Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday : Berhenti Merokok Bukan Benda Mudah

Assalamualaikum


Kalau suami korang berhenti rokok disebabkan korang, then he MIGHT be a good father.


Ahad, 27 November 2011

Tips Beli Handphone : iPhone vs HTC vs Nokia vs Samsung vs Sony Ericsson vs BlackBerry

Assalamualaikum


Hello peminat dan penggila handphone sekalian.

Beberapa hari minggu lepas, aku jalan-jalan di pasaraya Tunas Manja. Tengah dok jalan-jalan, aku nampak ada budak yang aku agak umur dalam 10 tahun. Perempuan. Tapi yang tak boleh belah, di tangannya ada handphone. BlackBerry lagi tu. Dan itu buat aku tertanya-tanya. What the hell budak umur 10 tahun dah pakai BlackBerry? Padahal, di zaman aku muda-muda dulu, siapa yang dah ada Nokia Butterfly tu dah kira legend. Lagendnya macam :

"Weh, tadi Lisa cari kau?"
"Lisa? Lina mana satu?"
"Alaaa, Lisa Butterfly tu. Tak kenal ke?"
"Ohh. Cakap la Lisa Butterfly. Mesti la aku kenal. Apasal dia cari aku?"

But itu adalah zaman di mana handphone bukan keperluan yang solid. Pada zaman kanak-kanak aku tu, handphone adalah satu barang mewah. Siapa ada memang mewah ah kiranya. But since handphone dah jadi satu keperluan, aku bet korang mesti tak tahu nak beli handphone dan smartphone yang mana satu kan? Nak-nak, bila banyak sangat handphone dan smartphone yang gempak kat pasaran kan?

Well, jenama handphone ni akan buat korang gila:
  1. iPhone
  2. HTC
  3. Samsung
  4. Sony Ericsson
  5. Black Berry

Aku rasa lah kan, aku boloeh kumpul 100 orang yang kata iPhone adalah handphone terbaik. Dan aku boleh cari another 100 orang yang boleh kata HTC adalah handphone yang terbaik. Dan begitu lah juga dengan jenama-jenama handphone yang lain. Actually, tak ada handphone yang terbaik. Why? Sebab setiap handphoe ada kelemahan dan kekurangannya masing-masing.

Persoalannya sekarang. Mana satu handphone yang korang PATUT pilih ikut keperluan korang? Mari kita nilaikan diri korang.

Samsung & HTC


Korang patut beli handphone Samsung (And HTC) kalau:
  • Amat gilakan handphone yang mahal.
  • Suka main game di handphone.
  • Nak layan movie, games dan video clip di handphone dengan kualiti HD.
  • Nak satu handphone yang performance amat bagus dan smooth gila.
  • Sak satu smartphone yang simple dan flaxible.
  • Suka multi tasking.
  • Korang suka screen yang gila ah besar.
  • Korang suka tangkap gambar dengan kualiti yang baik bersama efek yang menarik.

Bila aku cakap Samsung, aku maksudkan Samsung Galaxy S II. Why? Sebab sebelum keluar model terbaru Samsung Galaxy S, agak-agak korang, Samsung ni famous tak di Malaysia? Tak langsung. So, aku boleh kata yang Samsung Galaxy S II adalah antara handphone yang terbaik dari segi performance dan screening. Dan korang jangan lupa, Samsung Galaxy S II ni dia guna system Android which is flexible gila. Kalau korang nak beli handphone Samsung, Galaxy S II je yang berbaloi.


Begitu juga dengan HTC. Tak semua HTC bagus. Ada HTC ChaCha. Ada HTC Desire HD dan ada macam-macam lagi. Setiap HTC ada kelebihan yang dah di specialized. So seriously, korang patut buat survey tentang which HTC yang korang betul-betul nak based on sebab korang nak memiliki satu handphone. 

Sony Ericsson



Korang patut beli Sony Ericsson kalau:
  • Korang suck. (Ouch. Ramai akan terasa ni)
  • Korang anak ikan or ada MILF (Mother I Like to 'Friend') yang kaya.
  • Korang suka tukar-tukar phone.
  • Korang suka handphone yang tak tahan lama.
  • Korang suka hp yang canggih, stylo, ringan dan nipis.
  • Korang tak nak handphone yang ada multi-touchscreen (Xperia X8).


