Isnin, 4 Januari 2010

Softwares yang Perlu Ada Dalam Laptop/notebook/desktop Anda.

Latest Update : 14 May 2010
Assalamualaikum.

Part 2 is HERE

Tahun baru. Dunia baru. Jadi, mari kita pastikan yang laptop kita berada di tahap yang paling okay untuk kesejahteraan bersama. Jadi, delete semua software anda yang di tahun 2009. Itu semua sampah. Itu semua dah jadi sejarah silam anda. Yang lalu biarkan ia berlalu. Dan tiba lah masanya untuk kita move on dan lupakan sejarah gelap kita. Kita hanya manusia. Tak mampu melawan takdir yang di tetapkan di Luh manfuz. Haha!

Di sini, aku akan nyatakan 12 software yang patut ada dalam laptop anda. Dan semuanya adalah free*.


I did not own any of this product. The download links are indexed from other websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.

1. Mp3 Player –iTune

Senarai lagu fav aku di iTune

Download iTune Free Product 

Kenapa aku syorkan iTune dan bukan Winamp atau Windows Media Player? Sebabnya mudah je kerana iTune lagi gempak. Jauh lagi gempak dari mana-mana music/audio/mp3 player.

Di iTune, anda boleh play lagu based on rating anda, rank, most played, shuffled dan sebagainya. Kelebihan lain yang mungkin tak ada kat player lain adalah iTune ni ada PodCaster dan radio tune. Maksudnya online radio. Dan yang bestnya, radio-radio ni di susun mengikut genre. Maksudnya kalau anda sukakan lagu genre Country (Taylor Swift, Clair Walker etc), anda boleh pilih streaming di bahagian genre Country dan iTunes akan memaparkan semua online streaming yang berkonsepkan Country. Semuanya di dalam iTunes dan bukannya di web browser.

Dan yang paling aku suka, iTunes ni ada Party Shuffled. Kalau anda pendengar lagu yang tegar, mesti bosankan kalau asyik dengar lagu sama berulang-ulang. Then kalau nak susun balik lagu setiap kali nak dengar lagu mesti agak cerewet. So, Party Shuffled lah yang anda perlu. Aku malas nak cakap banyak. Korang bukan faham sangat pun. Download sendiri kalau nak rasai kehebatannya. =)

2. Utility – CCleaner

 CCleaner

Download CCleaner Free product

Hari ni anda beli lappy baru. Baru 6 bulan lappy anda dah lembab macam anda. Why? Well, semuanya di sebabkan anda tak maintenance lappy anda. Lappy ni umpama diri anda. Bayangkan kalau anda hari-hari main bola. Tapi tak pernah mandi. Apa jadi? Daki. God. Zzz So bila daki-daki tu berkumpul penuh badan anda so anda akan jadi penuh dengan daki okay aku tak pandai buat perumpamaan tapi memang macam tu la perumpamaan dia.

CCleaner ni kiranya dia akan cuci semua sampah-sarap anda. Dia bukan delete files yang anda tak guna tapi benda-benda sampinya ceperti cookie dan history. Hal-hal registry pun dia akan settle kan. Pernah sekali CClearner save up aku punya disk hampir 10Gb. Tu masa pertama kali aku guna CCleaner kat desktop penjabat ayah aku.

Benda ni wajib ada. Dan gunakan benda ni satu bulan sekali bersama Disk Defregmenter (Dah sedia ada kat Windows)

3. Internet Download Manager v 5.18 Final.


 IDM aku

Download Internet Download Manager v5.18 (IDM) + Patch/keygen/crack

Ini adalah kekasih aku. Dari dulu sampai sekarang aku memang setia dengan benda ni. See? Aku lelaki setia.

Aku suka IDM sebab ianya perisian yang amat mudah dan integrated with the most web browsers seperti Firefox, IE, Safari, Opera dan Chrome. So kalau anda klik je download link, IDM akan auto matik ambil alih dan kelajuan dia boleh cecah 3 kali ganda dari download secara biasa.

Dan, anda boleh download video dari streaming seperti di YouTube, Metacafe dan R*tube hanya dengan satu klik. Mudah kan.

Tetapi ramai yang mempertikaikan perisian IDM berbanding Free Download Manager sebab FDM adalah free dan IDM tidak. Tapi cuba fikir balik. Ada ke benda free lagi bagus dari benda yang berbayar? Pulak tu IDM sekarang ni nak kasi full version tanpa perlu bayar mudah sangat. Key dan patch IDM dah berlambak di dunia maya. Tunggu anda buang sikap malas anda untuk download je.

4. Web browser – Firefox
Download Mozzila FireFox

Perluke aku terangkan lagi tentang the most famous web browser ni? Jangan cakap korang masih guna Internet Explorer, losers.


5. Utility - Tune Up Utilities 2010

TUU2009
 
Download Tune Up Utilities 2010 v9.0.3 + Crack/Keygen

Tune Up Utilities ni merangkumi semua aspek. Korang boleh suruh TUU settle kan registry korang yang bermasalah, boleh suruh kasi recommendation, Repair Disk, Disk Def, increase performance, setting untuk kasi lappy anda laju masa start up dan macam-macam lagi termasuk untuk mencantikkan lappy anda. Kiranya perisian ini semuanya perfect untuk pastikan lappy anda setiasa sihat hendaknya.

