Khamis, 30 Julai 2009

Giving Awards.

Merujuk kepada entri berkenaan Kualiti Award dan Awards serta entry bajet kecoh ini, aku kini membuat sambungannya di sini.

Ini adalah sebagai tanda peghargaan saja-saja yang aku nak buat ketika aku kebosanan. Terima kasih sebab menyemarakkan blog aku yang tak best ni. Nampak sangatkan aku buat-buat rendah diri. Tak apalah.


Miss Cookie Monster. Itu lah nick yang aku save dalam handphone aku. Aku panggil dia Kuki, dia panggil aku Gonzales. Aku tak pernah tahu apa benda tu. Tapi tak kisah lah. Tak peduli pun. Sampai sekarang aku tak tahu lah apa nama sebenar dia walaupun aku dan dia sering borak-borak pada hujung minggu sahaja kerana dia kini di PLKN. Aku mula rapat dengan dia beberapa minggu sebelum dia masuk PLKN. Perangai dia gila-gila sikit dan suka bercakap. Aku pula pendiam. So memang best lah borak dengan dia sebab setiap hari, dia je yang bercakap dan aku tak perlu fikir banyak nak cakap apa, just jawab apa yang patut. Dia mesti bosan dengan aku. Tapi skrg ni aku dan dia dah jarang borak. Aku bz ngan kelas, dia bz dengan PLKN dia.

Igniz. Seorang guru practicum. Ramai betul cikgu ada blog zaman skrang ni. Dia guru english dan dia jatuh cinta dengan kembar di sekolah tempat dia mengajar. Seronok juga menjadi cikgu, boleh melihat a girl turns into a babe. Well, aku jarang komen di blog dia tapi aku suka baca entries di blog dia. Entri dia mendalam je, tu pun kalau faham lah.

Aku pernah bergandingan dengan Sofla untuk melawan seseorang dalam blog orang lain tentang sebuah isu sensitive. Tak tahu lah apa dah jadi dengan isu tu. Antara sebab utama aku kasi dia award, kerana dia selalu comment blog aku.

For the rest of my friends and followers

Grab it as you like it.

Aku pernah nyatakan bahawa memberi award ke followers bukanlah sesuatu yang elok. Tapi bila difikir-fikirkan semula, aku rasa aku perlu berikan juga.


Grab is as you like it.=)

Ini iklas sebab sudi baca dan follow blog aku yang tak seberapa ni. Dan seperti yang aku dah cakap dulu, aku tak terima sebarang award sebab aku tak tahu nak letak kat mana dan buat apa dengannya. Edi, eisya, ira dan lain lain yang aku dah tak ingat dah nama, terime kasih untuk awards. ( Dah lebih 1 bulan dieorang kasi baru skrg aku mention >,>)

Entri dan gambar-gambar ni aku aku dah siapkan dah lama dulu masa cuti semester 2 kerana aku amat bosan ketika itu. Kecuali sofla punya. Yang tu aku baru buat.

H1N1 [Update]

Siapa punca H1N1? Gila hina orang paling kanan
tunjuk guna kaki.

UniKL Micet di tutup dengan serta merta. Sehingga 6 Aug.

Oh oh. Good news or bad one?

Kesian gila Fahim baru datang Melaka hari ni pastu kena balik sebab semua dah nak blah dah sebab semua malas stay micet. Haha!

[Update] Dah 4 orang mati akibat H1N1. Dan di kedai amat susah aku nak cari mask. Tension aku. Aku semakin takut. Dalam rumah aku, semua telah demam kecuali aku. Harap-harap yang demam tu bukan demam H1N1. Aku tak nak mati awal. Aku tak kawin lagi. At least biar la aku kawin dulu. Atau pun ada anak sorang dua.

Aku nak balik umah walaupun tak rindu kat sape-sape. Mungkin aku akan rindukan gadis Micet.

Isnin, 27 Julai 2009

Apa Yang Pembaca Aku Cari 1

Aku pencinta wanita. Bukan buaya.


Aku explore apa yang telah membuatkan orang-orang di Malaysia search untuk sampai ke blog aku.

Zatul Iradah.

Selain nama awek Lecturer Math aku iaitu Miss Zatul Iradah, penduduk di Malaysia turut search benda-benda pelik untuk sampai ke blog aku. Kebanyakkan dari mereka search menggunakan Google.com dan link blog aku keluar sebagai hasil carian.

Anda boleh try search ayat-ayat yang tertera di dalam gambar di bawah.

Click to enlarge.

1. Aku bukanlah gadis cantik seperti mereka

Aku tak pasti siapa yang search perkataan tersebut. Aku fikir, mungkin gadis. Dan mungkin juga 'separa gadis' yang amat kecewa kerana dia di lahirkan bukan sebagai gadis.

Click to enlarge.