Dari pengalaman aku dan ahli keluarga aku, aku boleh kata yang Sony Ericsson adalah sejenis handphone yang canggih dan murah tapi kualitinya amat rendah dan tak tahan lama. Well, setiap orang akan bercakap based on pengalaman masing-masing ye tak? But actually, come on. Korang boleh tengok sendiri handphone SE. Then comparekan dengan handphone lain. Korang akan nampak yang kualitinya amat-amat berbeza. Tengok harga je pun dah tahu kan? Dan sebab tu lah juga kalau korang perasan, handphone-handphone Sony Ericsson punya harga laju je turun. So, andai kata korang beli minggu ni dengan harga RM1300, then tiga minggu depan korang check balik, harga dah jadi RM1180. Tak ke bengang.

iPhone

Korang patut beli iPhone kalau:
  • Kawan-kawan korang pakai iPhone.
  • Korang suka chat-chat pakai Whatsapp dan tak kisah spend more than RM80 per month untuk internet semata-mata.
  • Korang suka buat benda-benda complicated untuk install sesuatu software / games.
  • Korang sukakan OS yang selfish. (Apple suka mengeluarkan produk yang 'selfish')
  • Korang suka stylish.
  • Korang gilakan brand Apple.

Aku tak tahu banyak pasal iPhone. In fact, kawan-kawan aku tak ada sorang pun yang pakai iPhone. Most of them pakai Samsung Galaxy S II yang harganya beza RM100-200 je dengan iPhone. But still, why orang nak pakai Galaxy S II? Sebab Android. Dan iPhone biasanya dipakai oleh artis-artis. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana semua orang tahu yang iPhone ada nama. Dan oh ya, UI dia terbaik. Dan untuk pengetahuan korang, susah untuk korang ambil barang 'free' and taruk kat iPhone. Tak semudah Android yang boleh diambil sesuka hati.

Nokia

Korang patut beli handphone Nokia kalau:
  • Korang suka handphone berat.
  • Korang nak handphone just untuk texting, calling and emailing.
  • Korang guna phone bukan untuk main game yang gempak-gempak.
  • Korang nak guna satu handphone untuk satu jangka masa yang panjang.
  • Korang nak handphone yang amat-amat berkualiti.
  • Bajet korang rendah. 
  • Semua point di atas dah berjaya di mansuhkan dengan pengeluaran Nokia N9.

Nokia adalah antara jenama handphone yang paling lama di Malaysia. Tapi seriously, dari dulu sampai sekarang, semua User Interface (UI-layout) dan OS (Operating System) handphone Nokia adalah suck kecuali N9 (Swipe - Meego OS. Revolusi Nokia) dan handphone yang tak gunakan Symbian. I'm not a fan of Symbian sebab ianya kaku gila. Game-game dia kaku. Pixel dia pun besar-besar. So yeah, aku tak sukakan UI Nokia. TAPI, tapi untuk kualiti dan daya tahan handphone Nokia, aku berani bagi 9.5/10. Handphone Nokia bagi aku adalah handphone yang paling tahan lasak untuk penggunaan normal. Jatuh dari katil dua tingkat? Termasuk dalam mesin basuh? Tercampak kelantai? Terbaling ke adik beradik? Not a problem. After all, ianya akan still berfungsi dengan normal. Why? Sebab dia punya design. Kalau korang tengok handphone tu, dia punya housing bukan bahan biasa. Berat dia pun bukan sebarang berat. Berat dengan kualiti beb.

BlackBerry


Korang patut beli handphone BlackBerry kalau:
  • Korang gilakan Facebook dan Twitter
  • Korang suka jadi stalker di social network.
  • Korang suka online 24 / 7 tanpa henti siang dan malam.
  • Korang tak boleh hidup tanpa internet.
  • Korang suka berchatting secara percuma.
  • Kawan-kawan korang pakai BlackBerry.
  • Korang bukan kaya raya yang mampu spend lebih RM80 per month untuk internet. (BlackBerry Internet Service -BIS hanya RM20 per month.)

Sejak aku hilang HTC aku, aku tak tahu nak beli handphone mana satu. But then, ada seorang budak degil ni suggestkan aku untuk beli BlackBerry. And yes, aku beli BlackBerry Bold 3. Ianya not bad. Walaupun sistemnya tak canggih, UI dia tak secantik iPhone dan OS dia tak sesimple Android, tapi dia ada satu system yang memang tak akan ada di handphone lain which is BIS (Blackberry Internet Servis). Dengan BIS, korang boleh online setiap hari dengan harga RM1. (RM2.50 untuk unlimited download). Tapi seriously, aku yang asyik online ni pun pakai limited package yang RM20 per month and sampai sekarang tak cecah limit dia lagi. Ya, ini lah kelebihan yang ada kat BlackBerry dan tak ada kat handphone lain. Dengan kata lain, kalau korang aktif di dunia maya, aktif di Twitter dan Facebook, then BlackBerry adalah untuk anda. Unless korang duduk di tempat yang ada Internet 24 /7.