6. Chat - Yahoo Messenger 10

YM di gunakan secara meluas untuk berkongsi ilmu.

Download YM10
Download Yahoo Messenger Portable 9 (Ini adalah executable portable. Ia mungkin akan di detect sebagai virus bagi pengguna AntiVirus Avast)

Tak tahu apa tu Yahoo Messenger? Oh God! Berapa tahun kau dah hidup? Atau hilang ingatan umpama Emran dan Rado? Kenapa Balqis dan Intan banyak sangat dugaan?

This is must download tool.

7. Torrent/p2p - Lime wire Pro 5
Download LimeWire Pro 5 Cracked

Open source ware yang amat best untuk download lagu. Hampir setiap minggu akan aku lepak kat Billboard, hitz fm dan Mtv Chart untuk cari lagu-lagu baru yang take forever nak sampai kat Malaysia. Dan lime wire bukan untuk download lagu je. Korang boleh guna untuk download files, video, application dan sebagainya menggunakan konsep p2p iaitu peer to peer atau bahasa comelnya sharing is caring. Kiranya kalau anda download lagu, kelajuan internet anda agak tak terusik sebab files di download dari users yang dah download files/lagu tersebut. Jadi kalau nak download laju, download files/lagu yang ada user paling ramai yang beratus-ratus .

Amat-amat berguna bagi peminat lagu English luar negara.

8. K-lite codec pack & GOM player.

Jason De Rulo

Download K Lite Codec 5 Full 
Download GOM Player

Apa itu K Lite Codec? K lite ni adalah untuk membolehkan anda menonton video di laptop dan dengan kualiti yang tinggi. Andai kata anda tak ada apa-apa codec di dalam laptop, anda akan hadapi masalah seperti video tak bergerak, audio ada tapi gambar tak ada atau video jalan tapi tak ada suara atau sebagainya. So K-Like Codec ni kiranya basic yang memang basic untuk anda layan video dengan tenang. Benda ni ‘integrated’ dengan semua video player.

Dan GOM player adalah video player yang aku rasa paling friendly. Nak edit substitle pun boleh ye la mana tau kot-kot korang punya English tak boleh pick up. Tapi aku kalau tengok video English mesti ada subtitles sebab kalau tak, mesti tak boleh catch up nak-nak kalau bab guna ayat slang yang sindiran dan peribahasa. Contohnya cerita House dan Chuck yang ada slang. Tapi kalau video yang tak ada dialog yang korang selalu tengok sorang-sorang dalam bilik berkunci tu, tak perlu subtitles pun tak apa.

9. Acdsee Pro 3 (full version)

Koleksi gambar-gambar aku. (ACDSee 2.5)

Download ACDSee Pro 3 Final + Keygen
Aku dah lama stick dengan ACDsee. ACDSee adalah software graphic yang memboleh kan anda edit (resize, repair, rotate, tambah efek, letak trademark, noise, sharpness, text, etc), tag, manage gambar, komen, red eyes dan apa-apa je yang mudah dan tak serumit Photoshop. Juga terdapat 40+ efek yang boleh di apply terhadap gambar.

Boleh handle hampir semua jenis gambar. Amat-amat friendly use.

Harga pasaran adalah USD 195. Tapi di sini hanya free. LOL. $195x Rm3.5+ = Perh.

10. Win RAR / WIN Zip.

 Win RAR

Download WinRar 3.90 Pro + Keygen / Patch

Apa itu win rar? Apa itu winzip?

Perisian ni perlu untuk membuka folder .zip dan .rar. Kalau tak, memang tak boleh nak view .rar dan .zip.

Kebiasaanya files akan di compresskan kedalam satu folder menggunakan software di atas. Dan biasanya orang buat macam ni samaada untuk upload ke file hosting atau transfer. Sebab bila sesebuah files di compresskan kepada .zip atau .rar, files tu akan susah nak corrupted(rosak) lebih lebih lagi kalau files tu bersaiz besar dan di splitkan menngunakan HJsplit. Serta files .zip/.rar lebih selamat kerana boleh di secure kan dengan password yang kita pilih.

Files-files yang biasanya di compresskan ke .zip dan .rar adalah video, upgrading files, patch (bagi mengelakkan Anti Virus delete patch kerana tersalah anggap ‘patch’ sebagai virus), bulk files dan sebagainya.

11. Folder Guard
Private the folder

Download Folder Guard 8.1+ Keygen / Patch

Di manakan privacy anda kalau bukan di sini? Folder Guard ni adalah tempat anda simpan semua benda yang rahsia. Anda boleh lock mana-mana folder hanya dengan beberapa klik. Ianya amat user friendly dan teratur. Tapi kalau anda perlukan vault yang betul-betul tebal, anda perlukan Folder Lock. Memang jamin selamat. Cuma, aku tak suka folder lock sebab welcome page dia ada gambar kunci dan manga. Gila buruk. Dah la design over nak mampus. Setiap kali nak buka folder yang kita lock, kita akan nampak kunci buruk dan bunyik ketak ketak tanda manga sedang di buka. WTF.

12. Anti Virus – BitDefender Total Security 2010 v13 (full version)
BitDefender Total (Internet security + Antivirus) 2010


[Update Direct Download Link]Download 32Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
[Update Direct Download Link]Download 64Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
Or you can download from official website (google it)
Then apply its patch to make it full version for FREE. Can update daily.
Download the PATCH

Kenapa BitDefender dan bukan Kaspersky? Kenapa bukan Avast? Kenapa bukan Avg? MCAfee? Nod32? Kenapa?

