Selasa, 29 September 2009

Kenapa Ramai Perempuan Tak Suka Fasha Sandha ?

Catch you~..catch you~.. you~

Aku cuma nak bagi tau yang aku hairan dengan segelintir gadis. Nak2 ngan kesemua adik perempuan aku yang anti betul dengan Fasha Sandha.

Kenapa korang anti dengan awek cute ni. Adakah dia benar-benar teruk, mengada, gedik, gila and sombong? Aku tengok tak adalah 'gegirl' sangat dia tu. Tak adalah gedik macam Zarina si anak pontianak. Dalam cerita Anak Pontianak gila la cover ayu. Adakah Fasha Sandha pun macam tu?

Suriani.

Aku tengok Fasha tu baik je. Bukan sahaja baik, malah cute. Walau pun tak se-cute Lisa ku, tapi cute lah juga.

Ramai yang cakap Fasha ni sombong. Well, apa salahnya jadi sombong. Kang kalau layan semua lelaki tak ke dikata playgirl. Sombong tapi cute apa salahnya. Lagi okay dari tak cute tapi sombong kan. Well, korang jangan terasa yea. Ye la. Buat apa korang nak terasa kan, korang tak sombong dan tak cute. Hihihi.

Fasha bertudung. Kan ayu gitu.

Aku pernah baca yang dia buat satu pengakuan dan memohon maaf kat dalam dia punya Myspace kalau tak silap aku. Dia mintak maaf sebab rapat dengan lelaki orang kalau tak silap aku lagi. Tapi, korang tak boleh salahkan dia. Dah nak buat macam mana, lelaki kan 'barang limited'. So apa salahnya kalau dia cuba survive dalam dunia yang serba tak adil ini. Bak kata mat saleh, eat or be eaten. Kill, or been killed. Dan bak kata orang Melayu pula, cinta itu buta.

Ramai juga orang yang berkata yang dia ni jahat dan macam-macam. Well, pada pendapat aku lah. Kita boleh ubah perangai dia kalau dia betul-betul annoying. Kita mungkin boleh jodohkan dia dengan lelaki yang baik, pemalu, penyegan, ramah, telus, jujur, suka tulis blog dan sebagainya. Ya aku tahu korang nak sebut nama aku. Biasalah aku kan baik, pemalu, penyegan, ramah, telus, jujur, suka tulis blog dan sebagainya. Dan ya sekali lagi. Rumah aku memang banyak bakul dah aku suka mengangkatnya sendiri. Aku memang tak suka menyusah kan orang lain untuk mengangkatnya.

So, Fasha sememangnya jahat?

Atau....

Korang sememangnya jeles sebab dia ayu, cute, menawan, comel, cantik, lawa, suara sweet, kaya, banyak peminat, slim, sexy, bibir mengancam, mata menggoda, tulang pipi membunuh dan ... ?

Hahaha!

Isnin, 28 September 2009

Melayan Jiwang 8

Walaupun ni ruangan Melayan Jiwang, ianya amatlah tidak jiwang.
Hayati lirik dia.




Everybody needs inspiration
Everybody needs a soul
A beautiful melody
When the night's so long
Cause there is no guarantee
That this life is easy

Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you
When the waves are flooding the shore and I
Can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you

When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong and I know
I'm not alone

Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you
When the waves are flooding the shore and I
Can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you

You, appear, just like a dream to me
Just like cyledoscope colors that
Prove to me
All I need
Every breath, that I breathe
Dontcha know?
Your beautiful

Yeah yeah..

When the waves are flooding the shore
And I cant find my way home anymore
Thats when I,
I I look at you
I look at you

Yeah yeah..
Oh oh..
You appear just like a dream to me..

+++++++++++
*********

Aku tak suka penyanyi ni sebenarnya. Sebab dia gedik amat. Nak-nak masa dia jadi Hannah Montana. Dah lah kalah dance lawan Christ Brown ngan ACDC. Tapi Hannah Montana The Movie boleh la layan.

Ps: Lagu motivate dia -The Climb memang best. Lirik dia cool je. Tapi yang ni agak kurang.

Khamis, 24 September 2009

The Best Eid Ever. =)

Kuew Teow Apa-Tah tu aku punya. Hari terakhir bersahur di Melaka.
Ya sayang, biasanya my roomates and I sahur di luar setiap hari.


Hanya bermain bunga api di Kuantan. Tetapi kenikmatan dentuman mercun amat-amat aku rasai di kampungku di Terengganu. Gegar mengalahkan pengeboman di Gaza. Habis puas aku main mercun.

Rumah awek pertama. Aisya atau Muji Hartini. Aku dah lupa.


Sedih sebab awek bernama Eda 'menghalau'
rombongan kami.


Di rumah jejaka bernama Hafizi.

Hampir setiap rumah ada nasi ayam, sate dan nasi minyak.
Bukan salah aku jika misi diet aku tergendala.


Pedulikan situasi tipikal blogger ketika perayaan. Sebab raya tahun ni adalah yang paling happening bagi aku. Banyak sangat benda-benda yang best berlaku.

