Selasa, 21 Februari 2012

Melayu Suck. Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum w.b.t


Hello Melayu-Melayu yang akan rage serta emo di ruangan komen sekalian. What's up?

Beberapa minggu lepas, masa aku lepak-lepak kat Facebook selepas main Dota 2, aku ternampak satu video someone DM me. Aku pun tengok la. Dan bila aku tengok je, bulu roma aku terus meremang. Ya, aku suka video macam ni. Video tentang motivasi dan kebenaran yang amat mene-rasa-kan. Video ni bukan cerita pasal Melayu je. Dia cerita pasal Bumiputera. Tapi aku rasa kita semua tahu Melayu adalah major dalam bumiputera, or at least, darah Melayu tu ada.

Memang layan gila aku tengok video ni. Tapi bila aku share video ni kat Facebook, tak ada orang pun yang layan. Rata-rata dok layan video Harlem Shake yang entah apa-apa. Bagi aku, aku lagi rela layan Justin Bieber dan K-Pop dari Harlem Shake.

About the video yang aku cakapkan tu, nak tengok? Tengok kat bawah ni.



Apa yang ada kat dalam video ni, hampir semua aku pernah tulis kat dalam blog aku. Sayangnya aku tak boleh track down sebab aku tulis bukan dalam satu entry (Random isu yang dipecah-pecah). Tapi seriously, banyak yang diperkatanya adalah betul.

Apasal Nak Belajar English? Jepun Maju Tak Belajar English Pun Boleh Maju?
Antara benda pertama adalah penggunaan English. Benda ni juga adalah antara benda pertama yang ditekankan dalam video diatas. Well, aku ingat lagi time PPSMI di sekolah menengah, aku adalah batch pertama yang menjalani PPSMI, tapi, yang bisingnya adalah orang-orang tua. Kata itu lah. Ini lah. Aku support PPSMI sebab English. Ramai kata susah orang Melayu nak belajar english sebab tak ada sesiapa nak praktise kat rumah. Well guess what. Adik perempuan aku belajar di sekolah Cina dari darjah satu and now dia fluent in English and mandarin. PMR straight A juga. Tak ada bantuan di rumah juga. Tapi orang melayu, bersepah-sepah alasan semata-mata tak nak belajar English padahal English adalah bahasa perantaraan dunia. Even negara Jepun yang pun looks stupid bila English terabur. Semuanya dengan satu sebab; Susah. Or maybe sebab PPSMI adalah idea Kerajaan?

Ingat tak lagi masa zaman PPSMI, ramai bising kata kerajaan nak memperjuangkan bahasa penjajah dan tak nak memperkasakan BM. Bla bla bla. Nak memperkasakan BM, aku tak kisah. Tapi masalahnya, kenapa banyak curi bahasa dan istilah English? Solusi? Diskusi? Kenapa perlu translate istilah English kepada BM? Mana perginya orang yang konon memperjuangkan dan mahu memperkasakan BM dulu tu?

Look at Bumiputera now. Hanya mahir BM. Tu pun kalau mahir lah. English? Macam aku, English rojak aku reti lah.

"Eleh, poyo lah kau speaking."

Didikan After-School, Berniaga.



Ini adalah benda yang amat-amat obvious yang membezakan antara Melayu dan Cina. Orang cina anak dia diajar bantu mak bapak. Walau pun dia miskin, anak dia ada basic dalam perniagaan. Sebab tu anak orang cina ada chance untuk berjaya. Habis je sekolah diwaktu tengah hari, petangnya dia pergi tolong mak bapak jaga kedai sampai ke malam. Why cina dan india kena bekerja keras? Sebab dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak boleh hidup. Dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak akan dapat makan. Dia bukan orang bumiputera yang sentiasa ada kerajaan support. Result rendah, still boleh masuk UiTM (sorry). Melayu kalau masuk U swasta, boleh apply Mara. Kalau menganggur, boleh  minta pinjaman dari TEKUN. Semuanya untuk orang Melayu dan bumiputera. (Actually ini membuktikan kerajaan nak bagi pancing instead of ikan. Tapi orang Melayu bukan nak ambil pancing.)

Dan yang paling obviousnya, orang Melayu hanya bergantung kepada satu sumber. Iaitu sumber dari kerja makan gaji. Kalau dia kerja as general worker, engineer, tak ada langsung side income. Bila company tu bankrupt, terus berbulan-bulan tak ada kerja.

Orang cina berjaya ada dua sebab. Satu sebab ukhuwah sesama kaum cina. Dieorang ada group yang saling tolong menolong. Orang Melayu? Duduk rumah main twitter pastu meroyan nak kahwin awal. Puih! *Ludah ke langit. Kena muka sendiri.*

More Assets = More Money = More New Business = Much More Money.
Orang zaman dulu jual tanah sebab nak hantar anak masuk universiti sebab tak ada PTPTN / MARA etc. Orang zaman sekarang jual tanah sebab nak rasa kaya. Enough said. Ada tanah seekar dua pun laju je nak jual. Nak-nak kalau tanah pusaka. Tanah kat bandar mosly adalah milik cina. Harga dia berlipat-lipat kali ganda.