Well, seperti yang korang tahu, setiap orang ada pendapat based on pengalaman masing-masing. Dan apa yang aku tulis adalah based on pengalaman aku dan kawan-kawan aku yang guna certain handphone di atas. But still, ianya berguna bagi korang kot-kot korang nak buat servey.



Ahad, 20 November 2011

Ini Lah Masanya Kalau Korang Nak Bahan Aku.

Assalamualaikum

Hello readers.


Tahukah korang yang blog is good. Nak-nak, kalau korang tulis blog jenis relax-relax, santai-santai dan yang paling best, bila ramai orang baca apa yang kau tulis. Dan most of all bloggers membuat keputusan untuk menarik lagi-lagi ramai pembaca untuk membaca blog dengan dengan menggunakan tiga cara. Cara pertama; Letak muka awek comel / Handsome. Cara ke dua; Talk dirty. Post something yang berkaitan dengan seks, dengan benda-benda lucah sebab sex always sells. Dan cara ke tiga adalah dengan post up something funny. Well, aku suka cara ke tiga. Sebab cara ketiga amat simple dan ianya akan membuatkan orang yang membaca blog anda, ketawa.

Kalau korang perasan lah kan. Blog aku, balik-balik cakap pasal love-eww-eww dan masalah cinta. Balik-balik cakap pasal my Lisa Surihani yang di guna-guna oleh Yusri. Korang yang baca ni tak bosan ke? Aku kalau boleh, aku nak most of my blog post adalah pasal info and benda-benda yang boleh membuatkan korang berfikir. Tapi seriously, agak susah bagi aku tuk tulis benda tu semua. Susah dia sebijik macam korang nak bagi tahu sejarah negara Indonesia kat kawan-kawan korang tanpa membuatkan dieorang berasa bosan gila. Bukan je takat tak nak kasi dieorang rasa bosan tapi kalau boleh, nak kasi dieorang jadi interested dengan sejarah tu. Susah gila kan? Silap-silap, korang pun akan rasa bosan masa tulis entry tu kat blog korang.

But imagine if kalau korang boleh tulis something pasal sejarah Indonesia dengan cara tertentu dan ramai pembaca korang tertarik. Mesti rasa best gila kan? Umpama korang berdakwah dan bercerita pasal isu agama, tetapi orang di sekeliling rasa tertarik gila. Susah kan nak buat benda-benda macam tu?

Contohnya, aku biasa tulis entry pasal benda-benda kelakar. Bila orang baca je, mesti dapat sambutan yang tinggi. Macam tu la juga dengan entri separa lucah. Tulis bab-bab seksual sikit, mesti entry tu jadi laku. But then berapa banyak entry yang berinformasi dan entry yang membuatkan orang terfikir menjadi laku dan mendapat sambutan? None. But, bila sekali-skala aku tulis pasal benda-benda yang buat orang terfikir tanpa sebarang unsur funny dan entah macam mana ianya mendapat sambutan yang hangat, maka, aku rasa macam serious best.

If that so, kenapa even sekarang pun blog kau banyak pasal love-love?




95% pembaca blog aku ada teenagers. Most of them adalah single and mingle. Dan masalah paling tinggi dalam golongan remaja adalah masalah social, masalah hubungan dan tentu sekali masalah cinta. Bersosial lebih, pak we marah. Berkawan dengan ramai awek, girlfriend marah. Tengok bola too much, skandal marah. Spend time more on Dota, balak tarik muka. Dan everything adalah related to masalah cinta sebab ianya adalah fitrah bagi golongan remaja untuk rasa perasaan cinta; mencintai dan di cintai.

Kenapa Mr K dah jarang update blog sekarang?
Currently, aku tengah mood Final Exam. Aku dalam minggu Final Exam sekarang ni. Tapi actually, tu bukan alasan yang paling tepat sebab sebenarnya, aku tak ada idea untuk tulis di blog. Sebab tu lah kalau korang perasan, di Formspring, di Facebook dan di Twitter, aku selalu je tanya soalan macam

"Siapa ada idea untuk aku tulis di blog?". 

Actually, nak mencari idea yang sesuai yang dan yang orang nak baca tu susah. Most of the idea aku dapat pun adalah dari kawan-kawan aku. Tu pun masa berborak-borak kosong. Kalau tak berborak memang tak ada ah idea.