Malam kedua, melepak-lepak kat Teluk Cempedak (TC). Ingat boleh la pergi ramai-rmai pada malam raya ke-2 bajet tak ramai orang. Tengok-tengok penuh la pula. Chikaro pun bersepah. Kalau duduk kat pondok tepi pantai tu, leh je dengar bunyi-bunyi pelik. Aku rasa, sekitar Kuantan, TC adalah tempat paling dilaknat. Semua orang tahu tu port paling best nak buat projek sebab kemudahan semua ada, tepi pantai, tetapi gelap gelita. Dah la tempat tu luas. Tapi tak ada sorang pun nak prevent.

Lepak sampai pukul dua pagi. Balik-balik dengar orang membebel sebab balik lewat. Hais.

Rabu, 16 September 2009

Ramai Gadis-gadis Tak Reti Masak. Cehh.

Gadis. Lagi, lagi dan lagi.

Well, well, well.. Kita bertemu lagi di ruangan 'memuji' para-para gadis cantik secara sarkastic. Ataupun secara jujurnya, err..

Tak apalah.

Hari tu aku bersahur dalam pukul 2 pagi kat Restoran Umi. Makanan kat situ sedap. Nak-nak kuew teau Hong Kong. Tambahan lagi pelayan kat situ muda-muda.

Topik yang 'up' masa tunggu makanan yang dihantar oleh pelayan-pelayan cantik tersebut adalah seperti tajuk entri ini. Ye la. Sebab kita orang pelik, mengapa pelayan dan juru kaunternya adalah perempuan dan lelaki pula yang memasak di dalam?

Korang perasan tak, chef-chef terkenal kat seluruh dunia kebanyakannya lelaki. Ya lelaki dan bukannya perempuan. So, mana perginya perempuan? Tak tahu la kan kot-kot perempuan zaman sekarang ni dah tak reti nak masak. Kalau reti masak pun mesti tak sedap.

Okay statement maut tu. 90% followers aku adalah gadis-gadis. Diaorang mungkin akan marah aku bila aku buat statement kat atas tu. Tapi setahu aku, gadis-gadis tak elok marah-marah. Kalau marah nanti cepat tua. Dah la gadis ni semulajadi cepat tua. Kalau marah- marah, lagi la cepat tua. Kalau cepat tua tapi reti masak tak apa la juga.

Hehehe.

Okay-okay. Serious.

Aku ada 4 orang adik dan semuanya perempuan. Memang tak best langsung tak ada adik lelaki. Nak pukul pun susah. Semuanya lembik-lembik.

Adik perempuan aku yang paling bongsu memang tak reti masak. Aku tak faham la kenapa anak bongsu/manja tak reti masak. Aku pernah suruh adik aku tu belajar masak. Tapi dia tak nak. Mak aku pun tak kasi. Mak aku cakap dia kecil lagi. See? Anak manja memang sentiasa kecil. Umur lima tahun tu dah kira besar kot.

Tak ada perkataan 'cook' pun.

Korang agak, apahal banyak perempuan tak reti masak?

Roomate aku : Perempuan kebanyakkan tak jadi chef femes sebab dieorang tak reti bajet ingredient. Nak letak garam, gula apa semua mesti nak berkira. Pastu strict. Ayam brapa ketul, ikan brapa ulas, sayur brapa potong. Cerewek. Zzz.

Kawan aku : Dia tak reti masak sebab dia ingat dia tu lawa. Dia nak kawin ngan orang kaya. So, orang gaji yang akan masak.

Betul ke? Lalalala~

Rata-rata aku tengok gadis-gadis anak dara yang kebanyakkan tak reti masak adalah yang anak bongsu. Anak bongsu biasalah. Tak kisah la umur brapa pun mesti manja. Petik sikit dah menjuih mulut. Gurau sikit dah terasa. Suka sangat merajuk. Nasib baik comel. Kalau tak jangan harap aku nak pujuk. Ceitt.

Aku letak gambar gadis nak tarik pembaca lelaki.

Kepada yang tak reti masak nak-nak yang bongsu tu, belajar la masak. Untuk kebaikan anda di masa depan juga. Sebab setiap lelaki sebenarnya nak gak rasa air tangan masakan isteri. Aku reti masak. Tapi tak tahu la samaada aku patut berbangga atau malu dengannya. Zzz.

Well, sebenar dan setulusnya para gadis tak jadi chef femes sebab para gadis ni masak untuk anak dan suami tercinta kat rumah. Dan bukannya kat Tv yang semata-mata untuk duit dan popularity. Aku tahu tu semua. Mereka banyak bekorban sebenarnya. Tak gitu?

Aku da backup para gadis. Aku memang baik. Kan?

Selasa, 15 September 2009

Iklan Tak Berbayar

Model : Saidatul Nasibah.

Tudung dan selendang cantik ada di jual di sini. Tapi limited lah. Well, selendang tu amat cantik. Secantik ownber blog tersebut. Tapi model selendang yang tercute aku dah booked.

Aku tak tahu perbezaan selendang dan tudung. Anyone?

Aku selalu lepas kan stress aku di blog ini.
Take a look =)

Ahad, 13 September 2009

Isu Bangsa, Kewarganegaraan dan Pergaduhan Antara Indonesia serta Malaysia.