2. Adakah aku gay.

Aku pasti yang search ni adalah seorang lelaki yang berada dalam delema kerana tak tahu samaada dia adalah gay atau pun tidak. Aku ada jalan penyelesaiannya. Get a room of a boy and 10 girls. Then let your 'nature' calls. Kau pergi ke lelaki, memang aku sepak kau. Dasar gay tak reti bersyukur.

Click to enlarge.

3. 18 female micet friendster

Aku tak faham. Kenapa tak tulis je 'junior female micet friendster'. Umur lebih 20 kalau baru masuk kira 18 gak apa. Freshie.

Click to enlarge.

4. Gambar lelaki maskulin gey.

Kau akan jumpa gambar-gambar lelaki 'gey idaman kau' kalau kau blajar eja perkataan dalam English dengan betul.

Click to enlarge.


5. Apakah adakah pilihan untuk aku belajar bidang lain.

Pilihan sentiasa ada. Dan kau juga boleh pilih untuk menanyakan soalan tu kat Academic Advisor kau dan bukannya kat Pak cik Google.

Click to enlarge.


6. Keburukan Micet.

Soalan ni aku tak sanggup nak jawab. Jawapannya terlampau banyak. Apa kata kalau kau masuk Micet dan tengok sendiri. Apapun, micet dalam improvement.

Click to enlarge.

7. Aku suka lelaki gay.

Awang dan Zarif, ada orang suka kat kau. Korang berdua tak nak try ke kot-kot 'perempuan' ni amat-amat lah 'cun'?

Click to enlarge.


8. I love Kuantan Khairul.

Aku asal Kuantan. So, I love Kuantan and I love you too. Fair and square kan Zarif and Awang? Aku pun ada peminat gak.

Click to enlarge.

9. Hidup seorang gay.

Aku tak tahu lah bagaimana kisah hidup seorang gay. Mungkin akan di cemuh di dalam blog macam yang ada kat blog aku. Tapi, kebiasaanya lelaki gay memang handsome. Muka jambu, rambut stylo dan badan mantap. Zarif dengan Awang terkecuali.

Click to enlarge.

10. Fahim Rustam

Sumpah nama mamat ni menyibuk amat.

***
Banyak lagi perkataan yang orang-orang di Malaysia search dan sampai ke blog aku. Korang tengok lah sendiri.

Entri just for fun. Untuk cool down. Kerana entri panas mungkin akan menjelma lagi. Hehehe!

Jumaat, 24 Julai 2009

Aku Sedang Mengalami Zaman Pra-Kegelapan

Its... zaman kegelapan.

Aku kini hampir berumur 20 tahun. Aku tak sangka yang aku berumur hampir 20 tahun. Umur dah cukup untuk kahwin, tapi awek tak ada lagi. Yup, 20 tahun. Walaupun begitu, jika difikir-fikirkan balik, aku tak pernah dapat apa yang nak. Dan juga tak dinafikan kadang-kadang aku mendapat apa yang lagi baik dari apa yang aku nak. Cuma, aku hanya perasan benda tu bila aku kehilangannya. Well, dah hilang boleh consider tak dapat la kot.

Aku adalah jenis seorang yang suka duk diam-diam dan berangan. Ya aku suka berangan. Kadang-kadang, aku mengambil masa yang amat lama untuk melelapkan mata ketika mahu tidur dan mengunakan kuantiti air yang banyak ketika mandi. Aku suka brangan ketika mandi. Tapi aku bukan brangan pasal benda merapu. Okay mungkin ada juga sikit-sikit brangan jadi Ahli Akatsuki sambil melaksanakan jutsu-jutsu terlarang. Ataupun brangan pasal menang kereta BMW mata belalang(?) dari kontes Astro. Tapi aku tau, setiap benda yang aku angankan, aku tak akan dapat.

Hopeless is my middle name.

Ya, apa yang aku angankan/impikan, aku tak akan dapat. In fact ia adalah perkara normal bagi setiap orang. Dan itulah masalah terbesar dalam hidup aku.

Kadang-kadang, aku terfikir mengenai karma. Berbuat baik, akan dapat benda baik. Buat jahat, akan dapat jahat So, aku selalu juga berbuat baik dan berharap akan dibalas baik. Tolong orang buat assignment, share-share ilmu yang tak seberapa yang ada pada diri aku dan berkorban sekali dua untuk orang tertentu. Tapi hasilnya? I completely got nothing. Aku kasi idea assignment untuk orang lain dengan harapan dapat keberkatan, boleh improve result exam aku. Tapi tak dapat apa-apa. Mungkin betul cakap Zarif, kadang-kadang kita perlu kedekut dalam pelajaran sebab kita semua terpaksa bersaing antara satu sama lain.

Dan seperti yang dinyatakan, aku kini mungkin di dalam Zaman Pra-Kegelapan yang tak pernah aku lalui. Masalah dengan kehidupan aku yang tak teratur ni. Dan aku risau ia akan jadi semakin gelap.