Pastu, kalau andai kata nak jual tanah, main jual. Tak ada pun terfikir nak naikkan nilai tanah. Contohnya, jadikan tanah tu tanah untuk tanaman. Automatik harta tanah naik lebih tinggi. Tapi orang Melayu nak kaya mudah. Nak kaya cepat.

Kurang Kretif. No. Tak Kretif.
Ini adalah benda yang paling aku nampak since aku di bangku sekolah lagi. Tentang apa? Dengan design. Design apa? Design semua benda. Design logo. Design paket makanan. Design produk. Design jenama dan design kereta. Cakap pasal design kereta ni, kenapa kerata Malaysia (Proton) banyak tiru design kereta luar?

Cuba anda tengok design sos buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design botol kicap buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design makanan segera buatan orang Melayu. Gila teruk. Aku tak kata aku boleh design better (But I guess I could), just, why buat produk yang designnya seakan-akan sambil lewa?

Kentucky Fried Chicken? Tiru jadi Kelantan Fried Chicklen. Tak pun Radix Fried Chicken. Kenapa mesti tiru? Ni baru makanan. Jangan sampai aku masuk bab filem Malaysia. Kalau aku cakap pasal filem Malaysia banyak tiru filem luar, memang beleret-leret lah jadinya. Tapi aku ada tulis tentang filem Malaysia dalam Makan Dalam. Kalau berminat, boleh beli di Terfaktab.com

Melayu dan Hasad Dengki.
Yang ni aku tak nak cerita banyak. Aku rasa kita semua tahu apa jadi kalau kedai sama genre dibuka sebelah-sebelah. Mesti jadi persaingan yang tidak sihat. Santau la, guna-guna la, sihir itu la, sihir ini la.

Kalau yang pakai ilmu hitam ni satu hal. Yang tak leh blah nya, kalau tak pakai ilmu hitam pun kena tuduh. Contohnya, Restoran A lokasinya di sebelah Restoran B. Tapi Restoran B ni tak ada langsung pelanggan. Mesti orang di Restoran B akan start sebar cerita yang bukan-bukan. Padahal mana tahu Restiran A ni bagus.

Kes ni pernah terjadi kat aku. Owner sesebuah restoran ni cakap buruk pasal Restoran X. Padahal dia tak sedar yang servis dia teruk. Makanan dia sikit dan tak sedap. Harga pulak mahal. Mana orang nak datang? Dah la selfish, suka fikir pasal duit je macam mana nak maju?

Kedai Melayu Jual Barang Low Quality (Sebab Murah)



Okay here is the thing. Korang mungkin akan kata aku ni racist. Sebab apa aku mungkin racist? Sebab kalau aku nak pergi beli barang-barang kat kedai runcit, aku akan utamakan kedai melayu yang baru dibuka dahulu. Sebagai contoh:

Ada 3 buah kedai runcit yang bersebelah antara satu sama lain.

  1. Kedai A, milik Cina yang dah berjaya.
  2. Kedai B, milik Melayu yang dah berjaya.
  3. Kedai C, milik Melayu yang baru buka kedai.


So diantara 3 kedai diatas, aku akan pergi ke kedai C. Honestly, bukan sebab racist. Tapi sebab aku nak menolong. Tapi masalahnya. Kedai macam kedai C ni banyak gila jual barangan yang harga terlampau murah. Murah bukan sebab dia tak nak markup harga. Tapi sebab dia hanya jual barang yang low or less quality di kedai dia. So macam mana aku nak beli?

Sebagai Contoh, aku nak beli mee segera PAMA. Tapi bila aku pergi, yang dijual adalah jenama-jenama yang aku tak pernah nampak. Begitu juga dengan aiskrim. Bila aku buka je peti ais, apa yang aku nampak hanyalah ais krim yang murah-murah yang kalau kau jilat, kau boleh rasa ais dan perasa serta pewarna je. Ya Allah celakanya rasa dia.

Dan isu ni bukan hanya untuk Kedai C. Kadang-kadang, kedai yang dah maju macam Kedai B pun perangai macam ni. Suka beli barangan murah dari pemborong, pastu jual harga lebih kurang sama dengan barangan yang berkualiti lain.

For your information, I dont care about brands and branding. Pakaian aku, aku beli based on kualiti dan design. Kasut aku, aku utamakan keselesaan dari jenama. Aku tak pandang langsung jenama sebab tak semua jenama directly proportional dengan kualiti. Hanya segelintir sahaja. While, kebanyakan barang hanya mahal disebabkan jenama semata-mata padahal barang tu kualitinya sama dengan kualiti brandless products.


Well, satu lagi yang aku geram dengan kedai Melayu adalah selalu tutup kedai WHAT HE HELL KAU SELALU TUTUP KEDAI??? Aku pernah dengar kawan aku cerita (Aku tak ingat dah siapa cerita). Katanya, ada satu cina ni bagi tahu "Kalau kau nak berniaga, satu je benda yang kau perlu buat iaitu 'buka'." Maksudnya, buka kedai tu walaupun tak ada pelanggan. Always buka. Biar lah tak ada pelanggan pun. Janji buka.