Hatred

Bende yg aku nak membebel ni antara bende-benda yang majority rakyat Malaysia ni tak ambik tau dan tak peduli pun kejadian die. Sebab majority rakyat negara kita ni tertumpu pada hal-hal politik yang cam skolah tadika.

Aku tengok berita apa semua. Aku tengok Malaysia ni memang terbuka sangat. Dari segi isu indon hinggalah ke isu kewarganegaraan. Aku cuma nak cakap, bersediakah korang menerima bangsa lain selain 3 bangsa major di Malaysia?

Where are these belonging to?

Yang tengah blur and yang tak reti-reti nak catch apa yang aku cakap ni, biar aku terang habis-habis yea. Korang cuba piker; Bangla, Pakistan, Indon yg dtg sini sambil bawak keluarga atau bini serta anak ke negara kita dan kebetulan bini dieorg tu sarat ngandung anak. Then biler cukup masa bini dieorg bersalin la kat tanah air kita iaitu Malaysia. So persoalannya, adakah anak dieorg tu warganegara Malaysia atau tidak?

Ikut perlembagaan Persekutuan Malaysia, sesiapa sahaja yg dilahirkan di Malaysia adalah warganegara Malaysia dimana individu tersebut akan mendapat hak sorang rakyat Malaysia iaitu menundi, leh mohon kerja dlm kerajaan, pendidikan, perubatan dan byk lagi. Maka saper je yg lahir kat negara kita akan dapat apa jua hak kita. Best tak? Nak je aku suh isteri aku mengandung then postkan dia sehari dua kat UK.

But, mix got nice genetic btw.

So anak2 dieorg ni akan jadi punca dieorg tak leh keluar dari Malaysia. Sebab andai kata kita halau gak parents pendatang ni yang ada anak bawah umur, dieorg mesti kene bawak anak dieorg gak. Tapi negara asal tak kan terima anak dieorg sebab tu bkn warganegara dieorg dan perlu dihantar balik. Then saper yg nak jaga anak-anak dieorg ni? So terpaksa kekalkan dieorg sampai anak tu dewasa. Tapi biler tunggu dewasa lak, dieorg dah layak nak mintak PR (permenant resident @ penduduk tetap). Dalam masa yg sama dieorg akan nikmati hak-hak istimewa rakyat Malaysia disebabkan anak dieorg masih kecik. Dieorg leh gi hospital kerajaan just bayar RM1, kalu tak kene bayar mcm klinik swasta lah. Leh jimat duit dari beli buku teks sebab anak Rakyat Malaysia. Free beb.

Tu yg biasa2. Keuntungan lain lak. Dieorg leh buat parti politik. Lagi la mcm2 dieorg leh mintak untuk tolong bangsa menumpang dieorg tu. Kita dlm 3 bangsa utama pun kekadang mcm nak gaduh. Ni nak tambah bangsa yg merempat? Lagi la kacau bilau.
Now kita dah ada bangsa Melayu, Cina, India dan macam-macam bangsa lg. Then masalah ni berlaku dalam 20 tahun lagi kita akan ada Bangla Malaysian, Pakistan Malaysian, Indon Malaysian n mcm2 lagi la. Dieorg akan guna point yang dieorg pun rakyat Malaysia. Sekarang kita pikir, dimanakah kebijaksaan orang-orang politik kita. Just pentingkan bende yang tengah berlaku dan tak ambik tau apa yg bakal berlaku.

Artikel di atas ditulis oleh Hafiz

No provocation.

And aku nk sentuh sket pasal isu yang tengah hangat sekarang. Pasal Indonesia yang nak ganyang Malaysia. Isu ni related ngan entri ini.

Selamat menonton vid kelakar dibawah.



Vid ni adalah remake dari filem Push. Tengok sajalah bagaimana tok guru dia serang anak murid dia tanpa sentuh pun. Push guna agin je. Kira hebat tul la mamat indon ni berlakon.

Kawan Aku : Apa dieorang buat?

Aku : Dia tengah berlatih ilmu kebal. Nak serang malaysia

Kawan Aku : Macam guna shaitan ngan jin je.

Aku : Aah ye la kot.

Kawan Aku : Kenapa dieorang nak serang Malaysia?

Aku : Sebab dieorang kata Malaysia curik tarian dieorang.

No provocation

Curi tarian pun sampai nak bunuh-bunuh? Hakikatnya Malaysia tak curi apa-apa. Ianya adalah kesilapan syarikat pengiklanan swasta Indonesia. Then bila isu ni dijelaskan, geng-geng indon ni tak nak degar.

Tapi aku kesian la kat dieorang. Dan aku harap dia orang belajar ilmu terbang sekali sebab kalau dieorang naik kapal/sampan nak serang Malaysia. Kapal tu mungkin akan karam. Tentera laut Malaysia cool doe. Oh mungkin mereka ada skill bernafas dalam air juga.

Harap-harap dieorang tak klain yang mee bandung tu diaorang punya. Kalau tak, mengidam la aku makan Mee bandung favorite aku. Tapi nasib baik aku tak suka sirap bandung.

Sabtu, 12 September 2009

Test Size or Berat or Kb or Kelajuan blog anda.