Dan aku sebenarnya dah rasa bosan dengan entry di blog yang tak ada variety. Dan untuk menghasilkan entry yang berbeza dengan orang lain bersama topik yang berbeza dengan orang lain bersama cara penulisan yang berbeza dengan orang lain; amatlah susah.

Yes aku admit yang most of my followers baca and follow my blog sebab my blog used to be funny dengan entry yang merapu-rapu. Dan bila baca blog yang tulis, "Wow, entry ni interesting", amat-amat best berbanding dari rasa "Kelakar gila blog post yang ni. Aku suka.". I want my blog to be much better than any stupid lame joke blog. I want it to be interesting with brains.

Dan seriously, aku suka membahan perempuan. Well, korang tahu tak sebenarnya amat-amat seronok bila korang bahan perempuan? Bila perempuan tu kena bahan, dia akan marah-marah. And tahukah korang yang perempuan akan nampak comel gila masa tengah marah and masa tengah membebel?

So, kalau korang perasan, aku asyik dok kutuk perempuan. Kalau tak bahan perempuan pasal aurat, mesti bahan pasal make up kan? Kalau tak bahan pasal make up, mesti bahan pasal gedik-gedik bila snap gambar kan? Dan kalau korang perasan juga, setiap sekitar 8 bulan, aku akan keluarkan entry yang tanya korang about my blog. So, aku tahu korang amat ternanti-nantikan entry ni which is entry yang membenarkan korang untuk kutuk aku balik kasi feedback kat aku about my blog and about my self. Dan aku tau, korang mesti tak ada point kan nak bahan serta kutuk aku balik. Sebab aku ni baik. Aku tau.

So, apa pendapat korang about my blog? Apa yang korang suka dan apa yang korang tak suka?



Selasa, 15 November 2011

Istidraj - Jangan Kecewa Kalau Hidup Tak Best.

Assalamualaikum



Heloooo ahli-ahli SPM yang tension dengan study sekalian. Dah ready nak fail SPM?

Dekat Twitter, aku tengok ramai gila post tweet pasal SPM. Ada yang post tentang motivasi tentang SPM, ada yang post tentang tips untuk berjaya dalam SPM dan ada yang post troll cara untuk fail dalam SPM.

But out of all, aku perasan ada yang complain pasal ketensionan ketika study untuk SPM. Ada yang bising-bising pasal:

  • "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
  • "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
  • "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."

Well, pernah tak korang terfikir kenapa hidup korang amat sucks? Pernah tak korang fikir kenapa orang yang tak solat tapi setiap kali test, exam, or SPM result dia jauh lagi tinggi dari korang yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak korang rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak korang sakit hati bila korang giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat straight A dalam SPM? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Pernah tak korang berpegang dengan kata-kata guru korang yang bekata "Orang meniru tak akan berjaya dalam exam dan SPM" Tapi bila balik ke realiti, orang yang meniru dah berada di puncak kejayaan sedangkan korang yang percaya kepada usaha sendiri, melutut tanpa nampak sebarang cahaya dari masa depan?

Where the fuuu is the real things? Do something good will ruin your life while be a bad person brings you the happiness? 

The fact is, shit is always around us. And so does with the Istidraj.



Mungkin korang tertanya-tanya, what the fuuu is Istidraj?

Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum. Mak dia pun sama. Tapi hidup mereka amat cool. Hidup dioerang amat happy. Apa yang dieorang nak, semua diaorang dapat. Anak-anak dieorang, PMR dan SPM semua straight A. Perjalanan hidup dioerang amat mudah. But why? Kenapa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes, itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah mereka di sisi Tuhan.

So, here is the tricky question.

Adakah kita perlu jadi jahat untuk menikmati hidup ni? Apa guna kita hidup kalau dah semua yang kita nak kita tak akan dapat? Adakah kita berusaha untuk something yang tak wujud? Adakah kita bersusah payah terhadap sesuatu yang memang tak akan kita miliki?


Istidraj, the only harapan untuk orang-orang yang susah terus hidup. Why? Sebab orang Melayu mudah sangat jealous. Nampak orang berjaya sikit, terus dengki. Setiap kali aku nampak orang berjaya dengan cara betul, aku respect dia. Tapi setiap kali aku nampak dia berjaya dengan cara yang menipu / buat jahat tapi berjaya dalam hidup, aku cuma boleh kata "Itu mungkin Istidraj".