Terlampau Mudah Bersyukur
Aku pernah tulis satu article pasal ni. Iaitu Melayu terlampau mudah bersyukur. Aku ingat lagi time blog aku ada ramai pembaca dan aku iklan Innity aku boleh cecah hampir RM200 sehari, aku segelintir yang mengatakan "Kenapa kau tak puas hati dengan blog kau. Earning kau dah tinggi. Belajar bersyukur". Tak salah kalau nak mencari harta banyak. Asalkan tidak bagi efek pada perkara-perkara lain. Aku ada tulis pasal benda ni kat entri INI.


Malu Untuk Berniaga.
Aku amat aktif bermain Twitter. Dan ketika aku dok layan TimeLine Twitter, kalau aku nampak ada orang promote dia punya shopping blog ke, fan page jual tudung ke, aku akan retweet. Tak percaya korang boleh tanya Nuyul. But why? Sebab aku nak dieorang berjaya even aku tidak berjaya. Aku akui aku amat takut untuk buat business. But then aku amat impressed dengan golongan perempuan yang semangat buka perniagaan sendiri tanpa rasa takut dan malu serta segan promote tudung bawal atau periuk nasi magik Amway.

"Kita boleh berjaya kalau kita mahu. Rezeki, tak akan dapat kalau kita tak kejar."

**********

Fun Facts dari video.
74% isi rumah orang Melayu adalah dibawah RM2000.
22% je share saham milik Melayu.
43% student mendapat kerja minimum 3 bulan after grad.
57% bumiputera starting salary RM1500. Trust me, bawah RM1000 pun ramai. Even ada degree.

***********

P.S : Aku tulis ni untuk diri aku sendiri juga.

Dan, Harlem Shake suck.


81 ulasan:

  1. wah! aku suka betul entry kau yang ni. memang tak mengarut. bagus2! bernas!! >.< tahniah weh

    BalasPadam
  2. Tak jumpe lak video ni kalo ko ade share. Eh... Aku lupa lak aku dah deactivate fb rupanya...

    Apepun, pas tengok video ni, makin tinggi semangat aku nk bersaing ngan bf aku. Huhu... So, kne blaja mandarin. Kena! Semoga semangat aku kuat ah... Setakat boleh cakap hokkien je tak menarik sangat ye dak... Nak idup dalam penang semata2 boley ah...

    BalasPadam
  3. thanks... sgt mendalam..
    huhu..

    ada benarnya

    BalasPadam
  4. I've read your article in Makan Dalam. Thumbs up! :)

    BalasPadam
  5. Couldn't agree more!!

    Disebabkan itu our school memang tekankan untuk kerja sendiri instead of kerja dengan orang lain..

    BalasPadam
  6. Haha .. memey goosebumps pom .. gila ebat video .. congrates kat tuan empunya video dan thanks kat mr k sbb share :D

    BalasPadam
  7. benda lain saya rasa ok la kot. tapi part bukak n tutup kedai ni, melayu ade beza dgn cina n kaum2 lain. you kena faham, kalau ade kenduri kendara kita kena pegi. ziarah. perayaan kena jugak ziarah menziarah. kalau kematian lagi la. nak2 si mati jauh lokasinya. mesti ziarah. bukan mcm cina. cina they ollss kisah tak kisah sgt pasal ziarah menziarah semua tu.
    haa.. lagi satu pasal bersyukur. kan kita kena sentiasa berssyukur n redha. Perlu sgt tu Mr.k. tapi tak salah kalo sambil bersyukur sambil meningkatkan lagi apa yg ade. tapi kita wajiblah sentiasa bersykur dgn apa yg kita ada. :)

    BalasPadam
  8. Ada beberapa perkara saya bersetuju, ada yg tak bersetuju.

    Pasal radix fried chicken tuh aku x stuju. setahu aku RFC nih menggunakan Ayam organik katanya, so dia punya produk tuh agak berlainan skit berbanding KFC. xpe lah, atleast diaorg bwat alternatif utk kita selain KFC. Walaupun, KFC nih kat malaysia owned by Johor corp which is syarikat bumi jgak kan. Pasal Kelantan Fried chicken tuh, aku tak pasti. Aku tak kisah kalu produk basic sama, as long ada resepi/kelainan/keunikan sedikit. Kalu tgk kat US pun ramai je yg nk tiru KFC tp diaorg ada specialty sendiri.

    pasal lain2 tuh mmg aku setuju. terutama pasal kedai melayu slalu tutup. Yg nih seyes aku tak paham. kekadang raya cina, kedai melayu sibuk nk tutup lelama. Aku pernah tgk satu kedai makan melayu nih, even pelanggan dtg nk mkn, xbg dtg sbb kedai dah nk tutup awal sbb public holiday. Aku pernah kerja dgn pasaraya cina, mmg sengsara sbb selagi ada orang dtg nk beli barang, diaorg xkan tutup kedai. aku keje casher masa tuh, tp aku respek cara diaorg berniaga.

    Pasal industri filem/drama, aku tgk jalan cerita slalu cliché and aku bleh agak ending. jarang ada cerita melayu yg berkualiti.

    pasal sukan pun aku tgk ada problem, kalu terer main bola contohnya, mesti akan ada gosip, pastuhh prestasi drop. xkisah nk jd playboy ke ape, tp bile prestasi drop tuh agak menyedihkan~

    Anyway, this is my 2cent.