Assalamualaikum

You can test your blog weight/size/Kb/speed here.
Anda bole uji blog anda punya berat/size/Kb/kelajuan di sini.


Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. TheOtherKhairul.blogspot.com)


Jumaat, 11 September 2009

Blogger Sekarang Suka Membeli Followers.

Money can buy love

Aku tengok, semenjak dua menjak ni, banyak betul blogger yang main beli followers.

Cara dia mudah je. Beli topup lebih kurang Rm 30-50 then jadikan hadiah untuk contest. Kat contest tu, kalau nak join, kena buat entry pasal contest starter dan kena letak link sekali. Well, aku tak kisah sangat pasal tu. Lagi pun aku rasa tu strategi bagus untuk tingkatkan trafik. Tapi aku memang tak tahan kalau sesiapa nak join contest tu, di wajibkan follow contest starter. Zzzz.

Starting followers ada 30 je. Kuarkan Rm 50 sebagai hadiah, paksa orang yang nak join tu follow blog anda, esok je dah ada kat 100 followers. Itu teknik jangka pendek. Followers hanya berminat dengan duit. Selepas dah habis contest tu, followers mula lah berkurang. Semua dah bosan dengan entry entah apa-apa.

Sila terasa kalau anda seperti yang di atas. Dan sila lagi-lagi terasa kalau contest anda senang terlampau. Sebab nampak sangat anda nak beli followers. Aku tak pernah suruh orang follow blog aku atau kemukakan apa-apa syarat.

You need to pay something that u paid when you bought.

Dan tak perlu terasa kalau contest yang anda buat tu susah. Dan tak perlu terasa kalau anda link kan juga blogger yang join contest anda. Itu dipanggil teknik 'give and take'. Dan bukannya main 'take-take' yang nampak sangat selfish.

Contoh contest terbaik, rujuk GrimJow. You rock, dude. Aku jeles ngan kau punya herbalife. Nak je aku masuk downline kau. Tapi tak ada modal. Dan aku tak reti main contest-contest ni.

Ini blog. Bukan MySpace. Quality always beats the quantity.

Selasa, 8 September 2009

Awek/ Bf Lagi Penting Dari Kawan.

We will.

Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama.

Susah kan nak cari kawan yang macam tu. Tapi. (Ya mesti ada tapi-tapi kan yang macam dalam drama melayu kan.)

Tapi, korang semua sebenarnya setuju dengan aku. Just korang taknak mengaku. Awek/Bf semamngnya akan lagi penting dari kawan.

Hard way

Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. Awek pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls kat dunia ni adalah 2:1.. Ceh. Tu semua bulls*

Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.

Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;

  • Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? Kali terakhir aku dapat wish goodnight dari kawan aku adalah masa aku form4/5 kot. Tu pun sebab kawan aku tu suruh aku siapkan homework dia yang dia malas nak buat. Tak guna punya member.

  • Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh khairul tak datang kelas hari ni.”

  • Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? Sem lepas aku ingat lagi korang tinggal kan aku sorang-sorang kat Dataran Pahlawan. Naseb bek aku tak nanges...memberkan.
Could get her heart by this?
  • Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? Camon la. Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.

  • Jika menaiki bas pergi date (sumpah tak romantik), anda tentu akan memberikan tempat duduk kat awek anda kan?. Adakah anda akan melakukan perkara yang serupa kat kawan-kawan anda? Jawapannya tak. Dulu aku pergi naik bas semua pakat berebut. Siapa yang tak dapat seat kena gelak ramai-ramai.

  • Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati korang. Sanggup lari dari rumah lagi. Adalah anda sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawan termasuk mengadai nyawa?

So sweet

Banyak lagi contoh yang mampu aku huraikan. Jangan sampai aku cakap sal bergayut berjam-jam. Eih. Malas dowh. Termasuk jugak masa-masa indah yang korang luang kan bersama. Tak terkira banyaknya. lagu tentang awek banyak atau lagu tentang persanatan lagi banyak? Bak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"

Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa?)

Kan?

TAPI. Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?




Aku nak bold kan yang kawan dan awek/bf memang penting untuk menceriakan hidup kita. Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.

Isnin, 7 September 2009

Aku Prihatin Terhadap Tandas.

The World That They Live in (Korea 2008).
Tonton free kat
sini.

3.22 Pagi. Aku bosanan. List-list yang bewarna oren di YM aku semakin berkurang. Ingin je aku tambah, tapi tak ada siapa yang sudi add. Agak-agak Miss Zatul ada YM tak.

Tengah bosan-bosan. Ada kawan aku bagi tau yang dia punya kawan baru je couple dengan seorang gadis yang no telephone nya dia ambil dari tandas. Couple dua hari, then putus. So bermaksud baru couple, dan baru putus. Ouch.

Tapi agak hebatlah kan jejaka tu boleh dapat awek yang no telephone nya tertera kat Wall of Fame ( pintu tandas). Ingat senang ke nak mengorat bila dah jadi femes. Bukan sebarangan orang tau boleh dapat.

Amoi ni cantek.

Dan banyak perlakuan tak bermoral (bermoral bagi sesetengaj orang) yang berlaku di dalam tandas. Aku tak faham. Begitu banyak kereta, semak samun, rumah kosong hotel dan juga pantai. Tapi mengapa sesetengah couple memilih tandas sebagai port untuk mereka practice biologi secara praktikal? Mungkin mereka terlampau pandai agama. Iye lah. Malaikat mana masuk ke dalam tandas, bukan?