Segalanya mudah je. Avg adalah tak berguna. Avast, design dia terlalu over. McAfee gila entah apa-apa dan Nod32 is not bad tapi aku lagi prefer BitDefender. Dan Kaspersky? Aku tak suka Kaspasky kerana bunyinya gila buruk. Bunyi kuda. Bayangkan setiap kali ada virus ada bunyi kuda gila mengaum memang annoying. Aku nak setting bunyi lain pun memang tak ada mood dah.

Dan bagai mana pula dengan performance BitDefender? Well, aku kasi 9.5/10. Update hampir setiap hari, significant hampir semua virus, friendly use, smart design, ease and etc. Di sertai dengan Firewall, Antispam, Anti virus, Parent control, Backup, Encryption, TuneUp dan Network Management. Siap ada Game mode lagi. So kiranya kalau anda main game online, firewall Bitdefender akan resetting agar game anda tak lagging. Tak kurang juga IM encryption. Contohnya korang YM dengan awek, BitDef akan encrypt setiap perbualan anda. So memang agak selamat dari malware atau adware serta spam.

The design.

Mesti korang tertanya-tanya “Dah kalau BitDef bagus, kenapa ramai guna Kaspersky?” Sebabnya aku pun tak tahu. Yang aku tahu, virus ‘application’ dari laptop Zacky dah menjahanamkan laptop kawan aku yang menggunakan Kaspersky dan virus yang hampir sama dah rosakkan laptop abang aku yang guna Avast. Tapi bila masuk je ke laptop aku, terus BitDef delete. Ini bermaksud, ada anti virus boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi tak bermaksud dia boleh detect virus M,N, O,P dan Q. Dan Antivirus yang tak boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi boleh bunuh virus M,N,O,P dan Q. Dan BitDef boleh delete semua virus yang ada didalam handphone. Tested by me.

Bit defender tak pernah mengecewakan aku. Hariz juga sependapat mungkin. Aku dah install BitDefender kat dia punya laptop ketika awal sem dua dan dia tak pernah complain.

*******

Kenapa patch/crack kadang-kala di detect sebagai virus? Kerana patch dan crack sememangnya virus tetapi ianya bukan untuk mendatangkan damage terhadap laptop anda. Fungsinya adalah untuk hack software yang trial version menjadi full version dengan arahan kita. Macam antidote atau apa-apa drug la yang bahaya tetapi di gunakan untuk mengubati kita.

Semua software yang aku nyatakan di bawah boleh digunakan secara full version walaupun anda sepatutnya bayar untuk mendapatkan yang full version punya software.

Di dalam setiap folder yang anda download, telah sertakan crack/patch/key. Fungsi crack/patch adalah untuk hack software yang trial menjadi full version (permanent) dengan free. Jadi pastikan anda turn off anda punya antivirus terlebih dahulu kasi antivirus tak detect crack/patch sebagai virus. Jangan risau link/software yang aku nyatakan 100% selamat dan tak mengandungi virus.

Part 2 is HERE 

I did not own any of these products. The download links are indexed from another websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.

Sabtu, 2 Januari 2010

Benda Yang Aku Anti Gila kat Facebook

Assalamualaikum


Aku ambil masa yang agak sama berfikir samaada 
hendak klik "comment" atau tidak.

Aku anti gila program-program affilate yang seperti program cepat kaya.

Aku lebih percayakan MLM berbanding benda ni kerana ayah aku pernah sertai MLM dan hasilnya not so bad tetapi mesti kerja keras. Bila aku cakap mesti kerja keras, maksudnya memang kerja keras. Dan bukannya hanya contact di YM dan tak berjumpa face to face langsung.

Dah tu, dia punya iklan punya la over sampai setiap baris mesti nak kena ada tanda seru banyak-banyak (!!!!). Anti betul aku baca risalah yang banyak tanda seru. Nampak sangat menipu.

Dan bab yang tersangat menipunya adalah... satu hari boleh dapat Rm2-3k. Wekk. Wekk. Siap tunjuk cek and transaction lagi.Then bila tanya berapa modal, si pemilik akan jawab paling tinggi pun Rm 500. Duhhh. Betul la sangat.

Korang pergi la kat mana-mana program affilate ni dan tengok. Yang kasi testimoni semuanya orang melayu. Zzzz.

Life is not that easy guys. Don't believe that such things. Please.

Comment Here

Jumaat, 1 Januari 2010

Benda-benda Yang Gua Nak Cakap Untuk Tahun 2010


 Hello 2010.

Assalamualaikum.

Ini entri emo. So sila baca dengan sayu dan penuh emosi.

Baru

First of all, gua nak ucap Selamat Tahun Baru. Tahun baru, azam baru, diri baru, baju baru, kelas baru. Baru cool.

Tetapi, awek mesti tetap yang lama tak boleh baru-baru. Kita lelaki, adalah makhluk mulia yang setia. Hmm. Mesti lu orang pelik kan kenapa gua tiba-tiba tak galakkan lelaki pasang ramai seperti biasa. Well, gua ni baik sebenarnya. Tetapi, lelaki telah di kurniakan dengan sifat penyayang yang terlebih. So, jangan salahkan mereka juga seorang gadis tak cukup untuk mereka beri kasih sayang. Lu orang patut bersyukur para lelaki tak discard korang.