    Btw, dlm uitm byk jgak poster yg mengingatkan mahasiswa bumi/melayu especially bahawa tingkatkan daya saing kerana hari esok mungkin tidak seperti hari ini.

    BalasPadam
  9. This is a good entry. Really good. Sebijik macam apa Melayu sekarang tengah buat. Pantang tengok orang lain senang, mula lah hantar benda, tanam tulanglah depan rumah. Masih lagi narrow minded. I have to say, we are still living with the perception that teruk mana result pun, there will always be a place. Therefore, belajar main main pun tak apa.

    BalasPadam
  10. Tak nak belajar English...masyarakat kita sendri kene maju dahulu. Jepun teknologi dia hebat, tak perlu barangan barat pun tak apa...
    Tapi, bagus jugak belajar banyak bahasa. Bahasa Arab tu sepatutnya kene tekankan.

    Setahu saya, golongan yang suka berniaga, ada saja dimana-mana. Sebab tulah maju orang yg berniaga, travel sana sini, banyak hardship kene lalui

    Setuju, pasal yg tak kreatif tu. Satu lgi, diorang nak siapkan kerja diorang terlalu cepat...tidak sabar

    Orang Melayu tak berani nak ambil risiko besar lam berniaga..satu lagi cepat putus asa.

    Ok..peace..WaAllahua'lam wasalam

    p/s: Komen untuk diri sendri jugak

    BalasPadam
  11. entri paling best aku rasa...

    BalasPadam
  12. samela kite.. 1st batch PPSMI.. -_- wlupun ckgu ak ajar dlm BM, tp at least, ak nk rujuk buku senang sbb term2 die byk dlm BI..jwb soalan dlm BI lg senang dr jawab soalan dlm BM sbb kte da blaja term dlm BI..medulla oblongata dlm BM ape?? ak pn xtau..tp paling best jwb apabila ayat salah pn still dpt markah wlupn tatabahasa failed..

    BalasPadam
  13. apa kata sekali sekala mr kay tulis benda2 baik,, tak semua perkara buruk pasal seseorang tu kan,, boleh je kan kalau emphasize benda baik instead of benda buruk,, tujuan entry ni untuk ape ye? naikkan semangat orang melayu ke ape ni,, kalau betul, alhamdulillah. kalau salah,, tak tahu nk kata lah. just wondering,, tq. ps-trying to think positive while reading this negative entry.

    BalasPadam
  14. Thank you for voicing out my words Khairul. Brilliant!

    BalasPadam
  15. alhamdulillah aku meleis. dan aku takde langsung dalam golongan typical meleis seperti point2 di atas, dan generalization orang ramai :)

    BalasPadam
  16. bgos video ni. mmg buka minda. perlu jdi motivasi tuk kita.

    :)

    BalasPadam
  17. antara yg aku bengang ngn mentaliti melayu walau aku juga owg Melayu

    kalau nak kerja, mesti nak office hour! ataupun nak jadi bos terus!

    puih!

    semuanya nak berlagak,nak kete besar & umah besar tp kalau dapat pun dgn hutang

    dah masa kita ubah semua ini

    caiyok owg Melayu!

    BalasPadam
  18. Harlem shake is sucks!!totally agree with you. i cannot brain that..errr

    BalasPadam
  19. bro jom ain dota sekali add id ni...... http://tf2b.com/dota/76561198066006969

    BalasPadam
  20. pedih hulu hati bila baca entry nih . Oh ya, aku student uitm and memang masuk atas dasar result rendah .macam kau kata ~

    BalasPadam
  21. kita tak berada di tempat orang tu...jangan bersangka buruk kalau benda yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan..n Mr K..u dont know actually what the heck is business..external and internal environment of business..the strength,weakness,opportunity and threat in business..dont acted like u know something but actually u know nothing..

    BalasPadam
  22. 100x likes...
    and as addition~even govt has given many helps, subsidy, etc, these people are never feel enough and keep asking for more and more subsidy ect..they only care about the fish, eventhough has been taught how to fish..

    BalasPadam
  23. saya ingat lagi masa study kat johor dulu. musim tahun baru cina. time tu x balik kpg cos tiket flight mahal. so we stayed back. biasanya kitaorg lunch di kedai cina tpi since tme tu tahun baru cina, kedai cina rata-rata tutup seminggu. so kitaorg prgilah mencari kedai-kedai melayu. hampa punah harapan bila tgk kedai melayu pun mostly tutup juga..patutnya time tu la dorg ambil peluang untuk naikkan sales kan.

    nice entry btw

    BalasPadam
  24. kira umo kau sama dengan aku lah ni? damn, aku ingat kau lagi tua! muahahahhahahahahaha

    BalasPadam
  25. semua benda ada baik, ada buruknya. sama juga dgn entry ni. apa pun, tahniah sbb berani mengeluarkan entry macam ni sbb dari entry mcm ni akan ada macam2 lagi pendapat/feedback dari pembaca.. biasanya entry mcm ni, comment2 org best2.. hahahaha.. dr comment sini pun kita boleh tau org melayu kita cmne (sbb mostly yg comment pun melayu).

    anyway, walaupun mungkin entry ni memalukan melayu. tp better lagi drp terus-terusan dimalukan kaum lain.. kudos.