Sebenarnya, tandas manjadi port untuk bergaduh bagi para kanak-kanak rebina di sekolah. Tandas juga menjadi port untuk merokok serta menyorok toyol ketika exam. Tetapi bagi sesetengah orang, tanda ada fungsi lain.

Tandas tempat untuk berkenalan.

Pasti korang tak perasan kan. Sebenarnya, tandas adalah antara tempat yang paling baik untuk berkomunikasi dan mencari kenalan/awek/ kawan baru. Ya, umpama, Friendster, Facebook dan Myspace.

Serta, di dalam tandas, anda boleh berkenalan dengan pelbagai jenis manusia. Well, caranya adalah dengan men-copy no telephone yang terdapat di belakang pintu di setiap tandas. Aku tak tahu la macam mana banyak sangat no telephone gadis-gadis yang ada kat dalam tandas jejaka. Iklan berbayar mungkin. Tapi yang aku pasti, kalau tak ada angin, tak akan pokok tak bergoyang, bukan?

Nota-nota ringkas.

Dan yang tertera bukan sahaja no telephone awek. Malah, bersama description lagi. Description dia, perh, gila tulus iklas tanpa sebarang kompromi dan penipuan. Kira lagi best la dari Myspace, Friendster dan Facebook. Tak der hipokrit2 lagi. Semuanya tulus iklas. Lagi pun, tak perlu lah susah-susah nak mintak nombor sebab nombor memang dah tersedia ada. Dah la kat Ms, Fs dan Fb tu susah nak mintak no tel awek. Kalau tak dapat. Ish. Malu sial.

So, kalau ada no telephone yang dirasa lawa kat Hall of Fame tu, rajin-rajin la copy. No telephone lawa, mungkin seperti orangnya juga.

Jadi, jagalah kebersihan tandas bersama. Untuk kepentingan anda juga. Jangan tahu buang Cadbury je. Iklan masayarakat ini daripada Mr K.

If they could say something.

Aku buat entry ni sebab aku geram bila masuk tandas kat Petronas tadi gila busuk. Macam tandas perempuan. Tapi tak tahu la kot-kot tu memang tandas perempuan. Aku tak nampak sign pun.

Kat tandas jejaka ada banyak no tel gadis-gadis. Tapi kat tandas gadis ada banyak no tel jejaka tak?

Sabtu, 5 September 2009

Aku Cuma Nak Bagi Tau - Season 2 Ep 1: Aku naik menyampah dengan Azwan Ali

Kelembutan. Keayuan. Mengalahkan gadis melayu terakhir.

Azwan Ali. Lelaki separa tulen yang menjadi tak tulen setelah lamarannya ditolak oleh oleh Ziana Zain. Bagus gak Ziana Zain tak kawin ngan dia. Well, aku rasa ZZ lebih rela jadi anak dara sampai bila-bila daripada kahwin dengan mamat pelik ni.

Azwan ali. Lelaki gedik yang suka pakai spect besar konon comel dan mengelarkan dirinya Kak Azwana memang buat aku menyampah menerusi blog dia. Dia memang memalukan blogger. Dan aku memang tak puas hati dengan dia sejak dia start gelarkan diri dia Kak Azwana. Kak Azwana Alia. Serious aku tak puas hati.

Jari hujungnya yang pendek. Sependek dia punya..

Tak cukup dengan tu, mamat minah pelik ni tak habis-habis cakap yang dia tu blogger no 1 Malaysia. Ish. Aku punya comment dia tak pernah approve. Ada hati nak kata orang suka dia. Aku rasa blog AkuTakPeduli.com jauh lagi gempak dari dia.

Aku secara rasminya menyertai kelab Anti-Azwan Ali. Rugi rasanya aku tak join kempen flag Azwan Ali yang berlangsung beberapa bulan lepas. Hais.

Jumaat, 4 September 2009

Tudung vs Tak Bertudung

Aku letak vid ni bukan untuk membincang tentang kebodohan Jabatan Agama menyebarkan vid ini. Aku pernah menonton di Tv3. Katanya, kebanyakkan ahli agama menangkap pesalah hanya hendak menghukum semata-mata dan bukannya hendak prevent daripada benda ni terus berlaku.


Aku tak tonton lagi vid ini. Tapi ianya mungkin 15sx.

Sebab utama aku letakkan video ni, adalah sebab aku tertanya-tanya, apa bezanya gadis bertudung dan yang tak bertudung?

Tak bertudung tak bermaksud mereka adalah jahat, cuma..

Mengapa aku utarakan isu ini? Ini adalah kerana aku risau akan masa depan aku. Jika aku couple/kahwin dengan gadis bertudung sekalipun, adakah bermaksud dia tak pernah melakukan perkara2 terlarang yang sememangnya amat terlarang?

Aku bagi contoh;
Jika anda baru mula ber-couple, pernah tak anda terfikir tentang apa yang pasangan anda telah lakukan bersama bekas-bekas kekasih mereka yang sebelum ini? Bagaimana jika kekasih anda pernah lakukan seperti apa yang ada dalam vid tersebut? Biarkan sahaja? The done is done?

