Rabu, 3 Februari 2010

Kisah Menyayat Hati : Lelaki yang Di Paksa Kahwin dengan Pilihan Keluarga.

Assalamualaikum.

Not a word

Aku ada dua orang kawan. Mereka berdua bercouple antara satu sama lain. Si Lelaki adalah perempit yang ganas. Dan Si Gadis adalah gadis ayu yang memang ayu ah. So memang boleh di katakan mereka berdua pasangan yang amat-amat sweet. Sweet.

Tapi semuanya berubah setelah Si Lelaki di paksa berkahwin dengan gadis pilihan family. Nak tak nak, Si Lelaki terpaksa putuskan segala hubungan dengan si Gadis.

Kesian dia.

Aku melihat gadis tu. Comel la juga. Dalam 6/10 rating aku (Better than ordinary girls). Boyfriend dia memerankap kawan aku tu terpaksa tinggalkan dia demi pilihan famili. Aku tak faham, Si Lelaki mat repit. Apa barang kawin dengan pilihan famili? Tak rempit langsung.

Duhh. Setiap malam Si Gadis tu menangis. Iye la. Siapa tak sedih bila kekasih hati berkahwin dengan orang lain, kan?

So, nak di jadikan cerita  beberapa hari lepas, aku jumpa lah si lelaki ni. Dia aku tengok biasa-biasa je. So aku memberanikan diri bertanya perihal tersebut.

"Kau, aku dgr kau dah nak kahwin dengan pilihan keluarga. Awek kau macam mana?" Aku memulakan bicara.

Dia pandang aku.

Diam seribu bahasa.

Dengan nada yang tenang dia membuka mulut "Mr K, aku terpaksa. mak ayah aku membesarkan aku dari kecil. Semua kemahuan aku, mereka turuti. "

Kemuadia aku mencelah "Tapi..." belum sempat aku sambung, dia dah mencelah balik. Eish

"Tak ada tapi-tapi Mr K. Kau tau kan aku ni anak yang macam mana. Aku degil. isap rokok, rempit dan tak dengar kata. So apa salahnya kalau aku ikut cakap parent aku at least sekali.

Jelas suaranya. Ada nada-nada sedih di situ. Sebak aku mendengarnya.

"Tapi aku kesian gak doe dengan awek kau. Terus di lepaskan tanpa seurat benang tak bertali." Jelas ku.

Aku memandang dia. Tajam menusuk mata dia.

Dia menundukkan muka.

"Aku terpaksa... Aku harap kau faham. Aku pun harap dia faham. Mungkin dah di takdirkan aku dan dia tak ada jodoh"

"Kau pernah jumpa gadis pilihan parent kau tu?"Tanya ku. Tangan ku dah menungkat dagu. Keningku terangkat sikit tanda bersemangat gila.

"Tak....."

Semangat aku hilang. Kening aku jatuh balik. Aku menyandarkan badan ke arah dinding kedai. Kalau ada rokok mesti nampak cool sket.

"So, kau sure ke yang dia sememangnya di ciptakan untuk mengisi kekosongan di rusuk kiri mu". 
Perh. Bermadah aku di situ.

"Ya Mr K. Dan aku akan terima dia seadanya...."

Aku speechless. Aku tak rasa aku mampu nak meyakinkan dia agar menolak pilihan family dia.

"Tapi aku still tak puas hati. Kau tak sepatutnya tinggalkan awek kau just sebab famili kau inginkan gadis lain."

Dia diam. Kaku

"Kenapa kau tinggalkan awek kau sebenarnya ni?" Tambah aku lagi.

Kemudia dia tersengih-segih.

Sambil menunjukkan gambar gadis comel gred AA ber-rating 9/10, dia berkata "Ni la bakal isteri aku. Hehehe"

Terpampang gambar gadis yang lagi hot dari awek dia yang sekarang.

"Kau patut suruh mak kau carikan kau isteri doe. Baru best sebab ibu bapa sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Hahaha!" 

He is so dasat. Agak-agak korang, benda macam ni normal? Well, perasaan boleh di pupuk.

Comment Here

Isnin, 1 Februari 2010

Aku Dah Malas Nak Tulis Blog. Titik. Man U Menang.

Barang import katanya lagi berkualiti dari tempatan.

Hais. Sibuk sibuk sibuk.