    BalasPadam
  26. Terima kasih, ini satu pembuka minda bagi orang melayu....kite orang melayu kene buka minda dan mula maju ke depan,jangan kisah cerca orang dan kate orang.Penulisan engko ibarat membaling bata merah ke kepala aku, baru ku sedar rupenye melayu aku ni...hehe

    BalasPadam
  27. Thanks for sharing.
    Memang bagus la kalau all malaysian boleh tengok video ni & terus buka minda. The facts is there.
    Zaman sekarang, tak boleh nak pandai bahasa melayu sahaja..english semua orang dah tahu pentingnya macam mana. Kalau tengok pada video, mandarin juga ditekankan kepentingannya. Apapun, semua orang perlu ada added value yang tersendiri.

    dan . .
    Harlem Shake virus paling tah pape faedahnye larh~

    BalasPadam
  28. rupanye hg muda lg kerul hehe..blog ko mmg best n mantap!

    BalasPadam
  29. nice, cuma aku xdpt nk tgk video lak, pc probz..wuwu..tp aku setuju dgn apa yg ko ckp tu, terutamanya psl design !! sbb aku designer, hahah..kau tau, sbg designer mmg aku selalunya buat design dh cntik2 ala2 western style yg minimalism dan nampak mahal & elegant, utk produk2 melayu yg baru, contoh mcm produk IKS (produk org2 kampung), tp bila makcik2 pakcik2 ni tgk, terus aku kena reject ! Arghh pedih tertusuk rasanya bila artwork yg kite pk mcm nak mati keluarkan idea direject begitu..sbbnya apa tau, sbb diorg tak biasa mcm tu, dan apa yg aku nmpk, seboleh2nya mereka nk masukkan segala bagai maklumat tntg bisnes mereka kat dlm design, klw boleh sejarah pon dia nk masukkan gaknya dlm bisnes card, hadoyai T_T..
    hilang kredibiliti aku sbg designer di situ, and majoritynya mmg aku setuju dgn apa yg ko hujahkan ni..!

    owh btw, aku nk kata baru tu xde lah baru sgt berjinak2 dlm enterpreneur nih, aku buat handmade pillow & teddy, so klw kau rse nak tgk , sila singgah online shop aku kt Facebook, nama online shop aku : Hummy Lovey

    support aku klw sudi ya, haha thanx :D

    BalasPadam
  30. gud job bro....aku harap dengan entri ni dapat bukak mata anak melayu yg bace ni...moga ada perubahan dengan diri anak melayu...lebih lebih lagi mentaliti....nice entri bro

    BalasPadam
  31. Hahaha, sama cam mak aku ckp. Tul ckp Mr k..ORG MELAYU banyak yang suka mtk simpati, asal susah sket, nanges, masuk tc mtk bantuan.. Takde usaha langsung ..Org melayu memang ar suka dimanja-manjakan..erk..but aku memang lahir malaysia tapi aku keturunan indonesia..hahaha..

    BalasPadam
  32. thanks utk entri nie
    byk info saya dpt :)

    BalasPadam
  33. 1st,aku rasa nak marah pulak bila kau dok mention psl UITM tu.
    But in the end aku chill,because apa yang kau tulis tu ada betul gak.
    lebih lebih pasal kedai melayu tu,dengan melayu dan hasad dengki.
    tersangat la betul.
    and about the fact tu,that's quite freaking me out.
    MACAM MANA AKU NAK HIDUP NI?

    BalasPadam
  34. 99% rezeki datang daripada hasil berniaga.mak aku selalu cakap macam tu.

    BalasPadam
  35. Jepun memang tak terrer english. Tapi takpe la, mereka pandai2, teknologi ade, moral tinggi. Satu dunia datang kat depa. Ini da bodo, tak nak sedar diri.Susah.

    BalasPadam
  36. hidup bukan carik harta je cik oi .. dunia ni smtara. keja agama dlu.. kendian ko paham la mksd carik rzki.. triMa trbbuka la oi... bukan entri ciplak xde asas agama cik.. bahasa rojak ko bukan main.. nk buktikn awk pndai spkg ke.. kalo pndai sgt bhsa arab tu blaja.. bahasa syurga cik

    BalasPadam
  37. To muja :

    Entry ni naikkan semangat orang Melayu apa. Siapa yg tak terasa dengan apa Mr K tulis, dia lah yang ada problem. Saya pun Melayu. Saya setuju dengan entry ni. Memang betul Meleis suka tutup kedai. Katakan lah cuti am 3 hari tapi depa ambik seminggu. Kenapa ye Saya ingat lagi ada kawan tegur saya sebab suka beli dekat kedai cina dan bukan kedai Melayu. Dia cakap, kita kena lah tolong orang Melayu. Padahal, the whole row, kedai Melayu ada je tapi semua tutup. Kalau cuti sebab ada kematian, ziarah orang etc tak apa lah.

    Bab creative pun iye. Kita amat kuat meniru. Karya anak Melayu sekarang bebrapa je yang elok. So far karya arwah Yasmin Ahmad lah the best. original. Sense of humour yang amat tinggi. We don't have to play a fool to be funny.

    As for English, yes, its important. Bahasa Melayu pun sudah cukup tapi kalau nak cari kerja, siapa boleh bercakap English, lagi senang nak dapat.