Bertudung tak bermaksud baik. Pelbagai kemungkinan
yang terdapat di sebalik 'tudung' tersebut.

Mungkin sekarang ni anda sedang bermanja dengan awek anda. Anda bangga dapat bermanja dengan awek anda sekarang ni. Tetapi, jika dia boleh bermanja dan berpeluk dengan anda, bagaimana pula ketika dia bersama bekas-bekas kekasihnya? Fikirkan kemungkinan atas apa yang dah dia mungkin lakukan bersama bekas-bekas nya yang terdahulu tersebut, dan anda akan ada sebab yang bagus untuk mencari bakal isteri yang betul2 baik. Tapi tengok la prangai sendiri dulu yea. Kalau prangai cam setan jangan nak mengada-ngada nak cari awek cam Siti Fatimah.

Kalau dulu mungkin boleh kita menilai perkara-perkara di atas melalui jenis pakaian dan tudung. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Jangan terkejut jika anda ada terlihat perempuan bertudung melakukan benda-benda yang lagi teruk dari yang tak bertudung.

Fully herself?

Aku sukakan gadis bertudung. Tapi amat susah nak cari gadis bertudung yang 24 jam yang betul-betul bertudung bila kluar rumah. Dan aku rasa, semua gadis akan nampak lagi cantik jikalau bertudung. =)

Tolong lah, kalau nak jadi pelakon tak bertaulian dalam video 3gp ke apa, tanggal la tudung tu dulu. Mencemarkan gadis yang bertudung bak kata Arfa. Orang-orang macam ni la yang membuatkan isu di blog aku ni wujud.

Ya lelaki bukan baik sangat pun. Mungkin kita akan bincangkan mengenai lelaki di entri akan datang.

Aku, Rokok, Cinta dan Pengorbanan.


Ia sentiasa menari-nari di depan ku.

Aku : Lawa tak gambar *saya* kat Friendster tu.

Dia : Yang mana?

Aku : Yang baru upload tu. Comment la.

Selepas membaca comment dia di Friendster;

Aku : Ek. Kenapa comment macam tu.

Dia : Tak suka la smoker.

Aku : Benci ke?

Dia : Paling benci. Benci gila.

Peristiwa ini terjadi masa mula-mula semesta dahulu. Dan itu menjadikan motivasi aku untuk tidak merokok.

Well, kawan-kawan aku tu semuanya merokok. Yup. All those who is in my circle. Tetapi aku tidak ada masalah dengan itu. Aku okay menjalani pelbagai aktiviti bersama mereka.

  1. Selepas tengok wayang, mereka akan merokok di tangga kecemasan. Dan aku hanya tunggu di luar pintu. Menahan segala kebosanan.
  2. Selepas makan, mereka akan merokok. Aku hanya memerhatikan. Sambil menikmati sisa-sisa makanan yang belum habis.
  3. Ketika overnight, mereka akan ber-shisha sambil gelak-gelak. Aku hanya menghirup air minuman. Sambil membaca buku.
  4. Ketika di kelas, mereka akan merokok di dalam tandas. Aku ikut, tetapi hanya untuk membasuh muka.
Sedih. Dan rokok.

Aku mengharungi hari-hari sukar bersama rakan-rakan aku memandangkan semuanya adalah perokok. Aku menjadi yang paling ganjil ketika bersama mereka.

Tapi.

Aku tak kisah jadi ganjil. Aku tak kisah jadi berbeza dari kawan-kawan aku. Semua kerana Si Dia. Semuanya.

-Price for her.-

As always

Situasi Tipikal Ahli Lelaki Rumah Bujang.

Rumah aku masa aku muda-muda remaja dulu.

Secara Am-nya:

Minggu pertama - Rumah umpama White House

Minggu kedua - Rumah umpama Hotel

Minggu ke tiga - Rumah umpama pondok.

Minggu ke empat - Ni ke rumah aku?

Secara Detailnya

Minggu Pertama - Rumah umpama White House

Rumah idaman.

Masa mula-mula masuk rumah semua pakat buat aktiviti mencuci rumah. Banyangkan nak mencuci rumah yang tak pernah di cuci. Gila lah. Kipas syiling tahu2 je lah macam mana. Hitam gila lah. Kawasan rumah pula umpama zoo Melaka. Lipas, ulat gongok, lipan, katak semua ada.

Tu belum kira bab nak basuh tandas. Tahu-tahu je la tandas kaum lelaki macam mana. Memang 'bersih' 'suci' 'murni' punya lah. Syaitan pun tak nak bertandang. Dia punya kelodak dalam mangkuk tandas tu, perh. Mengancam selera makan beb. Benda-benda yang tak diduga semua ada. Lendir lendir yang tak diketahu dan tak boleh dikaji pun ada.

Bilik aku.