Maaf

Benda pertama yang penting, tentu sekali lah meminta maaf. First sekali gua nak mintak maaf kat stesen Tv yang invite gua jadi penyampai duli-duli. Gua ingat nak pergi tapi bila teringatkan tangungjawab menemani adik gua menonton cerita Boys over Flower, tak jadi lah gua pergi. Gua just nak teman kan okay. Tak berminat pun kat cerita-cerita jiwang tu.

Gua nak mintak maaf kat Ain the Singa sebab selalu panggil dia Ain the Singa dan juga sebab suka buat dia marah. Gua juga nak mintak maaf Nisa sebab juga selalu buat dia marah.Gua juga lagi nak mintak maaf kat Wana sebab juga suka buat dia marah dan kata dia budak kecik. Biasalah, 10%. Dan juga Fae yang selalu buat dia marah juga. Gua sekarang ada dah ada ‘power’ nak ugut dia. Dan juga kat Saffa sebab masih belum kasi duit baju serta selalu buat dia marah kat YM dan juga kat Anisza yang hampir setiap hari kena perli dengan gua. Dia lah satu-satunya yang tak pernah marah, lagi. Heh. Tak lama tu. Gua juga nak mintak maaf kat Nafiza sebab selalu cakap dia pendek. Tak lupa juga kat Effa yang bajet hot yang gua selalu selalu cakap yang dia bajet hot. Effa ni kawan gua dari sekolah menengah yang juga satu UniKL. Dia dan gua satu kelas dulu. Emo ah teringatkan zaman-zaman sekolah dulu.

Ya. Perempuan sahaja. Sebab perempuan adalah gedik mudah terasa. Lelaki, jangan nak mengada.

Malaysia dan Drama Korea


 Cerita gay

Gua mark adik gua sebagai sebagai pembawa masalah. Awal-awal tadi dia ‘chup’ remote control Astro betul-betul selepas abis citer lelaki lembut Boys Over Flowers. Citer BOF tu pun dia yang ‘chup’. What? F4? Flower 4? What the hell is that? Lelaki pencinta bunga? Mat bunga? Gua memang tak boleh tahan ah dengan cerita tu. Dah la Jan Di tu gila tak lawa. Jung Pyo pula bajet hensem. Rambut pulak pusing-pusing. Dan part paling gua tak faham, apahal ramai sangat yang suka kat Jan Di yang tak lawa tu. Gua rasa kawan Jan Di tu jauh lagi lawa. Mulut kecil je. Sweet, ayu, lemah lembut, manis. Perh semua lah. Ya. Gadis macam tu ada kat Korea je. Gadis melayu.. erm..

Buat malu kat tepi jalan.

Masa balik cuti sem hari tu, gua drive berdua balik Kuantan bersama Maya. Masa balik tu gua tersesat masuk ke dalam Muazam Shah. Tapi bandar Muazam Shah gila la cun. Tempat dia permai je. Gua harap kalau gua kawin nanti, gua nak tinggal sana. Well gua bukan nak bercerita pasal Muazam Shah. Gua nak bercerita pasal phenomena yang memalukan.

Otw masa nak masuk Muazam tu, gua ada nampak lori telur terbalik. Lori, bawak telur dan terbalik. Kira lori tu membawa telur dan terbalik lah. So bila lori, dia bawak telur, dan telurnya terbalik, apa yang jadi? Jadi lah sesuatu yang memalukan iaitu semua pakat turun dari kete dan pegi mengutip telur. Ya amat tak tahan. Gua tengok penuh kereta kat tepi jalan sebab nak kutip telur. Then gua nampak ada makcik-makcik berlari-lari bawak plastic nak pi kutip telur. Dah tu ada juga gua tengok ada sorang abang abis basah dengan telur sebab bergeluman dalam telur pecah semata-mata nak cari telur yang tak pecah. Sampai macam tu sekali desperate nak kutip telur. Bukan dia sorang sebab gua tengok amat ramai orang berhenti kiri kanan jalan semata-mata nak kutip telur. Persoalannya, pemilik telur tu kasi ke tak? Bayangkan berapa banyak pemandu lori tu rugi bila lori dia terbalik. Nak baiki lori lagi. Nak ganti telur lagi. Tapi ada siapa kisah? Ada, iaitu makcik makcik pecinta telur yang main kutip je telur tanpa kebenaran.

Gua harap, benda ni dah tak ada tahun 2010.

Hentikan program Raja Badut

Program yang gua paling anti kat Malaysia adalah program Raja Badut. Celebriti yang paling gua anti adalah Nabil Si Raja Badut. Tak terkecuali juga Saiful Apek. Gua tertanya-tanya, tak boleh ke pelawak kat Malaysia jadi pelawak yang ada standard umpama actor dalam sitcom My Wife and Kids atau Melcom in The Middle. Kalau nak teruk pun, jadi la macam sitcom According to Jim atau Two and a Half Man atau F.r.i.e.n.d. Tak pun kalau nak buat cerita yang merapu sangat pun, buat lah umpama The Nanny. Tak kurang juga lawak dengan buat bunyi kambing. Lawak dengan buat mimik muka dan bunyi-bunyi hanyalah untuk badut dan amat tak sesuai zaman sekarang. Kalau zaman P Ramlee dan Mr Bean mungkin boleh lagi. Tapi kalau zaman sekarang memang tak ah.