Mulut cakap sibuk tetapi mata boleh je layan movies.
Mulut cakap sibuk tetapi kaki boleh je bergoyang-goyang kat kedai makan untuk suatu masa yang lama walaupun tiada rokok dihidupkan.
Mulut cakap sibuk tetapi jejari sepuluh ku boleh je surf-surf Facebook tanpa henti.

Hais.

Aku dah malas nak tulis blog. So, tak ada mood dan tak ada idea. Keseronokan berblog aku rasa dah hilang. Kalau dulu, happening gila berblog. Tetapi sejak bulan 7 tahun lepas, semua macam berubah sebab semua masuk U/kolej/kerja/penanam anggur. So aku boleh katakan, banyak dari followers aku dan blogger yang lain dah berhenti berblog.

Quality beats the quantity

Kalau dulu, award-award sering di kasi kepada blog yang cute. Tetapi sekarang? Semua hanya mengejar nuffnang.

Kalau dulu, boleh menulis dengan fun fun fun fun. Tetapi sekarang dah tak fun fun fun sebab nak tulis sesuatu benda kena fikir 123456567 kali sebab akan ada anasir ugut-ugut yang apa kita tulis tu melangar akta multimedia blah blah blah.

Kalau dulu, AkuTakPeduli.com amat aktif. Begitu juga dengan lelaki import, John Hafiz.( I rindukan Abang John) JustKhai.com pun jarang menulis. Dan macam-macam lagi. Even blog-blog famous lain pun dah macam kurang taring.

Kalau dulu, aku banyak idea. Tetapi sekarang dah tak ada idea dah. Bukan je tak ada idea. Nak menulis pun tak ada masa. Nak tengok movies, mengurat awek kat YM, main Fb, tidur, makan, main hoki dan sebagainya. Oh ya. Skill hoki aku macam sial. Aku tak ada bakat.

So, aku dah malas nak tulis blog YA AKU TAHU AKU DAH ULANG NI BANYAK KALI. Tapi tak apa harap korang faham.

This is the quality. This is local. Local rocks

Jadi, aku akan rotate semua entri aku dari yang paling belakang hinggalah yang paling latest. Tak. Tak best macam tu. Aku akan rotate entri aku secara random. Macam iPod party shuffle. Juga macam iTunes dan iPhones. Aku bencikan iPad.

Cakap pasal pad, korang yang cute-cute dah buat pemeriksaan pap smear? Tolong pergi klinik kan buat sekarang. Ianya penting untuk masa depan anda nak-nak kalau anda sekarang dah berumur 21 ke atas. Kawan aku amik ringan pasal pap smear dan..... Hais... Aku jadi fobia tanpa sebab. Ianya kanser. Siapa tak fobia bila ada orang terdekat terkena?

Oh sorry lari dari tajuk. Okay. Aku akan rotate entri dari belakang-belakang. Ye lah aku terfikir yang ianya agak membazir bila tak ada orang melawat entri aku yang dulu-dulu. Buat penat je tulis.

Serta, pada hari minggu, aku akan tulis entri baru. Mungkin 2-3 entri baru dan post secara auto- schedule. Tu pun kalau aku tak busy.

Busy la sangat.

Okay dah bye.

Comment Here

Ahad, 31 Januari 2010

OMG Mr K Needs Your Help.

Say it careful. Hak bersuara ada limitnya.

ChatBox issue.

Aku dapat beberapa aduan dari visitor aku mengatakan yang iklan Nuffnang aku menghalang chatbox.

Setelah sedikit kajian, aku mendapati visitor yang menghadapi masalah tu berkemungkinan besar adalah pengguna Windows XP. Manakalan pengguna Windows Vista dan Vindows 7 tak ada masalah langsung dengannya. Why? Sebab pixel mungkin.

Pengguna XP. Thx to Nazz for the screenshot

Pengguna Vista/ Win 7

Tetapi, iklan Nuffnang aku tu agak mendatangkan $$$ dan memandangkan $$$ amat penting, aku tak rasa aku patut buang iklan Nuffnang. ($_$)

Dengan itu, kepada pengguna XP, sorry. It cant be helped.

Tetapi, masalah ni boleh di atasi dengan 'memperincikan pixel' anda. Caranya adalah dengan hold kekunci Ctrl + scroll down the rolling mouse button. Sambil tekan Ctrl, rollingkan benda tengah mouse ke bawah. Korang akan perasan yang page aku berubah dengan tiba-tiba. Scroll la banyak mana yang korang suka. Do as you like it.