Tu lah gambaran asas rumah sewa aku yang tak pernah di cuci. Dan apabila dicuci sebersih2nya, oh, tandas boleh jadi tempat bergayut, you. Bilik macam hotel 5 bintang. Nak tido and tak nak bangun pun rasa berbaloi. Kalau berak, nampak je 'cadbury' tu tengelam ke dasar. Kalau dasar dia 5 meter, 5 meter la boleh nampak. Tapi rumah aku guna mangkuk tandas jenis western. So, dasar dia tak dalam la. Tapi tak boleh tahan bila ada geng2 ni mencangkung atas mangkuk tu then terjatuh. Perh, kalau masa tu 'cadbury' tu kluar sparuh dari 'kilang' mesti tersembur abis. Tak pun masuk balik.

Tapi itu dulu, masa zaman kotor-kotor. Sekarang dah bersih. Siapa kata rumah orang lelaki bujang mesti bersepah dan kotor?

Minggu kedua - Rumah umpama hotel

Rumah dalam angan.

Masa ni barang-barang keperluan hampir perfect. Baju-bajan confirm dah penuh almari. Masa ni pakat plan setiap selepas pakai baju, mesti sangkut baju kat pengangkut baju warna biru guna hanger warna hitam. Baju plak tak boleh sangkut dengan baju terbalik inside out. Susunan mesti ikut warna. Baju yang belum pakai kena sangkut kat penyangkut baju warna putih. Tak ada tapi-tapi. Mesti sistematik. Itu lah contoh pelajar sebenar.

Kasut berpasang-pasang mesti di susun dengan betul juga mengikut warna. Stoken mesti diletak kemas-kemas tepi kasut. Rak kasut confirm bau macam bau kedai. Orang masuk je mesti pandang. Memang boleh bangga la kat diri sendiri. Lebih hebat dari kaum pompuan.

Minggu ke tiga - Rumah umpama pondok.

Maid aku.

Part ni, barangan termampau banyak. Elaun perkakas mara dah masuk la katakan. Confirm buat beli barang-barang yang tak seberapa perlu. Nak beli buku jangan harap lah. Part ni gak, almari dah tak muat. Spenda and boxer pakat gantung tepi tingkat. Awek lalu tepi rumah nampak spenda dan boxer confirm naik market. Kasut-kasut dah start berbau.

Warna hangger dah becampur. Tak ada dah masa nak susun ikut warna. Ni laki la beb bukan gedik cam pompuan. Sial apa nak susun ikut warna. Ingat ni zaman masa aku budak-budak dulu ke main kawin-kawin kat rumah jiran. Cakap pasal main kawin-kawin, kredibiliti aku gila tinggi doe sampai Event 'graduate' tadika aku jadi pengantin lelaki. Seriously aku jadi pengantin lelaki, you. Aku pun tak sangka sebenarnya dulu. Kalau ada gambar nnt aku upload. Sayangnya majlis kawin-kawin tu berlangsung waktu siang je. Kalau malam. Hah. Kena cari kerja tetap lah aku.

Kereta paling kanan tu cool.

Tandas plak dah berubah sikit. Kalau 'cadbury' baru yang warna hitam pekat tu masuk dalam trus memang samar2 la nampak dia masuk ke dasar. Kalau dulu masa baru cuci ada bunyi 'kluk' bila cadbury masuk tapi sekarang dah jadi bunyi 'ghluhk'. Siap ada alunan 'mat lin' lagi.

Minggu ke empat - Ni ke rumah aku?

Bukan rumah aku.

Part ni. Hanger? Apa benda tu? Haha. Tak ada masa nak sangkut baju beb. Nak tengok baju tergantung pun susah. Okay aku dah tak ada idea sebenarnya ni. Tapi tak apa. Aku just nak cakap pasal tandas. Part ni. Masa memandang lubang tandas yang dipenuhi dengan cadbury-cadbury yang tak terlarut, hati kuat berbisik agak membuat pilihan antara tandas atau singki. Bernafsu je tengok singki walaupun dipenuhi oleh pingan mangkuk yang entah brapa lama tak basuh. Selipar-selipar dapur pun siap ada atas tu skali. Seriouly aku tak faham kenapa selipar tu ada kat situ dan aku tak tahu budak mana yang letak selipar kat situ.

Tapi tak akan la nak berak kat singkikan kalau rumah tak ada orang mungkin boleh la kot aplikasikannya. Tapi kalau rumah ada orang? Malu beb tak ada privacy. Nak tak nak kena gak la buang 'cadbury' tu kat dalam tandas. Time ni tak main dah bunyi 'ghluhk'. Cadbury ni jatuh, perh. Tak ada bunyi, you. Dia tenggelam cam pasir jerlus. Perlahan-lahan menelan 'cadbury' tu. Kalau si pembuang 'cadbury' ni tengok mesti teruja. Kira macam slow motion.

Dairy milk.

Apa? Aku pengotor? Aku cakap pasal cadbury. Apa yang kotor? Bukan ke para gadis suka makan cadbury?

Aku makan Vochelle. Hazelnut. But I do love Cadbury.

Aku cuma nak bagi tau - 10 (kepercayaan)



Trust me?

Aku cuma nak bagi tau;

"Trust is like virginity. Once you lose it, you can never get it back" - Rmualdo Yuer

"Lying is just like sex. Once you do it, you can never stop. You will always want more" – Anonymous

Kita mungkin boleh percayakan orang yang pernah tipu kita. Tetapi kepercayaan yang kita berikan tidaklah sebanyak dahulu. Bagaimana pula dengan anda?