Berhenti percaya pada bomoh.

Lu, apasal suka sangat percaya pada bomoh dan perubatan tradisional? Contoh bomoh yang gua tak tahan adalah perubatan cakra alam. Memang sengal lah kalau ada yang percaya benda benda macam tu. Cuma gua nak cakap, lu sakit, lu pergi jumpa bomoh, lu akan dapat lagi banyak penyakit. STD. Dah buat pap smear atau belum?

Lagi-lagi tak faham bila ada perempuan yang merelakan si bomoh buat ikut suka. 

Tahun depan, jangan lah melanggan bomoh. Melainkan, korang kena santek. Tapi pastikan bomoh tu betul-betul guna cara Islam.

Persepsi yang tak berubah-ubah.

Gua harap dunia seni Malaysia berubah. Kalau boleh jangan la lagi asyik buat cerita sedih. Dah tu, orang baik tentunya miskin dan orang jahat tentunya pandai dan kaya. Juga gua harap jangan lah di jadikan cerita melayu hampir sama seperti cerita indon. Kalau lu orang minat benda-benda yang boleh buat leleh air mata, tengok la citer indon dan baca lah novel keluaran Alaf 21. Gua dah anti novel Alaf 21 sebab cerita dia banyak yang sedih-sedih. Tak boleh ke happy sikit dari start hingga ending? Ana Muslim? Dear Yayah? Lagi tak ah. Tu cerita under 10%.
 



 Happy 2010 to Gadisku.

Btw, gua terlayan cerita Cinta Balqis yang kat Tv3 pukul 6.30 petang. Gua teringat kat Marlisa. Agak kesian ah kat dia kalau dia tahu yang Emran tu sebenarnya suami Balqis. Well, nak buat macam mana, itu mungkin balasannya merampas laki Abby Abadi dulu. Tapi gua tetap sokong Marlisa. Gua harap dia happy dengan Norman Hakim.

Ramai cakap “Norman tu teruk sebab dah ada isteri yang cun seperi Abby tetapi still nak cari awek yang lagi muda.”

Well, gua cuma boleh cakap “N is not to be blamed. He is just being a man

XOXO
Gossipboy.

Apahal lu orang gelak gua kasi salam?

Comment Here

Khamis, 31 Disember 2009

Memang Ada yang Nak Kena Sepak.

Dari saat aku di lahirkan, aku sudah mula merantau ke seluruh alam. Ceh.

Tak tak. Aku cuma nak cakap. Aku terkejut gila bila ada orang yang berpendapat yang pegang babi itu haram.

Ingat lagi tak gambar ni? (Gambar ni pernah femes dulu)

Aku buat la search pasal awek melayu Islam yang pakai tudung yang peluk babi tu yang dan aku jumpa banyak forum. Dan dalam forum-forum tu, aku tengok ramai gila orang yang hentam awek tu. Tak kurang yang maki-maki cakap yang awek pakai tudung tapi tak pakai akal just di sebabkan 'haram' memegang babi. Oh shit. Pegang babi tak haram doe. Pegang kulit awek cun + cute yang bukan muhrim baru lah haram.

Then bila kau baca kat forum ada sorang mamat gila bajet ustaz maki-maki kat gambar awek tu then cakap pegang babi tu haram, memang terasa lah sadisnya. Tak kurang juga kesian kat awek dalam gambar tu yang jadi femes dengan kritikan.

Pernah di sebabkan isu yang sama, aku bergaduh dengan seorang mamat. Dia cakap awek tu blah-blah. Aku punya la backup then dia cakap aku ni kapir. Wtf? Biasalah. Orang melayu yang ada belajar agama sikit memang berlagak. Kebanyakkannya tahu nak cari kesalahan orang semata-mata. Orang yang tinggi agama tak akan berlagak. Dia akan low profile.

Tujuan aku tulis entri ni sebab aku agak terkejut la bila ramai yang berpendapat pegang babi tu haram. So betulkan persepsi anda.

Soalan yang aku tanya hukum pegang babi di entri sebelum ni, still ada yang cakap haram. Tapi aku tak approve sebab nanti mesti terasa. See? Aku memang baik.

Okay sorry sebab post dua entri yang sambil lewa. Entri ni tak dalam planning.

Aku Ada 'Trivia' untuk Korang

Atas perkara yang berlaku beberapa minit tadi, aku nak tanya satu soalan yang amat-amat mudah. Memang mudah gila ah. Mudah tapi aku perasan yang ramai gila telah jawab dengan salah secara tak langsung.

Soalannya;
Apa hukum pegang babi dan anjing menurut Islam?

Kalau ada yang jawab haram, memang aku suruh En. Hakim sepak.

Recent


Selasa, 29 Disember 2009

Aku Bukan Gay.


Komen dari entri ni.


Agak lama lah sudah sejak orang tak kaitkan aku dengan perkataan 'gay'. Tapi aku faham bukan salah mereka yang aku di label sebagai gay. Sebab masa dulu-dulu, blog aku bernama The Other Khairul & His Gay-ness dan kemudia di tukar kepada The Other Khairul Without His Gay-ness. Dan tak kurang juga entri-entri gay yang aku kemukakan.

