Selasa, 21 Februari 2012

Melayu Suck. Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum w.b.t


Hello Melayu-Melayu yang akan rage serta emo di ruangan komen sekalian. What's up?

Beberapa minggu lepas, masa aku lepak-lepak kat Facebook selepas main Dota 2, aku ternampak satu video someone DM me. Aku pun tengok la. Dan bila aku tengok je, bulu roma aku terus meremang. Ya, aku suka video macam ni. Video tentang motivasi dan kebenaran yang amat mene-rasa-kan. Video ni bukan cerita pasal Melayu je. Dia cerita pasal Bumiputera. Tapi aku rasa kita semua tahu Melayu adalah major dalam bumiputera, or at least, darah Melayu tu ada.

Memang layan gila aku tengok video ni. Tapi bila aku share video ni kat Facebook, tak ada orang pun yang layan. Rata-rata dok layan video Harlem Shake yang entah apa-apa. Bagi aku, aku lagi rela layan Justin Bieber dan K-Pop dari Harlem Shake.

About the video yang aku cakapkan tu, nak tengok? Tengok kat bawah ni.



Apa yang ada kat dalam video ni, hampir semua aku pernah tulis kat dalam blog aku. Sayangnya aku tak boleh track down sebab aku tulis bukan dalam satu entry (Random isu yang dipecah-pecah). Tapi seriously, banyak yang diperkatanya adalah betul.

Apasal Nak Belajar English? Jepun Maju Tak Belajar English Pun Boleh Maju?
Antara benda pertama adalah penggunaan English. Benda ni juga adalah antara benda pertama yang ditekankan dalam video diatas. Well, aku ingat lagi time PPSMI di sekolah menengah, aku adalah batch pertama yang menjalani PPSMI, tapi, yang bisingnya adalah orang-orang tua. Kata itu lah. Ini lah. Aku support PPSMI sebab English. Ramai kata susah orang Melayu nak belajar english sebab tak ada sesiapa nak praktise kat rumah. Well guess what. Adik perempuan aku belajar di sekolah Cina dari darjah satu and now dia fluent in English and mandarin. PMR straight A juga. Tak ada bantuan di rumah juga. Tapi orang melayu, bersepah-sepah alasan semata-mata tak nak belajar English padahal English adalah bahasa perantaraan dunia. Even negara Jepun yang pun looks stupid bila English terabur. Semuanya dengan satu sebab; Susah. Or maybe sebab PPSMI adalah idea Kerajaan?

Ingat tak lagi masa zaman PPSMI, ramai bising kata kerajaan nak memperjuangkan bahasa penjajah dan tak nak memperkasakan BM. Bla bla bla. Nak memperkasakan BM, aku tak kisah. Tapi masalahnya, kenapa banyak curi bahasa dan istilah English? Solusi? Diskusi? Kenapa perlu translate istilah English kepada BM? Mana perginya orang yang konon memperjuangkan dan mahu memperkasakan BM dulu tu?

Look at Bumiputera now. Hanya mahir BM. Tu pun kalau mahir lah. English? Macam aku, English rojak aku reti lah.

"Eleh, poyo lah kau speaking."

Didikan After-School, Berniaga.



Ini adalah benda yang amat-amat obvious yang membezakan antara Melayu dan Cina. Orang cina anak dia diajar bantu mak bapak. Walau pun dia miskin, anak dia ada basic dalam perniagaan. Sebab tu anak orang cina ada chance untuk berjaya. Habis je sekolah diwaktu tengah hari, petangnya dia pergi tolong mak bapak jaga kedai sampai ke malam. Why cina dan india kena bekerja keras? Sebab dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak boleh hidup. Dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak akan dapat makan. Dia bukan orang bumiputera yang sentiasa ada kerajaan support. Result rendah, still boleh masuk UiTM (sorry). Melayu kalau masuk U swasta, boleh apply Mara. Kalau menganggur, boleh  minta pinjaman dari TEKUN. Semuanya untuk orang Melayu dan bumiputera. (Actually ini membuktikan kerajaan nak bagi pancing instead of ikan. Tapi orang Melayu bukan nak ambil pancing.)