How about Hikmah?
Aku amat teruk dalam study. Amat-amat teruk. Tapi aku amat jarang meniru. Of course la aku ada meniru. Tapi setakat ni, tak pernah lagi aku bawak kertas atau toyol ke dalam hall peperiksaan. Actually, dulu aku ada nak bawak. Tapi ada seorang gadis Mesir yang bernama Laila yang kata haram meniru ketika exam, tak berkat. So, aku tak bawak toyol. Aku tak meniru, aku study hard gila-gila. Tapi result? Result macam sial. Well, dalam kes ni, orang akan kata:

"Relax ah, mungkin ada hikmah"

Aku pandang dia dan berkata "Hikmah? Hikmah your head." Aku study gila-gila, kau meniru boleh ah cakap macam tu nak-nak bila result gempak gila. But guess what? Yeah, ada hikmahnya. Aku sedar aku amat bad-bad dalam study so, aku fokuskan pasal benda lain. Which is blog.

Ignore orang untuk mencapai kejayaan.

And korang tahu tak pasal Wikipedia? Ya, Google di ranking nombor 1 dunia. Facebook adalah di ranking nombor dua. Dan Wikipedia adalah nombor 7. Di wikipedia, setiap orang boleh menulis dan submit apa yang dia tahu. Well, korang tahu tak macam mana wikipedia ni wujud?

Wikipedia di ciptakan oleh seorang mamat yang ingin membina sebuah platform dimana setiap orang boleh menulis apa-apa sahaja info yang dia tahu tapi dia tak akan dapat bayaran dari apa yang dia tulis tu. Dan tahu tak apa masalah yang mamat ni dapat masa hendak mambuat Wikipedia? Dia dapat tentangan seperti:

"Eh wait, siapa yang akan tulis tentang info dan fakta tanpa dapat sebarang bayaran dan credits?"

Yeah, kalau korang pun, korang sure akan berfikir macam tu kan? Tapi tengok lah sekarang. Wikipedia ranked as #7 most visited site in the world. Yeah, expect the unexpected. Buat something yang orang tak duga. Just because korang teruk dalam study (macam aku) tak bermaksud korang akan gagal dalam hidup. (Rasanya dah penat aku ulang ayat sama macam ni. Tapi ramai still tak faham.) Well ya, aku tau yang manusia menilai orang based on a stupid piece of paper yang dipanggil "Result Final Exam" or "Result SPM". But, that is nothing actually.

So, kalau korang nampak kawan-kawan korang yang tak pernah solat, tak pernah puasa tapi dia dapat jawab soalan SPM dan exam dengan senang, korang relax je. Aku cakap ni based on pengalaman. Aku pernah berada di tempat korang. Itu semua mungkin Istidraj. Mungkin Mesti ada hikmah di sebaliknya. Korang hanya perlu play it cool.


Dan sebenarnya, jangan terlampau bergantung kepada SPM. SPM hanya penting untuk zaman remaja. Tapi after that, orang dah tak pandang SPM dah. And then, kalau result SPM korang gempak, korang ingat senang ke nak sambung dah success di IPT? Berapa ramai yang kini bekerja based dari apa yang dia belajar? Belajar Electrical tapi jadi boss di kilang gam (My boss). Ambil course accounting, tapi buka saloon sendiri (My friend). Banyak benda di dunia ni yang kita tak akan sangka. Dan kadang-kadang, bidang yang kita kerja dan yang kita minat tu, tak berkaitan pun dengan bidang yang kita belajar.


Look at Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Jobs and Michael Dell. Dieorang dropout and berhenti dari kolej dan jadi jutawan. How mereka boleh jadi kaya? Maybe sebab dieorang buat seperti apa yang di tulis dalam "If You Want To Be Rich And Happy, Dont Go To School." Maksudnya, jangan rely on satu benda sahaja. Buat apa yang korang minat dah surely korang akan berjaya.

Okay maybe korang boleh kata dia dia tu genius sebab tu dieorang boleh berjaya. Ada ke orang yang tak genius, tak belajar tinggi-tinggi tapi berjaya dalam hidup?

Yaa. Amat banyak. Ada yang berjaya hanya dengan mengembangkan perniagaan family. Ada yang berjaya dengan membuka perniagaan bundle. Dan ada yang berjaya dengan bakat yang tersendiri. Setiap orang ada bakat dan kelebihan yang tersendiri. Tak kira la betapa sucknya korang, suatu hari nanti korang akan jumpa something yang korang really good at.  

Point of this entry; study untuk SPM dan final exam tu, jangan la sampai tension-tension. Kalau korang amat-amat bad dalam study, then maybe ada reasonnya yang tersendiri. Don't lose faith on God.

Life loves to play with us. So, play with the life and win the game.

SPM is just something, not everything. 



