Isnin, 30 Mei 2011

Blogger : Sebelum vs Selepas Menjadi Famous dan Popular.

Assalamualaikum


Hellow humanity.

Kalau korang perasan, sejak tahun lepas bilangan blogger-blogger baru banyak gila kan. Dan yang bestnya, even banyak blog-blog yang wujud, ada juga lah segelintir blog yang memang best untuk di baca. Even tak banyak tapi still ada blog yang kalau baca je, mesti angguk-angguk tanda setuju. Dan bagi blog-blog baru ni,  tak mustahil diaorang akan jadi famous selepas beberapa bulan.

Dan once seseorang blogger tu berubah dari blogger amateur kepada blogger 'professional' yang aktif berbelog, surely diaorang akan berubah dari segi penulisan, penyampaian dan feedback. Well, itu lah topik yang aku akan tulis di entry kali ni which is beza bila seseorang blogger tu berubah dari biasa-biasa kepada famous.


Perh, hari ni tambah 50 followers je?
Kalau korang ingat, masa mula-mula korang buat blog dulu, then selepas seminggu ada 10 orang followers sure korang excited gila kan. Tapi sekarang, bila ada 20 followers baru setiap hari pun rasa macam tak kisah je. Iyelah bila agak lama berblog, followers pun dah ramai rasa macam 50 followers baru tu kecik je. Uh, tak bersyukur langsung. *Terasa*

Well, kalau di fikir-fikikan balik, followers tu sebenarnya penting juga. Sebab bila diaorang follow blog korang dengan tujuan nak follow up on your latest post maka secara tak langsung korang akan ada regular readers. Dengan kata lain, asal korang update je blog, confirm-confirm akan ada yang baca. Tapi kalau yang dah follow sebab kena paksa tu, baik tak payah.


Malas / Tak ada idea nak comment dan reply comment.


Ini adalah masalah yang most of blogger yang banyak orang comment hadapi. Masa mula-mula buat blog, excited gila bila ada orang comment. Kalau dulu ada comment lebih dari 5 pun excited habis. Tapi bila blog dah ada beribu followers, bilangan komen pun mungkin lebih dari 30 in average. But then bila dah cecah lebih dari 30, sure tak akan puas. Sure nak orang lagi banyak comment.

First, masalah yang selalu di hadapi oleh blogger adalah Blogspot tak ada function direct reply seperti Wordpress which means agak susah nak reply setiap comment. Bila nak reply, kena scroll satu-satu then comment. Masalah kedua adalah too much comments yang sama dan simple. Maksud aku, kalau aku dapat comment yang terlampau simple, aku tak tahu nak reply apa. Dan bila dapat comment macam ni, sure akan terasa serba salah. Perlu ke aku reply "Oh, okay" atau "Thank you" kat semua orang? Apa pun, thanks sebab sudi comment di blog aku even aku jarang reply semua komen. Dan yang penting, aku suka bila orang comment blog. Itu maksudnya pembaca teruja dengan apa yang aku tulis lalu comment. Even aku tak reply comment, aku baca setiap comment korang di blog aku. Baca setiap comment tu penting. Kadang-kadang di situ lah akan datang idea untuk berblog.

Apa yang aku perasan, biasanya bilangan comment adalah 5%-9% dari jumlah followers sesebuah blog. 


Hate anonymous. Love anonymous.


Masa tak famous, bila ada je anonymous jahat datang kacau, terus gelabah sambil nangis-nangis nak private or delete blog. Tapi bila dah famous, ada influence, banyak followers dan terkenal; bila ada anonymous yang buat kacau je, terus serang balas. Tak nak kalah, nak gak kenakan balik anonymous tu dengan buat entry khas untuk serang balas point yang di keluarkan oleh anonymous.

Then kalau malas nak layan anonymous, just delete comment dia dan buat tak tahu. Sure tak ada masalah. Tapi puas hati beb kalau boleh kenakan balik anonymous yang buat onar di blog. Lagi puas hati kalau boleh kenakan anonymous yang buat kacau di blog. Rasa puas je.


What the fuuu is blog walking?


Masa mula-mula cipta blog, kalau dah siap satu blog post tu, terus copy link dan buat blog walking. Jumpa je blog yang ada banyak followers, terus cari chat box. Tak ada chatbox, terus blah. Then bila jumpa chat box, terus comment

"Nice entry, baca entry saya ya [Link]". 