Yang penyebab besar aku dikatakan gay adalah sebab cara aku kritik para gadis. Well, korang patut test kritik para gadis. Fun. Ya its fun!. Korang patut cuba.

So, di sini, aku nak kata yang aku bukan gay. Jadi, gay-gay sekalian, please jangan add YM aku. Di YM nama Roe/Rose tapi bila aku try search kat Facebook terpampang gambar lelaki yang tak seberapa nak berbaju. Okay mungkin dia sememangnya perempuan tetapi letak gambar lelaki sebab minat kat lelaki tak berbaju kot. Tapi apasal kat atas nama under FaceBook bernama Rosham? Tak faham tak faham.

Sesiapa nak ada comment form yang boleh direply di bawah atau yang macam Wordpress punya, boleh klik sini

P.s : Okay nak belajar pasal setting a website, cascading codes dan macam-macam lagi...

Ahad, 27 Disember 2009

Aku Cuma Nak Bagi Tau 17 : Lelaki Sentiasa Loser.




Lelaki sentiasa loser.

Lelaki, bergaduh/bertumbuk dengan perempuan.
"Kau bergaduh dengan perempuan? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun nak bergaduh.

Lelaki bergaduh/bertumbuk dengan perempuan dan menang.
"Kau tumbuk perempuan sampai pengsan? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun nak bertumbuk."

Lelaki bergaduh/bertumbuk dengan perempuan dan kalah.
"Kau bertumbuk dengan perempuan tetapi kalah? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun boleh kalah."

Memang tak adil ah


Comment Here

Jumaat, 25 Disember 2009

6 Jenis Boy yang Aku akan Jadi Jika Aku Seorang Perokok.


Cute girl

Aku tak tahu kenapa. Tetapi aku tak merokok. Tak boleh masuk ah rokok tu dalam mulut aku. Hisap je, terkeluar. Hisap je terkeluar.

95% dari kawan-kawan lelaki aku adalah perokok yang tegar. Satu kotak rokok untuk dua hari. Mungkin lebih dan mungkin kurang. Tak ada siapa kisah. Tak ada siapa peduli. Melainkan Pak Cik Hati Kering di Restoran Umi yang telan 4 batang rokok orang lain sekali gus dengan rasa gumbira.


I love Christmas light


Tapi aku terfikir lah kan. Agak-agaknya, apa yang akan berlaku kalau aku ni adalah seorang perokok? Aku tak pasti apa yang akan berlaku, tapi aku boleh ramal.

Jenis-jenis lelaki yang...


1. Ramai awek.


 Hot sampai berasap


Ratio lelaki merokok dan tak merokok, mana yang ada banyak awek? Agak bosan lah juga aku dengar ayat dari para gadis “Benci kat lelaki merokok”. Cakap je lebih, balik-balik suka kat lelaki yang merokok juga. Ye lah kalau dah suka tu, merokok atau tak, tak jadi isu. Kalau jadi isu pun mungkin sebab perempuan tu jealous yang lelaki tu guna banyak duit tuk beli rokok dari guna untuk awek. Perempuan dan duit tak boleh dipisahkan. Macam aku biasa cakap, umpama nama tengah bagi mereka. Dan juga, cinta tak kenal umur, pangkat atau warna kulit. Yang penting duit.


2. Lebih macho.

Duduk bertenggek atas tangga. Keluarkan sebatang rokok. Angkat tangan kasi sign kat member nak pinjam lighter. Bakar. Hisap. Sedut. Telan. Feel. Hembus. Dan senyum. Nikmat lah katakan. Tos-tos habuk ke tepi sambil berborak. Then bila ada awek lalu je, senyum dengan bibir belah kanan sikit tinggi sambil naikkan kening; Bersama dagu yang berkumis matang. Misai dipotong halus, memang menonjol ah kelakian maskulen yang tulen serta menggoda. Sayangnya sekali aku masih belum ada janggut.



3. Lelaki yang hidup penuh dengan cabaran.

Ingat senang ke nak hidup sebagai perokok? Kalau kat sekolah, main kejar-kejar dengan cikgu disiplin. Kalau kat kolej, kena kejar dengan Abang Bob. Kalau kat rumah, kena kejar dengar ayah, Kalau kat shopping complex kena kejar dengan Health Official. Kira memang jadi pelarian ah.

Then bila masa hujung bulan, paru-paru mesti buat hal mintak di isi dengan asap rokok. Dah pulak tu hujung bulan, duit tak ada. Camna nak beli rokok? Nak buat apa? Hisap rokok murah League? Rokok daun?

Then masa dah kahwin, si isteri pulak gedik tak kasi merokok. Kalau bab tak kasi merokok mesti kes Queen Control. Memang tak lelaki lah suami dia takut kat isteri.


4. Ramai kawan, cable lagi banyak.


Nice Christmas lighting

Kalau lelaki baik, peramah, sejati, tulen, penyegan dan pemalu macam aku, memang susah nak cari kawan. Nak cari awek apa tah lagi. Tapi kalau dah perokok, memang tak ada hal lah. Bayangkan kalau hari pertama kat kolej. Jumpa member baru, mesti tanya duduk mana, SPM berapa and so on. Tak bosan ke asyik soalan sama? Dah kalau tak tanya soalan tu nak cakap pasal apa? Pasal cuaca?