    BalasPadam
  38. ko salah bro, uitm jurusan professional suma pointer 3.5 masa dip/stpm/matrix je bleh msuk. tak sesenang yg lu sangka.

    BalasPadam
  39. harlem shake memang sucks . teramat-amat setuju .

    BalasPadam
  40. Pasal uitm tu, kalau professional course macam law/engineering bukan senang-senang nak dapat masuk macam tu je. Mungkin tak patut kot you kata, 'result rendah masuk uitm' seolah-olah macam semua yang masuk uitm ni result teruk.

    BalasPadam
  41. peniaga melayu susah nak jual barang harga rendah sebab supplier semua cina. sesama peniaga cina boleh bagi harga rendah tapi supplier ni kalau jual kat peniaga melayu, harga dah lain macam sikit.

    BalasPadam
  42. Hello mr.k.. Pasal uitm tu you mmg salah besar lah ckap senang nak masuk.. Dulu I ni spm straight A. Then I dpt uitm.. Igt senang ke nak masuk uitm.. Pointer kena tinggi tau bro.. Ni khas utk bidang professional macam engineer n medic. Lain kali selidik dulu sebelum becakap apa2.. Yg pasal video tu I mmg setuju.. Mmg menaikkan semangat org melayu utk maju.

    BalasPadam
  43. Mr. K.. Kau kata kebanyakan orang melayu ni x setuju nak berbahasa inggeris.. Bukan semua ok. Kalau kau nak tau kitorang bukan belajar bahasa inggeris je, kitorang belajar bahasa arab. Kau ade???? Oops sorry kalau kau terasa.

    BalasPadam
  44. Yes video tu mmg bagus. Memang ada motivasi kat situ. Alhamdulillah aku bukan tergolong dalam orang2 macam tu.

    BalasPadam
  45. Orang melayu ni selalu x puas hati dengan kaum sendiri. Macam mr.k... Nasib baik saya bukan macam tu.. Huhu terasa?

    BalasPadam
  46. Setuju sangat part yang suka meniru and x kreatif tu...

    BalasPadam
  47. sama dgn apa yg bermain di fikiran aku about melayu. nais.

    BalasPadam
  48. siyesly setujuuu !!! actly boleh je nak ubah...sumenye dgn ilmu dan pembacaan.....allah dah kate ...allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka ^_^

    BalasPadam
  49. Hi Mr K,

    aku setuju banyak perkara yang kau tulis :

    1 - aku sanggup dengar kpop dan justin bieber daripada harlem suck eh shake.

    2 - melayu kalau tak laku je barang, terus salahkan pesaing hantar guna-guna dan santau.

    3 - bumiputera sangat banyak disuap kerajaan. non-bumi punya survival mode sangat tinggi sebab asyik di anak-tirikan. bagus memang bagus kerajaan banyak bantu, hak keistimewaan katakan, tapi yang asyik dibantu ni dah jadi manja sangat lah pula. aku tak cakap apa juga, kawan aku chinese, dia dah score 7,8 A pun susah nak masuk U, ni ada sorang kawan bumiputera, 2A dah dapat U yang sama.

    4 - chinese ni (most) memang bijak dan berpandangan jauh. aku dah kerja banyak company chinese, let say Company A buka kilang sabun, nanti adik dia buka Company A, carwash, pastu adik lain buka lagi Company C, laundry. So, diorang ni saling membantu. Company aku sekarang ni, core business adalah training provider, sister company lain ada yang construction/architecture, ada yang hotel, ada yang computer shop. So, bila participants datang belajar, of course dia cari tempat tinggal, nanti akan direct ke hotel milik sister company. Nak renovate office ke hotel ke, guna sister company satu lagi. see? See how they do it. Sangat berpandangan jauh.

    5 - video belum boleh komen. belum tengok lagi.

    Thanks btw.

    BalasPadam
  50. As salam. Benda yg Mr K ni cakap ada gak la point dia, tapi MACAM xkena cara je. And rasanya xperlu kot nak mention UiTM tu. At least ank melayu diberi PELUANG. ok thats all. tq :)

    BalasPadam
  51. Pasal uitm tu, kalau professional course macam law/engineering bukan senang-senang nak dapat masuk macam tu je. Mungkin tak patut kot you kata, 'result rendah masuk uitm' seolah-olah macam semua yang masuk uitm ni result teruk. <-- Tanpa nama, course law itm senang gila nak masuk. Sepupu aku SPM hancur dapat result typical malay, lek je dapat law kat itm. pastu tau komplen susah la, lecturer tak reti ajar la.. puikk

    BalasPadam
  52. Sape makan cili dia terasa pedas..hihi..chill la..

    bw psl uitm tu, ada kwn pd kwn aku masuk kos petroleum enginrg (ada eh kos ni?), dia xcellent la,keje ngn petronas skrg..dia siap kata masuk uitm ni blaja english je...haha..tergelak aku...

    Yg excellent tu okla,yg flunk tu mmg xbelaja...lecturer korg mesti bg pointer tinggi2 sbb nk bg korg dpt keje n further study...serius...kwn aku ada jd lecturer math uitm, kalo meting markah yg student kbykn mmg fail kalo tak adjust, siap tambah 10 markah,bkn adjust 1 2 markah...10 nok..fingsan...