Dan yang paling obviousnya, orang Melayu hanya bergantung kepada satu sumber. Iaitu sumber dari kerja makan gaji. Kalau dia kerja as general worker, engineer, tak ada langsung side income. Bila company tu bankrupt, terus berbulan-bulan tak ada kerja.

Orang cina berjaya ada dua sebab. Satu sebab ukhuwah sesama kaum cina. Dieorang ada group yang saling tolong menolong. Orang Melayu? Duduk rumah main twitter pastu meroyan nak kahwin awal. Puih! *Ludah ke langit. Kena muka sendiri.*

More Assets = More Money = More New Business = Much More Money.
Orang zaman dulu jual tanah sebab nak hantar anak masuk universiti sebab tak ada PTPTN / MARA etc. Orang zaman sekarang jual tanah sebab nak rasa kaya. Enough said. Ada tanah seekar dua pun laju je nak jual. Nak-nak kalau tanah pusaka. Tanah kat bandar mosly adalah milik cina. Harga dia berlipat-lipat kali ganda.

Pastu, kalau andai kata nak jual tanah, main jual. Tak ada pun terfikir nak naikkan nilai tanah. Contohnya, jadikan tanah tu tanah untuk tanaman. Automatik harta tanah naik lebih tinggi. Tapi orang Melayu nak kaya mudah. Nak kaya cepat.

Kurang Kretif. No. Tak Kretif.
Ini adalah benda yang paling aku nampak since aku di bangku sekolah lagi. Tentang apa? Dengan design. Design apa? Design semua benda. Design logo. Design paket makanan. Design produk. Design jenama dan design kereta. Cakap pasal design kereta ni, kenapa kerata Malaysia (Proton) banyak tiru design kereta luar?

Cuba anda tengok design sos buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design botol kicap buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design makanan segera buatan orang Melayu. Gila teruk. Aku tak kata aku boleh design better (But I guess I could), just, why buat produk yang designnya seakan-akan sambil lewa?

Kentucky Fried Chicken? Tiru jadi Kelantan Fried Chicklen. Tak pun Radix Fried Chicken. Kenapa mesti tiru? Ni baru makanan. Jangan sampai aku masuk bab filem Malaysia. Kalau aku cakap pasal filem Malaysia banyak tiru filem luar, memang beleret-leret lah jadinya. Tapi aku ada tulis tentang filem Malaysia dalam Makan Dalam. Kalau berminat, boleh beli di Terfaktab.com

Melayu dan Hasad Dengki.
Yang ni aku tak nak cerita banyak. Aku rasa kita semua tahu apa jadi kalau kedai sama genre dibuka sebelah-sebelah. Mesti jadi persaingan yang tidak sihat. Santau la, guna-guna la, sihir itu la, sihir ini la.

Kalau yang pakai ilmu hitam ni satu hal. Yang tak leh blah nya, kalau tak pakai ilmu hitam pun kena tuduh. Contohnya, Restoran A lokasinya di sebelah Restoran B. Tapi Restoran B ni tak ada langsung pelanggan. Mesti orang di Restoran B akan start sebar cerita yang bukan-bukan. Padahal mana tahu Restiran A ni bagus.

Kes ni pernah terjadi kat aku. Owner sesebuah restoran ni cakap buruk pasal Restoran X. Padahal dia tak sedar yang servis dia teruk. Makanan dia sikit dan tak sedap. Harga pulak mahal. Mana orang nak datang? Dah la selfish, suka fikir pasal duit je macam mana nak maju?

Kedai Melayu Jual Barang Low Quality (Sebab Murah)



Okay here is the thing. Korang mungkin akan kata aku ni racist. Sebab apa aku mungkin racist? Sebab kalau aku nak pergi beli barang-barang kat kedai runcit, aku akan utamakan kedai melayu yang baru dibuka dahulu. Sebagai contoh:

Ada 3 buah kedai runcit yang bersebelah antara satu sama lain.

  1. Kedai A, milik Cina yang dah berjaya.
  2. Kedai B, milik Melayu yang dah berjaya.
  3. Kedai C, milik Melayu yang baru buka kedai.