Click to enlarge.

Aku juga ada masalah dengan ingatan. Amat susah aku hendak mengingati perkara-perkaya yang aku hendak ingat. Dan ia amat mengangu pembelajaran aku. Ada tips tentang pemakanan yang boleh kuatkan ingatan?

Aku cuba berubah. Mencuba sedaya upaya untuk maju. Aku habiskan dan bakal habiskan banyak duit untuk belajar. Hari ni saja dah banyak aku habiskan untuk perkakas. RM 500 yang MARA kasi setahun sekali untuk perkakasan tak banyak tapi membantu. Lebih-lebih lagi aku bukan berasal dari keluarga yang berada. Tapi aku tak faham kenapa ramai yang menyangka bahawa aku berasal dari keluarga yang kaya raya.

Dan ianya amat tak adil jika seseorang itu dilahirkan dengan kepandaian yang lebih tinggi. Usaha yang tak adalah tinggi mana, tapi hasil yang amat memuaskan. Ia amat tak adil bagi aku.

Could I survive this really-unfair path way that
called 'life'?


Result terbaru aku amat teruk. Adakah itu yang akan jadi motivasi untuk aku? Atau ianya telah terlambat. Atau ini yang membuatkan aku tersedar? Tapi apa gunanya jika ianya telah terlambat..

Orang cakap, hidup ini umpama roda. Roda yang berputar. Apa yang ada di bawah, akan berada di atas juga akhirnya. Tapi hampir 20 tahun, aku masih di bawah.

Selasa, 21 Julai 2009

Aku, Kucing, Adik dan Kualiti Drama Malaysia

Kebosanan melampau

Hari yang membosankan. Lagi membosankan dari kebiasaan sebenarnya. Aku duduk atas sofa. Adik aku tengah tonton kartun Hagemaru di astro ceria. Kartun yang mencabar intelektual minda bak kata Chika mungkin. Tapi aku sokong kerana cerita seumpama itu hanya layak di tonton oleh kucing di rumah aku sahaja. Tapi aku tak ada kucing. Oh ya, umur adik aku sama umur dengan kucing di rumah sebelah. Mungkin itu sebabnya adik aku menonton kartun tersebut.

Akibat kebosanan melampau, aku meminta untuk menukar channel lain. Adik aku tak bagi. Ceh. Gedik punya adik. Kecik-kecik dah pandai melawan. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku menggunakan jalan terakhir sebagai seorang abang yang soleh. Iaitu, kelembutan. Selepas beberapa adegan pukul memukul, baling membaling, pijak memijak dan hentak meghentak yang berlarutan hingga ke malam, akhirnya aku menang. Well, aku kan abang. Umur sama dengan kucing rumah sebelah, ada hati nak kalahkan aku.

Price of a remote control. Ya. Setelah kuasa remote control mutlak di tangan aku, aku pun petik-petik (aku lagi suka memetik dari menekan) la ia untuk melihat kalau-kalau ada cerita yang mampu menceriakan hidup aku. Aku petik-petik depan adik aku tu. Sambil menunjuk-nunjuk. Ada sound effect lagi bila ditekan. Gila annoying. Petik, petik, dan terus memetik. Malangnya tak ada langsung channel yang menyiarkan cerita yang mampu memikat hati nurani aku. Jadi, aku akan pulangkan balik remote control ni kepada adik aku yang umurnya sebaya dengan kucing itu? Hell no. Malu la nak bagi balik. Jatuh standard aku. Dalam mimpi dia pun aku tak akan pulangkan remote tu.


Buli itu seronok jika anda yang pembulinya.

So untuk meng-cover kemaluan aku yang teramat besar ini. Aku buka la tv3. Ada drama melayu. Ya drama melayu. First time aku tengok drama melayu. Sebab aku tak tengok sebenarnya sampah-sampah seperti ini tersiar di tv. Buang masa aku sahaja Tapi nak buat macam mana. Terpaksa. Aku terpaksa melakukannya demi menutup kemaluan aku yang terdedah ini. Kotor betul fikiran anda semua.

Tetapi, ada satu persoalan yang betul-betul membuatkan aku tak berpuas hati. Ketika aku menonton drama Cinta Untuk Ain dan Suria Kasandra secara ala kadar, aku perasan sesuatu. Aku perasa yang pelakon Malaysia memang teruk. Memang tak rugi aku tak tengok selama ini. Dengan perempuan yang kegedikan melampau, lelaki yang bercakap umpama robot dan rumah terlebih besar, aku rasa kecewa.

Pernah tak anda semua terfikir, kebanyakkan watak gadis-gadis yang dipamirkan amatlah gedik. Termasuk make up yang teramatlah tebal. Dia ingat dia comel ke macam tu? Make up lah tebal mana pun muka anda yang berjerawat itu. Tak akan mampu mengalahkan kecomelan followers aku. Anda tentu bangga menjadi followers aku kan? Para follower lelaki, anda jangan nak perasan.

