Memaparkan catatan dengan label Hikayat Merung Mahawangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikayat Merung Mahawangsa. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mac 2011

Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum


Hell-o pretty boys dan kacak girls sekalian.

Masa aku duk berborak dengan abang kilang hari tu, entah macam mana, aku terfikir untuk tonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa. So, aku kerja dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Kadang-kadang, sampai malam aku overtime. Dah tu, celah mana aku nak beli tiket wayang?

Entah macam mana gak, aku dapat idea untuk booking tiket online melalui phone. So, selepas google no phone GSC East Coast Mall, aku pun call lah. Nombor phone TM biasa. So caj rendah je nak booked untuk wayang. Gila ah senang. Tak payah beratur dan pergi ke bandar. Selama ni aku punya lah rushing nak beli tiket wayang. Kalau aku tau boleh main beli ikut phone, dari dulu aku guna. So, selepas dah confirm, aku pun call la kawan aku kata tiket pukul 10 malam.

Dengan happynya aku dapat dua tiket. Tapi, shit happens.

Sampai je kat kaunter ambil tiket wayang tu, akak tu tanya

"Tiket key nomber dia ada tak?"

"Ada Kak. Ni Kak. 83912"

"Okay. Cerita Rango pukul 10 malam. Dua seat"

Wait... Rango? Rango.....? WHAT THE FUUU IS RANGO?

"Kak, Rango? Apa benda tu? Saya tempah tiket movie Hikayat Merong Mahawangsa la Kak."

"Eh ye ke? Saya rasa adik dah salah booking ni"

Aku pun macam.. WTH WTH WTH. Tersalah pilih apa aku dan sure 100% sure dah.

Aku pun bengang. Memang sakit hati. Akak tu dah la tak reti nak senyum. Tapi nasib baik comel. Kalau senyum lagi lah comel. Tapi tu lah. Susah nak cari perempuan comel zaman sekarang ni nak pandai senyum. Semuanya pandai mengada-ngada je.

"Abis tu, macam mana ni kak? Tak akan akak nak suruh saya tengok cerita Rango tu?"

"Saya tak boleh buat apa lah dik, memang tu yang tulis kat sini"

Perh, sayu, pilu gila dengan kakak tu. Dah la dia panggil aku adik. Tercalar tau maruah seorang lelaki teruna kalau perempuan panggil dia adik. Tak tahu ke dia yang perempuan tak boleh panggil lelaki sebagai "adik". TAK BOLEH. Tak kira ah dalam situasi macam mana pun, lelaki sentiasa tua dari perempuan.

"Alaa kak, tak ada initiative lain ke? Tiket reserved yang lain tak release lagi ke?"

Tiket wayang yang reserved wajib di tuntut 45 minit sebelum wayang start. Kalau tak, ia akan di tuntut.

"Release? Belum lagi. Sikit lagi dia release lah."

Aku diam tak berganjak.

Dia pun diam.

Lama sikit, dia berbunyi "Hmmm. Okay dah released dah. Adik nak ke?"

Zzzzz, Mesti lah nak. Kakak ni, suka betul bermanja-manja dengan aku. Aku dah berpeluh dah. Ye lah, sebab dah janji dengan member aku nak tengok cerita Hikayat Merong tu. Dan yang bestnya, bila aku tengok seat aku, perh, perrrrrrfect yaw. 4 row dari atas, dan tengah-tengah. Memang screen straight dengan mata aku. Tak dongak, tak tunduk. Again, perrrrrfect.

So, apa yang bestnya dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa yang di bikinkan oleh geng-geng KRU ni?

Anda akan minat movie Hikayat Merong Mahawangsa ni kalau:

  1. Anda gay.
  2. Anda sukakan sejarah yang... errr... pelik.
  3. Anda sukakan aksi perang lelaki berpakaian separuh bogel. 
  4. Anda perempuan dan suka tengok lelaki topless lebih-lebih lagi kalau lelaki tu adalah Stephen Rahman Hughes yang mempunya badan seksi serta bebulu.
  5. Cerita sebelum kedatangan Islam. Dimana, sedar-sedar je, Merong tu dah ehem-ehem dengan awek kat kampung tu sampai mengandung. Jarang sekali dalam cerita-cerita zaman sekarang yang ada kisah pasal lelaki dan perempuan buat seks, dan tak di jadikan isu. (Okay, selepas aku check balik, memang dieorang dah kahwin kot. Tapi tak di tunjukkan. Masa first time tengok aku tak perasan langsung sebab perangai si heroin macam jual mahal gila)


Anda tak patut tengok cerita ni kalau:
  1. Anda tak suka bila ada CGI yang kaku.
  2. Anda tak suka plot yang terlampau obvious.
  3. Anda anti dengan PPSMI. Malu lah weh orang zaman dulu pun reti cakap english. Korang yang modern ni pun tak brani nak belajar dalam english.
  4. Anda sukakan cerita yang lebih complex.
  5. Anda bersama keluarga serta awek. Ada kias-kias babak lucah even ianya 13PG.