So diantara 3 kedai diatas, aku akan pergi ke kedai C. Honestly, bukan sebab racist. Tapi sebab aku nak menolong. Tapi masalahnya. Kedai macam kedai C ni banyak gila jual barangan yang harga terlampau murah. Murah bukan sebab dia tak nak markup harga. Tapi sebab dia hanya jual barang yang low or less quality di kedai dia. So macam mana aku nak beli?

Sebagai Contoh, aku nak beli mee segera PAMA. Tapi bila aku pergi, yang dijual adalah jenama-jenama yang aku tak pernah nampak. Begitu juga dengan aiskrim. Bila aku buka je peti ais, apa yang aku nampak hanyalah ais krim yang murah-murah yang kalau kau jilat, kau boleh rasa ais dan perasa serta pewarna je. Ya Allah celakanya rasa dia.

Dan isu ni bukan hanya untuk Kedai C. Kadang-kadang, kedai yang dah maju macam Kedai B pun perangai macam ni. Suka beli barangan murah dari pemborong, pastu jual harga lebih kurang sama dengan barangan yang berkualiti lain.

For your information, I dont care about brands and branding. Pakaian aku, aku beli based on kualiti dan design. Kasut aku, aku utamakan keselesaan dari jenama. Aku tak pandang langsung jenama sebab tak semua jenama directly proportional dengan kualiti. Hanya segelintir sahaja. While, kebanyakan barang hanya mahal disebabkan jenama semata-mata padahal barang tu kualitinya sama dengan kualiti brandless products.


Well, satu lagi yang aku geram dengan kedai Melayu adalah selalu tutup kedai WHAT HE HELL KAU SELALU TUTUP KEDAI??? Aku pernah dengar kawan aku cerita (Aku tak ingat dah siapa cerita). Katanya, ada satu cina ni bagi tahu "Kalau kau nak berniaga, satu je benda yang kau perlu buat iaitu 'buka'." Maksudnya, buka kedai tu walaupun tak ada pelanggan. Always buka. Biar lah tak ada pelanggan pun. Janji buka.


Terlampau Mudah Bersyukur
Aku pernah tulis satu article pasal ni. Iaitu Melayu terlampau mudah bersyukur. Aku ingat lagi time blog aku ada ramai pembaca dan aku iklan Innity aku boleh cecah hampir RM200 sehari, aku segelintir yang mengatakan "Kenapa kau tak puas hati dengan blog kau. Earning kau dah tinggi. Belajar bersyukur". Tak salah kalau nak mencari harta banyak. Asalkan tidak bagi efek pada perkara-perkara lain. Aku ada tulis pasal benda ni kat entri INI.


Malu Untuk Berniaga.
Aku amat aktif bermain Twitter. Dan ketika aku dok layan TimeLine Twitter, kalau aku nampak ada orang promote dia punya shopping blog ke, fan page jual tudung ke, aku akan retweet. Tak percaya korang boleh tanya Nuyul. But why? Sebab aku nak dieorang berjaya even aku tidak berjaya. Aku akui aku amat takut untuk buat business. But then aku amat impressed dengan golongan perempuan yang semangat buka perniagaan sendiri tanpa rasa takut dan malu serta segan promote tudung bawal atau periuk nasi magik Amway.

"Kita boleh berjaya kalau kita mahu. Rezeki, tak akan dapat kalau kita tak kejar."

**********

Fun Facts dari video.
74% isi rumah orang Melayu adalah dibawah RM2000.
22% je share saham milik Melayu.
43% student mendapat kerja minimum 3 bulan after grad.
57% bumiputera starting salary RM1500. Trust me, bawah RM1000 pun ramai. Even ada degree.

***********

P.S : Aku tulis ni untuk diri aku sendiri juga.

Dan, Harlem Shake suck.


Sabtu, 18 Februari 2012

Cara Berkawan Dengan Lelaki dan Stay in Friend-Zone

Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis yang selalu kena backstab dengan BFFs sekalian. What's up?

Ada tak girls kat sini yang suka berkawan dengan lelaki instead of berkawan dengan kaum sejenis korang? Well yeah, macam yang aku selalu katakan, selain suka bermake up tebal-tebal, perempuan juga suka tikam belakang kawan sendiri kan? Setakat talam dua muka, rampas bakal tunang kawan dan bocorkan rahsia tu perkara biasa la ye tak?