Selasa, 8 November 2011

Bacaan Tahiyat Awal / Akhir Dalam Rumi (+Terjemahan)

Assalamualaikum


Kita semua tahu yang ramai insan didunia ini yang repent serta revert diri kepada Allah. Dan tak mustahil juga di antara kita yang dah lama Islam, tetapi baru mendekatkan diri dengan Islam. Solat adalah tiang agama. Solat adalah sesuatu yang amat penting dalam aktiviti harian. Dengan itu, jika anda tidak pandai tetapi mahu belajar tentang bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam solat, saya saya harap saya dapat membantu.

Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Jawi:



Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Awal:


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.




Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Jawi:


Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Akhir:


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#) Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Kalau ada silap dan salah, sila maklumkan. 



Sabtu, 5 November 2011

Wife Yang Bakal Mati, Or Anak Yang Bakal Di Lahirkan?

Assalamualaikum


Hello bakal isteri solehah dan bakal imam sekalian.

Aku sebenarnya dah lama tak buka email untuk menjawab soalan-soalan yang di hantar ke inbox email aku. Ada banyak sebab kenapa aku tak buka. Antaranya adalah kerana aku malas. Solid reason. Tapi kan, semalam masa aku rasa bosan gila dan tak ada benda nak dibuat, aku pun belek-belek lah email di Hotmail aku. And untuk pengetahuan korang, aku ada terima satu email yang berbentuk soalan dari seorang my reader yang bernama Adawiyah. Email dan soalan dia sebenarnya membuatkan aku terfikir beberapa kali.

Dan entah kenapa, aku rasa macam aku tak leh jawab soalan dia. So, apa kata kalau korang yang jawabkan?

*******************

Assalanualaikum Mr K. Saya ada satu soalan. Imagine lah yang you ni dah kahwin. Nak-nak pulak, you kahwin dengan bini yang cun melecun. Dah la cun melecun, solehah, comel pulak tu. Comel siap boleh kalahkan your Lisa Surihani lagi. Kira memang perfect full package ah. So, memang you sayang gila-gila lah kat wife you tu. But then, even dah lama kahwin, you guys still tak dikurniakan cahaya mata (Anak). Korang pun sedeyy. Isk. Isk.


And then pada suatu hari, setelah melayar bahtera ke pulau impian nan indah untuk beberapa ketika, you both dikhabarkan dengan satu berita gembira which is you both bakal dikurniakan anak. Which means lagi you akan jadi daddy. Yey Mr K akan jadi daddy! Dah la lama gila tunggu dapat anak. So, sekali dah dapat anak, mesti happy gila kan? Kan?

But, on the day hari kelahiran baby, korang dapat tahu dari the doktor yang mengatakan bahawasanya ada sedikit complication kat rahim your wife ketika proses melahirkan anak tu. Macam-macam dah doctor tu buat. Check sini, check sana, suntik sini, suntik sana. Tapi still tak boleh overcome masalah tu.

Okay, here's the thing. At the end on that time, doktor tu suruh kau buat satu pilihan yang besar wahai Mr K. Doktor tu suruh kau pilih 

"Encik nak pihak kami bagi keutamaan pada siapa? Isteri encik, atau bayi yang bakal di lahirkan?"

And then, selepas berfikir beberapa ketika, you dapati yang you ada dua pilihan.

Pilihan pertama : Selepas check-check, doktor dapati ada kemungkinan yang wife you dah tak boleh hamil lagi. So, kalau you pick your wife, chance untuk dapat next anak adalah 0.0001%. Or dalam reality, you memang tak akan dapat anak dah.

Pilihan ke dua : Your lovely full-hearted wife suruh you pilih the baby instead of herself. Because "At least, ada gak tanda cinta antara kita dalam muka bumi ni. Kan? :)" Katanya. Sebak.

Pada masa ni, sure ah jantung kau akan terhenti beberapa saat. Dan diikuti dengan linangan air mata. Air mata kasih dan sayang seorang suami kepada isterinya. Kepada anak yang bakal melihat dunia yang fana ini.

***************************

Soalan di atas dah di-edit sedikit. But still, what would be your call? Your wife? Or your baby?

As for girl yang baca, aku bet yang surely ramai akan kata yang korang sanggup mati for the baby. Tapi persoalannya, if aku pick the baby instead of my wife boleh ke aku besarkan baby tu tanpa kasih sayang seorang ibu? Sedangkan aku yang besar ni pun perlukan kasih sayang seorang gadis, apatah lagi my baby?