Then selepas tu, lepak kat blog lain sambil buat benda sama.

Well, ini adalah perkara normal. Masa mula-mula aku buat blog ni dulu, aku pun macam tu la jugak. Tapi tak ada lah sampai pergi ke blog orang semata-mata nak post link kita kat chatbox dan tak tengok langsung entry dia. Well, kadang-kadang kita kena iklas dan jangan menipu. Kadang-kadang, bila kita jujur tu la orang akan tertarik. Contohnya, kalau kat comment section blog korang adalah orang post

"Weh baca blog aku [Link]"
Korang akan tertarik tak? No way. Nampak sangat dia komen semata-mata nak promote blog dia. Dan kan best kalau dia tulis

"Weh, aku ada buat entry reply / sama dengan entry kau ni. Cer try tengok [Link]"

Sure menarik kan? Even kalau pembaca lain yang baca pun sure akan nak check out your blog kan? Tapi jangan la menipu. Korang claim korang ada buat entry reply. Tapi tengok-tengok semua entry korang tu merapu sure la orang akan banned blog korang. Kan? See, jujur tu penting.


Apasal earning hari ni RM30 ringgit je?
Blogger masa mula-mula dulu, tahu Nuffnang je. Nak apply Innity memang macam tak ah. Then bila dah install iklan Nuffnang, sure happy gila sampai setiap hari bukak Nuffnang nak tengok earning. Then selepas dua minggu, ada RM1.00 dan excited habis. Tapi then bila dah makin popular, view setiap hari dah lebih 10 ribu, Nuffnang tu awal-awal korang kirim salam bye-bye. Terus pergi ke Innity. Well, Nuffnang not bad sebenarnya. Earning pun banyak. Tu belum kira dengan bonusnya. Tapi, Nuffnang hanya untung kepada blogger yang dah dapat Buffered Earning. Once korang dah dapat BE, memang mudah ah nak dapatkan hasil yang tinggi. Tapi kalau dah tak ada BE, nangis ah. As for Innity, once korang dah diterima oleh Innty, confirm-confirm korang dah dapat 'Buffered Earning'.

Well, benda ni terjadi kat kita semua. Masa dulu-dulu, satu benda yang kecil amat meng-happy-kan kita. Tapi bila ianya dah jadi satu kebiasaan, kita mula merungut.


Actually, hampir semua yang aku tulis di atas adalah berkaitan dengan aku. Aku kalau nak blog walking tu macam malas gila. Maksud aku, spending dua jam hanya untuk baca blog orang tu adalah mustahil. Tapi kalau online facebook then nampak ada orang like blog link yang best-best, memang aku baca lah juga. Dan most of the time, aku hanya baca dan like sekali sekala. Nak comment tu cam jarang yang amat. HAHA. Sebab tu la kadang-kadang aku respect gak dengan Cik Epal. Walau pun dengar cerita ramai haters, tapi dia rajin je blog walking, baca dan comment blog orang.

Seriously lah kan, kadang-kadang rasa macam aku ni tak bersyukur je. Dapat earning rendah aku complain sedangkan orang lain siap tak dapat earning pun. Macam orang kata, bersyukur tu kadang-kadang lagi susah dari bersabar.



73 ulasan:

  1. earning. BE tak jejak langsung. mr.K jangan nak komplen2 banyak. sile bersyukur dan kasihankan saye yang tak ade BE langsung. rasa nak sembahyang hajat banyak banyak supaya BE datang menjengah blog saye. hahaha.

    urgh. * tension

    BalasPadam
  2. mostly betul la, tapi saya memang suka blog walking ni, sebab banyak dapat info, followers kurang takpe, lagipun saya punya entri tak berapa best, just happy dapat baca blog orang, and kebanyakan nya, saya jadi silent readers, :) saya pun follow blog yang saya rasa best je, walaupun dia punya followers sikit, asalkan entri tu best,

    BalasPadam
  3. betul2..hehe..tp sy memg suka bc blog org..hehe..cri ilmu secara santai

    BalasPadam
  4. btol tu mr.K..stuju sgat2...
    skarang blog dah xmcam dulu dah...blog dulu2 mntap..sedap dbaca...skunk...hampeh tol..