Pelakon lelaki pula aku lihat, punya la cover bila bercakap. Playboy tengah mengayat pun tak macam itu. Dah la bahasa skema mengalahkan bahasa aku. Dia fikir dia macho?

Rumah idaman manusia tipikal

Dan part terakhir. Part yang aku tak boleh terima. Rumah. Rumah yang ada di dalam drama tersebut mesti ada yang mengalahkan White House saiznya. Asal drama melayu je, rumah nak gempak-gempak. Penthouse, mansion, banglo bertingkat-tingkat bersama kolam renang. Kalau ada gadis-gadis berbikini yang bertenggek di tepi kolam tersebut tak apa la juga. Ini tidak. Hiasan semata-mata. Padahal dalam dunia sebenar, berapa sangat orang melayu yang mampu memiliki rumah bersaiz double White House tersebut? Dalam mimpi mereka pun tak mampu mungkin.

Cuba anda tonton series luar negara. Leverage, House MD, CSI, Chuck, Supernatural dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya hero dalam cerita tersebut tinggal didalam rumah yang normal. Gadis-gadisnya tak perlu bermake up yang boleh menenggelamkan jari bila dicucuk. Cukuplah dengan menanggalkan beberapa bahagian pakaian. Dan hero series terbabit pula tidak la perfect sangat. Kebanyakkan hero-nya semua yang berpakaian secara simple termasuk selekeh seperti House dan Leverage. Tetapi, ranking series seperti ini amatlah tinggi jika hendak dibandingkan dengan siri buatan Malaysia.

Oh satu lagi. Kebiasaan dalam drama melayu, orang baik adalah seorang yang miskin-miskin. Manakala, orang jahat, kaya. Then yang baik tu mesti bodoh dan yang jahat tu mesti pandai. Kan? Itu lah lumrah alam drama Malaysia. Sebab itu aku tak tonton drama buatan Malaysia.

Dan ya. Drama-drama tersebut memang membuat aku tension. Dan jangan risau, aku tidak melepaskan ketensionan itu ke adik aku. Entahlah. Seingat aku tidak. Tetapi aku masih ingat lagi dialog antara aku dan adik aku setelah aku menonton drama tersebut.

Adik aku pernah bertanya “Kenapa U slalu wat camnie kat I” (gedik)

Tanpa segan silunya aku menjawab “Sebab I ni kan abang. HAHA!”

Aku ada bagi tahu tak yang adik aku tu perempuan?

P/s : Semoga kau ada adik yang boleh engkau warisi pembulian ini.

Sabtu, 18 Julai 2009

UniKL Micet

Im back Honey

Aku dah nak blah ke UniKL Micet Melaka. Tiket dah beli tapi barang tak packing lagi. Dasar pemalas. Alat tulis pun aku tak ada lagi. Memang pemalas. Tak tahu la apa nak jadi dengan aku. Doa-doakanlah aku cepat berubah. Pemalas!

Aku dengar Micet dah merebak H1N1 atau Selesema Babi. Hampir 20 orang semuanya. Ni belum kira Sem 3 bukak. Aku jamin makin menaik kes ni. UiTM Lendu dah kena tutup akibat kes H1N1 ni. Micet bila pulak? Kalau aku jumpa orang yang kena H1N1, nak je aku ambil kertas tertera "I got H1N1. So back Off!" and tampal kat blakang mamat yang kena H1N1 tu. Tapi harap-harap la bukan aku orang yang kena.

Juga, aku dengar cerita banyak junior hot chicks kat Micet sekarang. Tapi tak penting pun bagi aku memandangkan aku tak handsome. Yang aku tahu, batch aku, para lelaki yang banyak handsome dan para perempuan tak hot. So tahun ini nampaknya dah berubah kot. Siapa yang duduk asrama tu, mudah la nak lepak2 kat cafe or kedai Pak Ya. Sambil lepak-lepak, boleh mengayat junior (sambil berkongsi virus). Comfirm market gila lah senior-senior yang duk dalam hostel. Tak handsome tapi muka bertempek kat kafe setiap hari pun lama-lama nampak handsome gak kan. Hidup ni memang tak adil.

Bukan ke perempuan sukakan lelaki gay? Haha!

Dan kalau aku lepak-lepak kat kafe nanti, jangan lah ada junior datang kat aku dan kata. "Oh, kau lah kan penulis blog tu kan.(Dengan nada kecewa)" Ouch!

Kalau junior jumpa aku, buat-buat tak kenal. Termasuk siapa-siapa yang gay. Oh, bagi gay juga, anda boleh berkenalan dengan Awang Awangan serta Zarif. Mereka jejaka Micet yang hot.