If you pick your wife, then tak boleh hasilkan anak. Then what? Your wife mesti akan rasa bersalah gila sebab tak dapat bagi anak kepada hubby kesayangan. Then dia sure akan kasi green light supaya husband yang dia cintai dapat kahwin lagi satu semata-mata untuk dapatkan anak sendiri. Untuk zaman sekarang, tak adalah isteri yang sanggup kasi suami dia kahwin lain. So, even dia kasi green light pun, sure dia suffer gila inside. Sanggupkan anda let your wife buat macam ni demi kebahagiaan korang? Not me. Aku tak sanggup kasi wife aku bekorban sorang-sorang demi aku.

Dan aku tak pasti samaada ambil anak angkat merupakan satu good idea. Boleh ke you and your life partner kasi full love to your anak angkat? 

So again. Kalau korang berada dalam situasi di atas. Siapa yang you akan pick. Your wife (yourself) or the baby?

Andai kata aku terpaksa membuat pilihan ni suatu hari nanti, then ianya akan menjadi pilihan yang paling susah bagi aku. Aku harap none of us akan terima ujian yang seberat tu. May God bless us.  


Selasa, 1 November 2011

Soalan-Soalan Formspring.

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis dan jejaka-jejaka sekalian. Rindu? Tentu sekali kan.

Semenjak dua menjak ni, aku dah teramat jarang mengupdate belog. Sebabnya? Well, kalau korang mintak alasan, memang berleret alasan aku boleh taruk. Tapi yang penting, tempat aku belajar sekarang ni memang bermasalah dengan internet. Aku tak faham lah kenapa internet di tempat belajar aku ni teramat-amat bermasalah. Rasanya, benda bernama internet ni dah lebih 10 tahun dah wujud di muka bumi tapi still, masalah internet slow / tak gerak langsung tak pernah habis.

And then di sebabkan aku tak ada servis internet untuk mengkaji berita-berita hot serta isu-isu menarik, aku pun tak ada idea yang best untuk menulis belog. Tapi kan, the good news is even aku dah dua minggu tak update belog, bilangan soalan-soalan di formspring aku masih menaik dengan banyaknya.

Dan, thanks to them, ada beberapa soalan yang menarik untuk aku share kan.

Mr. K. Aku nak tanya. Perlukah kita berkawan balik dengan ex kita ? Tak rasa pelik ke?

Aku rasa orang yang tanya soalan ni mesti perempuan. Dan korang rasa, perlu tak kita berkawan balik dengan ex kita? As for me, aku rasa ianya bergantung kepada individu. For example, kau putus dengan ex kau sebab apa? Sebab dia curang? Or sebab kau curang? Or, sebab dia lambat reply mesej? Oh oh I know. Mesti sebab dia tak nak share password facebook kan?

So, look at you guys sekarang. Agak-agak, both of you guys berdendam tak? If berdendam then nak berkawan buat apa? Untuk terima backstab? Nahhh. Not a good idea.

And, another situation. Look at yourself. You are a girl. You got a new boyfriend? And then you nak kawan balik dengan ex? Agak-agak, isu jealous akan wujud tak between you and your new boyfriend? Come on. Kau nak berkawan dengan someone yang korang pernah fall in love and then you expect your boyfriend tak akan jealous? Fact, most of the boys akan rasa jealous bout this.




Setiap kali in love with a guy (3 so far), feeling i mesti tak lebih dari 3 bulan. Mula-mula ja rasa love is in the air, excited, lovesick semua. Lepas 3 bulan no more semua tu. Sigh. What should I do? I am not playgirl, I am looking for calon hubby sebenarnya.

Actually, itu adalah di sebabkan oleh temporary feeling. Most of the human akan excited dengan someone hanya sekitar 3 bulan pertama. Then bulan ke tiga hingga bulan ke enam, korang akan start bosan dengan each other. Or worse, one of you akan start bosan dulu. Bila one of you dah start bosan, mula lah dok sibuk cari kesalahan pasangan. And then, yang bosan tu terus start cari peganti. Dengan kata lain, curang. Then bila dah kantoi curang, keluarlah isu “Lelaki semua sama. Lelaki semua tak boleh dipercayai” dan so on.

So, I guess he is not the one. That's all




I still love him till now. Dia dah jadi tunang org, tp dia cakap dia tak bahagia. Dia tetap sayagkan saya. And dia nak kembali pada saya. Dia cakap dia sanggup putus tunang if saya terima dia balik. But, saya tolak. Sebab saya tak nak jadi perampas tunang orang. But I love him so much. What should I do?

Ya, kau tak patut terima dia. Dia hanya akan putus tunang bila kau sudi terima dia? Nampaknya dia play safe. Maksudnya, dia jadikan kau dan tunang dia sebagai spare part. Kalau dia tak dapat kau, dia dapat tunang dia. Kalau dia tak dapat tunang dia, dia dapat kau. Dengan kata lain, kalau dia pick any one of you pun, he got nothing to lose. See? Dia play safe.

