Rabu, 1 Februari 2012

Muff The Muffins.

Assalamualaikum


"Wehh. Bangun la. Makan nasik" Aku dengar suara adik aku menjerit-jerit. Aku yang asalnya mamai dan mata separuh terbuka terus bukak mata luas-luas sebab aku ni pesen asal bangun tidur je, mesti lapar.

Aku belek-belek handphone untuk melihat jam. Dah hampir pukul 12 tengah hari. Kalau bab cuti semester, memang ini lah perangai aku. Ni pun nasib baik adik aku perempuan. So, memang layan ah bangun-bangun je, lunch dah tersedia. Bila di fikir-fikirkan balik, rasa macam orang yang dah kahwin. Maklum lah, lelaki bila dah kahwin, makanan ada jeee orang yang sediakan ye tak.

And then, masa dok selepas makan tu, aku perasan ada van main hon-hon kat depan rumah aku. Tengok-tengok orang datang menghantar bungkusan pos. Pos Laju ke, Skynet ke, Pos Ekspress ke aku dah lupa. Tapi apa yang aku tak akan lupa adalah INI:



Lawa kan? Lawa kannnn? Aku tengok kotak dia rasa macam perhhhhh. Lawa gila beb. Aku ingat nak simpan kotak dia. Mana tau boleh guna untuk isi surat-surat cinta ke apa ke. Tapi tengok-tengok, abang aku dah kebas dulu kotak tu. Tak pasal-pasal dia buat harta dia.

And, korang tahu tak ada apa dalam kotak dia? Ada THIS:


 

Yeahhhh. Muffins. Siapa tak suka muffins angkat tangan. *Aku angkat*. Yup, aku tak suka benda-benda muffins ni. Maklum lah, muffins ni makanan perempuan. Makanan perempuan. Mana ada lelaki minat ye tak? Pfff. Tapi abang and adik aku serious minat. Ya, aku anak kedua. Dan biasanya, anak kedua adalah anak yang paling berlainan dari adik beradik. So about the muffins, kesemuanya di ratah oleh abang dan adik aku. Aku hanya makan 1 bijik lebih je. Wuuu.

And, korang minat tak dengan muffins? Berminat untuk beli? Kalau korang minat, then you are lucky sebab a friend of mine ada membuat satu promotion menjual muffins.



A very cute promotion dari The 7th Muffins khas untuk bulan February. Korang ingat tak dulu aku pernah buat K's Day di Facebook? Or nama asalnya di panggil Khairul's Day? Hihi. Ehem. K's Day ni sebenarnya dah ditetapkan pada 15 February setiap tahun. Dan ianya khas untuk pasangan yang nak kahwin, dah kahwin dan juga khas untuk yang lelaki or perempuan yang masih single. Yang tengah couple-couple tu boleh blah. But why ianya 15 February? Sebab masa 15 February, harga chokelat, harga kuih-kuih dan segala harga promotion mahupun jualan sempena Valentine Day akan jatuh secara mendadak. Yang dah kahwin, boleh beli cokelat untuk pasangan dan yang single, boleh pelahap cokelat tanpa kisah pasal berat banda. Single kan? Nak takut apa kalau gemuk.

Dan jangan risau. K's Day ni tidak ada pengaruh kristian dan paderi. Hihi.

So, kalau korang nak beli muffins tuk atuk, ayah, nenek, ibu, abang or adik sempena birthday dieorang ke, Congrate party ke, apa ke, memang sesuai kalau nak kasi this muffins. Sebab bungkusan dia sumpah menawan hati nurani aku yang mulus lagi setia ini.

For more info, korang boleh lepak-lepak di SINI. Dan juga di SINI.



42 ulasan:

  1. ko dah rasa kan? sedap tak muffin ketujuh tu?

    BalasPadam
  2. This is my first time I heard about K's Day. Ha ha ko memang lawak la but K's Day memang bunyi sangat Win.

    BalasPadam
  3. Wahh...muffin,not bad la..sedappp

    BalasPadam
  4. oh, 15 hb...birthday aku...tapi xpnh pn dpt n tgk cekelat morah2 T_T mahal je smua..bad2 luck

    BalasPadam
  5. kalau dapat hand-made coklat 100 biji mesti bahagia kejap... makan makan makan [^^]v

    BalasPadam
  6. sbg pompuan,aku ckp cute la muffin tu..comel la..pfff..

    BalasPadam
  7. huhuhu..cam wan aku cakap..anak no 2 ni memang lain drpd yg lain sket..bkn aku ckp la..wan aku yg ckp..

    BalasPadam
  8. mr k, nak muffin dari mr k 15hb nanti boleh?

    BalasPadam
  9. Kalau setakat tak suka muffins sebab ianya makanan perempuan, then you missing some point there Mr. K. Keh3.

    BalasPadam
  10. gerenti mancanak2 bisnes the 7th muffins pasni...... =)

    BalasPadam
  11. wahh..sape yg bg muffins kat mr k? cntik bagai...dah larh calor pink..jeles..

    BalasPadam
  12. nmpk sedap..tgh pikir2 nk order hihi

    BalasPadam
  13. bukan semua perempuan minat muffin. dan statement muffin adalah makanan perempuan of course it is wrong..=))

    BalasPadam
  14. blanja laa kita muffins ;pp
    esok bufday nih . hehehe ;pp

    BalasPadam
  15. ok.dh kecur air liur aku tgk muffin tu..

    sape kata muffin girl2 ja suka.kwn aku lelaki suka gila kot mkn muffin2 nie..

    BalasPadam
  16. saya tak suka muffin jugak.. satu satu boleh lahh.. dua tiga empat lima enam dah muak..

    tapi kotak dia seyes comel sangat :D

    BalasPadam
  17. @Titan - Yup, dah rasa. Aku makan yg coklat. Sedap.

    @Freaky - Well~

    @Rasha - Beli laa.

    BalasPadam
  18. wahh bagi la taster sikit..hahaha

    BalasPadam
  19. mr k...
    saye mcm ade sent something kat ur gmail...

    BalasPadam
  20. hi i bru follow blog u
    plz follow mine too :)

    BalasPadam
  21. memang sedap ke???jgn kotak je cntik...stg dlm x sedap pulak..kalo sedap mmg nk beli...jwb seikhlasnya yek...

    BalasPadam
  22. chehh...ini adalah propaganda Mr.K untuk mempromosikaN muffin sebenarnya....

    BalasPadam
  23. arrrrr sukenyeee...untung laaa kan?

    BalasPadam
  24. Awesome entry indeed.. sedapnya muffin tuuu huhuhu

    btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya... =)

    Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

    BalasPadam
  25. patut sy agk berlainan.. rupenyer sbb ank ke-2 agk plik.. x suke muffin even sy pompuan... - miami

    BalasPadam
  26. haha~ aku like entri ni bebanyak..ak pon anak nom 2 gak..aku suke masak tapi yg melahapnye abang ngan adik lelaki aku je..aku pernah gak wat muffin sendiri...tp aku dapat makan 2 ketul jek..len semua kene rembat dgn dorang...sobs3...

    BalasPadam
  27. kalau kau tak suka muffin, siapa yg order? haha kbai

    BalasPadam
  28. untungla org bagi muffin lepas bangun tido ..wuwuwuwuu

    BalasPadam
  29. tak ada apa aku nak kata..muffin itu sangat sedap!!

    dan lagi satu, do follow my blog ye~

    BalasPadam
  30. ye aq anak kedua gak..tau x pe..anak kedua lain dr yg lain skit..kan2..

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.