P/s : Gambar gay itu menggelikan? Korang yang tengok pun terasa geli. Aku yang letak ni lagi la rasa geli. Haha!

Jumaat, 10 Julai 2009

Kontroversi untuk Awards yang aku mahu wujudkan bagi kalangan gadis-gadis dan jejaka kacak.

Be Defferent, Only One
Aku ada dapat award. Terima kasih kerana sudi memberikan award tersebut kepada aku. Aku menghargainya. Sayangnya, aku tak nampak dimana penghargaan yang sebenarnya ada pada award tersebut.

Award tersebut cantik (khairul ni dapat award sikit da kecoh). Tetapi rata-rata award yang aku nampak hanyalah ditujukan kepada followers. Dan juga award-award tersebut di-passing2. Di foward-foward maksud aku. Kadang- kadang, apabila anda memberi award kepada aku, aku berasa bangga. Tetapi apabila aku melihat ada orang yang tak dikenali juga mendapat award yang sama, dari orang yang berlainan, aku rasa semacam. Mana perginya nilai penghargaan (award) tersebut?

Bayangkan. Dalam satu pertandingan, ada 50 peserta. Kesemua para peserta itu berghempas pulas untuk menang dan diakhir pertandingan, mereka semua mendapat hadiah yang sama. Termasuk lah pemenang sagu hati. Pasti tak rasa syok dan bangga kan? Itu lah point aku.

Be Defferent, Be Unique

Jangan salah faham.

Aku tulis ni bukan untuk menyakiti mana-mana pihak mengenai awards. Awards dan tags adalah permainan para gadis. Dan kebiasaan gadis yang suka bermain dengan benda ni adalah gadis-gadis comel. Dan aku sukakan gadis-gadis comel tersebut. Sebab diaorang comel. Kalau tak percaya, korang boleh la tengok kat list sebelah kanan belog aku ini. Mereka semua comel-comel. Aku tak pasti kalau ada lelaki dikalangan mereka. Jikalau ada, mereka pasti comel juga.

Tetapi, aku ada jumpa seorang gadis yang membuat awards sendiri dan menyatakan agar para followers dia yang menerima award tersebut tidak men-foward-kan award tersebut kepada orang lain. Well, dia ada kesedaran mengenai quality dan penghargaan mengenai award. Gadis comel tersebut adalah http://nottygirlz.blogspot.com(Ms Farah). Begitu juga dengan http://myhaengbok.blogspot.com(Ms Fiza) . Awek ni sudah berpunya. So aku tak patut cakap banyak-banyak. Tapi yang aku pasti, kesemua adik beradik dia comel-comel termasuk adik dia yang sorang ni http://zielala.blogspot.com( Ms Zie). Juga yang ni http://norhazrin.blogspot.com(Ms Aryn). Yang nie juga telah berpunya. Hey, kenapa gadis-gadis comel zaman sekarang semua sudah berpunya? Jangan salahkan aku kalau aku menjadi gay dan sia-siakan wajah umpama Zachary Quinto aku ini. Cheh. Kau diam Zarif.

Be Different, Special

So aku ada cadangan yang bernas untuk mengingkatkan kualiti penghargaan anda:
  • 1. Nyatakan kategori bagi award untuk followers anda. Kasi nampak lagi tinggi penghargaan.

  • 2. Buat award yang diciptakan oleh anda sendiri dan pastikan ada trademark anda agar ianya tidak difoward-fowardkan.

  • 3. Nyatakan nama orang yang layak mendapat award tersebut sebab dia memang layak. Dan, dia pasti rasa dihargai sangat-sangat jika nama dia tertera. Special gitu.
Defferent. ( dah tak de idea)

Kepada penggemar memberi awards, teruskan niat suci anda untuk menghargai para follower anda. Entri aku ni tak ada apa-apa sebenarnya. Just untuk memberitahu tinggi dan rendahnya nilai award tersebut.

Dah aku suka dapat award dari korang semua. Cuma, aku ketiadaan masa untuk postkannya di entri. Serta, anda semua memang comel. Aku mungkin nampak agak pervert. Jangan salahkan aku. Salahkan ke-comelan anda semua.

P/s: Aku akan try buat award sendiri. Special punya. Nanti aku kasi.

Khamis, 9 Julai 2009

Tag Adalah Permainan Gadis-gadis Yang Feminin. Ya.

Aku main rembat je.

Tag ni bukan orang kasi. Tapi aku amik. Aku ambil dari loveitucinta apa entah nama blog tu. Lupa dah.

Sebenarnya dah ramai orang kasi tapi satu pun aku tak ambil sebab kurang berminat. Tapi tag ni, rasa nak jawab je. Ya, tag ni memang permainan perempuan. Dan ini adalah satu-satunya tag yang aku akan buat. Selain ni, aku tak akan buat apa-apa lagi tag. Tak ada tapi-tapi.

You are not alone - Arwah MJ.