Honestly, aku tahu ramai je perempuan yang tak suka berkawan dengan perempuan. But then, kalau dieorang tak berkawan dengan perempuan, dieorang nak berkawan dengan siapa lagi kalau bukan lelaki? Tapi.... masalahnya di sini adalah, lelaki ni spesis yang mudah perasan doe. Asal ada perempuan yang macam rapat sikit je, terus kembang hidung cakap "Aku rasa awek ni suka aku lah". Pastu mula la ajak kuar, usha-usha and then last-last kena friendzone!

Ianya normal. Normal sampaikan aku pun dulu-dulu rasa macam tu. Tapi then, bila aku baru sedar diri yang aku ni tak handsome, baru la aku tahu yang girls tu just nak berkawan. Wuwu. Forever alone doe. Dan bukan aku yang tak handsome ni je yang mudah perasan. Lelaki yang perasan handsome pun mudah syok sendiri dan perasan konon perempuan tu suka dia.    



And, perkara-perkara macam ini lah yang leads kepada satu persoalan yang aku dapat di Formspring aku. Persoalannya berbunyi.

Abang Kay Abang Kay. Hyeee :D. Abang Kay tawu tak macam manew nak berkawan dengan lelaki tanpa buat dye salah faham kat titew? Titew nak kawan jew dengan diyew. Nak borak-borak. Nak lepak-lepak sebagai kawan jeww. Tak nak lelebih. Tak nak fefeeling. Macam mana yekk :(

Aku tak sure siapa yang tanya soalan ni. Tapi memandangkan yang aku ni baik lagi baik, maka aku akan bagi tahu korang macam mana nak kurangkan kemungkinan yang si lelaki tu akan tersalah anggap kat korang punya kindness.

Love the Octopus.
Who doesnt love the octopus?! Well, im talking about the sotong. Okay fine. Agak rude disitu. Perkataan yang agak lembut disini adalah lelaki lembut. In fact, aku dulu masa sekolah menengah, salah seorang kawan baik aku adalah lelaki yang agak lembut. Aku ulang, kawan lelaki aku tu lembut je tau. Bukan gay. Jangan salah faham antara lembut dan gay okay. Orang tough dan nampak lurus macam Aaron Aziz pun tak mustahil gay. Tapi tak di nafikan, lelaki lembut yang bermake up make up mostly adalah gay. No offense.

Dan pernah tak korang perasan yang lelaki lembut ni, mesti ada ramai gila kawan perempuan? Kalau hang out pun, lelaki lembut tu mesti bawak kawan-kawan perempuan untuk keluar sekali kan? But why? Sebab girls akan rasa secure gila dengan lelaki lembut. Bukan je dieorang rasa secure dengan lelaki lembut, dieorang pun rasa sacure dengan gay. Sebab dieorang tahu yang lelaki tu memang nak kawan dengan korang dan bukan nak feeling-feeling. Diaorang tahu yang lelaki tu just want a friendship. No love, no sexual harassment and such things.

Gay and lelaki lembut ni mungkin akan mudah touching, tapi less backstabbing and less drama. Andddd. Korang kena hati-hati juga. Lelaki sekarang pandai doe. Kang ada je yang menyamar jadi lelaki lembut sebab nak usha-usha dengan korang, aku tak tahu.

Do it as a friend.
Minggu depan  birthday kawan lelaki kau. Dia mintak hadiah. And then, kau nak kasi apa? Kau nak kasi barang-barang yang overspecial yang korang 100% usahakan sendiri seperti sepasang baju Melayu? Please. Memang sah ah dia akan salah faham and salah anggap nanti. Nak pulak, baju tu sama kain and sama pattern dengan baju kurung korang. Perh, memang bad move ah girls.


Girls, don't over do it. If you guys wanna make a dinner party dan masak-masak, ajak kawan-kawan dan buat bersama. Kalau korang nak lepak-lepak tengok wayang, jangan berdua. Kalau si lelaki tu ajak keluar berdua and then belanja makan minum, malam-malam dok SMS, then, careful girls. He is stepping out his friend zone. 1 lelaki + 1 perempuan = Hardly become friends.