Btw, korang patut beralih ke Windows 7. Tak perlu beli yang original. Just beli DVD Windows 7 yang berharga rm10 dah okay padahal function dia sama je dengan yang original. Windows 8 bakal keluar pada tahun 2012. Sampai bila nak stay dengan XP?

FeedBurner

FeedBurner

Kalau ada sesiapa tak perasan, kat side bar aku ada ruang langganan entry untuk email yang tertulis The Other Reader. Letak email anda dan tekan 'Play Me'. Jangan risau, email anda tak akan di gunakan untuk benda yang bukan-bukan. FeebBurner ni under Google. So tak ada apa nak ni risaukan.

Disqus

Disqus

Siapa tak tahu apa itu Disqus? Kalau nak tengok contoh, boleh tengok di blog Jard The Great. Lihat ruangan commentnya.

Disqus adalah comment form yang  boleh dikatakan umpama wordpress punya comment form. Dengan Disqus, korang boleh comment dan reply comment. Ianya lagi bergaya dan sexy.


Masalahnya, dengan Discus, korang perlukan sekitar 10 saat maximum untuk ianya loading 100%.

Masalah keduanya, korang perlu register or else, korang hanya boleh comment sebagai guest. Tetapi process registration dia hanya ambil dalam 10 saat je tanpa beralih ke page lain. Dan kalau tak silap aku, dah ramai yang ada account Disqus.

Kelebihan Disqus

Korang boleh jadikan ruangan comment sebagai forum ( Reply-reply comments). Dan anda boleh pilih samaada untuk notify jika ada orang reply comments anda through email. Nice kan?

So, persoalannya sekarang ini. Adakah okay kalau aku menukar ke Disqus? Aku tak nak nanti ada orang buat '11 Benda yang Tak Patut Ada di Blog' serta meng-linkkan ke blog aku. Sila undi di poll yang terdapat di sidebar aku.

Adakah blog aku semakin berat? Aku dah cuba buang semua yang tak patut. BMI blog aku hanya 20 LOL.

Commet Here

Jumaat, 29 Januari 2010

9 +1 Benda Kenapa Aku Anti dengan Blog Korang.

Serve you right, Aduka.

Aku suka baca blog semua jenis tak kira samaada blog tu famous atau pun tak, yang penting penulisnya comel boleh di layan. Tapi aku memang sakit hati bila buka-buka blog je, ada benda-benda yang tak boleh blah yang menyakitkan hati aku. Umpama buka je Facebook, kuar iklan gadis yang konon nak ajak ber-wabcam sambil pakai baju tido. Ish. Apa la nak jadi dengan dunia zaman sekarang ajak webcam pakai baju tidur. Apa barang ber-webcam pakai baju.

Okay ignore tajuk entri ni. Aku tak anti mana-mana blog kecuali blog yang terlampau fanatik terhadap politik.

Well,

Berikut, adalah 9 (+1) benda yang paling aku anti bila melawat ke sesebuah blog tak kira samaada blog tu famous atau tak. Tak adalah anti sebenarnya, tetapi kurang gemari.

Pop up alert alert mesej.

Pernah tak korang masuk blog and masuk-masuk je akan bunyi “ding” sambil ada alert mesej box tertulis “welcome”, “Hai”, “Hello sexy” atau what-so-ever-lah. Dan pernah tak korang rasa benda tu annoying gila? Yes it’s annoying. Banyangkan, setiap kali kita nak move dari page to page dalam blog tu, kita akan dapat alert mesej. Masuk page 1, keluar alert. Masuk page dua, tiga , empat dan seterusnya pun sama. So, ianya amat annoying.

Tak ada sesiapa berminat nak baca ding-ding yang berulang-ulang kali melainkan ianya nombor telephone yang di papar secara random dan berlainan.

Iklan yang melampau.

Ada yang menulis blog untuk duit. Well, itu tak boleh dinafikan sebab ianya memang mendatangkan untung. Tapi amat-amat tak tahan bagi aku bila page tu berkelip-kelip dengan iklan. Rasa amat annoying. Nak-nak masa buka page, benda teratas adalah iklan yang berderet-deret. So, kena la scroll dari atas ke bawah untuk baca entry. Dari iklan ubat lelaki hinggalah program affiliate atau multi level marketing (MLM). Dah tu yang paling tak tahan yang tertera di gambar iklan adalah gambar ubat kuat lelaki, tapi bila klik je, terus keluar website MLM. Wtf? Tak-tak aku tak klik benda tu semua. Aku tak perlukannya.