1. How old are you?

19 this Nov 4. But I wish that I am 25 inside.

2. Are you single?
Always.

3. At what age do you think you'll get married?

At 30. Girls always dream of a 30 years old hubby.

4. Do you think you'll marry the person you are with now?
Never. Couple too long will never long lasting in marriage. Something like that.

5. If not, who do you want to marry?
Olivia Wilde? She is always in my dreams.

5. What types of girl do you wish?
Shy-shy cat. Less talking. Not so social. Cute. Fair.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Eileen Boylan and Randy Orton?

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?

Modern. Me, pakai tuxedo. Perempuan pakai Jubah seluar. Sesuai mungkin. Tudung wajib. Aku suka gadis bertudung. Nak-nak tudung yang lilit liher longar sket then dipinkan kat bahu sebelah kiri. Sampai sekarang aku tak tahu apa nama style tudung tu.

Perfect and beautiful.

8. where do you plan to go on honeymoon?

Korea and Japan. Aku suka cerita Korea dan Jepun. Banyak koleksi.

9. How many guests do you think you'll invite?
Dunno. 400?

10. will that include your exes?

Nope.

11. how many layers of cake do you want?

Two. Maybe just one. We share everything in a layer. Layer of life.

12. when do you want to get married, morning or evening?
Night. Midnight perhaps.

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding..
I dont want to miss a thing - Aerosmith.
Halena - MCR

14. ur wedding colour theme?

Black and white.
Pink and black.

15. do you prefer fine dining or just normal?

Anyhing would do.

A cup of love.

16. champagne or red wine?
Rebull and Livita. My fav.
Hot nestlo the best.

17. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Right after nikah. Perkara baik tak elok di lambat-lambatkan. Dah halal kan.

18. money or household items?

Money. It rules.

19. How many kids would you like to have?

As less as I could. 10? 20?

20. will you record your honeymoon in DVD/CD?
No.

21. ur dream present fr0m ur future husband
A girl. Because Im not gay.

22. whose wedding plan would you like to know next

Nysa, Zarif, Wawa, Irah and Fahim. Pastikan pasangan kau perempuan, fahim.

Rabu, 8 Julai 2009

Cinta Pandang Pertama Tidak Wujud

=)

Kepenatan masih terasa. Aku tulis entri ni bukan untuk menceritakan tentang aktiviti overnight aku bersama kawan-kawan aku semalam termasuk aktiviti-aktiviti yang kami lakukan seperti melalok hampir 4 jam. Tak termasuk peristiwa Fahim melakukan drift di Bandar Melaka yang hampir melanggar kereta yang dipandu oleh Rashdan. Aku juga tak akan menceritakan tentang mereka ini yang menjadikan jalan raya di Bandar Melaka sebagai jalan bapak dia punya nak-nak pada pukul 4 pagi. Sebaliknya aku ingin bertanyakan korang semua akan cinta pandang pertama. Pendapat korang, dari pengalaman korang. Kerana bagi aku, kebanyakkan cinta pandang pertama hanyalah nafsu semata-mata. Mungkin hanya 25% barulah betul-betul cinta.

Bila menyebut perkataan cinta, bunyi agak jiwang. Ya. Aku tahu ia agak jiwang. Apa salahnya jadi jiwang seketika. Sekeras-keras lelaki akan lembut juga bila masuk bab perempuan. Dan jangan tersalah sangka akan perkataan ‘lembut’ tersebut yea.

Muka baik gila

Aku pernah tertonton cerita korea yang dilakonkan oleh Lee Ji hoon tak silap aku. Pelakon cute dan muka innocence ini memang mampu mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya termasuk lelaki. Dan aku rasa dia gay. Dia gay dengan Lee Dong Wook. Okay. Statement maut tu. Dan nampak sangat aku fitnah sebab aku jealous. Jejaka dua orang ni agak popular dikalangan para gadis-gadis yang sukakan cerita Korean seperti cerita Lovely Rivals, Hello Miss dan Wonderful World. Aku tak rasa para lelaki tahu pasal ni. Tapi kalau disebut Sora Aoi, pasti mereka tahu.

Didalam drama tersebut, kebanyakkan perjalanan hidup yang dicipta itu memang happy ending. Tapi tak semua orang akan mendapat happy ending dalam hidup dia. Hidup memang tak adil dan tak akan adil. Sebab itulah ia dipanggil kehidupan. Dalam kamus dewan edisi ke-3, page 1427, ‘kehidupan’ beramaksud perjanan ketika hidup yang sentiasa menantang keinginan kita.

There is too much beauty upon this earth for lonely men to bear of.

