

"Kenapa kau tinggalkan awek kau sebenarnya ni?" Tambah aku lagi.

Kemudia dia tersengih-segih.

Sambil menunjukkan gambar gadis comel gred AA ber-rating 9/10, dia berkata "Ni la bakal isteri aku. Hehehe"

Terpampang gambar gadis yang lagi hot dari awek dia yang sekarang.

"Kau patut suruh mak kau carikan kau isteri doe. Baru best sebab ibu bapa sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Hahaha!" 

He is so dasat. Agak-agak korang, benda macam ni normal? Well, perasaan boleh di pupuk.

Comment Here

Isnin, 1 Februari 2010

Aku Dah Malas Nak Tulis Blog. Titik. Man U Menang.

Barang import katanya lagi berkualiti dari tempatan.

Hais. Sibuk sibuk sibuk.

Mulut cakap sibuk tetapi mata boleh je layan movies.
Mulut cakap sibuk tetapi kaki boleh je bergoyang-goyang kat kedai makan untuk suatu masa yang lama walaupun tiada rokok dihidupkan.
Mulut cakap sibuk tetapi jejari sepuluh ku boleh je surf-surf Facebook tanpa henti.

Hais.

Aku dah malas nak tulis blog. So, tak ada mood dan tak ada idea. Keseronokan berblog aku rasa dah hilang. Kalau dulu, happening gila berblog. Tetapi sejak bulan 7 tahun lepas, semua macam berubah sebab semua masuk U/kolej/kerja/penanam anggur. So aku boleh katakan, banyak dari followers aku dan blogger yang lain dah berhenti berblog.

Quality beats the quantity

Kalau dulu, award-award sering di kasi kepada blog yang cute. Tetapi sekarang? Semua hanya mengejar nuffnang.

Kalau dulu, boleh menulis dengan fun fun fun fun. Tetapi sekarang dah tak fun fun fun sebab nak tulis sesuatu benda kena fikir 123456567 kali sebab akan ada anasir ugut-ugut yang apa kita tulis tu melangar akta multimedia blah blah blah.

Kalau dulu, AkuTakPeduli.com amat aktif. Begitu juga dengan lelaki import, John Hafiz.( I rindukan Abang John) JustKhai.com pun jarang menulis. Dan macam-macam lagi. Even blog-blog famous lain pun dah macam kurang taring.

Kalau dulu, aku banyak idea. Tetapi sekarang dah tak ada idea dah. Bukan je tak ada idea. Nak menulis pun tak ada masa. Nak tengok movies, mengurat awek kat YM, main Fb, tidur, makan, main hoki dan sebagainya. Oh ya. Skill hoki aku macam sial. Aku tak ada bakat.

So, aku dah malas nak tulis blog YA AKU TAHU AKU DAH ULANG NI BANYAK KALI. Tapi tak apa harap korang faham.

This is the quality. This is local. Local rocks

Jadi, aku akan rotate semua entri aku dari yang paling belakang hinggalah yang paling latest. Tak. Tak best macam tu. Aku akan rotate entri aku secara random. Macam iPod party shuffle. Juga macam iTunes dan iPhones. Aku bencikan iPad.

Cakap pasal pad, korang yang cute-cute dah buat pemeriksaan pap smear? Tolong pergi klinik kan buat sekarang. Ianya penting untuk masa depan anda nak-nak kalau anda sekarang dah berumur 21 ke atas. Kawan aku amik ringan pasal pap smear dan..... Hais... Aku jadi fobia tanpa sebab. Ianya kanser. Siapa tak fobia bila ada orang terdekat terkena?

Oh sorry lari dari tajuk. Okay. Aku akan rotate entri dari belakang-belakang. Ye lah aku terfikir yang ianya agak membazir bila tak ada orang melawat entri aku yang dulu-dulu. Buat penat je tulis.

Serta, pada hari minggu, aku akan tulis entri baru. Mungkin 2-3 entri baru dan post secara auto- schedule. Tu pun kalau aku tak busy.

Busy la sangat.

Okay dah bye.

Comment Here