Yang paling tak tahan tetapi paling famous adalah iklan 125x125 yang kaler cokelat yang kat depannya ada gambar gadis comel, ayu, cute, manja, cantik, lawa tetapi miskin pakai baju tak cukup kain yang tertera perkataan “Gadis melayu sedang kesunyian”. Perh. Agak-agak la nak menipu pun. Mana ada gadis melayu yang comel, ayu, cute, manja, cantik, lawa dan miskin. Kalau ada pun, mesti kaya. Then mesti ada boyfriend yang berusia setua mungkin.

Okay la tak. Tak ada la tua sangat tapi perkataan Datuk tu mesti ada.


Auto play music/video

Ini amat tipikal. Even dulu aku pun letak lagu di blog. Kalau boleh dulu aku nak taruk semua lagu baru. Then kalau boleh lagi aku nak letak semua lagu baru bajet aku sorang la yang tahu pasal lagu baru ni. Tetapi bila aku sedar yang lagu tu hanya membuatkan pembaca aku rasa tergangu eh tak ia even membuatkan aku terganggu gila. So, aku keluarkan.

Tetapi dulu aku pernah letak background music yang bermusic piano sahaja. Dan ada yang sukakannya you know bunyi piano lembut mendayu-dayu. Amat feeling membaca sambil mendegar bunyi piano yang slow. But oh well, susah nak cari mp3 piano yang sesuai dengan blog. So aku keluarkan, again.

So fine la kalau korang nak jugak letak audio player. But please letak yang boleh di pause or mute or stop kan lagu. Geram and sakit hati aku bila tengok player tu main sendiri dan tak boleh di pause.

But hey, music player yang ada ‘pause button’ di blog amat lah boleh di maafkan. Dan jangan lupa update lagu setiap tiga hari at least, seperti budak emo ni.

Asyik bercakap bab lucah

Someone is watching over us.

Teknik ni dah ramai yang guna. Balik-balik, entri pasal seks. Bailk-balik entri pasal dara. Balik balik entri pasal aurat. Tak-tak aku tak terasa.

Okay lagi la kalau yang cakap tu lelaki. Sebab lelaki sebagai bakal ketua keluarga. Jadi mereka mesti tahu banyak perkara. Bayangkan kalau lelaki tak tahu apa-apa. Siapa nak starts? Perempuan nak buat first move? Pelis lah. Ego.

Tapi agak tak boleh blah bila si perempuan cakap pasal lelaki. Aku sebagai lelaki pun rasa segan bila perempuan cakap bab lelaki. 

Well, ianya adalah taktik yang terbaik untuk menarik trafik. Ya, aku tau sebab 80% keywords untuk sampai ke blog aku dari search engine adalah keword 18sx walaupun aku rasa entry biasa yang tak 18sx lagi banyak dari entri 18sx. So, betulkan yang ia adalah taktik mudah yang teramat mudah untuk menarik trafik? Kenapa? Sebab semua orang sukakan benda-benda 18sx lebih-lebih lagi perempuan.

Lalala ~

 
Jam, kalendar, geolocation, weather ect

Duh. wtf kita perlukan jam kalau kat laptop dah ada jam? Why the hell kita perlukan kalendar kalau ianya sebijik sama dengan yang ada di handphone dan laptop korang? Dan yea, calendar pun tak perlu melainkan anda menggunakan calendar Islam. Serta, benda yang lagi-lagi korang tak perlukan adalah ramalan cuaca. Yang aku tahu, blogger yang letak ramalan cuaca mesti sebab dia adalah seorang friendly kan. Ada viewer baru, mesti dia akan tegur dengan ayat “Hey, nice kan cuaca hari ini?” Wtf. This is blog. Its fantasy, not real life. Who cares about weathers?

No right click (Right click/highlight disabled)


Aku tak kisah la kalau anda sayangkan penulisan anda and anda takut entri anda di curi. Tapi cukup la dengan No Right Click tanpa Alert box. Sebab bila aku right click (untuk open new tab) je, mesti alert box yang menulis seperti “Oi, nak curi penulisan aku ke?” Wtf, its annoying! Okay fine mungkin saja awek-awek ni buat macam tu sebab nak naik market (Aku pun buat benda-benda macam ni dulu). Tapi memang tak boleh blah bila si copycats pun buat benda cam tu. Dia curik article/entry/post blog orang lain then letak no right click + alert mesej kat blog dia macamlah dia yang tulis benda tu semua. Pastu, bila orang cakap apa-apa dia cover macam-macam. Hais.

