Memaparkan catatan dengan label flotilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flotilla. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Jun 2010

Hikmah Israel Menyerang Konvoy Flatillo ke Gaza

Assalamualaikum

Well, ada orang tanya di formspring aku kenapa aku tak cakap apa-apa pasal Gaza, pasal Mavi Marmara dan pasal Israel yang menyerang convoy kapal Freedom Flotilla dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan. Actually, aku bukan tak nak cakap, tapi aku tak tahu nak cakap pasal apa sebab semua dah di tulis oleh blogger lain. Tak akan aku nak tulis benda sama berulang-ulang kan?

But then, bila berborak-borak ngan kawan aku semalam, aku terlintas satu perkara tentang hikmah di sebalik penyerangan Israel laknatullah tu di international waters. Hikmah yang mampu ubah persepsi kita tentang orang lain.

Bila aku cakap ia ada hikmah, bukan mermaksud aku menyokong. Cuma, 'reframing'.


1. Israel di pandang hina oleh masyarakat dunia.





Semua orang tahu, tentera Israel membunuh beberapa orang activist dan mencederakan beberapa yang lain. Dan antara activist dan orang-orang yang cedera adalah rakyat dari Turki, Jordan dan lain lain. Based on that, Recep Tayyip Erdogan, prime minister Turkish dah kasi sound kat duta Israel yang penyerangan tu dah mencalarkan perjanjian antara dua negara. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel pun dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Turki memang lantang bersuara. Tu baru Turki belum yang lain lagi.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece dan Perancis pun sama. Semua pakat panggil duta Israel. Tapi tak tahu la kalau dieorang ada agenda lain.

Israel setuju nak kasi kapal-kapal freedom Flotilla tu lalu dari international waters dan masuk ke laluan ke Gaza. Tapi last-last, dia plak pi serang. Mana orang tak marah. Mungkin Israel ingat kalau dia serang kat open water yang tak ada undang-undang, tak akan ada orang marah kot. So good, diaorang salah.

2. Hubungan antara nagara bukan Islam dan negara Islam semakin rapat.
Try tengok. Kalau dulu, nak buat apa-apa perancangan rasa macam tertangguh je. Then mesti ada halangan. Tapi now, semua pakat bergabung nak-nak bab desak PBB. Kalau dulu, isu Iraq, PBB buat apa? Termasuk la bila Dr Mahathir sound kaw-kaw pasal PBB yang der action, apa reaksi? PBB tu dulu cakap je banyak, action tarak. But now bila semua dah desak, nak tak nak, PBB kena la juga tunjuk actionnya. Tapi entah lah. Aku tak rasa PBB or NATO akan buat apa-apa selain 'menyiasat'. Semuanya based on kuasa-kuasa besar iaitu America dan sekutunya.


3. Stereotype "Muslim is a terrorist-religion" mungkin tidak akan keluar lagi.


Try tengok gambar-gambar di blog-blog yang ada pasal demo penyerangan Israel terhadap konvoy bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla. Yang berdemo tu adakah 100% Islam? Ada sesetengah kawasan, yang mengetuai demo tu siap bukan Islam lagi. Mereka berdemo atas dasar kemanusiaan. Atas dasar keprihatinan antara satu sama lain. So, secara tak langsung, persepsi dah berubah terhadap negara-negara Islam. Dan ini membuktikan persepsi 'Islam adalah terrosist' tidak hinggap di setiap orang bukan Islam dah.

Muslim kini lebih dikenali sebagai 'mangsa' berbanding dulu yang selalu di anggap sebagai terrorist. Sebagai contoh, pemberita akan menyebut "Pejuang Islam" apabila orang islam yang buat onar. Tapi mereka tak akan menyebut "Pejuang Yahudi" apabila orang Yahudi buat benda sama.

Kalau dulu, sebut Islam je, mesti orang marked sebagai terrorist. Tapi kini, bila geng Yahudi serang konvoy kemanusiaan tu, baru semua orang tahu yang Muslims bukannya real terrorist.


4. Mengajar orang Malaysia untuk tak jadi paranoid dan jangan anti terhadap agama/bangsa lain.
Ingat lagi isu kononnya logo Croc adalah kalimah Allah? Atau Coke menghina Nabi? Atau logo Adidas menghina Kalimah Allah? Atau nak boikot KFC, boikot McD kononnya mereka salur duit untuk Israel. Atau apa-apa je lah. Siapa yang reka isu-isu macam ni kalau bukan orang Malaysia? Rata-rata orang Malaysia nak-nak kat facebook adalah terlalu sensitive dan terlalu paranoid. Ada benda sikit, di kaitkan dengan penghinaan terhadap Islam. Contoh lain, isu Illuminati. Sampai kan logo MARA pun di katanya under Freemason. Tak percaya pergi ke group Anti Freemason dan Illmuminati kat facebook. Group members ada beribu-ribu. Sekali pandang perangai founder group tu macam perangai orang melayu yang paranoid yang kononya semua agama / bangsa lain adalah jahat 100% dan nak jatuhkan agama Islam. Tapi rupa-rupanya memang ya pun orang melayu yang menjadi founder group tu. Aduh

Dan pernah tak korang baca news ada ramai penduduk Israel tolong warga palestine melarikan diri dari tentera Israel? Ya. Memang ada. Tapi amat terpencil.  But still, jangan la paranoid sangat.

5. Keselamat orang Islam lebih terjamin.
Sekali komander-komander Israel serang bantuan kemanusiaan ke Gaza, terus dapat kritikan hebat dari seluruh dunia. Agak-agak, selepas ni geng-geng Yahudi tu berani lagi tak nak buat benda sama? Ya dieorang mungkin berani. Tapi tak seberani dulu. Kaw-kaw dieorang kena dari seluruh pelusuk dunia. Mungkin dieorang akan berfikir 234567890 kali sebelum serang selepas ini.



Setiap benda yang terjadi ada hikmah kan? Even kalau suami atau bakal suami korang mintak kahwin lain, mesti ada hikmah di sebaliknya. Mula-mula memang lah bengang kan tapi selepas suami kahwin lain, mana tau kot-kot bebanan anda makin ringan tak payah dah nak layan karenah suami yang macam-macam. And kalau anda nak pasang lain pun boleh. Chance untuk kantoi tu mungkin amat kecil kerana si suami pasti akan selalu sibuk dengan isteri muda. So, bagi lah suami anda berkahwin lain. Banyak faedahnya.

Tapi aku tak nak cakap pasal kahwin lain. Sebab aku ni setia orangnya.