So pelbagai topic yang boleh dibincangkan adalah bila korang lepak dalam rumah ke-2 korang iaitu tandas. Dalam tandas selalu sangat ah nampak geng-geng lelaki yang tengah layan sangap. Dalam tandas, keluarkan rokok dan pinjam lighter dari orang yang tak kenal. Dari situ memang lahirlah bibit-bibit kawan. Kadang-kadang boleh buat aktiviti pancung dalam tandas. Memang mudah berkawan. Kalau ada awek yang merokok pun, ajak sekali. Lagi best.


5. Pencucuh jalanan

Aku pernah tegok kat TV. Citer ala-ala Crow Zero lah kan. Dalam citer tu lelaki tu merokok. Memang macho ah. Then ada awek comel gedik datang mengedik. Datang-datang je, terus lelaki tu cucuh kat leher awek tu. Awek tu terus menangis. Hais biasalah, perempuan. Then lelaki yang dalam cerita tu ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut sama ketawa.

So kira kalau aku perokok, aku nampak awek gedik, memang aku sedut kaw-kaw rokok then cucuh kat awek tu. Lagi best kalau awek tu gedik macam Mimi yang gedik nak kawin dengan Hassan. Dapat awek gedik macam tu memang siap ah. Aku tak nak cucuh kat leher. Tapi aku nak cucuh kat dahi. Perh. Mesti sampai bila-bila awek tu akan terkenangkan aku. Then cukup 6 cucuh kat dahi memang dah boleh jadi macam Krilin.


6. Lelaki yang tak ada stress

Dulu time presentation English, ada satu group debate pasal merokok. Dan memang banyak lah point-point penting kenapa menghisap rokok itu perlu di lakukan. Antara point yang banyak digunakan adalah merokok penting untuk menghilangkan stress. Ya kandungan dalam rokok boleh mengurangkan stress. Tak terkecuali mengurangkan jangka hayat si penghisap dan yang di sekeliling.

So agak-agak lah kan kalau aku merokok masti aku kurang stress. Eh tapi kan hidup aku mana ada stress sangat pun. Aku sentiasa happy. Tapi bab yang aku tak faham, ramai cakap merokok boleh mengurangkan stress. Tapi apa yang aku nampak, lelaki mahupun gadis yang merokok akan merokok selepas makan, sebelum tidur, selepas bangun tidur dan masa tengah uhuk-uhuk di tandas. Bab uhuk-uhuk dalam tandas tu mungkin boleh stress kalau dah sembelit tu memang aku faham lah. Tapi bab merokok selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun tu memang tak ada kaitan langsung dengan stress.

******************************


 Another so so cute girl
 Heh.

Well,

Semasa aku muda-muda remaja seperti korang dulu, aku sering lah juga lepak-lepak dengan member aku yang isap rokok ni. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang berbangga hisap dua kotak sehari, ada yang nak berhenti tapi tak jadi. Ada yang nak berhenti sebab tak mampu nak beli, dan ada juga yang nak berhenti kerana awek. Heh, apa barang berhenti merokok kerana awek. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Tak remaja langsung.

"Mr K, nanti kalau awek kau kahwin dengan lelaki lain, aku bet mesti kau akan hisap rokok"  

Comment Here

Selasa, 22 Disember 2009

Cara mengatasi Anonymous (Annoying mouse.)

Easy soution

Aku tak nak ah tulis intro panjang-panjang. Anggap lah entri lepas adalah intro untuk entri ni. Pemalas.

Aku tulis benda ni bukan bermaksud aku dapat banyak anonymous yea. Tak banyak pun. Kalau ada pun, dari orang sama. Tu pun 2-5 comments satu bulan.

So, berikut adalah cara-cara nak mengatasi masalah anonymous.

Anonymous di shoutbox.

Korang rasa hepi-hapi masa nak buka blog korang. Tapi bila tengok kat shoutbox, nampak lah beberapa nama yang tak berlink yang tengah membebel mengutuk anda semua. So apa yang perlu anda buat?

Kalau blog korang adalah blog yang bercerita pasal life korang yang agak liar, aku bet yang anonymous kat shoutbox tu akan menjadi ‘ustaz’ yang konon baik, kan?

Aku dah banyak nampak benda-benda macam ni di blog. Mereka cakap lebih kurang dan bersyarah sebagai ‘ustaz’. Tapi masalahnya, cara mereka salah. Sebagai contoh, nak tegur seseorang yang tak bertudung perlukah disamakan dengan gadis jalang? And why the fish must be anonymous?

Aku ada kawan yang full time bertudung tetapi baru-baru ni aku nampak gambar dia free hair kat MySpace. Then aku terus tegur dia dengan cara baik. Tak ada nya nak mennyamar jadi orang lain. Then selepas aku tegur dia, dia terus delete gambar tu dan berterima kasih kat aku. See? Itu cara terbaik. And you know what, tak ada seorang pun kawan dia yang berani tegur dia pasal tudung tu. Ia isu sensitive dan perlu di tegur secara baik.

The solution of 'everything'

So kalau nak mengatasi anonymous yang semacam ustaz tak bertauliah ni, korang perlu;

1. Bertenang.

Bertenang boleh membuatkan korang berfikir samaada nak bersikap defensive of offensive dan hal ni. Kalau korang rasa boleh kalahkan anonymous ni, jadilah offensive dan kalau tak, jadilah defensive.