Earn the trust.
Korang pernah nampak tak lelaki macho yang berjalan-jalan dengan 4 orang perempuan? Jalan pergi shopping. Jalan pergi tengok wayang. Jalan pergi makan-makan. But dalam empat orang perempuan tu, seorang pun tak ada perasaan kat lelaki tu. And so does the boy. Lelaki tu pun tak ada apa-apa perasaan kat ke-empat-empat perempuan tu. But how? Macam mana perempuan tu boleh betul-betul kawan dengan lelaki tu tanpa both side ada perasaan cinta?

Kalau korang nak tahu, lelaki dan perempuan boleh berkawan baik hanya bila both side memang set their mind into friendship. And, biasanya, perhubungan macam ni bukan bermula dengan "Hai, nak berkenalan boleh?". So, don't aim untuk cari kawan lelaki. Biarlah lelaki tu datang tak di duga dan menjadi kawan baik korang tanpa korang perasan.

If salah seorang dari both of you ada perasaan at the first place, then chance untuk korang berkawan tanpa apa-apa perasaan adalah agak susah. Ianya tak mustahil tetapi susah dan memakan masa yang lama.


Dalam this case, sama la juga macam kes gay kita tadi. Perempuan suka berkawan dengan lelaki gay or lembut sebab dieorang percaya yang lelaki tu tak akan buat apa-apa kan dieorang. Dengan kata lain, the girls tu percayakan yang si lelaki tu tak akan jatuh cinta kat the girls tu. And then, bila dah percaya, dia sure tak akan rasa insecure or takut-takut.

Berkawan dengan a married / in relationship guy won't help.
Korang mungkin akan kata:

"Aku nak berkawan dengan lelaki. Tapi tak nak cari lelaki yang single takut lelaki tu ingat aku suka kat dia. So better aku cari kawan lelaki yang dah in relationship"

Actually, this won't help much. Kau berkawan dengan sesiapa pun, kalau kau cross the friendship line, si lelaki sure akan mendapat false alarm.

And, most of the time, perempuan suka kenalkan boyfriend dia kat kawan-kawan perempuan dia yang sama circle. Contohnya, korang ada seorang kawan baik yang bernama Siti. One day, dia bawak bakal tunang dia pi jumpa you girls. Then korang pun berkenal-kenalan lah. Bila dah kenal-kenal, arkan je borak-borak. And kawan korang tu tak kisah pun kalau bakal tunang dia borak-borak dengan kawan baik dia sebab bagi dia "Dia kawan baik aku. Tak akan lah kawan baik aku nak rampas bakal tunang aku kan?" Tuptup, hati lelaki tu berubah arah. And then terus keluar isu "Kawan makan kawan sampai sanggup rampas bakal tunang BFF".

Well, even yang dah berkahwin pun boleh bercerai sebab jatuh cinta dengan kawan baik isteri. Tapi tu lah. Jatuh cinta dengan kawan baik isteri. Kenapa tak ambil je jadi bini nombor dua. Isteri pun mesti happy kan bila BFF sendiri jadi madu. Hihi.


Tell him indirectly.
Girls, kalau korang serious tak nak ada apa-apa perasaan kat that boy, please jangan sekali-kali kasi harapan palsu. So, kalau korang nak dia tahu yang korang nak a friendship, please let him know. Jangan expect lelaki akan tahu apa perasaan dan apa yang ada dalam fikiran perempuan. Lelaki mostly adalah makhluk yang paling tak pandai predict perasaan perempuan.

So girls, kalau korang tak mampu bagi tahu apa yang korang nak secara direct, then bagi tahu secara indirect. Cakap pasal another hot guy infront of him. Cakap pasal future and jangan masukkan dia dalam plan masa depan korang. Kalau nak masukkan pun, cakap sesuatu yang macam "Nanti suami aku boleh la lepak-lepak dengan kau. Aku harap korang berdua sekepala." Ya, something like that. Try untuk tak membuka ruang love-love dalam friendship korang.