Senang-senang, apa kata kalau kau bermadu dengan tunang dia je? Share is caring what? Settle semua masalah. But seriously, kalau dia betul-betul sayang kat kau instead of tunang dia, then aku rasa dia akan putus dengan tunang dia then rebut hati kau balik tanpa banyak cakap.


Mr.K, if a boy ngorat-ngorat, ayat-ayat, seorang girl tu pastu dye suruh girl tu tunggu dia. Then selepas beberapa bulan, that boy tu ada hati kat orang lain. From your POV, apa girl tu patut buat? Dumb him? Stay with him? Or even worse?

What could be worse? Rape him? Well, dump him please. Don’t be too naïve. Nak tunggu dia buat apa? Dia dok happy dengan gadis lain and jadikan kau sebagai dia punya spare part definitely not a good idea.


BUT, but kalau si dia suruh tunggu and pada masa yang sama dia tak bersama dengan mana-mana perempuan lain, then maybe kau patut tunggu. And and and. Tak payah suruh tunggu. kahwin terus je. Nak pakwe mak we apasal?


Hype Khairul. Aku nak tny kau la. Betol ke kalau seorang laki tu dia pukul gf, dia tande nye dia sayang? Ni cite member aku la. Dia salu kene pukul sebab bf dia over jealous tapi pelik gila sampai sekarang diaorang tak clash pun even aku pnah tgk lembam2 bagai tu kt badan dia.

Dia tak clash, so? Ianya bagus? Pernah tak kau baca buku 100 Dumbest Things For The Dumb People in A Dumb Relationshit? Dalam buku tu ada menyatakan

“Benda paling tak masuk akal adalah bila a girl stays in a relationshit but kene pukul sebab bf dia over jealous tapi pelik gila sampai sekarang diaorang tak clash even kawan dia pernah tengok lembam-lebam bagai kat badan dia.”

YA, kalau kawan kau baca statement aku ni, aku bet yang dia akan benci gila kat aku. But, tell her to hate her boyfriend more because her boyfriend should be her ex, and that guy should make her feel like a princess, not a slave.

And there is no way seorang lelaki pukul seorang perempuan semata-mata kerana jealous dan atas nama sayang. Itu semua bullshit. And dia jealous how? Jeles sebab gf dia reply komen kat Facebook? Or jeles sebab gf dia approved friend request dari jejaka handsome di Facebook? Come on.

Apa point tak clash kalau kena pukul sampai lebam-lebam? Not worth a shit.


Assalamualaikum. Hai, umm. Ape pendapat u kalau seorang lelaki tu hidden somethings dari gf dia? Alasan dia, sebab takmau gaduh and sebab lelaki tu sayang gf dia sangat sangat. And i nak tahu je, kenapa lelaki tu perlu tipu untuk tak gaduh? Lagipun kejujuran penting.

Walaikummusalam. Well, kejujuran tu penting. Tapi dalam your case, just kerana dia tak bagi tahu rahsia, tak bermaksud dia tak jujur. Lagi pun, dia tak menipu kan? Dia just tak bagi tahu apa yang berlaku. Itu je. Sebab, ada certain situation, beberapa perkara tak patut di ceritakan.

For example, dia punya ex accident. Kena pulak accident tu dekat dengan rumah dia. So, dia nak kena hantar ex dia tu ke hospital. And masa tu tak ada transport. So nak tak nak, your boyfriend kena lah dukung dia ala-ala citer korea untuk hantar ke hospital. Then kalau kau dengar, kau jealous tak? Iye lah, sebagai your boyfriend, dia tak pernah pun dukung kau. Dan gadis pertama yang dia dukung adalah ex dia. Haa, mana tau kot-kot kau jealous gila sampaikan kau berlari ke tengah jalan mintak kereta langgar sebab nak rasa kena dukung oleh boyfriend sendiri, kan? Tak ke susah your boyfriend nak kena usung korang ulang-alik? Apa kau ingat kau ringan sangat ke nak suruh orang dukung-dukung.

Seriously, ada situasi yang si boyfriend tak cerita. Dia tak cerita bukan sebab dia curang or sebagainya tapi dia tak nak cerita sebab dia tak nak ambil risiko terhadap the relationship. Or or maybe dia betul-betul curang. Or or maybe dia gay. Or or maybe dia… HAHA.

Semester ni dah nak berakhir. Rindu nak online secara unlimited di rumah sendiri.