    BalasPadam
  5. anonymous tu memang nama penjahat ke? nape mesti bagi komen jahat ek? aku pernah juga skali dua kena komen oleh si anonymous tu. komen mmg jht mcm penyamun. geram juga la sebab macam penakut kan berani nak kutuk orang tapi tak berani nak bgtau diri dia tu siapa.

    BalasPadam
  6. Aku letak ko dalam bloglist aku tak dak masalah kan?
    owh lupa..ko mungkin tak terlayan..kah kah kah..no big deal

    BalasPadam
  7. (-_-") tetibe rindu blog lama yang lapuk tu..walaupun followers mostly follower yg x ikhlas..

    BalasPadam
  8. sabar semua orang boleh.

    "sabar la ya. dugaan"

    tapi syukur ? kita dapat bernafas hari ni pun belum tentu kita teringat nak ucap syukur.

    haha biasalah. nama pun manusia kan :)

    BalasPadam
  9. pheww.panjang. tp syok gila baca.
    dulu mcm ni jgk time mula2 blogging.

    tp skang dah lain la skit sbb dh byk pnglm even followers bkn ribu riban.

    tapi serius tak penah lagi kne serang dgn anon tu. xtau la apa rasenye. nk2 cik epal yg selalu kne serang.

    BalasPadam
  10. mr k, aku da wat blog selama setengah taun. tapi aku baru ada 6 follower. aku tak kejar follower. aku cuma harap apa orang akan suka dengan apa yang aku tulis dan pada aku, bilangan followers yang ramai menunjukkan tulisan dorang berkualiti. aku jugak tak penah wat blogwalking. dan aku jugak selalu share entry blog aku yang terbaru kat fb semata-mata nak promote blog aku. ko rasa benda tu cam terdesak ke? btw, aku terpengaruh dengan gaya tulisan ko. aku stat tukar gaya penulisan aku since member aku perkenalkan kat aku blog kau. dan blog ko tak mengecewakan. teruskan menulis sebab aku suka baca tulisan-tulisan ko. erm..kalau ko nak baca blog aku (dan lagi bagus kalau leh komen), sila klik (aku tak harap pun sebab aku tau ko femes) kat http://sikumbangemi.blogspot.com/2011/05/mahar-kawin-betapa-beruntungnya-laki.html

    tengs mr k :)

    BalasPadam
  11. ehh aku dpr singit esited gilalahh..=pp

    BalasPadam
  12. aku paling menyampah kalau orang buat tajuk entry guna nama blogger femes contoh Fatin Liyana padahal entry takde kene mengene dengan dia pon. saje tarik pembaca. tak ke menipu tuh namenye. :P

    BalasPadam
  13. perghhh sakan noo... panjang tol entry kali ni.. tapi ape2 pon.. ape yang ko tulis kat atas tuh mmg ade benar nye.... tp mmg hebat le satu hari dpt rm30 and dpt 50 followers.. hebat2...

    BalasPadam
  14. you're not going to reply to this aren't you. haha. doesn't matter. Like this entry anyway. :)

    BalasPadam
  15. blog aku tak femes. lepas tukar URL (URL yg sdia ada ni) aku rs dlm seratus tu hanya dlm 15 org je yg dpt folo up update aku. rpnya ada efek ble tkr URL.
    pstu psl komen tu, aku terasa gak sbb aku klu dh bls 1@2 komen kemudian komen yg sterusnya aku mls gak nk bls lg2 mcm ko ckp tula, komen bnd yg sme je, hbs tu nk bls pe? tu yg komen aku xmcm blogger lain, komen aku 5 je dh ckup la. byk2 sgt riso xtbls. cme aku upset la dgn kebanyakan blogger femes amos yg ada skrg ni sumtimes kte bg komen dgn pertanyaan yg kte nk tahu jwpnnya tp dia xbls pn. gle sdih. pstu mogok xmo dh komen blog dia. bc je blh la.
    kemudian psl en/cik anon 2. btlla yg ko ckp 2, sume aku pnh kne. gelabah, sgup tkr url tp dia dpt detect, ngs2. tp rs nk delete 2 blm ada lgla. sbb dh rs blog ni mcm kekasih awal dan akhir dh. mmg cinta mati la kt blog ni. hahaha

    yg psl blogwalking, aku pn mls. aku msk blog yg aku sk je.
    BW? Blogwalking? Shoutmix? Cbox? Minatang hape tu?