Kau tahu dia suka kau? Then get out of his life.
One day, mungkin akan ada lelaki datang kat korang dan luahkan isi hati dia. Selepas kau dah reject dia, dia mungkin akan kata"

"Hmm. Kalau macam tu, kita jadi kawan je lah"

Well aku tahu yang korang nak cari kawan lelaki sebab kawan-kawan perempuan korang semua dah betrayed korang. But no. NO. No. And no. Once kau terima untuk menjadi kawan dia, kau dah masuk diri korang ke dalam perangkap "Giving the False Hope and False Alarm." Or dengan kata lain, kau umpama kasi kat dia peluang untuk terus pikat hati kau. Atau dengan bahasa HIMYM, kau dah hook dia. Dan hari demi hari, dia akan buat apa saja yang kau mintak konon atas nama kawan padahal, dia nak ambil hati korang. And this type of friendship; not gonna work.


And kalau korang guna cara yang betul, korang akan buat dia rasa "Oh damn. Dia Friend-zoned aku!"

Anyhow, betapa rapatnya korang dengan seseorang lelaki, jangan percayakan mereka 100%. Tak kisah la lelaki tu abang angkat korang ke, adik angkat korang ke; just, don't take it for granted. They are cannot be trusted creature ever (Well, unlike me of course. Im a good boy). Dan andai kata korang tak ada masalah dengan perempuan, then teruskan lah berkawan dengan perempuan. Perempuan comel dan wangi by the way.




Selasa, 7 Februari 2012

Bila Perempuan Mandi Di Public.

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis dan jejaka yang suka mandi bersama sekalian. Korang sihat?

Pada hari minggu yang lepas, ketika aku dok tengah syok main game online (Glory Destiny Online.) Tetiba member aku berbunyi:

"Khairul, jom kita pergi mandi kat Kolam Air Panas Gadik. Best doe. Rasa relax je badan"

"A'ah. Jom lah. Kalau nasib baik, boleh mandi satu kolam dengan awek-awek cun macam kelmarin. Situ, tempat mandi terbuka. Lelaki dan perempuan bercampur. Perhh. Best woo."

Ahh. Kalau dah lelaki. "Awek", "comel", "mandi bersama" dan "basah" adalah perkataan yang amat power kalau di satukan dalam satu ayat. Bak kata orang, kucing mana tak nak ikan kan? Lebih-lebih lagi, kalau ikan tu berlegar-legar dalam kolam air panas ye dak?

Dan, aku pun dengan keterpaksaan, pergi lah mempacking barang-barang aku untuk pergi ke Kolam Air Panas tu. Aku pergi bukan sebab nak tengok ikan-ikan comel dan basah berenang-renang dalam air beramai-ramai. Aku pergi sebab semua roomates aku pergi. Betul. Tak tipu.


And guest what. Bila aku sampai kat sana, perh. Ramai gila orang beb. Aku sampaikan hampir tak jadi mandi sebab tak jumpa kolam kosong. Aku datang ramai. So tak best la kalau mandi bercampur. Tapi tak apa. Sebab dalam diri dah excited gila dah, sanggup je la tunggu kolam kosong. Maklum lah, first time mandi air panas semulajadi. 

Tapi kan, masa aku tengah nak bayar tiket kat kaunter pembayaran, kawan aku ada cuit aku sambil mengerak-gerakkan mata dia ke arah kanan. Aku sebagai sorang lelaki yang agak pick up, aku pun menjeling la ke kanan. "Comel weh". Bisik dia. Well, no argument here. Definely a cute girl. Dia pakai tudung bawal dengan elok bersama baju kurung yang tak ketat. Nampak ayu jee. And, since aku tak tahu nama awek tu, aku memutuskan untuk panggil dia Awek Ayu Kolam Mandi Air Panas.

Now, let us imagine ya.

How if, korang jumpa seorang awek. Yang comel gila. Pakai tudung dan menutup aurat dengan lengkap. Tapi berada di kolam mandi yang bercampur lelaki dan perempuan. What would you feel?

Ya! Weird kan? But, bila aku tengok this girl yang comel yang tutup aurat berada di kaunter daftar kolam mandi. Aku rasa macam... "Aduhhh, ruginya kalau a girl yang tutup aurat macam tu boleh tetiba mandi di public". Serious rugi. Apa guna tutup aurat bagai kalau still tayangkan di kolam mandi bercampur?