Dan kenapa aku cakap kebanyakkan cinta pandang pertama hanyalah nafsu semata-mata? Well, aku teringat lagi ketika aku tertonton drama Korea setiap hari pada pukul 8.30 malam dulu-dulu. Kebanyakkan percintaan bermula dari pergaduhan. Konon stylo la tu. (Atleast jauh lagi stylo dengan cerita merapu buatan Malaysia.)Dan ada ketikanya Si Lelaki akan jatuh cinta pandang pertama kat Si Gadis. Tapi yang pasti, Si Lelaki akan jatuh cinta pandang pertama kat gadis yang cantik sahaja. So aku tertanya-tanya. Dalam reality, ada ke lelaki yang jatuh cinta pandang pertama dengan gadis yang tak lawa? Tak lawa seperti muka berjerawat, gelap dan sebagainya.

Aku kurang pengalaman didalam percintaan. So sesiapa yang telah expert, feel free to speak yea.

P/S: 25% of them are ‘beauty is in the eye of beholder’-case. Could be.

Isnin, 6 Julai 2009

Deskriminasi - 3

Aku prasan satu fakta;

Perempuan suka melihat perempuan lain yang cantik. Lelaki lagi lah suka.

Perempuan suka melihat lelaki lain yang handsome. Lelaki suka ke?

Tak hairan lah blogger perempuan ada beratus-ratus dan beribu-ribu follower yang dah macam mespes dan fesbuk.

Kasi aku satu blogger perempuan yang tak lawa, tapi ada 500+ followers. Bukan blog business.

Kenapa tak ada orang komplen yang ejaan 'deskriminasi' aku ni salah?

Khamis, 2 Julai 2009

Famous Stereotypes [Update]


Streotypes tentang perkahwinan.


Its not this simple

"A man inserted an 'ad' in the classifieds: 'Wife wanted'. Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: 'You can have mine." - Anonymous

"When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her." - David Bissonette

"After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can't face each other, but still they stay together." - Sacha Guitry

"By all means marry. If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
" - Socrates

"Woman inspires us to great things, and prevents us from achieving them." - Anonymous


No freedom?

"The great question.... which I have not been able to answer... is, 'What does a woman wants?'" - Dumas

"I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me." - Sigmund Freud

"Some people ask the secret of our long marriage. We take time to go to a restaurant two times a week. A little candlelight, dinner, soft music and dancing. She goes Tuesdays, I go Fridays." - Anonymous

"There's a way of transferring funds that is even faster than electronic banking. It's called marriage. Divorce." - Sam Kinison

"I've had bad luck with both my wives. The first one left me, and the second one didn't." - James Holt McGavra

"Two secrets to keep your marriage brimming. First, whenever you're wrong, admit it. Second, whenever you're right, shut up." - Patrick Murra


This pic is here with no particular reason

"The most effective way to remember your wife's birthday is to forget it once." - Nash

"You know what I did before I married? Anything I wanted to." - Anonymous

"My wife and I were happy for twenty years Then we met." - Henny Youngman

"A good wife always forgives her husband when she's wrong." - Rodney Dangerfield

UPDATE;

Give up all hope of peace so long as your mother-in-law is alive. ~Juvenal,Satires

We were happily married for eight months. Unfortunately, we were married for four and a half years. ~Nick Faldo

Men never know how tired they are till their wives sit them down for a nice long talk. ~Mignon McLaughlin,
The Neurotic's Notebook, 1960

If I ever marry, it will be on a sudden impulse - as a man shoots himself. ~H.L. Mencken

My wife tells me she doesn't care what I do when I'm away, as long as I'm not enjoying it. ~Lee Trevino

"What's for dinner?" is the only question many husbands ask their wives, and the only one to which they care about the answer. ~Mignon McLaughlin,
The Second Neurotic's Notebook, 1966

Most marriages can survive "better or worse." The tester is all the years of "exactly the same." ~Robert Brault,

Hubert Humphrey talks so fast that listening to him is like trying to read Playboy magazine with your wife turning the pages. ~Barry Goldwater

People do not marry people, not real ones anyway; they marry what they think the person is; they marry illusions and images. The exciting adventure of marriage is finding out who the partner really is. ~James L. Framo, "Explorations in Marital & Family Therapy"

Men have a much better time of it than women. For one thing, they marry later; for another thing, they die earlier. ~H.L. Mencken

I came from a big family. As a matter of fact, I never got to sleep alone until I was married. ~Lewis Grizzard

Will you?

Getting divorced just because you don't love a man is almost as silly as getting married just because you do. ~Zsa Zsa Gabor

I've sometimes thought of marrying, and then I've thought again. ~Noel Coward, 1956

"I am" is reportedly the shortest sentence in the English language. Could it be that "I do" is the longest sentence? ~Author Unknown

Marriage is a lottery in which men stake their liberty and women their happiness. ~Virginie des Rieux,
Epigrams

Wedlock is a padlock. ~John Ray,
English Proverbs

The marriage of convenience has this to recommend it: we are better judges of convenience than we are of love. ~Mignon McLaughlin,
The Neurotic's Notebook, 1960

Marriage is like pleading guilty to an indefinite sentence. Without parole. ~John Mortimer,
The Trials of Rumpole

Marriage is like a bank account. You put it in, you take it out, you lose interest. ~Irwin Corey

If you want to sacrifice the admiration of many men for the criticism of one, go ahead, get married. ~Katharine Houghton Hepburn


Nice one, huh?