Aku cuma nak bagi tau - 12 (Tak suka abang-abang)

A made up.
Trust me. Im a good guy.

Sedang aku berjalan-jalan, ada aku dengar suara gadis menjarit-jerit. Aku dapat rasakan yang gadis tu menjerit memanggil aku.

Gadis tu : Tunggu, tunggu. Tunggu la wei.

Aku berhenti. Aku segan-segan la jugak. Well biasalah. Aku ni kan seorang yang penyegan, pemalu dan penyabar. So kena la tonjolkan sedikit prasaan malu dan segan-segan tu nak-nak dengan gadis-gadis yang tak dikenali.

Gadis tu : Huuuh. Lajunye jalan. Penat saye kejar.

Tiba-tiba aku teringat lagi yang mak aku selalu pesan kat adik perempuan aku agar jangan bercakap dengan mana-mana orang yang tak dikenali (strengers). Nak-nak kalau orang tu bertentangan jantina.

So memandangkan gadis ni perempuan dan berlainan jantina daripada aku, aku membuat keputusan untuk ignore dia.

Gadis tu : Abang, abang, tunggu. Sombong nye dia dengan kite.

Ni mesti ada sesuatu yang tak kena. Perempuan sekarang memang pandai berkata-kata dan tricky sekali menggoda. Aku suspek dia mesti dalang dalam sendiket menjual budak-budak bawah umur untuk menjadi GRO kat Thailand atau sebangainya. Memandangkan aku tak ada misai dan janggut serta awek muda. Mesti dia menyangka bahawa aku ni bawah umur.

Gadis tu : Abang, abang. Abang ni abang Khairul ek. Abang Khairul tak kenal saye ke? Sampai hati la abang lupakan kat saye.

Ishh. Dah la gedik, then panggil aku Abang? Oh my god. Aku benci betul kalau orang panggil aku abang Khairul. Geli gila. Aku memang anti dengan gelaran Abang. Dari sekolah dulu masa aku jadi branch leader pengawas pun aku tak suka anak buah panggil aku abang. Kecuali kalau gadis tu adalah gadis yang aku suka. Gadis yang akuw suka kenew pangiil abang. Aku plak panggil dyew sayang. Okay, aku gedik. Maaf.

Aku anti perempuan gedik.

Gadis tu : Abang Khairul, Abang khairul dengar tak apa yang saye cakap nie?

Ish. Bising betul lah awek ni. Dengan perasaan geram, aku terus lepaskan bakul beg aku dan terus pukul gadis tu. Aku hentak dan pijak kepala dia. Tandang sekali dua. Tak ada la kuat sangat tapi kuat la jugak aku tendang. Kasut baru bai, tak nak la ada kesan darah. Then aku keluarkan pisau dari poket aku dan tikam dia.

Gadis tu : Weh abang. Abang asal diam? Mesti tengah berangan ek?

Aku : Eh. Mana ada. Erm. Ni kenapa panggil? Kita kenal ke?

Gadis tu : Alaa. Kan kita pergi kem kat Pulau Redang hari tu. Kita satu team kan. Abang pun dah nampak lain la. Saye ingat lagi nama penuh abang. Nama abang Mohd Khairul Azmi kan? Hehe. Saye tau la.

Aku : Bukan. Kau silap orang. Nama aku tak ada Mohd.

Dia diam. Dan terus blah.

Kalau gadis tu buat-buat tersalah orang nak la gak aku berkenalan. Tapi ni betul-betul tersalah orang. Damn.

Forwarded Message - 2 (Senyumlah)

Semai~

Jika dulu, aku mendapat forwarded msg daripada lelaki. Tapi kini aku mendapatnya daripada perempuan pula. Kali terakhir aku jumpa dia ketika aku di tingkatan tiga.

*Tok, tok, tok. Bunyi mesej masuk*

Gadis tu : Senyum itu suatu anugerah. Dengan senyuman, kita akan di sayangi. Dengan senyuman kita akan bahagia. Samaada senyuman itu kita yang beri atau kita yang terima, ianya tidak penting. Yang penting, senyum. *emoticon senyum bersama gambar apa entah di dibuat dari simbol-simbol*

*Aku menaip dengan pantas untuk reply*

Aku : Kang kat luar aku senyum kat kau, kau kata aku nak mengorat kau lak.

*Dia reply*

Gadis tu : Mengada-ngada. Orang suruh senyum tu senyum je lah.

*Aku tak mengalah*

Aku : Kau tak senyum pun.

*Dia pun tak mengalah*

Gadis tu : Aku senyum lah ni. Kau pun senyum lah.

Aku : Kenapa nak senyum?

Gadis tu : Senyum tu kan suatu sedekah.

Aku : Tapi aku bukan pemintak sedekah.

*Dia tak reply. Seperti biasa, aku tak tahu la dia tak terima mesej aku atau tak nak layan karenah aku. *

Aku dah tak tahu nak tulis apa.

Keesokannya, setelah bangun tidur, aku dapat satu mesej daripada dia.

Gadis tu : Aku nampak kau tulis pasal senyum-senyum ni kat blog kau, siap kau.