    p/s: sori komen pjg sbb bnd ni kne mngena ngn aku dats y excited gle komen... hahahah *gelakkn dri sndri*

    BalasPadam
  16. even i'm not as famous as u are, but i'm sooooo lazy to do all the things that u had listed.. especially part komen ngan blogwalking tu.. huhuhu~ T_T

    BalasPadam
  17. i selalo komen. dulu selalo komen pnjg2 pstu u xbls. haishh. pstu komen pndek2 pulak, u xbls jugak. lame2 dah mls nk komen:P but i still read ur entry dats for sure :)

    BalasPadam
  18. innity aku tak dpt earning based on impression pon, based on click je. dulu ada. aisehhhh

    BalasPadam
  19. hehehe...semua jadi pengalaman bila masuk blogging. yang xkenal leh jadi kawan...;))
    bleh lak tukar-tukar pendapat...

    BalasPadam
  20. yessss,yang pasal shoutbox tu salu gak kita buat,tapi tu dulu,masa berhingus..sekarang nak blogwalking pon jejarang...yang mampu follow up entry blogger then comment .... tak larat sebenonya nak bw je,hehehe..but,depend on time when i too comment ..

    BalasPadam
  21. love blogwalking at ur blog......sometymes...hahaha..

    *no reply needed*

    BalasPadam
  22. lau blog org pemes nie, aku lebey suka jadi silent readers. tapi, aku respek kalau ade blogger pemes letak coment moderation. dia bace lah gak kan komen kita.

    BalasPadam
  23. HAHHAHAHA... ko ni mmg stylo.. dr awl ak knal ng ko smpi skang.. HAHHAHA.. tp ak xde la knal ko sgt... ak knal ko as MR.K je laaa...

    BalasPadam
  24. hehehe. betol angguk angguk tak geleng pun. hahah

    BalasPadam
  25. ok,conclusionnya,bersyukur dgn apa yg kita ada. :)

    BalasPadam
  26. hahaha.ok.penah buat entry mcam ni jugak ^^

    http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/beza-antara-orang-femes-dan-orang-tak.html

    but tak ade la sama sgt :)

    BalasPadam
  27. Weh, aku ada buat entry reply / sama dengan entry kau ni. Cer try tengok [Link]"
    http://duniasaya2001.blogspot.com/2011/05/kemajuankah-itu-atau.html]


    erk...camni boleh...? hahaha...siap copy paste lagik kamu punya ayat...lalala =P

    BalasPadam
  28. Harini gua tulis pasal makanan tengahari gua. Agak agak sapa nak baca?

    BalasPadam
  29. suke part'bersyukur tu kadang2 lg susah dr bersabar' hmmm..

    BalasPadam
  30. ~sangat setuju dengan entry nie...yup, kalau nk blog walking just nk naikkn traffic tp xbce entry at blog tue then tulis "nice blog" baik xpayah...Coz nmpk sgt x ikhlas kn..well, tulis blog nie kne lah lah ikhlas dari hati..(^___^)

    BalasPadam
  31. wahahhaa..mmg betullah psl Nuffnang tu.. aritu dapat memang ciput habis tapi excited macam "saya menang motor" :)

    BalasPadam
  32. betul weh.. aku ni 16ari lagi cukup la srtun blogging. tu pon da malas2 da. dulu kemain semangat nak menaip, sekarang ni ikot mood je. pasal nuffnang, aku da jarang tengok, pasal followers, aku da jarang amek kesah, and pasal blogwalk, aku da tak spam kat shoutbox, hehe, tapi aku komen dekat entry orang.. alamak terpanjang pulak..


    paanthology:

    >> tentatif hari perhimpuanan sejuta belia.
    >> sape cakap driver teksi tak cool?.
    >> api, air, elektrik mana lagi penting?.

    BalasPadam
  33. pengalaman drpd seorg blogger profesional =)
    "bersyukur tu kadang-kadang lagi susah dari bersabar"
    i like the quote..