The total amount of undesired sex endured by women is probably greater in marriage than in prostitution. ~Bertrand Russell, Marriage and Morals

Marriage is a wonderful invention: then again, so is a bicycle repair kit. ~Billy Connolly

Marriage is good for those who are afraid to sleep alone at night. ~St. Jerome,
Attack on Jovinian

My mother once told me that if a married couple puts a penny in a pot for every time they make love in the first year, and takes a penny out every time after that, they'll never get all the pennies out of the pot. ~Armistead Maupin,
Tales of the City, 1978

The way to hold a husband is to keep him a little jealous; the way to lose him is to keep him a little more jealous. ~H.L. Mencken

Any married man should forget his mistakes - no use two people remembering the same thing. ~Duane Dewel

Men who have a pierced ear are better prepared for marriage - they've experienced pain and bought jewelry. ~Rita Rudner

A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband. ~Michel de Montaigne,
Essays

Getting married is a lot like getting into a tub of hot water. After you get used to it, it ain't so hot. ~Minnie Pearl

Love is grand; divorce a hundred grand. ~Author Unknown

It is easier to be a lover than a husband for the simple reason that it is more difficult to be witty every day than to say pretty things from time to time. ~Balzac,
Physiologie du mariage, 1829

A single man has not nearly the value he would have in a state of union. He is an incomplete animal. He resembles the odd half of a pair of scissors. ~Benjamin Franklin

The surest way to be alone is to get married. ~Gloria Steinem

When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible. ~Nora Ephron,
When Harry Met Sally

It's a funny thing that when a man hasn't anything on earth to worry about, he goes off and gets married. ~Robert Frost

I never even believed in divorce until after I got married. ~Diane Ford

Someone once asked me why women don't gamble as much as men do, and I gave the common-sensical reply that we don't have as much money. That was a true but incomplete answer. In fact, women's total instinct for gambling is satisfied by marriage. ~Gloria Steinem

If you want to read about love and marriage, you've got to buy two separate books. ~Alan King

They dream in courtship, but in wedlock wake. ~Alexander Pope,
The Wife of Bath, 1713

Marriage is like a phone call in the night: first the ring, and then you wake up. ~Evelyn Hendrickson

Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock of your dream. ~Author Unknown

If you are afraid of loneliness, don't marry. ~Anton Chekov

The Wedding March always reminds me of the music played when soldiers go into battle. ~Heinrich Heine

The trouble with some women is that they get all excited about nothing - and then marry him. ~Cher

If you haven't seen your wife smile at a traffic cop, you haven't seen her smile her prettiest. ~Kin Hubbard

Is not marriage an open question, when it is alleged, from the beginning of the world, that such as are in the institution wish to get out, and such as are out wish to get in? ~Ralph Waldo Emerson,
Representative Men, 1850

When a man opens the car door for his wife, it's either a new car or a new wife. ~Prince Philip

You should never kiss a girl unless you have enough bucks to buy her a big ring and her own VCR, 'cause she'll want to have videos of the wedding. ~Jim, age 10

It gives me a headache to think about that stuff. I'm just a kid. I don't need that kind of trouble. ~Kenny, age 7, when asked if it's better to be single or married

Marriage is a bribe to make the housekeeper think she's a householder. ~Thornton Wilder

No married man is genuinely happy if he has to drink worse whisky than he used to drink when he was single. ~H.L. Mencken

Marriage, a market which has nothing free but the entrance. ~Michel de Montaigne

I'd marry again if I found a man who had fifteen million dollars and would sign over half of it to me before the marriage, and guarantee he'd be dead within the year. ~Bette Davis

Men should keep their eyes wide open before marriage, and half-shut afterwards. ~Madeleine de Scudery



Beautiful~

Politics doesn't make strange bedfellows, marriage does. ~Groucho Marx

Why does a woman work ten years to change a man's habits and then complain that he's not the man she married? ~Barbra Streisand

No man is regular in his attendance at the House of Commons until he is married. ~Benjamin Disraeli

He's the kind of man a woman would have to marry to get rid of. ~Mae West

The concept of two people living together for 25 years without a serious dispute suggests a lack of spirit only to be admired in sheep. ~A.P. Herbert

Never get married in college; it's hard to get a start if a prospective employer finds you've already made one mistake. ~Elbert Hubbard

You will never-ever understand women. Its way too complicated. - Mr. R

Aina is a half part of a body. Firdaus is the rest. - Rmualdo yuer



OMG. Khairul bercakap pasal kahwin. What the hell?