But still, jangan la dok sibuk nak jaga penulisan tu. Kalau ada yang curi pun, tak kemana. Lama-lama kantoi juga

Show off awek

Cute cute cute

Okay first, yes, ianya amat-amat annoying bila seseorang itu show off awek dia macamlah dia sorang ada awek. Okay fine aku tak ada awek dan aku tak jelous. Hai Zarif.

Lagi pun, percent korang akan stay dalam hubungan hingga kahwin adalah serendah 10%. So nanti, bila korang putus cinta, konfem-konfem korang akan remove gambar tu dari blog. Dan pada masa tu, aku sure ramai akan perasan. Then pasti akan ada orang tanya “mana perginya gambar awek kau” dan korang dengan sedih, pilu, terguris mulalah menjawab dengan ayat tipikal ala orang men-cover seperti “kita orang dah tak ada apa-apa. Tak ada jodoh, nak buat macam mana"

Sometimes, blog should not be about personal. This is blog. Not dairy diary.

Gambar gedik di sidebar


Sarcastic expression
Sebut gedik je, mesti otak akan memaparkan gambar perempuan +camera + cermin + lidah terjelir. Hais. Senang citer, perempuan dan gedik tak boleh dipisahkan dan rasanya perempuan gedik dah boleh di terima walaupun still ramai lelaki geli dengan perempuan gedik. Ye la, awek sendiri menggedik = manja. Awek orang lain menggedik = gedik.

So, cara terbaik nak overcome masalah gambar gedik ni, mudah je, just buat satu page baru, letak semua gambar gedik anda dalam tu then linkkan dia di sidebar dengan menggunakan Widget bloglink blogger. So dengan cara tu, korang boleh asingkan semua gambar. Contohnya link pertama tajuk “gambar biasa” link ke dua tajuk “gambar gedik” link ke 3 tajuk “cam whore kat dalam tandas (yang wajib menggunakan pantulan cermin tandas) dan seterusnya padandai-pandai la korang.

Kecoh dengan “u follow me, i follow you”

It shows all. Ini blog, bukan myspace atau facebook. Bukan juga Digi. Bukan juga "you jump I jump" Followers tak penting. Tak ada guna korang kumpul followers kalau trafik korang teruk. Di dunia blog, trafik adalah paling penting. Jauh lagi penting dari followers.

High traffic = Banyak backlinks, nice keyword etc. Tetapi banyak trafik tak semestinya setiap entri yang dikeluarkan adalah berkualiti yang membawa banyak comments. Great traffic bermaksud ayat2 yang anda gunakan mudah di search di search engines. Komen yang banyak juga penting menandakan entri yang anda tulis adalah berkualiti dan mendapat feedback dari orang ramai. Siapa kata comments tak penting?

Comments juga menandakan anda tak gila kerana tak bercakap sorang-sorang. Kerana, walau sebanyak mana tanda seru (!) yang anda letak, ia tak akan mendatangkan bunyik. Bermaksud, ianya tetap tulisan dan kekal sebagai tulisan tanpa medium yang memerlukan telinga. Sunyi. Sepi.

[Update]Page terlampau kaya
Page yang kaya dengan widget sebenarnya agak menyakitkan hati aku. Why? Sebab ianya bloody heavy. Geolocation, referrer, search trend, weather, clock, flash players, videos and such things lah. Serta, such things lah yang membuatkan blog anda berat.

Dan macam yang Kak Afzan kata, kalau page tu ambil masa lebih dua minit untuk loading, mesti dah tekan butang pangkah (close). Actually, aku pun macam tu.

Ya aku faham anda nak express kan semua benda kat pembaca, tetapi ada cara dan pengurusan yang betul untuk itu. Don't make your blog over-flood with rubbish. Cara termudah, limitkan view blogrolls kepada 5 atau 10. Gunakan widget untuk siarkan buku dan video favorite anda seperti slideshow. Geolocation, referrer dan semua yang sepertinya tak perlu sebenarnya sebab semua function tu ada kat dalam HiStat.com. With HiStat, you got referrer, geolocation, counter, prediction, IP tracking, keywords dan macam-macam lagi. Semuanya dah tersedia dan ianya sedang menunggu anda yang pemalas.  