    BalasPadam
  34. sokong ko bro..aku pun tengah mengalami semua tu la skunk.. dulu dan skarang mmg aku x bw dah..hehehe..

    pasal follower tu,dulu naik 1 je dah gelabah nak happy..skunk hari2 naik 20,rasa biasa je..

    papepun,guwa respek blog ko,dah masuk bloglist dah pun :D

    BalasPadam
  35. mr kay.. setuju dengan cik epal tu... dia memang rajin blogwalking dan komen blog orang...heheh..

    BalasPadam
  36. @Jard - Boleh la. Alhamdullah lah. ;)

    @Azeya - Your rezeki mungkin bukan dari blog. Mungkin dari bakal suami yang kaya raya. HAHA.

    @Ollen - Good for you ;)

    @Pak Lan - Banyak sangat blog-blog yang ada. Kalau nak letak semua memang tak ah.

    @Salji - Well said.

    @Miss F - Tak salah dengan komen panjang. :)

    @Masshie - Alalala. Sedihnya bunyi. ;)

    @Ayem - Innity tu, kalau dapat based on click lagi bagus. Tapi tengok jenis iklan la gak. kalau iklan best, ramai yang klik.

    @Frog - Sure.

    BalasPadam
  37. aku baru nak apply innity. betul ke memang lagi bagus dari nuff hah?

    BalasPadam
  38. eh yeke cik epal tu rajin? haha. as u said. kalau komen dekat entri tgok entri jugak. kalau entri tu rasa nak balas, ye balas. kalau entri tu yang komen ramai cakap "thanks" "bestnya" or etc. then tak tahu gak nak reply apa. just reply smiley " =) " je lah


    hahaha


    kalau nak komen blog org tu, tgok kelajuan berukband jugak ah. kalau lembap nk loading satu page tu. blah je terus haha.


    haters tak haters tak kesah lah punnn. sebab haters tu yg selalunya bukak my blog pon.


    nak cari bahan nak kutuk lettewwww~ kehkeh


    haters ni ada jugak baik dia. baik dia sebab kita boleh tahu apa kelemahan/kekurangan kita. dari situ kita tahu orang tak suka kita sebab apa dan kita boleh imrove diri kita dan baiki kesilapan.



    ingat senang ke orang nak caci maki or kutuk kita??? susah kottt. bila blogging ni je dapat caci maki macam tu punya dahsyat.


    tapi itu je lah yang baik dia haters ni. yang lain sume macam haram.sebab ayat depa pon macam haram. hahahaha



    btw, mr k. to be honest. im one of ur fan. kau salah sorang blogger yang akan ku tunggu lah updatenya. mostly ur entry best untuk di baca and ada info. and bukan copy paste.lagi2x entry pasal cinta. laju laju je aku bukak hahahaha


    idk your blog punya trafik tinggi mana but aku rasa lagi tinggi daripada aku lah kan. tipu ah kalau trafik kau tak ada 10k dalam tangan kan?


    but whatever it is. aku enjoy dengan penulisan kau. dan aku yakin readers kau pon enjoy dengan blog kau ni.


    kau pandai cari topik yang menarik untuk dibaca. ouh aku jeles. sebab entri aku banyak merapu dan merepek merapu raban untuk dibaca.tapi ada aku kesah? tapi kesah lah jugak kengkadang.hahahaha


    keep on blogging dude. terus hasilkan entri kau yang mantop mantop. kau ni memang legend. siapa yang buat blog tak kenal MR K tipu lah kan?? bila sebut je MR K. mesti orang cakap


    "ouh yang blogger selalu cerita pasal cinta tu ea? yang suka kutuk perempuan tu ea?"


    hahahahaha ok apaaa. at least orang kenal kau dan melekat dekat blog kau ni.


    eh banyak pulak aku bebel. ok bye!




    p/s: panjangnya lah komen aku. sila bagi award "pengkomen paling over" dekat aku. muahahahahaha


    p/s: saja nak post 2 kali. gila glam. wakakakaka

    BalasPadam
  39. konklusion nye,,bersyukur dgn apa yg ALLAH da bg :)

    BalasPadam
  40. adelah beberapa benda yang ko cakap sama ngan aku..haaaaaaaha,sebagai blogger baru biasalah..lagi satu mula-mula buat blog habis semua widget nak letak slide gerak-gerak, lagu gambar smualah..serabut gilaaaa...hahahha

    apepun blog ko memang terbaik..ramai memember yang bukan blogger pun dok citer sal TOKhairul nih..heeehehe...

    mesti earning ribu raban kan sebulan..serius gua jeles..muahahahah..okey komen panjang, aku memang loyal reader blog ni tapi jarang komen, sekali komen hambik panjang kemain...

    keep writing ya!! ^_^
    jap, nak tanya umur hang berapa ek?