    Ape2pun prove la korg tu worth tu, bkn berjaya atas keistimewaan...

    BalasPadam
  53. At least, ada jugak pihak yg rasa bertanggungjawab nak majukan anak bangsa dia sendiri.. anak melayu diberi peluang utk belajar dan menuntut ilmu. Belajar tu kan memg dituntut dlm islam. Bila ada ilmu, takde la kita ni dipijak atau kata lainnya diperbodohkan. Jgn jadi manusia yg mudah lupa. Kalau tak tahu, lebih baik tak payah heboh satu dunia. Takut nampak kebodohan diri sendiri.. btw, nice entry :)

    BalasPadam
  54. gua tertarik dengan ayat KITA BANGSA PENDEKAR, ZOMEn MODEN INI,BIARLAH KITA JADI PENDEKAR EKONOMI !!!

    BalasPadam
  55. Benar, jangan memperendahkan MALAYU.dulu bangsa kita anatara top bangsa termaju dan moden(kaji sendiri sejarah malayu yg real) malayu moden dimomokkan/psycho yg kite bodoh dan lemah.

    hikmah: kerana takut malayu lupa diri so kita dipaksa hidup bersederhana.kekayaan bukan tujuan kita hidup didunia.

    BalasPadam
  56. yup...ada betulnya, banyak dah aku tegur kengkawan aku, ramai yg masih xnak berubah...terus2 mengharapkan bantuan, nak hidup senang tapi xnak berusaha, aku ajak ikut aku buat job, tolong angkat2 barang mengeluh, nak wat keje senang je...kata nk belajar mcm mana nak cari duit,aku buat job x pernah base on quantity, sebab aku berani jamin dari segi kualiti...sebab bagi aku, kualiti adalah lebih baik dari kuantiti...entahlah, mungkin bangsa kita masih belum sedar.

    BalasPadam
  57. Melayu susah nak ckp english sbb bkn diorang x suka.,tp sbb diorang x tahu..dan apabila x tahu, disebabkan rasa ego+sombong yg byk diwarisi, diorang tend to insult org yg try to speak english. aq rasa itu sbb utama melayu ramai x fluent english. And main factor jugak mgkin sbb cikgu yg kurg pndai nak ajar student secara efektif dan mampu memberi kesan kpd student sehingga gagal memebuatkan student ntok discover english sndri.
    Tp ada jugak org melayu yg mmg konon terlampau sayang bahasa melayu smpai xnak lgsung terima bahasa asing...
    And u know what, the truth is always hard to accept.

    BalasPadam
  58. Pasal uitm tu, kalau professional course macam law/engineering bukan senang-senang nak dapat masuk macam tu je. Mungkin tak patut kot you kata, 'result rendah masuk uitm' seolah-olah macam semua yang masuk uitm ni result teruk. <--- uitm sucks r.kalau nk masuk uitm pun hg rasa bukan sng, hg nak masuk U lain yg xdk urup kecik kt tengah tu lg susah.

    BalasPadam
  59. Pasal kedai mkn tutup, bila cny, seminggu sblm n sminggu slps hrga bahan mentah (mostly pembekal bgsa cina) akan naik double or kadang2 triple. Sbb tu kdai mkn bnyk tutup time cny.

    BalasPadam
  60. bagus giler entri kau yg ni.. video tu ada sorang kawan aku share dgn aku.. bile aku share dgn kwn2 yg lain, ad yg tnye aku..kau ni melayu ke tak? asal mcm nk kutuk melayu.. fine.hajat aku nk bg sedar kwn2 aku yg lain x ksmpaian.. aku pon mcm ko... msuk kedai melayu dulu.. konon nk support effort bangsa sndri tp y'know lynn x mesra lngsung... untung sikit mulalah asyik tutup kedai.. BETUL LAH MELAYU MUDAH LUPA

    BalasPadam
  61. Kau rase kan Tun M (maaf ya) ada terbaca tak artikel kau ni Mr.K
    Sebab ape lepas penulisan kau disiarkan tak lama selepas itu keluar kenyataan di akhbar tajuk 'Melayu jangan malu jadi Melayu'(lama dah la 1@2 bulan rasanya).Tak silap aku lah kot tapi apa2 pun idea yang kau cuba ketengah kan aku minat nak teruskan pembacaan, sebab otak@dada kau mesti penuh berselirat dengan pertanyaan betul tak?

    -ok cau cin cau
    Dar'e Dam'e (n2)

    BalasPadam
  62. Well mr.k, ape yg anda tulis mmg btl, sbb aku dl sekolah cina jgk, n ak nmpak perbezaan melayu dgn cina bila bab disiplin n bdk2 cina tlg mak pak diorg berniaga tanpa rs malu. Ini pandangan aku lah, bl ak start masuk sekolah melayu balik, ape yg aku nmpak, 1stly student perempuan melayu akan target cr pakwe dulu, beza dgn student cina yg target nk lulus dlm pelajaran.