Oh ya, berat paling ideal untuk blog adalah 200Kb. Jika anda melebihi dari 500kb, berhati-hati lah kerana anda dah masuk dalam golongan obesiti. Hidup blog anda tak akan lama.

**********

Back me up

Well, 9+1 benda di atas adalah antara yang aku tak berapa suka bila berjalan-jalan di blog tak kira lah blog tu famous atau tak. See? Baik kan aku memberitahu perkara yang orang lain tak mo bagi tau secara jujur.

Okay fine mungkin ramai akan terasa bila aku tulis ni. Well, aku cuma nak cakap....kalau dah terasa, makan je lah.  Haha!

Comment Here

Selasa, 26 Januari 2010

Save Your Date for Valentine's Day. Save It for This Moment. 143


Credit goes to Daeg Nith.

Ya, aku tau korang cun-cun dah ada boyfriend. Dan aku juga tahu korang ada awek cun walaupun tak handsome. Okay fine korang tak cun dan tak handsome. Serta aku juga tahu korang nak keluar date pada Valentine's Day serta, itu tak bermaksud anda menyambut Valentine's Day. Valentine's Day bukan perayaan. Bukan juga kita melakukan apa-apa upacara. Just, kita menilai sentimental yang ada. Bukan nilai agama Christian tetapi nilai kekuatan cinta yang seseorang sanggup pertaruhkan. Macam Romeo dan Juliet lah. So, I guess its okay for us if you want to hangout with friends. Correct me if I was wrong.



Cinemas on 2nd Feb 2010

Ya, di panggung wayang akan ada cerita Valentine's Day yang di lakonkan oleh ooo-em-gie so many nice actors. Ya, pelakon lelaki hot gilaan para gadis seperti Ashton Kutcher, Taylor Lauthner (the serigala boy) dan yang paling gay adalah Carter Jenkins. And your know what, Taylor Swift is on stage baby, Jessica Alba, Julia Roberts dan juga ex aku paling latest, Anne Hathaway.

So, I really wanna watch this. 5 or 6 February, Melaka. Whos in? Tak akan aku nak ajak lelaki tengok kot. Tak remaja ah. A.m.f.y. nak ikut?

14 February, Kuantan bersama awek-awek Kuantan, ada lagi yang nak join?



Oh ya, lagu dari Taylor Swift sempena Valentine's Day. Lagu terbaru beliau mungkin. But who cares? Its a nice song. Nice? Wat-deh-ef? The lyric is damn sucks you know. Yeah, bad lyric. But okay lah dia punya lagu, still.




Taylor Swift Latest Song- Today Was A Fairy Tale


Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale

Today was a fairytale

Today was a fairytale
I wore a dress
You wore a dark grey t-shirt
You told me I was pretty when I looked like a mess
Today was a fairytale
Time slows down whenever you're around

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Today was a fairytale
You've got a smile that takes me to another planet
Every move you make everything you say is right
Today was a fairytale
Today was a fairytale
All that I can say is it's getting so much clearer
Nothing made sense until the time I saw your face

Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around
Yeah yeah

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale


Time slows down whenever you're around
I can feel my heart
It's beating in my chest
Did you feel it?
I can't put this down

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

You all boleh search dan download lagu ni kat 4shared.com

**************
Btw, sorry kalau kualiti entri aku agak teruk semenjak minggu lepas. Dah malas nak menulis, nak buat macam mana. Tapi tu lah, aku tulis biasa-biasa pun, followers tetap naik. Hais. But hey, akan aku tingkatkan kredibiliti dan apa-apa je lah. Aku perasan gak commenter agak kurang walaupun viewers bertambah. 

Banyak comments = High quality entry. Banyak viewers dan followers = High quality traffic and credibility of the author(s).

Comment Here

Isnin, 25 Januari 2010

Into The Reality. Aku, Tika Itu.

Serious shit, aku tak minat bola sepak. Come on, berlari-lari di tengah padang sambil merebut sebiji benda bulat yang kebiasaanya berwarna putih? Then selepas dah dapat, sepak benda bulat tu jauh-jauh? Wtf is that? Boring~ *Rolling eyes*

Tapi aku minat hoki. Even tak reti main hoki, aku still main dan join kelab hoki.