    BalasPadam
  41. saya ni tak pernah dapat B.E langsung ponn... T__T

    BalasPadam
  42. hye!
    dulu, i mcm tu jugak. sekarang, even baru ada 60 followers, dah ada matang sikit lah..haha

    i mean, i menulis dari hati. bukan setakat suka2 nak tulis hari ni i keluar dgn mber pkai bju wrna apa. i tulis apa yg i nak bagitahu pada readers. i percaya, ada org yg nampak sesuatu yg nak kita smpaikan kalau kita ikhlas menulis.

    mcm u..kan hensem? haha

    BalasPadam
  43. ak pn slalu gak blogwalk.bace entry depa.komen.tinggalkn link.haish..lmbt bonar nk naik follower (rse x brsyukur la tu)

    BalasPadam
  44. aku baca je blog ko.. tp jarang komen.. segan kott nak komen entri orang femos amos ni. =p

    BalasPadam
  45. you mr k,hellioz ,lensa rosak (RIP)hahha, hilang punca,kambeng itam (RIP gak hahah)and little black train (xaktif daaa).those were my favourites!

    BalasPadam
  46. betulla mr k, saya dah lama buat blog tapi last 2 months baru rajin update sbb baru amik P1.

    blog mr k memang best (bukan nak angkat ye) tapi sebab gaya penulisan sangatla santai dan seronok dibaca. blog mr k salah satu blog yang akan dibuka dengan laju apabila ada update.

    tapi saya memang suka blogwalking, x tipu, memang suka tapi jarang komen....hikhik.

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum.
    Blog nie mmg best!!!
    Situasi tu mmg setiap blogger kena rasai kot,mcm sy jenis org yg suka bce pglmn org,so rse xrugi buat blog ni sebab boleh bw sambil baca entri mereka.Wlpn follower skit,tp sy rse bersyukur sgt,rse puas bila dpt berkongsi juga pglaman hidup kita dkt org lain.Yg hanya kebanyakannya kita cuma kenal mereka di dunia blog ini aje.Bagi M.K,keeps on writing becoz ur every single word can touch my heart.TQVM!

    BalasPadam
  48. hee~

    follow terpaksa bagus takyah follow kan??

    BalasPadam
  49. @Faiz - Bagus la juga. Semua bergantung kepada rezeki.

    @Epal - Erk, panjangnya. Well, rasanya 10k insyaAllah dalam tangan kot. ;)

    BalasPadam
  50. jadi famois dan full time blogger ni bg aku bagus mereka yg mmg nk g komitmen dkt kau.cth mcm blog ko la sng.ko bg komitmen so entry pon x merapu..

    Tp mcm mane plak blogger yg sbb die cantik die up??so cerita die tersalah beli seluar dlm pon akn dpt beratus komen sedangkan he/she cerite mende tu jerk??

    So x leh slhkn gk la..sbb lumrah manusia suke kan kecantikan..klo mke dah hensem or camtik..tulis la ape pon kompem rmai org like2..hehe


    Mase thun 2009 dlu..kau rajn sgt komen2 blog aku..time tu ko x femes cm skrg..rmai la kawan2 aku dlu yg x femes skrg da femes gile sume da xde...myb diorg jdik silent reader.tp mmg ptot pon sbb blog ak asik cter peribadi je..hehe

    Cume ape yg ak x ske..sbb dlu cm da rpt di blog at least stay la dgn mereka yg rpt dlu...tp ntah sume pon da makin hilang.dan aku pon bawa diri dan akur..

    Blogging bkn tmpt nk crik kwn..blogging ni myb cume tmpt utk mereka buat duit dan nak femes mcm artis..so sejak dr tu aku da x amik fikir psl kwn2 sgt dkt blog...

    Dan aku pon mula jadik silent reader pd blog2 yg aku ske dan bace dr dlu lg..sbb aku segan aku ni picisan.