Dan korang mungkin akan berkata:

Ehh, apa salahnya kalau perempuan mandi di kolam mandi? Islam ni bukan agama yang complicated okayyyyyy?

Well... Ye la ye la. Tak salah kalau korang nak mandi di kolam mandi (Pfff). In fact, you girls patut memperbanyakkan aktivity memandi ni. Why? Let me tell you why.

You girls nampak ayu bila basah-basah di kolam mandi.
This is serious. Ya, girls nampak gojes bila dalam keadaan basah-basah lebih-lebih lagi bila berada dalam kolam mandi. Why? Sebab pada masa ini lah, setiap lelaki yang tengok (Mostly remaja) akan bercakap-cakap pasal body korang. Well, we boys are good with imagination you know. Sometimes, the boys gonna talk pasal your assets and what they can do with it. Seriously, the things they can do with it. And it gonna last for.... ermm.. the whole day? Or, for the rest of their life. Something like :

"Ehh, kau ingat tak. Tu la perempuan yang kita jumpa kat kolam mandi hari tu. Badan dia bila basah, mantap beb. Dia punya bukit, perhhh. Tu belum kira lagi dia punya......"

Well, last time i checked, you girls sukakan perhatian kan? Lebih-lebih lagi bila ada lelaki yang bercakap pasal korang. So ini lah masanya untuk membuatkan lelaki menjadikan korang sebagai topik perbualan kan? Ya saya tahu idea saya bernas.

Baju Renang Muslimah pemankin kejayaan. 
Dunia dah maju. Semua benda boleh di manipulasi. Dan sekarang, tahukan anda yang girls boleh mandi di public dengan mengenakan pakaian mandi Muslimah? Tak percaya, boleh tengok di bawah:



Aku tahu baju renang ni nampak agak seksi. Tapi tak apa. Sekali sekala lelaki imagine pasal badan korang pun apa salahnya kan? Alaaa. Tak luak pun. Lagi pun, you girls will never know. ;D

************

Let me tell you something, girls. Yeah, baju Renang Muslimah is a bullshit. There is no such as baju renang muslimah. Yang ada hanyalah Baju-Ketat-Yang-Boleh-Dipakai-Oleh-Perempuan-Supaya-Kononnya-Girls-Boleh-Mandi-Di-Public-Sambil-Ditonton-Oleh-Lelaki-Gatal.


Well girls, aku kasi contoh lah. Korang pakai baju 3 lapis. Tak pun 4 lapis la kasi best sikit bunyinya untuk sedapkan hati korang. And then, bila korang mandi, agak-agak, ada fungsi tak 4 lapis baju tu bila air semua dah meresap? Korang mandi pakai telekung pun tak ada guna bila dah kena air yang meresap. Sekali meresap, lelaki yang tengok umpama dapat tengok freeshow tahu? See? I told you. Untung jadi lelaki. Mudah je nak tengok perempuan bogel depan mata.

So, kau nak kata perempuan memang tak boleh mandi di public la ye? Tak boleh mandi air panas. Tak boleh mandi kolam?
Wait. Ada aku cakap macam tu ke? Pfff. Of course la perempuan boleh mandi di public. Dengan syarat, di tempat mandi tu memang 100% tak akan ada lelaki melihat. Tak pun, kalau korang nak mandi kat tempat yang ada lelaki, korang boleh try pakai baju ni. Lagi best dari baju renang muslimah tu. Design pun up to date.

Awek Ayu Kolam Mandi Air Panas
Mari kita berbalik kepada kisah awek comel ni. Ya, sorry for non-comel girls. Sesebuah cerita likely akan menjadi interesting kalau wataknya comel. No offense (I know you gonna get offended. I just dont care). So, percantikkan lah diri anda.

So what about this comel girl? This girl. She is good. Sebab dari mula aku masuk kolam mandi tu hinggalah dia keluar, dia tak sentuh air langsung. Dia just duduk tepi dan temankan kawan (or adik i dont know) mandi kat situ. Sejuk perut aku tengok dia tak join mandi sekali. Kalau dia join mandi sekali, sure akan akan kecewa.