And oh well, ini adalah entri bergambar aku pada hari ini (sabtu 23 hb Januari) ketika aku berada di Stadium Hoki di Melaka. And yes, it is damn so fun. Bukan pasal awek, tapi pasal game. Bukan juga aku dan Micet yang main, tetapi kami jadi penyokong kepada UniKL IBIL and serious, pasukan sorak Micet memang best. Duduk ramai-ramai, pukul kompang dan sorak sambil nyanyi lagu 'Potong-potong' iklan P1wimax. Terbaik. Then mulut nanyi main lepas cakap je. Tak ada tapis-tapis. Again, terbaik.


This is how it starts


Awek paling kiri tudung labuh tu comel.


Kenapa aku fokus kat Eddy?


Again, kenapa aku fokus kat Eddy?


Again kenapa aku... Eh, mana Eddy? Haha! 
Bergambar bersama pemain hoki negara, Chun Boon Huat. 
Eddy missed this.


Pakat mintak autograph dari bekas pemain hoki Malaysia.



Ella pakai braces. Gadis pakai braces memang hot!


Omg, Ella pakai legging. Sexy. So bad baju TM tu besar sangat. 
TM tak reti buat baju ke apa? Hais.



 Ella ft Joe.

Ya, Ella, memerangkap ex awek aku ada buat persembahan. Suara dia gila ah manja. Memang comel. Teringat saat-saat manis kami bersama-sama dulu. Hais. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana. Joe Abdullah perampas chentaku.

Btw (by the way), kalau masa balik tu, bas berhenti kat R&R pekena makanan di Tuu Dia Pak Tam. Sup dia okay la tapi agak mahal di situ. Masa balik tu, ada hamba Allah pergi pijak tahi kucing and bawak naik dalam bas. Perh. So faham-faham je la. Memang semerbak bas tu. Tu belum kira panas sebab perlu tutup aircon. Huh. So, masa balik, semua diam je.

Lagi satu, setiap petang akan ada mainan hoki di padang Micet bersebelahan surau. So, sesiapa yang rasa nak main hoki, rajin-rajinlah turun. Kayu hoki di sediakan. President hoki cakap, gadis comel di beri keutamaan. 

It was fun.


Comment Here


Ahad, 24 Januari 2010

Lirik Lagu Hafiz Af7 - Awan Nano

Assalamualaikum


Mp3 Player.




Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..

Sabtu, 23 Januari 2010

Bila Homoseksual di 'Benarkan' Dalam Islam.


 Picture shows all.

Tajuk agak catchy kan. Ya ianya perlu menarik pembaca. Tetapi jangan risau, entri ni tetap tak lari dari tajuk. Tapi korang mungkin agak geram kerana ini adalah isu yang sensitif.

Klik sini untuk melihat-lihat website yang macam sial yang aku rasa untuk menjatuhkan Islam.

Website yang aku linkkan tu adalah website bernama Al-Fatiha yang kononnya berunsurkan Islam tetapi di khususkan untuk umat Islam yang homosex, trans dan sebagainya. And what the fish is that? Kenapa website tu bercakap macamlah benda tu di benarkan dalam Islam?


Apa yang aku nak cakap;
1. Aku tak rasa orang yang bangunkan website tu adalah orang Islam.
2. Aku rasa makin lama, makin banyak kuantiti agama lain bencikan agama Islam tanpa sebab yang kukuh.
3. Why? why? why?

Lari tajuk; Aku tengok, sebilangan orang bijak pandai dalam Islam di Malaysia kebanyakannya tidak boleh ditegur dengan orang-orang biasa. Pantang ada orang tegur, terus melatah. Bagi mereka, merekalah terbaik sebab belajar agama tinggi-tinggi. Again, why why why?

Comment Here

Khamis, 21 Januari 2010

Aku Cuma Nak Bagi Tahu 19 : Life Quote

Assalamualaikum


 Life of a tulip.

Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who treats you right, forget about the ones who don't, believe that everything happens for a reason for sure. And, if you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it'd be easy, but they just promised it would be worth it to make a shot...

And don't forget to learn how to say sorry. Yes, you need it for the rest of your life.

Comment Here

Rabu, 20 Januari 2010

Bermanja Dengan Tunang Orang. Cinta Terlarang 2010

Assalamualaikum.