    BalasPadam
  63. Well mr.K, ape yg anda sampaikan adalah sgt benar, sbb aku pun dl sekolah cina, sgt berbeza dgn melayu bila bab disiplin n bdk cina xmalu tlg mak pak diorg berniaga even niaga sayur pun (jiran sebelah sy). Ini adalah pandangan aku, ms aku masuk semula sekolah asrama melayu, ape yg aku nmpk student melayu akan berlumba2 cr pakwe, beza dgn student cina yg pkr psl nk lulus dlm pelajaran je. Peace no war :))

    BalasPadam
  64. nice sharing memang melyu lazy pon.. tapi aku xberape stuju rfc n kfc (kelantan) meniru. mungknla tiru atas nama. tp u boleh tgok balek cmne diorg brkmbg. syrikt melayu berjaye tuu..

    BalasPadam
  65. Wow...what the brilliant head you have...good thinking n spech...but the problem is they don't like you or even can'reached what been you think ...so maybe they just give u crap like the point u write down...n u blog absolutely what I looking for... Keep it out....u speech is bettered than anybody n straightlying to the point....tak payah bahawa bunga....terbaik...

    BalasPadam
  66. masih ingat masa sekolah rendah lagi, cikgu sains dan mate tekan habis kaw2 budak2 untuk jawab exam dalam english. tapi bila naik sekolah menengah jadi dwi bahasa boleh lagi. but now, chemistry in Malay? Pfftt... seriusly aku takboleh faham banyak apa yg cikgu mengajar. then bila aku guna Physic in English,cikgu pula yang jadi masalahnya.. ~_~

    BalasPadam
  67. membuka mata post ni:)

    BalasPadam
  68. Mmg mntap anak didik wong.ni...

    BalasPadam
  69. Rata2 yg komen ni semua hampir setuju dengan penulisn kau, mr.k. Tapi, pendapat aku lain. Kau melayu kan? Aku melayu. Pembaca dan pengkomen melayu. Tapi tiada seorang pun yg point out tajuk berunsur negatif tu. Kat sini kau explain panjang lebar tentang melayu suck, tanpa kau sedar kau emphasise yg buruk2 pasal orang kita.. Apa point sebenarnya? Daripada buat org mlayu terasa dgn penulisan ko, better ko tulis tentang idea2, maklumat tambahan yg boleh mncambahkan sel2 otak macam mana orang melayu nak maju. Baru buka minda namanye. Post

    BalasPadam
  70. well said. agreed., pendapat kita same. semuanya.n yup, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. melei takut berniaga sebab kita takut risiko. n melei slalu pandang buruk about bisnes . tipu la bla bla. kalau nak berniaga ni kne rajin , n kalau tak tahu belajar dari orang yang lebih berpengalaman.

    BalasPadam
  71. Ta sangka kan. Zaman da maju macam ni pon ada lagi manusia yang komen negatif bila isu ni diketengahkan. Korang kena faham. MR.K bukan memburuk buruk kan bangsa MELAYU. Dia nak kita sedar. Kita ni da ketinggalan. Zaman da maju tapi kita cuma jadi hamba dalam zaman ni. Kita rasa kita da maju. Kita hebat. Tapi kita ta nmpak. Siapa sebenarnya yang mendahului kita. Siapa yang menjajahi pemikiran kita. MELAYU terlalu manja. Kita terlalu megejar keselesaan. YA. ISLAM mengajar kita untuk bersyukur. TAPI. Kalau anda betul betul faham apa yang ISLAM cuba ajar kita, anda akan terus berusaha dalam hidup ni. INGAT LAH. KERJA dan BELAJAR satu IBADAH. dan ALLAH TAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAIN KAN MEREKA YANG MENGUBAHNYA. kalau sekarang kita selesa. Anda yakin anak cucu cicit kita boleh selesa? Tu je point yang cuba disampaikan. So kenapa itu pon kita ta bole nak fikir? Serius cakap. Saya dari kecik tolong nenek jual tapai tepi jalan. Skrg nenek sakit da ta dapat jual tapai. Mungkin orang nmpak tapai ni benda yang oldfashion. But believe me. Makin lama makin ramai yang cuba tiru kami. Tanam itu ini di rumah kami. Apa semua ni?! Sy pon student jugak. UiTM lagi. Memang betul pon apa yang MR.K cakap. Kawan iban sy dapat straight A still susah nak dapat U. sy kesian sangat ! Tapi bila masuk UiTM.. ada yang TIADA A tapi still diberikan peluang untuk belajar. SO kenapa ta ambil peluang ni untuk kejar impian anda? Kenapa mesti main main and jeles bila kawan dapat result hebat??? Bersyukur lah! Lastly saya nak kongsi 1 benda.. "lihat,rasa,hargai dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah. Kalau berusaha nanti Allah tambah. PERCAYA. ALLAH NAMPAK SEMUANYA" itu je. Assalamualaikum. PS. MR.K !!!! BILA NAK BUAT ENTRY ! :'(

    BalasPadam
  72. Suka ayat yg paling last. Harlem shake suck! What Louiss Litt said, "I'm gonna sue you for sucking!" Huahaha

    BalasPadam
  73. Setuju sgt! Sy blh ckp fluent mandarin, dan dulu skolah cina dr tadika. Budaya cina dan melayu sgt2 lain. Sy bwk budaya cina ke melayu, kena cerca. Even bwk btol air 35 ke rtkolah pun kna cerca. Nak blajr b.mandarin jemput singgah blog sy, lurvealoevera.blogspot.com

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.