    Mereka sume femes2 belaka..
    Kagum sbenarnya ble org yg same2 mle blogging dlu now da femes habis..=)

    Ak x tau pe pasal aku komen panjang2..hee

    BalasPadam
  51. betul tu Mr K.yg penting jujur dan ikhlas kan.saya suka baca blog orang, yang menarik je la.dan saya suka gak leave comment.tapi tak pernah pulak tinggalkan link entry..tak kisah pun. hehe..

    BalasPadam
  52. normal x kalau blog saya x sampai 3minggu join nuffnang dah dpt BE? nanti ptg saya dtg blk eh carik jwpn.. thanks..

    BalasPadam
  53. janji ikhlas sudah dlm blogging. tayah nak untung sangat lah kan

    BalasPadam
  54. Salam Mr K.

    Tak tahulah kenapa, kalau Mr K taip entri panjang-panjang pun aku sanggup baca sampai habis. Suka cara penulisan Mr K kot? Apapun, keep up good work Mr K!

    BalasPadam
  55. aik, aku rasa kelmarin lagi post kau ni dah keluar dah mr K, nape tadi tetibe kat blog list aku, entry ni "26 minutes ago?"

    repost ke?

    BalasPadam
  56. suka entri ni!

    info a.k.a nasihat yg b'guna... =)

    BalasPadam
  57. btul2.. suka baca mr K punya entri..
    for sure baca smpai hbis.. xthu knp..
    keep it up~!!

    blogger baru..

    http://piecesofniaron.blogspot.com

    BalasPadam
  58. semua point point tuh betul ! nak nak pasal nuffnang . Btw , BE tuh apa ? Tak pernah tengok dekat nuffnang pon . Earning saya sekarang 0.50 je T________T blog tak femes gini ahh . Jalan jalan lah dekat blog saya :D http://32-26-35.blogspot.com Kalau ada yang kurang , bagitau lah . Boleh saya baiki :DD

    BalasPadam
  59. ada betul jugakkk...
    makin rmai pembaca dan pengomen setia, rsa mcm tekanan nk balas semua jejak n komen tu..
    kdg2 slalu gak terlepas pndg..
    rsa susah hati takut ada yg kecik ati n xdpt faham situasi kita..

    BalasPadam
  60. aku agree ngan cik epal..

    n aku rasa byk ilmu dpt ngan buah fikiran dan ulasan ko yg panjang berjela tu..sepanjangg mana pon en3 ko, aku mesti baca..

    BalasPadam
  61. salam , biasalah mesti ada perbezaan contoh bayi baru lahir , baru belajar meniarap dan terus belari mesti mula2 belajar dengan terkedek2 nya hee..follower saya sikit je..earning apatah lagi..

    BalasPadam
  62. setuju dgn entri ni !
    plus kalau org dah baca blog kite tu then kite tak baca blog org tu blk rase mcm berslh pulak.

    BalasPadam
  63. ye, sangat setuju. tp dlm sudut yg lain, aku pun dah tak terasa teruja bila cerpen-cerpen aku dikomen oleh readers. compare masa mula2 nak belajar tulis cerpen dulu, 10 komen pun dah tersengih smpi ke telinga. haha..

    BalasPadam
  64. Well.Agreed gila dengan entri ini.Sumpah awesome.Kalau masa dulu-dulu blogging memang senang nak jumpa blog best untuk dibaca but now aku sendiri veri dissapointed.Adakalanya aku nak dapat idea ak kena blogwalking,bila dah blogwalking nampak blog-blog yang kureng ni menyebabkan aku stress gila.Balik-balik ngadap blog Mr.K ni.Tapi aku tak pernah la post komen kat sini.Selalu jadi silent reader.Sebab aku rasa pada blog kau antara yang terbaik la aku letak kat bloglist.Tapi sekarang pun kau dah macam jarang gila update kat blog sendiri dan Terfaktab.Serius kecewa gila oh.Sebab pada aku bila baca kat terfaktab kau antara favourite author aku la.Tak tahu kenapa bila baca apa yang kau sampaikan tu aku boleh feel dengan baik punya.

    Pasal advert tu tak payah la nak gedik eh cakap BE sikit.Jadi la manusia bersyukur sikit.Aku ni ha tak pernah merasa ada BE bro.Apa pun tak blh la dia ni.


    Btw keep up the writing bro.I love the way you write the article. =)

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.