Personal Rating
Plot - 5/10 (Plot dia agak cliche)

CGI - 3/10 (CGI ada yang best, tapi ada yang kaku dan terlampau obvious)

This + that + all - Aku bagi 6 / 10. 6 / 10 ni banyak tau. Tapi cerita ni mampu buat aku menguap beberapa kali dan awek di sebelah kawan aku tu mengamuk nak keluar. Plus, ada yang tidur. Mungkin sebab dah waktu malam kot. BUT, korang patut tengok. Serious patut tengok. Tak rugi. Kalau nak download pun, rasanya tak ada lagi. Kalau ada yang download punya movie pun, mesti tak se best tengok kat pawagam. So, jangan download, tapi beli DVD.

Dan yang bestnya, masa tengok wayang, kalau duduk sebelah awek, mesti awek tu wangi. Dalam wayangkan gelap. Then awek yang wangi tu yang mukanya kita tak nampak, secara automatiknya kita akan assume yang "OMG WANGINYA DIA" dan diikuti dengan "MESTI COMEL". Dan secara tak langsung, ianya akan menaikkan mood serta keindaahan filem tersebut. Ini strategi pemasaran. Tapi sayang, tak ada seorang pun yang pernah fikirkan pasal ni.


Cerita ni adalah pasal seorang keturunan Iskandar Zulkarnain yang jadi orang buangan yang bernama Merong Mahawangsa. Badan dia sasa dan dia memang biasa dengan laut. One day, masa dia tengah buat hal, satu rombongan dari Rom datang untuk mengupah someone untuk bawak Putera Rom berjumpa Puteri China. Dan Merong ni di paksa untuk menjaga dan bawa Putera ni jumpa Si Puteri. Blah-blah blah, puteri tu diculik dan mereka berpakat untuk dapatkan balik puteri tu sambil menjatuhkan Garuda. Garuda adalah lanun yang menggunakan ilmu sihir.

Dalam cerita ni, aku perasan lah kan, masa mula-mula Merong Mahawangsa bertarung tu, sepatutnya ada gari berantai di tangannya. Tapi ada satu babak di mana gari di tangannya tak terpasang. Then bila masuk babak seterusnya beberapa saat kemudia, tangannya masih di gari dengan rantai. Samaada aku tersalah tengok, atau memang ada kesilapan di situ.

Aku perasan, agak ramai lah nama-nama yang aku tak kenal yang keluar. Dan ini membuat kan aku terfikir yang most of movies, kalau dieorang guna pelakon yang dah biasa berlakon, mesti cerita tu tak laku. Kalau dieorang guna pelakon yang entak dari mana, mesti cerita tu agak best. Mungkin sebab tu lah banyak pelakon drama-drama dapat tak dapat tawaran berlakon movie.

Dan, aku perasan lah dengan gred-gred filem zaman sekarang yang terlampau longgar. Bila satu filem tu ada babak seksi-seksi pakai bikini nak tertanggal, still filem tu dalam gred 13PG. Ada bab pegang-pegang kiss-kiss pun, still 13PG. Agak-agak, 18sx tu macam mana ya ceritanya? 


Then, masa dalam cerita tu, ada satu watak heroin iaitu Ummi Nazeera. Masa mula-mula aku tak perasan tau awek ni. Tapi bila dah tengok lama-lama, aku macam dapat rasa suatu perasaan yang... yang... Oh, adakah ini di namakan cinta? Ummi Nazeera gila ah comel doe. Macam gadis melayu terakhir. Dengan bibirnya. Dengan ego nya. Dengan pakaiannya. Dengan cara bercakapnya. Dengan kependekkanya. Dan macam-macam lah. Perh, cair aku tengok gelagat dia. Nak kata comel tak. Tapi manis tu banyak. Kalah my Lisa Surihani beb.

Eh wait, Lisa Surihani tu siapa?