Struggle

Umpama telah di jodohkan, tetapi tidak. Ya. Aku tak pandai buat perumpamaan tetapi begitulah perumpamaannya... Sekarang ni, aku nak bercerita moment-moment manis mengenai Miss Zatul.

Miss Zatul Iradah, masih ingatkan awak kali pertama kita berjumpa?

Saye masih ingat lagi hari pertama kite berjumpa. Masa tu tahun 2008, umur saye baru belasan tahun. Masih hingusan. Situasinya adalah di dalam kelas Mathematic ketika semester satu. Ya segalanya bermula di dalam kelas Mathematics. Masa itu saye pergi ke kelas bersama Fahim, Aiman, Rashdan, Mustika dan Nafiza..

Pada hari itu, kiteorang berjalan dengan pantas dari hostel ke bangunan akademik kerana kiteorang baru sedar yang kiteorang dah agak lewat. Ketika dalam perjalanan ke kelas, salah seorang dari kiteorang berkata yang awak adalah sangat garang memang gila la punya garang. So kiteorang takut dengan tiba-tiba. Tapi... Tapi saye tak percaye. Mata hati saye berkata yang awak sangat baik. Tapi masa dah dekat gila dengan kelas tu, kiteorang perasan yang awak dah masuk ke dalam kelas tu. So kiteorang intai awak. Awak tengah solve soalan Math. Awak rajin.

Kiteorang tengok, muka awak comel. Tapi di sebabkan anasir-anasir luar (Fahim) yang menghasut, pandangan kami berkata yang awak adalah oh sangat garang.

So akibat ketakutan untuk masuk kelas dengan lewat serta kemungkinan di marahi awak, kiteorang membuat keputusan untuk berpatah balik. Ye lah, dah semua cakap awak garang. Siapa tak takut? Padahal awak baik, tak garang langsung. Lemah lebut lagi.

Tapi setelah berpatah balik, saye tak terus balik, saye lepak library. Biasa lah, semester satu, meniru jawapan orang je kerja.

Then masa balik dari library tu, saye terserempak awak. Masa tu awak tak kenal saye lagi. So awak pun tak pandang saye okay la kalau kenal pun mungkin tak akan pandang juga tapi saye ingat nak tegur awak tapi segan biasalah lelaki kena la segan-segan sikit tapi kalau difikir balik bagus gak tak tegur kang kalau awak tanya nama and awak spot yang saye ada adalah student awak dan ponteng kelas awak tadi, perh, memang akan jatuh standard saye lah kan. Ye lah, semua orang cakap yang awak adalah LECTURER paling cute di Micet.

Tak ramai student awak yang tahu awak dah ada Facebook.

Well, susah betul nak cari awak kat Facebook. Nasib baik jumpa. Berkat kesabaran mungkin.

Firdaus Spade = Firdaus
Tulang Bergerak = Aiman

Dalam banyak-banyak gadis lain yang sama nama dengan awak yang saya search, akhirnya saya jumpa juga awak kan? Ada jodoh ni, ada jodoh...

Oh..

Okay fine tak ada jodoh. Awak dah berpunya.

Entry just for fun. Mengimbau kembali zaman aku muda-muda dulu. Ehem. Aku harap tunang dia tak baca ni. Tak boleh blah bila budak-budak ni nak cuba gosipkan lecturer math aku ni dengan lecturer fluid, tapi tak berhasil. Dalam banyak-banyak subjek, Math adalah satu-satunya subjek yang kiteorang tak pernah ponteng kalau dah datang. Kalau kelas lain seperti Analytical, masa bosan buat Lab mesti keluar kelas senyap-senyap untuk makan di warung kat bawah. Pernah sekali masa makan tu, lecturer Analytical lalu and pandang kiteorang. Masing-masing gila buat cool tak nak nampak bersalah. Lecturer Analytical memang cool.


Well, siapa yang kenal Miss patut add dia di Facebook. Kat Facebook dia ada gambar dia pakai baju pengantin, perh, you. Nanti kalau Miss nak kahwin, wajib bagi tau kiteorang (students) dan bukan bagi tahu je, kena jemput sekali tau. Bukan jemput je, hidang makan skali. Tapi Miss, saya tak suka nasi minyak (kolestrol, you). So, nasi ayam adalah terbaik bagi saya kalau Miss tak kisah. Jangan risau Miss, kami tak kuat makan. Tapi kuat tapau...


Nama penuh lecturer ni ada 4 patah perkataan dua lagi aku dah censored.