Well, aku tahu yang lelaki dan perempuan masing-masing suka mandi dan main air kan? And, aku sebenarnya dah plan. Kalau aku ada isteri nanti, aku nak bina kolam khas untuk isteri aku. Aku tak tahu la korang punya suami macam mana. Tapi, aku tak nak lelaki lain tengok bentuk badan isteri aku. Bini aku, suka hati aku ar.




Rabu, 1 Februari 2012

Muff The Muffins.

Assalamualaikum


"Wehh. Bangun la. Makan nasik" Aku dengar suara adik aku menjerit-jerit. Aku yang asalnya mamai dan mata separuh terbuka terus bukak mata luas-luas sebab aku ni pesen asal bangun tidur je, mesti lapar.

Aku belek-belek handphone untuk melihat jam. Dah hampir pukul 12 tengah hari. Kalau bab cuti semester, memang ini lah perangai aku. Ni pun nasib baik adik aku perempuan. So, memang layan ah bangun-bangun je, lunch dah tersedia. Bila di fikir-fikirkan balik, rasa macam orang yang dah kahwin. Maklum lah, lelaki bila dah kahwin, makanan ada jeee orang yang sediakan ye tak.

And then, masa dok selepas makan tu, aku perasan ada van main hon-hon kat depan rumah aku. Tengok-tengok orang datang menghantar bungkusan pos. Pos Laju ke, Skynet ke, Pos Ekspress ke aku dah lupa. Tapi apa yang aku tak akan lupa adalah INI:



Lawa kan? Lawa kannnn? Aku tengok kotak dia rasa macam perhhhhh. Lawa gila beb. Aku ingat nak simpan kotak dia. Mana tau boleh guna untuk isi surat-surat cinta ke apa ke. Tapi tengok-tengok, abang aku dah kebas dulu kotak tu. Tak pasal-pasal dia buat harta dia.

And, korang tahu tak ada apa dalam kotak dia? Ada THIS:


 

Yeahhhh. Muffins. Siapa tak suka muffins angkat tangan. *Aku angkat*. Yup, aku tak suka benda-benda muffins ni. Maklum lah, muffins ni makanan perempuan. Makanan perempuan. Mana ada lelaki minat ye tak? Pfff. Tapi abang and adik aku serious minat. Ya, aku anak kedua. Dan biasanya, anak kedua adalah anak yang paling berlainan dari adik beradik. So about the muffins, kesemuanya di ratah oleh abang dan adik aku. Aku hanya makan 1 bijik lebih je. Wuuu.

And, korang minat tak dengan muffins? Berminat untuk beli? Kalau korang minat, then you are lucky sebab a friend of mine ada membuat satu promotion menjual muffins.



A very cute promotion dari The 7th Muffins khas untuk bulan February. Korang ingat tak dulu aku pernah buat K's Day di Facebook? Or nama asalnya di panggil Khairul's Day? Hihi. Ehem. K's Day ni sebenarnya dah ditetapkan pada 15 February setiap tahun. Dan ianya khas untuk pasangan yang nak kahwin, dah kahwin dan juga khas untuk yang lelaki or perempuan yang masih single. Yang tengah couple-couple tu boleh blah. But why ianya 15 February? Sebab masa 15 February, harga chokelat, harga kuih-kuih dan segala harga promotion mahupun jualan sempena Valentine Day akan jatuh secara mendadak. Yang dah kahwin, boleh beli cokelat untuk pasangan dan yang single, boleh pelahap cokelat tanpa kisah pasal berat banda. Single kan? Nak takut apa kalau gemuk.

Dan jangan risau. K's Day ni tidak ada pengaruh kristian dan paderi. Hihi.

So, kalau korang nak beli muffins tuk atuk, ayah, nenek, ibu, abang or adik sempena birthday dieorang ke, Congrate party ke, apa ke, memang sesuai kalau nak kasi this muffins. Sebab bungkusan dia sumpah menawan hati nurani aku yang mulus lagi setia ini.

For more info, korang boleh lepak-lepak di SINI. Dan juga di SINI.