2. Offensive 

Kalau nak bersikap offensive, korang kena jadi kerek dan sesakastic mungkin dan jangan emo. So, reply apa-apa je yang kerek.

Contohnya anonymous tu tulis “Menyampah gila aku tengok muka kau kat tepi tu” dan korang perlu lah reply “Aku belum tengok muka kau pun aku dah menyampah HAHAHA”. Make a stupid joke, and you won. Tapi ingat, jangan sekali-kali tulis tanda seru (!)di penghujung ayat. Anonymous akan merasa dia menang bila dapat tahu yang korang tengah marah. Sebab itu lah tujuannya; membuatkan penulis marah.

Try serang blog KennySia.com dan korang tengok lah sendiri bagaimana Kenny serang balik korang. Memang dia sarcastic gila. Dia adalah Top Blogger di Malaysia. So memang cari nahas lah.


3. Defensive

Kalau korang nak bersikap defensive, korang perlu relax. Apa-apa yang anonymous tulis, korang ‘iya’ kan je. Dan korang juga boleh jadi Offensive dan Defensive pada masa yang sama. Dan jangan lupa unsur loyar buruk dan kerek.

Contohnya;
“Kau ni, bila nak berubah hah? Mak bapak tak ajar ke? Atau mak bapak kau pun perangai macam setan?
“Iya nanti aku berubah”
“Kenapa tak berubah sekarang? Hidup ni bla bla. Esok mati kalau tak sempat berubah macam mana?”
“Maaf. Sekarang juga aku berubah. Kau dah berubah?”

Then apa yang dia nak reply? Kalau dia reply, “Aku tak perlu berubah sebab (what-so ever)”, memang korang boleh hentam dia lah sambil memalukan dia.

Dialog hanya rekaan.

4. Ban/block IP Address

Aku rasa ramai gila tak tahu yang soutbox ni boleh ban IP Address. Tetapi hanya berguna kepada anonymous yang mempunyai IP tetap(static) seperti menggunakan Broadband sebab kalau guna streamyx biasa, IP address boleh di ubah-ubah. Oh my god aku just bagi tahu the secret? Nevermind. Dan juga boleh masked kan IP address. Oh my god another secret terbocor? Pedulikan.

Contoh chatbox yang boleh ban dan tengok IPaddress adalah ShoutMix.com. This chat box is damn simple, tidy and rock. Dan ianya boleh di upgrade untuk function yang lagi pelbagai.

5. Back Up.

Cara ke-5 adalah agak susah. Iaitu, dapatkan back up. Samaada korang panggil kawan-kawan back upkan korang untuk lawan anonymous atau kawan-kawan anda akan datang sendiri.

Sebagai contoh, try la kritik blog MelayuMinimalis(MM) kat shoutbox dia dan tengok berapa ramai readers dia yang akan serang korang balik walaupun MM offline. Blog MM adalah sebuah blog yang pasal general yang berlatar belakangkan kehidupan penulis yang agak liar.

Tapi MM sekarang dia dah jarang menulis. Dulu dia famous gila. Tapi pengaruh dia masih ada.


6. Delete je/ Buat tak layan.

Kalau korang takut sangat atau malas, delete je kata-kata anonymous tu . Kalau tak nak delete, just buat tak layan. Di dunia blog ni, semua sedia maklum yang penulis yang namanya tak ada link yang mengkritik di shoutbox adalah sampah.

Delete je walaupun anonymous tu cakap "Kalau kau berani, jangan delete." Korang boleh tekan butang delete sambil tersenyum sinis. Who cares?




Anonymous di entry.

Dan, macam mana pula kalau anonymous to asyik comment entri blog korang? Dan walaupun korang dah moderatekan comments, korang still rasa geram degan spam-spam kritik yang anonymous ni lontarkan. Apa nak buat? Senang je korang boleh block blog korang dengan menggunakan toolator.com. Block the whole blog daripada di view dari orang tertentu. Caranya mudah dan ianya free. Tak membebankan langsung dan boleh membuatkan korang relax lebih-lebih lagi kalau tak mo moderatekan comments.

Anonymous is nothing. Dont give a shit of it.

Tapi, seperti yang aku cakap, hanya boleh di gunakan terhadap IP Address yang tetap. Dan kalau tak silap aku, P1 Wimax dan broadband memang static IP address. Juga, streamyx dengar citer nak statickan IP address. Sekarang ni pun banyak pakaj streamyx yang di settingkan untuk static IP address. So, bravo!

But after that, korang akan 100% selamat korang punya privacy? No. Hell no. Ada banyak sangat cara nak melepasi semua ni. Salah satunya, proxy. Tapi cara-cara yang aku nyatakan dah cukup memandai. Anonymous ni bukannya rajin sangat nak klebek itu dan ini semata-mata nak kritik.

Okay, now, how the hell I know about this? Macam mana aku tahu reaksi anonymous ni terhadap sesuatu perkara? Aku tahu dari mana? Internet?

No!

Jawapannya..








Jawapannya...







Aku pun anonymous juga. Haha!

Aku gila bizi. Aku nak kena settle hal pusaka atok nenek aku kat kampung. So faham-faham je la. Kalau rindu kat aku, jangan tunjukkan sangat.

Comment Here